laporan program bersama alumni fs 2017 - science.utm.my · laporan program program : program...

27
LAPORAN PROGRAM PROGRAM : Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017 TARIKH : 2 Mei 2017 (Selasa) MASA : 8.00 am hingga 5.00 pm TEMPAT : Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia ANJURAN : Pelajar Tahun 4 Fakulti Sains

Upload: lamtuong

Post on 03-Mar-2019

278 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM

PROGRAM : Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

TARIKH : 2 Mei 2017 (Selasa)

MASA : 8.00 am hingga 5.00 pm

TEMPAT : Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia

ANJURAN : Pelajar Tahun 4 Fakulti Sains

LAPORAN AKTIVITI

1.0 NAMA PROGRAM Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

2.0 PENGANJUR Pelajar Tahun 4 Fakulti Sains dengan kerjasama Unit Perhubungan Alumni

Universiti Teknologi Malaysia

3.0 TARIKH 2 Mei 2017

4.0 TEMPAT Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia

5.0 JUMLAH PESERTA 105 orang

6.0 PENGISIAN PROGRAM

6.1 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017 dianjurkan bagi menghubungkan

mahasiswa dengan alumni Fakulti Sains (FS) yang telah berjaya dan berkerjaya sebagai

model dan sumber inspirasi. Program ini juga membuka peluang yang lebih luas kepada

mahasiswa untuk berinteraksi dengan alumni FS berkaitan prospek kerjaya mengikut

bidang masing-masing selain dapat memantapkan persediaan mahasiswa mahasiswi

untuk berhadapan dengan cabaran pencarian kerjaya yang sesuai. Para pelajar junior FS

juga mendapat maklumat awal berkaitan latihan industri dan latihan penyelidikan melalui

poster-poster yang dibuat oleh pelajar-pelajar Tahun 4 dan ditampal di luar C17-DK2 FS.

Seramai 30 orang pelajar Tahun 4 terpilih untuk meyertai pertandingan poster

yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa. Poster tersebut hendaklah dicetak atas kertas A1

dan memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan antaranya pengalaman di tempat latihan

industri (latihan penyelididkan), latar belakang institusi tersebut, perkara baru yang

dipelajari sepanjang tempoh tersebut dan pelbagai lagi. Poster-poster tersebut hendaklah

dipamerkan di tempat yang telah disediakan pada 2 Mei 2017 dan akan dinilai oleh para

pensyarah yang telah dilantik. Seramai tiga orang pemenang daripada setiap jabatan akan

dipilih dan diumumkan ketika Majlis Penutupan Program Bersama Alumni FS 2017.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pelajar seawal 8.00 pagi di C17-

DK2 FS. Pada pukul 9.00 pagi diadakan Majlis Perasmian Program Bersama Alumni FS

2017 yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Azlee Bin Wan Abu Bakar, Timbalan Dekan

Penyelidikan dan Inovasi FS. Turut bersama-sama memeriahkan majlis tersebut ialah

para pensyarah dan alumni-alumni FS serta pelajar-pelajar FS.

Seterusnya, program diteruskan dengan forum bersama tiga orang alumni yang

mewakili setiap jabatan di FS iaitu Jabatan Sains Matematik (JSM), Jabatan Kimia (JK)

dan Jabatan Fizik (JF). Forum yang bertajuk “Open Your Mind, Build Your Future”

tersebut membincangkan tentang cabaran dunia pekerjaan semasa, cara merebut peluang-

peluang pekerjaan yang ada, qualiti yang perlu ada dalam setiap pelajar supaya mendapat

pekerjaan, perbezaan dunia seorang pelajar dan orang yang bekerja dan sebagainya.

Pelajar-pelajar turut terlibat bertanyakan berbagai jenis soalan kepada ahli panel. Minda

para pelajar lebih terbuka mengenai alam pekerjaan selepas menyertai forum tersebut.

Forum selama dua jam tersebut berhenti pada pukul 12 tengah hari dan bersambung

semula pada pukul 2.00 petang.

Pada sebelah petang, para pelajar dibahagikan mengikut jabatan masing-masing

untuk sesi perkongsian daripada alumni FS. Sesi perkongsian ini lebih fokus kepada

kerjaya mengikut jabatan masing-masing. Berbeza dengan forum di sebelah pagi, sesi

perkongsian bersama alumni melibatkan lebih daripada dua orang alumni di jabatan

masing-masing. Alumni-alumni yang hadir banyak berkongsikan mengenai pengalaman

mereka untuk mendapatkan pekerjaan pertama selepas bergelar graduan sehingga dapat

kekal ke tahap yang lebih baik. Selain itu, mereka juga berkongsikan pengalaman untuk

mempromosikan diri ketika sesi temuduga dan cara untuk memikat hati penemuduga.

Selain itu, ada antara alumni yang berkongsi pengalaman bekerja dengan bidang yang

sangat berbeza dengan apa yang dipelajari di universiti. Banyak kata-kata nasihat dan

motivasi diberikan kepada para pelajar supaya lebih bersedia untuk menempuh alam

pekerjaan.

Pada pukul 4.00 petang, para pelajar, alumni-alumni dan para pensyarah

berkumpul di C17-DK2 FS untuk majlis penutupan dan pemberian cenderahati kepada

alumni-alumni yang hadir dan pemenang pertandingan poster. Majlis penutupan telah

disempurnakan oleh Dekan FS, Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin. Turut hadir pada

majlis penutupan ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Ibrahim Mohamad, Pengarah Kanan

Unit Perhubungan Alumni UTM. Program Bersama Alumni berakhir dengan sesi

fotografi bersama-sama tetamu jemputan, alumni-alumni dan para pelajar.

Sebagai konklusinya, program seperti ini sangat membantu para pelajar untuk

menempuhi alam pekerjaan kelak. Semoga mahasiswa dapat membina jaringan sosial

yang positif dengan alumni yang telah berjaya dan berkerjaya, serta menjadikan mereka

sebagai model dan sumber inspirasi untuk lebih bersedia menghadapi alam kerjaya sebaik

sahaja tamat pengajian. Selain itu, diharapkan mahasiswa mendapat maklumat terkini

berkaitan prospek kerjaya yang bersesuaian dengan bidang masing-masing melalui

interaksi dengan alumni secara langsung. Program ini juga diharapkan memberi impak

kepada mahasiswa junior untuk memperolehi maklumat awal secara lebih berkesan

berkaitan latihan industri dan latihan penyelididkan melalui poster yang dipamerkan.

6.2 SENARAI ALUMNI YANG HADIR

FORUM

BIL NAMA JAWATAN JABATAN

1 Puan Norsu’aidah binti Amir Unit Trust Consultant Jabatan Sains Matematik

2 Mohammad Dzarul bin Dol Malek Pengusaha Buah Tin Jabatan Fizik

3 Dr. Sheela a/p Chandren Lecturer Jabatan Kimia, UTM Jabatan Kimia

SESI PERKONGSIAN

BIL NAMA JAWATAN JABATAN

1 Shahrizar bin Roslan Kumaran CEO Accurve Solutions

Jabatan Fizik 2 Saw Chee Wei

Director Southern Real Estate

Sdn. Bhd.

3 Chai Kuok Chiew Senior Demand Fulfillment

Analyst

Jabatan Sains Matematik 4 Mohd Kauthar bin Rozmal Finance Consultant

5 Dr Anis Zafirah Azmi Lecturer UiTM Tapah

6 Khadijah Aqilah binti Sallehuddin Data Analyst, Japan

7 Dr. Wan Norfazilah binti Wan Ismail Lecturer Faculty of Industrial

Sciences and Technology, UMP

Jabatan Kimia 8 Mohd Ismail Fahmy bin Ramli Clariant Oil Service

9 Phuah Shok Han Schlumberger WTA (M) Sd.

Bhd.

6.3 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

Gambar 1 Sesi perkomgsian dengan salah seorang alumni Jabatan Matematik

Gambar 3 Sesi perkongsian bersama alumni Jabatan Fizik.

Gambar 2 Sesi perkongsian bersama alumni Jabatan Kimia

Gambar 4 Majlis penutupan yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains

Gambar 5 Penyampaian cenderahati kepada alumni-alumni yang telah hadir.

LAPORAN

UNIT

LAPORAN UNIT PROTOKOL DAN PENDAFTARAN

AHLI JAWATANKUASA:

1. Siti Najihah Binti Huzaidi 940607015744

2. Nur Azzanizawaty Binti Yahya 941023115658

3. Armaeni Binti Agus 941115155016

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menjemput tetamu VVIP dan memastikan kehadiran untuk perasmian dan penutupan

majlis.

2. Memastikan majlis perasmian dan pentupan berjalan dengan lancar.

3. Menjaga meja pendaftaran semasa program.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Menghantar surat jemputan kepada tetamu-tetamu VIP.

05/04/2017 01/05/2017 2

Menyediakan teks ucapan untuk pengerusi majlis, perasmi dan penutup majlis.

3 Menyediakan tentetif majlis

4 Mendapatkan kepastian tentang kehadiran VVIP untuk hadir ke majlis

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Memastikan teks ucapan pegerusi majlis adalah betul

02/05/2017 02/05/2017 2

Menjemput dan mengiringi tetamu VVIP hadir ke majlis

3 Memastikan majlis berjalan dengan lancar 4 Mengambil kehadiran para pelajar

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Mengemas dewan kuliah agar kelihatan bersih dan

kemas

03/05/2017 03/05/2017 2 Membantu unit poster menaggalkan poster-poster di

papan kenyataan 3 menyediakan laporan penuh bagi unit protokol untuk

dihatar kepada setiausaha. 4 Mengambil kehadiran para pelajar

PERMASALAHAN:

1. Kelewatan mahsiswa-mahasiswa menghadirkan diri dan mendaftar semasa program

berlangsung.

2. Kehadiran dan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa Fakulti Sains kurang

memberangsangkan dan amat mengecewakan.

3. Penyusunan tentatif yang tidak dikemaskinikan oleh unit multimedia disebabkan

maklumat yang tidak jelas daripada unit protokol.

4. Kehadiran VVIP dan alumni jemputan yang tidak menepati masa menyebabkan pihak

lain harus menunggu.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mendapat maklumat tentang perubahan tentatif mengenai penyampain hadiah lebih awal.

2. Mengadakan raptai dengan semua unit secara keseluruhan.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat perubahan tarikh

dan tempat, serta kesilapan tutur kata daripada pengerusi majlis. Namun, objektif utama

program ini dapat dicapai dengan jayanya. AJK protokol dan unit lain memberi kerjasama

yang sangat baik sama ada dari segi masa dan tugas. Diharapkan agar program seperti ini

dapat dijalankan lagi pada masa akan hadapan.

LAPORAN UNIT AKTIVITI

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nur Amalina Binti Mohd Farid Woo 941010-10-5848

2. Jessy B5781610

3. Klinsmann Cheong Lee Khang 931120-01-5641

4. Nurhafizah binti Sama’on 940620016506

SKOP TUGAS UNIT :

1. Merancang aktiviti-aktiviti untuk forum dan sesi perkongsian.

2. Merangka tentatif program mengikut aktiviti yang telah dirancang.

3. Menyiapkan soalan-soalan untuk forum.

4. Memastikan program berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.

5. Membahagikan slot-slot untuk alumni yang hadir.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Memutuskan forum bertajuk “Open Your Mind, Build Your Future” dan juga “Sharing Session” daripada pihak alumni sebagai aktiviti program.

16/04/2017 01/05/2017

2 Melantik seorang moderator daripada Jabatan Sains dan Matematik.

3 Menyiapkan soalan untuk moderator yang akan ditanyakan kepada ahli panel semasa forum berlangsung.

4 Memikirkan topik yang akan dibicangkan semasa sesi perkongsian bersama alumni sebagai garis panduan kepada pihak alumni.

5 Berbincang bersama unit alumni dan juga moderator tentang aturcara aktiviti yang akan dijalankan.

6 Menyusun slot yang berbeza untuk setiap alumni. 7 Memastikan dewan kuliah dan bilik-bilik yang

hendak digunakan dalam keadaan bersih dan peralatan seperti PA sistem, LCD, projector, penghawa dingin dan pembesar suara dalam keadaan baik.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Memastikan kelengkapan barang disediakan sebelum setiap aktiviti bermula

02/05/2017 02/05/2017 2 Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang dalam tentatif.

3 Memberikan masa untuk sesi soal jawab pada setiap aktiviti.

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Menjemput alumni-alumni ke majlis penutupan dan penghargaan kepada alumni 02/05/2017 03/05/2017

2 Menyiapkan laporan unit.

PERMASALAHAN:

1. Forum berakhir dengan lebih cepat berbanding jangkaan sebenar menyebabkan alumni

terpaksa menunggu untuk makan tengahari kerana makan tengahari sampai pada waktu

yang telah ditetapkan.

2. Sesi perkongsian bagi Jabatan Fizik berakhir dengan lebih cepat berbanding jabatan yang

lain kerana salah seorang alumni daripada jabatan tersebut tidak dapat hadir kerana ‘high

fever’.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Masalah pertama diselesaikan dengan menambah lebih banyak soalan untuk diutarakan

kepada alumni-alumni supaya forum boleh berjalan dengan lebih panjang lagi. Untuk

penambahbaikan, unit aktiviti perlu lebih bijak melaras waktu supaya forum berakhir

seperti yang telah dirancang.

2. Oleh sebab seorang alumni tidak dapat hadir kerana ‘high fever’, Dr Yap selaku

pensyarah Fizik FS dan juga alumni FS menggantikan tempat alumni tersebut. Dr Yap

memberikan perkhidmatan percuma untuk menyemak resume pelajar Tahun 4, Jabatan

Fizik yang telah dihantar menerusi email.

3. Mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap untuk membincangkan gerak kerja dengan

lebih awal.

4. Raptai penuh sebelum majlis berlangsung perlu dilakukan supaya semua unit cakna

dengan aktiviti yang telah diatur oleh unit aktiviti.

5. Perlu ada plan B jika alumni tidak dapat hadir akibat perkara yang tidak dapat dielakkan.

KESIMPULAN:

Program berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang walaupun kehadiran pelajar

pada sesi pagi tidak memberansangkan, manakala kehadiran pelajar pada sebelah petang

meningkat secara mendadak. Objektif program ini iaitu menjalinkan hubungan antara

alumni FS dan para pelajar tercapai. Hal ini kerana, secara tidak lansung melalui sesi soal

jawab para pelajar telah membina hubungan yang rapat dengan alumni. Alumni-alumni juga

memberikan pandangan yang berbeza mengenai perjalanan karier masing-masing.

LAPORAN UNIT POSTER

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nurul Izzaty binti Ismail 941211045036

2. Nur Idayu binti Alimon 940320016766

3. Najwa binti Ahmad Kuthi 940630015558

4. Zainur Atiqah binti Ibrahim 941005015696

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menghubungi pelajar-pelajar tahun akhir (daripada setiap jabatan) yang telah dicalonkan

untuk menyertai pertandingan poster.

2. Merangka kriteria poster, borang penilaian dan poster ID.

3. Menghubungi pensyarah-penyarah (tiga orang daripada setiap jabatan) bagi tujuan

penilaian poster semasa pameran dijalankan.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1

Hubungi pelajar-pelajar yang tercalon untuk menyertai pertandingan poster. Jabatan Kimia:

1. Dhinesh A/L Sugumaran 2. Khairiyah Amirah binti Kamaruddin 3. Tee Zhe Leng 4. Syahriezan bin Hamin 5. Wasta Adik 6. Nurul Basyirah binti Amiruddin Khan 7. Denny binti Desmond Manja 8. Hasaneltrabi Tajuddin Alssir Ahmaydy 9. Adriana Joanes Leong

21/03/2017 01/05/2017

Jabatan Fizik: 1. Ahmad Wafee bin Nordin 2. Muhd Ezuddin bin Omar Saifuddin 3. Nurfatihah binti Jamil 4. Nadhiranatasha binti Mohamad Sabri 5. Muhammad Nurhakim bin Pandak 6. Noorfadilah binti Mohd Nor 7. Syazleen binti Ismail 8. Fazira binti Mohd Zainudin

Jabatan Sains Matematik

1. Muhammad Amirul Afiq bin Sam 2. Nurul Natasha bin Che Said 3. Anis Amirahanani binti Mohd Kamal 4. Atiqah binti Hairel Anuar 5. Siti Aisyah Abdullah 6. Alcey binti Joset 7. Bahriah binti Malik 8. Nurhazirah binti Mohamad Yunos 9. Saiful Haqiqi bin Hassan

2 Merangka kriteria-kriteria untuk poster dan borang penilaian– berdasarkan Latihan Industri dan Latihan Penyelidikan

3 Pembahagian senarai nama pelajar mengikut jabatan, utuk tujuan penyediaan poster ID

4

Melantik pensyarah-pensyarah daripada setiap jabatan untuk tujuan penilaian poster Jabatan Fizik:

1. En. Mohd Khalid Kasmin 2. Dr. Abd. Khamim bin Ismail 3. Dr. Muhammad Firdaus bin Omar

Jabatan Kimia:

1. Dr. Syafreena Attan 2. Dr. Siti Aminah Setu

Jabatan Sains Matematik:

1. Puan Norhaslinda 2. Dr. Taufiq 3. Tn. Haji Hamisan Bin Rahmat

5 Mengumpul semula barangan yang dipinjam (poster boards) atau dibeli (cellophane tape dan pen).

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Memastikan barangan yang diperlukan dibawa semasa hari kejadian.

02/05/2017 02/05/2017

2 Membantu peserta-peserta menampal poster mereka semasa hari kejadian.

3 Menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh pensyarah untuk tujuan penilaian poster.

4 Mengumpulkan kesemua borang penilaian/ pemarkahan dari setiap pensyarah.

5

Mengemaskini senarai nama pelajar yang memenangi pertandingan poster dengan unit protokol Jabatan Kimia:

1. Dhinesh A/L Sugumaran 2. Tee Zhe Leng 3. Syahriezan binti Hamin

Jabatan Fizik:

1. Muhd Ezuddin bin Omar Saifuddin 2. Muhammad Nurhakim bin Pandak 3. Nurfatihah binti Jamil

Jabatan Sains Matematik

1. Saiful Haqiqi bin Hassan 2. Anis Amirahanani binti Mohd Kamal 3. Alcey binti Joset

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Mengupulkan semula kesemua poster untuk tujuan

pameran di sekitar kawasan fakulti. 02/05/2017 03/05/2017 2 Pemulangan semula segala barangan yang telah

dipinjam 3 Menyiapkan laporan unit.

PERMASALAHAN:

1. Kebanyakan pelajar tahun akhir yang telah dicalonkan oleh jabatan tidak dapat menyertai

pertandingan diatas komitmen mereka menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM).

2. Kesulitan mencari poster/ partition board yang sesuai untuk memuatkan kesemua poster

pelajar.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mengadakan program yang sebegini bukan pada hari Selasa memandangkan ramai

pelajar tahun akhir terlibat dengan labwork mereka bagi tujuan PSM.

KESIMPULAN:

Alhamdulliah, program ini berjalan dengan lancar walaupun bilangan pelajar yang

menyertai pertandingan ini dan yang hadir semasa program ini tidaklah begitu ramai.

Namun, objektif utama program ini telah tercapai. AJK unit poster juga telah mempamerkan

kerjasama yang baik dalam memastikan kelancaran program ini. Diharapkan agar program

sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

LAPORAN UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nursyafira binti Ramlan 941203-05-5402

2. Aina Nadia binti Mohammad 940814-03-5326

3. Tee Zhe Leng 930129-01-6216

SKOP TUGAS UNIT :

1. Memastikan segala kelengkapan aktiviti disediakan sebelum program dilangsungkan.

2. Membuat tempahan dewan kuliah serta bilik-bilik kuliah untuk tujuan aktiviti dijalankan.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Membuat penempahan tempat untuk menjayakan program ini

01/04/2017 01/05/2017

2 Menempah papan poster daripada syarikat luar dan meminjam bunting stand daripada pensyarah dan Jabatan Kimia

3 Membeli barang seperti marker pen, salotape dan kertas mahjong.

4

Memastikan dewan kuliah dan bilik-bilik yang hendak digunakan dalam keadaan bersih dan peralatan seperti PA sistem, LCD, projector, aircond dan microfon dalam keadaan baik

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Memastikan barangan yang dipinjam, disewa dan dibeli semuanya dibawa semasa hari kejadian. 02/05/2017 02/05/2017

2 Membantu unit lain yang memerlukan bantuan.

3. Selepas:

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Menghantar semula barangan yang telah dipinjam dan disewa.

02/05/2017 03/05/2017 2

Memastikan dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah dalam keadaan kemas dan bersih selepas digunakan.

3 Menyediakan laporan unit teknikal dan peralatan.

PERMASALAHAN:

1. Penetapan tarikh program yang tidak sesuai kerana bertindih dengan Program Festival

Konvokesyen UTM, menyebabkan kesukaran untuk menyewa dan meminjam peralatan

daripada pihak Pejabat Harta Bina (PHB) UTM.

2. Terdapat masalah dari segi penyewaan papan poster kerana syarikat yang membekalkan

papan poster kurang memberikan kerjasama yang baik.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Menetapkan tarikh program yang bersesuaian supaya tarikh tidak bertindih dengan

program lain untuk memudahkan peminjaman barang dari pihak PHB.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat perubahan

tarikh beberapa kali. Namun, objektif utama program ini dapat dicapai. AJK teknikal dan

peralatan juga sangat memberi kerjasama yang baik sama ada dari segi masa dan tugas.

Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

LAPORAN UNIT MAKANAN

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nur Fatin Nasuha Binti Jaafar 940602-01-5972

2. Nur Fatin Nasuha Binti Jaafar 940624-06-5284

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menempah makanan untuk makan tengah hari dan minum petang untuk 55 orang (AJK,

tetamu VIP dan alumni)

2. Memastikan makanan datang tepat pada waktunya.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Berbincang dengan pengarah tentang menu yang hendak ditempah.

12/04/2017 25/04/2017

2 Membuat “survey” di kedai -kedai makanan yang ada di UTM. Membuat perbandingan harga.

3 Membuat tempahan di kedai yang telah dipilih dan membayar deposit sebanyak RM150.00

4 Membeli air mineral dan cawan polystyrene.

5 Menempah bilik meeting sebagai tempat makan VIP.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Mengemas tempat makan VIP.

2/5/2017 2/5/2017 2 Memastikan makanan sampai tepat pada waktunya. 3 Menghidangkan makanan untuk VIP dan alumni

4 Membahagikan air mineral kepada para alumni dan AJK.

3. Selepas:

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Mengemas barang-barang yang telah digunakan dan memastikan barang yang dipinjam telah dipulangkan. 2/5/2017 2/5/2017

2 Membayar penuh duit makanan.

PERMASALAHAN:

1. Makanan lambat sampai dalam masa 15 minit untuk makan tengah hari. Tambahan pula,

forum tamat terlalu awal daripada yang dijangkakan dalam tentatif. Tetapi untuk minum

petang segalanya mengikut dalam tentatif.

2. Bilik makan VIP ditingkat atas menyebabkan AJK terpaksa mengangkat dan membawa

semula segala barang-barang makanan ketingkat atas. Tambahan pula, tiada pertolongan

daripada katerer.

3. Ada diantara AJK yang mengambil makanan lebih menyebabkan ada AJK yang tidak

dapat makanan.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mencari tempat atau bilik makan yang searas dengan tempat program.

2. Memastikan makanan datang awal dari masa jangkaan di dalam tentatif.

3. Memastikan AJK tidak mengambil bahagian AJK yang lain.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya

banyak penukaran tarikh untuk mencari tarikh yang sesuai. Sambutan untuk program ini pada

sesi pagi kurang memberangsangkan, salah satu faktornya adalah ramai diantara pelajar

tahun 4 yang sibuk dengan Projek Sarjana Muda. Untuk mengelakkan dari perkara ini

berlaku lagi, tarikh yang dipilih hendaklah pada awal semester dan semua pensyarah haruslah

menggalakkan supaya semua pelajar hadir ke program ini. Namun begitu, pada sesi akhir

ramai pelajar yang hadir untuk memeriahkan program ini. Dengan akhir kata, diharap

program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

LAPORAN UNIT SIJIL DAN CENDERAHATI

AHLI JAWATANKUASA:

1. Siti Nazirah Binti Jamaluddin 941014-08-6218

2. Syahirah Binti Saupi 940214-06-5548

3. Nora Vun 940915-12-5136

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menyediakan sijil-sijil kepada AJK program, alumni dan peserta poster.

2. Menyediakan cenderahati kepada alumni yang hadir dan hadiah kepada pemenang poster.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Membeli hadiah untuk pemenang poster.

01/04/2017 02/05/2017 2 Menyediakan cenderahati untuk alumni.

3 Menyediakan sijil kepada AJK, alumni dan peserta poster.

4 Meminjam dulang dengan fakulti Sains.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Memastikan semua sijil-sijil, cenderahati dan hadiah telah disediakan.

02/05/2017 02/05/2017 2

Menyampaikan sijil-sijil, cenderahati dan hadiah semasa majlis penutupan.

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Memulangkan dulang kepada Fakulti Sains

03/05/2017 03/05/2017 2

Menyediakan sijil untuk pemenang dan semua peserta poster dan semua peserta program yang datang pada sesi pagi dan petang.

PERMASALAHAN:

1. Kekurangan dana menyebabkan penyediaan sijil dan hamper sedikit terjejas.

2. Ketiadaan maklumat penuh tentang alumni menyebabkan proses penyediaan sijil menjadi

lambat.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mencari dana lebih awal untuk menampung perbelanjaan ketika hendak membeli barang-

barang yang diperlukan.

2. Mengumpul maklumat kesemua AJK dan alumni yang terlibat dari awal program.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan objektif utama program ini dapat

dicapai. Kesemua AJK sijil dan cenderahati memberi kerjasama yang baik sepanjang

program dijalankan terutamanya dari segi masa dan tugas. Diharapkan agar program seperti

ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

LAPORAN UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nurfarahin Binti Borhanudin 940630-11-5022

2. Nurulafikah Barek Binti Idrus 940723-01-7050

SKOP TUGAS UNIT :

1. Membuat facebook page dan menyebarkannya kepada warga fakulti.

2. Reka poster dan banting program. Menempah banting program.

3. Mencetak dan menampal poster di sekitar kawasan fakulti.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Membuat facebook page aktiviti dan sebarkan kepada warga fakulti

12/04/2017 27/04/2017 2

Reka poster program dan menampal di sekitar fakulti

3 Memasukkan poster program di setiap dekstop dewan kuliah

4 Reka banting program dan menempahnya 5 Mencetak brochure tentatif program untuk VIP

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Membantu unit-unit lain

2/05/2017 2/05/2017 2 Gambar program diambil oleh photographer yang telah diupah

3 Montaj penutup disediakan oleh photographer

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Mengemas dewan kuliah yang digunakan semasa program

2/05/2017 2/05/2017 2

Menyediakan laporan unit dan menyerahkan resit kepada bendahari

PERMASALAHAN:

1. Banyak perubahan tempat dan aktiviti menyebabkan kelewatan menyiapkan poster

program.

2. Tidak dapat memasukan poster dalam setiap desktop bilik kuliah kerana komputer

tersebut tidak dapat dihidupkan.

3. Berlaku tentatif disaat-saat akhir.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Menetapkan tempat dan aktiviti dengan segera.

2. Mengubah tentatif dan mencetak brochure untuk tetamu semasa program.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar walaupun terdapat

beberapa kekurangan. AJK pelaksana program bersikap proaktif untuk menutup segala

kekurangan yang ada. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang

dan segala permasalahan yang berlaku ketika program kali ini tidak berlaku di masa akan

datang.Tahniah kepada semua AJK pelaksana yang telah terlibat.

LAPORAN UNIT ALUMNI

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nur Idayu Binti Alimon 940320-01-6766

2. Nur Athirah Binti Mohd Isam 940822-05-5394

3. Noorazura Shahira Binti Yusniman 940707-01-6904

4. Nur Amalina Binti Mohd Farid Woo 941010-10-5848

5. Nurul Alfatihah Binti Mohd Arifin 940509-11-5098

SKOP TUGAS UNIT :

1. Mendapatkan nama dan nombor telefon alumni Jabatan Sains Matematik.

2. Mendapatkan lima orang alumni untuk hadir ke Program Bersama Alumni FS 2017.

3. Menetapkan masa yang diperuntukkan kepada seorang alumni.

4. Mendapatkan maklumat diri seperti biodata dan latar belakang pelajaran alumni.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir

1 Mendapatkan nombor telefon alumni daripada setiap pensyarah.

13/04/2017 1/05/2017 2

Menghubungi alumni-alumni untuk persetujuan hadir ke program.

3 Mendapatkan segala maklumat diri alumni.

4 Memastikan perjalanan alumni ke UTM tanpa sebarang masalah.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Memastikan alumni hadir ke program tepat pada

masa. 2/05/2017 2 Memastikan program berjalan lancar.

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir 1 Menyediakan laporan unit . 2/05/2017 3/05/2017

PERMASALAHAN:

1. Terdapat kesukaran untuk mendapatkan alumni yang berkesempatan untuk hadir ke program akibat tarikh program adalah jatuh pada hari bekerja.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Menghubungi alumni beberapa bulan lebih awal daripada tarikh program agar alumni tersebut dapat menyusun jadualnya dan memohon cuti.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Diharap program seperti ini dapat diteruskan dalam jangka masa yang panjang.

Disediakan oleh;

________________________

NURAINI BINTI HASHIM

Setiausaha

Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

Disemak oleh;

_____________________________

MUHAMMAD AZFAR FIRDAUS

Pengarah

Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

Disahkan oleh;

________________________

DR. NURSYAFREENA ATTAN

PENASIHAT

Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

No. Pekerja : 12942

No IC : 870803-01-5724