laporan prestasi - air selangor...2 laporan tahunan | [email protected] [email protected] |...

11
Laporan Prestasi 2016

Upload: others

Post on 11-Aug-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

Laporan Prestasi

2016

Page 2: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

VISI: MISI:Untuk menjadi operator air terkemuka di rantau ini

Untuk menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami

Page 3: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

Empangan Langat

Gambaran Keseluruhan Industri Perkhidmatan Air

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Air Selangor, syarikat milik sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor, telah ditubuhkan pada 26 Februari 2014 di bawah Akta Syarikat Malaysia 1965 untuk

menyediakan perkhidmatan air secara holistik di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Air Selangor telah mengambil alih perkhidmatan bekalan air dan sistem agihan di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya daripada syarikat konsesi sedia ada, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), PNSB Water Sdn Bhd (PNSB Water), Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd. Perbincangan masih berjalan untuk mengambil alih perkhidmatan daripada Syarikat Pengeluar Air Sungai

Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Air Selangor berusaha untuk menyediakan standard perkhidmatan tertinggi dengan menambahbaikkan sistem rawatan air, sistem agihan, mengurangkan air tidak berhasil dan menyediakan bekalan air yang memberi nilai untuk wang serta perkhidmatan air yang memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

Kumpulan Air Selangor beroperasi di bawah rangka kerja peraturan Akta Industri Perkhidmatan Air, 2006 (AIPA) dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor, 1999 (LUAS) masing-masing di bawah pengawal aturan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Page 4: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

kandunganringkasan eksekutif 01

tadbir urus 02

pejabat pengurusan transformasi 03

pelaburan kos merawat air 04

pelaburan kerja kapital 05

air tidak berhasil 06

kualiti air 07

saluran komunikasi 08

pusat panggilan pelanggan 09

aduan 10

paip pecah dan bocor 11

program penggantian paip lama 12

[email protected] | Laporan Tahunan

Saya dengan sukacitanya mempersembahkan Laporan Prestasi Air Selangor ke-2 bagi

tahun 2016, yang menyerlahkan dedikasi dan komitmen Kumpulan menyediakan perkhidmatan air dengan bertanggungjawab dan mampan.

Laporan ini bertujuan untuk memaparkan keluasan dan skop perkhidmatan air yang disediakan oleh syarikat-syarikat subsidiari kami, iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, PNSB Water Sdn Bhd (dahulu Puncak Niaga Sdn Bhd), Konsortium Abass Sdn Bhd dan Konsortium Air Selangor Sdn Bhd; serta mempersembahkan komitmen berterusan kami untuk mengimbangi kepentingan alam sekitar dan sosial sambil mengurus perkhidmatan kami dengan efisien dan efektif kepada pelanggan.

Sebagai penyedia perkhidmatan air terkemuka di negara ini, kami terus mengekalkan kepimpinan dalam industri air. Pendekatan kemapanan telah memberi kami kelebihan melalui inovasi, kecekapan dan perkhidmatan yang responsif.

Aktiviti-aktiviti kami didorong oleh komitmen berterusan untuk menyediakan perkhidmatan mampan secara holistik kepada pelanggan. Dalam keadaan kami menghadapi cabaran dahulu, seperti Air Tidak Berhasil dan pencurian air, penambahbaikan jelas kelihatan

walaupun kami sedar bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan. Kami komited untuk terus menambahbaikkan lagi kemajuan yang tercapai.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil, kami telah menempatkan semula 227 warga kerja untuk melaksanakan tugas-tugas mengesan paip bocor. Sehingga akhir tahun 2016, sebanyak 79,426 paip bocor telah dikesan dan dibaiki.

Kes-kes pencurian air telah mencatatkan pengurangan drastik setelah kami melancarkan polisi baharu untuk memohon bekalan air dengan terma dan syarat fleksibel. Sekarang, memohon bekalan air lebih mudah dan cepat.

Bagi tahun 2016, kami telah menganugerahkan kerja-kerja kapital bernilai RM262.8 juta untuk kerja menaiktarafkan loji rawatan air, program mengurangkan Air Tidak Berhasil, pembangunan dan menaiktarafkan sistem agihan serta penggantian dan pengurusan aset. Ini termasuk RM125 juta program penggantian paip untuk menggantikan 144.5 kilometer paip usang di 23 daripada 84 kawasan ‘hotspot’ yang dirancang dan dilaksanakan di antara 2016 sehingga 2019.Saya percaya anda akan mendapati laporan ini bermakna dan informatif. Terima kasih di atas minat anda terhadap prestasi Air Selangor.

Suhaimi KamaralzamanKetua Pegawai Eksekutif

EKSEKUTIFRINGKASAN

Page 5: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

2 Laporan Tahunan | [email protected] [email protected] | Laporan Tahunan

Pejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

2016 dengan tujuan mengurus inisiatif berterusan Kumpulan Air Selangor serta memastikan kesediaan apabila Air Selangor dilantik sebagai pemegang lesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air.

Inisiatif yang telah dilaksanakan juga bertujuan untuk memudahkan koordinasi operasi dalam Kumpulan Air Selangor melalui program transformasi komprehensif bagi mempromosikan kerjasama di peringkat lebih tinggi di kalangan semua jabatan, mewujudkan persekitaran kerja efisien dan efektif serta pelaksanaan penambahbaikan berterusan.

Ahli Pasukan Petugas terdiri daripada:

Pejabat Pengurusan Transformasi

Kami mempunyai rangka kerja tadbir urus yang kukuh bagi menyelaraskan struktur organisasi,

proses kerja dan sistem pengurusan mengikut urus niaga syarikat.

Sebagai syarikat berdaya maju, “Nilai Teras” kami menentukan budaya dan cara kita menguruskan perniagaan. Sebagai satu pasukan, kita bertindak dengan kejujuran, integriti dan profesionalisme dalam menyediakan standard perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Mengiktiraf Nilai-nilai Teras ini, kami menyediakan peluang kepada warga kerja dan orang awam untuk mendedahkan kebimbangan mengenai syarikat melalui “Polisi Pendedahan Maklumat” yang menyediakan cara selamat dan boleh diterima untuk menangani kebimbangan dengan sewajarnya secara bebas dan tidak berat sebelah.

Syarikat telah menerima pakai “Dasar Tiada Hadiah”, yang melarang warga kerja menerima atau memberi hadiah daripada/kepada pelanggan, pembekal dan pihak luar secara langsung atau tidak langsung. Dasar ini juga bertujuan

untuk mengelakkan situasi, yang boleh mempengaruhi pertimbangan warga kerja dalam proses membuat keputusan atau meletakkan warga kerja dalam kedudukan percanggahan atau kewajipan.

Syarikat telah melaksanakan sistem “Pengurusan Risiko Enterprise”, yang merupakan proses sistematik untuk mengenal pasti, menilai dan menangani impak dan kemungkinan berlakunya risiko selaras dengan amalan tadbir urus yang baik. Risiko utama yang diuruskan, termasuk sumber bekalan air, operasi bekalan air, pengebilan dan kutipan, pelan tindakan kecemasan dan teknologi maklumat.

Syarikat telah melaksanakan “Kod Etika Rakan Niaga”, termasuk vendor pihak ketiga dan rakan kongsi perniagaan. Kod Etika menyampaikan prinsip dan jangkaan syarikat apabila rakan perniagaan berurus niaga dengan Kumpulan Air Selangor. Dalam menguatkuasakan Kod Etika ini, vendor yang ingin mengambil bahagian dalam tender dikehendaki menandatangani ‘Deklarasi Tidak Berpakat” dengan pembekal lain dan warga kerja syarikat.

TADBIR URUS Transformation Management O�ce

Ditubuhkan pada April 2016

Templat Standard untukSyarat Kontrak & Surat

Anugerah

MemperkemasKandungan Media

Sosial

PiagamPelanggan

Semakan ProsedurOperasi Standard

(SOP)

Polisi KodEtika

Polisi PendedahanMaklumat

Polisi TiadaHadiah

Polisi KonflikKepentingan

POLICY POLICY

Pasukan Pensampelan& Pengawasan Sungai

CRIS (Sistem Pengurusan PerhubunganPelanggan & Pengebilan)

Pengemaskinian No. TelefonBimbit Dalam Akaun

Mengurus inisiatif berterusan Kumpulan Air Selangor;

Untuk memastikan kesediaan fizikal apabila lesen AIPA kepada Air Selangor dikuatkuasakan;

Memudahkan koordinasi operasi Kumpulan Air Selangor melalui program transformasi yang komprehensif;

Menggalakkan kerjasama lebih tinggi di kalangan semua jabatan; dan

Mewujudkan persekitaran kerja yang efektif dan efisien bagi menyediakan perkhidmatan yang optimum untuk pelanggan dalaman dan luaran.

Pasukan Bertugas

PerkhidmatanKorporat

Operasi danPenyelenggaraan

Aset danPerolehan

SumberManusia

BILL

Khidmat Pelanggandan Pengebilan

Inisiatif

Baki inisiatif yangmasih diusahakan

161

242* Isu/Peluangyang dikenal pasti

150Inisiatif yang sudah siap* 31 Disember 2016

311*Inisiatif yang dirumuskan

Objektif TMO

Inisiatif Baharu Termasuk:

Garis PanduanPerolehan Baharu

Nombor Telefon& SMS Baharu

Sistem “PerancanganSumber Entreprise”

Bayaran BalikCengkeram Cepat

1-800-88-5252

SMS 15300

GUIDELINES

Pasukan Petugas Jabatan/Seksyen

Perkhidmatan Pelanggan & Pengebilan

Perkhidmatan Perhubungan Pelanggan

Perkhidmatan Pengebilan Pelanggan

Perkhidmatan Korporat

Kewangan, Strategi & Perancangan

Undang-undang & Kesetiausahaan Syarikat

Teknologi Maklumat

Komunikasi Korporat

Pentadbiran

Aset & Perolehan

Perancangan & Kerja Kapital

Perolehan

Operasi & Penyenggaraan

Pengeluaran

Pengagihan

Perkhidmatan Operasi

Kualiti Air & Perkhidmatan Makmal

Sumber Manusia Sumber Manusia

Sehingga 31 Disember 2016, daripada jumlah 311 inisiatif, 150 (48%) inisiatif telah berjaya disiapkan dan 161 (52%) masih dalam proses peringkat kerja.

Di Air Selangor, Nilai Teras kami mendefinisikan budaya serta cara kami mengendalikan urusan perniagaan

Page 6: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

4 Laporan Tahunan | [email protected] [email protected] | Laporan Tahuanan

PelaburanKerja Kapital

PERBELANJAAN OPERASI

Pembelian Air

Kos Kewangan & Pajakan Elektrik KimiaKos Staf Pembaikan &

PenyenggaraanLain-lain

39% 31% 4% 3%4%8%11%

RM25.06

RM1.00

RM1.18

RM2.46

RM1.50

sen sebulan

Bil air purata domestik sebelum air percuma 20 m³ di Selangor adalah

Untuk setiap

kepada SYABAS

setiap m3

setiap m3

hasil yang diperoleh, syarikat konsesi (operator loji rawatan air) mengenakan caj

Kos purata merawat dan mengagih bekalan air adalah

Tarif purata yang dikenakan kepada pelanggan adalah

Pelaburan:Kos Merawat Air

300.0

250.0

200.0

150.0

100.0

50.0

0.0

300.0

250.0

200.0

150.0

100.0

50.0

0.0

Kerja Menaiktarafkan Loji

Program Mengurangkan Air Tidak Berhasil

Pengurusan & Penggantian Aset

Pembangunan & Naik Taraf Sistem Agihan

JUMLAH

Pela

bura

n (R

M' J

uta)

Pela

bura

n (R

M’ J

uta)

2012 2013 2014 2015 2016

Pada tahun 2016, RM262.8 juta telah d i a n u g e r a h k a n

untuk program kerja-kerja kapital seperti menaiktarafkan loji rawatan air, program mengurangkan Air Tidak Berhasil, pembangunan dan menaiktarafkan sistem agihan dan penggantian serta pengurusan aset.

23.5 30.8 28.0 54.1 67.1

24.2 36.4 35.5 16.7 59.2

169.2 280.7 175.5 185.3 262.8

19.5 31.6 10.8 20.0 42.0

102.0 181.9 101.2 94.5 94.5

Page 7: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

6 Laporan Tahunan | [email protected] [email protected] | Laporan Tahunan

35.00

34.50

34.00

33.50

33.00

32.50

32.00

31.50

31.00

30.502012 2013 2014 2015 2016

NRW (%)

33.1 34.5 33.6 32.0 32.2

Air Tidak BerhasilAir Tidak Berhasil (NRW) adalah bekalan air terawat ‘hilang’ tidak diambil kira sebelum sampai ke premis pelanggan. Kehilangan boleh berlaku kerana kehilangan komersial akibat pembacaan meter tidak tepat, pencurian air, penggunaan air tidak di bil, penggunaan air awam tidak bermeter atau kehilangan fizikal akibat paip bocor atau pecah.

Pada tahun 2016, NRW mencatatkan kenaikan sebanyak 0.2% berbanding dengan tahun 2015

akibat kebocoran paip agihan sedia ada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Hulu Langat dan Kuala Langat yang berada di luar kawasan Zon Permeteran Daerah (DMZ).

Kebocoran berlaku selepas kolam takungan Matang Pagar yang bernilai RM328 juta (di bawah Projek Mitigasi 2 Kerajaan Negeri Selangor) mula beroperasi dan menghasilkan bekalan air tambahan 227 juta liter sehari (JLH) untuk wilayah Petaling, Klang, Kuala Lumpur, Hulu Langat

dan Kuala Langat daripada Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan 3.

Tekanan air tinggi daripada bekalan air tambahan ke beberapa kawasan di 5 Wilayah, yang berada di luar kawasan DMZ, telah mengakibatkan kebocoran di saluran paip agihan sedia ada. DMZ sedang dilaksanakan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti untuk mengawal dan mengurus tekanan air bagi mencegah kebocoran di paip agihan.

Satu program holistik sedang dilaksanakan untuk menangani NRW secara menyeluruh seperti berikut.

1. Pasukan khas mengesan kebocoran;2. Kerja pembaikan kebocoran paip yang komprehensif; 3. Penggantian meter air rosak dan lama;4. Penggantian paip air lama dan usang; 5. Pengawasan rapi Zon Permeteran Daerah (DMZ) dan;6. Pengurusan tekanan air

Air mentah menjalani proses rawatan yang menyeluruh di loji-loji rawatan air (LRA) kami sebelum air terawat yang mencapai standard

yang ditetapkan oleh “Program Jaminan Kualiti” Kementerian Kesihatan, diagihkan.

Kualiti air diuji oleh tiga makmal dalaman di LRA Sungai Selangor Fasa 2, Sungai Labu and Sungai Semenyih yang bertauliah di bawah ‘Skim Akreditasi Makmal Malaysia’ (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia. Makmal-makmal ini menyediakan analisis pensampelan air bebas untuk Jabatan Pengeluaran dan Pengagihan.

Tahun ini, 92,666 ujian telah dilaksanakan ke atas lebih 34,000 sampel daripada 1,150 stesen pensampelan.

Kami masih berjaya mengekalkan pematuhan keseluruhan pada 99.1% meskipun menghadapi cabaran kemerosotan kualiti air sungai, terutamanya daripada Sungai Selangor dan anak-anak sungai.

Sebagai testimoni komitmen ke atas kualiti air yang dihasilkan, makmal-makmal di LRA Sg Selangor Fasa 2, Sg. Labu dan Sg. Semenyih telah mendapat “Anugerah Makmal Cemerlang” daripada Institut Kimia Malaysia untuk ujian air mentah, air sungai, air yang dituras, air terawat, efluen dan air kumbahan.

Kualiti Air

100.0%

98.0%

96.0%

94.0%

92.0%

90.0%

160,000

140,000

120,000

100,000

80,000

60,000

40,000

20,000

02012 2013 2014 2015 2016

136,814 133,618 143,534 108,236 92,666

99.4% 99.7% 99.6% 99.6% 99.1%

136,022 133,177 143,006 107,786 91,867

Analisis Kualiti

Pematuhan Kualiti

Pematuhan Kualiti

Page 8: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

Pada tahun 2016, 65% daripada pelanggan kami berkomunikasi dengan kami

melalui panggilan telefon, 30% melalui kaunter perkhidmatan manakala 4% menghantar e-mel kepada kami.

Kami menerima 1,318,700 panggilan telefon dan 80,314 e-mel sepanjang tahun. Berbanding dengan tahun 2015, jumlah panggilan dan e-mel yang diterima masing-masing telah meningkat sebanyak 8.4% dan 19.6%. Namun demikian, pelanggan yang mendapatkan khidmat kaunter dan yang menghantar “Perkhidmatan Pesanan Ringkas” (SMS) berkurangan sedikit pada tahun 2016 berbanding tahun sebelumnya.

Komunikasi kami dengan pelanggan bertambah baik melalui pesanan Kumpulan WhatsApp dan Facebook (FB). Maklumat gangguan bekalan air dihantar kepada pelanggan melalui kumpulan WhatsApp.

Pada tahun 2015, pengikut FB hanyalah 2,132. Pada penghujung

tahun 2016, bilangan pengikut FB telah meningkat ke 24,780. Bilangan kumpulan WhatsApp pula telah meningkat kepada 446 daripada 77 pada tahun 2015.

Bilangan pelanggan memuat turun aplikasi telefon pintar “mySYABAS” untuk maklumat bekalan air semakin bertambah sejak mySYABAS diperkenalkan pada tahun 2014. Pada tahun 2015, 32,332 pelanggan telah memuat turun

aplikasi percuma ini. Sehingga akhir tahun 2016, bilangan pelanggan yang memuat turun aplikasi ini telah meningkat kepada 80,974.

Aplikasi ini menyediakan maklumat serta status terkini mengenai gangguan bekalan air berjadual dan tidak berjadual mengikut kawasan. Pelanggan boleh dengan mudah memohon atau mengadu serta menyemak status bil air melalui aplikasi ini.

8 Laporan Tahunan | [email protected] [email protected] | Laporan Tahunan

PelangganPusat Panggilan

Panggilan Diterima Purata Panggilan Sehari

Pusat panggilan pelanggan berpusat yang terletak di Ibu Pejabat beroperasi 4

syif dengan tenaga kerja seramai 65 orang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Jumlah panggilan yang diterima sepanjang 2016 mencatatkan kenaikan 8% berbanding dengan 2015 kerana gangguan bekalan air tidak berjadual semasa fenomena El Nino pada bulan April 2016 mengakibatkan permintaan dan penggunaan air tinggi sepanjang cuaca panas, henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih akibat pencemaran air mentah di sungai pada bulan Oktober 2016 dan November 2016 serta kerja-kerja penyenggaraan TNB di pencawang masuk utama Bukit Badong pada bulan Disember 2016.

Sebagai inisiatif untuk menambahbaikkan komunikasi dengan pelanggan apabila berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual, satu kempen telah dilaksanakan untuk meminta pelanggan mengemaskinikan nombor telefon bimbit pada akaun air. Usaha ini bertujuan untuk memudahkan penghantaran pengumuman berkaitan perkhidmatan air dalam bentuk ‘Perkhidmatan Pesanan Ringkas’ (SMS) kepada pelanggan.

Di samping itu, sejak bulan Ogos 2016, pelanggan boleh berhubung Pusat Panggilan Pelanggan melalui telefon atau SMS menggunakan Kod Ringkas 15300 untuk sebarang urusan perkhidmatan air.

KomunikasiSaluran

Saluran Komunikasi 2015 2016

SMS 6,939 5,963

Faksimile 10,332 7,377

E-mel 67,132 80,314

Surat 56 105

Panggilan Telefon 1,216,538 1,318,700

Kaunter Perkhidmatan 672,543 604,317

Pang

gila

n Di

terim

a Se

tahu

n

Pura

ta P

angg

ilan

Seha

ri

Panggilan Telefon: 65.39%

Kaunter Perkhidmatan: 29.96%

SMS: 0.30%

Faksimile: 0.37%E-Mel: 3.98%

Surat: 0.01%

5,000

4,500

4,000

3,500

3,000

2,500

2,000

1,500

1,000

500

0

1,800,000

1,600,000

1,400,000

1,200,000

1,000,000

800,000

600,000

400,000

200,000

02012 2013 2014 2015 2016

3,6131,486

2,626

4,507

1,318,700542,488

958,502

1,645,228

3,3331,216,538

Page 9: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

10 Laporan Tahunan | [email protected] [email protected] | Laporan Tahunan

Paip Pecah dan Bocor

PPada tahun 2016, secara purata 13.5 aduan paip pecah dan 326 aduan paip bocor telah diterima sehari. Kedua-dua aduan mencatatkan sedikit

kenaikan berbanding dengan 2015.

Pada bulan Julai 2016, program menggantikan paip usang sepanjang 422 kilometer telah mula dilaksanakan di 84 kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Program ini dijangkakan akan siap pada hujung tahun 2019. Fasa pertama program ini melibatkan penggantian paip usang sepanjang 144.5

kilometer telah mula dilaksanakan di antara bulan Julai 2016 sehingga Disember 2016 dan dijangka akan siap pada hujung tahun 2017.

Pada bulan Oktober 2016, satu pasukan inspektor khas untuk mengenal pasti paip bocor telah ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif proaktif mengenal pasti kebocoran untuk mengurus Air Tidak Berhasil. Dari Oktober 2016 sehingga Disember 2016, sejumlah 6,581 paip bocor telah dikenal pasti dan dibaiki.

Pipe Bocor Purata Sehari

“Tiada bekalan air” mencatatkan aduan yang tertinggi (238,837) pada tahun 2016, kebanyakannya kerana penutupan loji rawatan air akibat pencemaran air mentah di sungai yang berlaku pada tahun tersebut dan pembaikan paip bocor dan pecah tidak berjadual.

Kerja-kerja berjadual bagi penyenggaraan, menaiktarafkan dan penggantian peralatan dan perkakasan dalam sistem rawatan dan agihan juga menyumbang kepada aduan “Tiada bekalan air”. Dalam kes-kes tersebut, pelanggan telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum kerja dimulakan untuk memudahkan simpanan air mencukupi.

Tekanan air rendah (32,926) lazimnya dicatat selepas kerja pembaikan, penggantian atau penyenggaraan sistem rawatan atau agihan. Kawasan terjejas melibatkan bangunan tinggi, premis-premis yang berada di hujung sistem agihan air atau di kawasan berbukit.

Meter rosak (31,424) akan diganti selepas pemeriksaan tanpa dikenakan caj tambahan kepada pelanggan. Walau bagaimanapun, meter air akan diganti setiap sepuluh tahun sekali.

Bil tinggi (22,122) kerap dicatat disebabkan kebocoran paip air lama atau tangki simpanan air di dalam premis. Pelanggan dinasihati melantik tukang paip untuk memeriksa dan membaiki paip dan/atau tangki simpanan air yang bocor atas kos sendiri.

Aduan

300,000

250,000

200,000

150,000

100,000

50,000

0

35,000

30,000

25,000

20,000

15,000

10,000

5,000

02012 2013 2014 2015 2016

16,148 21,815 27,529 26,840 31,424

18,506 21,595 22,408 22,474 22,122

139,305 174,054 215,226 224,002 238,837

26,623 27,280 29,560 32,158 32,926

Meter Rosak

Bil Tinggi

Tiada Air

Tekanan Rendah

2012 2013 2014 2015 2016

Paip

Pec

ah S

etah

un

Pura

ta P

aip

Peca

h Se

tahu

n

16

14

12

10

8

6

4

2

0

6,000

5,000

4,000

3,000

2,000

1,000

0

Paip Pecah Purata Sehari

10.6 13.5

12.4 12.6

13.4

3,868 4,940

4,511 4,600

4,888

Paip

Boc

or S

etah

un

Pura

ta P

aip

Boco

r Seh

ari

2012 2013 2014 2015 2016

400

350

300

250

200

150

100

50

0

140,000

120,000

100,000

80,000

40,000

20,000

0

282 326

330 324

360

102,984 119,037

120,550 118,404

131,229

Page 10: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

12 Laporan Tahunan | [email protected]

Penggantian Paip Lama

Program

Pada Julai 2016, syarikat telah memulakan program menggantikan lebih kurang 422

kilometer paip usang di 84 kawasan yang sering mengalami paip pecah.

Program ini dijangka menelan belanja RM363 juta. Kebanyakan paip jenis Simen Asbestos di kawasan-kawasan persisiran pantai digantikan dengan paip jenis Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE), manakala kawasan-kawasan lain digantikan dengan paip jenis Besi Mulur.

Pada tahun yang sama, jumlah panjang paip mencatatkan peningkatan sebanyak 1% dari 27,800 kilometer kepada 28,135 kilometer.

Selangor mempunyai paip sepanjang 24,340 kilometer dan kebanyakan kawasan menggunakan Keluli Lembut (49%), Simen Asbestos (22%) serta Pemplastik Polivinil Klorin (13%).

Kuala Lumpur dan Putrajaya mempunyai paip sepanjang 3,795 kilometer dan kebanyakan kawasan menggunakan Keluli Lembut (49%), Simen Asbestos (43%) serta Besi Mulur (6%).

Lain-lain

Akrilonitril-Butadiena Stirena

Besi Bergalvani

Pemplastik Polivinil Klorin

Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE)

Besi Mulur

Besi Tuang

Keluli Lembut

Simen Asbestos

Bahan & Panjang Paip (Kilometer)

HDPE (kiri) dan Simen Asbestos

Empangan Klang Gates

0 2,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000 16,000

Panjang (km)

108

52

1

5

3,712

13,710

6,291

2,278

1,980

Program penggantian paip di Taman Eng Ann, Klang

Page 11: Laporan Prestasi - Air Selangor...2 Laporan Tahunan | info@airselangor.com info@airselangor.com | Laporan Tahunan 3 P ejabat Pengurusan Transformasi (PPT) telah ditubuhkan pada April

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (1082296-U)

Ibu Pejabat Air Selangor, Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

• Tel: 03-2088 5400 • Faks: 2088 5449• Emel: [email protected]