laporan pibg 2012.doc

9
0

Upload: isniza-suhadak

Post on 25-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PIBG 2012.doc

0

Page 2: LAPORAN PIBG 2012.doc

LAPORAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS SESI 2011 / 2012

TARIKH : 25 Februari 2012 ( Sabtu )TEMPAT : Dewan SK Sungai ManggisMASA : 10.30 pagiPERASMI : Encik Mohd. Noor Leza bin Mansor

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Siasatan Dan Aduan PPD Kuala Langat

KEHADIRAN : 80 ORANG

Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan ucapan YDP, Encik Harun bin Awang. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru dalam mesyuarat pada pagi ini.. Beliau menyatakan aktiviti sepanjang 2010 yang telah berjaya dilaksanakan antaranya, kelas bimbingan Tahun 6, solat hajat, aktiviti sukan tahunan dan lain-lain.Kekangan masa merupakan faktor aktiviti tidak banyak dilaksanakan pada tahun 2011. Beliau juga berharap mesyuarat kali ini akan ada pelantikan baru yang dapat membantu dan menyumbang kepada sekolah.Ucapan tahniah ditujukan kepada murid-murid yang telah mendapat 5 A dan 4 A juga ibu bapa masing-masing. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar, AJK PIBG, guru-guru dan ibu bapa kerana memberi sokongan yang yang tidak berbelah bahagi kepada PIBG di bawah pimpinan beliau selama dua tahun ini.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penasihat PIBG, Encik Sangaji bin Andong selaku Guru Besar SK Sungai Manggis. Beliau memberikan ucapan alu-aluan kepada wakil PPD, YDP PIBG dan para tetamu .Terima kasih dan tahniah kerana dapat menjalankan tanggungjawab menghadiri Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.Penasihat memaklumkan perkembangan terkini sekolah dimulakan dengan bilangan guru seramai 30 orang, 4 orang guru praktikum, kakitangan sokongan pula seramai 7 orang. Jumlah murid setakat ini ialah seramai . Kemerosotan UPSR ialah dari segi kualiti iaitu 5 orang mendapat 5 A dan 2 orang murid pula mendapat 4 A manakala peratus keseluruhan ialah 74 %. Seterusnya untuk aktiviti sukan,sekolah ini menjadi tuan rumah kejohanan bolasepak pada bulan Mac ini.................Wakil merentas desa juga dihantar tetapi tidak mendapat tempat.Beliau turut menyatakan sebelum mesyuarat bermula,ibu bapa telah dijamukan dengan motivasi keibubapaan sebagai tambahan kepada ilmu keibubapaan dalam menangani masalah murid .Beliau turut mengalu-alukan khidmat ibu bapa yang mempunyai kepakaran dari segi pendidikan untuk membantu pihak sekolah. Selain itu beliau menyatakan masalah jalan masuk ke sekolah yang merupakan tanah persendirian, kerjasama untuk pihak tersebut untuk menangguhkan dulu pembinaan rumah kedai dan kini sekolah sedang

1

Page 3: LAPORAN PIBG 2012.doc

berusaha dengan bantuan Jabatan Pelajaran untuk membina jalan baru,harap pihak PPD memberi perhatian pada masalah ini. Akhir sekali beliau berharap lantikan ajk baru tahun ini dapat memacu kecemerlangan bersama. Usul-usul yang dicadangkan juga akan dibincangkan dan keputusannya dapat diketahui sebentar lagi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Encik Mohd. Noor Leza bin Mansor, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah , Siasatan Dan Aduan PPD Kuala Langat

selaku wakil Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat. Beliau menyampaikan salam takzim daripada Mantan Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid yang telah bertukar ke Kementerian dan digantikan dengan Puan Hajah Foziah binti Haji Mohd Azahari.Ucapan tahniah daripada beliau buat pihak sekolah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam pemantauan pihak PPD pada bulan Januari yang lepas.Seterusnya beliau mengharapkan ibu bapa bermuafakat dengan pihak PIBG sekiranya menghadapi sebarang masalah sebelum diajukan kepada PPD.Beliau mengharapkan ibu bapa tidak selalu menyalahkan pihak sekolah dan guru-guru terhadap masalah anak-anak di luar waktu persekolahan kerana itu adalah tanggungjawab masing-masing. Ibu bapa juga perlu prihatin dan menerima dengan hati terbuka sekiranya anak-anak disahkan tergolong dalam OKU,perlulah dihantar ke kelas pemulihan khas di SMK Sungai Manggis dan SK Olak Lempit.Ramai murid-murid OKU jugayang menhadapi masalah pembelajaran juga mampu mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.Seterusnya beliau memaklumkan bahawa setiap PIBG sekolah di negeri Selangor akan menerima sebanyak sumbangan sebanyak RM 3000.00 daripada Kementerian Pelajaran yang dimasukkan dalam akaun PIBG. Beliau turut berpesan kepada ibu bapa yang hadir agar sanggup membuat apa sahaja demi kejayaan anak-anak termasuk memberi peluang kepada mereka menghadiri kelas tambahan dan membayar yuran kelas tersebut.Akhir kata, beliau memaklumkan, PPD berharap sekolah ini akan mendapat kejayaan cemerlang dalam UPSR dan sekiranya pihak sekolah ingin megadakan majlis,silalah berhubung dengan Bahagian Protokol PPD untuk mendapat khidmat nasihat dengan menghubungi Encik Azman bin Shahril dan Encik Osman bin Sulaiman.Beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 46 dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil sumbangan PIBG kepada murid-murid cemerlang pada tahun 2011dan juga sijil penghargaan serta cenderahati kepada AJK PIBG 2011 atas segala jasa dan sumbangan mereka.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2010 oleh Encik Harun bin Awang memandangkan Puan Isniza binti Suhadak selaku setiausaha menjalani kelas interaksi di IPIS, Bangi.Encik Abdul Rahman bin Salikan telah mencadangkan agar minit diterima dan disahkan dan disokong oleh Encik Azzuran bin Hassan.. Cik Siti Fadilah binti Haji Saion , Bendahari PIBG, telah membentangkan Penyata Tahunan PIBG 2011.Encik Azzuran bin Hassan telah mencadangkan agar penyata diterima dan disahkan dan disokong oleh Enci Abdul Rahman bin Lamalika.

2

Page 4: LAPORAN PIBG 2012.doc

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Usul-Usul. Semua usul-usul diterima sebulat suara. Usul-usul ialah seperti :

1. Bayaran kelas tambahan tahun 6 bermula 2013 akan dimasukkan dalam list

buku. Keputusan : Dipersetujui oleh ibu bapa2. Wakaf untuk murid-murid yang balik lewat disediakan.

Keputusan : Dipersetujui oleh ibu bapa dengan menggunakan dana PIBG.

3. Kelas tambahan tahun 5 – 6, bayaran sebanyak RM15.00 sebulan ,jumlah keseluruhan RM 105.00Keputusan : Majoriti ibu bapa bersetuju dengan bayaran sebanyak RM 90,sehingga bulan Ogos.

4. Yuran PIBG dinaikkan mulai 2013 daripada RM 10.00 kepada RM 20.Keputusan : Dipersetujui oleh majoriti ibu bapa.

5. Sediakan bilik persalinan / tempat bagi murid-murid menyalin pakaian selepas waktu Pendidikan Jasmani.Keputusan : Penasihat menerangkan pihak sekolah tidak dapat menyediakan bilik untuk tujuan tersebut buat masa ini dan murid-murid dibenarkan tidak menukar baju PJ.

6. Perbesarkan jalan masuk ke sekolah.Keputusan : Penasihat telah menerangkan masalah jalan masuk ke sekolah dalam ucapannya.

7. Kurangkan jadual harian untuk matapelajaran kerana beg murid-murid berat.Keputusan :Penasihat menyatakan bahawa matapelajaran telah ditetapkan mengikut Tahap 1 dan 2 berpandukan peruntukan masa yang sepatutnya mengikut jadual.

8. Berikan lebih banyak kerja rumah dan latihan berformat UPSR.Keputusan : Puan Vijayaletchumy menerangkan, pada peringkat awal murid perlu diberi soalan asas sahaja, pada bulan Mei barulah yang berformat UPSR.

9. Berikan perhatian kepada murid-murid yang kurang cemerlang supaya prestasi sekolah lebih baik lagi.Keputusan : Penasihat menerangkan pihak sekolah ada menubuhkan jawatankuasa LINUS,ibu bapa boleh menyemak keputusan anak mereka pada bulan Mac. Ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah pembelajaran bolehlah berhubung terus dengan Puan Uma Devi untuk mendapat penjelasan.

10. Pantau murid-murid perempuan yang bertudung singkat.Keputusan : Pemakaian tudung tidak diwajibkan sebalikkan hanya digalakkan, terpulang kepada individu tentang cara pemakaiannya.

11. Beri perhatian kepada kebersihan tandas.Keputusan : Pihak sekolah akan mengarahkan pekerja sekolah melakukannya.

3

Page 5: LAPORAN PIBG 2012.doc

12. Menyarankan PIBG menjual tudung sekolah yang standard, tudung dua lapis panas dan tidak kemas.Keputusan : Penasihat menerangkan, pihak sekolah tidak ada masalah tentang jenis tudung asalkan ibu bapa mampu dan selesa untuk anak-anak. Puan Norhaliza, PK HEM akan usahakan tudung pengawas dibuat seragam.

13. Keselamatan di luar pagar sekolah diutamakan.Keputusan : Memang diutamakan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa dan akan diusahakan.

14. Tidak melepaskan murid Pra Sekolah sehingga dijemput. Keputusan : Akan dibincangkan dalam mesyuarat Ajk.

15.Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa sekiranya ada aktiviti melibatkan murid-murid. Keputusan : Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah ada membuat hebahan,jika ibu bapa ada keraguan, terus hubungi pihak sekolah untuk penjelasan.

Agenda mesyuarat diteruskan lagi dengan pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2011 /2012 seterusnya menjalankan sesi pemilihan AJK PIBG sesi 2012/2013 dan keputusannya seperti berikut:

PENASIHAT : Encik Sangaji bin Andong (Guru Besar SK Sungai Manggis)

YANG DIPERTUA : Puan Jasmin binti MusaNAIB YANG DIPERTUA : Encik Rosli bin MuhamadSETIAUSAHA KEHORMAT : Puan Isniza binti SuhadakBENDAHARI KEHORMAT : Cik Siti Fadilah binti Hj. SaionAJK IBU BAPA : Encik Adenan bin Ariffin

Encik Abd. Razak bin Harun Encik Zori bin Harun

Encik Yelumalai a/l Govindaraju Puan Haizan binti Mohamed Sohor Puan Yuzrina binti Yusof

AJK GURU : Encik Shahrul Azuar bin Musahar Encik Jumly bin Abdul Aziz Puan Hajah Zarina binti Haji Ali Puan Mariyani binti Mat Jusoh Puan Puspamala a/p Anjora

JURU AUDIT I : Puan Mariati binti AdnanJURU AUDIT II : Encik

4

Page 6: LAPORAN PIBG 2012.doc

YDP PIBG yang telah dipilih, Puan Jasmin binti Musa mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk menerajui persatuan ini, begitu juga dengan ajk yang baru dilantik. Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat memberikan komitmen bagi mendapatkan dana atau memberi sumbangan untuk kebaikan anak didik di sekolah ini.Beliau juga menggalakkan kehadiran ajk dalam mesyuarat ajk ,sekiranya ajk tidak dapat memberikan komitmen yang jitu, sijil penghargaan tidak seharusnya diberikan kepada mereka.. Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………………… ……………………………( PUAN ISNIZA BINTI SUHADAK ) ( PUAN JASMIN BINTI MUSA ) SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG SK Sungai Manggis SK Sungai Manggis

5