laporan pertandingan pertunjukan fesyen · pdf filemanfaat serta nilai tambah dalam...

10
2015 LAPORAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!SERENTAK SELAMA 10 MINIT PADA JAM 10.00 PAGI TARIKH 23 APRIL 2015 (KHAMIS) 10.00 PAGI HINGGA 10.10 PAGI Disediakan oleh: SEKSYEN PUSAT SUMBER BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA 30 APRIL 2015

Upload: doannguyet

Post on 07-Feb-2018

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

2015

LAPORAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”

SERENTAK SELAMA 10 MINIT PADA JAM 10.00 PAGI

TARIKH

23 APRIL 2015 (KHAMIS) 10.00 PAGI HINGGA 10.10 PAGI

Disediakan oleh:

SEKSYEN PUSAT SUMBER

BAHAGIAN PENGURUSAN

JABATAN PEGUAM NEGARA

MALAYSIA

30 APRIL 2015

Page 2: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

2

LAPORAN PROGRAM

“JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” SERENTAK SELAMA 10 MINIT

PERPUSTAKAAN AL-KHINDI, JABATAN PEGUAM NEGARA

PADA 23 APRIL 2015 (KHAMIS)

1. TUJUAN

Tujuan laporan ini adalah untuk memaklumkan mengenai Program “JOM BACA BERSAMA,

WARGA AGC!!!” Serentak Selama 10 Minit Pada Jam 10.00 Pagi pada 23 April 2015

(Khamis) yang dianjurkan oleh Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi, Jabatan Peguam

Negara (AGC) bagi menyokong sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015 yang

dijalankan serentak di seluruh Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan di

Perpustakaan Kementerian/Jabatan dan Perpustakaan Awam Negeri. Ia juga merupakan

Gerakan Membaca yang dijalankan dalam negara sebagai usaha berterusan membentuk

masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

2. PENGENALAN

Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015 pada hari Khamis, 23 April 2015 dan

sejajar dengan hasrat Jabatan Peguam Negara dan jua Perpustakaan Negara Malaysia,

Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi, AGC telah mengadakan Program “JOM BACA

BERSAMA, WARGA AGC!!!” Serentak Selama 10 Minit pada 23 April 2015 (Khamis) pada

jam 10.00 pagi, dijalankan serentak jua di Perpustakaan dan semua Bahagian di AGC.

3. ULASAN PROGRAM

Satu inisiatif telah diambil oleh Seksyen Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam

Negara untuk menyokong jua Gerakan Membaca Perpustakaan Negara Malaysia dengan

mengadakan Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” Serentak Selama 10 Minit

pada 23 April 2015 (Khamis) jam 10.00 pagi di Perpustakaan Abu Yusuf Yaqub Al-Khindi

bagi semua warga Jabatan melalui edaran e-mel bertarikh 22 April 2015 (Selasa). Semua warga

AGC telah disyorkan untuk meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca pada waktu

yang sama termasuk pembacaan melalui sistem A-PEL (AGC Platform for E-Learning),

terutama E-Books yang mudah diakses di Bahagian masing-masing. Di samping itu,

Perpustakaan Al-Khindi juga telah menjemput warga AGC meluangkan masa mengunjungi

Perpustakaan Al-Khindi di Aras 3, AGC P4 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis 23 April 2015

Page 3: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

3

untuk menyertai Pameran Buku dan Jurnal/Majalah meliputi pelbagai perkara kekeluargaan,

IT, pengurusan, undang-undang, bisnis, novel dan sebagainya bagi tujuan pembacaan dan

semakan dan seterusnya peminjaman bahan yang diminati.

Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” telah mendapat sambutan yang amat

memberangsangkan dengan kehadiran peserta seramai 31 orang ke Perpustakaan Al-Khindi.

Selain daripada itu, program turut dijalankan serentak dan disertai oleh pegawai dan kakitangan di

semua aras dan Bahagian-Bahagian di AGC seperti di Bahagian Guaman seramai 42 orang,

Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa 13 orang, Bahagian Penyelidikan 27 orang, Bahagian

Pendakwaan 34 orang, Bahagian Gubalan 23 orang, Bahagian Penasihat 24 dan Bahagian

Pengurusan 33 orang. Secara keseluruhannya, jumlah penyertaan ke Program berkenaan di

peringkat AGC adalah seramai 227 orang. (Senarai Kehadiran Peserta seperti di LAMPIRAN IV).

4. KESIMPULAN

Pada keseluruhannya, Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” anjuran

Perpustakaan Al-Khindi AGC telah diadakan dengan lancar dan sempurna dengan

penyertaan yang amat menggalakkan. Program berkenaan juga telah dapat membantu

meningkatkan amalan membaca di kalangan pegawai dan kakitangan warga AGC. Ini adalah

sejajar dengan hasrat Jabatan agar amalan membaca warga AGC dapat dipertingkatkan

lagi untuk penambahan ilmu pengetahuan secara berterusan dan memperolehi

manfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. Seterusnya ini akan

memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

Sepanjang Hayat (Lifelong Learning) di kalangan semua peringkat warga AGC.

Lampiran-Lampiran:

1) Lampiran I - E-mel Timbalan Pengarah (Seksyen Pusat Sumber) kepada warga AGC 2) Lampiran II - Poster Tambahan Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” 3) Lampiran III - Gambar-Gambar Sekitar Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!” 4) Lampiran IV - Senarai Peserta Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”

Page 4: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

4

LAMPIRAN 1

E-MEL TIMBALAN PENGARAH (SEKSYEN PUSAT SUMBER) EDARAN KEPADA WARGA AGC

From: Halijah Othman

Sent: Wednesday, April 22, 2015 6:26 PM

To: AGC Group

Cc: Tan Sri Abdul Gani Patail; Datuk Azailiza Mohd. Ahad; Timbalan Peguam Cara Negara; Senior

Management Attorney General's Chambers; [email protected]; Dr Mary Wong Lai Lin; Maizan Ismail

([email protected]); Faizah Hanafiah; '[email protected]'

Subject: JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC PADA HARI KHAMIS, 23 APRIL 2015 SERENTAK

PADA JAM 10.00 PAGI !!!

JOM BACA BERSAMA, WARGA

AGC !!!

Tuan/Puan,

JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC PADA HARI KHAMIS, 23 APRIL

2015 SERENTAK PADA JAM 10.00 PAGI !!!

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2015 pada hari Khamis, 23 April 2015 dan sejajar dengan hasrat Jabatan Peguam Negara (AGC) dan jua Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Al-Khindi AGC bersama Perpustakaan-Perpustakaan Kementerian/Jabatan/Agensi dan Perpustakaan-Perpustakaan Awam Negeri akan mengadakan "Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit” dijalankan serentak di seluruh Malaysia pada hari Khamis ini. Ianya merupakan jua Gerakan Membaca yang dijalankan dalam negara sebagai usaha berterusan membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca. 3. Dengan ini, kerjasama dan sokongan semua warga AGC dipohon - tanpa mengira apa jua pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan - untuk sama-sama berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit pada hari Khamis ini dan masa seperti berikut -

Page 5: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

5

Tarikh: 23 April 2015 (Khamis) Masa: 10.00 hingga 10.10 pagi (selama 10 minit) 4. Untuk menyokong Program ini, kami syorkan tuan/puan membaca A-PEL pada waktu tersebut terutama E-Books yang sedia ada dalam A-PEL, dan kami menjemput tuan/puan jua untuk meluangkan masa mengunjungi Perpustakaan Al-Khindi di Aras 3, AGC P4 pada jam 10.00 pagi pada hari Khamis ini, 23 April 2015 . Perpustakaan Al-Khindi AGC telah menyediakan Pameran Buku dan Jurnal/Majalah meliputi pelbagai perkara kekeluargaan, IT, pengurusan, undang-undang, bisnis, novel dan sebagainya untuk bacaan dan semakan tuan/puan dan seterusnya peminjaman bahan yang diminati.

Datanglah beramai-ramai ke Perpustakaan Al-Khindi AGC pada 23

April 2015, jam 10.00 pagi!!!

JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC serentak selama 10 minit pada hari Khamis, 23 April 2015 jam

10.00 pagi bagi menyokong sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia

2015!!!

Sekian, terima kasih. HALIJAH BINTI OTHMAN Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Seksyen Pusat Sumber

Page 6: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

6

LAMPIRAN II

POSTER TAMBAHAN PROGRAM “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”

Page 7: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

7

LAMPIRAN III

Gambar-Gambar Sekitar Program “JOM BACA BERSAMA, WARGA AGC!!!”

Serentak Selama 10 Minit Pada Jam 10.00 Pagi Pada 23 April 2015 (Khamis)

Di Perpustakaan Al-Khindi dan Bahagian-Bahagian AGC Jabatan Peguam Negara Malaysia

Page 8: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

8

Page 9: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

9

Page 10: LAPORAN PERTANDINGAN PERTUNJUKAN FESYEN · PDF filemanfaat serta nilai tambah dalam perkembangan diri dan kerjaya. ... memacu merealisasikan hasrat Jabatan Peguam Negara ke arah Pembelajaran

10