laporan perniagaan

27
1. Ringkasan Eksekutif Syarikat Sweet Tooth Enterprise telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan selera para pelanggan kami yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi. Pelajar-pelajar yang menjadi pelanggan kami rata-ratanya adalah daripada golongan generasi Y yang gemar akan pencuci mulut. Oleh hal yang demikian, pihak kami berusaha menyediakan pencuci mulut yang murah dan sedap serta senang dimakan oleh pelanggan kami iaitu Cheesekut, produk berasaskan keju. Disebabkan atas dasar mengutamakan kepuasan pelanggan, pihak kami juga memastikan makanan yang disediakan oleh pihak kami sentiasa dipantau kaedah pembuatan dan kebersihannya. Sebagai permulaan kepada perniagaan kami, setiap rakan kongsi kami dalam syarikat ini akan mengeluarkan modal sebanyak RM30 bagi setiap seorang. Golongan yang menjadi sasaran kami adalah pelajar UPM atau umumnya pelajar di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Sebelum kami memulakan langkah perniagaan kami yang seterusnya, kami telah berbincang mengenai aspek ekonomi, kemudahan, dan aset yang kami ada untuk merangka pelan gerak kerja kami. 1

Upload: ummi-syakirah

Post on 06-Nov-2015

2.209 views

Category:

Documents


112 download

DESCRIPTION

MGM3180

TRANSCRIPT

1.Ringkasan Eksekutif

1. Ringkasan EksekutifSyarikat Sweet Tooth Enterprise telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan selera para pelanggan kami yang kebanyakannya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi. Pelajar-pelajar yang menjadi pelanggan kami rata-ratanya adalah daripada golongan generasi Y yang gemar akan pencuci mulut. Oleh hal yang demikian, pihak kami berusaha menyediakan pencuci mulut yang murah dan sedap serta senang dimakan oleh pelanggan kami iaitu Cheesekut, produk berasaskan keju. Disebabkan atas dasar mengutamakan kepuasan pelanggan, pihak kami juga memastikan makanan yang disediakan oleh pihak kami sentiasa dipantau kaedah pembuatan dan kebersihannya.

Sebagai permulaan kepada perniagaan kami, setiap rakan kongsi kami dalam syarikat ini akan mengeluarkan modal sebanyak RM30 bagi setiap seorang. Golongan yang menjadi sasaran kami adalah pelajar UPM atau umumnya pelajar di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Sebelum kami memulakan langkah perniagaan kami yang seterusnya, kami telah berbincang mengenai aspek ekonomi, kemudahan, dan aset yang kami ada untuk merangka pelan gerak kerja kami.

Syarikat perkongsian kami ini telah memulakan operasi perniagaan pada 14 April 2015 bersamaan dengan hari Selasa. Aktiviti kami pada hari tersebut adalah menyediakan segala menu yang kami bincangkan sebelum ini dan menghias gerai jualan kami untuk menarik perhatian pelanggan. Kami telah memastikan agar setiap orang daripada kami melayan pelanggan kami dengan senyuman dan adab sopan agar pelanggan kami selesa dengan kami.

Matlamat utama kami adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menyediakan Cheesekut iaitu menu utama kami dengan sempurna agar ianya menjadi pilihan pelajar-pelajar di Fakulti tersebut. Selain itu, kami turut berusaha untuk membantu pelajar agar mereka dapat menikmati pencuci mulut yang sedap dengan murah dan cepat tanpa perlu mencarinya jauh dari kawasan Universiti ini.

2. PengenalanSyarikat Sweet Tooth Enterprise telah menyusun menu yang ingin dijual kepada pelanggan. Memandangkan syarikat kami menjual Cheesekut sebagai menu utama, kami telah memastikan agar kaedah pembuatan makanan ini adalah terjaga dan bersih dari segala kotoran. Oleh hal yang demikian, pelanggan kami dapat menikmati keenakan rasa sebenar Cheesekut dari syarikat kami.

Secara amnya, Cheesekut yang merupakan menu utama kami adalah sejenis pencuci mulut yang menggunakan keju sebagai asas pembuatannya. Keju ini diputar sebati bersama susu pekat manis dan bahan-bahan yang lain dengan sukatan yang telah ditetapkan. Kemudian, adunan ini dilapiskan dengan biskut di dalam bekasnya. Akhir sekali, perisa Cheesekut ditambah di dalam bekas tersebut. Kami menyediakan empat jenis perisa iaitu perisa Original, Tiramisu, Starwberi dan Coklat.Di negara ini, pencuci mulut seperti Cheesekut adalah sukar untuk didapati kerana ianya masih baru di pasaran Malaysia. Disebabkan oleh selera generasi muda yang ingin lari dari menu yang biasa mereka makan, hidangan kami tampil dengan harga yang murah dan senang untuk dimakan. Kami menyediakan dua saiz bekas iaitu yang bersaiz kecil dan sederhana. Hal ini kerana, kami ingin memberi pilihan kepada pelanggan kami dengan harga yang berpatutan. Bekas kecil berharga satu ringgit Malaysia dan bekas besar berharga tiga ringgit lima puluh sen. Oleh itu , mereka boleh memilih samada ingin membeli Cheesekut bersaiz kecil atau bersaiz besar.

Selain Cheesekut, kami juga menyediakan aiskrim Malaysia dengan pelbagai perisa iaitu Ribena, Milo, Laici, Jagung dan Asam Boi. Aiskrim Malaysia amat digemari oleh pelanggan kami kerana mereka sentiasa menginginkan sesuatu yang boleh menyegarkan mereka ketika musim panas ini. Oleh itu, perniagaan kami agak laris kerana makanan yang kami sediakan sangat bersesuaian untuk dijual pada musim panas.

3. Latar Belakang Perniagaan

Nama syarikat: Sweet Tooth EnterpriseAlamat operasi:

Latar Siswa

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang, Selangor

Tarikh pendaftaran perniagaan: 3 April 2015

Tarikh berniaga: 14 April 2015

Aktiviti perniagaan: Menjual Cheesekut dan Aiskrim Malaysia.Status syarikat perniagaan: Perkongsian

Jumlah ahli rakan perkongsian: 7 orang

Peruntukan modal: RM 30.00 (seorang)

Jumlah keseluruhan modal permulaan: RM 30.00 x 7 = RM 210.00 sahaja

4. Latar Belakang Pemilik dan Rakan Kongsi

Nama: Mohamad Farhan Bin Mohamad Zukri

Jawatan: Ketua Eksekutif Syarikat

Tarikh Lahir: 7 Jun 1993

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Nama: Ummi Syakirah Binti Abdul RahmanJawatan: Setiausaha Agung

Tarikh Lahir: 7 September 1993Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Nama: Wan Nurina Binti Wan HussinJawatan: Ketua Eksekutif Kewangan

Tarikh Lahir: 12 Ogos 1992

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Nama: Su Tao Han

Jawatan: Ketua Eksekutif Logistik, Operasi dan Pengurusan

Tarikh Lahir: 3 Ogos 1992

Bangsa: Cina

Agama: Budhha

Nama: Mohammed Nor Syafiq Bin SaadanJawatan: Ketua Eksekutif PemasaranTarikh Lahir: 8 Ogos 1994

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Nama: M. Raadha Krishnan A/L MuruganJawatan: Ketua Eksekutif Rekaan dan PublisitiTarikh Lahir: 8 Jun 1992

Bangsa: IndiaAgama: Hindu

Nama: Ozoewuh Chichi Cynthia

Jawatan: Ketua Eksekutif Kawalan KualitiTarikh Lahir: 23 Mei 1988Bangsa: NigeriaAgama: Kristian

5. Visi, Misi, Motto dan Logo

5.1 Visi

Sweet Tooth Enterprise memandang kehadapan untuk menjadikan jenama kami terkenal dalam menyediakan pencuci mulut yang sedap dan murah.

5.2 Misi

Menyediakan perkhidmatan hidangan yang paling lazat dan enak bagi semua orang semua lapisan masyarakat.

Memberi tanggapan yang baik kepada pelanggan kami agar mereka teruja untuk membeli makanan yang kami sediakan.

Memenuhi selera para pelanggan agar hari mereka sentiasa ceria.

5.3 Motto

Fulfilling Your Summer Cravings!

5.4 Logo

6. Skop Perniagaan

6.1. Aktiviti Perniagaan

Kumpulan kami telah menghasilkan pencuci mulut iaitu Cheesekut yang sangat sedap dengan harga yang berpatutan. Cheesekut ini terdiri daripada pelbagai perisa pilihan iaitu perisa Original, Strawberi, Tiramisu dan Coklat. Bukan itu sahaja, kami juga meneydiakan Aiskrim Malaysia dengan variasi perisa iaitu Ribena, Milo, Jagung, Laici dan Asam Boi. Kumpulan kami berpegang kepada prinsip 4K iaitu kebersihan, kesihatan, kesegaran dan kualiti. Kebersihan produk kami telah dijaga dengan sebaik-baiknya demi mengelakkan daripada sebarang risiko keracunan makanan berlaku terhadap pelanggan kami. Setiap pengendalian proses penghasilan makanan telah dijalankan di sebuah dapur rumah yang mana ia lebih luas dan lebih selesa berbanding di pantri yang disediakan oleh kolej. Kami juga mementingkan prinsip kesihatan dalam produk kami, seperti menggunakan perkakas dapur seperti Hand mixer untuk mengadun keju dengan bahan-bahan lain. Bukan itu sahaja, mengekalkan kesegaran produk juga adalah mustahak dalam penghasilan produk kami. Kesemua Cheesekut yang telah diproses akan diletakkan di dalam peti sejuk supaya ianya tidak rosak. Kualiti produk juga dititikberatkan dengan memastikan setiap barangan mentah digunakan terdiri daripada yang paling segar dan bersih. Hal ini kerana kami mengharapkan pihak pelanggan memberi maklum balas dan respons yang memuaskan serta ingin memastikan setiap pelanggan menikmati produk kami dengan selamat.

Setiap ahli kumpulan sentiasa diingatkan untuk membasuh tangan dan memakai pakaian yang bersih serta memakai apron ketika menghasilkan makanan. Selain itu, kumpulan kami juga memastikan setiap produk mengandungi kuantiti yang sama banyak dan tidak terlalu sedikit agar harga makanan tersebut setimpal dengan produk yang mereka beli. Tuntasnya, segala aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh kumpulan kami berasaskan 4K serta mengambil kira sikap bekerjasama dan ikhlas dalam diri setiap ahli kumpulan supaya perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

6.2 Perkhidmatan

Kumpulan kami mula berniaga pada awal pagi iaitu pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang untuk memudahkan para pelanggan membeli makanan kami dan jadikan ia sebagai sarapan pagi, makan tengah hari ataupun snek ringan. Pembungkusan makanan disediakan di depan pelanggan supaya pelanggan dapat melihat dan berasa yakin untuk membeli produk kumpulan kami. Sebarang aktiviti yang melibatkan api tidak dilaksanakan di lokasi jualan kerana kumpulan kami telah pun memasak kesemua bahan mentah di dapur rumah. Lokasi yang dipilih ialah di Latar Siswa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di mana ia merupakan lokasi tumpuan para pelajar untuk menyelesaikan tugasan mereka di situ. Hal ini kerana pelbagai kemudahan seperti Wi-Fi, mesin air, lubang soket dan kerusi serta meja disediakan di lokasi tersebut. Justeru, para pelanggan dapat menikmati produk kami dan pada masa yang sama menyiapkan kerja-kerja mereka.

6.3 Pembelian Barangan

Aktiviti pembelian barang dilakukan oleh ahli kumpulan yang mempunyai kemudahan pengangkutan sendiri atau yang tinggal berhampiran. Sebelum apa-apa barang dibeli, kami telah berbincang untuk melakukan pembandingan harga barangan antara pasaraya dan kedai runcit yang berbeza dalam kawasan Serdang untuk mendapatkan produk yang berkos rendah dalam masa yang sama berkualiti. Ahli-ahli kumpulan kami menggunakan kereta dan motosikal untuk membeli barang yang dikehendaki.

7. Aspek Pengurusan

7.1 Struktur Organisasi

Syarikat kami telah menubuhkan satu carta organisasi tugas bagi melancarkan segala urusan perniagaan dan memperkemaskan proses pengurusan. Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dan berikut adalah struktur organisasi kami:

7.2 Fungsi Setiap Jawatan

Sweet Tooth Enterprise merangkumi jawatan seorang Ketua Eksekutif Syarikat, Setiausaha Agung, Ketua Eksekutif Kewangan serta membentuk enam lagi jawatan ketua eksekutif yang berkenaan. Setiap jawatan mempunyai fungsi dan tanggungjawab masing-masing supaya projek perniagaan dapat berjalan dengan lancar dan efisien.

JawatanTanggungjawab

Ketua Eksekutif Syarikat (CEO)Bertanggungjawab dalam menguruskan syarikat itu ke arah visi dan misi syarikat.

Membuat keputusan dan bekerjasama dalam mendapatkan idea-idea untuk meningkatkan perniagaan.

Mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber dalaman dan luaran.

Setiausaha Agung (SU)Menguruskan hal surat-menyurat untuk bahagian urusan rasmi seperti permohonan untuk berniaga.

Menghasilkan kertas cadangan (proposal).

Menggantikan CEO apabila beliau tiada.

Ketua Eksekutif Kewangan (CFO)Bertanggungjawab mengawal dan menguruskan aliran tunai dan pelan kewangan yang lain.

Menggunakan cara yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan jualan dan keuntungan untuk membuat pembangunan yang baik memastikan perniagaan.

Menyediakan laporan kewangan syarikat.

Merekod dan memantau semua pendapatan yang diterima dan perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat ini.

Membangunkan mekanisme pengurusan kewangan yang mengurangkan risiko kewangan.

Ketua Eksekutif Logistik, Operasi dan Pengurusan (COO)Memastikan bahawa semua bahan-bahan yang disediakan berada dalam keadaan baik.

Memastikan ahli-ahli yang lain menjalankan tugas dengan baik.

Memberikan layanan yang baik kepada para pelanggan.

Ketua Eksekutif Pemasaran (CMO)Menganalisis kekuatan dan kelemahan pesaing.

Membangunkan strategi harga untuk membantu memaksimumkan keuntungan dan bahagian pasaran.

Mengambil kira pendapat pelanggan berkenaan produk jualan kami.

Menganalisis maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan kami.

Ketua Eksekutif Kawalan KualitiMemastikan setiap produk (makanan) yang disediakan menepati citarasa pelanggan.

Menjaga kualiti produk

Memastikan proses pembuatan serta penyediaan produk teratur dan bersih.

Ketua Eksekutif Rekaan dan PublisitiMencipta poster yang menarik untuk menarik hati pelanggan.

Menyebarkan iklan produk jualan kami di laman sesawang sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Mempromosikan produk jualan kami.

7.3 Jadual Pembuatan

Produk MakananPembuatan

CheesekutFarhan, Raadha, Tao Han dan Syafiq

Aiskrim MalaysiaUmmi, Wan Nurina dan Chichi

7.4 Jadual Penjualan

MasaPenjualan

10 pagi 12 tengahariUmmi dan Farhan

12 tengahari 2 petangWan Nurina dan Raadha

2petang 4 petangChichi, Tao Han dan Syafiq

7.4 Lokasi Perniagaan

Perniagaan telah dijalankan pada hari Selasa bertarikh 14 April 2015. Sesi penyediaan dan penjualan telah diadakan dari jam 10 pagi hingga 4 petang di Latar Siswa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Semua pihak berkenaan yang bertugas telah dihubungi dan memberikan kebenaran untuk menjalankan perniagaan.

8. Aspek Teknikal/Perkhidmatan

8.1 Kemudahan Asas Premis

Kemudahan asas yang terdapat berhampiran lokasi perniagaan adalah seperti kerusi, meja, bekalan elektrik dan bekalan air.

8.2 Harta Tetap dan Peralatan Yang Dimiliki

Antara aset tetap dan peralatan yang dimiliki adalah seperti Jadual 1 di bawah;

No.Jenis/ModalHarga/Unit (RM)KuantitiNilai (RM)

3Styrofoam15.00115.00

5Hand Mixer24.00124.00

8.3 Senarai Pembekal Barang Niaga

Senarai pembekal perniagaan adalah seperti berikut;

No.Nama PembekalBekalan

1Hot Oven Bakery SuppliesBarangan mentah.

2Mydin Hypermarket BalakongBarangan peralatan dan bekas.

8.4 Strategi PerkhidmatanStrategi perhidmatan yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

Mengikut jadual kerja dan tugas yang ditetapkan agar perniagaan dapat diteruskan dengan lancar dan berterusan.

Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan penuh adab sopan dan tatatertib supaya sesuai dengan perkhidmatan berkualiti yang ingin diberikan.

Menyediakan makanan secepat yang mungkin dan mengekalkan kualiti makanan yang terbaik.

Sentiasa memberi perhatian dan tumpuan kepada pelanggan sekiranya terdapat sebarang aduan.

9. Pemasaran

9.1. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang telah disasarkan dan dikenalpasti ialah:

Pelajar-pelajar di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi yang sedang dalam perjalanan ke kelas ataupun yang menunggu kelas seterusnya di Latar Siswa

Pelajar-pelajar kursus lain yang mempunyai kelas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang sedang berehat di Latar Siswa

Pensyarah-Pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

9.2. Kawasan Pasaran

Setelah penyelidikan dan pemerhatian awal telah dijalankan, kawasan yang dikenalpasti untuk memasarkan produk ialah Latar Siswa di FBMK. Kawasan tersebut adalah yang terbaik kerana beberapa faktor. Antaranya kerana kawasan itu menjadi tumpuan para pelajar yang sedang menunggu kelas seterusnya, tempat untuk berehat dan tempat untuk berkumpul. Bilik-bilik pensyarah juga sangat berdekatan dengan kawasan itu. Selain daripada kedudukan yang agak strategik, Latar Siswa mampu menampung jumlah pelajar yang agak ramai dalam satu-satu masa. Oleh itu, Latar Siswa adalah pilihan yang tepat.

9.3. Pesaing

Terdapat beberapa pesaing yang telah dikenalpasti semasa pemerhatian dan penyelidikan pesaing dijalankan. Antara salah satu pesaing utama Simply Delicious ialah syarikat Lekor Venditore yang menyediakan servis makanan seperti syarikat kami. Persaingan dapat dilihat dari segi jenis produk mereka, harga barangan, golongan sasaran yang sama dan lokasi pasaran yang sama. Produk-produk mereka, iaitu Keropok lekor dan Ribena Spritz adalah saingan utama bagi syarikat kami kerana mereka memasarkan produk Keropok Lekor, makanan tempatan yang digemari segenap lapisan masyarakat. Walaubagaimanapun, kami telah melaksanakan beberapa inisiatif bagi mendapatkan minat dan kepercayaan pelanggan agar produk kami menjadi pilihan utama mereka. Contohnya seperti mengenakan harga yang berpatutan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran sekitar Kolej Serumpun.9.4. Strategi Pemasaran

Promosi

Bagi memastikan perniagaan kami dikenali dan diketahui umum, kami telah melakukan beberapa inisiatif promosi dan publisiti. Contohnya seperti penyebaran dan penampalan flyers yang dilakukan oleh bahagian publisiti di Kawasan-kawasan universiti, khususnya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, di kawasan kediaman pelajar secara berterusan sebelum produk dipasarkan di Latar Siswa. Selain itu, penyebaran maklumat dan flyers juga dilakukan secara maya melalui media sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan Instagram. Flyers-flyers dimuat naik kedalam akaun-akaun media sosial kami secara berterusan supaya produk kami diketahui umum. Cara ini sangat berkesan kerana maklumat tentang produk kami mampu diketahui sasaran pelanggan kami tidak kira dimana mereka berada.

9.4.2. HargaUmum diketahui bahawa harga bagi hidangan pencuci mulut berasaskan keju adalah agak tinggi. Oleh itu, kami menjadikan faktor harga sebagai alat promosi kami kerana harga yang kami perkenalkan adalah sangat berpatutan dengan pencuci mulut yang dipasarkan oleh syarikat kami. Memandangkan golongan sasaran kami majoritinya adalah golongan pelajar, maka harga yang dikenakan adalah mampu milik bagi para pelajar universiti.

10. Aspek Kewangan10.1 Senarai Perbelanjaan Bahan Mentah

No.ItemUnitHarga (RM)Total (RM)

1.Cheesekut-Biskut (500g)

-Cream Cheese (1kg)

-Susu (1 Liter)

-Bekas Plastik (100 pcs)

5

2

3

35.00

30.00

6.00

15.0025.00

60.00

18.00

45.00

2.Aiskrim Malaysia

-Palstik Aiskrim (100pcs)

-Kordial

-Laici dalam tin-Susu sejat-Milo (1kg)

-Ribena

-Air Mineral (1Liter)

5

3

3

5

1

2

305.00

6.50

5.50

3.00

30.00

15.00

0.5025.00

19.50

16.50

15.00

30.00

30.00

15.00

Sub-Total299.00

Peralatan

1.

Hand mixer124.0024.00

2.Bekas Styrofoam115.0015.00

Sub-Total39.00

Total338.00

10.2 Senarai Jualan

No.ItemHarga (RM)Jumlah TerjualTotal (RM)

1.Cheesekut-kecil-besar1.00

3.50100

50100.00

175.00

2.Aiskrim Malaysia

-Jagung

-Asam Boi

-Milo

-Ribena

-Lychee0.30

0.30

0.50

0.50

0.50100

100

100

100

10030.00

30.00

50.00

50.00

50.00

485.00

10.3 Pro-forma Aliran Tunai

No.Penerimaan TunaiJumlah

1.ModalRM560.00

2.PendapatanRM485.00

3.KosRM338.00

4.Perbelanjaan OperasiRM10.00

5.BakiRM580.00

10.4 Keuntungan dan KerugianPro Format Untung RugiJumlah (RM)

Jualan480.00

Kos Jualan Langsung410.00

Total Kos Jualan410.00

Margin Kasar130.00

Perbelanjaan Operasi10.00

Totak Perbelanjaan Operasi10.00

Keuntungan Sebelum Faedah dan Cukai147.00

Keuntungan Bersih130.00

Keuntungan Bersih dan Jualan36.56

10.5 Kunci Kira-kira

TunaiRM580.00ModalRM560.00

KeuntunganRM130.00

TotalRM580.00TotalRM690.00

11. Penutup

Makan yang dihasilkan oleh pihak kami merupakan hidangan yang lengkap untuk memenuhi selera para pelajar UPM pada masa kini. Mereka lebih berminat dengan makanan yang mudah, murah dan dapat mengenyangkan mereka dan sekaligus memenuhi selera mereka. Oleh itu, pihak kami memutuskan untuk menyediakan pencuci mulut yang dapat menyegarkan para pelajar. Proses pemasaran yang pihak kami pilih termasuklah melalui Facebook, Twitter, Whatsapp Group dan lembaran iklan yang dilekatkan di papan kenyataan di seluruh kolej. Selain itu, dalam memastikan kesegaran makanan yang disediakan, kami hanya memilih bahan-bahan yang segar dan dimasak pada hari yang sama. Oleh itu, kualiti makanan dan kebersihan adalah kepentingan utama sewaktu jualan. Pihak kami juga menitikberatkan soal harga. Harga yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan kehendak pembeli. Kami menawarkan harga yang berpatutan untuk Cheesekut iaitu RM1.00 untuk bekas bersaiz kecil dan RM3.50 untuk bekar bersaiz besar.

Ketua Eksekutif Syarikat

Mohamad Farhan Bin Mohamad Zukri

Setiausaha Agung

Ummi Syakirah Binti Abdul Rahman

Ketua Eksekutif Pemasaran

Mohamed Syafiq Bin Saadan

Ketua Eksekutif Kewangan

Wan Nurina Binti Wan Hussin

Ketua Eksekutif Rekaan & Publisiti

M Raadha Krishnan A/L Murugan

Ketua Eksekutif Logistik, Operasi dan Pengurusan

Su Tao Han

13