laporan penuh latihan industri safety course

61
ABSTRAK Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan adanya pengalaman dari latihan ini, pelajar dapat melatih diri dan merasai suasana sebenar alam pekerjaaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan modul yang dipelajari dalam mempraktikkan di dalam bidang pekerjaan secara praktikal dan berdasarkan pengetahuan serta pengalaman. Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-cara menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat. Selain itu, latihan industri juga dapat melatih pelajar untuk mengamalkan sikap berdikari, bertanggungjawab, hormat- menghormati, keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama dengan pekerja lain yang peringkat umurnya berbeza. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan sebagai amalan hidup yang baik untuk diamalkan. Dalam latihan industri, pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan alam pengajian. Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ketika latihan industri, pelajar yang akan melangkah ke alam pekerjaan tidak akan mengalami kejutan budaya dan dapat membiasakan diri dengan keadaan secara positif. 1

Upload: muhd-shahir-salleh

Post on 12-Dec-2014

437 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

ABSTRAK

Latihan industri adalah sangat penting kepada para pelajar kerana dengan adanya

pengalaman dari latihan ini, pelajar dapat melatih diri dan merasai suasana sebenar alam

pekerjaaan. Selain itu, pelajar juga dapat mengaplikasikan modul yang dipelajari dalam

mempraktikkan di dalam bidang pekerjaan secara praktikal dan berdasarkan pengetahuan serta

pengalaman.

Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan dilatih untuk mempelajari cara-cara

menerima arahan dan melaksanakan arahan yang diamanahkan kepada dirinya. Kecekapan

menerima dan melaksanakan arahan merupakan prinsip kerja yang sangat penting dan perlu

diamalkan oleh setiap pekerja untuk menyelesaikan kerja dengan sempurna dan cepat.

Selain itu, latihan industri juga dapat melatih pelajar untuk mengamalkan sikap berdikari,

bertanggungjawab, hormat-menghormati, keyakinan diri, kesabaran, ketabahan serta kerjasama

dengan pekerja lain yang peringkat umurnya berbeza. Sikap-sikap tersebut dapat dijadikan

sebagai amalan hidup yang baik untuk diamalkan.

Dalam latihan industri, pelajar akan menemui ilmu-ilmu yang baru dan cuba untuk

menyesuaikan diri dengan suasana pekerjaan yang mungkin berbeza dengan alam pengajian.

Dengan adanya pengetahuan dan pengalaman ketika latihan industri, pelajar yang akan

melangkah ke alam pekerjaan tidak akan mengalami kejutan budaya dan dapat membiasakan diri

dengan keadaan secara positif.

Secara kesimpulan, latihan industri sebenarnya banyak mendatangkan manfaat kepada

diri pelajar itu sendiri,pelajar juga dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang

diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk dimasa akan datang.

1

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Selawat atas junjungan

Nabi Muhammad S.A.W, Segala syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan keizinan Dari-Nya

dapat saya menyempurnakan program Latihan Industri, menyiapkan laporan penuh latihan

industri sekaligus menamatkan sesi pengajian saya di Ranaco Education And Training Institute

(R.E.T.I). Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus ditujukan kepada semua ahli

keluarga saya terutamanya kepada ibu dan ayah saya yang telah banyak memberi galakan dan

dorongan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak, terutamanya dari R.E.T.I dan juga

Citra Alti Sdn Bhd yang telah memberi peluang, kerjasama, bantuan, tunjuk ajar, ilmu dan

pengalaman yang sangat tidak ternilai.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pihak pengurusan ( Human

Resources) kerana menerima permohonan saya untuk menjalani latihan industri di Citra Alti Sdn

Bhd. Tidak lupa juga kepada En. Arshad Bin Hj. Zainuddin ( Manager Safety Health &

Environment ), En. Abdul Razak Bin Bujang ( Safety Coordinator ), Stanley Jiram ( Safety Site

Supervisior ) yang telah banyak memberi tunjuk ajar sepanjang masa saya berada di Citra Alti

Sdn Bhd.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua warga kerja Citra Alti Sdn Bhd dan

rakan seperjuangan saya dari kolej Fajar International yang telah berkerjasama dengan saya

sepanjang enam bulan tempoh latihan. Serta kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh latihan industri, saya

juga mengucapkan jutaan terima kasih.

2

BAB 1

1. Latar Belakang Syarikat CASB

Syarikat ini telah diperbadankan pada 21 April, 1997. Tahun 2004 menyaksikan

kelahiran Citra yang dinamik dengan pengenalan satu set pasukan pengurusan baru. Ia mengguna

pakai nama hadir iaitu Citra Alti Sdn Bhd, pada 19 Oktober 2004.

Citra Alti Sdn Bhd, milik penuh syarikat Bumiputera yang mempunyai lesen yang sah

dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB) dan Unit Pendaftaran Kontraktor (UPK). Dengan lesen yang sah, adalah bukti kecekapan

kami dalam menyediakan kerja-kerja kontrak dalam Kejuruteraan Awam, Mekanikal Dan

Elektrik.

Kami bangga pada pasukan Bumiputera yang berdedikasi, professional dan mahir yang

berorientasikan hasil. Kami sentiasa memperbaiki proses kami untuk memastikan kualiti produk

dan kepuasan pelanggan itu berterusan. Aset kami warga Citra, berpandukan falsafah kami

bahawa kepentingan tempat pelanggan dan kerja berpasukan telah berjaya memindahkan syarikat

itu ke dalam arus perdana masyarakat berjanji.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami telah kumpul koleksi pengalaman dalam

bidang kerja-kerja sivil, mekanikal dan elektirk melalui kejayaan daripada projek-projek seperti

pengubahsuaian sekolah, retikulasi air, menara telekomunikasi, kerja-kerja infrastruktur elektrik

dan sistem pengurusan maklumat. Kami telah memperolehi kemahiran dan pengetahuan dalam

pelbagai kejuruteraan dan kebanyakan semua pengetahuan dan kemahiran menggabungkan

pelbagai amalan di bawah satu bumbung.

3

1.1 VISI dan MISI CASB

Visi

“Citra Alti Sdn Bhd berusaha untuk menjadi yang dihormati, dinamik, pro-aktif

organisasi yang bercita-cita untuk menerajui industri pembinaan di Malaysia dan rantau

ini secara keseluruhannya menawarkan semua masa yang komited untuk penyampaian

produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan pemegang saham jangkaan”

Misi

Untuk mencapai kepuasan pelanggan dengan sentiasa mencari untuk produk dan

perkhidmatan baru dan terus berjalan berdasarkan strategi dan agresif mencari

cara-cara baru untuk meningkatkan penghasilan, penyampaian produk dan

perkhidmatan ke arah keperluan pelanggan memuaskan.

Untuk mencapai kecemerlangan melalui menanda aras SPK kami kepada

piawaian antarabangsa.

Untuk mencapai sumber manusia yang inovatif, proaktif dan berpengetahuan

melalui pengurusan sumber manusia dan infrastruktur yang sesuai.

1.2 LOGO Syarikat CASB

4

1.3 Carta Utama Organisasi Syarikat CASB

Rajah 1.3: Carta Utama Organisasi Syarikat Citra Alti

5

1.4 Carta Jabatan HSE CASB

Rajah 1.4: Carta Jabatan HSE Citra Alti

6

1.5 LAPORAN PENUH

A. Tugas dan Tanggungjawab

Semasa 6 bulan menjalani latihan industri dengan Citra Alti Sdn Bhd (CASB), di bawah

pengawasan daripada En. Arshad Zainuddin dan juga pasukan HSE, pelbagai tugas / tugasan

yang diberikan kepada saya. Saya telah dilampirkan kepada Jabatan Keselamatan, Kesihatan

& Persekitaran. Rutin harian atau kerja yang saya mengendalikan adalah seperti di bawah :

I. Bulan Pertama (1/3/2012- 31/3/2012)

Melapor diri di Citra Alti Sdn Bhd dan berkenalan dgn kakitangan Citra Alti.

Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu.

Membuat laporan kemalangan kenderaan di Ulu Teru, Marudi.

Mengedar Peringatan Keselamatan mengenai ‘Live Line Work’ dari syarikat

Sarawak Energy (SESCO) kepada Projek Manager & Engineer.

Mengikuti mesyuarat shutdown.

Mengisi Non-Conformity Report (NCR)

Mengikuti perbincangan untuk Hari HSE.

Aktiviti shutdown dijalankan di Sg. Rait, Tukau Jaya Miri & Rh. Dindang,

Limbang.

7

Rajah 1.5 (a): Sarawak Energy (SESCO) sedang memerhati aktiviti shutdown dijalankan

8

II. Bulan Kedua (2/4/2012-30/4/2012)

Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah.

Mengikuti kursus CIDB iaitu Flagman & Traffic Controller.

Mengemaskini NCR.

Mengikuti sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Bekenu.

Mengikuti sesi ‘Pole Top Rescue’ anjuran Sarawak Energy (SESCO).

Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing, Rh. Linggi, Miri & Rh.

Ngayum, Niah

Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah & Rh. Linggi, Miri dijalankan.

Mengikuti taklimat mengenai keselamatan di pejabat kepada staff-staff CASB.

Rajah 1.5 (b): Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Site Safety Supervisor

III. Bulan Ketiga (1/5/2012-31/5/2012)

9

Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah & Sg. Asap, Bakun-Bintulu.

Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Bajing & Patrick Libau, Niah.

Mengikuti mesyuarat RES.

Aktiviti shutdown di Rh.Bajing & Patrick Libau, Niah dijalankan.

Mengemaskini NCR.

Rajah 1.5 (c): Shutdown di Rh. Patrick Libau, Niah

IV. Bulan Keempat (1/6/2012-30/6/2012)

Memantau pekerja di Rh. Patrick Libau, Niah.

10

Mengikuti mesyuarat shutdown untuk Rh. Lalo, Rh. Sandom, Marudi & Kg.

Beraya Bakam, Miri.

Mengikuti mesyuarat RES.

Mengemaskini NCR.

Mengikuti taklimat mengenai keselamatan bagi pekerja-pekerja lama & baru.

Rajah 1.5 (d): Mesyuarat RES

V. Bulan Kelima (2/7/2012-31/7/2012)

Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Beraya Bakam, Miri.

11

Memantau pekerja di Sg. Asap, Bintulu.

Memantau pekerja di Rh. Timbu, Rh. Kalom & Rh. Meringgai

Aktiviti shutdown dijalankan di Kg. Nusah, Bekenu, Miri.

Memantau pekerja di Rh. Anjar, Rh. Lalo & Rh. Keir, Marudi, Miri & dan

menghantar borang ‘wayleave’ (boring izin lalu) di Rh.Keir.

Rajah 1.5 (e): Shutdown di Kampung Beraya Bakam, Miri

VI. Bulan Keenam (1/8/2012-31/8/2012)

12

Memantau pekerja di Rh. Nisau, Niah.

Memantau pekerja di Kampung 1 Malaysia & Kampung Bakam Jaya, Miri.

Memantau pekerja di Kampung Madinah, Rh. Kalom & Rh. Patrick Libau.

Rajah 1.5 (f): Pengurusan jalan raya yang sistematik

VII. Tugas-Tugas Lain

13

Diberi arahan untuk menerangkan tentang prosedur-prosedur keselamatan jika

berlaku kecemasan di dalam mesyuarat shutdown.

Membantu fotostat kertas kerja & scanning.

Mengemaskini laporan kolej dan dosh.

Mencari artikel-artikel mengenai keselamatan dan kesihatan & menampalkannya

di papan bulletin.

Mengemaskini NCR yang telah dikumpul dan letakkan di dalam fail khas.

Mengadakan perbincangan & mengemaskini PIP (Project Implementation Plan).

BAB 2

14

2. Sistem Permit Kerja

2.1 Pengenalan

Sistem permit untuk bekerja adalah sistem bertulis rasmi yang digunakan untuk mengawal

jenis kerja tertentu yang berpotensi merbahaya. Permit untuk bekerja adalah satu dokumen

yang menyatakan kerja yang perlu dilakukan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

Permit untuk bekerja adalah sebahagian penting daripada sistem kerja yang selamat bagi

aktiviti penyelenggaraan yang banyak. Mereka hanya membenarkan kerja dimulakan

selepas prosedur selamat telah ditentukan dan mereka menyediakan rekod yang jelas

bahawa semua bahaya dianggap telah diramalkan.

2.2 Prinsip-Prinsip Sistem Permit Kerja

Terdapat prinsip-prinsip tertentu yang mesti diikuti dalam sesuatu Sistem Permit Kerja

antaranya ialah :

i. Semua maklumat yang diberikan adalah tepat.

ii. Kerja yang dilakukan serta pekerja yang melakukan pekerjaan tersebut

perlu dinyatakan dengan jelas.

iii. Memasti dan menjelaskan apa yang telah dilakukan untuk menjadikan

kerja yang akan dilakukan itu selamat sebelum permit kerja diluluskan.

iv. Menggaris dan memaklumkan tindakan keselamatan yang telah diambil

oleh pihak yang berkuasa terhadap permit dan yang perlu dilakukan oleh

pihak kontraktor.

15

v. Permit hendaklah mempunyai tarikh luput. Permit baru boleh diberikan

sekiranya pekerjaan tersebut memerlukan lanjutan masa.

vi. Tidak dibenarkan sebarang pekerjaan dilakukan kecuali yang dinyatakan

di dalam permit.

vii. Mengingatkan kontraktor yang menerima permit kerja tentang

tanggungjawab untuk mengekalkan keadaan selamat yang telah diberikan

bersama permit tersebut.

2.3 Dokumentasi Sistem Permit Kerja

16

Sesebuah permit kerja dicetak sekurang-kurangnya dalam tiga salinan dengan nombor siri

yang sudah bercetak. Tujuan mencetak nombor siri ini di setiap muka surat permit kerja

adalah untuk memastikan dokumen permit kerja ini diiktiraf sebagai dokumen terkawal.

Ini bermakna pengeluaran, penggunaan dan penyimpanan dokumen ini dikawal oleh pihak

yang berkuasa terhadap sistem permit kerja.

Setelah semua salinan permit kerja diterima dan disahkan, maka pihak yang berkuasa akan

mengistiharkan kawasan itu mengikut status semasanya sama ada ia selamat untuk

melakukan operasi biasa atau sebaliknya sebelum kesemua salinan permit kerja itu

disimpan dan direkodkan.

Antara yang menggunakan Sistem Permit Kerja termasuklah :

i. Kerja dalam ruang tertutup (contohnya vessel dan sebagainya).

ii. Kerja penyelenggaraan (contohnya, pemisahan paip atau saluran yang

mengandungi stim, gas toksik, tekanan dan sebagainya).

iii. Kerja dengan sistem elektrik.

iv. Kerja kimpalan dan pemotongan di kawasan selain kawasan bengkel.

v. Kerja dengan sinaran mengion.

vi. Kerja dengan bahan letupan.

vii. Kerja menggali dan sebagainya.

17

18

Rajah 2.3: Sistem permit kerja yang perlu didokumentasi

19

BAB 3

3. Pelan Tindakan Kecemasan

3.1 Pengenalan

Pelan tindakan kecemasan adalah bertujuan untuk menyediakan satu rangka kerja asas

dalam dimana tindak balas segera dan konsisten untuk kecemasan boleh digubal. Ia juga

berfungsi sebagai senarai semak tindakan asas untuk mana-mana kecemasan. Selain itu,

cara yang terbaik dengan ada Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) iaitu skuad Bomba dan

semua pekerja syarikat mestilah dipandu oleh pelan tindakan kecemasan syarikat.

3.2 Objektif

Objektif Pelan Tindakan Kecemasan ialah :

i. Untuk menghadkan kesan kemungkinan berlaku apa-apa kecemasan pada

kakitangan, harta dan alam sekitar.

ii. Untuk mencipta dan berkesan dalam mengekalkan rangka kerja organisasi

yang akan menjamin tindak balas pantas dan berkesan dalam situasi

kecemasan.

iii. Untuk menyediakan senarai tindakan yang perlu diambil dalam kecemasan

dengan tanda-tanda yang jelas tentang keutamaan mereka.

iv. Untuk memperuntukkan kuasa Pegawai yang bertanggungjawab untuk

mengambil tindakan tertentu semasa kecemasan.

20

v. Untuk menyediakan saluran komunikasi yang penting untuk penyelarasan

tugas yang diperlukan untuk berurusan jika berlaku kecemasan.

vi. Untuk menyediakan maklumat yang relevan dan memohon prosedur untuk

kecemasan yang berbeza.

3.3 Huraian Tindakan Kecemasan

Kecemasan boleh digambarkan sebagai sesuatu acara dimana dengan amaran ada atau

tidak, ia mempunyai skala keupayaan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian

kepada manusia atau kerosakan yang teruk pada kawasan tersebut dan tidak boleh

ditangani. Khidmat bantuan luar amat diperlukan untuk mengawal keadaan ketika berlaku

kecemasan. Satu keadaan kecemasan boleh menguasai perasaan manusia dan mereka akan

rasa terjejas apabila tiada perancangan atau persediaan.

Pelbagai jenis bencana besar adalah mustahil untu membuat persediaan tertentu dan

walaupun dengan perancangan akan adanya keperluan untuk penambahbaikan dan

fleksibiliti.

Pelan Tindakan Kecemasan direka untuk mencegah kehilangan nyawa manusia,

mengurangkan kerosakan harta benda dan alam sekitar.

21

3.4 Carta Aliran Laporan Pelan Tindakan Kecemasan CASB

Rajah 3.4 (a): Carta aliran laporan kecemasan

22

EMERGENCY

Team Leader

Site SupervisorZahiruddin Zahari

Abg Muhd Uzair T. Bin Abg Mustapha

Police / Bomba / Hospital/SESCO

Bomba Hos

Project ManagerMiss Evonne Derasen

Engineer Sara Natasha

Commercial DirectorEn.Samat Othman

Safety DeptArshad Hj Zainuddin

Abd Razak BujangStanley Jiram

Chairman/MDEn. Zailani Ismail

KKLW/KKA/SESCO

OICTuan Hj Muhammad Bin

Duri

Next of Kin Media/Press

SeverityLow/High

Low: 1st Aid Accident

TL & SS will settle & close& report in

accident/incident record form

High: Serious Injuries

Dangerous OccurrenceEtc. Immediately call

Police / Bomba / Hospital /SESCO

Low High

2 way communication

Berikut adalah:-

i. Sekiranya berlaku kecemasan (Kebakaran, Kemalangan, Rusuhan,

Bencana Alam, dll) :

Kemalangan Kecil – Kemalangan yang hanya memerlukan rawatan

pertolongan cemas. Cth luka / terpotong nipis pada bahagian badan

atau tangan, melecet dan lebam kecil.

Kemalangan Utama – Kemalangan yang meragut nyawa. Cth

terpotong dalam pada bahagian badan atau tangan, tidak sedarkan diri,

patah tulang, digigit oleh binatang liar / disengat oleh serangga, jatuh

dari ketinggian, kejutan elektrik dilanggar oleh objek berat, dihempap

pokok atau disambar petir.

ii. Team Leader (TL) hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada

Penyelia Tapak (SS) keadaan keterukan & sifat kecemasan.

iii. Jika keterukan adalah rendah ( bantuan kemalangan pertama, dll) SS & TL

hendaklah menyelesaikan & melaporkan dalam bentuk rekod kemalangan.

iv. Jika keterukan adalah tinggi ( kecedaraan serius, cth kejadian berbahaya)

dengan serta-merta menelefon polis, bomba, hospital (sesiapa yang

berkaitan & mengisi borang laporan kemalangan).

23

v. SS juga hendaklah segera melaporkan kepada Pengurus Projek, Jurutera &

Jabatan Keselamatan HSE.

vi. Pengurus Projek hendaklah serta-merta ke tempat kejadian dan

memaklumkan kemalangan kepada Pengerusi / Pengarah Urusan,

Pengarah OIC & Pengarah Komersial.

vii. Hanya Pengerusi / Pengarah Urusan akan memaklumkan / berhubung

dengan KKLW, KKA, SESCO HQ, media & waris

24

25Rajah 3.4 (b): Pelan laluan keluar pejabat CASB Miri

viii.

25

PROJECT CLERK

AD

MIN

ToiletToilet

PM EE PM EE EE PM P & M

ACCOUNT

ME

ET

ING

R

OO

M

DOCUMENT ROOM

PROCUREMENT /

SS

MAIN ENTRANCE

QA/QCC

CITRA NET

SAFETY ACAD GM / HR

KEY Route To Assembly Point Fire Extinguishers

Emergency Escape Route Door

Rajah 3.4 (c): Pelan tempat berhimpun jika berlaku kecemasan

26

Office Building

Store Building

Staff Quarters

Assembly Point

Escape Route From StoreEscape Route

From Office

Escape Route From

Office

Escape Route From Quarters

Staff Quarters

MAIN ROAD

SMALL RIVER

BAB 4

4. Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)

4.1Tujuan

Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyediakan satu pendekatan yang sistematik dan

objektif untuk menilai bahaya dan risiko yang berkaitan. Pendekatan tersebut akan

memberi suatu ukuran objektif dalam mengenalpasti bahaya serta menyediakan satu

kaedah untuk mengawal risiko. Ia adalah salah satu daripada kewajipan am seperti yang

telah ditetapkan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)

bagi majikan untuk menyediakan tempat kerja selamata kepada pekerja mereka dan orang

lain yang berkaitan.

4.2Terma & Definisi

Bahaya

Bermaksud sumber atau keadaan yang mempunyai potensi untuk bahaya kepada

manusia yang boleh menyebabkan kecederaan teruk, kerosakan harta benda, alam

sekitar atau gabungan semua.

Kawalan Bahaya

Bermaksud proses melaksanakan langkah-langkah untuk mengurangkan risiko yang

dikaitkan dengan bahaya.

Pengenalan Bahaya

Bermaksud pengenalpastian kejadian yang tidak diingini yang membawa kepada

materialilasi bahaya dan mekanisme dimana peristiwa-peristiwa yang tidak diingini

boleh berlaku.

27

Penilaian risiko

Bermaksud proses menilai risiko kepada keselamatan dan kesihatan yang berpunca

daripada bahaya di tempat kerja.

Risiko

Bermaksud gabungan kemungkinan berlakunya kejadian berbahaya dengan tempoh

yang dinyatakan atau keadaan yang dinyatakan dan keterukan kecederaan atau

kesihatan manusia, harta benda, alam sekitar atau mana-mana gabungan ini.

4.3Konsep Asas

4.3.1 Apa itu Risiko?

Risiko adalah sesuatu yang kita sebagai individu hidup hari demi hari. Manusia

sentiasa membuat keputusan berdasarkan risiko. Risiko adalah gabungan

kemungkinan dan keterukan dari kejadian berbahaya. Dalam istilah matematik,

risiko boleh dikira dengan persamaan –

Risiko = Kebarangkalian x Keterukan

Dimana,

Kebarangkalian adalah satu kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh

tertentu atau dalam keadaan tertentu dan,

Keterukan datang dari kejadian seperti keterukan daripada kecederaan atau

kesihatan manusia, kerosakan harta benda, alam sekitar atau gabungan yang

disebabkan berlakunya kejadian.

28

Rajah 4.3.1 (a): Jadual A diatas menunjukkan kemungkinan menggunakan nilai-nilai

berikut

Rajah 4.3.1 (b): Jadual B diatas menunjukkan keterukan dengan menggunakan jadual

berikut

29

4.3.2 Penilaian Risiko

Risiko boleh ditunjukkan dalam pelbagai cara untuk menyampaikan keputusan

analisis dan keputusan kawalan risiko. Bagi analisis risiko yang menggunakan

kebarangkalian dan keterukan dalam kualitatif, ia membentangkan hasil dalam

matriks risiko adalah cara yang sangat berkesan untuk berkomunikasi bagi

pengagihan risiko seluruh kawasan di tempat kerja.

Risiko boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Kebarangkalian x Keterukan = Risiko Relatif

Rajah 4.3.2 (a): Jadual C diatas menunjukkan satu contoh matriks risiko

30

Rajah 4.3.2 (b): Jadual D diatas menentukan keutamaan berdasarkan julat berikut

31

Rajah 4.3 Lampiran HIRARC CASB

No Work Activities Hazards Existing Risk Control Likelihood Severity Risk Description Additional Risk Control Legal / Regulations

1 Site Survey Unknown Condition/Terrain Briefing, CIDB & PPE 4 3 12 Medium None

Coordinate/GPS Flora & Fauna Site Risk Assessment 4 2 8 Medium None

Villagers Eliminate & Prevent (If Possible) 4 2 8 Medium None

Fatigue Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

Flooding, Bush Fire, Haze Rest, Rotation, Shift, Adequate Water 2 3 6 Medium None Act 520

First Aid Box, Mask Lembaga

2 Pole Pegging Traffic Vehicles Briefing, CIDB, PPE, Road Management 4 3 12 Medium None Pembangunan

Machette(Eg; Knife, Hammer) Fit & High Awareness 3 1 3 Low Supervision IndustriPembinaan

Flora & Fauna Hazards Proper Usage & PPE 3 1 3 Low None Malaysia Act 1994

Villagers Eliminate or Prevent (If Possible) 1 3 3 Low None

Spray Paint Discuss With Villagers/Police 1 1 1 Low None

First Aid Box

ERP Procedure

3 Vegetation Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium Flagman, Signalman

Clearing Machette /Trimming Knife Check, Fit & High Awareness 2 2 4 Low Supervision

Chain Saw Eliminate or Prevent (If Possible) 2 3 6 Medium None

Flora & Fauna Hazards First Aid Box 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

ERP Procedure

32

4 Hole Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium Flagman, Signalman

Excavation Shoveling Check, Fit & High Awareness 1 1 1 Low None

Slip, Trip & Fall Observe Work Area 4 2 8 Medium Supervision

Flora & Fauna Hazards Eliminate or Prevent (If Possible) 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None FMA 1967

First Aid Box (NCFAI Section 10)

ERP Procedure

5 Pole Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium None

Erection Tools & Machineries Check/Inspect/Proper Usage 3 2 6 Medium None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

Heavy Poles/Wood Proper Lifting & 5S 3 2 6 Medium Walkie-talkie

Falling Object (eg:Pole,Tools) Safe Zone & PPE 3 1 3 Low Supervision

Lorry & Lorry Crane Competent, COF, Safe Zone 3 3 9 Medium Qualified Lorry Crane Operator

Unstable Pole Temporary Stay, Safe Zone 3 3 9 Medium Supervision

ERP Procedure

First Aid Box

6 Stay Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium None

Installation Pole Collapse (Fall) Observe Pole, Safe Zone & PPE 2 4 8 Medium Supervision

Sharp Cutter Proper Usage, PPE Glove 4 1 4 Low Adequate Water & Rest

Flora & Fauna Hazards Eliminate & Prevent (If Possible) 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 2 4 8 Medium None NONE

Snapped Stay Wire Proper Install, & Safe Zone 1 3 3 Low None

Falling From Height Proper Climbing ,Fiber Ladder, Safety Belt 4 4 16 High Supervision / *MEWPs

 

ERP Procedure

First Aid Box

33

7 Cable Traffic Vehicles Briefing, CIDB,PPE & Road Management 4 3 12 Medium None

Laying Pole Collapse (Fall) Observe Pole, Safe Zone & PPE 2 4 8 Medium Supervision

Sharp Cutter Proper Usage, PPE Glove 4 1 4 Low None

Flora & Fauna Eliminate & Prevent (If Possible) 2 2 4 Low None

Villagers Discuss With Villagers/Police 1 3 3 Low None

Snapped Stay Wire & Cable Proper Install, & Safe Zone 1 3 3 Low None

Unstable Pole Observe Pole, Safe Zone & PPE 3 3 9 Medium Supervision NONE

Falling From Height Proper Climbing, Fiber Ladder, Safety Belt 4 3 12 High *MEWPs / Supervision

Lightning Earthing installation, Stop work 3 4 12 Medium Earthing For Every 10 Pole

Cable Charged by Lightning Earthing installation, Stop work 3 4 12 Medium None

Night Activities(OT) Spotlight, Lightings 3 1 3 Low None

Poor Visibilities Mandatory Spotlight/Lightings, 3 1 3 Low None

First Aid Box ERP Procedure

*MEWPs – Mobile Elevating Work Platform

34

KESIMPULAN & ULASAN

Secara amnya, kemalangan boleh diatasi jika amalan pengurusan keselamatan dan

kesihatan pekerjaan dititikberatkan. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang

lemah merupakan satu masalah yang serius memandangkan implikasi-implikasi yang dibawa

boleh merugikan syarikat yang mengalaminya serta dapat menjatuhkan prestasi seterusnya

mempengaruhi keyakinan pekerja & klien terhadap sesebuah syarikat kontraktor. Syarikat CASB

perlu menyediakan program-program keselamatan dengan lebih kerap lagi supaya pekerja tahu

bahaya yang bekal dihadapinya dan pekerja itu sendiri tahu bagaimana untuk menghindarinya

daripada berlaku. Sikap enggan mendengar arahan dari segilintir pekerja adalah isu yang biasa

dihadapi tetapi dengan ada komunikasi dua hala dan pertimbangan yang baik, ia mampu

memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk tempoh masa

yang panjang.

Sesebuah syarikat perlu sedar dan prihatian terhadap akta-akta keselamatan sedemikian

dan perlu melantik pegawai keselamatan di tapak pembinaan untuk menilai tahap keselamatan

sekaligus mempertingkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan. Banyak lagi

perkara yang perlu saya tahu dan mendalami tentang bidang yang saya pelajari sekarang. Tunjuk

ajar dan nasihat dari penyelia saya banyak memberi manfaat kepada saya dan dijadikan panduan

saya di masa hadapan kelak.

35

KESIMPULAN & CADANGAN

Pematuhan boleh dicapai ke tahap tertinggi sekiranya pemantauan secara manual dari

pihak bertanggungjawab (Jabatan HSE) dilakukan secara berganda dan berterusan. Pihak yang

menjalankan tugas pemantauan perlu kompeten dan bersikap profiesional dalam mengendalikan

masalah berkaitan kerja lebih-lebih lagi jika berdepan dengan masalah sikap manusia. Jika

terdapat kesalahan dilakukan oleh pekerja, mereka harus mengambil kira semua aspek contohnya

situasi pekerja dan keadaan persekitaran kerja sebelum mengenakan sesuatu tindakan diatas

kesalahan tersebut.

Mereka tidak boleh terus menuding jari kepada pekerja serta terus mengenakan hukuman,

hal ini akan mengakibatkan berlakunya rasa tidak puas hati pekerja kepada majikan lebih-lebih

lagi jika ianya melibatkan satu kesalahan kecil. Komunikasi dan pertimbangan yang baik

diperlukan untuk memastikan pematuhan terhadap keselamatan dan kesihatan berterusan untuk

tempoh masa yang panjang.

Kesimpulan dari pemerhatian saya, saya berpendapat pihak yang bertanggungjawab

terhadap pematuhan keselamatan sangat memainkan peranan yang penting, ianya akan

mempengaruhi persepsi pekerja terhadap pihak pengurusan serta keberkesanan hubungan dua

hala diantara majikan dengan pekerja. Secara logiknya hal ini secara tidak lansung akan

menentukan tahap produktiviti syarikat itu sendiri. Selain itu, menjadi tanggungjawab pekerja itu

sendiri untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan sistem pengurusan keselamatan

dan kesihatan pekerjaaan bergerak lancer sekaligus dapat mengelakkan berlakunya kejadian

yang tidak diingini.

36

LAMPIRAN

Sesi dialog di Rh. Slyvester Anam, Miri.

38

Sesi “Pole Top Rescue” anjuran SESCO.

39

Aktiviti shutdown di Rh. Ngayum, Niah.

40

Taklimat bagi keselamatan di pejabat oleh Penyelia Tapak Keselamatan.

41

Salah satu pekerja yang kurang akan pengetahuan tentang keselamatan & bahaya.

42

Salah satu lif kenderaan mudah alih platform kerja Citra Alti.

43

Kerja lebih mudah & selamat menggunakan lif mudah alih platform kerja.

44

Sampah-sarap yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan jangkitan.

45

Menyalahgunakan barang keselamatan yang diberi oleh syarikat.

46

47