laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

10
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 4 BIODIVERSITI DAN ADAPTASI (BBR 26403) TAJUK ; SIFAT FIZIKAL SERANGGA TUGASAN KERJA INDIVIDU OLEH ROSDI BIN RAMLI ( DB 100316 ) KUMPULAN: ELEKTIF SAINS SEKSYEN 1

Upload: rosdi-ramli

Post on 16-Aug-2015

77 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEMESTER 4

BIODIVERSITI DAN ADAPTASI

(BBR 26403)

TAJUK ;

SIFAT FIZIKAL SERANGGA

TUGASANKERJA INDIVIDU

OLEHROSDI BIN RAMLI

( DB 100316 )

KUMPULAN:ELEKTIF SAINS

SEKSYEN 1

UNTUK

EN ZULKEFLI BIN DAUD

Page 2: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya

dapat juga saya menghasilkan tugasan untuk matapelajaran BIODIVERSITI

DAN ADAPTASI ini dengan jayanya bagi Semester 4 2012. Walaupun

menghadapi berbagai halangan dan rintangan.

Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang kesungguhan saya dalam

menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan untuk saya

meneruskan pembelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Sekolah Rendah (Sains) KPM-UTHM ini.

Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima

kasih yang tidak terhingga buat Tutor saya iaitu EN ZULKEFLI BIN DAUD

kerana telah banyak berusaha memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada

saya untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-

rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan kerjasama dan juga

perbincangan didalam LMS dengan sebaiknya. Hanya Allah yang akan

membalas jasa-jasa kalian.

Semoga dengan terhasilnya tugasan ini, dapatlah kita manfaatkannya

bersama sebagai persediaan kepada kita nanti untuk sama-sama berjaya

menjadi insan yang berilmu pengetahuan seterusnya mengaplikasikan

pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran

Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam program

ini dan seterusnya menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas dalam

membentuk modal insan negara yang berkualiti. Insyaallah..

Sekian Terima Kasih

Apa itu serangga ?

Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai

bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan

Page 3: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Insecta

kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk

yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar

cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. Walaupun telah diketahui

hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan

direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat

direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak

serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah.

Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung

terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi.

Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung ( dragonfly ) , 2,000 mentadak ( praying mantis ) , 20,000

belalang ( grasshopper ) , 170,000 rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang,

350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-

Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.

Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.

Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

Sampel serangga yang dijadikan penyelidikan kumpulan mengenai Sifat

Fizikal

Pepatung jarum

Page 4: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Insecta

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Insecta

Order: Diptera

Section: Schizophora

Keluarga

:Muscidae

Genus: Musca

Spesies: M. domestica

Nama binomial

Musca domestica

Linnaeus, 1758

Subspesies

M. d. calleva Walker, 1849 M. d. domestica

Linnaeus, 1758

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Subfilum

:Hexapoda

Kelas: Serangga

Pepatung jarum atau belalang jarum (bahasa Inggeris:damselfly) (suborder Zygoptera) ialah

serangga dalam order Odonata. Pepatung jarum menyerupai pepatung, tapi dewasanya dapat

dibezakan dengan sayap bagi kebanyakan pepatung jarum dilipat dan selari dengan badan apabila

berehat. Selain itu, sayap belakang pepatung jarum adalah sama dengan sayap depannya, manakala

sayap belakang pepatung melebar ke bawah. Pepatung jarum juga biasanya lebih kecil dan

penerbang yang lemah berbanding dengan pepatung, serta mata pepatung jarum adalah terpisah.

Lalat rumah

Lalat rumah, Musca domestica, ialah sejenis lalat dalam

suborder Brachycera. Lalat rumah merupakan lalat yang

paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90%

daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan

merupakan salah satu daripada serangga yang paling luas

tersebar di seluruh dunia. Lalat rumah dianggap serangga

perosak yang membawa penyakit berbahaya.

Belalang

Page 5: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Subfilum

:Hexapoda

Kelas: Serangga

Pengelasan saintifik

Alam: Animalia

Filum: Artropoda

Kelas: Serangga

Order: Lepidoptera

Belalang adalah serangga dalam suborder Caelifera dalam susunan Orthoptera. Bagi

membezakannya dengan katidid, ia kadang kala dirujuk sebagai belalang sesungut pendek. Spesies

yang bertukar warna dan tabiat pada populasi tingga digelar belalang juta.

Ciri-ciri

Sejenis serangga berwarna hijau, berkepak dan berkaki panjang yang senang didapati di celahan

pokok ataupun rumput. Terdapat beberapa jenis belalang, antaranya belalang kacung, mentadak-

mentadu, cengkadak, belalang kunyit, belalang hijau dan lain-lain. Ada juga jenisan belalang yang

dimakan oleh suku kaum tertentu.

Rama-rama

Rama-rama (bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan

dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan

Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan

merupakan pembahagian taksonomi saintifik.

Beza antara kupu-kupu dan rama-rama

Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada

sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan

Page 6: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

Pengelasan saintifikAlam: Haiwan

Filum: Artropoda

berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu. Perbezaan lain ialah

rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat

tegak di atas tubuh pada waktu berehat.Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu

berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Semut

Semut ialah serangga sosial dalam famili Formicidae, dan bersama dengan penyengat dan lebah

yang berkaitan, mereka tergolong dalam kumpulan Hymenoptera. Semut berevolusi daripada

keturunan seakan penyengat dalam zaman pertengahan Usia Kapur antara 110 dengan 130 juta

tahun lalu dan mempelbagai selepas muncul pokok bunga. Kini, terdapat lebih 12,500 spesies

diklasifikasikan dengan jumlah anggaran lebih kurang 22,000 spesies. Mereka mudah dikenalpasti

dengan antena yang menyigung dan struktur seperti nod yang tersendiri yang membentuk suatu

pinggang langsing.

Semut membentuk koloni yang bersaiz daripada beberapa puluh individu pemangsa tinggal di

rongga alamiah kecil ke koloni besar berorganisasi yang menghuni satu kawasan besar dan terdiri

daripada jutaan individu. Koloni-koloni besar ini sebahagian besar ahlinya merupakan semut

betina tanpa sayap mandul yang membentuk kasta "pekerja", "askar", atau kumpulan khusus lain.

Koloni ini juga mempunyai semut jantan subur yang dipanggil "dron" dan satu atau lebih semut

betina sebur yang dipanggil "ratu". Koloni-koloni ini kadangkala digambarkan sebagai satu

superorganisma kerana semut-semutnya kelihat seperti berfungsi sebagai satu entiti bersatu,

bekerja bersama-sama menyokong koloni.

Mentadak

Page 7: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

Pengelasan saintifikAlam: Haiwan

Filum: Artropoda

Mentadak, mentadu, cengkadak atau cengkadu ialah sejenis serangga dalam susunan

Mantodea. Kebanyakannya berada dalam famili Mantidae. Sebagaimana serangga lain, mentadak

mempunyai tiga segmen badan, dengan kepala, toraks, dan badan (abdomen). Mentadak betina

mempunyai serkus yang besar dan kuat. Segmen pertama dari tiga, protoraks, adalah memanjang

dan darinya terdapat kaki hadapan yang diubah suai.

RUJUKAN

Betsy The Lay Hong (2012). Longman Esensi Biologi SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson (M)

SDN. BHD.

WIKIPEDIA ( November 16, 2011). Pepatung jarum. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pepatung_jarum

WIKIPEDIA ( September 08, 2012). Lalat rumah. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lalat_rumah

WIKIPEDIA (September 12, 2012). Belalang. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Belalang

Firefly Encyclopedia of Insects and Spiders, edited by Christopher O'Toole, ISBN 1-55297-612-2,

2002

Page 8: Laporan pengelasan serangga (tugasan individu)

WIKIPEDIA (September 12, 2012). Rama - rama. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rama-rama

WIKIPEDIA (September 18, 2012). Semut. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Semut

WIKIPEDIA (September 26, 2012). Mentadak. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mentadak

WIKIPEDIA (Oktober 03, 2012). Serangga. Dicapai pada Oktober 03, 2012, dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangga