laporan pengarah -...

Download LAPORAN PENGARAH - s00.static-shell.coms00.static-shell.com/.../annual-report-2012-financials-bm.pdf · puluh tahun, bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan, oleh kerana

If you can't read please download the document

Upload: truongdiep

Post on 07-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 110 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    LAPORAN PENGARAH

    Laporan PengarahPara Pengarah dengan sukacita membentangkan laporan tahunan kepada ahli-ahli, bersama penyata kewangan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

    Aktiviti UtamaAktiviti utama Syarikat merangkumi penapisan dan pengilangan produk-produk petroleum. Tiada perubahan penting dalam kegiatan-kegiatan sepanjang tahun tersebut di bawah laporan.

    Keputusan Kewangan RM000

    Kerugian bagi tahun kewangan (94,660)

    DividenDividen ke atas saham biasa yang dibayar atau diisytihar oleh Syarikat sejak 31 Disember 2011 adalah seperti berikut:

    RM000

    Bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 seperti yang dinyatakan dalam laporan Pengarah pada tahun itu:

    Dividen akhir kasar sebanyak 20 sen seunit saham RM1, ditolak cukai pendapatan 25%, dibayar pada 24 Mei 2012 45,000

    Bagi tahun berakhir 31 Disember 2012:

    Dividen interim kasar 5 sen seunit saham RM1, ditolak cukai pendapatan 25%, dibayar pada 31 Oktober 2012 11,250

    Para Pengarah telah mengumumkan pada 27 Februari 2013 pembayaran dividen akhir kasar 15 sen seunit saham RM1 unit ditolak cukai pendapatan 25%, berjumlah RM33,750,000 yang mana, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang, akan dibayar pada 16 Mei 2013 kepada pemegang saham yang berdaftar di dalam Rekod Pendeposit/Daftar Ahli di akhir waktu perniagaan pada 3 Mei 2013. Penyata kewangan ini tidak menunjukkan dividen akhir yang akan diambil kira dalam tahun kewangan 31 Disember 2013 apabila diluluskan oleh para pemegang saham.

    Rizab dan PeruntukanSemua pemindahan penting kepada atau daripada rizab dan peruntukan pada tahun di bawah laporan adalah dinyatakan dalam penyata kewangan.

  • 111LAPORAN TAHUNAN 2012

    PengarahPara Pengarah yang memegang jawatan sepanjang tempoh sejak tarikh laporan terakhir adalah seperti berikut:

    Iain John Lo (dilantik pada 1 Julai 2012)Mohd Anuar bin Taib (meletak jawatan pada 30 Jun 2012)Chew Seng Heng (dilantik pada 27 Februari 2013) Rozano bin SaadTan Sri Datuk Clifford Francis HerbertDato Seri Talaat bin HusainDatuk Zainun Aishah binti AhmadDato Saw Choo BoonLau Nai PekKhong Kok Toong

    Menurut Artikel 81(2) Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Chew Seng Heng, bersara mengikut giliran pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan, oleh kerana layak, menawarkan diri untuk dipilih semula.

    Menurut Artikel 81(2) dan 81(9) Tataurusan Pertubuhan Syarikat, Iain John Lo, bersara mengikut giliran pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan, oleh kerana layak, menawarkan diri untuk dipilih semula.

    Menurut Artikel 81(3) Tataurusan Pertumbuhan Syarikat, Datuk Zainun Aishah binti Ahmad dan Rozano bin Saad, bersara mengikut giliran pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan, oleh kerana layak, menawarkan diri mereka untuk dipilih semula.

    Menurut Seksyen 129(6) Akta Syarikat, 1965, Tan Sri Datuk Clifford Francis Herbert, kerana berusia lebih tujuh puluh tahun, bersara pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang dan, oleh kerana layak, menawarkan diri untuk dilantik semula.

    Manfaat PengarahSemasa dan pada akhir tahun, tiada perjanjian dibuat membabitkan Syarikat, yakni perjanjian yang bermatlamat membolehkan para Pengarah Syarikat memperoleh manfaat menerasi pemerolehan saham atau debentur Syarikat atau mana-mana badan korporat kecuali untuk pembelian saham di bawah Pelan Saham Prestasi (PSP) yang diberikan oleh Royal Dutch Shell plc kepada eksekutif kanan yang layak, termasuk Pengarah tertentu Syarikat.

    Sejak akhir tahun kewangan yang lepas, tiada Pengarah Syarikat telah menerima ganjaran atau layak menerima sebarang manfaat (selain manfaat yang dinyatakan sebagai ganjaran Pengarah dalam Nota 14 kepada penyata kewangan) disebabkan kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau syarikat berkaitan dengan Pengarah atau firma di mana beliau menjadi ahlinya, atau syarikat di mana beliau mempunyai kepentingan kewangan yang besar.

  • 112 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    Manfaat Pengarah (sambungan)Insentif Jangka Panjang

    Berikutan pengabungan Shell Transport and Trading Company plc dan Royal Dutch Petroleum Company (N.V. Koninklijke Nederlandsche Petroleum Maatschappij) pada 2005, pemberian opsyen saham telah dihentikan dan digantikan dengan Pelan Insentif Jangka Panjang diperkenalkan. Tujuan perubahan ini ialah untuk menjamin hubungkait yang lebih rapat antara ganjaran Pengarah dan eksekutif dengan prestasi Royal Dutch Shell plc berbanding syarikat lain yang setara dengannya.

    Pelan Insentif Jangka Panjang (LTIP)

    Di bawah LTIP, saham prestasi diberikan secara bersyarat sekali setiap setahun seperti berikut:

    TSR Rank Saham prestasi diterima

    Pertama 2 x pemberianKe-2 1.5 x pemberianKe-3 0.8 x pemberianKe-4 atau Ke-5 Tiada

    Pemberian saham ini mempunyai nilai muka antara sifar dan dua kali pemberian asas. Pemberian saham tertakluk kepada prestasi sekurang-kurangnya tiga tahun.

    Bilangan saham sebenar yang diterima oleh para Pengarah sepanjang tempoh pada 2012 bergantung kepada prestasi TSR Royal Dutch Shell plc sepanjang tempoh dalam 2009 hingga 2012. Nilai muka pemberian saham prestasi bersyarat ini adalah berdasarkan kepada bilangan saham seperti yang dirujuk dalam Kepentingan Insentif Jangka Panjang Pengarah di bawah, digandakan dengan harga saham pada masa pemberian dibuat.

    Kepentingan Insentif Jangka Panjang PengarahJadual di bawah menunjukkan PSP dan kepentingan opsyen saham para Pengarah yang memegang jawatan semasa tahun kewangan. Berikutan pengabungannya, pemberian dan geran yang dibuat bagi saham-saham N.V. Koninklijke Nederlandsche Petroleum Maatschappij dan Shell Transport dan Trading Company plc, telah ditukar kepada kelayakan saham Royal Dutch Shell plc pada kadar tukaran yang sewajarnya. Selain perubahan-perubahan penting terma-terma dan syarat-syarat yang berkaitan dengan pemberian atau geran ini pada amnya tidak berubah ekoran pertukaran tersebut.

    LAPORAN PENGARAH (sambungan)

  • 113LAPORAN TAHUNAN 2012

    Kepentingan Insentif Jangka Panjang Pengarah

    (a) Kepentingan dalam opsyen saham Royal Dutch Shell plc

    Kepentingan dalam opsyen ke atas saham dalam Royal Dutch Shell plc

    Baki setakat

    1.1.2012/ pada

    tarikh perlantikan

    Opsyen diberi

    Opsyen ditebus

    Opsyen luput

    Baki setakat

    31.12.2012

    Dato Saw Choo Boon 8,500 0 0 (8,500) 0Lau Nai Pek 37,500 0 0 (13,900) 23,600

    (b) Kepentingan langsung dalam saham Royal Dutch Shell plc

    (i) Pemberian Saham LTIP

    Kelas Saham

    Saham sekatat

    1.1.2012/pada

    tarikh perlantikan

    Sahan diberikan

    pada 2012

    Saham dibatalkan/

    luput pada 2012

    Saham setakat

    31.12.2012

    Saham dikurnia

    milik pada

    2012*

    Iain John Lo 1RDSA2RDSB

    24,62592

    9,7750

    (8,625)0

    25,77592

    17,2140

    Rozano bin Saad 1RDSA 4,500 2,500 0 7,000 0

    Dato Saw Choo Boon 1RDSA 6,375 0 (6,375) 0 12,723

    Lau Nai Pek 1RDSA 1,360 0 0 1,360 0

    Khong Kok Toong 1RDSA 4,125 2,500 0 6,625 0

    * Nilai muka sebanyak 200% daripada pemberian LTIP pada 2009 telah dikurnia milik semasa tahun kewangan.

    1RDSA Saham Kelas A Royal Dutch Shell plc2RDSB Saham Kelas B Royal Dutch Shell plc

  • 114 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    Kepentingan Insentif Jangka Panjang Pengarah

    (b) Kepentingan langsung dalam saham Royal Dutch Shell plc (sambungan)

    (ii) Kepentingan langsung dalam saham termasuk ** PSP dan ***GESPP yang dikurnia milik Kelas

    Kelas Saham

    Baki setakat

    1.1.2012/pada tarikh perlantikan

    Saham ditambah

    kepada akaun saham

    dikurnia milik pada 2012

    Saham dividen

    Baki pada

    31.12.2012

    Iain John Lo 1RDSA 1,466 17,214 528 19,208

    Dato Saw Choo Boon 1RDSA2RDSB

    12,17521

    12,7230

    9461

    25,84422

    Lau Nai Pek 1RDSA 3,607 0 156 3,763

    ** PSP adalah Pelan Saham Prestasi*** GESPP adalah Pelan Pembelian Saham Kakitangan Global yang tersedia untuk semua kakitangan

    bagi melanggan saham dalam Royal Dutch Shell plc.

    Menurut daftar pegangan saham Pengarah, tiada Pengarah lain yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan mempunyai sebarang kepentingan dalam saham dan debentur Syarikat atau syarikat yang berkaitan dengannya.

    1RDSA Saham Kelas A Royal Dutch Shell plc2RDSB Saham Kelas B Royal Dutch Shell plc

    Maklumat Berkanun mengenai Penyata KewanganSebelum penyata kewangan dibentangkan, para Pengarah telah mengambil langkah sewajarnya untuk:

    (a) memastikan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil berhubung hapus kira hutang lapuk dan peruntukan hutang ragu, serta berpuas hati bahawa semua hutang lapuk yang diketahui telah dihapus kira dan peruntukan sewajarnya telah dibuat untuk hutang ragu; dan

    (b) memastikan bahawa semua aset semasa, selain daripada hutang, yang tidak mungkin direalisasikan nilainya seperti yang ditunjukkan dalam rekod perakaunan Syarikat dalam urusan perniagaan biasa telah diturunkan nilainya kepada jumlah yang dijangka boleh direalisasikannya.

    Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari tentang sebarang keadaan:

    (a) yang akan menyebabkan jumlah yang dihapus kira bagi hutang lapuk atau jumlah peruntukan bagi hutang ragu dalam penyata kewangan Syarikat menjadi tidak mencukupi secara ketara; atau

    (b) yang akan menyebabkan nilai yang merujuk kepada aset semasa dalam penyata kewangan Syarikat mengelirukan; atau

    (c) yang telah timbul yang akan menyebabkan pematuhan kepada kaedah penilaian aset atau liabiliti Syarikat yang sedia ada mengelirukan atau tidak wajar.

    LAPORAN PENGARAH (sambungan)

  • 115LAPORAN TAHUNAN 2012

    Maklumat Berkanun mengenai Penyata Kewangan (sambungan)Tiada liabiliti luar jangka atau liabiliti lain yang telah berkuatkuasa atau mungkin berkuatkuasa dalam tempoh dua belas bulan selepas akhir tahun kewangan yang mana, pada pendapat para Pengarah, akan atau mungkin menjejaskan dengan ketara keupayaan Syarikat untuk memenuhi tanggungjawabnya apabila liabiliti tersebut matang.

    Pada tarikh laporan ini, tidak terdapat:

    (a) sebarang gadaian ke atas aset Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan yang menjamin liabiliti mana-mana pihak; atau

    (b) sebarang liabiliti luar jangka Syarikat yang telah timbul sejak akhir tahun kewangan.

    Pada tarikh laporan ini, para Pengarah tidak menyedari tentang sebarang keadaan yang tidak terkandung dalam laporan ini atau dalam penyata kewangan Syarikat, yang akan menyebabkan sebarang jumlah yang dinyatakan dalam penyata kewangan mengelirukan.

    Pada pendapat para Pengarah:

    (a) keputusan operasi Syarikat pada tahun kewangan tidak terjejas dengan ketara oleh sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dalam dan luar biasa; dan

    (b) dalam selang masa di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan, tidak timbul sebarang perkara, urusniaga atau peristiwa penting dan luar biasa yang mungkin menjejaskan dengan ketara keputusan operasi Syarikat bagi tahun kewangan pada masa laporan ini dibuat.

    Syarikat Pegangan UtamaPara Pengarah menganggap Royal Dutch Shell plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di England dan Wales, sebagai syarikat pegangan utama Syarikat.

    JuruauditJuruaudit, PricewaterhouseCoopers, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk meneruskan tugas. Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut resolusi mereka bertarikh 27 Februari 2013.

    Rozano Bin Saad Iain John LoPengarah Urusan Pengerusi

  • 116 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    PENYATA PENGARAHMENURUT SEKSYEN 169 (15) AKTA SYARIKAT, 1965

    Kami, Rozano bin Saad dan Iain John Lo, dua daripada ahli Lembaga Pengarah Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad, menyatakan bahawa, pada pendapat para Pengarah, penyata kewangan yang dibentangkan pada mukasurat 120 hingga 163 telah disediakan menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa dan peruntukan Akta Syarikat, 1965 di Malaysia untuk memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai keadaan Syarikat setakat 31 Disember 2012 dan keputusan kewangan Syarikat serta aliran tunainya bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut.

    Maklumat yang dibentangkan dalam Nota 36 kepada Penyata Kewangan telah disediakan menurut Panduan berkaitan Perkara Khas No.1, Penentuan Keuntungan Direalisasi dan Tidak Direalisasi atau Kerugian dalam Konteks Pendedahan Menurut Kehendak-kehendak Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, seperti yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia.

    Ditandatangani bagi pihak Lembaga Pengarah menurut resolusi mereka bertarikh 27 Februari 2013.

    Rozano Bin Saad Iain John Lo Pengarah Urusan Pengerusi

  • 117LAPORAN TAHUNAN 2012

    PERAKUAN BERKANUNMENURUT SEKSYEN 169 (16) AKTA SYARIKAT, 1965

    Saya, Chew Seng Heng, selaku Pengarah yang bertanggungjawab ke atas pengurusan kewangan Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad, sesungguhnya dan sebenarnya mengakui bahawa penyata kewangan yang dibentangkan pada mukasurat 120 hingga 163, pada pendapat saya, adalah betul dan saya membuat perakuan ini dengan sepenuh kepercayaan bahawa ia adalah benar dan memenuhi peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

    Chew Seng HengPengarah

    Ditandatangani dan diperakui sesungguhnya oleh penama di atas, Chew Seng Heng di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Februari 2013, di hadapan saya.

    Pesuruhjaya Sumpah

  • 118 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    Laporan ke atas Penyata KewanganKami telah mengaudit penyata kewangan Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad yang terdiri daripada penyata kedudukan kewangan setakat 31 Disember 2012, dan penyata pendapatan keseluruhan, perubahan ekuiti dan penyata aliran tunai bagi tahun kewangan yang baru berakhir, serta ringkasan dasar-dasar perakaunan penting dan nota-nota perjelasan lain, seperti yang dibentangkan pada muka surat 120 hingga 163.

    Tanggungjawab Pengarah ke atas Penyata Kewangan

    Para Pengarah Syarikat bertanggungjawab ke atas penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan ini menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa dan Akta Syarikat, 1965. Para Pengarah juga bertanggungjawab ke atas kawalan dalaman untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata yang penting, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.

    Tanggungjawab Juruaudit

    Tanggungjawab kami ialah untuk memberi pendapat tentang penyata kewangan ini berdasarkan audit kami. Kami telah mematuhi pengauditan menurut piawaian pengauditan di Malaysia. Piawaian tersebut mengkehendaki kami kehendak-kehendak etika serta merancang dan melaksanakan audit bagi mendapatkan jaminan munasabah bahawa penyata kewangan ini adalah bebas daripada salah nyata penting.

    Sesuatu audit adalah melibatkan pelaksanaan prosedur bagi mendapatkan bukti audit mengenai jumlah dan pendedahan yang dinyatakan akibat dalam penyata kewangan. Prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami, termasuk penilaian risiko salah nyata penting dalam penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko tersebut, kami menilai kawalan dalaman Syarikat yang berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangannya bagi membentuk prosedur audit yang sesuai dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk memberi pendapat tentang keberkesanan kawalan dalaman Syarikat ini. Audit juga melibatkan penilaian kesesuaian polisi-polisi perakaunan yang digunakan dan kewajaran anggaran perakaunan yang dibuat oleh para Pengarah, serta penilaian ke atas pembentangan keseluruhan penyata kewangan.

    Kami yakin bahawa bukti audit yang telah kami peroleh adalah mencukupi dan sesuai untuk menyediakan asas bagi pendapat audit kami.

    Pendapat

    Pada pendapat kami, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Syarikat 31 Disember 2012 dan prestasi kewangan dan penyata aliran tunai bagi tahun kewangan berakhir menurut Piawaian Laporan Kewangan Malaysia, Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa dan Akta Syarikat, 1965.

    Laporan Kehendak-Kehendak Menurut Perundangan dan Kawal Atur LainMenurut kehendak Akta Syarikat, 1965 di Malaysia, kami juga melaporkan bahawa, pada pendapat kami, rekod perakaunan dan rekod lain dan senarai daftar yang perlu disimpan oleh Syarikat mengikat kehendak Akta telah disimpan dengan sempurna menurut peruntukan Akta tersebut.

    LAPORAN JURUAUDIT BEBASKEPADA AHLI SHELL REFINING COMPANY (PERSEKUTUAN MALAYA) BERHAD(Diperbadankan di Malaysia) (No. Syarikat 3926-U)

  • 119LAPORAN TAHUNAN 2012

    Tanggungjawab Laporan LainMaklumat tambahan yang dibentangkan dalam Nota 36 didedahkan bagi memenuhi kehendak Bursa Malaysia Securities Berhad dan bukannya sebahagian daripada penyata kewangan. Para Pengarah Syarikat bertanggungjawab menyiapkan yang maklumat tambahan tersebut sejajar dengan Garis Panduan Berkaitan Perkara Khas No. 1, Penentuan Keuntungan atau Kerugian yang direalisasi dan Tidak Direalisasi dalam Konteks Pendedahan Menurut Kehendak-Kehendak Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Berhad, seperti yang dikeluarkan oleh Institut Akauntan Malaysia (Garis Panduan MIA) dan arahan Bursa Malaysia Securities Berhad. Pada pendapat kami, maklumat tambahan tersebut telah disediakan, dalam semua aspek penting, menurut Garis Panduan MIA dan arahan Bursa Malaysia Securities Berhad.

    Perkara-perkara lain1. Seperti yang dibentangkan dalam Nota 2 dalam penyata kewangan, Shell Refining Company (Federation of

    Malaya) Berhad mengunakan dalam Piawaian Laporan Kewangan Malaysia pada 1 Januari 2012 dengan tarikh peralihan 1 Januari 2011. Para Pengarah telah mengunakan piawaian ini secara retrospektif untuk maklumat perbandingan dalam penyata kewangan ini, termasuk penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2011 dan 1 Januari 2011, dan penyata pendapatan, penyata pendapatan keseluruhan, penyata perubahan ekuiti dan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 dan pendedahan yang berkaitan. Kami tidak terlibat untuk melaporkan maklumat perbandingan dinyatakan semula dan ia adalah yang belum diaudit. Tanggungjawab kita sebagai sebahagian daripada audit penyata kewangan Syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 telah, dalam keadaan ini, termasuk mendapatkan bukti audit yang mencukupi sesuai bahawa baki pembukaan pada 1 Januari 2012 tidak mengandungi salahnyata yang material menjejaskan kedudukan kewangan pada 31 Disember 2012 dan prestasi kewangan dan aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh.

    2. Laporan ini dibuat hanya untuk ahli-ahli Syarikat, sebagai sebuah badan, menurut Seksyen 174 Akta Syarikat, 1965 di Malaysia dan bukan untuk sebarang tujuan lain. Kami tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana pihak untuk isi kandungan laporan ini.

    Pricewaterhousecoopers Amrit Kaur (No. AF: 1146) (No. 2482/01/15 (J)) Akauntan-akauntan Bertauliah Akauntan Bertauliah

    Kuala Lumpur27 Februari 2013

  • 120 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    Nota 2012 2011 RM000 RM000 Dinyatakan

    Perolehan 6 15,086,427 11,212,679Kos jualan (15,218,060) (11,310,589)

    Kerugian kasar (131,633) (97,910)Lain-lain pendapatan operasi 7 19,280 31,745Perbelanjaan pentadbiran (32,642) (40,734)Lain-lain pendapatan/(perbelanjaan) 8 39,527 (38,131)Kos kewangan 9 (16,117) (18,783)

    Kerugian sebelum cukai 10 (121,585) (163,813)

    Cukai 11 26,925 38,069

    Kerugian bagi tahun kewangan/ Jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi tahun kewangan (94,660) (125,744)

    Kerugian seunit saham RM1 (sen) asas 13 (32) (42)

    PENYATA PENDAPATAN KESELURUHANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

    Nota-nota yang dibentangkan di muka surat 124-163 membentuk bahagian penting penyata kewangan ini.

  • 121LAPORAN TAHUNAN 2012

    Nota 31.12.2012 31.12.2011 01.01.2011 RM000 RM000 RM000

    ASET BUKAN SEMASAHartanah, loji dan peralatan 15 1,724,759 1,474,848 1,153,515Prabayaran pajakan tanah 16 1,906 1,927 1,948Penghutang jangka panjang 17 385 933 2,134Aset kewangan derivatif 18 24,375 16,661 0

    1,751,425 1,494,369 1,157,597

    ASET SEMASAInventori 19 1,133,554 1,315,114 1,001,195Penghutang perdagangan 20 21,633 10,795 6,596Lain-lain penghutang dan prabayaran 21 2,479 2,564 1,083Cukai boleh diperolehi semula 4,378 36,387 7,567Jumlah belum diterima daripada syarikat berkenaan 22 Dagangan 1,208,582 1,160,946 1,115,429 Bukan dagangan 15,249 58,621 105,187Deposit dengan bank berlesen 23 2,820 47,825 83,045Baki di bank 23 30,112 77,454 68,466

    2,418,807 2,709,706 2,388,568

    JUMLAH ASET 4,170,232 4,204,075 3,546,165

    MODAL DAN RIZAB PEMILIK SYARIKATSaham Modal 24 300,000 300,000 300,000PSP daripada RDS* 25 1,996 0 0Pendapatan tersimpan 26 1,402,749 1,553,659 1,791,903

    1,704,745 1,853,659 2,091,903

    LIABILITI SEMASAPemiutang perdagangan dan lain-lain pemiutang 27 174,769 201,165 151,138Jumlah belum dibayar kepada syarikat berkaitan 22 Dagangan 539,391 1,131,283 646,964 Bukan dagangan 453,530 53,886 39,471Pinjaman 18 973 973 645Liabiliti kewangan derivatif 18 10,843 3,762 0

    1,179,506 1,391,069 838,218

    LIABILITI BUKAN SEMASAPinjaman 18 1,183,920 830,220 450,000 Liabliti cukai tertunda 28 102,061 129,127 166,044

    1,285,981 959,347 616,044

    JUMLAH EKUITI DAN LIABILITI 4,170,232 4,204,075 3,546,165

    * RDS Royal Dutch Shell plc

    Nota-nota yang dibentangkan di muka surat 124-163 membentuk bahagian penting penyata kewangan ini.

    PENYATA KEDUDUKAN KEWANGANSEKATAT 31 DISEMBER 2012

  • 122 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    Saham biasa diterbit dan dibayar Tidak boleh Boleh penuh RM1 sesaham diagihkan diagihkan Bilangan Nilai Rizab Pendapatan Nota saham norminal PSP tersimpan Jumlah (Nota 25) 000 RM000 RM000 RM000 RM000

    Pada 1 Januari 2012 300,000 300,000 0 1,553,659 1,853,659Jumlah perbelajaan keseluruhan

    bagi tahun di bawah tinjauan 0 0 0 (94,660) (94,660)PSP daripada RDS 25 0 0 1,996 0 1,996Dividen bagi tahun berakhir: 31 Disember 2011 12 0 0 0 (45,000) (45,000) 31 Disember 2012 12 0 0 0 (11,250) (11,250)

    Pada 31 Disember 2012 300,000 300,000 1,996 1,402,749 1,704,745

    Pada 1 Januari 2011 300,000 300,000 0 1,791,903 2,091,903Jumlah perbelajaan keseluruhan

    bagi tahun di bawah tinjauan 0 0 0 (125,744) (125,744)Dividen bagi tahun berakhir: 31 Disember 2010 12 0 0 0 (67,500) (67,500) 31 Disember 2011 12 0 0 0 (45,000) (45,000)

    Pada 31 Disember 2011 300,000 300,000 0 1,553,659 1,853,659

    PENYATA PERUBAHAN EKUITIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

    Nota-nota yang dibentangkan di muka surat 124-163 membentuk bahagian penting penyata kewangan ini.

  • 123LAPORAN TAHUNAN 2012

    Nota 31.12.2012 31.12.2011 RM000 RM000 Dinyatakan

    ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI OPERASIKerugian sebelum cukai (121,585) (163,813)Pelarasan untuk:

    Hartanah, loji dan peralatan susut nilai 106,730 112,803 hapus kira 6,542 0 perolehan daripada pelupusan 338 (783)Perbelanjaan faedah 29,442 17,025Pendapatan faedah (3,816) (9,032)(Keuntungan)/kerugian tukaran asing bersih tidak direalisasi (16,150) 10,331Nilai saksama keuntungan ke atas instrumen kewangan derivatif (634) (12,899)Peruntukan untuk susut nilai inventori (8,956) 12,453Pelunasan prabayaran pajakan 21 21PSP daripada RDS 1,996 0

    (6,072) (33,894)Perubahan modal kerja:

    Inventori 190,517 (326,372)Penghutang perdagangan dan lain-lain penghutang (10,192) (4,473)Pemiutang perdagangan dan lain-lain pemiutang (5,255) 13,924Syarikat berkaitan (242,728) 464,850

    Tunai/(dipakai) dijana daripada operasi (73,730) 114,035Faedah diterima 3,816 9,032Cukai dibayar 0 (37,668)Cukai dikembalikan 31,868 10,000

    Aliran tunai bersih/(dipakai) daripada aktiviti operasi (38,046) 95,399

    ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PELABURANPembelian hartanah, loji dan peralatan

    Penambahan (370,255) (392,145) Hasil daripada pelupusan 16 1,283

    Aliran tunai bersih dipakai daripada aktiviti pelaburan (370,239) (390,862)

    ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAANProceeds from borrowings 361,500 366,508Faedah dibayar (37,941) (20,394)Dividen dibayar (56,250) (112,500)

    Aliran tunai bersih daripada aktiviti pembiayaan 267,309 233,614

    PENURUNAN BERSIH DALAM TUNAI DAN BERSAMAAN TUNAI (140,976) (61,849)TUNAI DAN BERSAMAAN TUNAI PADA AWAL TAHUN 173,104 234,556KESAN PERUBAHAN KADAR TUKARAN 804 397

    TUNAI DAN BERSAMAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN 23 32,932 173,104

    Nota-nota yang dibentangkan di muka surat 124-163 membentuk bahagian penting penyata kewangan ini.

    PENYATA ALIRAN TUNAIBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2012

  • 124 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    1 Maklumat AmKegiatan utama Syarikat merangkumi penapisan dan pengilangan produk-produk petroleum. Tiada perubahan penting dalam kegiatan-kegiatan ini sepanjang tahun kewangan.

    Para Pengarah menganggap Royal Dutch Shell plc, sebuah syarikat yang diperbadankan di England dan Wales, sebagai syarikat pegangan utama Syarikat.

    Syarikat adalah sebuah syarikat liabiliti awam terhad, diperbadankan dan bermastautin di Malaysia, dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia).

    Alamat pejabat berdaftar Syarikat adalah:

    Tingkat 8, Symphony HousePusat Dagangan Dana 1Jalan PJU 1A/4647301 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

    Alamat tempat perniagaan utama Syarikat adalah:

    Batu 1, Jalan Pantai71000 Port DicksonNegeri Sembilan

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting

    2.1 Asas Penyediaan

    Penyata kewangan Syarikat telah disediakan menurut peruntukan Piawaian Laporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa dan Akta Syarikat 1965 di Malaysia.

    Penyata kewangan Syarikat bagi tahun berakhir 31 Disember 2012 adalah set pertama penyata kewangan yang disediakan menurut MFRS, termasuk penggunaan Kali Pertama MFRS. Tertakluk kepada pilihan peralihan tertentu yang dibentangkan dalam Nota 3, Syarikat telah mematuhi polisi-polisi perakaunan secara konsisten dalam kedudukan MFRS kewangan pada 1 Januari 2011 (tarikh peralihan) dan sepanjang tahun-tahun yang dibentangkan, seolah polisi-polisi ini telah sentiasa berkuatkuasa. Angka perbandingan bagi 2011 dalam penyata kewangan ini tidak dinyatakan semula. Peralihan kepada MFRS tidak mempunyai kesan ke atas lapisan kedudukan kewangan, prestasi kewangan dan aliran tunai seperti yang dibentangkan dalam Nota 3.

    Penyata kewangan Syarikat telah disediakan mengikut Syarikat, konvensyen kos sejarah kecuali dinyatakan sebaliknya dalam ringkasan dasar-dasar perakaunan penting.

    Penyediaan penyata kewangan yang mematuhi MFRS memerlukan penggunaan beberapa anggaran perakaunan yang kritikal dan andaian yang mempengaruhi jumlah aset dan liabiliti yang dilaporkan dan pendedahan aset luarjangka dan liabiliti pada tarikh penyata kewangan, dan jumlah perolehan dan perbelanjaan yang dilaporkan sepanjang tempoh yang dilaporkan. Ia juga memerlukan para Pengarah untuk menggunakan pertimbangan mereka dalam proses menggunapakai dasar-dasar perakaunan Syarikat. Walaupun anggaran dan pertimbangan ini adalah berasaskan pengetahuan terbaik para Pengarah mengenai peristiwa dan tindakan semasa, keputusan sebenar mungkin berbeza. Setakat 31 Disember 2012, tiada aspek yang melibatkan pertimbangan atau kesukaran yang lebih tinggi, atau aspek di mana andaian dan anggaran adalah penting bagi penyata kewangan dan justeru itu tidak terdapat pendedahan tambahan seperti yang dinyatakan dalam Nota 4.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGANBAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 125LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.1 Asas Penyediaan (sambungan)

    (a) Piawaian digunapakai awal oleh Syarikat

    Syarikat tidak menggunapakai awal sebarang piawaian perakaunan baru, pindaan dan penambahbaikan ke atas piawaian dan tafsiran yang telah diterbitkan.

    (b) Piawaian, pindaan ke atas piawaian yang diterbitkan dan tafsiran ke atas piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Syarikat tetapi belum berkuatkuasa.

    Syarikat akan menggunapakai piawaian baru, pindaan kepada piawaian dan tafsiran dalam tempoh berikut:

    (i) Tahun kewangan bermula pada/selepas 1 Januari 2013

    Pindaan MFRS 7 Instrumen Kewangan: Pendedahan (berkuatkuasa dari 1 Januari2013) mengkehendaki pendedahan yang ekstensif dan memberi tumpuan kepada maklumat kuantitatif mengenai instrumen kewangan yang diimbangi dalam penyata kedudukan kewangan dan yang mana tertakluk kepada jumlah bersih atau perkiraan yang serupa tanpa mengira sama ada ianya diimbangi.

    MFRS13PenilaianNilaiSaksama(berkuatkuasadari1Januari2013)bertujuanuntukmeningkatkan konsisten dan mengurangkan kerumitan dengan menyediakan definisi yang tepat nilai saksama dan sumber tunggal pengukuran nilai saksama dan keperluan pendedahan untuk kegunaan seluruh MFRSs. Keperluan tidak melanjutkan penggunaan perakaunan nilai saksama tetapi memberikan panduan tentang bagaimana ia harus digunakan di mana penggunaannya sudah dikehendaki atau dibenarkan oleh piawaian lain. Keperluan pendedahan yang dipertingkatkan adalah serupa dengan orang-orang di MFRS 7 Instrumen Kewangan: Pendedahan, tetapi terpakai bagi semua aset dan liabiliti yang diukur pada nilai saksama, bukan sahaja orang-orang yang kewangan.

    MFRS 13 Penilaian nilai saksama (berkuatkuasa 1 Januari 2013) bertujuan untukmemperbaiki konsistensi dan mengurangkan kerumitan dengan menyediakan takrif nilai saksama yang tepat serta sumber tunggal bagi kehendak-kehendak penilaian dan pendedahan nilai saksama untuk kegunaan di kesemua MFRS. Kehendak-kehendak tersebut tidak melanjutkan penggunaan perakaunan nilai saksama tetapi menyediakan panduan tentang bagaimana ia harus digunakan apabila perlu atau apabila dibenarkan oleh piawaian lain. Kehendak-kehendak pendedahan yang telah dipertingkatkan ini adalah serupa dengan yang terkandung dalam MFRS 7 Instrumen kewangan: Pendedahan, tetapi digunapakai ke atas semua aset dan liabiliti yang dinilai pada nilai saksama, dan bukan hanya yang melibatkan kewangan.

    (ii) Tahun kewangan bermula pada/selepas 1 Januari 2014

    Pindaan MFRS 132 Instrumen Kewangan: Pembentangan (berkuatkuasa dari 1 Januari 2014) tidak menukar model pengimbangan dalam MFRS 132. Ia menjelaskan makna kini mempunyai hak yang dikuatkuasakan untuk diimbangi bahawa hak untuk mengimbang mesti diperolehi pada masa terkini hari ini (tidak bergantung pada peristiwa masa depan) dan dikuatkuasakan di sisi undang-undang untuk semua pihak dalam urusan perniagaan biasa. Ia menjelaskan bahawa beberapa mekanisme penyelesaian kasar dengan ciri-ciri yang berkesan bersamaan dengan penyelesaian bersih yang akan memenuhi kriteria pengimbangan MFRS 132.

  • 126 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.1 Asas Penyediaan (sambungan)

    (b) Piawaian, pindaan ke atas piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran ke atas piawaian sedia ada yang berkaitan dengan Syarikat tetapi belum berkuatkuasa (sambungan)

    (iii) Tahun kewangan bermula pada/selepas 1 Januari 2015

    MFRS9InstrumenkewanganKlasifikasidanpenilaianaset-asetdanliabiliti-liabilitikewangan (berkuatkuasa dari 1 Januari 2013) menggantikan model klasifikasi dan penilaian berganda dalam MFRS 139 dengan satu model tunggal yang hanya memiliki dua kategori klasifikasi: kos dilunaskan dan nilai saksama. Asas klasifikasi bergantung kepada model perniagaan entiti dalam menguruskan aset-aset kewangan terbabit serta ciri-ciri aliran tunai kontrak aset kewangan tersebut.

    Perakaunan dan pembentangan untuk liabiliti-liabiliti kewangan serta untuk nyah-iktiraf instrumen-instrumen kewangan telah dipindahkan daripada MFRS 139, tanpa sebarang perubahan, kecuali untuk liabiliti-liabiliti kewangan yang ditetapkan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian (FVTPL). Entiti dengan liabiliti kewangan yang ditetapkan pada FVTPL mengiktiraf perubahan pada nilai saksama disebabkan oleh perubahan langsung dalam risiko kredit liabiliti tersebut dalam pendapatan menyeluruh lain (OCI). Tidak terdapat kitaran semula selanjutnya bagi jumlah dalam OCI kepada keuntungan atau kerugian, tetapi keuntungan atau kerugian terkumpul mungkin boleh dipindahkan dalam ekuiti.

    MFRS 7 mengkehendaki pendedahan di dalam peralihan daripada MFRS 139 ke MFRS 9.

    Gunapakai piawaian, pindaan ke atas piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran ke atas piawaian sedia ada tidak memberi kesan penting ke atas penyata kewangan Syarikat dalam tahun permulaan aplikasi.

    (c) Piawaian, pindaan ke atas piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran ke atas piawaian sedia ada yang tidak berkaitan dengan Syarikat dan belum berkuatkuasa

    MFRS 10 Penyata kewangan gabungan (berkuatkuasa 1 Januari 2013) mengubahtakrif kawalan. Seorang pelabur mengawal penerima pelaburan apabila ia didedahkan, atau memiliki hak, kepada pulangan boleh ubah hasil penglibatannya dengan penerima pelaburan dan mampu mengubah pulangan tersebut menerusi kuasanya ke atas penerima pelaburan. Ia mewujudkan kuasa sebagai asas untuk menentukan entiti yang digabungkan dalam penyata kewangan gabungan dan menyediakan kehendak-kehendak perakaunan untuk penyediaan penyata kewangan gabungan tersebut. Ia menggantikan semua panduan mengenai kawalan dan gabungan dalam MFRS 127 Penyata kewangan gabungan dan berasingan dan Tafsiran IC 112 Gabungan entiti tujuan khas.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 127LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.1 Asas Penyediaan (sambungan)

    (c) Piawaian, pindaan ke atas piawaian yang telah diterbitkan dan tafsiran ke atas piawaian sedia ada yang tidak berkaitan dengan Syarikat dan belum berkuatkuasa (sambungan)

    MFRS 128 yang telah disemak Pelaburan dalam rakan niaga dan usahasamagabungan(berkuatkuasa 1 Januari 2013) merangkumkan kehendak-kehendak untuk usahasama gabungan, serta rakan niaga, agar melibatkan ekuiti berikutan terbitan MFRS 11.

    Tafsiran IC20 Kos lucutandalam fasapengeluaran lombongpermukaan (berkuatkuasa1 Januari 2013) adalah berkenaan perkiraan kos (lucutan) pembuangan sisa lebihan dalam fasa pengeluaran lombong permukaan. Terdapat dua manfaat terkumpul untuk entiti daripada kegiatan ini: bijih boleh guna untuk menghasilkan inventori dan akses yang dipertingkatkan kepada lebih banyak bahan yang akan dilombong pada masa hadapan. Tafsiran ini mempertimbangkan persoalan bila dan bagaimana kedua-dua manfaat ini boleh dijelaskan secara berasingan, serta cara untuk menilai kedua-duanya pada peringkat awal dan seterusnya.

    PindaanMFRS1Gunapakaipertamakalikeatastarikhyangtelahditetapkandanhyperinflasi(berkuatkuasa 1 Julai 2011) melibatkan dua perubahan ke atas MFRS 1. Pindaan pertama menggantikan rujukan ke atas tarikh 1 Januari 2004 dengan tarikh peralihan kepada MFRS, justeru menghapuskan keperluan untuk entiti menggunapakai MFRS untuk pertama kali untuk menyatakan semula urusniaga nyah-iktiraf yang berlaku sebelum tarikh peralihan kepada MFRS. Pindaan kedua menyediakan panduan tentang bagaimana sesuatu entiti harus membentangkan penyata kewangan menurut MFRS selepas tempoh apabila entiti tersebut tidak boleh mematuhi MFRS kerana matawang fungsinya tertakluk kepada hyperinflasi yang teruk.

  • 128 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.2 Pengiktirafan Perolehan

    (a) Perolehan

    Perolehan terdiri daripada nilai saksama pertimbangan yang diterima atau belum diterima untuk jualan barangan dalam perjalanan lazim aktiviti-aktiviti Syarikat.

    Perolehan mewakili nilai invois produk-produk minyak bertapis dan separa bertapis dan bahan mentah pemprosesan selepas ditolak cukai kerajaan.

    Perolehan diiktiraf sebaik produk-produk dihantar dan diterima oleh pelanggan.

    (b) Pendapatan faedah

    Pendapatan faedah diiktiraf menggunakan kaedah faedah efektif. Apabila sesuatu pinjaman dan jumlah belum terima merosot, Syarikat mengurangkan jumlah bawaan kepada jumlah yang boleh diperoleh semula, iaitu anggaran aliran tunai masa hadapan yang didiskaunkan pada kadar faedah efektif asal instrumen tersebut, dan terus melonggarkan pendiskaunan tersebut sebagai pendapatan faedah. Pendapatan faedah bagi pinjaman dan jumlah belum terima yang merosot diiktiraf menggunakan kadar faedah efektif asal.

    (c) Pendapatan lain

    Pendapatan lain terdiri terutamanya daripada perolehan semula modal dan perbelanjaan operasi daripada syarikat berkaitan, yang diiktiraf atas dasar akruan.

    2.3 Hartanah, Loji dan Peralatan

    Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos atau penilaian ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian kemerosotan nilai terkumpul. Pada mukanya kos hartanah, loji dan peralatan diiktiraf termasuk harga pembelian dan sebarang kos yang berkaitan secara langsung untuk membawa aset ke lokasi dalam keadaan mampu beroperasi seperti yang dicadangkan oleh pihak pengurusan. Kos termasuk kos pinjaman yang berkaitan secara langsung dengan pembelian, pembinaan atau pengeluaran aset yang layak (rujuk perakaunan Nota 2.12 kos pinjaman).

    Semua hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos sejarah polisi ditolak susut nilai terkumpul dan kerugian kemerosotan nilai terkumpul.

    Tanah hak milik kekal tidak disusut nilai kerana ia mempunyai kitaran hidup tidak terhad.

    Semua hartanah, loji dan peralatan lain disusut nilai atas dasar garis lurus untuk memperuntukkan kos, atau jumlah dinilai semula, berbanding anggaran jangka hayat bergunanya pada kadar tahunan berikut:

    Penambahbaikan tanah dan bangunan 2.5% 5.0%Loji, mesin dan peralatan 3.3% 50.0%Kenderaan bermotor 20%

    Susutnilai ke atas aset dalam perlaksanaan bermula apabila aset-aset tersebut sedia untuk digunakan.

    Loji, mesin dan peralatan terdiri daripada komponen-komponen syarikat penapis yang tertakluk kepada kitaran pembaharuan yang berbeza.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 129LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.3 Hartanah, Loji dan Peralatan (sambungan)

    Nilai baki dan hayat berguna bagi aset akan dinilai semula, dan diselaraikan jika wajar pada setiap tarikh lembaran imbangan

    Pada setiap tarikh lembaran imbangan, Syarikat menilai sama ada terdapat tanda kemerosotan nilai. Apabila tanda kemerosotan nilai wujud, jumlah bawaan aset tersebut akan ditaksir dan diturunkan nilainya serta-merta kepada jumlah yang boleh diperolehi semula. Sila rujuk kepada dasar perakaunan Nota 2.5 mengenai kemerosotan nilai aset bukan kewangan.

    Keuntungan dan kerugian atas pelupusan ditentukan dengan membandingkan hasil kutipan dengan jumlah bawaan dan disertakan dalam keuntungan atau kerugian. Bagi pelupusan aset yang telah dinilai semula, jumlah dalam rizab penilaian semula yang berkaitan dengan aset tersebut dipindahkan kepada pendapatan tersimpan.

    2.4 Kos Penyelenggaraan

    Kos penggantian aset yang ditanggung oleh Syarikat bagi kerja penyelenggaraan terancang menyeluruh loji penapisan dimodalkan sebagai sebahagian daripada aset loji penapisan dan disusut nilai atas dasar garis lurus berbanding anggaran jangka hayat bergunanya, lazimnya sehingga tempoh penyelenggaraan terancang menyeluruh yang seterusnya. Semua pembaikan dan penyelenggaraan lain dicajkan kepada penyata pendapatan semasa tempoh kewangan di mana ia berlaku.

    2.5 Kemerosotan Nilai Aset

    Aset yang tertakluk kepada pelunasan diteliti semula untuk menentukan kemerosotan nilai apabila peristiwa atau perubahan dalam keadaan tertentu menunjukkan bahawa jumlah bawaan mungkin tidak dapat diperolehi semula. Kerugian kemerosotan nilai diiktiraf bagi jumlah di mana jumlah bawaan aset melebihi jumlah yang boleh diperolehi semula. Jumlah yang boleh diperolehi semula adalah nilai yang lebih tinggi bagi nilai saksama aset ditolak kos jualan atau nilai gunaannya. Untuk tujuan menentukan kemerosotan nilai, aset dikumpulkan pada peringkat terendah di mana terdapat aliran tunai yang boleh dikenalpasti secara berasingan (unit penjana tunai). Aset bukan kewangan selain muhibah yang mengalami kemerosotan nilai adalah diteliti semula untuk kemungkinan pemansuhan ke atas kemerosotan nilai pada setiap tarikh laporan.

    Kerugian kemerosotan nilai dicajkan kepada keuntungan atau kerugian melainkan ia membatalkan penilaian semula sebelumnya, di mana dalam kes ini, ia dicajkan kepada lebihan penilaian semula. Sebarang peningkatan seterusnya dalam jumlah boleh diperoleh semula adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian melainkan ia membatalkan kerugian kemerosotan nilai atas aset yang telah dinilai semula, di mana dalam kes ini, ia dinyatakan dalam lebihan penilaian semula.

  • 130 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.6 Pajakan

    (a) Pajakan kewangan

    Pajakan hartanah, loji dan peralatan di mana Syarikat menanggung sebahagian besar daripada semua risiko dan ganjaran pemilikan adalah diklasifikasikan sebagai pajakan kewangan.

    Pajakan kewangan dimodalkan pada permulaan pajakan pada nilai saksama terendah hartanah pajakan tersebut dan nilai terkini bayaran pajakan minimum. Setiap bayaran pajakan dibahagikan antara liabiliti dan caj kewangan bagi mencapai kadar faedah tetap berkala ke atas baki belum dibayar. Tanggungan sewa yang sejajar dengannya selepas ditolak caj kewangan adalah disertakan dalam pinjaman. Elemen faedah caj kewangan dicajkan kepada penyata pendapatan pada tempoh pajakan bagi menghasilkan kadar faedah tetap berkala ke atas baki liabiliti untuk setiap tempoh.

    Hartanah, loji dan peralatan yang diperoleh di bawah pajakan kewangan disusut nilai pada anggaran terpendek jangka hayat berguna aset tersebut dan tempoh pajakan.

    (b) Pajakan operasi

    Pajakan ke atas aset di mana sebahagian besar risiko dan ganjaran pemilikan ditanggung oleh pemberi pajakan adalah diklasifikasikan sebagai pajakan operasi. Bayaran yang dibuat di bawah pajakan operasi dicajkan kepada keuntungan atau kerugian atas dasar garis lurus sepanjang tempoh pajakan.

    2.7 Inventori

    Inventori dinilai pada kos atau nilai boleh direalisasi bersih, yang mana lebih rendah.

    Kos ditentukan menggunakan kaedah masuk dahulu, keluar dahulu. Kos bagi produk minyak separa ditapis dan produk akhir termasuk minyak, bahan-bahan langsung, buruh dan sebahagian tertentu overhed pengilangan tetap dan boleh ubah.

    Nilai boleh direalisasi bersih ialah anggaran harga jualan dalam urusan perniagaan lazim, ditolak kos penyempurnaan dan perbelanjaan jualan.

    2.8 Penghutang Perdagangan

    Penghutang perdagangan adalah jumlah belum diterima daripada pelanggan hasil jualan produk-produk minyak yang dilaksanakan dalam perjalanan lazim perniagaan. Sekiranya kutipan dijangka dalam masa setahun atau kurang, ia diklasifikasikan sebagai aset semasa. Jika tidak, ia dibentangkan sebagai aset bukan semasa. Penghutang perdagangan pada awalnya diiktiraf pada nilai saksama dan seterusnya diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah kadar faedah efektif, ditolak peruntukan kemerosotan.

    2.9 Tunai dan Bersamaan Tunai

    Untuk tujuan penyata aliran tunai, tunai dan bersamaan tunai terdiri daripada tunai, baki di bank, deposit dengan bank berlesen, serta pelaburan jangka pendek berkecairan tinggi yang lain dengan tempoh matang asal selama tiga bulan atau kurang.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 131LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.10 Modal Saham

    (a) Klasifikasi

    Saham biasa diklasifikasikan sebagai ekuiti.

    (b) Dividen kepada pemegang saham Syarikat

    Dividen ke atas saham biasa diiktiraf sebagai liabiliti pada tempoh di mana ia diisytihar.

    2.11 Pemiutang Perdagangan

    Pemiutang perdagangan adalah tanggungjawab untuk membayar barangan atau perkhidmatan yang telah diperolehi dalam perjalanan lazim perniagaan daripada para pembekal. Akaun belum dibayar diklasifikasi sebagai liabiliti semasa sekiranya bayaran dijangka dalam masa setahun atau kurang (atau dalam kitaran operasi biasa perniagaan jika lebih panjang). Jika tidak, ia dibentangkan sebagai liabiliti bukan semasa.

    Pemiutang perdagangan pada awalnya diiktiraf pada nilai saksama dan seterusnya diukur pada kos dilunaskan menggunakan kaedah kadar faedah efektif.

    2.12 Pinjaman dan Kos Pinjaman

    Pinjaman pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama, selepas ditolak kos urus-niaga yang ditanggung. Pinjaman seterusnya dinyatakan pada kos yang dilunaskan; sebarang perbezaan antara nilai saksama (selepas ditolak kos urusniaga) dan nilai penebusan adalah diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian sepanjang tempoh pinjaman tersebut menggunakan kaedah faedah efektif, kecuali bagi kos pinjaman yang ditanggung untuk pembinaan sebarang aset berkelayakan.

    Kos pinjaman umum dan khusus yang berkaitan secara langsung dengan pembelian, pembinaan atau pengeluaran aset berkelayakan, iaitu aset yang mengambil tempoh masa yang lama untuk siap diguna atau dijual, ditambah kepada kos aset tersebut, sehingga aset berikurt sedia untuk digunakan atau dijual.

    Semua kos pinjaman lain diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana ia ditanggung.

  • 132 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.13 Cukai Pendapatan semasa dan tertunda

    Perbelanjaan cukai bagi tempoh di bawah tinjauan terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian, kecuali sehingga tahap di mana ia berhubungkait dengan item-item yang diiktiraf dalam pendapatan keseluruhan lain atau secara langsung dalam ekuiti. Dalam kes ini, cukai tersebut juga diiktiraf dalam pendapatan keseluruhan lain atau secara langsung dalam ekuiti.

    Caj cukai pendapatan semasa dikira berdasarkan undang-undang cukai yang telah digubal atau digubal sebahagian besarnya pada penghujung tempoh laporan.

    Cukai tertunda diiktiraf, menggunakan kaedah liabiliti, atas perbezaan sementara yang timbul di antara jumlah yang dikaitkan dengan aset dan liabiliti untuk tujuan cukai dan jumlah bawaan masing-masing dalam penyata kewangan. Bagaimanapun, cukai tertunda tidak diiktiraf sekiranya ia timbul daripada pengiktirafan awal sesuatu aset atau liabiliti dalam sesuatu urusniaga selain daripada gabungan perniagaan yang pada masa urusniaga tersebut tidak memberi kesan ke atas perakaunan atau keuntungan atau kerugian boleh cukai. Cukai tertunda ditentukan menggunakan kadar cukai (dan undang-undang cukai) yang telah digubal atau digubal sebahagian besarnya pada penghujung tempoh laporan dan dijangka digunapakai apabila aset cukai tertunda yang berkaitan telah direalisasi atau liabiliti cukai tertunda telah dilangsaikan.

    Aset cukai tertunda diiktiraf sehingga tahap kemungkinan bahawa keuntungan boleh dicukai akan diperolehi sehingga mana perbezaan sementara boleh ditolak atau kerugian cukai belum diguna boleh digunakan.

    Aset-aset dan liabiliti-liabiliti cukai pendapatan dan cukai tertunda diimbangi apabila terdapat hak yang boleh dikuatkuasakan secara sah untuk mengimbangi aset-aset cukai semasa dengan liabiliti-liabiliti cukai semasa apabila aset-aset dan liabiliti-liabiliti cukai pendapatan dan cukai tertunda berkait dengan cukai dilevi oleh badan berkuasa cukai yang sama ke atas samada entiti yang boleh dicukai atau entiti boleh dicukai yang berbeza apabila terdapat niat untuk melangsaikan baki pada asas bersih.

    2.14 Manfaat Kakitangan

    (a) Manfaat kakitangan jangka pendek

    Syarikat mengiktiraf liabiliti dan perbelanjaan untuk bonus, berasaskan formula yang mengambil kira keuntungan hasil daripada pemegang saham Syarikat selepas pelarasan tertentu. Syarikat mengiktiraf peruntukan apabila dikehendaki secara kontrak atau apabila terdapat amalan lampau yang telah mencipta tanggungan konstruktif.

    Upah, gaji, cuti tahunan berbayar, cuti sakit, bonus dan manfaat bukan kewangan adalah terakru dalam tempoh di mana perkhidmatan berkaitan diberikan oleh kakitangan Syarikat.

    (b) Manfaat pasca perkhidmatan

    Skim manfaat pasca perkhidmatan Syarikat terdiri hanya daripada pelan caruman tertakrif.

    Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, yang merupakan pelan caruman tertakrif, dicajkan kepada penyata pendapatan apabila tanggungan berlaku. Sebaik caruman tersebut dibayar, Syarikat tidak lagi mempunyai sebarang tanggungan bayaran.

    (c) Manfaat kakitangan jangka panjang

    Syarikat menyediakan manfaat kematian semasa dalam perkhidmatan dan ketidakupayaan jangka panjang untuk kakitangannya. Manfaat ini dibayar secara pukal berdasarkan gandaan purata gaji tahunan terakhir kakitangan dan tidak bergantung kepada tempoh perkhidmatan kakitangan. Ia dicajkan kepada penyata pendapatan apabila keadaan tersebut berlaku.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 133LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.15 Liabiliti-Liabiliti dan Aset-Aset Luar Jangka

    Syarikat tidak mengiktiraf liabiliti luar jangka tetapi mendedahkan kewujudannya dalam penyata kewangan. Liabiliti luar jangka adalah tanggungan yang mungkin timbul daripada peristiwa lampau yang mana kewujudannya disahkan apabila berlakunya atau tidak berlakunya lebih banyak peristiwa masa depan di luar kawalan Syarikat, atau satu tanggungan semasa yang tidak diiktiraf kerana tiada kemungkinan bahawa aliran keluar sumber akan diperlukan bagi menyelesaikan tanggungan tersebut. Liabiliti luar jangka juga timbul dalam kes yang jarang berlaku di mana terdapat liabiliti yang tidak boleh diiktiraf kerana ia tidak boleh dinilai dengan pasti.

    Aset luar jangka adalah aset yang mungkin timbul daripada peristiwa lampau yang akan disahkan kewujudannya dengan berlakunya atau tidak berlakunya lebih banyak peristiwa masa depan di luar kawalan Syarikat. Syarikat tidak mengiktiraf aset luar jangka tetapi mendedahkan kewujudannya di mana terdapat kemungkinan tidak mutlak berlakunya aliran masuk manfaat ekonomi.

    2.16 Peruntukan

    Peruntukan diiktiraf apabila Syarikat mempunyai tanggungan undang-undang atau konstruktif terkini ekoran peristiwa lepas, apabila terdapat kemungkinan bahawa aliran keluar sumber akan diperlukan untuk menjelaskan tanggungan tersebut, dan apabila anggaran yang baik mengenai jumlah tersebut boleh dibuat.

    Peruntukan diukur pada nilai terkini perbelanjaan yang dijangka akan diperlukan bagi melangsaikan tanggungan tersebut menggunakan kadar pra cukai yang menggambarkan taksiran pasaran semasa bagi nilai masa wang dan risiko-risiko khusus tanggungan tersebut. Peningkatan dalam peruntukan yang disebabkan oleh kitaran masa diiktiraf sebagai perbelanjaan faedah.

    2.17 Geran Kerajaan

    Geran Kerajaan diiktiraf pada nilai saksamanya di mana terdapat jaminan munasabah bahawa geran tersebut akan diterima dan Syarikat akan mematuhi semua syarat-syarat yang terkandung.

    Geran Kerajaan berkaitan kos adalah ditunda dan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian mengikut tempoh yang sewajarnya bagi memadankannya dengan kos yang sepatutnya dipampas.

    Geran Kerajaan berkaitan pembelian aset adalah ditolak bagi mendapatkan jumlah bawaan aset-aset tersebut. Geran terbabit diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian mengikut jangka hayat aset boleh susut nilai menerusi pengurangan caj susut nilai.

  • 134 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.18 Matawang Asing

    Asas perakaunan bagi urusniaga matawang asing adalah seperti berikut:

    (a) Matawang Fungsi dan Pembentangan

    Perkara yang termasuk dalam penyata kewangan Syarikat diukur menggunakan mata wang persekitaran ekonomi utama di mana entiti tersebut beroperasi (matawang fungsi). Penyata kewangan dibentangkan dalam Ringgit Malaysia, yang merupakan matawang fungsi dan pembentangan Syarikat.

    (b Urusniaga dan baki

    Urusniaga matawang asing diterjemahkan menjadi matawang fungsi menggunakan kadar tukaran yang berkuatkuasa pada tarikh urusniaga. Keuntungan dan kerugian tukaran matawang asing yang timbul daripada penyelesaian urusniaga tersebut dan daripada terjemahan pada kadar tukaran akhir tahun bagi aset dan liabiliti kewangan yang disebut dalam matawang asing diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.

    Keuntungan dan kerugian tukaran asing yang berkaitan dengan pinjaman serta tunai dan bersamaan tunai dibentangkan dalam keuntungan dan kerugian dalam pendapatan pembiayaan atau kos. Semua keuntungan dan kerugian tukaran asing dibentangkan dalam keuntungan atau kerugian dalam pendapatan/(perbelanjaan) lain.

    Kadar penutupan utama yang digunakan dalam terjemahan jumlah matawang asing adalah seperti berikut:

    Matawang Asing 2012 2011 RM RM

    1 Dolar AS (ASD) 3.06 3.171 Dolar Euro (EURO) 4.04 4.101 Pound Sterling (GBP) 4.94 4.881 Dollar Singapura (SGD) 2.50 2.44

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 135LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.19 Aset Kewangan

    (a) Klasifikasi

    Syarikat mengklasifikasikan aset-aset kewangannya dalam kategori berikut: pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian serta pinjaman dan penghutang. Klasifikasi bergantung kepada tujuan aset-aset kewangan diperolehi. Pengurusan menentukan klasifikasi aset-aset kewangannya pada awal pengiktirafan.

    (i) Aset kewangan pada nilai saksama melalui keuntungan atau kerugian

    Aset-aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian adalah aset-aset kewangan yang dipegang untuk dagangan. Aset kewangan diklasifikasikan dalam kategori ini jika diperolehi untuk tujuan jualan dalam tempoh terdekat. Derivatif juga dikategorikan sebagai dipegang untuk dagangan melainkan ia ditetapkan sebagai lindung nilai. Aset-aset dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai aset-aset semasa jika dijangka akan dijelaskan dalam tempoh 12 bulan, jika tidak, ia dikelaskan sebagai bukan semasa.

    (ii) Pinjaman dan penghutang

    Pinjaman dan penghutang adalah aset kewangan bukan derivatif dengan bayaran tetap atau boleh ditentukan yang tidak disebut harga dalam pasaran aktif. Ia dirangkumkan dalam aset-aset semasa, kecuali untuk tempoh matang lebih daripada 12 bulan selepas akhir tempoh laporan. Ini diklasifikasi sebagai aset-aset bukan semasa. Pinjaman dan penghutang Syarikat terdiri daripada dagangan dan penghutang lain, jumlah belum terima daripada syarikat berkaitan serta tunai dan bersamaan tunai dalam penyata kedudukan kewangan.

    (b) Pengiktirafan dan ukuran awal

    Aset-aset kewangan pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama ditambah kos urusniaga untuk semua aset kewangan yang tidak dibawa pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian. Aset-aset kewangan yang dibawa pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian pada mulanya diiktiraf pada nilai saksama, dan kos urusniaga dibelanjakan dalam keuntungan atau kerugian.

    (c) Ukuran lanjut keuntungan dan kerugian

    Aset-aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian akan seterusnya dibawa pada nilai saksama. Aset-aset kewangan pinjaman dan penghutang kemudiannya dibawa pada kos dilunaskan menggunakan kaedah faedah efektif.

    Perubahan dalam nilai saksama aset-aset kewangan pada nilai saksama menerusi keuntungan atau kerugian, termasuk kesan-kesan terjemahan matawang, faedah dan pendapatan dividen diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian dalam tempoh di mana perubahan tersebut timbul.

  • 136 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.19 Aset-aset Kewangan (sambungan)

    (d) Ukuran lanjut Kemerosotan aset-aset kewangan

    Aset-aset dibawa pada kos dilunaskan

    Syarikat menaksir pada akhir tempoh laporan samada terdapat bukti objektif bahawa sesuatu aset kewangan atau kumpulan aset kewangan mengalami kemerosotan. Sesuatu aset kewangan atau kumpulan aset kewangan dianggap merosot dan kerugian kemerosotan berlaku hanya apabila terdapat bukti objektif berlakunya kemerosotan ekoran satu atau lebih peristiwa yang berlaku selepas pengiktirafan awal aset tersebut (peristiwa kerugian) dan bahawa peristiwa kerugian itu (atau peristiwa-peristiwa) mempunyai kesan ke atas anggaran aliran tunai masa hadapan aset kewangan atau kumpulan aset kewangan tersebut yang boleh dianggarkan secara tepat.

    Kriteria yang digunakan oleh Syarikat untuk menentukan terdapat bukti objektif berlakunya kerugian kemerosotan termasuk: Kesukarankewanganyangketarabagipelanggan; Perlanggaran kontrak, seperti keingkaran atau kemungkiran dalam bayaran faedah atau

    bayaran pokok; atau Pelangganberkemungkinandiisytiharmuflisataumengalamipenyusunansemulakewangan

    yang lain.

    Jumlah kerugian diukur sebagai perbezaan di antara jumlah bawaan aset dan nilai terkini anggaran aliran tunai masa hadapan (tidak termasuk kerugian kredit masa hadapan yang belum berlaku) didiskaunkan pada kadar faedah efektif asal aset kewangan tersebut. Jumlah bawaan aset tersebut dikurangkan dan jumlah kerugian diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian. Sekiranya pinjaman dan penghutang mempunyai kadar faedah boleh ubah, kadar diskaun untuk mengukur sebarang kerugian kemerosotan adalah kadar faedah efektif semasa yang ditentukan di bawah kontrak. Sebagai kaedah praktikal, Syarikat boleh mengukur kemerosotan berasaskan nilai saksama instrumen menggunakan harga pasaran boleh pantau.

    Jika, pada tempoh berikutnya, jumlah kerugian kemerosotan berkurang dan pengurangan tersebut boleh dikaitkan secara objektif dengan peristiwa yang berlaku selepas kemerosotan diiktiraf (seperti peningkatan dalam taraf kredit penghutang), pembalikan kerugian kemerosotan yang sebelum ini telah diiktiraf akan diiktiraf dalam keuntungan atau kerugian.

    Apabila sesuatu aset tidak boleh dikutip, ia dihapus kira daripada akaun peruntukan berkaitan. Aset tersebut dihapus kira selepas semua prosedur yang sepatutnya telah diselesaikan dan jumlah kerugian telah ditentukan.

    (e) Nyahiktiraf

    Aset kewangan dinyahiktiraf apabila hak untuk menerima aliran tunai daripada pelaburan telah luput atau telah dipindahkan dan Syarikat telah memindahkan semua risiko dan ganjaran pemilikan.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 137LAPORAN TAHUNAN 2012

    2 Ringkasan Polisi-polisi Perakaunan Penting (sambungan)

    2.20 Mengimbangi Instrumen Kewangan

    Aset-aset dan liabiliti-liabiliti kewangan diimbangi dan jumlah bersih dibentangkan dalam penyata kedudukan kewangan apabila terdapat hak yang boleh dikuatkuasakan secara sah untuk mengimbangi jumlah yang diiktiraf dan terdapat niat untuk melangsaikan pada asas bersih, atau merealisasikan aset dan melangsaikan liabiliti sekaligus.

    2.21 Instrumen Kewangan Derivatif dan Aktiviti Lindung Nilai

    Derivatif pada awalnya diiktiraf pada nilai saksama pada tarikh kontrak derivatif dimeterai dan seterusnya diukur semula pada nilai saksamanya.

    Kaedah mengiktiraf hasil keuntungan atau kerugian bergantung kepada samada derivatif tersebut telah ditetapkan sebagai instrumen lindung nilai, dan ciri-ciri item yang sedang dilindung nilai. Derivatif yang tidak layak untuk perakaunan lindung nilai diklasifikasikan sebagai dipegang untuk dagangan dan dijelaskan menurut dasar perakaunan yang dibentangkan dalam Nota 2.19.

    2.22 Laporan Segmen

    Segmen operasi dilaporkan dalam cara yang konsisten dengan laporan dalaman yang disediakan untuk ketua operasi pembuat keputusan. Ketua operasi pembuat keputusan, yang bertanggungjawab mengagihkan sumber dan menaksir prestasi segmen operasi, telah dikenalpasti sebagai jawatankuasa pemandu yang membuat keputusan strategik.

    3 Peralihan daripada FRS kepada MFRSKesan peralihan Syarikat kepada MFRSs, dinyatakan dalam Nota 2, diringkaskan dalam Nota ini seperti yang berikut:

    3.1 MFRS 1 Pengecualian Mandatori

    (a) Anggaran MFRS

    Anggaran-anggaran MFRS dan FRS adalah konsisten pada tarikh peralihan.

    3.2 Pengecualian Pilihan-pilihan MFRS 1

    (a) Pengecualian bagi penilaian sebelumnya yang disifatkan kos hartanah, loji & peralatan dan pelaburan hartanah

    Menurut pengecualian dalam MFRS 1, Syarikat dikehendaki mengukur tanah dan bangunan tertentu mengikut penilaian sebelumnya yang disifatkan kos pada tarikh penilaian semula. Sehubungan itu, amaun bawaan tanah dan bangunan ini tidak dinyatakan semula.

    3.3 Penjelasan Peralihan daripada FRS kepada MFRS

    MFRS 1 memerlukan entiti untuk menyelaraskan ekuiti, jumlah pendapatan yang komprehensif dan aliran tunai bagi tempoh sebelumnya. Peralihan daripada FRS kepada MFRS mempunyai tiada kesan pada penyelarasan ekuiti dan penyelarasan jumlah pendapatan komprehensif Syarikat dan tunai dilaporkan aliran yang dihasilkan oleh Syarikat.

  • 138 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    4. Anggaran dan Pertimbangan Perakaunan KritikalAnggaran dan pertimbangan dinilai secara berterusan oleh para Pengarah dan adalah berdasarkan pengalaman sejarah dan faktor-faktor lain termasuk jangkaan peristiwa masa depan yang dipercayai wajar dalam keadaan semasa. Para Pengarah percaya bahawa tidak terdapat sebarang anggaran dan pertimbangan perakaunan kritikal yang terbentuk bagi tahun kewangan semasa.

    5. Matlamat dan Dasar Pengurusan Risiko KewanganSyarikat terdedah kepada pelbagai risiko kewangan, termasuk risiko tukaran mata wang asing, risiko kadar faedah, risiko kredit, risiko kecairan dan aliran tunai. Matlamat keseluruhan pengurusan risiko kewangan Syarikat ialah untuk memastikan Syarikat mencipta nilai untuk pemegang sahamnya. Syarikat memberi tumpuan ke atas ketidaktentuan pasaran kewangan dan berusaha mengurangkan kesan buruk yang berpotensi menjejaskan prestasi kewangan Syarikat. Pengurusan risiko kewangan dijalankan menerusi tinjauan risiko, pelan jaminan, sistem kawalan dalaman, program insurans dan pematuhan kepada Dasar dan Prosedur Perbendaharaan Syarikat.

    Syarikat boleh memeterai kontrak tukaran asing hadapan bagi menguruskan pendedahan kepada risiko mata wang asing dalam akaun penghutang dan akaun pemiutang. Selain itu, instrumen kewangan seperti penghutang perdagangan, pemiutang perdagangan, dan pinjaman jangka panjang timbul secara langsung daripada operasi Syarikat. Instrumen kewangan derivatif asas digunakan oleh Syarikat bagi menangani pendedahan kepada risiko mata wang asing dan kadar faedah. Syarikat tidak menggunakan instrumen kewangan derivatif untuk tujuan perdagangan.

    (a) Risiko pasaran

    (i) Risiko tukaran matawang asing

    Matlamat dasar pengurusan risiko mata wang Syarikat ialah bagi membolehkan Syarikat menangani pendedahan yang mungkin timbul daripada kegiatan operasi dan pembiayaan secara berkesan.

    Syarikat terdedah kepada risiko mata wang ekoran urusniaga mata wang asing yang dimeterai dalam mata wang selain mata wang fungsinya. Instrumen kewangan yang menerima kesan daripada risiko tukaran matawang asing termasuk baki antara syarikat, penghutang dan pemiutang, deposit dan baki bank, pinjaman bank dan instrumen kewangan derivatif.

    Syarikat boleh melaksanakan penukaran tukaran asing dan kontrak hadapan bagi menghadkan pendedahannya kepada penghutang dan pemiutang mata wang asing dan kepada aliran tunai yang dijana daripada urusniaga yang dijalankan dalam matawang asing. Penukaran adalah perjanjian kontrak antara dua pihak untuk saling menukar pendedahan dalam matawang asing. Disebabkan ciri jangka pendek baki antara syarikat, penghutang dan pemiutang, deposit dan baki bank, pendedahan terhadap risiko tukaran asing adalah minima.

    Pada tahun 2011, Syarikat telah memperolehi pinjaman 5-tahun (USD) untuk membiayai projek perbelanjaan modal seperti yang dinyatakan dalam Nota 18 kepada penyata kewangan. Pinjaman telah dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tahun kewangan. Pada masa yang sama, Syarikat telah memeterai swap kadar faedah matawang untuk melindungi nilai pinjaman mata wang asing untuk mengurangkan risiko pergerakan mata wang asing.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 139LAPORAN TAHUNAN 2012

    5. Matlamat dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan (sambungan)

    (a) Risiko Pasaran (sambungan)

    (i) Risiko tukaran wang asing (sambungan)

    Analisis berikut menggambarkan kepekaan terhadap perubahan pembolehubah pasaran, iaitu Kadar tukaran ASD ke Ringgit Malaysia, ke atas instrumen kewangan:

    Kesan ke atas (kerugian)/ keuntungan selepas cukai, ekuiti dan aset bersih

    2012 2011 RM000 RM000

    10 peratus peningkatan dalam ASD 19,488 (14,276)10 peratus penurunan dalam ASD (11,658) 36,326

    (ii) Risiko Kadar Faedah

    Syarikat membiaya operasinya menerusi gabungan pendapatan tersimpan dan pinjaman bank. Risiko kadar faedah Syarikat timbul daripada pinjaman dan deposit dengan syarikat berkaitan dan bank berlesen dan ia ditangani menurut dasar perbendaharaan Syarikat.

    Syarikat menganalisa pendedahan kadar faedah aliran tunainya secara dinamik. Pelbagai senario disimulasi dengan mengambilkira aspek pembiayaan semula, pembaharuan kedudukan sedia ada, pembiayaan alternatif dan lindung nilai. Berdasarkan senario-senario ini, Syarikat menjangka kesan ke atas keuntungan dan kerugian pertukaran kadar faedah tertakrif. Senario-senario ini hanya untuk pinjaman dan deposit yang mewakili kedudukan penghasil faedah terbesar.

    Kesan ke atas (kerugian)/ keuntungan selepas cukai, ekuiti dan aset bersih

    2012 2011 RM000 RM000

    1% (100 mata asas) peningkatan dalam kadar faedah (8,866) (5,517)1% (100 mata asas) penurunan dalam kadar faedah 8,866 5,517

  • 140 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    5. Matlamat dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan (sambungan)

    (a) Risiko Kredit

    Risiko kredit timbul daripada tunai dan bersamaan tunai serta deposit dengan bank, institusi-institusi kewangan, serta pendedahan kredit kepada pelanggan, termasuk penghutang belum langsai. Syarikat ingin melabur aset-aset tunai secara selamat dan berkeuntungan. Deposit hanya disimpan dengan institusi-institusi kewangan yang memiliki penarafan kredit jangka panjang yang kukuh berdasarkan penarafan oleh agensi bebas.

    Risiko kredit pelanggan timbul apabila jualan dibuat pada terma kredit tertunda. Syarikat ingin mengawal risiko kredit dengan menetapkan had bagi pihak berbalas dan memastikan bahawa jualan produk hanya dibuat kepada pelanggan yang diluluskan dengan sejarah kredit yang sesuai. Adalah menjadi dasar Syarikat untuk memantau kedudukan kewangan pelanggan secara berterusan bagi memastikan Syarikat hanya terdedah kepada risiko kredit yang minima. Pendedahan kredit maksimum yang berhubungkait dengan aset-aset kewangan adalah setara dengan jumlah bawaan.

    Kualiti kredit aset kewangan yang tidak lampau tempoh atau merosot pada akhir tarikh laporan boleh ditaksir dengan merujuk kepada penarafan kredit luaran (jika ada) atau maklumat sejarah mengenai kadar ingkar pihak kaunterpart:

    2012 2011 RM000 RM000

    Penghutang PerdaganganPihak kaunterpart tanpa penarafan kredit luaran Kumpulan A 13,157 0 Kumpulan B 8,476 10,795

    Jumlah penghutang perdagangan tidak merosot 21,633 10,795

    Tunai di bank dan deposit dengan bank-bank berlesenPihak kaunterpart dengan penarafan kredit luaran A+ 0 77,121 A 15,590 0 AA- 17,342 48,121 A- 0 37

    32,932 125,279

    Jumlah belum diterima daripada syarikat-syarikat berkaitanRakan niaga tanpa penarafan kredit luaran Kumpulan B 1,223,831 1,219,567

    KumpulanApelangganbaru(kurangdaripada12bulan)

    KumpulanB pelangganyang sediaada termasukpihakberkaitan (lebihdaripada12bulan)tanpa keingkaran bayaran dimasa lalu.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 141LAPORAN TAHUNAN 2012

    5. Matlamat dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan (sambungan)

    (a) Risiko Kredit (sambungan)

    Tiada aset kewangan yang telah dibayar penuh dirundingkan semula dalam tahun semasa.

    Syarikat tidak mempunyai tumpuan risiko kredit yang besar selain daripada yang dinyatakan di bawah:

    (i) 83% (2011: 80%) daripada jumlah penghutang perdagangan Syarikat pada tarikh laporan diterima daripada pelanggan utama dalam industri minyak & gas di Malaysia. Para Pengarah berpendapat bahawa risiko kredit itu adalah minimum memandangkan kekuatan kedudukan kewangan pelanggan.

    (ii) Pada 31 Disember 2012, deposit berjumlah sifar (2011: RM47,825,000) disimpan dengan syarikat berkaitan, Shell Malaysia Limited, di mana dana diuruskan secara berpusat oleh pusat Perbendaharaan Royal Dutch Shell plc.

    (iii) 77% (2011: 88%) daripada jumlah penghutang antara Syarikat pada tarikh laporan diterima daripada Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dan Shell International Eastern Trading Company. Para Pengarah berpendapat bahawa pendedahan kepada risiko kredit adalah minimum memandangkan kestabilan kedudukan kewangan syarikat-syarikat subsidiari. Jualan kepada syarikat-syarikat berkaitan yang dinyatakan di atas merupakan 91% (2011: 93 % ) daripada perolehan Syarikat.

    (iv) Sebahagian besar daripada deposit, baki bank dan baki tunai Syarikat disimpan dengan institusi-institusi kewangan utama di Malaysia. Para Pengarah berpendapat bahawa kemungkinan ketidakuntungan institusi-institusi kewangan ini tidak akan berlaku berdasarkan kemantapan kewangan mereka.

    (c) Risiko Kecairan dan Aliran Tunai

    Syarikat memastikan bahawa tunai untuk memenuhi modal kerja dan keperluan pembiayaan lain adalah mencukupi, dan bahawa aliran tunai diuruskan dengan cekap. Ini dilakukan menerusi ramalan tunai yang boleh dipercayai bagi mencapai perancangan pengurusan tunai yang optimum. Syarikat menetapkan tahap minimum untuk pegangan tunai secara harian dan pada tahap terancang untuk 12 bulan seterusnya bagi memenuhi komitmen tetap dan tanggungan ramalan. Selain itu, Syarikat mengekalkan sejumlah fasiliti kredit jangka pendek yang mencukupi.

    Pada tahun 2011, Syarikat telah memperolehi pinjaman (USD) bertempoh 5 tahun untuk membiayai projek perbelanjaan modal seperti yang dinyatakan dalam Nota 18 kepada penyata kewangan.

  • 142 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    5. Matlamat dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan (sambungan)

    (c) Risiko kecairan dan aliran tunai (sambungan)

    Jadual di bawah adalah ringkasan braket tempoh matang aliran tunai tidak berdiskaun yang dibayar secara kontrak di bawah liabiliti kewangan setakat tarikh laporan:

    Dalam Antara tempoh 2 dan 1 tahun 5 tahun Jumlah RM000 RM000 RM000

    Pada 31 Desember 2012Pemiuntang perdagangan dan pemiutang lain

    tidak termasuk liabiliti berkanun 170,731 0 170,731Jumlah harus dibayar kepada syarikat berkaitan 992,921 0 992,921Pinjaman (ditolak penukaran kadar faedah

    matawang silang) 34,779 1,254,589 1,289,368

    Pada 31 Desember 2011Pemiuntang perdagangan dan pemiutang lain

    tidak termasuk liabiliti berkanun 199,087 0 199,087Jumlah harus dibayar kepada syarikat berkaitan 1,185,169 0 1,185,169Pinjaman (ditolak penukaran kadar faedah

    matawang silang) 25,715 891,815 917,530

    (d) Pengurusan Risiko Modal

    Matlamat Syarikat apabila menguruskan modal adalah untuk:

    melindungikemampuanSyarikatuntukmeneruskanusahaberterusan;

    memaksimakanpulangankepadaparapemegangsaham;dan

    mengekalkan struktur modal yang optima bagi mengurangkan kos modal sambil mengekalkankecairan yang mencukupi.

    Syarikat memantau modal berdasarkan nisbah peminjaman (Gearing Ratio). Nisbah ini dikira menggunakan hutang bersih (jumlah pinjaman) dibahagikan dengan jumlah modal. Struktur modal Syarikat terdiri daripada pinjaman dan jumlah ekuiti, yang terdiri daripada modal saham yang diterbitkan seperti berikut:

    2012 2011 RM000 RM000

    Pinjaman bersih/jumlah pinjaman 1,184,893 831,193Jumlah ekuiti 1,704,745 1,853,659

    Jumlah modal 2,889,638 2,684,852

    Nisbah penggearan 41% 31%

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 143LAPORAN TAHUNAN 2012

    5. Matlamat dan Dasar Pengurusan Risiko Kewangan (sambungan)

    (e) Penilaian nilai saksama

    Syarikat menilai nilai saksama menggunakan hirarki nilai saksama berikut yang menggambarkan kepentingan input yang digunakan dalam membuat penilaian tersebut:

    (a) Tahap 1 harga disebut (belum dilaraskan) dalam pasaran aktif untuk aset-aset atau liabiliti-liabiliti yang serupa;

    (b) Tahap 2 input selain daripada harga yang disebut yang termasuk dalam Tahap 1 yang boleh dipantau bagi aset atau liabiliti terbabit, samada secara langsung (iaitu sebagai harga) atau tidak langsung (iaitu terbit daripada harga); dan

    (c) Tahap 3 input untuk aset atau liabiliti yang bukan berdasarkan data pasaran yang boleh dipantau (input tidak boleh dipantau)

    Jadual berikut membentangkan aset-aset dan liabiliti-liabiliti Syarikat yang dinilai pada nilai saksama:

    Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Jumlah RM000 RM000 RM000 RM000

    Pada 31 Desember 2012Aset kewangan pada nilai saksama

    menerusi keuntungan atau kerugian Derivatif dagangan 0 13,532 0 13,532

    Pada 31 Desember 2011Aset kewangan pada nilai saksama

    Menerusi keuntungan atau kerugian Derivatif dagangan 0 12,899 0 12,899

    6 Perolehan 2012 2011 RM000 RM000

    Jualan produk-produk minyak: ditapis 12,867,256 9,690,277 separa ditapis 2,050,400 1,370,631 stok suapan 168,771 151,771

    15,086,427 11,212,679

  • 144 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    7 Lain-lain Pendapatan Operasi 2012 2011 RM000 RM000

    Pendapatan lain: pihak-pihak berkenaan 15,271 22,155 lain-lain 193 558Pendapatan faedah: pihak-pihak berkenaan 658 3,916 lain-lain 3,158 5,116

    19,280 31,745

    8 Pendapatan Lain/(Perbelanjaan) 2012 2011 RM000 RM000 Dinyatakan

    Keuntungan/(kerugian) dagangan tukaran asing: direalisasi 32,145 (33,375) tidak direalisasi 3,640 1,721Keuntungan/(kerugian) tukaran asing bukan dagangan: direalisasi 6,210 70 tidak direalisasi 77 (820)Keuntungan/(kerugian) pertukaran asing ke atas tunai dan baki bank tidak direalisasi 804 397Perbelanjaan lain (3,349) (6,124)

    39,527 (38,131)

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 145LAPORAN TAHUNAN 2012

    9 Kos Kewangan 2012 2011 RM000 RM000 Dinyatakan

    Perbelanjaan faedah pinjaman bertempoh (24,064) (16,858) pinjaman jangka pendek (4,902) (2,100) swap kadar faedah mata wang bersilang (CCIRS) (8,975) (1,436)Yuran komitmen (618) (2,368)Keuntungan/(kerugian) tukaran asing (CCIRS): direalisasi 1,680 (660)Keuntungan/(kerugian) tukaran asing ke atas pinjaman bertempoh: tidak direalisasi 7,800 (14,040)Keuntungan nilai saksama ke atas instrumen kewangan deravatif 634 12,899

    (28,445) (24,563)Tolak: Jumlah dipermodalkan dalam hartanah, loji dan peralatan 12,328 5,780

    (16,117) (18,783)

    10 Kerugian Sebelum Cukai 2012 2011 RM000 RM000

    Kerugian sebelum cukai (tidak termasuk Nota 7 hingga 9) diperolehi selepas mengecajkan/(mengkreditkan):

    Imbuhan Juaraudit: yuran audit berkanun 220 220 yuran berkaitan audit 18 18Kos inventori 14,630,884 10,866,602Kos kakitangan: gaji,bonus dan elaun 42,340 41,319 pelan caruman tertarif 7,120 6,670 lain-lain manfaat perkerja 5,902 6,841Hartanah,loji dan peralatan: susut nilai 106,730 112,803 hapus kira 6,542 0 perolehan daripada pelupusan 338 (783)(Pembalikan)/peruntukan untuk susut nilai inventori (termasuk dalam kos jualan) (8,956) 12,453Pelunasan prabayaran pajakan 21 21

  • 146 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    11 Cukai 2012 2011 RM000 RM000

    Cukai semasa (141) 1,152Cukai tertunda (Note 27) 27,066 36,917

    26,925 38,069

    Cukai semasa:akruan terlebih/(terkurang) pada tahun-tahun sebelum (141) 1,152

    (141) 1,152Cukai tertunda: pengasalan dan pemansuhan perbezaan sementara (Nota 28) 27,066 36,917

    26,925 38,069

    Pelarasan angka antara kadar cukai efektif dan kadar cukai berkanun yang berkaitan adalah seperti berikut:

    2012 2011 % %

    Kadar cukai berkaitan 25 25

    Kesan cukai basi: perbelanjaan tidak boleh ditolak untuk tujuan cukai (2) (3) perbezaan sementara yang tidak diiktiraf sebelumnya (1) 0 akruan terkurang dalam cukai semasa pada tahun sebelum 0 1

    Kadar cukai efektif 22 23

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 147LAPORAN TAHUNAN 2012

    12 Dividen 2012 2011 Jumlah Jumlah Dividen dividen Dividen dividen

    kasar ditolak kasar ditolak sesaham cukai 25% sesaham cukai 25%

    Sen RM000 Sen RM000

    Dividen interim dibayar bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 5 11,250 0 0 31 Disember 2011 0 0 20 45,000

    Dividen akhir dibayar bagi tahun kewangan berahir 31 Disember 2011 20 45,000 0 0 31 Disember2010 0 0 30 67,500

    Dividen diiktiraf sebagai agihan kepada para pemilik Syarikat 25 56,250 50 112,500

    2012 2011Dividen kasar seunit saham RM1 (sen)

    bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 5 40

    Pada 27 Februari 2013 , Para Pengarah mengisytiharkan bayaran dividen kasar akhir sebanyak 15 sen seunit saham RM1 ditolak cukai pendapatan 25%, berjumlah RM33,750,000 yang mana, tertakluk kepada kelulusan para pemegang saham di Mesyuarat Agung Tahunan Syarikat yang akan datang, akan dibayar pada 16 Mei 2013 kepada para pemegang saham yang berdaftar di dalam Rekod Pendeposit pada akhir perniagaan pada 3 Mei 2013.

    13 Kerugian Seunit SahamKerugian asas setiap unit saham Syarikat dikira dengan membahagikan kerugian bagi tahun kewangan dengan purata berwajaran bilangan saham biasa dalam terbitan sepanjang tahun di bawah laporan.

    2012 2011

    Kerugian pada tahun kewangan (RM000) (94,660) (125,744)Purata berwajaran bilangan saham biasa dalam terbitan (000) 300,000 300,000Perolehan asas setiap RM1 unit saham (sen) (32) (42)

  • 148 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    14 Imbuhan Pengarah 2012 2011 RM000 RM000

    Yuran 436 358Gaji, bonus dan elaun 1,095 1,251Pelan caruman tertakrif 120 193

    1,651 1,802

    Anggaran nilai wang bagi manfaat yang diberikan kepada para Pengarah pada tahun di bawah laporan iaitu dalam bentuk aset Syarikat dan peruntukan penginapan serta manfaat lain berjumlah RM14,941 (2011: sifar).

    15 Hartanah, Loji dan Peralatan Loji Tanah mesin, hak Penambah- peralatan dan Kerja milik baikan kenderaan dalam kekal tanah Bangunan bermotor perlaksanaan Jumlah2012 RM000 RM000 RM000 RM000 RM000 RM000

    Kos atau penilaianPada 1 Januari 50,598 15,296 108,059 2,392,237 535,783 3,101,973Tambahan 0 0 0 710 362,827 363,537Pengkelasan semula 0 404 0 (404) 0 0Permodalan 0 0 1,223 92,892 (94,115) 0Perlupusan 0 0 (16) (487) 0 (503)Hapuskira 0 0 0 (14,516) 0 (14,516)

    Pada 31 Disember 50,598 15,700 109,266 2,470,432 804,495 3,450,491

    Susutnilai terkumpulPada 1 Januari 0 12,541 49,305 1,565,279 0 1,627,125Caj bagi tahun kewangan 0 323 2,455 103,952 0 106,730Pelupusan 0 0 (16) (133) 0 (149)Hapuskira 0 0 0 (7,974) 0 (7,974)

    Pada 31 Disember 0 12,864 51,744 1,661,124 0 1,725,732

    Nilai buku bersihPada 31 Disember 50,598 2,836 57,522 809,308 804,495 1,724,759

    Termasuk dalam kerja dalam kemajuan adalah RM12,327,900 (2011: RM5,779,859) kewangan kos dipermodalkan yang secara langsung diagihkan kepada perbelanjaan modal yang dilakukan.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 149LAPORAN TAHUNAN 2012

    15 Hartanah, Loji dan Peralatan (sambungan) Loji Tanah mesin, hak Penambah- peralatan dan Kerja milik baikan kenderaan dalam kekal tanah Bangunan bermotor perlaksanaan Jumlah2011 RM000 RM000 RM000 RM000 RM000 RM000

    Kos atau disifatkan kosPada 1 Januari 50,598 15,296 106,217 2,381,769 222,552 2,776,432Tambahan 0 0 0 500 434,136 434,636Permodalan 0 0 1,842 119,063 (120,905) 0Pelupusan 0 0 0 (8,134) 0 (8,134)Hapukira 0 0 0 (100,961) 0 (100,961)

    At 31 Disember 50,598 15,296 108,059 2,392,237 535,783 3,101,973

    Susut nilai terkumpulPada 1 Januari 0 12,217 46,897 1,563,803 0 1,622,917Caj bagi tahun kewang 0 324 2,408 110,071 0 112,803Pelupusan 0 0 0 (7,634) 0 (7,634)Hapukira 0 0 0 (100,961) 0 (100,961)

    Pada 31 Disember 0 12,541 49,305 1,565,279 0 1,627,125

    Nilai buku bersihPada 1 Januari 50,598 3,079 59,320 817,966 222,552 1,153,515

    Pada 31 Disember 50,598 2,755 58,754 826,958 535,783 1,474,848

    Termasuk dalam kerja dalam kemajuan adalah RM5,779,859 (2010: Sifar) kewangan kos dipermodalkan yang secara langsung diagihkan kepada perbelanjaan modal yang dilakukan.

  • 150 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    16 Prabayaran Pajakan 2012 2011 RM000 RM000

    Pada 1 Januari 1,927 1,948Pelunasan bayaran prabayar pajakan (21) (21)

    Pada 31 Disember 1,906 1,927

    17 Penghutang Jangka Panjang 31.12.2012 31.12.2011 01.01.2011 RM000 RM000 RM000

    Pinjaman kereta kakitangan 894 1,520 3,041Ditolak: Bahagian semasa (Nota 21) (509) (587) (907)

    Pinjaman kereta kakitangan (Bahagian bukan semasa) 385 933 2,134

    Pinjaman kereta kakitangan adalah tanpa faedah dan perlu dibayar semula dalam tempoh 1 hingga 4 tahun (2011: 1 hingga 5 tahun). Nilai saksama pinjaman kereta kakitangan adalah RM367,799 (2011: RM878,598). Nilai saksama pinjaman kereta kakitangan dihitung dengan mendiskaunkan aliran tunai masa hadapan menggunakan kadar diskaun sebanyak 3.6% setahun (2011: 3.6%).

    Pinjaman kereta kakitangan tidak mempunyai aset merosot.

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 151LAPORAN TAHUNAN 2012

    18 Pinjaman/Aset Kewangan Derivatif

    18.1 Pinjaman

    31.12.2012 31.12.2011 01.01.2011 RM000 RM000 RM000

    Pinjaman bertempoh (tidak bercagar) semasa 973 973 645 bukan semasa 1,183,920 830,220 450,000

    1,184,893 831,193 450,645

    Dicerakin menjadi bayaran balik pada kos dilunaskan: dalam jangkamasa 1 tahun 973 973 645 antara 2 ke 5 tahun 1,183,920 830,220 450,000

    1,184,893 831,193 450,645

    Syarikat telah memperolehi pinjaman RM450 juta untuk pembiayaan modal kerja pada tahun 2010. Pinjaman berjangka dikenakan faedah pada kadar yang berbeza-beza mengikut KLIBOR semasa + 0.30% (Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur) bermula dari 15 Jun 2010. Pembayaran balik pinjaman berjangka adalah melalui dua puluh pembayaran balik faedah suku tahunan dan satu pembayaran balik akhir RM450 juta yang mesti dijelaskan pada 15 Jun 2015.

    Pada tahun 2011, Syarikat memperolehi kemudahan pinjaman ASD240 juta berjangka 5-tahun yang sebahagian besar daripadanya digunakan untuk membiayai projek perbelanjaan modal. Pinjaman berjangka dikenakan faedah berdasarkan LIBOR + 0.75% (Antara Bank London Kadar Ditawarkan). Pada 31 Disember 2012, Syarikat telah menggunakan pinjaman secara sepenuhnya. Pinjaman ini akan matang pada 14 September 2016. Pembayaran balik pinjaman berjangka adalah melalui dua puluh bayaran faedah suku tahunan dan satu pembayaran terakhir ke atas semua baki pada 14 September 2016.

    Nilai saksama pinjaman bukan semasa menyamai nilai pemegangan. Nilai saksama adalah berdasarkan aliran tunai yang didiskaun menggunakan kadar yang berdasarkan purata berwajaran pinjaman kadar 2.03% setahun (2011: 2.03%).

  • 152 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    18 Pinjaman/Aset Kewangan Derivatif (sambungan)

    18.2 Instrumen Kewangan Derivatif Tukaran Kadar Faedah Matawang (CCIRS)

    31.12.2012 31.12.2011 01.01.2011 RM000 RM000 RM000

    Aset/(liabiliti) kewangan derivatif semasa (10,843) (3,762) 0 bukan semasa 24,375 16,661 0

    13,532 12,899 0

    Dicerakin menjadi: dalam 1 tahun (10,843) (3,762) 0 antara 2 ke 5 tahun 24,375 16,661 0

    13,532 12,899 0

    Syarikat telah memeterai CCIRS untuk melindung nilai terhadap turun naik dalam kadar pertukaran ASD/RM pada ASD pinjaman berjangka. Butirannya adalah seperti berikut:

    Amoun kontrak

    Kadar penukaran utama

    Kadar faedah yang bertukar Tempoh masuk

    Pada 31 Disember 2012

    ASD60 Juta ASD1 = RM3.03 Bayar1 KLIBOR 0.62% Terima2 LIBOR + 0.75%

    27 Februari 2012 hingga 14 September 2016

    ASD60 Juta ASD1 = RM3.03 Bayar1 KLIBOR 0.68% Terima2 LIBOR + 0.75%

    27 Februari 2012 hingga 14 September 2016

    ASD60 Juta ASD1 = RM3.05 Bayar1 KLIBOR 0.56% Terima2 LIBOR + 0.75%

    14 September 2011 hingga 14 September 2016

    Pada 31 Disember 2011

    ASD120 million ASD1 = RM3.05 Bayar1 KLIBOR 0.56% Terima2 LIBOR + 0.75%

    14 September 2011 hingga 14 September 2016

    1 KLIBOR Kuala Lumpur Inter Bank Offer Rate 2 LIBOR London Inter Bank Offer Rate

    NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN (sambungan)BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DESEMBER 2012

  • 153LAPORAN TAHUNAN 2012

    18 Pinjaman/Aset Kewangan Derivatif (sambungan)

    18.2 Instrumen Kewangan Derivatif Tukaran Kadar Faedah Matawang (CCIRS) (sambungan)

    Kadar faedah berkuatkuasa bagi pinjaman bertempoh Syarikat pada akhir tempoh pelaporan adalah dari 1.06% hingga 3.51% (2011: 1.30% hingga 3.53%) setahun. Selepas melaksanakan penukaran tersebut, kadar faedah efektif Syarikat pada akhir tempoh pelaporan adalah dari 2.53% hingga 2.65% setahun (2011: 2.67%).

    Kadar faedah efektif padaInstrumen Matawang fungsian/ Berkenaan Jumlah tarikhkewangan pendedahan matawang kadar faedah dibawah laporan RM000 %

    Sekatat 31 Disember 2012Pinjaman

    bertempoh RM/RM 1KLIBOR + 0.30% 450,649 3.51 RM/ASD 2LIBOR + 0.75% 734,244 1.06CCIRS RM/ASD 1KLIBOR 0.56% 4,989 2.65 1KLIBOR 0.62% 4,076 2.59 1KLIBOR 0.68% 4,467 2.53

    Sekatat 31 Disember 2011Pinjaman bertempoh RM/RM 1KLIBOR + 0.30% 450,740 3.53 RM/ASD 2LIBOR + 0.75% 380,453 1.30CCIRS RM/ASD 1KLIBOR 0.56% 12,899 2.67

    Sekatat 1 Janauri 2011Pinjaman bertempoh RM/RM 1KLIBOR + 0.30% 450,645 3.27

    19 Inventori 31.12.2012 31.12.2011 01.01.2011 RM000 RM000 RM000

    Minyak mentah 683,579 801,578 547,763Minyak separa ditapis 237,981 269,958 279,491Produk siap 185,166 217,485 148,855Bahan-bahan 26,828 26,093 25,086

    1,133,554 1,315,114 1,001,195

    Nilai bawaan inventori seperti pada 31 Disember 2012 termasuk elaun inventori yang dituliskan sebanyak RM3,497,538 (2011: RM12,452,677).

  • 154 SHELL REFINING COMPANY(Federation of Malaya) Berhad (3926-U)(Diperbadankan di Malaysia)

    20 Penghutang Perdagangan 31.12.2012 31.12.2011 01.01.2011 RM000 RM000 RM000

    Penghutang perdagangan 21,931 11,093 7,238Tolak: Peruntukan untuk kemerosotan penghutang dagangan (298) (298) (642)

    21,633 10,795 6,596

    Terma kredit adalah diantara 15 hingga 30 hari (2011: 15 hingga 30 hari).

    Setakat 31 Disember 2012, penghutang perdagangan berjumlah RM4,821,856 (2011: RM6,054,216) telah tamat tempoh tetapi tidak merosot kerana pihak pengurusan adalah berpendapat bahawa jumlah ini boleh diperolehi semula.

    Usia baki penghutang perdagangan setakat 31 Desimber 2012 yang telah tamat tempoh tetapi tidak merosot dan penghutang merosot adalah seperti