laporan pengalaman profesional arkitek hafizzudin

19
LAPORAN PENILAIAN PENGALAMAN PROFESIONAL (2000 - 2007) Disediakan oleh: Mohd Hafizzudin bin Md Zahir (AG/M 295) 24, Jalan 8/30B, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 1

Upload: hafizzudin

Post on 25-Jul-2015

401 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

LAPORAN PENILAIAN PENGALAMAN PROFESIONAL

(2000 - 2007)

Disediakan oleh:

Mohd Hafizzudin bin Md Zahir (AG/M 295)

24, Jalan 8/30B, Seksyen 8Bandar Baru Bangi,

43650 Selangor

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 1

Page 2: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

Mohd Hafizzudin bin Md Zahir (AG/M 295)

Kronologi Pengalaman Profesional dan Praktis Kesenibinaan.

1. April 2007 - sekarang Unit Arkitek JKR WP Putrajaya Jawatan - Arkitek (Projek Kuarters dll)

2. Julai 2000 - April 2007 Unit Rekabentuk Senibina dan Pengurusan Projek, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR. Jawatan - Arkitek Projek dan Perekabentuk

3. 1997 - Mac 2000 Fakulti Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Ijazah Sarjana Muda Senibina Ijazah Sarjana Muda Sains (HBP) (Hons)

4. 1993 - 1996 Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia Diploma Senibina

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 2

Page 3: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

LAPORAN PENILAIAN PENGALAMAN PROFESIONAL

Disediakan oleh: Mohd Hafizzudin bin Md Zahir (AG/M 295)

1.0 Pengenalan Kepada Persekitaran Pekerjaan

Laporan ini hanya meringkaskan sebahagian daripada pengalaman kerja saya sebagai Arkitek Siswazah berdaftar di JKR sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Ia juga sedikit sebanyak telah ditunjukkan di dalam buku log harian yang telah dilampirkan.

Saya telah menamatkan pengajian Diploma Senibina di Universiti Teknologi Malaysia pada 1996 dan kemudian bekerja sebagai pembantu teknik di firma Arkitek Rekabina Pulau Pinang sebelum melanjutkan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1999. Selepas itu saya mendapat pekerjaan sebagai arkitek di Ibu Pejabat JKR bermula Julai 2000 dan berdaftar sebagai Arkitek Siswazah dengan Lembaga Arkitek Malaysia.

Rentak dan cara kerja di (unit arkitek) jabatan kerajaan ini tidak banyak bezanya dengan firma arkitek yang pernah saya berkerja tetapi yang penting adalah semangat berkerja sebagai satu pasukan yang menentukan kejayaan projek. Sepanjang di JKR, saya telah terlibat dengan pelbagai jenis projek kerajaan seperti projek kuarters, bangunan pejabat, mahkamah dan kompleks sukan dan penyelidikan dan sebagainya. Laporan ini secara ringkasnya menceritakan penglibatan saya dalam semua projek-projek sepanjang saya di JKR, bermula dengan Kompleks Rakan Muda Klang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Perak dan Kompleks Herbarium Nasional di FRIM, Kepong serta projek-projek lain.

Kerjaya saya banyak melibatkan kerja-kerja merekabentuk termasuklah analisa tapak, penyediaan untuk tender, pemeriksaan ketika pembinaan, interaksi dengan pelanggan dan pihak berkuasa tempatan serta disiplin lain seperti jurutera-jurutera dan jurukurbahan. Selain itu, saya juga telah menghadiri pelbagai peringkat mesyuarat rekabentuk sehinggalah kepada mesyuarat tapak. Semua ini telah memberi pengalaman baru mengenai tugas saya sebagai arkitek dan ini mematangkan diri saya.

Walaupun arkitek tidak menjadi ketua perunding (lead consultant) di jkr, sedikit sebanyak ia memberi pengetahuan bagaimana perunding lain seperti jurutera daerah menangani selok belok pembinaan di tapak. Ia juga menunjukkan kelemahan-kelemahan yang boleh diperbaiki sebagai arkitek.

Imej saya sebagai arkitek di sektor awam sangat perlu dijaga kerana saya mempunyai 2 kewajipan, tanggungjawab dan etika kerja iaitu sebagai seorang arkitek berdaftar dengan LAM dan sebagai seorang pekerja awam di samping objektif untuk berjasa kepada rakyat.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 3

Page 4: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

Halaman berikutnya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang projek-projek terpilih yang banyak memberi pengalaman penting kepada saya dan memajukan kerjaya saya sebagai arkitek. Di samping itu, ada juga projek-projek atau pengalaman lain yang menyumbang kepada pembangunan kerjaya akitek seperti terlibat dengan pameran MSSA dan menjadi perekabentuk pentas untuk forum menteri infrastruktur ke-5. Saya juga terlibat dengan program merekabentuk kuarters-kuraters piawai JKR yang baru di mana rekabentuk saya dihimpunkan bersama rekabentuk-rekabentuk kuarters lain. Persembahan demi persembahan dilakukan sesama pegawai tinggi JKR untuk memastikan rekabentuk sesuai untuk digunapakai di seluruh Malaysia.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 4

Page 5: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

2.0 PROJEK 1 : KOMPLEKS RAKAN MUDA KLANG

i) Ciri-ciri Am Kompleks Rakan Muda Klang , Selangor

Keluasan tapak - 10 ekar / 4.047 hektar / 40474 meter persegiNo Lot - 43204Lokasi tapak - Kampung Sementa, Mukim Kapar, Klang,

- Selangor Darul Ehsan.Kos projek - RM 20 jutaAgensi Pelaksana - JKR MalaysiaPegawai Penguasa Projek - Pengarah, JKR Selangor Tempoh pembinaan - 52 minggu (ikut kontrak asal)Perekabentuk Seni Bina - Unit Reka Bentuk Seni Bina 3, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR.

Penglibatan saya dalam projek ini bermula dari peringkat penerimaan brif, membuat rekabentuk, sehinggalah kepada penyediaan dokumen tender, pengurusan kontrak dan pembinaan di mana ketika penghasilan dokumen tender dan kontrak, saya banyak berinteraksi dengan pihak ukur bahan dan dari sinilah ilmu-ilmu tentang kontrak diperolehi (seperti terminologi dan penggunaannya).

ii) Penyediaan lukisan dan dokumen tender

Projek ini menggunakan dokumen kontrak mengikut format JKR 203A di mana ianya dalam bentuk ‘bill of quantities’ di mana spesifikasi lukisan kontrak akan mengatasi spesifikasi di dalam BQ (sekiranya ada peracanggahan). Ini kerana BQ hanyalah sebagai panduan di dalam kontrak jenis ini.

Jurutera Daerah Klang dilantik sebagai wakil pegawai penguasa (rep-superintending officer) di mana beliau memainkan peranan dalam perjalanan projek. Ketika permulaan masuk tapak (site poccession), kontraktor utama diminta menyediakan jadual program kerja secepat mungkin dan melengkapkan pejabat tapak dengan maklumat perjalanan projek. Ini untuk menyenangkan lagi proses pemantauan projek. Unjuran sebenar dan jadual digambarkan dalam laporan bulanan. Kontraktor utama juga perlu mengemukakan bon perlaksanaan dan insuran-insuran sebelum kerja-kerja dapat dimulakan.

iii) Pengalaman Pengurusan Kontrak dan Ketika Pembinaan

Projek ini merupakan salah satu daripada 6 projek kompleks rakan muda naungan Kementerian Belia dan Sukan di seluruh negara di mana 3 daripadanya dilakukan oleh pihak perekabentuk JKR, manakala selebihnya oleh arkitek perunding yang dilantik oleh pelanggan tetapi diawasi oleh JKR.

Kos ditender bernilai 19 juta manakala kos projeknya pula bernilai 20 juta. Mengikut kontrak JKR 203A, kontraktor layak memohon pembayaran pendahuluan

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 5

Page 6: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

iaitu sebanyak 15%. dan tempoh masa yang sepatutnya diambil untuk menyiapkan kompleks adalah 15 bulan akan tetapi telah dilanjutkan sebanyak 5 kali (5 kali Lanjutan Masa). Ini kerana kontraktor utama mempunyai sebab dan alasan yang kukuh untuk memperolehi Lanjutan Masa tersebut dari Pegawai Penguasa. Antaranya ialah, pada permulaan kerja di tapak terutamanya ketika kerja penambakan tanah ke garisan sempadan, kontraktor utama telah membangkitkan bahawa terdapat perbezaan antara garisan sempadan yang diterimanya dari saya dengan lukisan ukur dari pihaknya. Setelah disemak, didapati memang ada perbezaan di antara pelan arkitek (di mana pelan ukurnya adalah dari unit ukur jkr) dengan pelan ukur dari pihak kontraktor utama.

Wakil Pegawai Penguasa ketika itu Jurutera Daerah Klang mengarahkan saya untuk mencari penyelesaian berhubung masalah garisan persempadanan (demarcation line) dan mengarahkan kerja penambakkan hanya sehingga sempadan yang dibenarkan. Kerja penambakkan tanah sebanyak 1 meter ke seluruh tapak terpaksa dilakukan kerana tapak penuh dengan tanah paya dan separa tanah serta rendah dari aras jalan utama.

Saya mengambil masa seminggu dengan pelanggan dan mengenalpasti bahawa garisan sempadan terpaksa dianjakkan sebanyak 10 meter ke dalam tapak kerana tanah selebihnya termasuk di dalam tanah kerajaan negeri dan rezab kolam di sebelahnya. Oleh kerana itu, saiz tapak telah mengecil dari 11 ekar kepada 10 ekar dan memaksa pelan tapak disusun atur semula. Proses mengubah susunatur mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan memandangkan terdapat 13 blok utama dan 5 blok kecil (anciliry blocks), blok-blok terpaksa dirapatkan dan saya perlu memberitahu Majlis Perbandaran Klang mengenai perubahan tersebut yang ketika itu masih dalam proses memberi kebenaran merancang (DO). Pihak PP (wakil pegawai pegawai penguasa) telah memberikan EOT selama sebulan kerana sebab tersebut dan kerja-kerja menanam cerucuk telah tergendala serta kontraktor utama terpaksa menyelaras semula jadual kerjanya.

Kesilapan teknikal seperti ini telah memberi pengajaran kepada arkitek supaya menyemak dan mempastikan garisan sempadan terlebih dahulu ditentukan terlebih dahulu dengan menyemak dengan pihak pelanggan, pejabat tanah atau Pejabat ukur setempat. Dalam hal ini saya mestilah menasihati pelanggan agar memiliki surat hakmilik yang sebenar atau setidaknya mengesahkan sempadan tapak terlebih dahulu.

Jangkamasa projek telah bertambah dari 56 kepada 60 minggu. Terdapat juga kesilapan-kesilapan kontraktor tidak mengikut spesifikasi lukisan arkitek dengan alasan yang tidak munasabah. Saya terpaksa memberi arahan di tapak dan seterusnya membuat surat pemberitahuan ketidakpatuhan kontraktor kepada Pegawai Penguasa.

Juga timbul beberapa penambahan dan pengurangan kerja senibina yang timbul semasa pembinaan, mungkin kerana tidak nampak ketika dalam lukisan. Saya memohon kepada Pegawai Penguasa untuk perubahan tersebut, ada yang diluluskan dan ada yang tidak, bergantung kepada budi bicaranya.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 6

Page 7: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

Ketika pembinaan, kontraktor diwajibkan mengemukakan sampel bahan binaan kepada semua disiplin. Kebanyakan sampel senibina terpaksa saya tolak kerana tidak memiliki dokumen pensijilan kualiti yang memuaskan, dan ini untuk memastikan kualiti bangunan terjamin dalam tempoh yang lama. Pegawai Penguasa memberi kepercayaan kepada saya untuk memilih bahan binaan yang sesuai.

Oleh kerana projek ini jenis ‘fast track’, kebanyakan lukisan butiran diberi ketika pembinaan sedang berjalan di tapak. Kontraktor memerlukan lukisan dan spesifikasi dengan cepat dan saya terpaksa mengarahkan pasukan saya supaya segera mengeluarkan lukisan tersebut. Sesetengah lukisan saya perlu mendapatkannya daripada pembekal-pembekal kerana mereka lebih arif tentang barang mereka, contohnya kemasan alat sukan skuasy, alat untuk ‘rock climbing’ dan ‘abceiling tower’. Semua ini memberi pengetahuan baru dan mengajar saya mengkordinasikan masa dengan kerja.

Projek ini juga mempunyai kuantiti provisional sum yang banyak seperti untuk kerja-kerja cerucuk dan penggunaan sistem saliran air hujan yang sukar untuk

ditentukan kuantitinya, cuma kadar yang diketahui. Terdapat juga peruntukan untuk kelengkapan sukan lasak yang hanya diketahui dengan input dari pakar sukan lasak. Pengeluaran sijil-sijil seperti sijil siap berperingkat dan sijil penyiapan praktikal serta arahan pegawai penguasa hanya dikeluarkan oleh Pegawai Penguasa dan dirasionalkan oleh dokumen sokongan dari disiplin terlibat termasuklah dari saya.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 7

Page 8: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

“Saya memperakui bahawa MOHD HAFIZZUDIN BIN MD ZAHIR telah terlibat di dalam projek ini dan beliau, pada pendapat saya, telah menunjukkan sikap profesionalismanya ketika menjalankan tugasan beliau”.

......................................................Diperakui oleh:Tarikh:

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 8

Page 9: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

3.0 PROJEK 2 : PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH KINTA, IPOH, PERAK.

1 BLOK PEJABAT 3 TINGKAT, STOR BENCANA, RUMAH SAMPAH DAN PONDOK PENGAWAL SERTA PENCAWANG TNBNilai : RM6.3 juta

Projek ini memberi banyak pengalaman dan pegetahuan kepada saya terutama mengenai proses kelulusan bukan sahaja kepada pihak berkuasa tempatan tetapi juga pihak Unit Perancang Ekonomi yang bertujuan setiap perancangan rekabentuk supaya mematuhi kehendak garis panduannya. Sebagai sebahagian daripada pasukan projek JKR, saya merupakan displin pertama berinteraksi dengan pelanggan. Setiap brif dan kehendak pelanggan telah direalisasikan ke bentuk lukisan. Brif yang diterima dipastikan kukuh daripada sebarang perubahan besar, ini untuk memastikan projek berjalan mengikut jadual.

Penglibatan dalam projek ini bermula dari peringkat rekabentuk, kelulusan pihak Dewan Bandaraya Ipoh dan Bomba, sehinggalah kepada penyediaan dokumen tender (lukisan), pembinaan dan pemeriksaan untuk penyiapan praktikal.

i) Peringkat Rekabentuk dan tender

Pada peringkat awal rekabentuk, perunding sivil dan struktur telah dilantik untuk merekabentuk dan mengawal selia ketika pembinaan. Semasa peringkat ini, saya sebagai arkitek memainkan peranan sebagai ketua perunding kerana rekabentuk bangunan banyak melibatkan kerja-kerja arkitek. Displin lain seperti sivil dan struktur, elektrikal, mekanikal dan ukur bahan hanya menunggu lukisan awalan siap sebelum kerja mereka dimulakan. Walaupun begitu, input dari mereka amat diperlukan di sepanjang perjalanan rekabentuk.

Memandangkan tapak agak kecil, perancangan awalan yang teliti diperlukan, ini termasuklah susunan ruang-ruang, kawasan parkir, laluan kenderaan dan juga bangunan sedia ada milik jabatan kesihatan negeri yang perlu dijaga. Faktor kelengkapan kemudahan bangunan seperti ruang tangki air, bilik motor lif, bilik-bilik mekanikal dan elektrikal telah diambilkira ketika rekabentuk awal.

Oleh kerana tapak keseluruhan dikongsi oleh dua jabatan, mesyuarat yang kerap telah di adakan untuk mengatasi masalah laluan masuk yang akan ditutup ketika pembinaan, ini kerana, terdapat klinik gigi dan kemudahan kesihatan lain yang diguna setiap hari. Laluan baru telah dikenalpasti digunakan ketika pembinaan, beberapa struktur milik Jabatan Kesihatan yang berada di kawasan milik Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dipersetujui untuk dirobohkan. Persetujuan ini diperolehi dengan kekerapan berbincang dengan pelanggan dan pasukan projek.

Pelbagai input dan nasihat disiplin lain perlu diambilkira dalam rekabentuk, contohnya faktor kemudahan bangunan seperti sistem cegah kebakaran, bekalan

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 9

Page 10: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

elektrik, air dan telefon serta alat hawa dingin mesti digabung bersama rekabentuk arkitek. Setiap perubahan kepada rekabentuk, saya mesti cepat memberitahunya supaya mereka mendapat maklumat terkini. Begitu jugak sebaliknya. Semua ini mengajar saya betapa pentingnya kerja berpasukan dan pemberian maklumat yang tepat dan padat. Mesyuarat kordinasi perlu selalu diadakan begitu juga dengan minit mesyuarat yang bertujuan merekodkannya.

Sebagai arkitek projek, saya telah meminta pegawai penguasa mengarahkan kontraktor menghantar sampel bahan binaan kepada saya untuk diluluskan. Ini memandangkan semua projek JKR mesti mematuhi kehendak kualiti MS ISO 9001:2000, manakala semua tindakan dan arahan mesti direkodkan dalam borang ISO

JKR. Bahan binaan mestilah mempunyai sijil kualiti SIRIM dan dari keluaran tempatan, kecua l i bahan yang t iada dikilangkan di Malaysia.

Dalam tempoh-tempoh terakhir penyiapan, iaitu semasa banyak skop senibina terlibat, saya dipanggil untuk melakukan p e m e r i k s a a n p e n y i a p a n berperingkat bersama jurukur b a h a n d i m a n a t u n t u t a n kontraktor disemak dengan pemeriksaan di tapak. Tuntutan

kerja yang siap dan bahan binaan yang sampai di tapak disemak supaya sama dengan tuntutan kontraktor.

“Saya memperakui bahawa MOHD HAFIZZUDIN BIN MD ZAHIR telah terlibat di dalam projek ini dan beliau, pada pendapat saya, telah menunjukkan sikap profesionalismanya ketika menjalankan tugasan beliau”.

......................................................Diperakui oleh:Tarikh:

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 10

Page 11: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

4.0 PROJEK 3 : HERBARIUM NASIONAL DI FRIM, KEPONG.

Projek bernilai RM5.7 juta ini pada awalnya direkabentuk oleh arkitek lain dan kemudian diserahkan kepada saya untuk dilaksanakan. Terdiri dari 2 blok Pejabat 3 tingkat dan makmal untuk simpanan sampel herba-herba serta ruang untuk pameran. Setelah mendapat lukisan-lukisan awalan dan brif, saya dapati beberapa perubahan perlu dilakukan seperti pada facade bangunan yang terlalu banyak panel kaca. Permukaan kaca yang banyak akan menyusahkan pengguna untuk menyenggaranya, jadi ianya dikurangkan. Facade-nya juga perlu diperhiaskan di mana tingkap-tingkap dimasuk ke dalam, kekotak alat hawa dingin diadakan dan cucur atap konkrit diadakan kepada setiap tingkap.

i) Peringkat Rekabentuk dan Tender

Perubahan demi perubahan dilakukan supaya perancangan ruang lebih praktikal, di samping input-input penting dari pihak bomba, pihak Majlis Perbandaran Selayang dan yang paling utama dari displin lain seperti sivil struktur, mekanikal dan elektrikal. Selepas itu sesi persembahan dengan pelanggan FRIM dilakukan untuk mengesahkan rekabentuk menepati kehendak mereka.

Dalam pada itu juga, laporan perancangan juga dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi untuk diluluskan. Laporan Cadangan Pemajuan juga dihantar kepada Bahagian Perancangan Majlis Perbandaran Selayang.

Projek ini dibina untuk Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau FRIM di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Brif projek ini diterima pada April 2003 dengan beberapa rekabentuk asas telah dipersetujui oleh FRIM. Sebagai arkitek kedua dalam projek ini, saya perlu mengemaskini dan merealisasikannye ke dalam bentuk lukisan lengkap. Beberapa pertemuan telah diadakan dengan pelanggan dan input serta skop baru telah ditambah. Saya menegaskan bahawa dengan adanya pertambahan skop kerja akan melibatkan pertambahan kos dan masa kerja, justeru tarikh tender terpaksa ditunda. Pihak pelanggan setuju kerana skop tersebut adalah perlu memandangkan skop yang dulu merupakan unjuran 5 tahun lepas dan tidak relevan dengan pertambahan kakitangannya.

Pihak pengurusan projek, arkitek dan disiplin lain terpaksa merombak semula jadual kerja ke tahun 2004 kerana pelanggan menghadapi masalah kos siling yang rendah. Mereka mengusulkan laporan kepada UPE supaya menaikkan kos siling memandangkan bilangan kakitangan yang bertambah.

Saya juga mencadangkan pelanggan supaya faktor nama Herbarium Nasional diambil kira dalam usul tersebut kerana ianya boleh mengubah kedudukan projek kepada kategori 1 UPE. Jika ianya dalam kategori tersebut, maka kos, kemasan dan ruangnya lebih besar dan bukan kategori utiliti sebelum ini.dalam RMK 8 setelah mendapat brif yang lengkap dari pihak pelanggan.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 11

Page 12: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

Dengan kos siling asal UPE RM4.1 juta, kos tersebut terpaksa dinaikkan kepada RM5.7 juta kerana perubahan tersebut dan UPE bersetuju dengan cadangan rekabentuk arkitek. Komponen projek terdiri dari pejabat pameran Herbarium Blok A dan Blok B terdiri dari makmal-makmal herbarium dan pejabat sokongan. Selain itu, terdapat rumah sampah, dan pencawang TNB. Pelanggan mahukan senibina bercirikan vernacular dan moden yang berfungsi dengan keadaan hutan tebal FRIM.

Rekabentuk telah disediakan oleh pasukan-pasukan rekabentuk JKR sendiri dan telah mematuhi kesemua komponen brif pelanggan. Rekabentuk makmal dan ruang herbarium mengambilkira saiz kompaktor (almari spesimen) yang akan dimuatkan ke dalam 2 aras. Sebagai arkitek, saya hanya perlu mengatur ruang berpandukan kepada zon-zon dan kepentingan hierarki serta cara kakitangan FRIM. Kajian juga dilakukan ke atas bangunan Herbarium lama berdekatan yang akan dipindahkan ke Herbarium baru ini. Beberapa mesyuarat teknikal telah diadakan dengan pelanggan dan rekabentuk berjaya dikemaskini terutamanya input dari pihak mekanikal, elektrikal dan struktur. Saya juga menghantar lukisan rekabentuk kepada Unit Perancang Ekonomi untuk kelulusan ruang dan kemasan. Saya juga terpaksa merekabentuk bangunan berpandukan kos yang telah dinyatakan UPE.

Proses rekabentuk fasad baru dilakukan kerana arkitek dahulu tidak banyak menumpukan ciri-ciri estetik dan kecantikan. Rekabentuk mengambil masa 3 bulan dan mengambilkira ciri-ciri mekanikal dan elektrikal ke dalam fungsi bangunan. Faktor pokok-pokok sedia ada juga dikira di mana barisan pokok jelutong di hadapan tapak telah dikekalkan atas arahan pelanggan. Walaubagaimanapun pokok-pokok lain dalam tapak ditebang kerana tiada kepentingan. 3 kuarters lama tinggalan juga diroboh dan genting bumbungnya diminta oleh pelanggan.

Sebagai arkitek projek dan rekabentuk, saya berpeluang mengkordinasikan pasukan projek. Pasukan rekabentuk terdiri daripada disiplin JKR seperti Jurukur Bahan, Jurutera Struktur, Mekanikal dan Elektrikal. Seperti biasa Jurutera strutktur JKR melantik perunding luar untuk menjalankan kesemua rekabentuk. Mesyuarat koordinasi teknikal sesama disiplin lain supaya perubahan kerja dapat dikurangkan semasa pembinaan seperti laluan paip paip elektrikal dan mekanikal boleh disembunyikan. Proses ini memerlukan saya mengenalpasti setiap perincian yang diberi oleh jurutera seperti bagaimana menyembunyikan paip sesalur alat hawa dingin unit pisah.

ii) Peringkat Pembinaan

Pembinaan Pejabat dan makmal herbarium ini telah diberi kepada kontrakor bumiputera kelas B dengan jangkamasa kontrak 12 bulan. Tapak terletak di dalam kawasan FRIM di mana mereka berkongsi kawasan dengan Jabatan Perhutanan. Kajian ke atas tanah di tapak telah dilakukan pihak IKRAM dan mendapati tanah di situ dari jenis tanah liat berpasir. Tapak merupakan kawasan semak samun yang mempunyai parit tanah di belakang tapak. Parit tanah itu dialihkan lagi supaya tidak menghakis tapak ketika hujan lebat. Keluasan tapak seluas 1.25 ekar adalah sesuai

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 12

Page 13: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

dan masih mempunyai ruang untuk ruang letak kenderaan, bagaimanapun pelanggan mahu meminimakan parkir kerana kakitangannya tidak selalu berada di pejabat. Pembinaan rumah kongsi di dalam tapak tidak dibenarkan pelanggan kerana masalah kecurian dan sosial yang akan ditimbulkan pekerja. Semasa pembinaan, parit tanah tidak dapat dialihkan ke belakang lagi kerana ada tapak semaian. Pelanggan mahu cadangan supaya parit tanah ditukar kepada parit konkrit kerana masalah hakisan kepada tapak. Saya mengatakan yang ini akan mengakibatkan penambahan kos dan VO. Pelanggan berkata mereka tiada masalah kewangan dan boleh menerima VO tersebut. Oleh itu, pegawai penguasa meluluskan arahan itu sebagai arahannya dan seterusnya mengeluarkan arahan perubahan kerja. Beberapa pokok juga telah dikenalpasti pelanggan untuk dikekalkan, menyebabkan blok tnb dan rumah sampah dialihkan sedikit.

Walaupun projek ini dikepalai oleh pegawai penguasa, tetapi kelulusan bahan kemasan dan perubahan-perubahan ke atas bangunan perlu mendapat persetujuan Arkitek. Akan tetapi mengikut kontrak, pegawai penguasa (SO) boleh menolak cadangan arkitek sekiranya perlu. Ini merupakan kelemahan kontrak JKR yang meringankan fungsi arkitek ketika menjalankan pembinaan.

“Saya memperakui bahawa MOHD HAFIZZUDIN BIN MD ZAHIR telah terlibat di dalam projek ini dan beliau, pada pendapat saya, telah menunjukkan sikap profesionalismanya ketika menjalankan tugasan beliau”.

......................................................Diperakui oleh:Tarikh:

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 13

Page 14: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

5.0 PROJEK 4 : UBAHSUAI MENARA RADAR TANJUNG PIAI, PONTIAN, JOHOR

Projek ini merupakan projek pertama saya di JKR yang melibatkan ubahsuai menara radar bernilai RM1.5juta Pelanggan adalah Bahagian Keselamatan Negara, JPM yang mahukan ubahsuaian dilakukan seberapa segera. Proses rekabentuk dimulakan dengan lawatan ke atas menara sedia ada dan beberapa mesyuarat dengan pelanggan.

Sebagai arkitek, saya memerlukan lukisan asal menara tersebut dan pelanggan hanya memaklumkan hanya memiliki lukisan jurutera, kerana sebelum ini arkitek tidak pernah terlibat dalam rekabentuk menara asal. Untuk kepastian, saya dan ahli kumpulan melakukan sedikit lukisan terukur dan memasukkan data ke komputer untuk penghasilan lukisan rekabentuk.

Pelanggan memaklumkan memiliki unjuran kewangan yang sedikit iaitu 1 juta untuk menampung penambahan seperti tangga kecemasan, kuarters terbina dalam menara dan pelantar G.I untuk menyenggara tingkap bilik kawalan di puncak menara. Oleh itu rekabentuk telah mengambilkira faktor angin laut yang mungkin menghakis besi dan juga dalam lingkungan kos 1 juta. Rekabentuk tangga luar, pelantar dan kuarters di dalam menara telah mengambilkira kekuatan struktur sedia ada di mana input dari unit struktur diberi perhatian penting. Selain itu, maklumat juga diterima dari jurutera mekanikal dan elektrikal. Kesemua maklumat tersebut amat penting kepada saya ketika merekabentuk.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 14

Page 15: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

Rekabentuk telah dikemukakan untuk kelulusan BOMBA dan Majlis Daerah Pontian melalui JKR Daerah Pontian. Lukisan-lukisan kemudian diserahkan kepada JKR Johor untuk ditender. Pembinaan tersebut tidak dapat saya pantau seterusnya kerana ia diteruskan sepenuhnya oleh jurutera daerah pontian. Agak mendukacitakan pemantauan projek seterusnya dilakukan oleh individu yang tidak merekabentuk projek berkenaan.

“Saya memperakui bahawa MOHD HAFIZZUDIN BIN MD ZAHIR telah terlibat di dalam projek ini dan beliau, pada pendapat saya, telah menunjukkan sikap profesionalismanya ketika menjalankan tugasan beliau”.

......................................................Diperakui oleh:Tarikh:

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 15

Page 16: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

6.0 PROJEK 5 : KOMPLEKS MAHKAMAH PETALING JAYA, SELANGOR.

Projek bernilai RM26 juta ini melibatkan pembinaan kompleks mahkamah Petaling Jaya yang baru dan saya terlibat sejak di awal proses rekabentuk. Ianya mengandungi 8 bilik mahkamah iaitu mahkamah sesyen dan majistret. Komponen lain termasuklah lokap, kawasan parkir luar dan bawah tanah, kantin, laluan ‘black maria’ dan pejabat-pejabat am serta bilik-bilik hakim-majistret. Skop perancangan rekabentuk melibatkan 3 zon laluan yang perlu saya asingkan, iaitu zon orang kena tuduh, zon hakim-majistret dan zon orang awam. Ketiga kategori ini hanya bertemu di dalam bilik mahkamah dan perlu diasingkan untuk keselamatan terutamanya keselamatan saksi dan hakim.

Oleh kerana tapak yang agak kecil, mahkamah perlu ditinggikan kepada 3 tingkat dan dibahagi kepada 2 sayap sama rata. Blok mahkamah sedia ada akan diguna sehingga mahkamah baru siap dan dirobohkan bila pelanggan muka berpindah masuk. Pelanggan mahukan rekabentuk moden kerana mahkamah lain banyak bercirikan kolonial roman. Pelan-pelan juga dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk kelulusan. Ini adalah polisi kerajaan persekutuan di mana setiap projek mesti ditapis oleh UPE supaya setiap projek mematuhi garispanduan kerajaan. Begitu juga kepada perunding arkitek yang dilantik JKR tidak terkecuali.

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 16

Page 17: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

Perbincangan dengan pelanggan dan disiplin lain dilakukan dari masa kesemasa untuk menentukan jangkamasa projek dan kos terlibat dan pelanggan akhirnya bersetuju dengan rekabentuk yang dicadangkan. Walaubagaimanapun, saya tidak sempat meneruskan projek sehingga ke peringkat tender dan pembinaan kerana ianya telah diserahkan kepada arkitek unit lain.

“Saya memperakui bahawa MOHD HAFIZZUDIN BIN MD ZAHIR telah terlibat di dalam projek ini dan beliau, pada pendapat saya, telah menunjukkan sikap profesionalismanya ketika menjalankan tugasan beliau”.

......................................................Diperakui oleh:Tarikh:

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 17

Page 18: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

7.0 PROJEK 6: KOMPLEKS PEJABAT DAN PERUMAHAN BPR SEREMBAN

Projek bernilai RM17 juta ni merupakan projek kedua saya ketika di JKR. Pada tahap ini, skil pengurusan kerja saya masih di bawah pengawasan arkitek yang lebih berpengalaman. Lawatan ke tapak dilakukan dengan kerap kerana projek ini merupakan projek yang diberi perhatian tinggi oleh Ketua Pengarah JKR di samping itu tapak projek terletak di antara lembah dan perlu dihubungkan dengan jejantas.

Tapak yang kecil dan berlembah di tengah memberi cabaran kepada saya dan pasukan projek lain terutama ketika pembinaan. Kesukaran menangani aspek-aspek alam sekitar yang perlu dipelihara seperti mengelakkan penebangan pokok besar dan menjaga kebersihan anak sungai di tengah lembah.

Rekabentuk awal projek ini telahpun dilaksanakan oleh arkitek terdahulu, tetapi disebabkan masalah kewangan, projek ini ditangguhkan beberapa tahun sehingga saya mengambil alih. Oleh kerana itu, rekabentuk terpaksa diubahsuai semula dan dipersembahkan kepada pelanggan bagi memastikan ianya memenuhi kehendak mereka terutama sekali unjuran kakitangan sehingga 5 tahun.

Oleh kerana ini adalah projek Kerajaan, pengemukaan pelan bangunan dikecualikan pihak Majlis Perbandaran Seremban. Walaubagaimanapun, mengikut pekeliling Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, projek kerajaan mestilah memiliki Arahan Pembangunan (Development Order). Oleh itu, kebenaran merancang mestilah diperolehi. Pelan-pelan juga telah dikemukakan kepada pihak BOMBA Seremban untuk kelulusan. Beberapa perubahan seperti tambahan sistem pencegah kebakaran telah diadakan tetapi pada peringkat pembinaan, ini kerana pihak JKR mahukan projek ini dimulakan segera.

Semasa pembinaan, saya diminta mengesahkan pelbagai cadangan kemasan dari kontraktor seperti skim warna bangunan, jubin lantai, kelengkapan pintu dan tingkap serta alatan kebersihan. Saya juga pastikan cadangan bahan tersebut berkualiti dan terjamin ketahanannya dengan merujuk kepada sijil-sijil kualiti SIRIM yang dimiliki. Ini kerana mengikut pengalaman saya, kebanyakan barang binaan (senibina) mempunyai mutu yang rendah dan cepat rosak terutamanya jika ianya diimport terus dari negara luar. Oleh itu, untuk lebih terjamin, saya gunakan produk ‘mainstream’. Walaupun begitu, ada juga kelulusan bahan binaan senibina diberi oleh Pegawai Penguasa (jurutera) dan ini agak mengecewakan saya. Mereka memberi kelulusan atas alasan pihak arkitek lambat meluluskan bahan binaan kontraktor.

Saya juga cuba menghadiri setiap mesyuarat tapak yang diadakan 2 minggu sekali. Setiap mesyuarat, kontraktor akan mempersembahkan pencapaian pembinaan dan diikuti dengan komen dan teguran dari pelbagai pihak. Masalah utama kontraktor utama ialah komunikasinya dengan sub-kontraktor yang susah untuk dihubungi. Ini akan melambatkan projek terutamanya sub-kontraktor yang terlibat dengan

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 18

Page 19: LAPORAN PENGALAMAN PROFESIONAL ARKITEK HAFIZZUDIN

pemasangan paip-paip gas dan elektrikal. Masalah ini timbul kerana sub-kontraktor dibayar oleh JKR Negeri.

Seringkali bila timbul masalah pembinaan, wakil kontraktor di tapak akan selalu menghubungi saya, ini kerana wakil jkr di tapak hanya seorang juruteknik yang kurang arif tentang rekabentuk saya. Oleh itu, saya terpaksa komited menyelesaikan masalah dalam telefon dan kadangkala turun ke tapak untuk lebih memahami masalah tersebut.

Terdapat juga percanggahan di antara lukisan dengan BQ di mana BQ mencatatkan bilangan tingkap yang kurang dari lukisan arkitek. Oleh kerana kontrak ini adalah jenis JKR 203A, maka lukisan akan mengatasi BQ. Ini kerana BQ hanyalah

sebagai panduan. Kesilapan ini terjadi kerana tiada semakan menyeluruh di antara BQ dari jurukur bahan dengan lukisan dari arkitek pada peringkat menender. Dalam hal ini, daripada mengeluarkan VO, Pegawai Penguasa dan Jurukur bahan mengambil inisiatif menyelaraskan kos melalui pengiraan semula kuantiti. Oleh sebab itu setiap kali sebelum tender, saya akan menyemak BQ yang disediakan jurukur bahan.

“Saya memperakui bahawa MOHD HAFIZZUDIN BIN MD ZAHIR telah terlibat di dalam projek ini dan beliau, pada pendapat saya, telah menunjukkan sikap profesionalismanya ketika menjalankan tugasan beliau”.

......................................................Diperakui oleh:Tarikh:

Mohd Hafizzudin b Md Zahir (AG/M 295) 19