laporan pencinta alam

20
PENGHARGAAN Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya yang diberiakan olehnya. Laporan ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. Amir bin Aman dan Pn. Salmawati binti Abdullah selaku pensyarah Pencinta Alam saya kerana telah banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar yang berguna sepanjang proses menyiapkan tugasan atau laporan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu laporan yang baik. Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana saling memberi pendapat yang berguna untuk menyiapkan laporan ini. Tidak lupa juga kepada abang-abang senior kerana memberi teguran dan pendapat yang berguna supaya dapat menghasilkan laporan yang baik.

Upload: sani-saad

Post on 17-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pencinta Alam

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala

petunjuk dan hidayah-Nya yang diberiakan olehnya. Laporan ini telah berjaya

disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada En. Amir bin Aman dan

Pn. Salmawati binti Abdullah selaku pensyarah Pencinta Alam saya kerana telah

banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar yang berguna sepanjang

proses menyiapkan tugasan atau laporan ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan

padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu laporan

yang baik.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan kerana saling memberi pendapat

yang berguna untuk menyiapkan laporan ini. Tidak lupa juga kepada abang-abang

senior kerana memberi teguran dan pendapat yang berguna supaya dapat

menghasilkan laporan yang baik.

Page 2: Laporan Pencinta Alam

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

ILMU KHASJalan Yaakob Latiff, 56000, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

03-91318160(Pejabat), 03-91319393(Faks)

PENCINTA ALAM

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PPISMP SEMESTER 1

LAPORAN AKTIVITI PENGEMBARAAN

NAMA : Norsani bin Mohd Saad

NO K.P : 930412-07-5449

KUMPULAN : J1.6 PPISMP Pendidikan Seni Visual

NAMA PENSYARAH : En. Amir bin Aman

: Pn.Salmawati binti Abdullah

TARIKH SERAHAN : 4 Oktober 2011

Page 3: Laporan Pencinta Alam

PENGENALAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua-dua

pensyarah Pencinta Alam saya iaitu En. Amir dan Pn. Salamawati kerana telah

mengajar kepada saya serba sedikit tentang pentingnya ala mini kepada diri saya.

Kokurikulum seperti Kelab Pecinta Alam ini sangat penting untuk melahirkan guru

yang praoktif dan berdaya saing dalam menguruskan program di sekolah pada suatu

hari nanti.

Aktiviti Pencinta Alam ini sangat berguna kepada saya kerana dapat menjadikan

diri saya lebih displin dan dapat menerapkan sikap sayang terhadap flora dan fauna

yang terdapat di muka bumi ini. Ia juga dapat membantu saya dalam menerapkan

nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kumpulan ketika berada di Taman Rimba

Komanwel. Aktiviti di Taman Rimba ini sagat berguna kepada saya kerana dapat

mempelajari perkara-perkara baru dan dapat meningkatkan disiplin diri.

Secara kesimpulannya, Kelab Pecinta Alam ini sangat berguna kepada semua

orang kerana dapat melahirkan insan yang sayang kepapa flora dan fauna di muka

bumi ini serta dapat menyayagi alam ini dengan lebih mendalam.

Page 4: Laporan Pencinta Alam

PENUTUP

Aktiviti di Taman Rimba Komanwal ini sangat berguna dan memberi banyak

manfaat kepada diri dan rakan-rakan saya. Aktiviti ini memberi pengajaran kepada

kita tentang bagaimana untuk melakukan kerja dalam kumpulan supaya dapat

meyelesaikan tugasan yang diberikan bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan

sama dijinjing’. Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kayakinan diri seseorang supaya

lebih berdisiplin dalam melakukan sesuatu tugasan serta dapat menjadikan

seseorang itu bersikap tabah dan sabar dalam menghadapi pelbagai ujian ketika

aktiviti pengembaraan malam di Taman Rimba Komanwel ini bermula. Aktivit

pengembaraan ini sangat menyeronokkan kerana dapat mepelajari perkara perkara

baru seperti memasak telur menggunakan tanah, membuat pengusung pesakit

menggunakan buluh, membuat roti bakar dan banyak lagi. Kesimpulannya, aktiviti ini

sangat menyeronokan dan dapat menimba banyak ilmu ketika aktiviti ini

berlangsung. Saya berharap aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang

akan datang.

Page 5: Laporan Pencinta Alam

AKTIVITI PENGEMBARAAN MALAM DI TAMAN RIMBA KOMANWEL,RAWANG

Pada 24 September 2011, Kelab Pencinta Alam Institut Pendidikan Guru Kampus

Ilmu Khas telah mengadakan satu aktiviti kembara malam di Taman Rimba

Komanwel, Rawang. Seramai 28 orang guru pelatih dalam Kelab Pecinta Alam telah

tepilih menyertai aktiviti kembara tersebut yang dianggotai 5 orang guru pelatih lelaki

dan 23 orang guru pelatih perempuan. Pada jam 3.15 petang kami mula bertolak

dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas. Ketika dalam perjalanan semua

guru pelatih kelihatan gembira kerana tidak sabar untuk melihat keindahan dan

keseronokan yang terdapat di Taman Rimba Komawel tersebut. Ketika dalam

perjalanan itu, ada juga sebilangan guru pelatih yang sempat tidur kerana terlalu

letih bermaian permainan bola tampar dan ragbi sebelum datang ke sini.

Setelah beberapa jam kemudian iaitu pada pukul 4.30, kami mulai sampai di

Taman Rimba Komawel tersebut. Ketka turun dari bas, kami melihat pelbagai

tumbuh-tumbuhan yang hijau serta beberapa ekor kera sedang bergayut di atas

dahan pokok. Kami sempat mengambil gambar kera tersebut. Selain itu, kami juga

melihat ramai orang yang sedang berkhemah di taman riba tersebut yang dianggotai

oleh pasukan unit berunifom pengakap. Pelajar-pelajar sekolah juga turut berada di

taman rimba tesebut untuk melakukan aktiviti tersebut. Di situ juga, terdapat pelajar

dari Poleteknik sultan Azlan, Universiti Perguruan sultan Idris dan Institut Pendidikan

Guru Kampus Ilmu Khas. Setelah sampai di situ, kami disuruh membuat kepada lima

kumpulan yang dianggotai oleh 5 hingga 6 orang ahli kumpulan. Dalam setiap

kumpulan tersebut mesti mempunyai seorang lelaki untuk dijadikan ketua. Saya

terima dengan seadanya kerana lelaki lebih bagus untuk memimpin. Setiap

kumpulan tersebut perlu merancang nama kumpulan tersebut untuk mudah dikenal

pasti. Nama kumpulan tersebut juga perlulah berdasarkan alam sekitar. Saya dan

ahli kumpulan saya merancang nama Periuk Kera. Nama kumpulan yang lain pula

ialah Reflesia, Siput Cantik dan sebagainya.

Setelah siap membuat kumpulan, kami diberi penerangan oleh dua orang kakak

yang cantik jelita dari Universiti Pergiruan sultan Idris daripada unit unifom

pengakap. Kami diberi penerangan tentang keadaan tempat tesebut, dan tempat-

tempat yang terdapat di situ. Setelah habis deberi penerangan, kami dijemput untuk

Page 6: Laporan Pencinta Alam

menjamu selera makanan yang disediakan oleh ahli pengakap tersebut. Ketika

rakan-rakan lain menjamu selera, saya dan rakan saya pergi ke surau untuk

menuanaikan solat asar di surau yang berada di situ. Setelah selesai solat, saya dan

rakan saya iaitu Fahmi dan Fauzi pergi ke kolam renang untuk mandi. Di dalam

kolam renang tersebu airnya agak kotor tetapi kami tidak menghiraukan keadaan air

tersebut kerana air tersebut sejauk dan menyenangkan.

Setelah waktu hampir malam, kami naik dari kolam tersebut dan bersiap untuk

menunaikan solat fardhu maghrib berjemaah bersama-sama pelajar sekolah yang

lain. Setelah selesai solat, kami disajikan dengan nasi ayam yang sangat enak dan

ayamnya agak besar. Ketika makan, kamis sempat bersembanh dengan pensayarah

pencinta alam kami iaitu En. Amir tentang tempat tersebut kerana beliau telah

mempunyai pengalaman yang luas tentang pengembaraan ini. Setelah selesai

makan, kami sempat berborak antara satu sama lain kerana terlalu teruja untuk

melakukan pengembaraan malam tersebut. Ketika leka bersembang, azan imsyak

dilaungkan lalu kami pergi ke surau untuk melakuakan solat imsyak berjemaah.

Setelah selaisai solat, kami disuruh kemaskan barang-barang kerana

pengembaraan akan bermula tidak lama lagi. Setelah bersiap kemas, kami diberi

taklimat oleh seorang ahli jawatan pengakap tentang peraturan ketika masuk hutan

dan perkara-perkara yang perlu dibawa untuk masuk ke hutan tersebut. Setelah siap

diberi taklimat, kami disuruh bersedia untuk melakakukan aktiviti kembara malam ini.

Sebelum bermulanya aktiviti tersebut, kami diberi satu pertunjukkan tarian dan

permainan supaya dapat menghilangkan rasa gementar. Ketika pertunjukkan itu

berlangsung, guru pelatih sangat gembira dan ketawa sehingga ada yang terbatuk-

batuk.

Page 7: Laporan Pencinta Alam

Ketika diberi penerangan tentang Taman Rimba Komenwel

Pada pukul 10.00 malam, pengembaraan malam di Taman Rimba Komanwel

bermula. Kami dilepaskan satu kumpulan demi satu kumpulan . Kami juga

dilepaskan dengan guru pelati senior. Kami kumpulan kedua yang dilepaskan,

sebelum di lepaskan kami diberi lima sampul surat iaitu checkpoint kami untuk

melakukan aktiviti tersebut. Kandungan checkpoint tersebur seperti dibawah.

Tugasan Checkpoint

Checkpoint 1

Ahli kumpulan diminta mengukur sungai di checkpoint tersebut.

Checkpoint 2

Ahli kumpulan diminta mencipta lirik lagu yang bertemakan alam semula jadi dan

menyanyikan lagu tersebut.

Checkpoint 3

Page 8: Laporan Pencinta Alam

Kami diberi sebanyak tiga tugasan di sini iaitu:

I. Masak telur

II. Membuat roti

III. Membuat anduh pada rakan yang cedera iaitu di kawasan:

Lengan

Kepala

Lutut

Pergelangan tangan

Checkpoint 4

Kami diminta untuk membuat tempat pengasung pesakit. Pelbagai cara yang boleh

dicari sekiranya berada di dalam hutan dengan menggunakan alam kita.

Ckeckpoint 5

Destinasi terakhir. Kami melapor diri dan menunjukkan bukti-bukti tugasan yang

telah selesai di checkpoint sebelumnya.

Kami juga dibekalkan dengan 3 biji telur , satu plastik tepung dan sebuku roti. Kami

menyimpan barang-barang tersebut dengan baik supaya tidak rosak atau pecah.

Setalah habis diberi barang perjalanan kami bermula dengan berjalan meyusuri

sungai. Kami memegang beg atau tangan supaya sentiasa selat dan tidak jatuh.

Setelah beberapa minit kami mula, kami mulai mendaki bukit yang rendah. Di situ

kami terjumpa dengan beberapa kumpulan yang lain kerana tersesat mencari arak

tunjuk perjalanan. Kami mencari demi mancari akhirnya jumpa juga jalan petunjuk.

Kami jalan dengan beberpa kumpulan yang lain. Setelah kami jalan pelbagai jalan

yang kami perlu lalui seperti jalan berselut dan berlumpur. Setelah jalan, kami

diminta tunggu kumpulan demi kumpulan untuk menuruni dan berjalan menyusuri

laluan sungai supaya pengembaraan ini sentiasa mencabar. Ketika tunggu, saya

dan rakan-rakan memeriksa di bahagian kaki. Saya terdengar satu jeritan daripada

rakan saya. Rupa-rupanya kakinya dinaiki oleh pacat lalu saya membuangnya pacat

tersebut. Setelah menunggu beberapa minit, kumpulan kami dipanggil untuk

Page 9: Laporan Pencinta Alam

menyusuri sungai yang kedalaman paras pinggang. Kami memegang bag untuk

berjalan dengan baik dan tidak terjatuh. Kami perlu berjalan di bawah titi dan dahan-

dahan pokok.

Setelah jam pukul 1.45 pagi, kami sampai di checkpoint 1 iaitu tugasan yang

kami perlu lakukan ialah kami perlu mengukur panjang dan lebar sungai yang

berada di situ. Saya menggunakan akal fikiran untuk mengukur menggunakan kayu

supaya lebih mudah kerana mengukur menggunakan pembari pendek adalah susah.

Setelah siap mengukur kami menggunakan pembaris itu untuk mengukur kayu yang

kami gunakan supaya dapat mengetahui ukuran tepat bagi sunagi tersebut. Kami

mendapati panjang sungai tersebut ialah 6.3 meter dan lebarnya pula ialah 5.25

meter. Di situ juga terdapat air terjun yang cantik dan indah. Saya sangat suka

melihat air terjun tersebut kerana suasananya agak indah dengan percikan air terjun

tersebut.

Air terjun

Setelah selesainaya tugasan di checkpoint 1, kami teruskan perjalanan ke

checkpoint 2. Ketika dalam perjalanan kami perlu berjalan melalui batu dan sungai.

Ketika melalui batu dan sungai, saya terjatuh lalu baju dan seluar saya basah.

Walaupun basah, saya perlu meneruskan aktiviti kembara ini kerana pakaian yang

basah adalah biasa bagi aktiviti kembara ini.

Ketika jam menunjukkan pukul 2.30, kami mula sampai di checkpoint ke 2. Di

situ, saya sebagai ketua kumpulan perlu melaporkan diri seperti seorang pengakap

walaupun tidak mempunyai pengalaman. Di situ juga saya mendapat pengalaman

Page 10: Laporan Pencinta Alam

bagaimana hendak melaporkan disri seperti seorang pengakap. Di checkpoint 2,

kami tidak diberi masa yang lama untuk menyiapkan tugasan. Tugasan yang kami

perlu buat ialah kami perlu mereka sati lirik lagu yang bertemakan alam semula jadi.

Kami mengambil masa sebanyak 5 minit untuk menyiapakan lagu kami. Setelah siap

membaut lirik, kami perlu menyanyikan lagu tersebut supaya diterima olehjawatan

kuasa di situ. Lirik lagu kami seperti di bawah.

Rasa cinta,

Hey rasa cinta cinta hey,

Hey rasa cinta alam semula jadi,

Yang indah ini.

Setelah siap menyiapkan lirik dan nyayian lagu kumpulan kami. Kami meneruskan

lagi ke checkpoint yang seterusnya iaitu checkpoint ke 3. Kami jalan demi jalan

untuk meneruskan aktiviti ini. Ketika berjalan kami sesat seketika kerana tidak jumpa

arah tunjuk. Setelah mencari arah tunjuk, kami terjumpa dengan sekumpulan

pensyarah daripada IPG Ilmu Khas. Tapi malangnya, kumpulan tersebut juga turut

tersesat. Kumpulan pensyarah tersebut menyruh kami mencari laluan sendiri kerana

kami perlu menghabiskan kesemau checkpoint tersebut. Kami mencari demi

mencari akhirnya terjumpa juga arah yang kami mahukan. Kami perlu memanjat

batu yang tinggi. Ada juga rakan-rakan saya yang tidak boleh memanjat dan saya

terpaksa menari mereka dari atas supaya mereka dapat memanjat batu tersebut.

Setelah jam 3.20 pagi kami sampai di checkpoint ketiga. Di checkpoint tersebut,

kami perlu membuat tiga tugasan iaitu memasak telur, mebuat roti dan membuat

anduh kepada rakan yang cedera. Cara-cara dan teknik-teknik ketiga-tiga tugasan

tersebut seperti di bawah.

1. masak telur. Tekniknya adalah seperti berikut:

tanah dikorek hampir 6 cm.

telur ditebuk untuk membuat lubang kecil.

telur dibalut menggunakan tanah.

telur yang dibalut diletakkan dalam lubang yang dikorek.

letakkan timbunan kayu dan daun kering kemudian nyalakan api.

Page 11: Laporan Pencinta Alam

Ketika memasak telur ini, nilai kesabaran diperlukan kerana ia mengambil masa

yang lama untuk masak.

2. lilit roti di kayu.

Tepung dicampur dengan air.

Uli tepung tersebut sama seperti membuat roti.

Lilit doh roti pada batang kayu dan bakar.

3. Membuat lilitan kain anduh pada rakan yang cedera pada bahagian:

Lengan

Kepala

Lutut

Pergelangan tangan

Ketika membuat anduh ini, saya mengambil rakan saya iaitu Dalilah untuk dijadikan

pesakit. Kami membuat anduh satu demibahagian yang diperlukan. Setelah siap

ketiga-tiga tugasan ini, kami meneruskan lagi perjalanan kami ke checkpoint ke 4.

Ketika dalam perjalanan ke checkpoint keempat, kami terserempak dengan satu

kumpulan pengakap. Kami mengekori mereka dari belakan supaya mudah dalam

perjalanan.

Setelah menegkori mereka, kami sampai di checkpoint 4 pada pukul 4.45 pagi.

Kami perlu membuat pengusung pesakit dengan menggunakan alam semula jadi

yang ada. Saya pergi meneberangi sungai untuk mendapatkan buluh yang sudah

dikerat. Ketika mengambil buluh itu, saya diserang dengan serangga yang

menggatalkan sehingga saya hampir membuang baju. Setelah beberapa minit, gatal

tersebut mulai hilang. Selepas itu, kami mebuat pengusung tersebut, tetapi

malangnya tali yang kami perlukan tidak mencukupi. Saya terpaksa menanggalkan

tali kasut saya untuk mengikat pengusung tersebut. Setelah siap buat, kami disuruh

untuk mencuba naik keatas pengusung tersebut. Kami menggunakan sekali lagi

khidmat rakan saya iaitu Dalilah untuk naik ke atas pengusung tersebut. Pengusung

yang kami buat mampu mengangkat pesakit.

Setelah siap, kami perlu membawa pengusung tersebut ke checkpoint yang terakhir

iaitu checkpoint 5. Ketika sampai di pintu gerbang masuk, kami perlu mengangkat

seseorang dengan menggunakan pengusung yang kami buat dan perlu

Page 12: Laporan Pencinta Alam

menyanyikan lagu yang kami cipta ketiak di checkpoint 2. Kami melakukan aktiviti

tersebut dengan penuh gembira.

Ketika jam menunjukkan pukul 5.20 pagi, kami melaporkan diri di checkpoint 5

untukmenghabiskan tugasan kami. Di situ, mereka memeriksa telur dan roti yang

kami masak di checkpoint ke 3. Setelah selesai periksa, kami perlu merasa roti yang

kami buat. Roti tersebut pahit rasanya. Setelah siap kesemuanya kami pergi

membersihkan diri dan saya pergi ke kolam lalu terjun ke kolam tersebut tanpa

mebuka kasut dan pakaian pengembaraan. Setelah mandi, saya pergi

membersihkan diri untuk memnuaikan solat subuh.

Setelah siap solat subuh dan hari semakin cerah, kami sempat bergambar di

taman rimba tersebut sebagai kenangan manis. Ada juga rakan-rakan saya yang

tidur kerana keletihan. Selepas itu, kami dijamu dengan nasi ayam dan teh panas.

Kami makan dengan seleranya kerana kelaparan. Setalah jam menunjukkan pukul

9.00 pagi. Kami mula bersiap dan berkemas untuk pulang kerana bas sudah

menunggu di pintu gerbang taman rimba tersebut.Ketika dalam perjalanan pulang,

rakan-rakan saya termasuk saya tidur hinggga samapai ke IPG Ilmu Khas.

Oleh itu, saya berharap aktiviti ini dapat dijalankan lagi kerana aktiviti ini sangat

berguna dan memberikan banyak pengajaran serta dapat menerapkan nilai-nilai

murni dalam seseorang pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

.........................................

(NORSANI BIN MOHD SAAD)

ISI KANDUNGAN

Page 13: Laporan Pencinta Alam

NO TAJUK MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN

2 PENGENALAN

3 LAPORAN

4 PENUTUP

5 LAMPIRAN

Page 14: Laporan Pencinta Alam

LAMPIRAN

Page 15: Laporan Pencinta Alam