laporan pemasangan litar siren

8
LAPORAN PEMASANGAN LITAR SIREN Nama Aktiviti : Pemasangan Litar Siren Tujuan : a) Membaca dan menterjemah litar skematik dan lukisan bergambar. b) Menamakan komponen utama dan menyatakan fungsi setiap komponen tersebut. c) Membentuk, memasang dan memateri komponen elektronik seperti pada lukisan skematik. Pengenalan : Litar ini bertujuan untuk membuat penyambungan komponen- komponen elektrik tertentu untuk menghasilkan bunyi. Gambarajah Litar Siren Senarai alatan / bahan : Alatan : Alat pemateri elektrik 25W – 50W, pemotong sisi, playar muncung tirus, penjalur wayar, penyedut pateri dan pemegang bod litar Senarai Alatan: Bil. Alatan Kegunaan

Upload: siti-asiah-abd-rahman

Post on 27-Oct-2015

674 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pemasangan Litar Siren

LAPORAN PEMASANGAN LITAR SIREN

Nama Aktiviti : Pemasangan Litar Siren

Tujuan :

a) Membaca dan menterjemah litar skematik dan lukisan bergambar.

b) Menamakan komponen utama dan menyatakan fungsi setiap komponen

tersebut.

c) Membentuk, memasang dan memateri komponen elektronik seperti pada

lukisan skematik.

Pengenalan :

Litar ini bertujuan untuk membuat penyambungan komponen-komponen

elektrik tertentu untuk menghasilkan bunyi.

Gambarajah Litar Siren

Senarai alatan / bahan :

Alatan : Alat pemateri elektrik 25W – 50W, pemotong sisi, playar muncung tirus,

penjalur wayar, penyedut pateri dan pemegang bod litar

Senarai Alatan:

Bil. Alatan Kegunaan

1.

Alat Pemateri

Mencairkan timah pateri

ketika kerja - kerja

pematerian.

2.

Bahan pemateri/timah

Sejenis bahan aloi

campuran timah dan

plumbum.

Mencantumkan hujung

Page 2: Laporan Pemasangan Litar Siren

wayar dan kaki komponen

pada bod litar.

.Sesetengahnya

mengandungi fluks untuk:

a) membersihkan bahagian

pateri.

b) mengalirkan bahan pateri

yang lebur

c) mencegah lapisan oksida

3.

Pemegang Alat Pateri

Meletakkan alat pemateri

ketika digunakan.

Meletakkan alat pemateri

sehingga sejuk sebelum

disimpan.

4.

Span

Digunakan untuk

membersihkan bit daripada

bahan pateri yang

berlebihan.

Perlu dilembapkan dengan

air sebelum digunakan.

5.

Penyedut Pateri

Menyedut timah pateri ketika

kerja - kerja pembaikan litar.

6.

Playar Pemotong Sisi

Memotong dawai dan wayar

elektrik.

Memotong kaki komponen

elektronik.

7.

Penjalur Wayar

Menjalur dan memotong

wayar

Page 3: Laporan Pemasangan Litar Siren

Komponen :

JENIS BAHAN KUANTITI

Pateri 60/40 berfluks 1

Transistor PNP CS9012 1

Transistor NPN CS9013 1

Kapasitor 0.01 µF 1

Kapasitor 100 µF 1

Perintang 120Ω 2

Perintang 270Ω 1

Perintang 3.3kΩ 1

Perintang 10kΩ 1

Suis tekan tutup 1

Pembesar suara 1

Bod litar 1

Bateri 9V 1

Penyambung bateri 1

Wayar lembar tunggal 30cm panjang 1

Komponen elektronik dan fungsinya :

Komponen

Nama Simbol Fungsi

Perintang Tetap

Digunakan untuk

mengurangkan

arus elektrik yang

melalui litar. Ada

dua jenis, iaitu

perintang karbon

dan lilitan dawai.

atau

Page 4: Laporan Pemasangan Litar Siren

Kapasitor Tanpa

Kutub

Digunakan untuk

menyimpan dan

membuang cas

elektrik. Contohnya

seperti kapasitor

seramik dan

kapasitor mika.

Transistor NPN

Berfungsi dalam

litar elektronik

untuk meninggikan

arus, voltan, kuasa

dan menjadi suis

kawalan.

Kapasitor Berkutub

Digunakan untuk

menyimpan dan

membuang cas

elektrik. Contohnya

seperti kapasitor

elektrolitik dan

kapasitor tantalum.

Langkah / Prosedur :

1. Mengenalpasti Litar skematik yang mengandungi susunan komponen-

komponen elektronik dalam bentuk simbol. Simbol ini memberi panduan

untuk membuat pemilihan komponen yang betul.

2. Kaki perintang, kapasitor, transistor, suis tekan tutup, penyambung bateri, dan pembesar suara dibentuk dan dipasang ke dalam lubang verobod mengikut lukisan bergambar

3. Kompenan seperti kapasitor dan kaki transistor dipastikan dipasang dengan

betul mengikut anod dan katod arah kutub yang betul.

4. Masukkan plug.

5. Masukkan pemateri ke dalam pemegang.

6. Biarkan selama 3 minit hingga 5 minit.

7. Pastikan ia betul-betul panas.

8. Cuba cairkan bahan pateri ( logam timah ) untuk memastikan alat pematri

betul-betul panas.

Page 5: Laporan Pemasangan Litar Siren

9. Aktiviti pemasangan dan memateri komponen dijalankan.

10. Langkah-langkah keselamatan dititkberatkan sepanjang menjalankan amali

ini.

Kesimpulan:

Pastikan pemasangan kompenan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang

betul berpandukan Penterjemahan litar skematik betul. Cara pematerian yang

sempurna perlu dititikberatkan dalam memastikan projek siren ini berfungsi.

Refleksi Kumpulan

Alhamdulillah ,tugasan ini dapat disiapkan mengikut masa yang telah

ditetapkan bagi memenuhi tugasan amali RBT 3118.Setinggi penghargaan buat

pensyarah pembimbing iaitu Encik Amran bin Hj.Mohd Din yang telah memberi

bimbingan sepanjang amali ini dijalankan.

Tugasan ini walaupun nampak mudah namun tanpa kerjasama dari rakan

kumpulan tidak ianya tidak akan membuahkan hasil.Sekalung penghargaan buat

rakan-rakan kumpulan yang telah bersama-sama menyiapkan amali ini sehingga

menghasilkan Litar Siren ini.

Sedikit sebanyak kami dapat menimba pengalaman sepanjang menjalakan

amali ini.Walaupun pernah menjalankan pematerian di zaman persekolahan

dahulu,namun masih terasa kekok apabila menggunakan kembali alat pateri

ini .Dengan tugasan ini juga kami dapat mengenal pasti simbol,komponen dan cara

pemasangan yang betul pada papan litar siren.Kami dapat mengaplikasi semula

pengetahuan sedia ada mempelajari Kemahiran Hidup semasa persekolahan

dahulu.Harapan kami semoga tugasan amali ini dapat memenuhi objektif tugasan.

Sekian

Page 6: Laporan Pemasangan Litar Siren