laporan lawatan

9
KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR, KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM, 05100 ALOR SETAR, KEDAH. TAJUK : LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR LOKASI : PENCAWANG MASUK UTAMA TNB MERGONG TARIKH LAWATAN : 19 APRIL 2016 NAMA : MOHD AFIQ IKHRAM BIN MOHAMAD AZHAR KAD PENGENALAN : 970920 - 02 - 5057 PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK TAHAP : 4 SEMESTER 7 NAMA PENSYARAH : ENCIK RIDZUAN BIN HASSAN TARIKH HANTAR : 20 APRIL 2016

Upload: afiq-ikhram-azhar

Post on 11-Jul-2016

372 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan lawatan

TRANSCRIPT

Page 1: laporan lawatan

KOLEJ VOKASIONAL ALOR SETAR,

KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM,

05100 ALOR SETAR, KEDAH.

   

   

TAJUK : LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

LOKASI : PENCAWANG MASUK UTAMA TNB MERGONG

TARIKH LAWATAN : 19 APRIL 2016

   

NAMA : MOHD AFIQ IKHRAM BIN MOHAMAD AZHAR

KAD PENGENALAN : 970920 - 02 - 5057

PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

   

TAHAP : 4 SEMESTER 7

NAMA PENSYARAH : ENCIK RIDZUAN BIN HASSAN

TARIKH HANTAR : 20 APRIL 2016

Page 2: laporan lawatan

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TNB MERGONG DAN AMAN CENTRAL

Pada 19 April 2016, seramai 25 pelajar Teknologi Elektrik Tahun 4 Kolej Vokasional Alor Setar dan 3 orang guru pengiring telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pencawang Masuk Utama Mergong dan Aman central di Alor Setar.

Kami dikehendaki berkumpul di kolej pada pagi tersebut kira-kira pada pukul 7.45 pagi. Setelah mendengar beberapa taklimat dari pensyarah, kami dibenarkan untuk bersarapan di kantin dan diminta untuk berada di hadapan pintu masuk kolej pada pukul 8.45 pagi. Bas mula bergerak dan kami telah sampai di sana sekitar jam 9.00 pagi.

Gambar 1. Pencawang Masuk Utama Mergong

Sebaik sahaja kami berada di pintu masuk Pencawang Masuk Utama Mergong, kami disambut oleh beberapa pegawai yang bertugas di sana antaranya ialah Encik Mohd Azleyzan bin Sulaiman, Encik Modh Fitri Mohamad (Jurutera bahagian pencawang) dan Encik Muhamad Nasir bin Nordin (Eksekutif bahagian Pencawang). Mereka memberi beberapa taklimat sebelum kami memasuki kawasan itu. Terdapat beberapa perkara yang kami perlu patuhi antaranya ialah akta-akta keselamatan, pemakaian, dan peraturan yang perlu dipatuhi setelah memasuki kawasan itu.

Page 3: laporan lawatan

Gambar 2. Transformer 132/33 kV

Kami amat bertuah kerana dapat memasuki kawasan pencawang dan dapat menyaksikan transformer yang hidup yang berada di kawasan itu. Ketika itu, pegawai memberi beberapa penerangan tentang transformer dan pelbagai ilmu-ilmu yang bermanfaat. Antara perkara yang kami perolehi ialah tentang penggunaan transformer dan fungsi beberapa komponen seperti tangki converter, Off Load Tap Changer, Earthing Terminal, 3 Phase Cable, Oil Level Gauge dan sebagainya.

Gambar 3. Keseluruhan Transformer (T1,T2,T3,T4)

Selain itu, perkara selanjutnya yang kami perolehi ialah minyak transformer dikenali sebagai ‘mineral oil’ dan perlu diselenggara selama 4 tahun sekali. Dalam hal ini, terdapat pelbagai pengujian yang digunakan bagi memastikan keadaan minyak tersebut berada dalam keadaan baik antaranya ialah oil test, moisture test, insulation test dan lain-lain lagi. Di samping itu, kami juga dapat mengenali beberapa transformer yang digunakan iaitu T1 dan T2 untuk talian 132 kV manakala T3 dan T4 untuk 33kV.

Page 4: laporan lawatan

Gambar 4. Talian atas 1

Gambar 5. Talian atas 2Diceritakan bahawa komponen yang bewarna coklat yang berada pada punca itu

dipanggil Surge Arrester yang berfungsi untuk melindungi peralatan elektrik daripada kilat. Dalam hal ini, alatan ini juga dikenali sebagai Surge Protection Device (SPD) atau Transient Voltage Surge Suppresor (TVSS).

Page 5: laporan lawatan

Gambar 6. Seorang pegawai sedang memberi taklimat tentang papan suis utama

Gambar 7. Gambarajah Skematik

Setelah habis menerokai kawasan pencawang, kami dibawa ke sebuah bilik kawalan sebagai tempat lawatan seterusnya. Antara perkara yang disampaikan sewaktu berada dalam bilik kawalan ialah tentang keselamatan dan fungsi relay yang berada pada papan suis utama. Selain itu, diceritakan bahawa hanya orang yang kompeten dan berkebenaran sahaja boleh mengendalikan bahagian kawalan itu.

Page 6: laporan lawatan

Gambar 8. Gambar kami bersama pegawai yang bertugas ketika itu

Gambar 9. Standby Generator yang berada di bawah bangunan pusat membeli-belah

Selepas habis lawatan kami di situ kira-kira jam 12.00 tengahari, kami dikehendaki bertolak ke Amanjaya Mall di Alor Setar untuk meneruskan lawatan kami yang berikutnya.

Page 7: laporan lawatan