laporan kertas projek

Upload: dadymama-lin

Post on 05-Nov-2015

149 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kertas projek

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN KAEDAH PENILAIAN KATA HUBUNG BAHASA MELAYU MELALUI INTERNET BERBANDING KAEDAH KONVENSIONAL MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR T6 KLUANG JOHOR DARUL TAKZIM

FADZLEE AFFANDI B SHAPIEE

LAPORAN KERTAS PROJEK

School of Education and Cognitive ScienceASIAeUNIVERSITY

2015

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah penilaian interaktif melalui internet ke atas murid-murid Tahun Enam dalam pembelajaran bahasa Melayu khususnya dalam bidang tatabahasa iaitu berkenaan penggunaan Kata Hubung dalam ayat bahasa Melayu, dibandingkan dengan kaedah konvensional. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah eksperimen dengan menggunakan instrumen kertas soalan penilaian dan juga soalan interaktif melalui internet. Populasi kajian terdiri daripada murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Bandar T6 Kluang, Johor. Sampel pula ialah terdiri daripada 30 orang murid yang diambil dari empat kelas Tahun 6 iaitu merupakan 26% daripada keseluruhan 115 orang murid Tahun 6 bagi dijadikan sebagai kumpulan eksperimen. Kumpulan eksperimen ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk berkaitan Kata Hubung. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran selesai, kumpulan eksperimen akan melalui pula proses penilaian dengan dua kaedah yang berbeza. Pertamanya penilaian melalui kaedah konvensional dan keduanya melalui kaedah interaktif melalui internet. Satu perbandingan min skor akan dibuat bagi melihat perbezaan pencapaian di antara dua kaedah penilaian tersebut dengan menggunakan perisian SSPS. Seterusnya, tinjauan juga dilakukan dengan menemu bual guru-guru bagi melihat pandangan atau pendapat tentang kelebihan menggunakan internet dalam proses penilaian bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan yang diperolehi menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara penilaian secara konvensional dibandingkan dengan penilaian melalui internet. Dapatan penilaian melalui internet juga dilihat tidak menjejaskan pencapaian responden berbanding pencapaian secara konvensional. Manakala dapatan melalui temu bual pula tidak menafikan tentang kepentingan dan kelebihan aplikasi internet khusus dalam aspek penilaian sekiranya diurus dengan baik.

i

ABSTRACT

This study aimed to determine the effectiveness of interactive methods of assessment

over the internet on the Year Six pupils in learning the Malay language, particularly in the areas of grammar, namely the use of conjunctions in sentences Malay language, compared with conventional methods. This study was conducted using the experimental method using paper instruments, and evaluation of interactive question via the Internet. The study population consisted of sixth year students of Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang . Is the sample consisted of 30 students drawn from four classes of Year 6 of the 26% of the 115 Year 6 pupils to be used as the experimental group. The experimental group through the process of teaching and learning of topics related to Search Call. After teaching and learning process is finished, the experiment will go through the evaluation process are two different methods. First evaluation using both conventional and interactive using the internet. A comparison of scores will be made to see performance differences between the two methods of assessment using SSPS software. Next, review the interview conducted with the teachers to see the views or opinions on the advantages of using the Internet in the process of assessment for the subject of Malay. The results showed that no significant difference between the conventional assessment compared with assessment through the Internet. The findings of the assessment via the internet is seen not affect the performance of the respondents compared to conventional. While the findings of the interviews is not to deny the importance and benefits of specific Internet applications in the evaluation and, if managed properly.

ii

ISI KANDUNGAN

ABSTRAKiABSTRACTii ISI KANDUNGANiii

BAB SATU: PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 4 1.3 Kerangka Konsep 5 1.4 Matlamat Kajian 6 1.4.1 Objektif Kajian 71.4.2 Soalan Kajian 7 1.4.3 Hipotesis Kajian 71.5Kepentingan Kajian8 1.5.1Kepada Guru dan Pelajar8 1.5.2Kepada Jabatan Pelajaran Negeri8 1.5.3Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia91.6Batasan Kajian9 1.7Definisi Kajian10 1.8Kesimpulan13

iii

BAB DUA:TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 15 2.2 Teori Berkaitan 16 2.3 Kajian Berkaitan 18 2.3.1 Kajian Tempatan 182.3.2Kajian Luar Negara19 2.4Kesimpulan20

BAB TIGA: METODOLOGI

3.1Pendahuluan22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 25 3.4 Instrumen Kajian 25 3.4.1 Pembangunan Instrumen Kajian 263.4.2Pemboleh Ubah Kajian27 3.5Tatacara Pengutipan Data27 3.6Tatacara Penganalisisan Data28 3.7Kesimpulan28

viii

RUJUKANxii

LAMPIRAN

Lampiran A Borang Maklumat Responden

Lampiran B Soalan Penilaian Konvensional

Lampiran C Soalan Penilaian Interaktif Melalui Internet

BAB 1

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

1.1Pendahuluan

Dalam era dunia yang bergerak pantas dan semakin global, pengintegrasian

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan menjadi semakin

relevan dan menjadi keutamaan. Internet merupakan salah satu daripada

teknologi ICT yang paling pesat berkembang dan menjadi begitu dominan dalam

konteks kehidupan masa kini. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang

besar kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah-sekolah dan

institusi pendidikan.

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan

perubahan ke arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada

institusi pendidikan masa kini. Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dan

mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan

penggunaan ICT dan multimedia dalam P&P adalah perlu. Teknologi maklumat

dan komunikasi telah mengubah cara hidup manusia berkomunikasi, bekerja

serta menjalankan perniagaan. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang

besar kepada P&P dalam bilik darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana

telekomunikasi dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan

pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat secara sinkroni atau asinkroni.

Peranti tambahan seperti CD Rom interaktif, teknologi video dan digital telah

menyediakan satu persekitaran media yang serba boleh untuk keperluan dan reka

bentuk guru dan pelajar (Ng Wai Kong, 1999).

Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada

guru dan murid untuk meneroka dan mencari bahan untuk P&P. Melalui portal-

portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan

murid dapat memanafaatkannya sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat

memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata

pelajaran. Sebagai contoh dalam proses penilaian di mana sesuatu penilaian itu

hanya dijalankan sekali sahaja dalam satu-satu masa serta memerlukan guru

untuk menyemak dan menerangkan sesuatu persoalan yang terdapat dalam

penilaian itu. Keadaan ini berbeza dengan penilaian yang dijalankan dalam

sesuatu portal di mana ianya boleh berbentuk interaktif yang membenarkan

murid belajar secara kendiri dan boleh diulang-ulang bagi mendapatkan

kefahaman.

2

Melalui internet juga membolehkan program latihan atau penilaian secara

interaktif dapat disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh.

Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran ini merupakan satu kaedah yang

menyenang dan menyeronokkan. Pembelajaran ini membolehkan pelajar, belajar

di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Ini membolehkan pelajar

menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif. Pembelajaran secara maya

ini juga membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan

digital atau laman web. Penggunaaan sumber ICT yang terancang, menarik dan

isi pelajaran yang berkesan akan menghasilkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri

yang berikut:

Pelajar yang lebih bertanggungjawab terhadap pelajarannya.

Pelajar boleh menentukan keperluan bahan untuk pembelajarannya.

Pelajar bebas melakukan carian maklumat mengikut keperluan tahap

pencapaian dan pengetahuan.

Pelajar dapat membina pengetahuan baru berasaskan kepada carian

maklumat, komunikasi dua hala dan penemuan kendiri.

3

1.2Pernyataan Masalah

Dalam proses pembelajaran murid-murid, ianya tidak berakhir dengan

penyampaian pelajaran oleh guru sahaja malah di akhir sesuatu pembelajaran

kita ingin mendapat maklumat tentang pelajar, melihat keberkesanan

pembelajaran dan dapat mengenal pasti aspek yang boleh diperbaiki. Salah satu

cara untuk mendapatkan maklumat ini ialah melalui proses penilaian.

Proses penilaian sering dianggap sesuatu yang merunsing dan

menakutkan murid-murid atau sesiapa sahaja yang akan menempuhinya.

Terdapat tanggapan bahawa penilaian itu sinonim dengan peperiksaan atau ujian

yang tidak terlepas dari proses menjawab soalan dengan menanda, membulat,

menggaris, mengisi tempat kosong dan lain-lain gerakbalas sehingga boleh

menimbulkan kebosanan atau kejemuan terhadap proses penilaian konvensional

ini, dan seterusnya murid menjadi kurang berminat atau timbul sikap sambil lewa

dengan proses penilaian tersebut. Keadaan ini menimbulkan tanggapan atau

perasaan tidak seronok murid-murid dalam menjadikan penilaian itu sebagai

proses pembelajaran berkesan.

4

Sebenarnya maksud penilaian lebih luas, McMillan (2001) mentakrifkan

penilaian sebagai pengumpulan, pentaksiran dan penggunaan maklumat untuk

menolong guru membuat keputusan yang lebih baik dalam bilik darjah. Justeru

itu, melihat kepada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

masa kini kajian ini cuba membuktikan bahawa penilaian melalui internet adalah

berkesan dan dapat menarik minat murid menjadikan penilaian ini suatu proses

pembelajaran kendiri bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran.

1.3Kerangka Konsep

Kerangka konsep bagi kajian ini ditunjukkan pada Rajah 1.1 di bawah. Ia

menunjukkan perkaitan antara proses pembelajaran bebas sebagai pemboleh

ubah bebas dan hasil pembelajaran sebagai pemboleh ubah bersandar

(bergerakbalas). Strategi pembelajaran yang akan digunakan dalam kajian ini

ialah kaedah penilaian interaktif melalui internet dan kaedah penilaian

konvensional. Kedua-dua kaedah penilaian ini akan dinilai keberkesanannya

berdasarkan kepada hasil yang akan diukur dalam bentuk pencapaian Mata

Pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya satu tinjauan melalui proses temu bual

akan dilakukan terhadap guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu tentang

kelebihan penggunaan internet berbanding konvensional dalam aspek penilaian.

5

RAJAH 1.1

Kerangka Konsep Kajian

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Konvensional

Penilaian Interaktif Melalui Internet

Temu Bual

1.4Matlamat Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mendapat maklum balas tentang sejauh

mana keberkesanan dan kelebihan penggunaan internet dalam proses penilaian

berbanding dengan penilaian yang dijalankan secara konvensional bagi Mata

Pelajaran Bahasa Melayu, fokus kepada tatabahasa iaitu penggunaan Kata

Hubung dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan

Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

6

1.4.1Objektif Kajian

Objektif bagi kajian yang dijalankan ialah untuk:

a)Menentukan keberkesanan murid-murid menjawab soalan melalui

internet berbanding secara konvensional.

b)Menentukan kelebihan penggunaan internet dalam proses

penilaian berbanding kaedah konvensional.

1.4.2Soalan Kajian

Kajian yang dijalankan merangkumi perkara seperti berikut:

a)Adakah terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan antara

kaedah penilaian menjawab soalan melalui internet dengan

kaedah penilaian secara konvensional.

b)Apakah terdapat kelebihan kaedah penilaian melalui internet bagi

guru berbanding penilaian secara konvensional.

1.4.3Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini hipotesis nul yang ingin dikaji ialah:

Ho :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan min skor ujian penilaian

secara konvensional dan penilaian melalui internet.

7

1.5Kepentingan Kajian

Kajian yang dibuat mempunyai kepentingan untuk renungan dan penilaian pihak-

pihak berikut:

1.5.1Kepada Guru Dan Pelajar

Menyedarkan para guru tentang kelebihan penggunaan internet dalam

proses pengajaran dan pembelajaran khususnya proses penilaian serta

memberirangsangan,motivasidanminatuntukmurid-murid

menggunakan proses penilaian yang berterusan sebagai suatu proses

pembelajaran secara kendiri.

1.5.2Kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

Agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri memberi penekanan terhadap

kepentingan penggunaan internet dalam proses P&P khususnya dalam

aspek penilaian dan tidak hanya terikat dengan penilaian secara

konvensional semata-mata. Di sini JPN boleh menggunakan soalan-

soalan terkumpul (bank soalan) bagi menghasilkan suatu laman interaktif

secara online atau pun offline.

8

1.5.3Kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Diharap pihak KPM dengan menggunakan segala kepakaran yang ada

atau dengan kerjasama pihak tertentu, dapat menghasilkan suatu laman

interaktif melalui internet secara percuma atau dengan bayaran yang

minimun iaitu laman penilaian atau latihan menjawab soalan mengikut

sukatan pelajaran terkini bagi membantu murid-murid membuat latihan

secara kendiri di samping dapat menggunakan kemudahan internet yang

dibekalkan secara optimun.

1.6Batasan Kajian

Kajian ini menumpukan aspek tatabahasa iaitu berkaitan penggunaan Kata

Hubung dalam ayat bahasa Melayu. Dalam kajian yang dibuat, ianya melibatkan

beberapa buah kelas Tahun 6 dengan mengumpul 30 orang murid daripada

keseluruhan murid Tahun 6 yang terhad kepada sebuah sekolah sahaja iaitu

Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang, Johor. Mereka ini merupakan

sampel perwakilan sebenar untuk sebuah sekolah yang ingin dikaji. Oleh itu,

hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar

Tahun 6 sekolah rendah di seluruh negara.

9

Dalam kajian yang akan dibuat ini, murid-murid eksperimen terlebih

dahulu akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mereka

ini akan melalui pula proses penilaian. Di sinilah murid-murid eksperimen ini

akan melalui dua kaedah penilaian yang berbeza iaitu pertamanya, melalui

kaedah konvensional dan keduanya kaedah penilaian melalui internet untuk

dibuat perbandingan keberkesanan dua kaedah tersebut. Dalam kajian ini akan

wujud beberapa kesukaran dari segi kemudahan peralatan ICT iaitu bilangan

komputer terhad yang terdapat di makmal komputer sekolah. Begitu juga dengan

talian internet yang kemungkinan mengalami gangguan talian atau berlaku talian

yang tidak dapat menampung kepada akses yang banyak. Oleh itu beberapa

pendekatan akan diambil, seperti menjalankan eksperimen dalam kumpulan kecil

secara berperingkat-peringkat dalam jangka masa yang sama.

1.7Definisi Istilah

Beberapa istilah telah digunakan dalam kajian adalah seperti berikut:

1.7.1Keberkesanan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 1994) mendefinisikan keberkesanan

sebagai perihal berkesan atau berkesannya sesuatu tindakan, perubahan

dan sebagainya. Dalam kajian ini, keberkesanan adalah merujuk kepada

10

sejauh mana penggunaan internet memberi kesan dalam proses penilaian

Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi aspek yang diajar.

1.7.2Penilaian

Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) juga, penilaian

didefinisikan sebagai perihal perbuatan menilai atau pentaksiran. Dalam

konteks kajian ini, penilaian adalah proses atau prosedur yang sistematik

bagi membuat pertimbangan dalam mentaksir hasil pengukuran yang

bertujuanuntukmemberimaklumattentangpencapaianproses

pembelajaran, kemahiran atau sikap.

1.7.3Kata Hubung

Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), kata hubung juga

dikenali kata penyambung ayat iaitu sejumlah perkataan yang bertugas

menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk

ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

1.7.4Bahasa Melayu

Mata Pelajaran Bahasa Melayu bertujuan melengkapkan murid dengan

ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya

sebagai bahasa ilmu (KPM, 2003). Dalam konteks kajian ini, Mata

Pelajaran Bahasa Melayu adalah merujuk kepada proses pengajaran dan

11

pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi

kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada masa

berkenaan.

1.7.5Melalui Internet

Internet atau WWW (World Wide Web) merupakan satu sistem rangkaian

kawasan meluas (WAN) yang membolehkan komputer berkomunikasi

antara satu sama lain melalui pelbagai media komunikasi. Dalam konteks

kajian ini, melalui internet adalah merujuk kepada sistem pembelajaran

interaktif melalui internet iaitu dengan menggunakan laman web,

www.zoom-a.com.

1.7.6Berbanding

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan

berbanding ialah dibandingkan. Oleh itu, dalam konteks kajian ini

berbanding adalah merujuk kepada perbandingan antara kaedah penilaian

secara konvensional dengan kaedah penilaian menggunakan internet.

1.7.7Konvensional

Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP,1994) mendefinisikan

konvensional mengikut atau sebagaimana yang ditentukan oleh

kovensi, biasa atau sebagaimana kebiasaannya. Dalam konteks kajian ini,

12

konvensional adalah merujuk kepada proses penilaian yang biasa

dilakukan iaitu mengedar kertas soalan dan kertas jawapan kemudian

pelajar menanda kertas jawapan dengan pensel.

1.8Kesimpulan

Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

khususnya dalam aspek penilaian merupakan suatu dimensi baru kepada murid

sekolah rendah untuk beralih dari kaedah penilaian secara konvensional kepada

penilaian secara interaktif melalui internet. Dengan berkembangnya ICT dan

mengambil kira kemudahan ICT dan internet yang dibekalkan oleh KPM di

sekolah-sekolah, suatu kaedah penilaian baru perlu diteroka dan dimajukan

sebagai suatu proses P&P.

Internet amat berpotensi membuatkan P&P lebih menarik dan bermakna.

Dengan kemudahan yang sedia ada, terpulanglah kepada guru untuk membawa

penggunaan internet dalam proses pembelajaran murid-murid. Walaupun akses

ke talian internet masih belum stabil tetapi kemudahan untuk menggunakan

internet terdapat di mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat beli-belah

dan lain-lain dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Sudah pasti proses

pembelajaran menggunakan program interaktif melalui internet menyeronokkan

murid-murid dan memudahkan proses pengajaran guru. Di samping itu, ia juga

13

merupakan kaedah paling cepat dan berkesan untuk menyemai budaya celik

komputer di kalangan pelajar dan warga sekolah. Justeru itu, KPM perlu menilai

penggunaannya bagi membantu pelajar dan guru di sekolah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam aspek penilaian.

14

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan pendapat dan hasil dapatan kajian

oleh pengkaji tempatan dan luar negara berkaitan dengan aspek penilaian dalam

pengajaran dan pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu

pembelajaran dan pengajaran diukur melalui objektif pengajaran yang pelajar

dapat capai sewaktu sesi pembelajaran dijalankan di dalam kelas.

Justeru itu pengkaji akan menjalankan proses P&P dan seterusnya

pengkaji akan melakukan proses penilaian terhadap P&P tersebut. Di sini

pengkaji ingin melihat dan menilai keberkesanan proses penilaian ke atas

pembelajaran bagi aspek Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 6 bagi tajuk

berkaitan Kata Hubung yang dijalankan dengan menggunakan dua kaedah

penilaian iaitu penilaian secara interaktif melalui internet melalui tapak web

www.zoom-a.comdanpenilaianmelaluikaedahkonvensionaldengan

menggunakan kertas dan pensel. Dari penilaian yang dilakukan ini, pengkaji

akan membuat perbandingan hasil dapatan ke atas murid-murid dari kumpulan

eksperimen bagi meninjau keberkesanan program penilaian yang dikaji.

Seterusnya pengkaji juga melakukan temu bual terhadap guru tentang kelebihan

program atau internet khusus dalam aspek penilaian yang digunakan, berbanding

dengan penilaian secara konvensional.

2.2Teori Berkaitan

Penilaian dianggap sebahagian daripada proses P&P. Penilaian juga penting bagi

menentu atau melihat sejauh mana sesuatu proses P&P itu berjaya mencapai

objektifnya. Rajah 2.1 dapat memperlihatkan bagaimana penilaian, proses

pengajaran dan pembelajaran bertindakbalas di antara satu sama lain bagi

mencapai matlamat yang dijangkakan.

16

RAJAH 2.1

Tindakbalas Antara Penilaian, Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

MATLAMAT

PengajaranPembelajaran

Penilaian dalam kelas biasanya mengutamakan penilaian formatif, iaitu

mengesan perkembangan pembelajaran dengan segera untuk mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan murid-murid. Manakala penilaian sumatif dilakukan

bagi tujuan untuk mengetahui secara menyeluruh akan penguasaan dan tahap

pencapaian murid-murid. Penilaian adalah lebih sesuai digunakan dalam proses

P&P dan tidak hanya mengadakannya untuk tujuan ujian semata-mata. Ini adalah

kerana melaluinya pelbagai pendekatan boleh digunakan untuk mendapatkan

maklumat yang diperlukan. Tambahan pula, penilaian juga merangkumi ujian

yang merupakan suatu alat yang bersistematik bagi menentukan prestasi atau

peringkat pencapaian seseorang murid dalam sesuatu bidang atau kemahiran.

Bentuk penilaian yang digunakan di sekolah-sekolah rendah meliputi pelbagai

cara dan kaedah. Dua cara melaksanakannya; satu cara informal seperti

17

pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz dan satu cara lagi dalam bentuk formal

seperti ujian pensel dan kertas yang dianggap konvensional berbanding dengan

bentuk penilaian interaktif melalui internet. Justeru itu, dua kaedah penilaian

akan digunakan dalam kajian ini dan semua aktiviti penilaian akan direkodkan

supaya penganalisisan dapat dijalankan.

Mengikut Tuckman (1975:12) iaitu merujuk buku Pedagogi Bahasa

karangan Kamarudin Hj. Hashim, ujian bolehlah dijelaskan sebagai satu jenis

atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui

tentang seseorang. Ia adalah alat pengukuran yang dapat memberikan sampel

tingkah laku seseorang dengan cara menjawab soalan atau menyelesaikan

masalah.

2.3Kajian Berkaitan

Antara kajian yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

2.3.1Kajian Tempatan

Kajian yang berkaitan dengan penilaian ini pernah dijalankan oleh

Lihanna Borhan dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Tajuk kajian

yang dilakukan ialah Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal

Kanak-Kanak Melalui Portfolio. Kajian yang dijalankan adalah

18

membincangkan dan mencari alternatif yang sesuai bagi menggantikan

penilaian bertulis yang dilihat kurang sesuai bagi pendidikan awal kanak-

kanak. Dapatan daripada kajian ini, portfolio merupakan satu kaedah

yang berpotensi memainkan peranan penting dalam pendidikan awal

kanak-kanak dan juga dapat memenuhi kebanyakan fungsi dan objektif

penilaian.

2.3.2Kajian Luar Negara

Menurut kajian yang dijalankan oleh Gay (1985) iaitu merujuk modul

OUM HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan,

penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan

menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah

ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat

pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan

pembelajaran. Apabila menyentuh tentang ujian atau penilaian, Gagne

(1970:3) dalam buku bertajuk Pedagogi Bahasa karangan Kamarudin Hj.

Husin, memberi definisi ujian sebagai cara yang sistematik untuk

mengukur tingkah laku seseorang individu kerana pembelajaran telah

dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Oleh itu jelaslah bahawa ujian

adalah satu cara yang sistematik dan harus dijalankan dengan baik dan

mengikut peraturan-peraturan tertentu.

19

2.4Kesimpulan

Penilaian merupakan perkara yang penting dalam proses pendidikan. Ia

melibatkan sejauh mana mutu dan kualiti dalam sesuatu perkara dapat dinilai.

Justeru itu, penilaian dalam proses P&P perlu dilakukan sama ada ianya

dilakukan secara formal atau tidak formal adalah untuk menentukan penguasaan

pelajar terhadap kemahiran, pengetahuan dan kebolehannya. Malah, penilaian

dilakukan untuk mengesan perkembangan pelajar dari segi nilai dan sikap serta

membantu guru dalam mempertingkatkan pengajaran mereka agar lebih

berkesan.

Walau bagaimanapun dalam zaman ledakan ICT kini, internet telah

membolehkan perkhidmatan dan program latihan disalurkan melalui talian dan

dapat diakses secara jarak jauh. Proses penilaian melalui internet ini memberi

impak pembelajaran atau peluang yang lebih luas kepada pelajar menerusi

penglibatanaktif,interaktif,koloboratifdanseterusnyamenggalakkan

pembelajaran kendiri. Pengalaman pembelajaran khususnya dalam aspek

penilaian boleh diperolehi menerusi penggunaan internet, tidak hanya berada

dalam lingkungan kelas atau penggunaan kertas dan pensel sahaja; malah

penggunaan internet mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus

dalam persekitaran pembelajaran yang sesuai.

20

Di dalam bab ini pengkaji membuat tinjauan kajian yang berkaitan

dengan penggunaan internet dalam proses penilaian sebagai suatu prospek

pembelajaran kendiri. Pengkaji juga ada mengemukakan beberapa teori dan

model yang menerangkan tentang pendapat atau kelebihan internet berbanding

dengan kaedah penilaian konvensional. Berdasarkan kajian penggunaan internet,

diharapkan proses penilaian interaktif melalui internet akan memberi kesan

positif ke atas pencapaian pelajar yang dikaji di dalam Mata Pelajaran Bahasa

Melayu.

21

BAB 3

METODOLOGI

3.1Pendahuluan

Kajian yang akan dijalankan ini adalah untuk melihat sama ada kaedah penilaian

interaktif melalui internet dapat menunjukkan keberkesanan atau menjejaskan

pencapaian murid dalam aspek berkaitan tatabahasa iaitu Kata Hubung bagi

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Justeru itu beberapa aspek akan diguna

dan diambil kira dalam kajian ini adalah seperti reka bentuk kajian, populasi dan

sampel kajian, alat-alat kajian dan tatacara pengutipan serta penganalisisan data.

3.2Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian eksperimen dan juga tinjauan,

bagi membandingkan keberkesanan kaedah penilaian melalui internet dengan

kaedah biasa iaitu penilaian secara konvensional. Kajian ini akan dijalankan ke

atas sekumpulan murid eksperimen yang mempunyai kebolehan atau pencapaian

yang pelbagai. Murid-murid kumpulan eksperimen ini akan diberikan borang

maklumat pelajar (Lampiran A). Borang berkenaan disediakan bagi mengetahui

beberapa aspek seperti jantina, umur, status pekerjaan ibu bapa, kemudahan dan

pengetahuan tentang penggunaan komputer atau internet.

Seterusnya murid-murid kumpulan eksperimen akan menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk yang berkaitan dalam tempoh masa yang

tertentu. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran ini selesai, murid kumpulan

eksperimen akan melalui proses menjawab soalan atau menjalani penilaian

terhadap aspek yang diajar melalui dua kaedah iaitu pertamanya, murid ini akan

dibekalkan soalan berkaitan Kata Hubung Bahasa Melayu dalam bentuk objektif

(Lampiran B) dan dikehendaki menjawab soalan secara konvensional dengan

menanda pada kertas jawapan. Kertas jawapan ini akan dikumpul dan disemak

hasil dapatannya. Seterusnya kumpulan eksperimen ini juga akan dinilai melalui

penggunaan internet iaitu murid menjawab soalan secara online di mana

soalannya (Lampiran C) adalah sama tetapi kedudukan soalan adalah berubah.

Kertas ujian juga akan disemak dan hasil dapatannya dibuat secara automatik

melalui internet. Kedua-dua kaedah penilaian ini akan dibuat perbandingan dari

segi gred pencapaian atau skor yang mereka perolehi.

23

Di akhir eksperimen atau kajian ini, pengkaji juga membuat tinjauan

tentang kelebihan menggunakan kaedah penilaian melalui internet berbanding

konvensional dengan mengadakan temu bual terhadap guru-guru bahasa Melayu

di sekolah kajian ini dijalankan.

Reka bentuk kajian adalah seperti rajah di bawah:

RAJAH 3.1

Aliran Reka Bentuk Kajian

Penilaian Konvensional

Borang Soal Selidik

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Temu Bual Guru

Penilaian Melalui Internet

24

3.3Populasi dan Sampel Kajian

Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kluang, Johor. iaitu di Sekolah Kebangsaan Bandar T6 Kluang. Populasi kajian terdiri dari murid Tahun 6 sekolah tersebut iaitu seramai 115 orang murid. Sampel kajian pula terdiri dari 3 buah kelas Tahun 6 iaitu 13 orang murid dari Kelas 6 Arif (6A), 12 orang murid dari Kelas 6 Bijak (6B) dan 5 orang murid dari Kelas 6 Cerdik (6C) iaitu berjumlah 30 orang murid yang merupakan 26% daripada keseluruhan murid Tahun 6 di sekolah tersebut. Pemilihan sampel ini juga menggunakan kaedah persampelan kelompok sebagai kumpulan eksperimen di mana pemilihan murid diambil dari tiga kumpulan kelas untuk sampel kajian. Murid-murid yang dijadikan sampel ini juga adalah terdiri dari kalangan murid pelbagai pencapaian dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

3.4Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang akan digunakan di dalam kajian ini ialah borang soal

selidik maklumat pelajar, satu set soalan penilaian konvensional dan tapak laman

web pembelajaran interaktif melalui internet (www.zoom-a.com).

25

3.4.1Pembangunan Instrumen Kajian

Borang Maklumat Pelajar

Borang maklumat pelajar diberikan kepada semua pelajar yang

terlibat dalam kajian yang akan dijalankan. Ia mengandungi

maklumat seperti nama, jantina, keturunan, latar belakang pekerjaan

ibu bapa dan kebolehan dan kemudahan tentang komputer atau

internet (Lampiran A).

Penilaian

Kertas soalan (penilaian secara konvensional) dan penggunaan

internet melalui laman web www.zoom-a.com akan diguna atau

diberikan kepada semua murid yang terlibat dalam kajian ini.

Penilaian ini dibuat setelah murid kumpulan eksperimen telah habis

proses pembelajaran bagi tajuk yang akan dinilai. Penilaian ini adalah

bertujuan untuk menentukan tahap pencapaian bagi aspek atau tajuk

yang diajarkan. Soalan yang terdapat pada kertas soalan dengan

soalan dalam internet adalah sama dari segi kandungan yang disoal

tetapi kedudukan soalan adalah berbeza. Soalan yang akan diberikan

kepada murid adalah menepati Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

26

Temu Bual

Pengkaji akan menemu bual guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu bagi

mendapat pandangan tentang persoalan; adakah terdapat kelebihan

penggunaan internet dalam aspek penilaian berbanding penilaian yang

dijalankan secara konvensional.

3.4.2Pemboleh Ubah Kajian

Pemboleh ubah bagi kajian ini ialah kaedah penilaian yang digunakan ke

atas sampel atau kumpulan eksperimen iaitu penilaian secara interaktif

dengan menggunakan internet di atas tapak website yang telah

ditentukan.

3.5Tatacara Pengutipan Data

Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji terhadap murid-murid yang

terlibat dalam kumpulan eksperimen. Pengumpulan data dalam kajian ini juga

akan dibuat dengan dua kaedah penilaian yang berbeza iaitu penilaian atau ujian

secara konvensional dan ujian interaktif melalui internet. Setiap ujian

mengandungi 25 soalan bagi setiap kaedah yang digunakan untuk dijawab secara

individu. Masa yang diperuntukan adalah 30 minit untuk setiap ujian. Manakala

27

maklumat tentang kelebihan penilaian menggunakan internet berbanding

konvensional akan dijalan secara tinjauan dengan menemu bual guru-guru Mata

Pelajaran Bahasa Melayu.

3.6Tatacara Penganalisisan Data

Data yang akan diperolehi daripada kedua-dua kaedah penilaian, iaitu penilaian

secara konvensional dan penilaian melalui internet akan dianalisis dan dibuat

perbandingan dengan menggunakan program Statistical for social science

(SPSS). Manakala ujian pengesanan dianalisis dengan menggunakan Ujian-t.

3.7Kesimpulan

Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen dan tinjauan. Kumpulaneksperimen adalah seramai 30 orang murid dari tiga buah kelas Tahun 6 iaitu 15orang murid dari Kelas 6 Arif, 10 orang murid dari Kelas 6 Bijak dan 5orang murid dari Kelas 6 Cerdik Sekolah, Kebangsaan Bandar T6, Kluang. Kumpulan eksperimen ini akan menjawab soalan melalui dua kaedah yang telah ditetapkan. Keputusan yang diperolehi dari ujian tersebut akan dikumpul dan dianalisis. Manakala tinjauan kelebihan penilaian menggunakan

28

internet pula hanya melibatkan temu bual dengan lima orang guru Mata Pelajaran

Bahasa Melayu di sekolah berkenaan.

Adalah diharapkan keputusan ujian atau penilaian interaktif melalui

internet dapat memberikan kesan yang positif atau sekurang-kurangnya kaedah

tersebut tidak menjejaskan pencapaian murid berbanding penilaian yang

dijalankan secara konvensional. Dengan kemajuan ICT, diharap ianya memberi

dimensi baru dalam aspek penilaian bagi membantu mempertingkatkan lagi

proses pembelajaran murid di sekolah. Manakala aplikasi internet diharap

memberibanyakkelebihankepadaguru-gurukeseluruhannyadalam

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti khususnya

dalam melaksanakan proses penilaian secara berterusan.

29

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1Pendahuluan

Bab ini menganalisis dapatan kajian secara deskriptif dan inferensi. Dapatan

yang diperoleh dikategorikan mengikut penggredan A, B, C (lulus), D dan E

(gagal) seperti dalam Jadual 4.1 di bawah.

JADUAL 4.1

Kategori Gred dan Skor Markah

GredSkor Markah (%)Kategori

A80-100Lulus B60- 79Lulus C40- 59Lulus D39- 20Gagal E 0- 19Gagal

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

Dalam analisis deskriptif dan inferensi yang dilaksanakan ini, adalah

menggunakan perisian Statistical for social science (SPSS). Ini adalah untuk

menguji kesignifikan kajian yang telah dijalankan dan membuat perbandingan

hasil dapatan antara kaedah penilaian secara konvensional dan kaedah menjawab

melalui internet.

4.2Profil Responden

Seramai 30 orang responden merupakan murid Tahun 6 dari Sekolah

Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu telah diambil untuk kajian ini, di

mana 13 orang murid adalah dari Kelas 6 Amanah, 12 orang murid dari Kelas 6

Ikhlas dan 5 orang murid dari Kelas 6 Taqwa. Senarai responden seperti mana

Jadual 4.2. Murid-murid dari ketiga-tiga kelas ini terdiri daripada murid yang

berstatus baik, sederhana dan lemah dalam pencapaian akademik di sekolah.

Pemilihan murid pelbagai kelas ini adalah bagi memastikan kajian yang

dijalankan ini mempunyai kesahan dan mencapai matlamat.

JADUAL 4.2

Senarai Responden Kajian

BILNAMA MURID

1AHMAD ASYRAF B. MOHAMAD ZAID

2AHMAD NASRUL ZAHRIN B. AHMAD ZAMRI 3AIMAN IKHMAL B.ALIZAM4AMIR AIZAT B. MOHAMAT

5MUHAMAD AFIQ AFLAH B.AZMI

6MUHD ASHRAF ZAINUDDIN B.ABDUL AZIZ 7FARAH LIYANA BT. ROSLI8NUR AYUNI BT. MAT ISA

9NUR IZATIAINI BT. HISHAMLIZA 10NURSHAMIRA BT.ABD. AZIZ11PUTERI NUR AIDA BT. ADAM 12SALWA AZIERA BT. MAT SHAM13 WAN NURUL NABILA BT. WAN BAHARUDDIN 14 MOHAMAD ANIQ AIDY B. AWANG@MANSOR15MOHAMAD ILMAN HAKIM B. KAMARULZAMAN

16MOHD NAJMI BASIL B. MUSTAFFA 17MOHD SAIFUDDIN B. MUSA18MUHAMAD MUSTAQIM B. MAZLAN 19MUHAMMAD ASRI B. AWANG20AMINAH SYARAH BT. ALIAS 21MIMI SYAZWANIE BT. SABRI 22NUR SYUHADA BT. ALI23NURUL AIN NASUHA BT. RAZALI 24ZAINAB BT. MOHD LOFFI25ZUFARHANI BT. ZAKARIA

26MUHAMAD AIMAN B. ABDUL GHANI

27MUHAMAD HAFIZUL AIMAN B. MAT HUSSAIN 28NAUFAL B. MOHD AZAM29SHAHRULRIZAM B. MUHAMMAD

30NUR SYUHADA BT. MAMAT

NO.SURAT BERANAK

AJ 56884

AJ 08855

AI 76644

AH 61149

AH 16379

AH 88244

AH 52130

AJ 07588

AH 16411

AG 27898

L 215549

AH 16436

AJ 59497

AJ 60412

AH 16982

AH 15586

AH 51340

AG 27747

AH 16962

AH 52198

AH 62719

AI 19191

AJ 56573

AH 62119

AH 15646

AJ 60249

AJ 08818

L 18002

AH 61990

LI 80388

JANTINAKELAS

L6 A

L6 A

L6 A

L6 A

L6 A

L6 A

P6 A

P6 A

P6 A

P6 A

P6 A

P6 A

P6 A

L6 I

L6 I

L6 I

L6 I

L6 I

L6 I

P6 I

P6 I

P6 I

P6 I

P6 I

P6 I

L6 T

L6 T

L6 T

L6 T

P6 T

Manakala taburan responden mengikut jantina ditunjukkan oleh Jadual 4.3 iaitu 100% sampel adalah berbangsa Melayu. Taburan responden mengikut jantina ialah 56.7% atau 17 orang adalah responden lelaki. Manakala 43.3% atau 13 orang adalah responden perempuan. Merujuk jadual di bawah, murid lelaki adalah melebihi murid perempuan iaitu seramai 4 orang (14%).

JADUAL 4.3

Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Murid

Lelaki

Frekuensi

17

Peratus

56.7

Perempuan1343.3 _________________________________________________________________

Jumlah30100

Dari segi latarbelakang pekerjaan ibu bapa responden, merujuk Jadual 4.4

didapati 13 orang atau 43.3% bapa responden adalah bekerja dengan kerajaan.

Bapa responden yang bekerja swasta pula ialah 5 orang iaitu 16.7%. Manakala

12 orang atau 40% adalah bapa responden yang bekerja sendiri. Analisis

maklumat tentang pekerjaan ibu pula boleh dilihat pada Jadual 4.5, iaitu seramai

4 orang atau 13.3% adalah bekerja kerajaan, 2 orang atau 6.7% bekerja swasta, 5

orang atau 16.7% bekerja sendiri dan seramai 19 orang atau 63.3% mewakili ibu

responden yang tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994). Kamus Dewan Edisi Baru. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia

Sdn.Bhd.

Lihanna Borhan (2003). Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Melalui Portfolio. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

McMillan, J.H. (2001). Classroom Assessment: Principles and Practice For Effective

Instruction. Boston. MA: Allyn and Bacon.

Modul OUM HBEF3203 (2007). Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: Open University Malaysia.

Modul OUM HBEF2303 (2008). Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: Open University Malaysia.

xii

Modul OUM HBEF2503 (2009). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Open

University Malaysia. Kuala Lumpur.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ng Wai Kong (1999). ICT & Pengajaran. Diperolehi Julai 2, 2009, daripada http://www.ptpm.usm.my/ICT-BM(1).htm

One Touch Educations. Pembelajaran Interaktif Melalui Internet. (atas talian) http://www.zoom-a.com.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku Panduan mySchoolNet: Alam Pendidikan Siber. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementrian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Yahya Othman (2005). Trend Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd.

xiii

LAMPIRAN A BORANG MAKLUMAT RESPONDEN

LAMPIRAN A

BORANG MAKLUMAT RESPONDEN

Borang ini adalah untuk mengetahui maklumat peribadi pelajar. Pelajar diminta mengisi maklumat di ruangan yang telah disediakan.Tanda ( ) pada ruang yang sesuai:

Nama

No Kad Pengenalan

Jantina Tarikh Lahir UmurDarjah/Kelas

: ____________________________________

: ____________________________________

: ____________________________________ : ____________________________________ :_____________________________________:_____________________________________

Keturunan

Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Ibu

:MelayuCina

:KerajaanSwasta

:KerajaanSwasta

IndiaLain-lain

Sendiri

Sendiri

Kemudahan KomputerAdaTiada di Rumah:

Kemudahan InternetAdaTiada di Rumah :

Boleh MenggunakanYaTidak Komputer :

Boleh MenggunakanYaTidak Internet :

LAMPIRAN B SOALAN PENILAIAN KONVENSIONAL

LAMPIRAN B

NAMA: ..................................................................................

KELAS:.............................

MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu (Kata Hubung) MASA: 30 MimitARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi 25 soalan. Jawab semua soalan.

1)Keluarga Pak Mail menetap di kampung itu __________ anaknya yang sulung masih kecil lagi.

Asemoga Bsekiranya CsemenjakDsementara

Bagi soalan 2 jawab berdasarkan gambar di bawah.

2)Raju lulus dalam ujiannya __________ jarang-jarang mengulang kaji pelajaran.

Akecuali Bsejak CapabilaDmeskipun

3)Kakak belajar dengan tekun __________ mendapat kejayaan yang cemerlang.

Asebab Bkerana Csampai Dsupaya

4)Perompak memasuki rumah __________ keluarga Pak Cik Mansur sedang tidur dengan nyenyaknya.

Asementara BketikaChingga Dmalahan

5)Swee Ping jatuh pengsan __________ mendengar berita suaminya terlibat dalam nahas udara semalam.

Asambil Bsehingga Capabila Djikalau

Bagi soalan 6 jawab berdasarkan gambar di bawah.

6)"__________ kamu hendak makan, ambillah makanan yang telah kakak hidangkan di atas meja".

ASambil BKalau CSejakDBahawa

7)Petani itu menanam sayur-sayuran __________ menanti musim menuai padi.

Aketika Bwal halC meskipun D sementara

8)Perompak telah memecah pintu kedai __________ mengambil semua barang yang dijual di kedai itu.

A dan B laluCkerana Dmalahan

Bagi soalan 9 jawab berdasarkan gambar di bawah.

9)Nenek baru sahaja pulang dari membeli biskut __________ susu.

AatauBsambil Ckecuali Ddan

10)Puan Yuslina sempat menulis beberapa buah novel __________ dia begitu sibuk dengan tugas-tugas pejabatnya.

`Awal hal Bketika CsemogaDsementara

11)Kamarul melihat sampah itu, __________ memungut dan dicampakkannya ke dalam tong sampah.

Amalahan BsambilCkemudian Dtetapi

12)"Zamri, saya berharap __________ awak sekeluarga sentiasa sihat sejahtera hendaknya," kata Zarina.

Akalau Bagar Ctetapi Dlalu

Bagi soalan 13 jawab berdasarkan gambar di bawah.

13)Muhamad Arif sentiasa dipuji oleh gurunya __________ dia rajin datang ke sekolah dan selalu mendapat markah yang tinggi dalam subjek Matematik.

Akerana BagarCapabila Dtetapi

14)Encik Kenneth Wong menutup pintu kereta itu __________ masuk ke pejabatnya.

AlaluBketika Ckerana Dsetelah

15)__________ kaki Ong berasa sakit, dia tetap meneruskan pertandingan itu dengan semangat waja.

AMelainkan BHinggaCKeranaDWalaupun

16)Beliau tiba di ladang itu __________ semua pekerja sedang tekun menjalankan tugas masing-masing.

Asemasa BsemenjakC sekiranya D sementara

17)" __________ ada kemahuan, kita boleh berjaya dalam segenap bidang," kata Cikgu Ali kepada murid-muridnya.

ASemasa BSemenjakC sementara D Sekiranya

18)Mereka terlalu gembira dan bersorak-sorak __________ suara mereka menjadi serak.

Atatkala Bapabila Csemoga Dsehingga

19)"Kamu hendak ke Pahang hari ini __________ esok?" tanya ayah kepada Hassan.

Asambil BlaluC atau D serta

20)"__________ rajin mengulang kaji pelajaran, kita akan berjaya," kata Cikgu Hasnah kepada murid-muridnya.

ASemasa BSemenjakC Sekiranya D Sementara

21)Encik Salleh terpaksa meninggalkan majlis itu __________ menerima panggilan kecemasan.

Aapabila Bketika CtatkalaDsementara

22)Abang Asraf ingin membeli sebuah kereta __________ tidak cukup wang.

Amelainkan BbahawaCtetapi Datau

23)"__________ sentiasa berusaha, sudah tentu kita memperoleh kejayaan yang cemerlang," kata Cikgu Mahat.

ASedang BSewaktuCSementara DSeandainya

24)Ayah memanggil emak __________ berkata, "Tolong buatkan saya secawan kopi".

Amalahan Bsambil CsertaDlalu

25)__________ berada di Jepun, dia selalu menikmati akan keindahan Gunung Fuji.

ASewaktuBSeandainya CSemogaDSekiranya

@ KERTAS SOALAN TAMAT @

LAMPIRAN C SOALAN PENILAIAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET

LAMPIRAN C

SOALAN PENILAIAN INTERAKTIF MELALUI INTERNET

@ SOALAN TAMAT @