laporan kem

Upload: mac-hari

Post on 09-Jan-2016

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mac

TRANSCRIPT

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SJK (TAMIL) MENTAKAB

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SJK (TAMIL) MENTAKAB2015

LAPORAN :HARI PERTAMA ( 11 SEPTEMBER 2015) Semua seramai 90 orang murid yang berkenaan dalam perkhemahan bersepadu ini telah berkumpul di perkarangan dewan sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mentakab pada pukul 12.00 tengahari . Seterusnya semua peserta diminta mendaftarkan diri dan menyusun semua barang keperluan yang dibawa di tempat yang disediakan. En. Raman selaku penyelaras perkhemahan dan En Ganesan memberi sedikit taklimat kepada peserta di dewan tersebut.

En.Raman dan En.Ganesan memberi taklimat dan penerangan berkaitan dengan program dan intipati perkhemahan yang telah dirancang kepada peserta semasa pendaftaran peserta di dewan SJK(TAMIL) MENTAKAB. Murid murid mendengar taklimat dalam kumpulan yang telah dibahagi sebelum perkhemahan.

Murid murid telah dibahagi kepada 10 kumpulan. Pembahagian kumpulan ini telah dibuat supaya ia dapat membantu pergerakan murid dan aktiviti sepanjangn program ini. Setelah selesai taklimat murid-murid dibenarkan untuk menikmati makanan tengahari di kantin sekolah mengikut kumpulan masing-masing.

Makanan tengahari di kantin sekolah mengikut kumpulan masing-masing.Selepas murid-murid makan makanan tengahari, murid murid diminta berkumpul di dewan sekolah untuk menjalankan aktiviti pertama. Aktiviti pertama merupakan aktiviti mendirikan khemah. Murid- murid dibawa ke padang sekolah untuk aktiviti mendirikan khemah. Dalam aktiviti ini, En.Raman dan kumpulannya mendemonstrasikan cara pemasangan khemah yang betul kepada murid-murid. Namun pihak sekolah hanya menyediakan empat unit khemah untuk tujuan demonstarasi kepada peserta. Oleh yang demikian, pelajar dibahangi kepada empat kumpulan dan diberi tunjuk ajar. Dalam hal ini, semua pelajar telah diberi peluang mendirikan khemah tersebut dalam kumpulan mikro. Maka semua telah diberi peluang untuk mempelajari teknik secara hands-on. Semua murid ternyata gembira kerana semua murid diberi peluang untuk memasang khemah secara kumpulan. Selepas aktiviti ini murid terus menjalan aktiviti kawat kaki di padang. En.Hariharan dan En. Dashen menunjukkan cara-cara yang betul untuk kawat kaki.

Aktiviti kawat kaki di padang sekolah

Aktiviti seterunya bermula pada pukul 3.00 petang iaitu pertandingan mencipta logo kumpulan masing-masing. Murid-murid yang terdiri daripada 10 kumpulan mencipta satu logo bagi kumpulan mereka. Peralatan seperti gunting,gam, kertas mahjong, pen marker dan sebagai disediakan kepada setiap kumpulan. Murid murid mereka cipta satu logo dan moto kumpulan masing-masing. Pemarkahan aktiviti ini berasaskan kreativiti, pembentangan dan kekemasan. Setiap kumpulan mununjukkan kreativiti masing-masing untuk mendapatkan kemenangan untuk kumpulan masing-masing.

Murid murid membentang hasil kerja mereka di depan dewan. Semua kumpulan berjaya mencipta logo kumpulan dan membentangkan di depan semua peserta dan guru. Ini menyumbangkan 25% markah kepada setiap kumpulan.

Setelah selesai pertandingan mencipta logo, satu aktiviti riadah telah dikendalikan oleh guru-guru praktikum. Melalui pemerhatian pihak jawatankuasa, semua pelajar dengan penuh semangat mengambil bahagian dalam aktiviti riadah yang disediakan. Aktiviti riadah ini bertujuan untuk menghilangkan home sick di kalangan peserta dan meningkatkan rasa seronok dalam kalangan peserta. Aktiviti yang dijalankan dalam sesi ini ialah aktiviti meredah hutan. Murid-murid berjalan keluar dari sekolah. Sebelum mereka memulakan aktiviti beriadah murid-murid dikumpulkan di padang sekolah untuk memberi taklimat tentang aktiviti ini.

Guru-guru bersama peserta perkhemahan dalam aktiviti meredah hutan.

Selepas aktiviti meredah hutan berakhir minum petang telah disediakan keapda murid-murid. Selepas menjamu selera, satu pertandingan telah disediakan utnuk semua murid iaitu pertandingan memasak. Pertandingan ini telah menjadi satu slot yang hangat kerana semua guru kumpulan juga turut melibatkan diri demi meningkatkan markah kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan roti, sardin dan sayur-sayuran untuk menyediakan roti sandwich. Murid-murid menyediakan sandwich yang menarik dan enak mengikut kreativiti masing-masing.

Kreativiti murid semasa pertandingan memasak roti sandwich. Ahli kumpulan bekerjasama utnuk mendapatkan markah yang tinggi untuk kumpulan masing-masing.

Selepas itu, para peserta dibenarkan untuk mengemaskan barang serta keperluan masing-masing dan menguruskan diri utnuk aktiviti seterusnya. Makan malam disediakan untuk semua murid pada pukul 7.30 malam di kantin sekolah. Setelah menjamu selera semua murid diminta berkumpul di dalam dewan sekolah. Mereka juga diminta menyediakan sorakan bagi kumpulan masing-masing, murid juga diminta membuat persediaan untuk persembahan kumpulan masing-masing bagi malam kebudayaan. Malam kebudayaan dimulakan dengan unggun api. Unggun api dijalankan di padang sekolah.

Kemudian sambutan dan persembahan malam kebudayaan disambung di dalam dewan sekolah. Semua peserta telah mempamerkan kreativiti masing-masing mengikut kehendak masing-masing. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.30 malam. Ini merupakan pertandinagn terakhir pada harini pertama.

Persembahan dari para peserta pada malam kebudayaanSelepas itu, peserta diberi minum malam sebelum balik ke bilik masing-masing. Semua peserta dibenarkan tidur pada pukul 10.45 malam. Pelajar lelaki tidur di dalam dewan dan ditemani oleh En.Raman, En,Ganesan, En,Hariharan dan En.Dashen. Pelajar perempuan pula tidur di dalam kelas 1 valluvar dan ditemani oleh Cik.Ramya,Cik Koges, Cik Fatihah, Cik Najihah, Cik Meenambal, Cik Jayagangga ,Cik Indra dan Cik Karpagam.

HARI KEDUA ( 12 SEPTEMBER 2015)Hari kedua dimulakan dengan aktivit riadah iaitu senaman pagi. Senaman pagi ini dikendalikan oleh En.Hariharan dan En.Dashen. Semua pelajar berkumpul di dalam dewan tepat pada pukul 7.00 pagi dalam kumpulan masing-masing. Pelajar melakukan senaman 1 Malaysia. Selepas itu, pelajar juga diminta menyanyikan lagu rasmi unit beruniform seperti Lagu Rasmi Pengakap, Lagu Rasmi Tunas Puteri, Lagu Rasmi PBSM dan Lagu Rasmi TKRS. Pelajar mengambil bahagian dalam nyanyian lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat walaupun tidur lewat pada malam pertama. Selesai senaman pagi, para peserta diberi masa untuk pengurusan diri dan menikmati sarapan pagi iaitu nasi lemak. Selepas sarapan pagi, tepat pukul 8.00 pagi ,semua peserta berkumpul di dewan sekolah untuk pertandingan pertolongan cemas. Guru-guru praktikum mendemonstrasikan 3 jenis balutan kain anduh. Setiap kumpulan diberi kain anduh dan diminta mendemonstrasikan 3 jenis balutan yang diajar. Markah akan diberikan kepada kumpulan mengikut cara dan kekemasan balutan.

Seterusnya pertandingan ikatan dimulakan dengan tunjuk ajar oleh guru-guru praktikum. Guru-guru praktikum mendemonstrasikan cara membuat tripod dan ikatannya. Demonstrasi oleh guru diberi di dalam dewan sekolah. Pertandingan ikatan dijalankan di padang sekolah. Aktiviti dibahagikan kepada 2 sesi. Satu sesi 5 kumpulan dan satu sesi lagi 5 kumpulan. Kumpulan akan mendirikan satu tripod dengan menggunakan ikatan yang diajar. Markah untuk setiap kumpulan akan diberi berasaskan kekemasan, kerjasama, kreativiti, kukuh. Murid-murid melibatkan diri dalam pertandingan ikatan.Sebagai agenda kemuncak, Majilis Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform SJK (TAMIL ) MENTAKAB 2015 ini telah disempurnakan oleh disaksikan oleh ibu bapa, YDP PIBG, Ahli Jawatankuasa PIBG dan Ahli Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform SJK(Tamil) Mentakab 2015. Majlis penyampaian hadiah dan sijil juga disempurnakan oleh En Johari dari PPD Temerloh . Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung daripada kerjasama semua pihak sebagai satu kumpulan. Sokongan dan bantuan daripada semua pihak secara langsung dan tidak langsung turut menyumbang kepada semua individu yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform 2015.8