laporan individu

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6 (AMBILAN JANUARI 2011) PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) NAMA : LALITHA A/P HARIRAM NO. K/P : 911120-10-5446 NO. MATRIK : 2011171340075 KUMPULAN : G3.2 (PISMP MASALAH PEMBELAJARAN) NAMA PENSYARAH : CIK. MESKINAH BT TAIB TARIKH SERAHAN : 16 OKTOBER 2013 LAPORAN INDIVIDU

Upload: lalitha-litha

Post on 26-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan individu

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

SEMESTER 6 (AMBILAN JANUARI 2011)

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK)

NAMA : LALITHA A/P HARIRAM

NO. K/P : 911120-10-5446

NO. MATRIK : 2011171340075

KUMPULAN : G3.2 (PISMP MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA PENSYARAH : CIK. MESKINAH BT TAIB

TARIKH SERAHAN : 16 OKTOBER 2013

LAPORAN INDIVIDU

Page 2: laporan individu

PENDAHULUAN

Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan komuniti

untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh

dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya

dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat.

PDK merupakan salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam Komuniti

(PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR).

Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist

WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah

menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300

muka.Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian

manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan

program ini.

Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan

kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di

Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). 

Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu

menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Program PDK berteraskan kepada 3 model iaitu home based, centre based dan centre-

home based. Home Based (PDK di rumah) ialah program pemulihan dijalankan di

rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun

masalah pengangkutan. Center Based (PDK di pusat) ialah program pemulihan OKU

dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari. OKU akan datang ke pusat PDK untuk

menjalani program pemulihan. Manakala, Center Home Based (PDK di pusat dan di

rumah) dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam. Dalam seminggu, satu

hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat

perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

Page 3: laporan individu

PDK Seri Jelok, Kajang adalah antara salah sebuah PDK yang ditubuhkan. PDK Kajang

ditubuhkan pada tahun 1992. Semasa ditubuhkan, ia ditempatkan di Pusat Aktiviti

Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di No.9, Jalan Timur, Kajang. Pada masa itu

hanya ada seorang pekerja / guru  di PDK ini.

     PDK Kajang berpindah ke Taman Sri Jelok pada tahun 1996. Dengan pertambahan

murid, guru PDK juga telah bertambah kepada 2 orang dan sehingga kini terdapat 10

orang guru PDK termasuk seorang sukarelawati.

PDK Seri Jelok, Kajang.

Page 4: laporan individu

TANGGUNGJAWAB DAN JAWATAN YANG DISANDANG

Program Khidmat Siswa telah diadakan dalam tempoh lima hari bermula dari 7 Oktober

2013 hingga 11 Oktober 2013 di PDK Seri Jelok, Kajang.  Kursus ini memperuntukkan

tugasan amali secara berkumpulan yang melibatkan 10 orang guru pelatih iaitu 5 orang

guru pelatih lelaki dan 5 orang guru pelatih wanita daripada gabungan dua

pengkhususan yang berbeza iaitu MasalahPembelajaran dan masalah pendengaran.

Aktiviti home based, keceriaan dan akademik telah diadakan selama 5 hari tersebut.

Ahli jawatankuasa Induk telah ditubuhkan supaya tugas dapat diagihkan dengan

mudah. Setiap ahli jawatankuasa telah diberi satu jawatan dan diamanahkan untuk

melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Walau

bagaimanapun kami telah menubuhkan AJK bagi setiap aktiviti yang dirancang.

Contohnya, jawatankuasa keceriaan, jawatankuasa akademik dan jawatankuasa home

based bagi melancarkan program yang telah dirancang. Melalui penubuhan

jawatankuasa ini, kami dapat memastikan setiap guru pelatih memberi sumbangan

dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Saya telah diberi tanggungjawab sebagai AJK hadiah dan cenderamata dalam AJK

induk. Manakala, sebagai setiausaha bagi jawatankuasa keceriaan, AJK aturcara dan

buku program bagi jawatankuasa akademik dan sebagai bendahari bagi jawatankuasa

home based.

Jawatankuasa AJK

Induk Cenderamata dan hadiah

Keceriaan Setiausaha

Akademik Buku program

Home based Bendahari

Sebagai seorang AJK cenderamata saya ditanggungjawabkan untuk membeli

cenderamata bagi pengerusi PDK dan penyelia PDK. Tugas yang agak berat bagi saya

ialah sebagai AJK setiausaha. Saya diamanahkan untuk memanggil mesyuarat

jawatankuasa dengan persetujuan pengerusi dan menjalankan segala keputusan yang

Page 5: laporan individu

dibuat oleh mesyuarat. Selain itu, saya menyediakan minit mesyuarat dan

menyimpan segala dokumen yang berkaitan dengan jawatankuasa. Kertas kerja dan

segala urusan surat menyurat telah ditanggungjawabkan kepada saya.

Di samping itu, saya juga menyediakan buku program bagi program khidmat siswa ini.

Saya mencari segala maklumat yang perlu dimuatkan dalam buku program sebelum

membuat buku program ini. Selepas itu, saya merancang dan membuat draf buku

program dan mendapatkan persetujuan dalam mesyuarat. Selepas itu, saya

menyediakan buku program yang lengkap. Semasa aktiviti majlis penutup saya

memberikan buku program kepada VIP dan ibu bapa yang telah hadir ke majlis penutup

program khidmat siswa.

Buku program

Saya sebagai bendahari bagi program home-based bertanggungjawab untuk

menyediakan anggaran perbelanjaan. Selepas itu, terdapat pelbagai inisiatif yang

diambil untuk mendapatkan dana demi menjalankan program ini. Antaranya adalah

dengan memohon sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada badan kerajaan,

badan bukan kerajaan, pihak-pihak persendirian, kedai-kedai dan sumbangan ikhlas

peribadi daripada guru pelatih dan pensyarah. Melalui sumbangan dan dana yang

diterima saya mengagihkannya kepada rumah 1 dan rumah 2.

Page 6: laporan individu

KEKUATAN

Banyak pengetahuan dan ilmu telah saya perolehi melalui program khidmat siswa yang

telah dijalankan. Antara kekuatan yang dihadapi semasa menjalankan tugas- tugas

yang ditanggungjawabkan ialah saya berpeluang untuk memperolehi banyak ilmu

tentang pemulihan dalam komuniti ini. Kami merancang banyak aktiviti dalam tempoh

seminggu ini. Walaupun program ini hanya dijalankan selama seminggu, namun

sebelum itu sebagai seorang setiausaha saya menyediakan kertas kerja bagi aktiviti

keceriaan. Sebelum menyediakan kertas kerja kami mengadakan mesyuarat untuk

merancang aktiviti keceriaan. Saya belajar untuk menyediakan kertas kerja yang betul.

Secara berperingkat kami mengadakan mesyuarat untuk memilih aktiviti keceriaan yang

diperlukan unuk PDK Kajang ini. Kami kerap kali mengadakan perbincnagan melalui

laman sosial facebook untuk mendapat persetujuan dan pandangan ahli kumpulan lain.

Saya bertanggungjawab untuk ‘update’ segala perkembangan aktiviti keceriaan ini.

Saya pernah memegang jawatan sebagai setiausaha sebelum ini. Dengan adanya

pengalaman tersebut saya dapat menguruskan segala urusan fail dan surat dengan

baik. Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan sebagai pengerusi bagi karnival

permainan kecil yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan jasmani. Dengan adanya

pengalaman itu, saya mengetahui prosedur yang betul untuk menjalankan sesuatu

aktiviti.

Kami merancang tiga aktiviti bagi projek keceriaan ini iaitu taman refleksologi, mural

dan dam ular atas lantai. Kesemua projek telah mendapat persetujuan ahli kumpulan

dalam mesyuarat yang telah diadakan. Sebagai seorang setiausaha saya memastikan

semua ahli mendapat memo sebelum mesyuarat supaya mereka dapat hadir ke

mesyuarat tersebut. Selain itu, saya memastikan minit mesyuarat telah diberikan

supaya semua ahli kumpulan mengetahui perkembangan aktiviti yang dirancang.

Semasa menjalankan tugas sebagai bendahari saya menimba banyak ilmu tentang

perbelanjaan dan agihan sumber kewangan. Antara kekuatannya ialah, saya

mendapatkan sumbangan daripada pelajar yang tinggal di asrama damai. Saya

mendapat sumbangan sebanyak RM112. Seterusnya, saya mendapatkan sumbangan

Page 7: laporan individu

daripada pensyarah IPGKIK. Dengan menggunakan sumbangan dan kutipan derma ini

saya berjaya memperolehi dana untuk menjalankan aktiviti home based ini dengan

jayanya. Baki duit yang dikutip telah disalurkan kepada program keceriaan.

Hubungan mesra bersama pelajar kolej kediaman damai telah memudahkan kerja saya.

Melalui kutipan derma tersebut saya berpeluang untuk mengenali ramai pelajar kolej

kediaman terutamanya pelajar junior. Saya juga berpeluang untuk menerangkan

kepada pelajar daripada pengkhususan lain tentang peranan pemulihan dalam komuniti

(PDK). Hal ini secara tidak langsung dapat membantu kanak- kanak OKU juga.

Kekuatan saya sebagai AJK buku program ialah saya mengetahui cara- cara

menggunakan perisian Microsoft publisher untuk membuat brosur. Dengan adanya

pengetahuan tersebut saya dapat menyediakan buku program dengan mudah. Saya

hanya memasukkan maklumat tentang pengenalan PDK, ahli jawatankuasa, tentatif

program dan sebagai. Saya juga tidak menghadapi masalah semasa mencetak buku

program tersebut kerana penggunakan perisian Microsoft publisher

.

Selain itu, kekuatan saya sebagai AJK cenderamata ialah saya pernah mengadakan

‘survey’ tentang hadiah yang diperlukan. Saya permah mengunjungu central market

yang menjual banyak barangan antik. Melalui perbincangan bersama ahli kumpulan

saya bercadang untuk membeli cenderamata di central market kerana harganya yang

murah dan antik. Melalui survey yang dijalankan itu, saya dapat menjimatkan masa dan

tenaga. Lebih- lebih lagi dalam masa yang singkat dan agak sibuk itu.

Microsoft publisher

Page 8: laporan individu

KELEMAHAN DAN CARA MENGATASI MASALAH

Walaupun terdapat banyak kekuatan semasa menjalankan program khidmat siswa ini,

terdapat juga banyak masalah yang dihadapi oleh kumpulan saya. Sebagai seorang

guru pelatih ini merupakan pengalaman pertama saya di PDK. Walaupun saya diselia

oleh pensyarah namun tugas kami diselaraskan oleh penyelia PDK iaitu Puan. Norizan.

Olek sebab pengalaman yang pertama kami agak keliru pada mulanya.

Antara masalah yang saya hadapi sebagai seorang setiausaha semasa menjalankan

amali ini ialah, membahagikan tugas- tugas ahli kumpulan. Oleh kerana kami

mempunyai tiga jawatankuasa yang berbeza saya perlu memastikan tugas yang

diberikan kepada semua ahli kumpulan adalah lebih adil. Contohnya, jika ahli mendapat

tugas yang agak berat dalam jawatankuasa home- based, beliau mendapat tugas yang

mudah dalam jawatankuasa keceriaan. Selain itu, saya perlu mengambil tahu tentang

kekuatan dan kelemahan setiap ahli kumpulan semasa membahagikan tugas.

Kelemahannya ialah saya tidak mengenali kekuatan ahli kumpulan daripada

pengkhususan masalah pendengaran. Hal ini demikian, ini merupakan pengalaman

pertama saya bekerja bersama guru pelatih masalah pendengaran sebagai satu

kumpulan.

Seterusnya semasa menyediakan kertas kerja saya agak keliru dengan objektif projek

keceriaan. Hal ini demikian, dana kewangan kami masih tidak mencukupi. Pada

mulanya, saya menyediakan kertas kerja keceriaan bagi projek mural, semifero dan

dam ular. Selepas mendapatkan dana dan sumbangan kewangan, saya terpaksa

mengubahsuai kertas kerja yang sedia ada. Ini merupakan salah satu masalah yang

saya hadapi.

Bagi mengatasi masalah ini, saya perlu mengadakan perbincangan awal dengan ahli

kumpulan sebelum menyediakan kertas kerja. Selain itu, saya perlu merancang cara-

cara untuk mendapatkan sumbangan sebelum menyediakan kertas kerja. Dengan

adanya perancangan awal saya dapat merancang aktiviti keceriaan dengan mudah.

Sebagai AJK buku program masalah saya ialah mengetahui tentatif program bagi majlis

penutup. Kami agak sibuk dengan aktiviti. Oleh yang demikian saya hanya mengetahui

Page 9: laporan individu

tentang tentatif programnya pada hari khamis sahaja. Saya menyediakan buku program

pada hari khamis iaitu sehari sebelum majlis penutup. Oleh itu, saya tertinggal

maklumat yang perlu dimasukkan dalam buku program tersebut. Contohnya, gambar

mural yang telah siap dan gambar taman refleksologi.

Sebagai seorang AJK buku program saya patut mengambil gambar- gambar projek

tanpa bergantung sepenuhnya dengan AJK fotografi. Dengan adanya gambar- gambar

tersebut saya dapat menyediakan satu buku program yang lebih bersistematik.

Sebagai seorang bendahari saya tidak menghadapi sebarang masalah selain mengutip

sumbangan derma. Pada mulanya, saya bercadang untuk mengutip derma di kolej

kediaman damai, sentosa dan aman. Tetapi, kumpulan PDK Taman Ehsan telah

mengutip derma di kolej kediaman aman dan sentosa. Oleh yang demikian, saya hanya

mengutip derma di kolej kediaman damai sahaja. Bagi menghadapi masalah kewangan

bercadang untuk mengutip derma pada pensyarah. Saya juga mendapat sokongan

yang tinggi daripada pensyarah. Saya berasa bersyukur dengan sikap setiap

pensyarah.

Masalah yang dihadapi sebagai AJK cenderamata ialah kami tidak mengetahui tentang

kehadiran pengerusi PDK ke majlis penutup. Saya hanya menyediakan cenderamata

bagi penyelia PDK dan kilang roti hi-5 sahaja. Sebelum mengadakan lawatan kilang roti

kami bercadang untuk tidak memberi cenderamata kepada kilang roti. Hal ini demikian,

kami membayar untuk mengadakan lawatan ini. Oleh yang demikian, hadiah yang telah

saya belikan untuk kilang roti tidak digunakan lagi.

Bagi mengatasi masalah ini, saya menggunakan hadiah tersebut untuk diberikan

kepada pengerusi PDK. Kehadiran pengerusi PDK dapat membantu saya untuk

mengatasi masalah ini.

Semasa menjalankan satu program sama ada secara formal atau tidak formal kita perlu

menrancang aktiviti- aktiviti sebelum, semasa dan selepas sesuatu program. Saya perlu

menyediakan jadual supaya saya dapat membuat persediaan awal bagi setiap

jawatankuasa dan aktiviti yang telah dirancang.

Page 10: laporan individu

KESIMPULAN

Program khidmat siswa ini telah memberikan banyak pengalaman yang tidak ternilai

harganya. Saya memegang agak banyak jawatan dan setiap jawatan tersebut memberi

pengalaman yang berbeza. Bekerja sebagai setiausaha dan bendahari jauh beza.

Begitu juga dengan AJK buku program dan AJK cenderamata. Pengalaman yang

ditimba melalui program ini akan membantu saya untuk menjadi seorang guru yang

sangat dedikasi. Ia mengajar saya untuk mengagihkan tugas dan menjalankan

tanggungjawad yang diberi dengan rasa bertanggungjawab. Kerja sebagai kumpulan

jauh berbeza dengan tugasan individu.

Saya juga berpeluang untuk mengenali masyarakat luar seperti pekerja PDK, OKU

PDK, ibu bapa dan terutamanya pelajar daripada pengkhususan masalah pendengaran.

Program ini dapat memberi ruang kepada kami untuk bekerja bersama pelajar dari

pengkhususan masalah pendengaran dengan lebih rapat lagi. Kami dapat menjalinkan

hubungan yang sangat baik membendung prasangan terhadap mereka.

Program khidmat siswa jauh berbeza dengan amalan professional praktikum kami.

Murid- muridnya terdiri daripada murid dewasa, kanak- kanak dan cerebral palsy. Saya

mengenali cara-cara untuk mengendalikan ketiga- tiga kategori murid ini. Program

seperti ini perlu diadakan kepada guru pelatih supaya mereka dapat membuat

bandingan antara cara pengajaran sekolah dan PDK. Seterusnya memperbaiki kaedah

pengajaran mereka.

Page 11: laporan individu

LAMPIRAN

Page 12: laporan individu