laporan english carnival

12
1 PENGENALAN Karnival Bahasa Inggeris adalah karnival yang diadakan untuk memupuk minat murid dalam Bahasa Inggeris. Ia juga bertujuan membuatkan murid berasa seronok berbahasa Inggeris. 2 OBJEKTIF 2.1 Mendedahkan murid tentang kepentingan Bahasa Inggeris. 2.2 Menambah perbendaharaan kata murid dan menguji tahap kefahaman murid dalam Bahasa Inggeris. 3 SASARAN Para pelajar dan guru-guru daerah Kluang 4 TARIKH 23 Ogos 2014 (Sabtu) 5 MASA 8 pagi – 1.30 tengahari 6 TEMPAT SK Batu 3 & SK Dato Syed Zain Al Shahab

Upload: farhanaradzuan

Post on 26-Sep-2015

168 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

laporan english carnival daerah kluang 2014

TRANSCRIPT

1PENGENALAN

Karnival Bahasa Inggeris adalah karnival yang diadakan untuk memupuk minat murid dalam Bahasa Inggeris. Ia juga bertujuan membuatkan murid berasa seronok berbahasa Inggeris.

2OBJEKTIF

2.1Mendedahkan murid tentang kepentingan Bahasa Inggeris.

2.2Menambah perbendaharaan kata murid dan menguji tahap kefahaman murid dalam Bahasa Inggeris.

3SASARAN

Para pelajar dan guru-guru daerah Kluang

4TARIKH

23 Ogos 2014 (Sabtu)

5MASA

8 pagi 1.30 tengahari

6TEMPAT

SK Batu 3 & SK Dato Syed Zain Al Shahab

7LAPORAN

LAPORAN KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH DAERAH KLUANG TAHUN 2014

Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Kluang Tahun 2014 telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 Ogos 2014. Karnival Bahasa Inggeris telah diadakan di 2 buah sekolah yang berbeza iaitu SK Batu 3 dan SK Dato Syed Zain Al Shahab. Sebanyak 6 kategori telah dipertandingkan iaitu Action Song, Choral Speaking, Poetry Recitation, Public Speaking, Scrabble dan Story Telling Level 1 & 2. Bagi pertandingan Action Song, Choral Speaking, Poetry Recitation dan Scrabble telah diadakan di SK Batu 3 manakala Public Speaking dan Story Telling Level 1 & 2 diadakan di SK Dato Syed Zain Al Shahab.Pendaftaran Peserta, Guru Pengiring dan hakim telah dilakukan pada seawal 8.00 pagi. Kemudian disusuli dengan taklimat hakim pada pukul 8.30 pagi. Pertandingan bagi kesemua kategori telah dijalankan pada pukul 9.00 pagi. Perasmian penutup pula diadakan pada pukul 12.45 tengah hari oleh Tuan Haji Hussin bin Mustafa, PPD (Ren) mewakili pihak Tuan Haji A. Manaf bin Muslimin, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang.Bagi kategori Choral Speaking dan Public Speaking telah dimenangi oleh SK Tunku Mahmood 1, Action Song dimenangi oleh SK Simpang Renggam, Poetry Recitation dimenangi oleh SK Canossian Convent, Scrabble dimenangi oleh SK Kg. Dato Ibrahim Majid, Storytelling Level 1 dimenangi oleh SK Tunku Mahmood 2 dan Storytelling Level 2 dimenangi oleh SK Canossian Convent.Kesemua pertandingan telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kesulitan. Hadiah dan trofi telah disampaikan oleh Tuan Haji Hussin bin Mustafa, PPD (Ren) kepada kesemua para pemenang. Tepat jam 1.30 petang majlis bersurai.

GAMBAR SEPANJANG KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH DAERAH KLUANG TAHUN 2014

JAWATANKUASA PENGELOLAKARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAHDAERAH KLUANG TAHUN 2014

Pengerusi: Tn. Haji A. Manaf bin Muslimin Pengawai Pendidikan Daerah KluangTimb. Pengerusi: Tn. Haji Hassan bin Ahmad Timb. Pengawai Pendidikan Daerah KluangNaib Pengerusi 1: En. Zainuddin bin Ramlan Pen. PPD Pembangunan dan Kemanusian, PPD KluangNaib Pengerusi 2: Tn. Haji Mohd Noh bin Elias Guru Besar Bandar PalohPenyelaras Program: En. Fadzil Affandi bin Sapihie Penyelias KKokurikulum, PPD KluangPen.Penyelaras Program: 1. Tn. Haji Musa bin Muhammad Pen. PPD Bahasa Inggeris (Ren) PPD Kluang 2. En. Mohamad Izzudin bin Ikhsan Pen. PPD Bahasa Melayu (Men) PPD KluangPengerusi Teknikal Daerah: Cik Soufiah binti Abdul Rahman SK Kampung Melayu Nyior, KluangSetiausaha: En. Mohd Khazim bin Abdul Wahab SK Bandar PalohJAWATANKUASA KERJA

Urusetia: Guru Besar SK Bandar PalohPendaftaran : GB SJKC Pa Yai / GB SJKT Jalan Haji MananDewan dan Pentas: Guru Besar Bandar T6Sambutan / Protokol: Guru Besar Sungai LinauJamuan VVIP / Pegawai / Peserta: Guru Besar SK ChamekPA Sistem / Siaraya / Publisiti: GB SK Btu 3 / GB SK Dato Syed Zain Al-ShahabBackdrop / Banner: Guru Besar SK Bandar RenggamHadiah / Cenderahati / Sijil: Guru Besar SK Conassion ConventBuku Program / Jemputan : Guru Besar SK Kampong MelayuTeks Ucapan / Pengacara Majlis: Guru Besar SK Seri Kg. TengahJuri / Hakim: Guru Besar SK Tunku Mahmood 1Dokumentasi: Guru Besar SK Sultan Sir Ibrahim

JAWATANKUASA PENGELOLA KECIL AJK DOKUMENTASI KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH PERINGKAT DAERAH KLUANG 2014

Pengerusi: Encik Nor Abidin bin Abu Talib Guru Besar SK Sultan Sir IbrahimNaib Pengerusi 1: Pn. Hjh Rahimah bt Abd GafarNaib Pengerusi 2: Ust. Kamil bt TukimanPenyelaras: En. Shamsuddin bin TamsirSetiusaha: Cik Farhana Atiqah binti Haji Ahmad RadzuanAhli Jawatankuasa: Pn. Kalavathi a/p Balankrishanan: En. Halmi bin Awang

BILANGAN PESERTA SETIAP KATEGORI1. Action Song: 5 15 orang2. Choral Speaking : 30 35 orang3. Poetry Recitation: 2 peserta4.Public Speaking: 1 peserta5. Scrabble Final: 3 pesertaStory Telling Level 1 / 2 : 1 peserta / 1 peserta

TENTATIF PROGRAM8.00 pagi: Pendaftaran Peserta, Guru Pengiring dan Hakim8.30 pagi: Taklimat Hakim9.00 pagi: Pertandingan Dijalankan11.30 pagi : Perasmian Penutup- Bacaan Doa- Ucapan Perasmi- Penyampaian Hadiah- Bersurai8KELEBIHAN 8.1 Karnival Bahasa Inggeris dapat mencungkil bakat para pelajar serta menambah keyakinan diri para pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris.8.2 Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar.9KELEMAHAN9.1 Tarikh perlaksanaan Karnival Bahasa Inggeris tidak sesuai dan perlu diawalkan kerana bertembung dengan persiapan UPSR.10CADANGAN PENAMBAHBAIKAN10.1 Kesemua pertandingan hendaklah dilaksanakan di sebuah sekolah sahaja bagi memudahkan perjalanan majlis.

Disediakan oleh,

(FARHANA ATIQAH BINTI HAJI AHMAD RADZUAN)Setiausaha,Jawatankuasa Pengelola Kecil Ajk Dokumentasi,Sk Sultan Sir Ibrahim.

Disemak oleh,

(EN. NOR ABIDIN BIN ABU TALIB)Guru Besar,Sk Sultan Sir Ibrahim.