laporan aktiviti perjasa bagi sesi 2018 - 2019 · kementerian pembangunan wanita, keluarga dan...

28
1 LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM (Systems Analyst Association For Public Sector) No. Pendaftaran: 262/86 (W.P) Email: [email protected] URL: http://perjasa.org.my

Upload: others

Post on 28-Jun-2020

56 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

1

LAPORAN AKTIVITI PERJASA

BAGI SESI 2018 - 2019

PERSATUAN JURUANALISA SISTEM SEKTOR AWAM (Systems Analyst Association For Public Sector)

No. Pendaftaran: 262/86 (W.P) Email: [email protected] URL: http://perjasa.org.my

Page 2: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

2

1. MATLAMAT PENUBUHAN Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam atau PERJASA ditubuhkan pada 20 Oktober 1985 dengan lima (5) objektif iaitu:

a. Mengeratkan hubungan serta mempertingkatkan kemahiran ahli-ahli persatuan b. Mengeratkan hubungan di antara ahli dengan lain-lain pihak yang terlibat

dengan penggunaan komputer c. Berusaha memastikan penggunaan sepenuhnya sumber tenaga kakitangan

berkomputer dalam Sektor Awam d. Menjaga kebajikan ahli e. Menjalankan lain-lain usaha untuk kepentingan persatuan dan ahli-ahlinya

Justeru itu, sebanyak lima (5) portfolio program PERJASA seperti berikut telah diwujudkan untuk merealisasikan objektif tersebut.

a. Libat Urus bersama Stakeholders b. Pemantapan Profesionalisme c. Penjanaan Ekonomi d. Pemantapan Ukhuwah dan Kebajikan e. Pemantapan Kecergasan

2. BARISAN AHLI JAWATANKUASA (AJK)

2.1 Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa PERJASA bagi Sesi 2017 – 2019 yang

telah dilantik semasa Mesyuarat Agung PERJASA Kali Ke-23: Presiden : Encik Ahmad Osman

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Timbalan Presiden : Dr. Nor’Ashikin Ujang

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bendahari : Puan Hazliana Talha

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Page 3: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

3

Ahli Jawatankuasa :

i) Encik Mohd Naim bin Mohd Ibrahim Kementerian Dalam Negeri (KDN)

ii) Encik Adi Azlan Mohd Ali

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

iii) Encik Mohamed Hairul Othman

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

iv) Encik Luqman Subki Majlis Keselamatan Negara (MKN)

v) Dr. Jayaletchumi a/p Sambantha Moorthy

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

vi) Dr. Nur Azaliah Abu Bakar Majlis Keselamatan Negara (MKN) (telah bertukar Skim DG pada tahun 2018)

vii) Puan Saidatina Asmah Ajuhary Kementerian Tanah, Air dan Sumber Asli (meletakkan jawatan atas sebab persendirian pada tahun 2018)

Pemeriksa Kira-kira:

i) Puan Mazilah Mohamad Amin Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

ii) Encik Hariadi Hinta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2.2 Selaras dengan Perlembagaaan PERJASA di Para 11.1, pelantikan Setiausaha dan AJK telah dilaksana seperti berikut:

i. Puan Noor Hasliza Mohd Hassan (Setiausaha)

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) (meletakkan jawatan pada tahun 2018 kerana melanjutkan pelajaran PhD dengan tawaran HLP 2019)

Page 4: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

4

ii. Puan Chua Swee Suan (Felicia) Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) (dilantik sebagai Setiausaha)

iii. Dr. Hasimi Sallehudin Hospital Tuanku Mizan (telah bertukar Skim DG pada tahun 2018)

iv. Encik Mohd Safuan bin Elias Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM)

v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

vi. Puan Wan Amishah Wan Mahmud Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

3. DIARI PERJASA SEPINTAS LALU

Pelbagai aktiviti berdasarkan lima (5) portfolio tersebut telah dirancang dan dilaksanakan secara berkala. Mesyuarat/ perbincangan secara bersemuka dan maya (virtual) kerap diadakan melalui emel, kumpulan WhatsApp dan telefon.

BIL AKTIVITI TARIKH TEMPAT

TAHUN 2017 1. Mesyuarat Agung PERJASA Ke-23 13.12.2017

08.30 pagi – 01.00 ptg

Auditorium JPM, Putrajaya

2. Kolaborasi bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT: Pengiktirafan Professional Technologists Secara Fast Track

15.12.2017 – 01.11.2018

-

3. Majlis Perpisahan AJK PERJASA Sesi 2015-2017

27.12.2017 Boraombak Marina Putrajaya

TAHUN 2018 1. Majlis Bicara Mesra KSN4U 19.01.2018

03.00 ptg – 05.00 ptg

Auditorium JPM, Putrajaya

Page 5: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

5

2. Perbincangan Digital Run Sempena Karnival Digital anjuran MAMPU

25.01.2018 2.30 ptg – 4.30 ptg

Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU

Putrajaya

3. Sesi Kunjungan Hormat AJK PERJASA Sesi 2017/2019 ke atas TKP (ICT) MAMPU

30.01.2018 9.00 pagi – 10.30 pagi

Bilik Mesyuarat Seri Gemilang, MAMPU

Putrajaya

4. Dapur Ramadhan PERJASA

21.05.2018 -31.05.2018

-

5. Sesi Technology Update Bil.1/ 2018 12.07.2018 11.00 pagi – 12.30 ptg

Astana Banquet Hall, Cyberjaya

6. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

12.07.2018 12.30 pTG – 2.30 ptg

Astana Banquet Hall, Cyberjaya

7 FireEye Malaysia Government Forum 16.08.2019 9.00 pagi – 1.00 ptg

Hotel Pulse Grande, Putrajaya

8 What’sapp Group: PERJASA

Volunteer 18.08.2018 diwujudkan

-

9 PERJASA-Oracle Seminar: Unleashing DigitL Transformation

22.11.2018 9.00 pagi – 1.00 ptg

Hotel Putrajaya Mariott

10 Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat (Khairul Azrin Khairuddin)

22.11.2018

Surau Putrajaya

11 Sesi Perjumpaan Bersama Senior PTMs

13.12.2018 MAMPU Cyberjaya

TAHUN 2019 1 What’sapp Group: PERJASA Outdoor 20.01. 2019

diwujudkan -

2 PERJASA Fun Ride 27.01.2019 8.00 pagi – 10.00 pagi

Putrajaya

3 Sesi Perjumpaan PERJASA, KPPTM & CTSU bersama Ketua Perkhidmatan ICT

28.01.2019 MAMPU Putrajaya

4 Kejohanan Golf PERJASA 2019 30.03.2019 9.00 pagi – 1.00 ptg

Kelab Golf Perkhidmatan Awam

5 Seminar DevOps: Empowering Digital Services

29.04.2019 Hotel IOI Marriott Putrajaya

6 Buletin PERJASA Bil.1/ 2019 06.05.2019 - 7 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 01.07.2019 Astana Banquet Hall,

Cyberjaya

Page 6: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

6

8 Network Technology Update Session: Empowering Smarter Services

21.08.2019 9.00 pagi – 1.00 ptg

iTech Tower, Cyberjaya

9 DevOps Bootcamp Siri 1: Microsoft Azure Fundamental

06.11.2019 9.00 pagi – 5.30 ptg

Bilik Latihan Microsoft Malaysia, Kuala Lumpur

10 Pelancaran Sistem Keahlian PERJASA versi baharu

01.12.2019 -

11 DevOps Bootcamp Siri 2: Microsoft Azure Hands On

03.12.2019 9.00 pagi – 5.30 ptg

Bilik Latihan Microsoft Malaysia, Kuala Lumpur

12 Persediaan PERJASA Fiesta 2019: Sesi Tech Update, AGM Ke-24 & Appreciation Night

18.11.2019 – 11.12.2019

Auditorium MaGIC, Cyberjaya dan Hotel Pulse Grande

4. LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI PERJASA SESI 2017-2019

TAHUN 2017 4.1 MESYUARAT AGUNG PERJASA KALI KE-23 Mesyuarat Agung PERJASA Ke-23 telah diadakan pada 13 Disember 2017 bertempat di Auditorium Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Jumlah kehadiran adalah seramai 156 orang ahli. Barisan AJK 2017-2019 yang diketuai oleh Encik Ahmad Osman, Ketua Perunding ICT (Teknikal) dari MAMPU telah dilantik. 4.2 Kolaborasi bersama Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT):

Pengiktirafan Professional Technologists Secara Fast Track

Perbincangan kolaborasi bersama MBOT untuk pengiktirafan Professional Teknologist yang pertama telah diadakan pada 17 Julai 2017. Sebanyak 2 siri permohonan telah dikemukakan kepada MBOT untuk penilaian dan seramai 24 PTMs telah diiktiraf.

Bil. Tarikh

Permohonan Tarikh

Pengiktirafan Ahli Yang Diiktiraf

Siri 1 15 Disember 2017

1 Februari 2018

1. Ts. Azlina binti Azman (PT18020137) 2. Ts. Mohd Naim bin Mohd Ibrahim

(PT18020007) 3. Ts. Mohamed Hairul bin Othman

(PT18020038)

Page 7: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

7

Bil. Tarikh

Permohonan Tarikh

Pengiktirafan Ahli Yang Diiktiraf

4. Ts. Mohd Sugian bin Ahmad (tiada rekod)

5. Ts. Dr. Mohd Farizul bin Mat Ghani (PT18020019)

6. Ts. Syafik Asraf bin Junus (PT18020012)

7. Ts. M. Poobalan A/L Sivasamy (PT18020047)

8. Ts. Sini Aini binti Abdul Manan (PT18020033)

9. Ts. Adi Azlan bin Mohd Ali (PT18020091)

10. Ts. Dr. Jaletchumi D/O Sambantha Moorthy (tiada rekod)

11. Ts. Masrulehsan bin Mamat (PT18020020)

Siri 2 16 Mac 2018 – 1 Julai 2018

1 November 2018

1. Ts. Dr. Azlena binti Haron (GT18080674)

2. Ts. Mazilah binti Mohamad Amin (tiada rekod no keahlian)

3. Ts. Mohd Muneer Othman (tiada rekod no keahlian)

4. Ts. Mohd Izuan bin Mohd Saad (GT18075129)

5. Ts. Kamarul Arifin bin Yusoff (GT18110002)

6. Ts. Syamsul Iskandar bin Shamsuddin (GT18051882)

7. Ts. Dr. Hasimi bin Sallehudin (GT18030401)

8. Ts. Azran bin Ahmad (GT18050555) 9. Ts. Ahmd Tarmizi bin Abdul Kadir

(GT18080020) 10. Ts. Mohd Adiel Azhar bin Harun

(GT180600015) 11. Ts. Norfirdaus bin Harun

(GT17080006) 12. Ts. Farashazillah Yahya (tiada rekod no

keahlian) 13. Ts. Abdullah bin Mohammad

(GT18060002)

Page 8: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

8

4.3 Majlis Perpisahan AJK PERJASA Sesi 2015-2017 Majlis Perpisahan AJK PERJASA Sesi 2015-2017 telah diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen ajk sepanjang tempoh perkhidmatan sukarelawan mereka pada 27 Disember 2017 di Boraombak Marina Putrjaya. TAHUN 2018 4.4 Majlis Bicara Mesra KSN4U

19 Januari 2018 mencatatkan sejarah baharu perkhidmatan awam kerana buat julung kalinya sesi libat urus Penjawat Awam Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat bersama kepimpinan tertinggi Sektor Awam diadakan. Majlis yang dikenali sebagai BICARA MESRA KSN4U ini mempertemukan YBhg.Tan Sri Dr. Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara), YBhg.Tan Sri Zainal Rahim Seman (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan YBhg. Dato’ Dr. Mazlan (Ketua Pengarah MAMPU) dengan wakil Persatuan Juruanalisa Sistem (PERJASA), Kesatuan Teknologi Maklumat Malaysia (KPPTM), Persatuan Juruteknik Komputer (CTSU) dan Persatuan Pelaksana Teknologi Maklumat Malaysia (PPTM). Lebih 300 peserta memenuhi ruang Auditorium Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya menunjukkan sokongan penuh Penjawat Awam Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat terhadap majlis yang dianjurkan bersama oleh MAMPU dan Pejabat KSN.

Majlis yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. Suhazimah Dzazali (TKP ICT MAMPU) berlangsung dalam suasana yang amat muhibah bermula dengan kata aluan daripada YBhg. Dato’ Dr. KP MAMPU, disertai dengan amanat khas daripada YBhg.

Page 9: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

9

Tan Sri KSN. Di dalam ucaptama YBhg. Tan Sri KSN, beberapa perkara telah disentuh merangkumi kepentingan Perkhidmatan Sistem Maklumat di dalam perkhidmatan awam, kepentingan transformasi perkhidmatan ini bagi meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan kerajaan di samping memperkukuh peranan Perkhidmatan Sistem Maklumat sebagai sayap utama organisasi bagi melaksanakan dasar dan hala tuju jabatan. YBhg. Tan Sri turut menegaskan bahawa desas desus tentang penswastaan skim ini adalah tidak benar dan memberi jaminan bahawa kebajikan kira-kira 10,000 penjawat awam skim ini akan terus terpelihara. Namun begitu, menurut YBhg. Tan Sri, kerajaan dalam proses merangka model terbaik bagi memastikan Pelan Pendigitalan Negara berjaya dilaksanakan. Menurut YBhg. Tan Sri, kerajaan mencadangkan penubuhan unit khas yang berfungsi seakan PEMANDU bagi menerajui hala tuju pelaksanaan Pelan Pendigitalan Negara tersebut. Cadangan ini merupakan manifestasi daripada model Government Digital Service yang ditubuhkan di United Kingdom (UK) sehingga membawa negara tersebut di kedudukan tertinggi Indeks Pembangunan E-Kerajaan (EGDI) mengatasi 193 negara Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain pada tahun 2016. Di samping itu juga, YBhg Tan Sri turut memaklumkan bahawa kajian naik taraf skim sedang dilaksanakan dengan mempertimbangkan laluan kerjaya yang lebih baik kepada semua. Amanat YBhg Tan Sri diakhiri dengan harapan agar penjawat awam Perkhidmatan Sistem Maklumat meningkatkan kemahiran dan memberikan komitmen berterusan kepada dasar kerajaan bagi memastikan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab yang dikendalikan oleh YBrs. Dr. TKP(ICT) MAMPU. Berikut adalah soalan yang diutarakan dan jawapan oleh YBhg. Tan Sri KSN: 1. Apakah harapan dan aspirasi YBhg. Tan Sri, terhadap personel Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat sebagai pemain penting dalam perkhidmatan awam? (YBrs. Dr. Suhazimah Dzazali, TKP ICT MAMPU) Peranan yang penting adalah di kementerian dan jabatan di mana Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat perlulah berupaya meningkatkan peranan Ketua Teknologi Maklumat itu sendiri dan terlibat dalam kelompok pembuat keputusan bersama pihak atasan. Pegawai ICT perlu tergolong dalam kumpulan membuat dasar yang penting dan membuat keputusan di peringkat kementerian. 2. Pengurusan Sumber Manusia berpindah dari JPA kepada MAMPU perlulah setaraf atau lebih baik daripada perkhidmatan yang dijalankan oleh JPA sebelum ini. Didapati transisi pengurusan kenaikan pangkat pegawai dan penempatan jawatan-jawatan strategik tidak berjalan dengan lancar. Persatuan juga perlu dilibatkan dalam urusan Sumber Manusia bagi Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat (En. Razale Ibrahim, PERJASA)

Page 10: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

10

YBhg. Tan Sri KSN meminta YBhg. Dato’ Dr. KP MAMPU melihat dan mempercepatkan urusan kenaikan pangkat. YBhg. Tan Sri KSN dan YBhg.Tan Sri KPPA sedia memberikan komitmen sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat dalam urusan tersebut. 3. Apakah sumbangan yang dapat memberi impak positif boleh diberikan oleh PPTM dalam mendokong Pelan Pendigitalan Negara. Cadangan agar diwujudkan pusat latihan kepakaran untuk tenaga mahir yang mana tenaga pengajar terdiri daripada kalangan pegawai Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat (F) yang pakar. (Pn. Siti Aishah Zachariah, KPPTM) YBhg. Tan Sri KSN meminta pihak MAMPU untuk memikirkan cadangan tentang penglibatan dan peranan setiap kumpulan dalam Perkhidmatan Sistem Maklumat mengikut dasar pendigitalan tersebut. YBhg. Tan Sri KSN bersetuju dengan cadangan latihan kepakaran tersebut. Beliau meminta pihak MAMPU melihat tentang perkara ini dan mengambil kira keperluan mewujudkan pusat latihan baharu atau menggunakan pusat-pusat latihan sedia ada. 4. Puan Ruzaidah Mansur dari Pejabat SUK Selangor mencadangkan 3 perkara iaitu:

a. MAMPU mewujudkan ‘Special Purpose Vehicle’ (SPV) sebagai anggota ICT kepada Kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan pengoperasian teknikal ICT untuk maju ke hadapan dalam dunia semasa. SPV ini kelak boleh membantu meringankan bebanan tugasan kerajaan untuk mempercepatkan tadbir urus pengoperasian dan menyokong teknologi industri 4.0 dan teknologi digital.

b. Kerajaan menyelaras data digital daripada peringkat persekutuan sehingga ke tiga belas (13) negeri bagi menyediakan bank data berpusat, pusat data dan dashboard untuk memudahkan pembuat keputusan dan penyampaian kepada kumpulan sasaran.

c. Mencadangkan sumber-sumber dari universiti dimaksimumkan penggunaan supaya ianya dapat membantu pihak industri. Menurut beliau, Perdana Menteri turut menyokong Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pembelajaran Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

(Pn. Ruzaidah binti Mansur, SUK Selangor) YBhg Tan Sri KSN meminta Ketua Perkhidmatan untuk mengkaji dan mengambil perhatian kepada perkara ini seperti dalam buku ‘Shared Economy’, everythings to be shared dan perlu ada pengiktirafan dan ganjaran kerja yang setimpal sama ada kerja itu dapat dilihat atau tidak mengikut kesesuaian tempat kerja.

Page 11: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

11

5. Wakil CTSU telah mengemukakan isu dan cadangan berkenaan kenaikan pangkat, lewat menguruskan pemangkuan dan pengesahan jawatan, tiada makluman dan maklum balas kepada kumpulan pelaksana. Isu-isu yang dinyatakan adalah seperti berikut:

a. Urusan kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai skim F selepas pemusatan dilaksanakan dengan kurang efisien. Tiada maklum balas yang responsif terhadap perkara berkenaan dari pihak MAMPU.

b. Laluan kerjaya bagi skim F adalah terhad terutamanya bagi kumpulan pelaksana dan menyebabkan peluang kenaikan pangkat terjejas.

c. Usaha untuk meningkatkan peluang kerjaya kumpulan pelaksana untuk menjawat ke jawatan yang lebih tinggi juga tidak dilaksanakan.

Beliau juga turut mencadangkan beberapa perkara untuk penambahbaikan terhadap pengurusan skim F. Cadangan beliau adalah seperti berikut:

a. Pasukan yang menguruskan urusan perkhidmatan bagi pegawai skim F seperti kenaikan pangkat, pertukaran dan sebagainya hendaklah terdiri daripada pegawai skim F sendiri bagi mewujudkan “sense of urgency”.

b. Pegawai skim F dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan bagi Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat kerana pegawai tersebut akan rasa lebih empati dan memahami peranan serta tanggungjawab pegawai skim F dalam organisasi. Beliau juga menyatakan terdapat ramai pegawai skim F yang berkaliber dan kompeten yang boleh dilantik sebagai Ketua Perkhidmatan.

c. Memperkukuhkan perancangan laluan kerjaya dan hala tuju bagi skim F yang mana tempoh kenaikan pangkat pelbagai gred ialah diantara 9 hingga 13 tahun. Laluan kerjaya adalah terhad dari kumpulan pelaksana.

d. Pihak MAMPU mesti memantau pengurusan personel skim F yang sedang dilaksanakan oleh pengurusan sumber manusia MAMPU supaya lebih efisien.

e. Sistem kenaikan pangkat berkursus untuk tujuan kelayakan ke gred yang lebih tinggi bagi kumpulan pelaksana.

ii. Meningkatkan gred minima Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat kepada gred F29 dengan melihat transformasi perjawatan juruteknik di JKR yang telah dilaksanakan dengan baik.

(En. Mohd Rizan Shaharudin, CTSU) YBhg Tan Sri KSN mohon Ketua Perkhidmatan bagi Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat mengambil maklum dan mengambil tindakan terhadap perkara yang diutarakan. 6. Mencadangkan supaya sebarang keputusan yang bakal dikemukakan oleh kerajaan perlu mendapatkan pandangan dan penglibatan daripada wakil setiap skim terlebih dahulu bagi memelihara kepentingan kedua-dua belah pihak. (Pn Azlina Azman, JPA)

Page 12: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

12

YBhg. Tan Sri KSN bersetuju dengan permintaan tersebut. 7. Cabaran dalam dunia ICT ini semakin tinggi dan ICT adalah tunjang pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Dalam memastikan perkhidmatan atas talian dapat diakses setiap masa dan ketika, pegawai Skim F sentiasa bersedia untuk bekerja tanpa mengira waktu memastikan pelayan/ teknologi terlalu pantas, pegawai skim F perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan dan kemahiran supaya dapat mendokong aspirasi TN50 dan memacu Industrial Revolution 4.0 dalam perkhidmatan awam. Dicadangkan agar dipertimbangkan untuk pemberian elaun kritikal untuk pegawai Perkhidmatan Sistem Maklumat. (En. Mohd Naim Mohd Ibrahim, PERJASA) YBhg. Tan Sri KSN memaklumkan bahawa kerajaan akan mengkaji pemberian elaun kritikal untuk Skim Perkhidmatan Sistem teknologi Maklumat. 8. En. Mohamed Hairul menarik perhatian mengenai hasrat YBhg. Tan Sri KSN untuk bertemu dengan pegawai-pegawai dari semua skim semenjak tahun 2016. Cadangan melibatkan penjawat awam muda di dalam kumpulan pembuat keputusan bagi menghasilkan idea yang lebih dinamik bagi merangka strategi dan dasar kerajaan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Singapura. (En Mohamed Hairul Bin Othman, PERJASA) YBhg. Tan Sri KSN memaklumkan penglibatan penjawat awam muda dalam perancangan adalah amat penting. Beliau menyarankan supaya kuota minimum 20% kepada penjawat awam skim F muda melalui sistem fast track untuk kenaikan pangkat. Model ini juga telah diperkenalkan oleh JPA kepada skim PTD dan skim-skim lain. YBhg. Tan Sri KSN memaklumkan kepentingan untuk membuat keputusan secara inklusif khususnya berkaitan pembangunan modal insan. Oleh kerana skim F ditempatkan di pelbagai kementerian, maka tadbir urus secara bersepadu diperlukan. Perlu kenal pasti kaedah terbaik bagi maksud ini dan atasi amalan silo di dalam pentadbiran. 9. Mohon pengesahan bahawa Perkhidmatan Sistem Maklumat tidak akan diswastakan dan turut menyarankan supaya perancangan berkaitan Perkhidmatan Sistem Maklumat perlu melibatkan semua peringkat. Seterusnya, memohon penjelasan adakah perkhidmatan, laluan kerjaya dan lain-lain berkaitan kerjaya pegawai skim F sedia ada akan terjejas atau tidak setelah kerjasama antara MAMPU dengan agensi luar diadakan. (Mohd Izwan, PTMM) YBhg. Tan Sri KSN menegaskan bahawa tiada sesiapa yang akan diberhentikan kerja atau dan Skim F tidak akan diswastakan.

Page 13: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

13

Skim F dengan jumlah 10,000 orang yang terdiri daripada pelbagai gred merupakan antara skim teramai dalam perkhidmatan awam. Skim F ini juga merupakan keperluan kritikal di setiap Kementerian, jabatan dan agensi. Landskap skim F seperti inilah yang telah memberi cabaran yang amat besar dalam menguruskannya. Sekiranya skim ini tidak diuruskan secara strategik, perkhidmatan skim F yang menjadi nadi kepada perkhidmatan awam akan bergerak secara silo dan manfaatnya tidak akan dapat dinikmati secara optimum oleh pihak Kerajaan. YBhg. Tan Sri KSN memberi jaminan untuk melihat dari segi insentif dan kenaikan pangkat dan akan dibincangkan bersama Ketua Perkhidmatan bagi Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat dan KPPA.

4.5 Perbincangan Digital Run sempena Karnival Digital anjuran MAMPU Perbincangan yang dipengerusikan oleh Presiden Kelab MAMPU ini telah diadakan pada 25 Januari 2019 bagi memuktamadkan penglibatan PERJASA dalam Digital Run. Tetapi Karnival Digital anjuran MAMPU telah ditangguhkan kerana tumpuan perlu diberi kepada pilihan raya. 4.6 Sesi Kunjungan Hormat AJK PERJASA Sesi 2017/2019 ke atas TKP (ICT)

MAMPU

Sesi kunjungan yang diketuai oleh Presiden PERJASA ini telah diadakan pada 30 Januari 2019 di MAMPU Putrjaya. Objektif kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan barisan Jawatankuasa PERJASA yang baharu di samping membincangkan perkara berkaitan Skim Perkhidmatan Sistem Maklumat. Menerusi pertemuan tersebut, TKP (ICT) MAMPU iaitu Dato’ Dr. Suhazimah Dzazali telah menzahirkan sokongan beliau terhadap aktiviti PERJASA dan menyatakan komitmen beliau untuk melibatkan PERJASA dalam usaha memantapkan skim ini. Selain daripada itu, YBhg. Dato’ turut menyeru kepada semua PTM untuk terus berusaha meningkatkan pengetahuan dan kompetensi masing-masing khususnya bagi mendepani cabaran ekosistem ICT yang kerap berubah. Di akhir pertemuan, Presiden PERJASA telah menyatakan hasrat untuk melantik TKP (ICT) MAMPU sebagai Penasihat PERJASA. Pelantikan ini telah disambut baik oleh YBhg.Dato’ dengan ucapan terima kasih dan sekali lagi menyatakan komitmen beliau terhadap PERJASA.

Page 14: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

14

4.7 Dapur Ramadhan PERJASA

Dapur Ramadhan PERJASA telah diadakan pada 29 Mei 2019. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan PERJASA dengan masyarakat. Kutipan sumbangan daripada ahli PERJASA bagi membeli keperluan dapur untuk dimasak dan disalurkan ke insitusi terpilih telah diadakan dari 21 Mei 2019 hingga 28 Mei 2019. Sasaran kutipan adalah RM2000.00 sahaja dan program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli PERJASA kerana jumlah kutipan yang diterima telah melebihi sasaran iaitu RM2,600.00 sahaja. Program ini adalah usahasama antaran PERJASA dan NGO (rumah anak yatim dan pusat tahfiz). Sebanyak empat (4) institusi terlibatdi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor tetapi nama tidak didedahkan atas permintaan institusi terbabit.

4.8 SESI TECHNOLOGY UPDATE Bil.2/2018 Sesi Technology Update Bil.1/2018 telah diadakan pada 12 Julai 2018 di Astana Banquet Hall, Cyberjaya sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sesi ini telah mendapat sambutan yang baik dengan kehadiran lebih kurang 150 ahli PERJASA dan Pegawai Teknologi Maklumat. Terdapat lima (5) penyertaan dari rakan strategik PERJASA iaitu GITN, CISCO, Crest InfoSolutions, 10Infiniy dan Forcepoint. Agenda adalah seperti rajah berikut:

Page 15: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

15

Pada masa yang sama, sebanyak empat (4) booth pameran telah dibuka dan Ketua Pengarah MAMPU merangkap Ketua Perkhidmatan ICT telah mengunjungi semua booth pameran dengan diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah (ICT), MAMPU merangkap Penasihat dan Presiden PERJASA.

4.9 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018 Majlis Sambutan Aidilfitri PERJASA 2018 telah diadakan pada 12 Julai 2018 di Astana Banquet Hall, Cyberjaya. Majlis mesra ini telah berjaya diadakan dalam suasana meriah yang diserikan dengan kehadiran anggaran 300 orang ahli dan PTM.

4.10 FireEye MALAYSIA GOVERNTMENT FORUM

FireEye Malaysia Government Forum yang diadakan pada 16 Ogos 2019 di Hotel Pulse Grande Putrajaya ini merupakan kolaborasi strategik antara PERJASA dan FireEye. Pembentangan berkenaan keselamatan siber yang bertajuk "Evolving Beyond the 'Prevention Only' ” telah disampaikan oleh Encik Steve Ledzian, Senior Director, Systems Engineering, FireEye Southeast Asia. Sesi simulasi krisis siber interaktif dipersembahkan oleh Encik Vivek Chudgar, Senior Director, Mandiant

Page 16: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

16

Consulting. Perbincangan panel yang bertajuk "Cyber Security in Digital Government Transformation" telah dibarisi oleh pakar keselamatan siber dan wakil dari Sektor Awam.

4.11 PERJASA-ORACLE SEMINAR: UNLEASHING DIGITAL

TRANSFORMATION PERJASA dengan kerjasama Oracle Malaysia telah mengadakan satu Seminar yang bertajuk Unleashing Digital Transformation. Objektif program adalah untuk berkongsi pengalaman pihak Oracle dalam perancangan dan melaksanakan transformasi digital. Program telah dirasmikan oleh Presiden PERJASA iaitu Tuan Haji Ahmad bin Osman dan diadakan pada 22 November 2018 bermula dari 8.30 am hingga 4.00 pm, bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya. Seramai 104 ahli PERJASA telah menghadiri program berkenaan termasuk 8 orang wakil dari Kesatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Persatuan Juruteknik Komputer. Dua (2) wakil PERJASA telah dijemput sebagai ahli Forum dan telah memberi pandangan mengenai transformasi digital dalam aspek modal insan dan ketersediaan struktur ICT Negara yang memerlukan anjakan paradigm semua pihak.

Page 17: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

17

4.12 SESI PERJUMPAAN BERSAMA PEMIMPIN PTM JUSA PERJASA dengan julung kalinya telah mengadakan perjumpaan bersama pemimpin PTM Jusa dari kementerian dan agensi barisan hadapan pada 13 Disember 2019 di MAMPU Cyberjaya. Seramai 19 orang PTM Jusa telah menghadiri perjumpaan ini. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk membincangkan hala tuju Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat.

Page 18: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

18

4.13 WHAT’SAPP GROUP: PERJASA OUTDOOR What’sapp group PERJASA Outdoor telah diwujudkan sejak 20.01.2019 dan seramai 36 ahli (termasuk AJK) telah menyertai kumpulan tersebut. Tujuannya adalah untuk memudahkan komunikasi berkaitan sukan di kalangan ahli dan seterusnya meningkatkan semangat sukan bersama-sama. Ini juga salah satu usaha PERJASA untuk menyokong pelaksanaan inisiatif Fit Malaysia untuk penjawat awam khasnya.

4.14 PERJASA Fun Ride Aktiviti sukan pertama yang diadakan menerusi komunikasi whats’app group PERJASA Outdoor ialah PERJASA Fun Ride yang telah diadakan pada 27 Januari 2019 di Putrajaya. Seramai tiga orang ahli telah menyertai aktiviti yang menyihatkan badan ini. 4.15 KEJOHANAN GOLF PERJASA 2019 Kejohanan Golf PERJASA 2019 (piala pusingan GCIO yang telah dipertandingkan sejak tahun 2010) telah diadakan pada 30 Mac 2019 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam. Seramai 24 orang peserta terdiri daripada ahli PERJASA dan rakan strategik

Page 19: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

19

PERJASA telah menyertai Kejohanan Golf PERJASA 2019. Kejohanan kali ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri. Terdapat dua kategori pemain iaitu Kategori Sektor Awam dan Kategori Korporat. Piala pusingan GCIO akan dianugerahkan kepada pemain dengan markah keseluruhan tertinggi.

Program ini diadakan bertujuan untuk: a. Mengeratkan silahturahim dan kerjasama di kalangan ahli PERJASA dan juga

korporat; b. Mewujudkan suasana yang harmoni dan sihat di kalangan ahli PERJASA; dan c. Menyokong pelaksanaan inisiatif Fit Malaysia untuk penjawat awam khasnya

dan rakyat Malaysia amnya.

Pemenang pertandingan ini telah menyaksikan muka-muka baharu di kalangan ahli PERJASA dari kedua-dua kategori tersebut. Bagi Kategori Sektor Awam, En Johari bin Hashim telah dianugerahkan sebagai johan, En Turudi bin Mat menduduki tempat kedua dan tempat ketiga jatuh kepada En Mohd Iskandar Zulkarnain bin Mohd Noh. Manakala bagi Kategori Korporat, En Norhizam bin Mat Daud telah berjaya sebagai Johan, YBhg Dato’ Azhar Ismail di tempat kedua dan akhir sekali En Wong Keng Hoe menduduki tempat ketiga. Juara keseluruhan yang membawa pulang piala pusingan GCIO telah dirangkul oleh En. Khairuddin bin Mohemed Nor.

4.16 WHAT’SAPP GROUP: PERJASA VOLUNTEER What’sapp group PERJASA Outdoor telah diwujudkan sejak 18 Ogos 2018 dan seramai 55 ahli (termasuk AJK) sebagai wakil kementerian/ agensi (persekutuan dan negeri) telah menyertai kumpulan tersebut. Tujuannya adalah untuk memantapkan keberkesanan komunikasi info/ program PERJASA di kalangan ahli dan seterusnya meningkatkan penyertaan ahli dalam program PERJASA dari masa ke masa. Selain itu, ia juga merupakan medium untuk PERJASA mengumpul maklum balas penambahbaikan dari ahli kementerian/ agensi (persekutuan dan negeri).

Page 20: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

20

4.17 SESI PERJUMPAAN PERJASA, KPPTM DAN CTSU BERSAMA KETUA PERKHIDMATAN ICT

??????

Page 21: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

21

4.18 SEMINAR DEVOPS: EMPOWERING DIGITAL SERVICES

Seminar DevOps: Empowering Digital Services has marked the first time ever

successful collaborative event of The Association of Public Sector System Analysts

(PERJASA), Assistant IT Officer Union (KPPTM) and Computer Technician Scheme

Union (CTSU)! With the objective to upskill our members, we have invited our

members and also Public Sector ICT personnel to join this seminar. Partnering as

well with Microsoft Malaysia, this seminar was successfully held on 29 April 2019

at Pulse Grande Hotel Putrajaya with great support of 95 ICT personnel from

various public sector agencies (75% attendance were the members of 3

association/union).

The agenda of the seminar:

What is DevOps?

DevOps (development and

operations) is an enterprise

software development phrase

used to mean a type of agile

relationship between

development and IT

operations.The DevOps ideals

extend agile development

practices by further streamlining

the movement of software

change thru the build, validate, and deploy and delivery stages, while empowering

cross-functional teams with full ownership of software applications – from design

thru production support.

Page 22: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

22

Implementation of DevOps automation in the IT-organization is heavily dependent on tools, which are required to cover different areas of the systems development lifecycle (SDLC) such as Infrastructure as Code, Continuous Integration/ Deployment (CI/CD), Test Automation, Containerization, Orchestration, Software Deployment, Measurement and ChatOps.

Azure DevOps Bootcamps Thus, while we had this seminar as the first step to introduce DevOps and now with Microsoft’s enthusiasm to assist in our upskilling program, we are exciting to announce that there will be 3 Azure DevOps bootcamps to help accelerate your journey as DevOps practitioner coming soon in July – Sept 2019! Registration is open to PERJASA, KPPTM and CTSU members only. 50 members will be shortlisted and invited to the bootcamps and 3 commited participants will be chosen to attend 2 Microsoft Azure Developer training and certifications.

Page 23: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

23

4.19 BULETIN PERJASA BIL.1/2019

Setelah hampir 20 tahun berehat, kini Buletin PERJASA telah kembali! Buletin PERJASA Bil 1/2019 boleh dimuat turun di pautan bit.ly/bperjasa1-19. Buletin ini mengandungi laporan aktiviti PERJASA dan juga artikel yang dikarang oleh rakan-rakan PTM. Topik-topik teknikal yang menarik adalah seperti :

Pengenalan Kepada Indeks Pangkalan Data Apa itu kejuruteraan sosial? Langkah demi langkah menyediakan email spoofing menggunakan Kali Linux Perkongsian maklumat Geospatial melalui platform Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS) A Framework for ICT Security Policy Compliance Hala tuju Komuniti Sumber Terbuka Sektor Awam A Gentle Introduction to Sentiment Analysis Using Naïve Bayes Keperluan Membina Tahap Ketersediaan Yang Tinggi (HA) Ke Atas Server Virtual

4.20 SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2019

Raya PERJASA 2019 telah diadakan pada 21 Julai 2017 bertempat di Astana Banquet Hall, Cyberjaya. Majlis kali ini telah berjaya diadakan dalam suasana meriah dengan kehadiran seramai 300 orang ahli dan diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah MAMPU, YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Yusoff yang juga merupakan Ketua Perkhidmatan ICT dan juga Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU merangkap Penasihat PERJASA, YBhg. Dato’ Dr. Suhazimah Dzazali.

Page 24: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

24

4.21 NETWORK TECHNOLOGY UPDATE SESSION: EMPOWERING SMARTER SERVICES

DIGITAL TRANSFORMATION drives organizations to continually innovate their business models, and much of the change will be technology-enabled. Thus, there’s no denying that nowadays TECHNOLOGY platforms underpin digital business transformation.

Interoperable NETWORK is the key enabler of Digital Transformation, crucial to be optimized to support new technologies being deployed in pursuit to achieve greater performance and more impactful business outcomes, tapping into DIGITAL ECONOMY gracefully.

PERJASA, in collaboration with DCN & Arcadian has cordially invited PERJASA members to join the journey of exploring latest state of the art technology to gear up DIGITAL TRANSFORMATION with intelligent, reliable and integrated network solution on 21 Aug 2019 at iTech Tower, Cyberjaya. A total of 20 participants has joined this session.

4.22 DEVOPS BOOTCAMP SIRI 1: MICROSOFT AZURE FUNDAMENTAL

DevOps Bootcamp Siri 1 telah diadakan dengan kolaborasi KPPTM, CTSU dan Microsoft Malaysia pada 6 November 2019 di Bilik Latihan Microsoft Malaysia. Bootcamp ini adalah ditanggung penuh oleh Microsoft Malaysia. Focus utama adalah Micosoft Azure Fundamental dan setiap peserta diberi exam voucher selepas bootcamp. Seramai 49 peserta yang terdiri daripada PTM dan PPTM telah menghadiri bootcamp ini.

Page 25: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

25

4.23 PELANCARAN SISTEM KEAHLIAN PERJASA VERSI BAHARU

Sistem Keahlian PERJASA versi baharu telah dilancarkan pada 1 Disember 2019. Ia dibangunkan secara dalaman oleh AJK PERJASA iaitu Encik Mohamed Hairul Othman yang sedang cuti belajar. Sistem ini lebih mesra pengguna dan mudah digunakan. Ahli boleh mengemaskini maklumat diri melalui http://ahli.perjasa.org.my. PTM yang belum menjadi ahli boleh mendaftar sebagai ahli baharu melalui http://ahli.perjasa.org.my/signup.html. Sehingga kini, seramai 90 orang ahli baharu telah mendaftar. Pada 4 Disember 2019, fungsi baharu iaitu pengemaskinian maklumat bayaran dengan muat naik slip bayaran telah dilancarkan.

4.24 DEVOPS BOOTCAMP SIRI 1: MICROSOFT AZURE HANDS ON

DevOps Bootcamp Siri 2 telah diadakan dengan kolaborasi KPPTM, CTSU dan Microsoft Malaysia pada 3 Disember 2019 di Bilik Latihan Microsoft Malaysia. Bootcamp ini adalah ditanggung penuh oleh Microsoft Malaysia. Focus utama adalah Micosoft Azure Hands On. Seramai 44 peserta yang terdiri daripada PTM dan PPTM telah menghadiri bootcamp ini.

Page 26: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

26

5 MEDIUM KOMUNIKASI

5.1 MESYUARAT DAN PERBINCANGAN Sebanyak 12 kali Mesyuarat AJK PERJASA telah diadakan dari tahun 2018 hingga tahun 2019 (dua bulan sekali). Selain itu, sebanyak 24 kali perbincangan telah diadakan sama ada dengan AJK atau rakan strategik.

5.2 FACEBOOK PERJASA

Facebook group PERJASA https://www.facebook.com/groups/perjasa/ yang telah diwujud dan ditadbir oleh AJK PERJASA ini merupakan salah satu (1) saluran media sosial yang aktif bagi menambahkan saluran interaksi secara maya kepada ahli-ahli PERJASA dan penjawat Skim F. Facebook ini bertindak sebagai medium penyebaran dan perkongsian maklumat bukan hanya kepada aktiviti-aktiviti PERJASA sahaja malah perbincangan, pertukaran pandangan serta penyelesaian isu-isu terutamanya berkaitan teknologi, kerjaya dan tugas-tugas semasa Skim F. Sehingga 11 Disember 2019, rangkaian laman sosial Facebook PERJASA yang berstatus “Closed Group” ini mempunyai 2,260 ahli (pertambahan seramai 103 ahli berbanding dengan jumlah 2,157 ahli pada 7 Disember 2017).

Page 27: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

27

Selain itu, Facebook page PERJASA iaitu https://www.facebook.com/PerjasaFanPage juga diwujudkan bagi mamantapkan penyebaran maklumat khususnya kepada orang awam. Sehingga 11 Disember 2019, jumlah pengikut adalah 1,658 orang.

5.3 WHATSAPP GROUP AJK PERJASA Bagi memudahkan komunikasi segera, whats’app group AJK PERJASA telah diwujudkan. Perbincangan secara maya lebih kerap berlaku memandangkan kaedah ini boleh dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa.

Page 28: LAPORAN AKTIVITI PERJASA BAGI SESI 2018 - 2019 · Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPMKM) v. Puan Razita Omar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) vi. Puan Wan

28

PENUTUP Semoga laporan yang disediakan ini menjadi kayu pengukur di atas gerak kerja barisan kepimpinan dan AJK PERJASA Sesi 2017 – 2019 serta penglibatan ahli-ahli PERJASA dalam program yang telah dijalankan. Diharapkan juga ianya akan menjadi pemangkin dan mencetus motivasi kepada semua ahli agar terus memberi sokongan dan komitmen kepada barisan jawatankuasa baharu yang bakal dilantik. Akhir kata, segala kelemahan dan kesilapan yang terlihat di mata dan terasa di hati, saya bagi pihak barisan jawatankuasa PERJASA Sesi 2017 – 2019 memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kami menerajui PERJASA bagi Sesi 2017 – 2019. Semoga hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara semua ahli PERJASA akan bertambah erat dan harmoni. Sekian, terima kasih. Disediakan Oleh: (CHUA SWEE SUAN - FELICIA) Setiausaha PERJASA Sesi 2017 – 2019

Disahkan Oleh: (AHMAD OSMAN) Presiden PERJASA Sesi 2017 – 2019