laporan aktiviti bahagian khidmat pengurusan …

9
LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN BAGI JANUARI 2018 Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Laut Malaysia bulan Januari 2018 dan Majlis menandatangani Integriti Pack 2018 Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Pada : 30 Januari 2018 Bertempat : Auditorium Ibu Pejabat Laut Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg. Dato Hj Baharin Bin Dato’ Abdul Hamid AMANAT YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH LAUT DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, IBU PEJABAT LAUT UNTUK BULAN JANUARI 2018 YANG TELAH DIADAKAN PADA 30 JANUARI 2018 (SELASA) 1. Memandangkan perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang pertama untuk tahun 2018, maka YBhg. Dato’ Ketua Pengarah mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga JLM. 2. Beberapa kejayaan telah berjaya dicapai oleh JLM pada tahun 2017 dan kejayaan itu patut dijadikan kayu pengukur untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2018. Antara kejayaan yang dicapai oleh JLM pada tahun 2017 termasuklah :- (i) Memenangi semula kerusi Majlis IMO untuk tempoh 2018 – 2019 dengan undi yang lebih banyak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Malaysia memperolehi 131 undi berbanding dengan 120 undi pada tahun 2015. Ini menunjukkan adanya sokongan dan pengiktirafan oleh dunia luar terhadap usaha bersungguh-sungguh yang dibuat oleh Malaysia untuk memajukan industri maritim; (ii) Berjaya menganjurkan pelbagai persidangan, latihan dan kerjasama di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Ini termasuklah menganjurkan Persidangan Asia Pacific Heads of Maritim Safety Agencies (APHoMSA), Mesyuarat Cooperative Mechanism dan latihan keselamatan kapal kepada pegawai-pegawai daripada Timor Laste.

Upload: others

Post on 25-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN BAGI JANUARI 2018

Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Laut Malaysia bulan Januari 2018 dan Majlis menandatangani Integriti Pack 2018

Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut

Pada : 30 Januari 2018

Bertempat : Auditorium Ibu Pejabat Laut

Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg. Dato Hj Baharin Bin Dato’ Abdul Hamid

AMANAT YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH LAUT DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, IBU PEJABAT LAUT UNTUK BULAN JANUARI 2018 YANG TELAH DIADAKAN PADA 30 JANUARI 2018 (SELASA)

1. Memandangkan perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang pertama untuk tahun 2018, maka YBhg. Dato’ Ketua Pengarah mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga JLM.

2. Beberapa kejayaan telah berjaya dicapai oleh JLM pada tahun 2017 dan kejayaan itu patut dijadikan kayu pengukur untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun 2018. Antara kejayaan yang dicapai oleh JLM pada tahun 2017 termasuklah :-

(i) Memenangi semula kerusi Majlis IMO untuk tempoh 2018 – 2019 dengan undi yang lebih banyak berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Malaysia memperolehi 131 undi berbanding dengan 120 undi pada tahun 2015. Ini menunjukkan adanya sokongan dan pengiktirafan oleh dunia luar terhadap usaha bersungguh-sungguh yang dibuat oleh Malaysia untuk memajukan industri maritim;

(ii) Berjaya menganjurkan pelbagai persidangan, latihan dan kerjasama di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Ini termasuklah menganjurkan Persidangan Asia Pacific Heads of Maritim Safety Agencies (APHoMSA), Mesyuarat Cooperative Mechanism dan latihan keselamatan kapal kepada pegawai-pegawai daripada Timor Laste.

Page 2: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

(iii) ILPL telah diiktiraf sebagai Asean Centre of Excellence bagi Latihan VTS untuk rantau Asean. Warga JLM perlu bersedia untuk mengikuti kursus VTS kerana keperluan dan kepentingannya semakin tinggi;

(iv) Menganjurkan World Maritime Week bersama-sama dengan MOT dan lain-lain agensi maritim;

(v) Dalam bidang kreativiti, JLM telah berjaya merangkul juara dalam acara KIK peringkat MOT dan juga tempat ketiga dalam acara Hackhaton yang mana dalam acara itu, wakil JLM telah berjaya mencipta applikasi untuk menyemak jadual feri. Adalah diharap agar kreativiti ini dapat dibawa ke peringkat yang lebih tinggi;

(vi) Berjaya mencapai rating 5 bintang untuk Audit Akauntabiliti dan kejayaan ini perlulah dikekalkan;

(vii) Penganjuran Sukan JLM yang berjaya menanamkan semangat kesukanan dan kekitaan yang tinggi di kalangan warga JLM. Usaha yang murni ini akan terus diadakan pada masa-masa hadapan.

3. Disamping kejayaan, ada juga kelemahan-kelemahan yang ditemui iaitu dalam pengurusan kewangan khususnya dari segi perolehan. Latihan yang sewajarnya telahpun diberikan kepada pegawai/kakitangan yang terlibat dan mereka diperingatkan supaya tidak mengulangi kelemahan-kelemahan tersebut.

4. Adalah diharapkan agar dalam tahun 2018 ini semua warga JLM akan bersedia untuk melipatkan usaha bagi mengekalkan kejayaan yang telah dicapai dalam tahun 2017. Dengan yang demikian, semua warga JLM perlu bersedia untuk berubah dan jika tiada usaha untuk berubah, organisasi JLM akan ketinggalan di belakang.

5. Sebagai mengimbangi perubahan yang sedang berlaku, JLM telah mengemukakan cadangan penstrukturannya kepada pihak JPA. Sehubungan dengan itu, semua warga JLM perlu bersedia dengan penstrukturan yang dicadangkan itu dan melihatnya dari sudut yang positif.

6. Disamping penstrukturan, JLM juga telah memulakan langkah untuk mengkaji kemungkinan JLM dijadikan badan korporat dan JLM telah melantik MIMA untuk

Page 3: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

menjalankan kajian tersebut. Langkah ini adalah seiring dengan pengkorporatan yang telah dilaksanakan ke atas agensi-agensi di bawah MOT iaitu Jabatan Penerbangan Awam dan Lembaga Pelabuhan Johor. Sehubungan dengan itu, warga JLM diminta sekali lagi bersedia untuk menerima perubahan tersebut.

7. Tahun 2018 ini juga adalah tahun pilihraya umum yang ke 14. Sehubungan dengan itu, warga JLM sebagai kakitangan Kerajaan adalah diseru supaya menyokong dan mewawarkan usaha murni yang dibuat oleh Kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. Ini termasuklah projek-projek yang dilaksanakan oleh JLM sendiri seperti pembinaan jeti, terminal dan pengerukan alur pelayaran. Usaha murni untuk kesejahteraan rakyat ini boleh dihebahkan melalui media sosial masing-masing.

 

 

IKRAR INTEGERITI 

 

Page 4: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

 

 

 

YBHG. DATO’ HJ BAHARIN SEDANG BERUCAP 

Page 5: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

 

NYANYIAN LAGU NEGARAKU 

Page 6: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

 

ANTARA KAKITANGAN IBU PEJABAT LAUT YANG HADIR 

Page 7: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

 

MAJLIS MENANDATANGANI INTEGRITI PACK BAGI TAHUN 2018 OLEH PENGARAH BAHAGIAN 

Page 8: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

 

 

Page 9: LAPORAN AKTIVITI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN …

 

 

DISEDIAKAN OLEH :

SITI NOR PARLILA SIDEK

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN

IBU PEJABAT LAUT MALAYSIA

TARIKH: 01 FEBRUARI 2018