lapangan 14

Download Lapangan 14

Post on 19-Mar-2016

225 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

E Majallah MRA edisi ke 14

TRANSCRIPT

  • LAPANGAN

    PEMBANGUNAN KOMUNITI Tunjang utama aktiviti MRA 2012

    Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain

  • KHIDMAT KOMUNITI merupakan satu aspek penting dalam membangunkan mana-mana komuniti atau kelompok masyarakat yang terpinggir, terpencil, tertinggal atau kurang bernasib baik. Melalui program yang digerakkan dalam khidmat komuniti, penduduk setempat atau anggota komuniti tersebut akan diberikan pendedahan yang sewajarnya bagi mem bolehkan mereka berdikari dalam meneruskan kehidupan tanpa perlu mengharapkan ihsan dan bantuan orang atau agensi kerajaan semata-mata, mereka juga akan melalui satu proses kehidupan yang lebih baik dan tersusun, yang mempunyai sistem dan aturan lebih baik dari yang sedia diamalkan, memberikan mereka ide dan rencana yang lebih baik untuk mereka ceburi bagi memastikan kesinambungan keluarga, men-jadikan komuniti mereka celik ilmu dan pengetahuan - komuniti yang mempunyai orang cerdik pandai dikalangan mereka pasti menjadi sebuah komuniti yang maju dan berdaya saing disamping mempunyai banyak ciri-ciri positif untuk membolehkan mereka terus melangkah dan bergerak kehadapan. MRA mengambil serius terhadap program pembangunan komuniti yang digerakkannya dengan sentiasa meletakkan komitmen yang padu dalam menjayakan setiap program pembangunan komuniti tersebut, antaranya ialah Pembangunan Komuniti Orang Asli, Pembangunan Komuniti Orang Kurang Upaya, Pembangunan Komuniti Pelarian Rohingya serta Pembangunan Komuniti Masyarakat Terpinggir. MRA percaya dengan kesungguhan dan kerjasama diantara semua pihak yang terlibat pasti akan membawakan hasil yang dikehendaki dan ahli masyarakat yang dibantu ini semestinya akan mengalami per ubahan positif seperti yang disasarkan. Justeru, MRA mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin berkerjasama didalam men-jayakan aktiviti pembangunan komuniti ini secara sinergi dan kerjasama. Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain

    MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

    Minda Redaksi PEMBANGUNAN KOMUNITI

    LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia

    LAPANGAN 14-2012 2222

    Tumpuan Utama MRA2012

    RETREAT EXCO MRA - Menentukan hala tuju 2012. Memastikan MRA terus relevan dan berdaya saing diper-ingkat tempatan dan antarabangsa. MESYUARAT MRA PERAK Mesyuarat Operasi bagi memantapkan lagi jentera kerja dan pengumpulan dana bagi aktiviti MRA Perak PENERANGAN MRA KEDAH Menguatkan lagi kehadiran MRA di wilayah utara tanahair, memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lebih pantas dan berkesan PERTEMUAN ICPS-MRA &

    JKM - Inisiatif MRA untuk memastikan kebajikan ahli-ahli CP terpelihara. Or-ganisasi yang digerakkan oleh ahli CP sendiri. SEKOLAH KOMUNITI

    ROHINGYA-MRA - Pelbagai program diatur untuk komuniti pelarian Rohingya di Cheras Baru. Klinik Kesihatan bersama MSU, agihan makanan kering, agihan alatulis dan pertandingan mencipta logo Sekolah Komuniti Rohingya MRA

    MYCORPS-MRA - Mesyuarat Penyelarasan dan penghantaran tim pertama MYCORPS-MRA ke Lebanon. Mem-persiapkan persediaan mental dan fizikal setiap ahli MYCORPS sebelum mereka turun ke Lapangan Antarabangsa yang sebenar.

  • RETREAT EXCO MRA

    RETREAT MRA 2012 ber-langsung dengan jayanya, dihadiri oleh hampir kesemua ahli Lembaga Pemegang Amanah, EXCO dan pengurusan Sekretariat MRA. Retreat yang diadakan julung-julung kali ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru. Retreat padat yang mengambil masa sehari suntuk ini bermula dari jam 8.30 pagi berakhir sekitar jam 9.00 malam. KELANGSUNGAN ORGANISASI Beberapa agenda penting Retreat telah dibahaskan dan beberapa isu penting organisasi telah berjaya dibincangkan dan mencapai kata sepakat bagi mencari pen-yelesaiannya. Retreat ini bertujuan untuk memastikan kelangsungan organisasi di-

    samping memastikan kewujudan MRA sentiasa relevan dan menjadi sebuah organisasi yang dihormati, mempunyai ruang operasinya yang tersendiri dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. MUHASABAH ORGANISASI Retreat ini turut membicarakan mengenai misi-misi yang telah diadakan, kempen-kempen yang telah digerakkan serta jumlah agihan dana yang telah dibelanjakan. Ianya juga turut membincangkan langkah praktikal bagi memastikan dana dan sum-bangan untuk menggerakkan program MRA dapat ditambah dan dipastikan konsistens-inya bagi memudahkan pergerakan dan merancang aktiviti tahunan untuk tahun 2012.

    2012 adalah tahun untuk MRA melonjak lebih tinggi lagi dari kebiasaannya

    MELIPATGANDA AKTIVITI MRA berhasrat untuk melipatgandakan usaha dan aktivitinya dalam tahun 2012. Justeru itu, usaha bagi memantapkan peranan sekretariat, pengurusan dan pengumpulan dana serta pengupayaan SAHABAT MRA merupakan antara strategi utama bagi menjadikan MRA sebuah organisasi yang ampuh, mantap dan berdaya saing dengan organisasi bantuan kemanusiaan lain yang telah lebih lama bertapak baik didalam mahupun diluar negara. Doakan kejayaan kami dalam mentadbir MRA demi kemanusiaan sejagat.

    MENENTU HALATUJU 2012

    3 3 3 3 LAPANGAN 14-2012

  • LAPANGAN 14-2012 4444

    MRA PERAK MRA PERAK MRA PERAK MRA PERAK sebagai cawangan pertama MRA di peringkat negeri telah m e n g a d a k a n Me s y u a r a t Operasinya di Ipoh baru-baru ini. MRA disebelah utara sebelum ini dikenali sebagai MRA Utara, dan kini dengan tertubuhnya MRA Perak dan insyallah MRA Kedah dalam masa terdekat, menjadikan cawangan ini semakin sibuk dengan pelbagai program dan aktiviti. Mesyuarat ini antara lain bertujuan untuk memantap-kan lagi urusan pentadbiran, kewangan dan operasi MRA di kawasan utara Malaysia.

    Sebuah Kempen Penerangan men-genai Malaysian Relief Agency (MRA) telah berjaya diadakan di Hospital Sultanah Bahiyah. Sg. Petani yang telah dihadiri oleh kakitangan pe-rubatan dan staf pentadbiran Hos-pital tersebut. Program ini telah dikendalikan oleh Dr. Mohd Saifullah yang meru-pakan seorang pakar orthopedik di Jabatan Othopedik Hospital berk-enaan. Dr. Saifullah juga meru-pakan Pengerusi bagi Cawangan MRA-Kedah.

    Turut dibincangkan ialah laporan perjalanan program yang telah dilaksanakan serta maklumbalas yang diterima. Turut dibincang ialah program yang ber potensi untuk dimulakan dan bagaimana ia boleh digerakkan. Mesyuarat ini telah dirasmi-kan sendiri oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik, selaku Presiden MRA dan dihadiri juga oleh Sdr. Shirajuddin Sirat, PSUA MRA dan Sdr. Shahrul, Pengarah Eksekutif MRA. Syabas MRA PERAK!

    Di dalam majlis tersebut, beliau menekankan konsep bantuan yang digerakkan oleh MRA disamping mengajak mereka yang hadir untuk turut sama berdaftar sebagai sahabat MRA. MRA Kedah dijangka akan m e n g g e r a k k a n p r og r a m sulungnya iaitu sebuah Klinik Lapangan di perkampungan Orang Asli di Ulu Legong, Baling Kedah pada bulan Mac nanti. Jom ikut serta!

    MESYUARAT MRA PERAK

    MAJLIS PENERANGAN MRA Cawangan KEDAH

    berjalan lancar penuh iltizam

    Dr. Saifullah memberikan taklimat mengenai MRA

    Khusyuk mendengar penerangan mengenai aktiviti MRA

    Semua serius dan bersemangat sepanjang mesyuarat berlangsung

  • 5555 LAPANGAN 14-2012

    bersama wakil JKM

    SATU SESI PERTEMUAN telah diadakan diantara tim ICPS-MRA dan wakil JKM bertempat di Sekretariat Malaysian Relief Agency (MRA). Pertemuan pertama kali ini bertujuan untuk memaklumkan kepada JKM bahawa MRA telah mengambil satu inisiatif untuk membantu menggerakkan sebuah persatuan atau per- kumpulan yang disertai oleh ahli-ahli Cerebral Palsy (CP) yang berada di Kuala Lumpur. Pertemuan ini turut dihadiri oleh ibubapa dan penjaga ahli-ahli CP, mereka turut memberikan input dan maklumat berguna berdasarkan pengalaman yang mereka lalui serta pengetahuan yang mereka ada mengenai kaedah perlaksanaan yang berkesan untuk kumpulan ini. Perbincangan secara dua hala ini memberikan peluang kepada kesemua pihak yang hadir untuk meluahkan pandangan dan isihati mereka mengenai masa depan anak-anak dan jagaan masing-masing.

    ICPS-MRA

    Respons yang diberikan oleh pihak JKM juga sangat baik dan pegawai yang hadir juga merupakan seorang yang begitu arif dan mahir dalam isu yang dibincangkan. Beliau turut melahirkan rasa terharu dan gembira dengan inisiatif yang digerakkan oleh MRA ini dan berharap ianya dapat berjalan lancar seperti yang telah dirancang dan memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan untuk ahli-ahli CP ini. Tim ICPS-MRA dianggotai oleh ahli yang berbilang agama dan berbilang bangsa, menjadikannya sebuah organisasi yang majmuk dan mempunyai pelbagai latarbelakang yang berwarna warni. Besarlah harapan MRA agar kumpulan ini dapat ber-tahan dan kekal aktif bagi memberikan sokongan kepada ahlinya dalam apa saja yang mereka lakukan demi membuktikan bahawa ahli-ahli CP juga boleh berdikari dan menguruskan diri mereka sendiri.

    APAKAH CEREBRAL PALSY? Cerebral palsy adalah se-buah kumpulan penyakit yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi otak dan sistem saraf seperti pergera-kan, pembelajaran, menden-gar, melihat, dan berfikir. Terdapat beberapa jenis cerebral palsy; Hemiplegia (sebelah bahagian badan), Diplegia (kedua belah kaki) dan Quadriplegia (kedua belah tangan dan kaki)

  • LAPANGAN 14-2012 6666

    PROGRAM PEMERIKSAAN KESIHATAN MRA-MSU-UNHCR Di Sekolah Komuniti Rohingya MRA-Cheras Baru

    Sebuah Program Pemeriksaan Kesihatan yang dianjurkan secara bersama oleh Malaysian Relief Agency (MRA), Management Sciences University (MSU) dan United Nations High Commissioner on Refugee (UNHCR) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Turut hadir memberikan sokongan dan bantuan ialah tim dari Hospital Pakar Al Islam, Kg