lapangan 03

13
LAPANGAN on the ground JANUARI 2011 Terima Kasih Rakyat Malaysia MENARIK DIDALAM Misi Padang, Indonesia Misi Charsadda, Pakistan Recce Team ke Ulu Legong Integrity Championship’s Challenge Pertemuan Sukarelawan

Upload: mohd-shahrulazilan

Post on 24-Mar-2016

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

E Majallah MRA edisi ke 3

TRANSCRIPT

Page 1: Lapangan 03

LAPANGANon the ground JANUARI 2011

Terima Kasih Rakyat Malaysia

MENARIK DIDALAM • Misi Padang, Indonesia • Misi Charsadda, Pakistan • Recce Team ke Ulu Legong • Integrity Championship’s Challenge • Pertemuan Sukarelawan

Page 2: Lapangan 03

bantuan pasca banjir PAKISTAN diteruskan

MRA komited untuk membantu mangsa banjir Pakistan dengan bantuan terbaik yang boleh dihulurkan. Berkat sokongan dan kerjasama erat dari pihak media dan rakyat Malaysia, MRA telah berjaya memberikan bantuan yang amat diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir tempohari iaitu bekalan air dan rumah kediaman. Dalam proses agihan bantuan dan pembinaan prasarana ini, MRA telah berjaya mewujudkan beberapa peluang pekerjaan untuk penduduk setempat dan ianya amat dihargai oleh mereka. Kebanyakkan dari mereka adalah petani, dan banjir tempohari telah meninggalkan tanah pertanian mereka dengan lumpur yang sangat tebal, sehingga menyukarkan kerja-kerja membajak dan penanaman semula tanam-tanaman mereka. Bagi memastikan kelancaran projek-projek yang telah dikenalpasti, MRA telah melantik beberapa NGO tempatan untuk membantu menyiapkannya. Bagaimanapun, kakitangan MRA dari Malaysia akan sentiasa berada disana bagi memantau dan memastikan jangkamasa pembinaan dan kualiti barangan yang digunakan adalah seperti yang dipersetuju dalam persefahaman yang dimeterai bersama mereka.

MRA baru-baru ini telah menghantar seorang pegawainya, En. Hani bin Yang Kasim bagi memantau perkembangan projek-projek tersebut. Beliau ke Pakistan bagi menggantikan Sdr. Iqbal Abu Bakar (Koordinator Projek Pakistan MRA) yang pulang untuk meraikan kelahiran anak kedua beliau. Hj. Hani telah berjaya melakukan penyerahan kunci rumah kepada beberapa orang penerima rumah yang terdiri daripada mereka yang tidak bernasib baik seperti anak yatim dan janda. Penerima rumah ini amat berbesar hati dan mendoakan agar seluruh keluarga penyumbang ini termasuk kedua ibubapanya dan anak cucunya dirahmati dan diberkati Allah. Hj. Hani juga telah meninjau beberapa projek-projek lain yang telah dilaksanakan oleh MRA di Pakistan disamping beliau turut meninjau beberapa projek-projek lain yang berpotensi untuk dibantu oleh MRA seperti projek sekolah dan bantuan rumah anak yatim. MRA akan menyiapkan 50 buah rumah dan setakat ini 10 buah rumah telah disiapkan dan 16 buah sedang dalam pembinaan, bakinya akan menyusul dalam waktu yang terdekat.

Dua beradik dihadapan tapak rumah yang bakal dibina

Mukasurat 2 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 3: Lapangan 03

Haji Hani bersama salah seorang anak penerima rumah sumbangan rakyat Malaysia.

Salah seorang penerima bantuan rumah MRA bergambar di hadapan rumah baru beliau Mukasurat 3 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 4: Lapangan 03

PADANG tetap dipandang MRA tidak pernah melupakan Padang walaupun gempabumi yang berlaku September 2009 telah lama berlalu. MRA terus menerus bersama penduduk tempatan membangunkan semula perkampungan dan rumah yang telah musnah dalam gempa tersebut. Rumah yang dinamakan Rumah Syukur ini, dibina pada anggaran kos sebanyak RM1500 - RM3000 sebuah. Pada 5-7hb Januari 2011 yang lalu, Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik telah mengiringi CEO CIMB Islamic melawat kawasan yang terlibat dalam pembinaan rumah-rumah Syukur. CIMB Islamic telah memberikan sumbangan wang berjumlah sebanyak RM250,000 bagi menjayakan projek ini.

Banyak pihak lain telah tampil membantu terutamanya rakyat Malaysia yang prihatin dan sektor korporat telah menyumbang dana bagi membina semula rumah penduduk disini. MRA mengalu-alukan sumbangan dana dan bantuan dari mana-mana pihak yang ingin membantu meringankan beban penduduk disini. MRA mempunyai pendekatan yang tersendiri didalam membantu penduduk dikawasan bencana dimana kami beroperasi. MRA akan terlibat dalam proses Relief (Bantuan Kecemasan) dan Rehabilitation (Pemulihan). MRA akan membantu sedaya upaya walaupun ianya mengambil masa bertahun-tahun. MRA Walaupun s ibuk dengan program pembangunan rumah bagi Mangsa Banjir di

Mukasurat 4 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 5: Lapangan 03

Dato Dr. Abd Razak mengiringi CEO CIMB Islamik meninjau rumah Syukur yang dalam pembinaan

Mukasurat 5 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Keluarga yang mendapat Rumah Syukur bergambar dihadapan rumah baru mereka

Page 6: Lapangan 03

INTEGRITY CHAMPIONSHIP’S CHALLENGE

MRA telah terlibat sebagai salah satu stakeholder di dalam Integrity Championship’s Challenge yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia bersama Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) . Program ini telah dianjurkan di MRSM Baling, Kedah Darul Aman. Program ini melibatkan seramai hampir 460 orang pelajar dari MRSM seluruh Malaysia. Para pelajar yang hadir adalah “Top Ten” di MRSM masing-masing. Program bermula dengan taklimat mengenai MRA dari Pengarah Eksekutif , Sdr. M.Shahrulazilan. Dr. Hyzan kemudiannya berkongsi pengalaman beliau sebagai petugas MRA bersama para pelajar tersebut. Taklimat mengenai program pada hari tersebut telah disampaikan oleh Sdr. Johari Kan. Seramai 45 orang penuntut yang memilih MRA sebagai stakeholder mereka telah dibawa ke sebuah rumah anak yatim di Sik - Rumah Gemilang. Disini setiap pelajar diminta untuk m e m b a n t u m e m b e r s i h k a n d i s a m p i n g mengindahkan kawasan sekolah tersebut.

Pelajar MRSM dan penghuni Rumah Gemilang bergambar sama

Pelajar MRSM sedang sibuk mengecat dinding

Mukasurat 6 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 7: Lapangan 03

KITCHEN GARDEN merupakan sebuah

konsep penanaman ala bandar yang semakin popular dewasa ini. Kaedah ini dapat mengekalkan kehijauan dirumah disamping membolehkan penanamnya menikmati hasil tanaman yang bersih dan segar sesuai untuk keperluannya sekeluarga. Sayuran yang ditanam adalah seperti terung, cili, bendi, limau purut, lengkuas, halia, serai, daun sup, daun bawang, daun kari dan banyak lagi. Tanaman yang anda lihat ini kesemuanya ditanam di Kitchen Garden Sekolah Rohingya-MRA Cheras Baru. MRA turut mengendalikan Kursus Pembuatan EM (EffectiveMicroorganisme) kepada mereka yang berminat bagi menggalakkan Pertanian Organik dikalangan rakyat Malaysia yang pentingkan kesihatan dan kelestarian alam.

Cili Padi - Capsicum Annum

Terung Bulat - Solanum Melongena L. Terung Panjang - Solanum Melongena

Mukasurat 7 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 8: Lapangan 03

ZIARAH ORANG ASLI DI ULU LEGONGSatu majlis Ziarah bagi tujuan merapatkan silaturrahim telah diadakan ke rumah Tok Batin Osman di Perkampungan Orang Asli Ulu Legong, Baling, Kedah. Ziarah ini diketuai oleh Dr. Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA yang merupakan seorang pakar jantung di Damanasara Specialist Hospitall. Dalam kunjungan ringkas ini, kami telah bertemu dengan isteri Tok Batin Osman dan beliau kemudiannya meminta kami untuk memeriksa telinga anaknya yang sakit. Beliau turut memberikan kami sedikit taklimat ringkas mengenai komuniti orang asli di kawasan tersebut. Kami kemudiannya memaklumkan kepada Tok Batin mengenai kedatangan kami melalui telefon, kerana beliau berada di Bandar dan meminta kebenaran untuk masuk ke kampungnya. Dr. Daud kemudiannya turut diminta oleh isteri Tok Batin untuk memeriksa seorang lagianak beliau yang tinggal dirumah lain kerana mempunyai masalah lelah (asma). Pertemuan ringkas ini diharapkan dapat memberikan kami kesempatan untuk hadir lagi dikawasan ini bagi memberikan perkhidmatan kesihatan dan perkhidmatan pendidikan kepada penduduk di kampung tersebut.

Dr. Daud sedang memeriksa telinga anak Tok Batin

Mukasurat 8 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 9: Lapangan 03

RECEE TEAM KE PANTAI TIMUR Satu pasukan peninjau MRA yang terdiri dari Bro. Shahrul, Bro. Johari, Bro. Iyadz dan Bro. Shafiq telah bergerak ke Tumpat bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar tentang banjir yang melanda kawasan pantai timur tempohari. Pasukan ini telah bergerak dari Kuala Lumpur pada hari Rabu, jam 2 petang sebelum bermalam dirumah nenek Bro. Iyadz di Kuantan. Perjalanan diteruskan keesokan pagi pada jam 9 pagi. Sebaik tiba di Tumpat, pasukan ini terus menuju ke Balai Bomba Tumpat bagi m e n d a p a t k a n m a k l u m a t d a n perkembangan terkini. Selepas itu, kami turun ke kawasan yang dilanda banjir bagi membuat penilaian. Kami dapati penduduk disini telah bersedia dan telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam menghadapi banjir ini.

Rumah penduduk yang digenangi air tetapi lengkap dengan bot untuk urusan pergerakan.

Dua beradik di tepi Sg.Golok, Kelantan

Mukasurat 9 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 10: Lapangan 03

Disebelah petang, diadakan pula kelas-kelas agama bagi murid-murid di sekolah ini. Pada hari Jumaat diadakan pula kelas kecergasan dan fizikal yang dikendalikan oleh sukarelawan MRA. Pada sepanjang hari Ahad, diadakan pula kelas Bahasa Malaysia dan kelas Bahasa Inggeris bagi golongan dewasa masyarakat Rohingya. Dikawasan berdekatan, Taman Tasik Tambahan, MRA turut mempunyai sebuah kelas agama bagi masyarakat Rohingya berhampiran. Kami sentiasa menekankan betapa pentingnya setiap orang Rohingya mempunyai ilmu, kerana dengan ilmu ini mereka akan berpeluang untuk kembali menyumbang dan membangunkan semula Negara Myanmar dan tanahair yang telah mereka tinggalkan. Dengan ilmu, mereka akan dapat mempertahankan hak, maruah dan kedaulatan mereka. Dengan ilmu mereka akan berjaya merebut kembali kemerdekaan tanah air mereka.

MRA bertanggungjawab menguruskan sebuah Sekolah Rendah bagi anak-anak pelarian Rohingya (pelarian dari Myanmar) di Cheras Baru, Kuala Lumpur. Sekolah ini beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat yang disewa dari pemiliknya. Bilangan murid-murid adalah sekitar 80 orang. Tenaga pengajar terdiri daripada guru warganegara Malaysia dan juga Rohingya. Bahasa Pengantar bagi sekolah ini ialah Bahasa Malaysia.

Mukasurat 10 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Memantau proses pembelajaran

PROGRAM PENDIDIKAN MASYARAKAT ROHINGYA

Page 11: Lapangan 03

UNHCR SUMBANG BEG SEKOLAH

Menggendalikan Sekolah untuk anak-anak pelarian memberikan kami pengalaman yang cukup menarik dan menginsafkan. Betapa peperangan dan kezaliman menindas menyebabkan ramai kanak-kanak diluar sana yang tidak berdosa menjadi mangsa kepada peperangan yang berpanjangan tanpa kesudahan. Kanak-kanak disini sebelum ini sering tertanya-tanya mengapa mereka tidak boleh pergi kesekolah kebangsaan seperti kawan-kawan mereka yang lain. Sukar bagi ibubapa mereka untuk menerangkan kepada mereka mengenai status mereka sebagai pelarian dan kemelut yang melanda negara mereka. Anak-anak ini mahu belajar dan mahu menjadi manusia yang berilmu, namun kenapa mereka dinafikan hak untuk ke sekolah kebangsaan… inilah persoalan mereka yang terus tidak terjawab. Apabila MRA memutuskan untuk membuka sebuah sekolah dikawasan ini, para pelarian Rohingya disini amat gembira dan mereka memberikan kerjaaama yang cukup baik sehingga sekolah ini dapat berjalan dengan lancar.

Sukarelawan MRA membantu memakaikan beg

Mukasurat 11 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 12: Lapangan 03

PERTEMUAN SAHABAT MRA20 Januari 2011

Pertemuan ini bertujuan bagi merapatkan silaturahim dan membina rangkaian diantara tim-tim sukarelawan yang sedia bagi memperkemaskan pergerakan MRA bagi menghadapi tahun 2011 nanti. Pertemuan ini mendapat sambutan yang baik dan berjalan seperti yang dirancangkan. Beberapa tim kerja telah dapat ditubuhkan bagi menggerakkan aktiviti MRA tahun ini. Mukasurat 12 LaPANGAN 3 Malaysian Relief Agency

Page 13: Lapangan 03

LAPANGAN ialah majalah maya yang diterbitkan oleh Malaysian Relief Agency bagi melaporkan kepada ahli, sukarelawan dan orang ramai mengenai aktiviti-aktiviti yang dikendalikannya dengan tujuan untuk menyemarakkan lagi kegiatan berteraskan bantuan kemanusiaan di kalangan rakyat Malaysia.

Pisang Nangka dimasak Pengat Kait-kait banyak durinya Macamana saya tak ingat Orang baik dengan budinya