laman rasmi politeknik balik pulau

16
Bil. 3/2013 Politeknik Balik Pulau ISSN:2289-2052 Majlis Konvokesyen Kali Ke 2 PBU 20 September: Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya (BPLK) Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Tuan Haji Mohd. Ghaus bin Ab. Kadir, telah merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Balik Pulau (PBU) kali ke-2 bertempat di Hotel Eastin, Pulau Pinang. Seramai 105 graduan dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menerima Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Pada majlis yang sama Muhammad Nadzrul Shafiq bin Zulkefli telah menerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Pelajar Cemerlang. Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah-Pengarah Politeknik Zon Utara, Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Zon Utara, Pengetua-Pengetua Sekolah, wakil-wakil Industri dan staf PBU. Oleh: Vishnu a/l Kumar Nagendran Muhammad Nadzrul Shafiq penerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Pelajar Cemerlang Sebahagian daripada graduan PBU VVIP bersama pengurusan tertinggi PBU Majlis ini berlangsung dengan jayanya hasil komitmen kerja berpasukan yang mantap daripada semua staf dan pelajar PBU serta turut dibantu oleh staf Politeknik Seberang Perai (PSP). Semoga komitmen dan semangat ini dapat diteruskan lagi pada majlis yang akan datang. Citra Citra Citra

Upload: ngonhan

Post on 21-Dec-2016

281 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

Politeknik Balik PulauISSN:2289-2052

Majlis Konvokesyen Kali Ke 2 PBU

20 September: Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Latihan Kerjaya (BPLK) Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Tuan Haji Mohd. Ghaus bin Ab. Kadir, telah merasmikan Majlis Konvokesyen Politeknik Balik Pulau (PBU) kali ke-2 bertempat di Hotel Eastin, Pulau Pinang.

Seramai 105 graduan dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menerima Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Pada majlis yang sama Muhammad Nadzrul Shafiq bin Zulkefli telah menerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Pelajar Cemerlang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah-Pengarah Politeknik Zon Utara, Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Zon Utara, Pengetua-Pengetua Sekolah, wakil-wakil Industri dan staf PBU.

Oleh: Vishnu a/l Kumar Nagendran

Muhammad Nadzrul Shafiq penerima Anugerah Pengarah dan Anugerah Pelajar Cemerlang

Sebahagian daripada graduan PBU VVIP bersama pengurusan tertinggi PBU

Majlis ini berlangsung dengan jayanya hasil komitmen kerja berpasukan yang mantap daripada semua staf dan pelajar PBU serta turut dibantu oleh staf Politeknik Seberang Perai (PSP). Semoga komitmen dan semangat ini dapat diteruskan lagi pada majlis yang akan datang.

Ci t r aCi t r aCi t r a

Page 2: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau2

Sidang RedaksiPenaung: Hj.Mohd Fisal bin Haroon

Penasihat: Anisah bt. Hj.Osman

Editor: Nor Asma bt. Mohd Boniyamin

Pen. Editor: Normawati bt. Md. Zain

Artikel :

Mohd Azli bin Adnan

Vishnu a/l Kumar Nagendran

Tan Rhu Choon

Lim Boon Ping

Loke Ying Ying

Tay Nguan Hock

Norhana binti Mat Salleh

Norzimah binti Che Hassan

Illi Nur Ayuni bt. Nazri

Siti Nazilah bt. Hamzah

Nurul Adha bt. Rajali

Liyana bt. Mat Rani

Mohd Zulkiflee Faizal bin Saleh

Adirah bt Isa

Jamilah bt.Abu Bakar

Fotografi: Hasrul Hafizan bin Rahmatullah

Percetakan:

Safinah bt. Che Man

Faizatulsyima bt. Merikan

PROGRAM KEBOLEHPASARAN

17-18 Julai : Politenik Balik Pulau (PBU) dengan kerjasama Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) telah mengadakan program ‘Work and Employbility Skills’ siri ke dua yang melibatkan seramai 35 orang pelajar PBU. Program selama dua hari ini diadakan di FMM Seberang Prai, cawangan Pulau Pinang.

Objektif program ini ialah untuk melatih pelajar supaya lebih berkeyakinan dan mempunyai matlamat di dalam mencari pekerjaan dengan penerapan kemahiran kebolehpasaran diri. Se la in i tu para pelajar didedahkan dengan indust r i peke r j aan yang s e b e n a r d a n p e m a h a m a n t e r h a d a p permintaan pasaran kerja terkini.

Oleh: Loke Ying Ying

Aktiviti Kecergasan Di Taman Negara2 Julai : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Politeknik Balik Pulau (PBU) mengambil inisiatif dengan membawa seramai 40 orang staf ke Taman Negara Pulau Pinang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah meredah hutan sejauh 5 kilometer yang bertujuan untuk menguji tahap kecergasan para peserta. Selain itu ia dapat membina semangat kerja berpasukan di kalangan staf PBU.

Pengarah PBU turut bersama di dalam menjayakan aktiviti kecergasan ini dan ia menjadi pembakar semangat kepada peserta yang menyertai aktiviti ini.

Syabas! Kepada semua peserta yang telah berjaya merentas perjalanan mencabar ini seterusnya menjayakan aktiviti kecergasan anjuran JKKP bagi tahun 2012.

Sebahagian pelajar yang mengikuti program

Aktiviti senaman ringan sebelum memulakan aktiviti menjelajah Taman Negara

Oleh: Tan Rhu Choon

Page 3: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau 3

Pendaftaran Pelajar Sesi Jun 2012

10 Julai : Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2012 telah diadakan di Dewan Utama PBU dan seramai 52 orang pelajar telah mendaftar untuk mengikuti p r o g r a m D i p l o m a Te k n o l o g i M a k l u m a t (Pengaturcaraan). Pendaftaran pelajar pada kali ini telah dilaksanakan dengan beberapa pembaharuan bagi melancarkan proses tersebut seperti pendaftaran secara atas talian, memuat turun borang maklumat peribadi pelajar dan laporan pemeriksaan doktor secara atas talian.

Selain itu pihak Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) telah memohon bantuan agen rumah sewa untuk mendapatkan rumah yang mampu disewa oleh pelajar memandangkan kos hidup yang tinggi di Pulau Pinang.

Oleh: Mohd Zulkiflee Faizal bin Salleh

Minggu Suaikenal

10-13 Julai : Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2012 berlangsung dengan jayanya. Aktiviti MSK telah dilaksanakan selama tiga hari mengikut perancangan jadual yang telah ditetapkan. Perasmian Minggu Suaikenal telah diadakan pada 11 Julai oleh Timbalan Pengarah PBU, Pn Anisah Hj. Osman. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat oleh Ketua-ketua Unit, ceramah agama, gotong royong dan mendaki Bukit Jambul yang terletak berhampiran kampus transit .

Majlis penutup dirasmikan oleh Pengarah PBU, Tuan Hj. Mohd Fisal bin Haroon.

Oleh: Mohd Zulkiflee Faizal bin Salleh

Pelajar baharu sedang mengikuti latihan dalam kumpulan

Sesi taklimat kepada pelajar baharu

Sesi pendaftaran pelajar baharu

“Agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh”

- Albert Einstein -

Page 4: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau4

Kursus Dan Demonstrasi Keselamatan Kebakaran

19 Julai : Kursus dan Demonstrasi Keselamatan Kebakaran yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Politeknik Balik Pulau (PBU) telah berjaya memberi pengetahuan dan kefahaman berkenaan keselamatan semasa berlaku kebakaran kepada 40 orang staf PBU. Kursus ini telah berlangsung di Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pulau Pinang. Matlamat utama kursus adalah memberi pendedahan dan meningkatkan ilmu serta kefahaman semua peserta mengenai bahaya kebakaran dan langkah – langkah awal tindakan menyelamat apabila berlakunya kebakaran terutamanya ditempat kerja dan di dalam bangunan. Demonstrasi kebakaran dan menyelamat pula mampu memberi pengalaman dan meningkatkan kefahaman peserta dalam kursus singkat di Balai Bomba Bayan Baru ini.

Oleh: Tan Rhu Choon

Latihan memadam kebakaran

Staf PBU memberi fokus kepada ceramah yang diberikan

Julai-Ogos : Program ini dilaksanakan dalam bulan Ramadan yang lalu. Pelajar-pelajar telah berkumpul di surau perempuan Politeknik Balik Pulau (PBU) untuk solat Isyak dan tarawih berjemaah. Kemudian diakhiri dengan sedikit tazkirah berkaitan dengan impak ibadat puasa dan keberkatan bulan Ramadan.

Program ini diadakan mengikut kelas yang telah ditetapkan kerana kekangan ruang surau. Walaubagaimanapun, program ini dapat mengeratkan ukhuwah pelajar dan mendapat sambutan daripada pelajar PBU.

Program Kasih SayangOleh: Mohd Azli bin Adnan

Para pelajar sedang menunggu untuk solat Isyak dan tarawih berjemaah

“Perjalanan seribu batubermula dari satu langkah”

- Lao Tze -

Page 5: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau 5

Raikan Anak-anak Yatim Bersama Imam Muda

13 Ogos : Bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters Pegawai Kanan PDRM, Sungai Dua, Pulau Pinang, sekali lagi Jabatan Pengajian Am, PBU telah menganjurkan majlis Iftar Jama’i dan Tautan Kasih. Majlis ini melibatkan semua pelajar dan kakitangan PBU serta Anak-anak Yatim dari Rumah Anak Kesayangan, Sungai Ara.

Program ini bermatlamat untuk melatih serta memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan selain meningkatkan sifat keprihatinan pelajar dalam usaha memberikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Turut hadir ke Majlis ini ialah Imam Muda Azhar bagi memberikan ceramah bertajuk "Milik Siapakah Malam Yang Lebih Baik Dari 1000 Bulan? " di samping meraikan adik-adik dari Rumah Anak Kesayangan.

Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid & Pidato Bahasa Inggeris Politeknik Malaysia 2012(MAFeP)

Oleh: Nurul Adha binti Rajali

3-6 September : Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris peringkat politeknik Malaysia telah diadakan di di Dewan Harumanis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis. Pada hari pertama 2 orang pelajar mewakili PBU dalam acara Pidato Bahasa Inggeris. Pada hari berikutnya ialah Majlis Tilawah Al-Quran. PBU telah menyertai MAFeP dalam acara Nasyid Moden [Perempuan] dan Nasyid Kontemporari (Lelaki).

“Walaupun kumpulan nasyid kita baru berusia 2 minggu, namun mereka telah berjaya memberikan persembahan yang terbaik.” Ustaz Mohd Azli bin Adnan.

Semoga kumpulan nasyid PBU berusaha dengan lebih gigih untuk mengharumkan nama PBU setanding dengan politeknik yang lain.

Oleh: Siti Nazilah binti Hamzah

Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh Timbalan Pengarah PBU

Ceria menyambut kedatangan Imam Muda Azhar

Kontinjen Nasyid PBU bersama peneraju utama, Ustaz Mohd Azli dan Ustazah Siti Nazilah

Page 6: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

Ucapan perasmian daripada Timbalan Pengarah PBU, Puan Anisah

turut hadir Pegawai Perubatan Hospital Kepala Batas

CITRA | Politeknik Balik Pulau6

Program Derma Darah Perdana11 September: Jabatan Pengajian Politeknik telah mengadakan Program Derma Darah Perdana 2012 di seluruh 30 buah politeknik Malaysia. Program tersebut merupakan program pertama yang dilakukan secara besar-besaran dan serentak di semua politeknik. Program ini mensasarkan 13000 orang penderma keseluruhan untuk dicatatkan di dalam “Malaysia Book of Record”. Politeknik Balik Pulau tidak ketinggalan di dalam mengadakan program ini yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Pn. Anisah Hj.Osman. Bagi menjayakan program ini PBU mendapat kerjasama dari Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang. Program ini dijalankan sebagai tanda keperihatinan politeknik terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan darah.

Oleh: Mohd Zulkiflee Faizal bin Salleh

1 Oktober: Buat julung kalinya Politeknik Balik Pulau(PBU) mengadakan satu pertandingan debat Bahasa Inggeris bagi mencungkil bakat pelajar yang berkebolehan di dalam berbahasa Inggeris. Melalui program ini pemenang tempat pertama dan kedua dipilih untuk mewakili PBU dalam pertandingan Debat Bahasa Inggeris Antara Politeknik Piala Ketua Pengarah yang berlangsung di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS).

Empat orang guru dijemput dari sekolah sekitar politeknik bagi mengadili pertandingan ini. Tujuan utama aktiviti ini ialah untuk memahirkan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris disamping menanam keyakinan diri dalam memberi pengucapan awam.

Inter-PBU British Parliamentary Debate

Oleh: Ili Nur Ayuni binti Nazri

Sebahagian daripada pelajar yang menyertai debat

Pelajar yang menyertai program derma darah

Pelajar sedang mendengar hujahan daripada pasukan lawan

Page 7: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau 7

Program Semarak Kebudayaan Dan Penganugerahan 2012

10 Oktober: Seramai 290 orang yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan staf PBU hadir memeriahkan Program Semarak Kebudayaan Politeknik Balik Pulau (PBU) yang julung kalinya diadakan, bertempat di Dewan Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah PBU, Tuan Haji Mohd Fisal Bin Haroon.

Program ini merupakan anjuran bersama oleh Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PBU, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Kelab Pembimbing Rakan Siswa, Kelab Keusahawanan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi PBU.

Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi memperkayakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni, warisan dan kebudayaan dikalangan pelajar PBU disamping merakyatkan seni, budaya dan warisan ke arah 1Malaysia.

Antara pengisian yang telah diadakan ialah pertunjukan fesyen 1 Malaysia, persembahan dikir barat, tarian india, nyanyian dan pertunjukan silat, persembahan seloka dan persembahan pentomen serta diselang selikan dengan cabutan bertuah.

Turut diraikan ialah penerima Anugerah Ketua Jabatan, pelajar cemerlang dan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil kelas dan penolong wakil kelas bagi menghargai hasil usaha dan penglibatan pelajar. Penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati di sempurnakan oleh Pengarah PBU.

Oleh: Norzimah binti Che Hassan

Page 8: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau8

Kejohanan Bola Sepak 9’s Jemputan MSP 2012

31 Ogos –1 September: Politeknik Balik Pulau (PBU) antara 16 pasukan yang menyertai Kejohanan Bolasepak 9’S MSP. Kejohanan ini adalah anjuran Majlis Sukan Politeknik (MSP) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sukan Bola Sepak dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA).

Pasukan PBU yang terdiri daripada 3 orang pegawai pengiring dan 12 orang pemain telah mara ke peringkat seterusnya setelah seri 0-0 dengan pasukan Polteknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan kalah 1-0 kepada tuan rumah, PSMZA. Walau bagaimanapun, pasukan PBU gagal di peringkat suku akhir. Diharap dengan penyertaan kali ini, pemain-pemain dapat menimba pengalaman dan menyaksikan kehebatan pasukan-pasukan yang lain supaya mereka dapat meningkatkan lagi usaha dan latihan untuk kejohanan yang seterusnya.

Oleh: Tay Nguan Hock

13-16 September: Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Politeknik (MSP) telah diadakan di Politeknik Nilai Negeri Sembilan. 19 buah politeknik seluruh Malaysia termasuk Politeknik Balik Pulau telah menyertai kejohanan ini.

Kontinjen PBU telah diletakkan di dalam Kumpulan A yang terdiri daripada Politeknik Ungku Umar, Politeknik Metro Kuantan dan Politeknik Kota Bharu.Kontinjen PBU tidak berjaya untuk membawa pulang sebarang pingat tetapi semangat kesukanan dan jalinan hubungan antara politeknik lain dapat dieratkan antara satu sama lain. PBU tetap akan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan pada kejohanan yang akan datang.

Kejohanan Bola Jaring MSP 2012

Oleh: Liyana binti Mat Rani

Pasukan bola sepak PBU

Sesi taklimat sebelum perlawanan

Pasukan bola jaring PBU

Page 9: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

Kejohanan Olahraga MSP 2012

27-30 September: Pasukan Politeknik Balik Pulau tidak melepaskan peluang untuk turut ser ta dalam Kejohanan Olahraga MSP di Politeknik Muadzam Shah. PBU telah menghantar 4 orang peserta dalam acara 100m, 200m, 110m berpagar dan 4 x 100m.

Oleh kerana kekurangan kemudahan dan latihan, atlet kita tesingkir di peringkat saringan awal dan gagal untuk maju ke saringan seterusnya. Diharap para atlet jangan mudah putus asa dan berusaha lagi pada kejohanan yang akan datang.

Kejohanan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2012

28 Oktober – 11 November: Temasya SUKIPT yang diadakan buat julung kalinya di Stadium UiTM, Shah Alam telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Perasmian ini turut diwarnai dengan larian obor oleh para atlet Negara yang pernah menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa.

Seramai 101 kontijen yang mewakili IPT seluruh Negara. PBU hanya mengambil bahagian dalam acara Tenpin Bowling lelaki individu dan beregu serta Catur lelaki individu. Kontijen PBU gagal membawa balik sebarang pingat dalam temasya SUKIPT kali ini.

Majlis penutup diadakan di Dewan Agong Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam pada 11 November 2012 dan telah disempurnakan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Semoga atlet-atlet PBU akan berusaha dengan lebih gigih lagi pada temasya dan kejohanan yang disertai pada masa hadapan.

Oleh: Tay Nguan Hock

Oleh: Tay Nguan Hock

Pelepasan acara larian oleh Ketua Pengarah, JPP

Wakil PBU dalam acara larian

CITRA | Politeknik Balik Pulau 9

Wakil pelajar dalam acara bowling

Page 10: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau10

Pertandingan Projek Inovasi PBU Sesi Jun 2012

1 November: Politeknik Balik Pulau (PBU) telah mengadakan pertandingan projek inovasi yang terbuka kepada semua pelajar PBU dan telah dirasmi oleh Pengarah PBU, Hj. Mohd Fisal Bin Haroon.

Seramai 34 kumpulan telah menyertai pertandingan ini dan 14 yang berjaya telah dipilih untuk pertandingan akhir. Juri-juri dari ASE Electronics (M) Sdn. Bhd. telah dijemput untuk menilai dan memberi komen berdasarkan pengalaman profesional dan perkembangan terkini dalam bidang berkenaan.

Pertandingan kali ini menggunakan teknologi ‘peer to peer’ yang membolehkan hadirin yang lain menyaksikan persembahan yang dibuat oleh kumpulan bertanding pada masa yang sama di skrin besar dewan pertandingan.

Pemenang tempat pertama ialah Muhammad Ashaari bin Johari dan Mohd Hafriz Aqmal bin Mohd Saringat dengan projek yang bertajuk “Final Year Project Registration System” Tempat ke dua dimenangi oleh projek “e-Kenderaan PBU” dan tempat ke tiga dimenangi oleh projek “Online Module Registration”. Projek inovasi terbaik dimenangi oleh projek yang bertajuk “e-Car Rental”.

Oleh: Lim Boon Ping

Pertandingan MyInovasi 2012 Peringkat Zon Utara

1-2 Okt: MyInovasi 2012 adalah satu program panji mercu (flagship) KPT untuk memupuk budaya inovasi dan kreativiti demi manfaat kepada masyarakat. Pertandingan inovasi ini terbuka kepada pelajar IPT, universiti, kolej universiti, politeknik dan kolej komuniti. Pertandingan ini bertemakan ‘Inovasi Berbudi Masyarakat Lestari’. MyInovasi 2012 peringkat zon utara telah berlangsung di Dewan Sri Mutiara Politeknik Seberang Perai. Seramai 60 penyertaan dari pelbagai IPT berjaya melayakkan diri untuk pertandingan.

Satu kumpulan dari PBU dengan projek bertajuk “Sistem Maklumat Pertukaran Pelajar” telah berjaya melalui sesi tapisan awal untuk layak ke peringkat zon utara setelah poster yang dihantar dinilai oleh juri-juri profesional dari pelbagai bidang. Projek ini disertai oleh Muhammad Feezi bin Hamzah, Muhammad Zulfikrillah bin Mohd Zulkifli, Nor Atikah bt. Remle dan Intan Qamariah bt. Mohd Anuar.

Oleh: Lim Boon Ping

Teknologi ‘peer to peer’ yang membolehkan persembahan

disaksi bersama di pertandingan projek inovasi PBU.

Idea inovasi dalam bentuk poster yang berjaya ke peringkat Zon Utara

Page 11: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau 11

Verifikasi Aset Dan Stor

6 -7 Disember: PBU telah menjalani pemeriksaan Aset dan Verifikasi Stor bagi tahun 2012 yang dilaksanakan oleh pemeriksa yang dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pemeriksaan yang berlangsung selama 2 hari telah merangkumi pemeriksaan terhadap fizikal aset kerajaan dan juga terhadap rekod serta penyelenggaraan aset. Sementara verifikasi stor pula merangkumi proses penerimaan, pengagihan dan penyimpanan stok ser ta penyelenggaraan dan kemaskini rekod. Secara keseluruhannya, pemeriksaan aset dan verifikasi stor adalah untuk memastikan pengurusan aset dan stor di PBU mematuhi pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Oleh: Normawati binti Md Zain

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2012

19 Disember: Majlis Perhimpunan Bulanan bilangan tujuh tahun 2012 turut diadakan bersama-sama dengan majlis perpisahan staf PBU bertempat di Dewan Utama PBU yang dianjurkan oleh unit Pentadbiran dan Kewangan.

Di antara pengisian di dalam majlis perhimpunan kali ini ialah amanat daripada pengarah PBU, tazkirah oleh Ustaz Mohd Azli bin Adnan, penyampaian sijil penghargaan kepada pekerja contoh bulanan bagi bulan Oktober dan November 2012 ser ta penyampaian cenderahati kepada staf PBU yang bertukar iaitu Encik Mohd Noor bin Mohd Ghazali.

Selain itu, staf PBU yang melangsungkan perkahwinan turut diraikan. Perhimpunan Bulanan seperti ini perlu diadakan bagi mengeratkan lagi perhubungan silaturahim diantara kakitangan PBU.

Oleh: Jamilah binti Abu Bakar

Pemeriksaan di makmal komputer

Ketua pemeriksa memberi penerangan mengenai penemuan semasa audit

Sesi taklimat semasa

mesyuarat pembukaan

Pengarah menyampaikan sijil penghargaan kepadapekerja contoh bulanan, Cik Aina Fairisha

Page 12: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau12

Minggu Keusahawanan PBU 2012

29 Oktober – 9 November: Pelaksanaan program Minggu Keusahawanan meliputi Per tandingan Perniagaan dan Seminar Keusahawanan. Program ini memenuhi keperluan kurikulum dengan memberi ruang kepada pelajar mengaplikasikan kursus keusahawanan secara praktikal. Sasaran peserta adalah 50 orang pelajar PBU. Program ini d i laksanakan untuk membugarkan minda keusahawanan melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan dan dapat membuka minda pelajar di dalam mengenali realiti kehidupan perniagaan ser ta memupuk persaingan positif di kalangan pelajar. Pengarah PBU telah menutup rasmi program tersebut pada 9 November 2012.

Oleh: Mohd Azli bin Adnan

Mini Inkubator PBU

Julai– November: Projek ini dilaksanakan sebagai makma l un tuk mengap l i k as i kan e l emen keusahawanan secara sebenar oleh para pelajar. Konsep dan transaksi urusniaga dalam bidang peruncitan dan keusahawanan diaplikasi dalam pengurusan inkubator ini.

Seramai 27 orang ahli jawatankuasa Kelab Keusahawanan komited berurusniaga berdasarkan jadual bertugas yang telah ditetapkan.

Selain itu ia dapat menyuntik semangat berniaga dikalangan pelajar. Pelaksanaanya mampu menjana minda pelajar agar lebih aktif menguruskan aktiviti keusahawanan di politeknik.

Oleh: Mohd Zulkiflee Faizal bin Salleh

Majlis penutup Minggu Keusahawanan

Pengarah PBU menyampaikan hadiah kepada

pelajar yang menang pertandingan.

Mini inkubator PBU

Page 13: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau 13

Pensijilan ISO 9001:2008

21 Disember : Politeknik Balik Pulau berjaya mendapatkan Persijilan ISO 9001:2008 daripada pihak SIRIM QAS pada 21 Disember 2012.

Semuanya bermula dengan pembudayaan pengurusan dokumen secara sistematik oleh warga PBU. Pihak pengurusan PBU yang telah berpuas hati dengan cara pengurusan dokumen di PBU telah menyambut seruan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) yang berkehendakkan setiap politeknik di bawah naungannya mendapat pensijilan ISO 9001:2008. Justeru, Jawatankuasa Kerja Kualiti PBU bersama semua staf telah mengemas kini dokumen kualiti ISO 9001:2008 dan penguatkuasaannya bermula pada 11 Mei 2012. Mulai tarikh tersebut, Sistem Pengurusan Kualiti PBU bermula dan akhirnya pada 24 Oktober 2012, pihak SIRIM QAS telah mengaudit PBU bagi Peringkat 1 seterusnya pada 5 hingga 6 Oktober 2012, PBU telah diaudit untuk Peringkat 2. Warga PBU terutama AJK Kerja Kualiti PBU merasakan usaha dan komitmen mereka tercapai apabila pihak SIRIM tidak ragu-ragu memberi pengiktirafan tersebut sebagai tanda PBU juga mempunyai sistem kerja dan pengurusan yang teratur dan mampan.

Oleh: Norhana binti Mat Salleh

Senarai Kursus /Bengkel Ogos—Disember 2012

Kursus dan bengkel yang telah dianjurkan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Balik Pulau sehingga Disember 2012.

Oleh: Adirah binti Isa

Bil Kursus/bengkel Tarikh

13 September

8 November

29 November

- 1 Disember

4-5 Disember

Bengkel Pemurnian Dokumen

MQA 02/ Bil. 4

Kursus Kumpulan Inovatif

Dan Kreatif (KIK)

Bengkel ABM/SKT 2013

Kursus Panduan Menulis

NCR Dan OFI

1.

2.

3.

4.

“Harta yang paling menguntungkanialah SABAR. Teman yang paling akrab

adalah AMAL. Pengawal peribadiyang paling waspada DIAM.

Bahasa yang paling manis SENYUM.Dan ibadah yang paling

indah tentunya KHUSYUK.”

Sesi penerangan daripada wakil SIRIM

Page 14: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

War Room PBU

7 November: Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Haji Md. Noor bin Yusof telah membuat kunjungan mesra ke Politeknik Balik Pulau untuk kali yang ke 4. Kunjungan beliau kali ini adalah untuk memantau perkembangan “war room” PBU.

Di dalam perjumpaan bersama pihak pengurusan beliau berpesan agar para pensyarah memberi fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (PnP) ke arah menjana graduan politeknik yang berkualiti serta mampu bersaing dalam era pekerjaan.

“War room” yang ditempatkan di Bilik Mesyuarat PBU memaparkan maklumat penting seperti pemantauan PnP, laporan 10 hari berkursus, prestasi pembayaran bil dan perbelanjaan, laporan 1L5G, pembelajaran sepanjang hayat, pencapaian KPI, data pelajar, status kontrak dan takwim politeknik serta aktiviti penting yang perlu diambil tindakan oleh pengurusan PBU.

Oleh: Jamilah binti Abu Bakar

Seminar Usahawan Junior & Pembudayaan Keusahawanan

22 November: Satu seminar usahawan junior telah diadakan di Hotel B-Suite Pulau Pinang. Objektif utama program ini adalah untuk membugar dan memperkasakan minda dan jiwa keusahawanan di kalangan 80 orang pelajar PBU. Seminar satu hari ini mendedahkan konsep keusahawanan dalam bentuk teori dan falsafah dan konsep keusahawanan dalam realiti yang disampaikan pada sebelah petang oleh dua orang fasilitator dari RH Resources Sdn. Bhd.

Oleh: Mohd Azli bin Adnan

CITRA | Politeknik Balik Pulau14

Tekun mendengar ceramah daripada fasilitator

Ustaz Mohd Azli bersama pelajar yang menyertai seminar

Page 15: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Bil. 3/2013

CITRA | Politeknik Balik Pulau

Selamat Datang ke PBUBil Nama Tarikh Masuk

1. 01.11.2012

2. 23.11.2012

3. 01.12.2012

4.

Nurul Ihsaniah Bt. Omar

Mohd Asrol Bin Md Shahrom

Nur Idayu Binti Awang Teh

Shardilla Binti Mohamad Sarif 01.12.2012

Selamat Maju JayaBil Nama Tarikh Bertukar

1. Mohd Noor Bin Mohd Ghazali 03.12.2012

TahniahDi atas Kelahiran Cahaya Mata

Pn. Azura binti AhmadNama Anak: Airees Raisya binti Irwan

Tarikh Lahir: 6 November 2012

Pn. Hanim @ Zuraini TalibNama Anak: Aisy Zara Batrisya

binti Muhamat Fuat Tarikh Lahir: 18 Oktober 2012

Mohd Hasbullah bin ZakariaNama Anak: Noori Akid bin Mohd Hasbullah

Tarikh Lahir: 15 Disember 2012

Pn. Noorhalawati binti Che MehNama Anak: Nur Qaisarah binti Mohd Shahfi

Tarikh Lahir: 7 November 2012

Pn. Wan Nur Kamar binti Mohd DaudNama Anak: Nur Arissa Hana binti Mohd Sukri

Tarikh Lahir: 7 November 2012

Page 16: Laman Rasmi Politeknik Balik Pulau

Selamat Pengantin Baru

Anugerah Pekerja Contoh Bulanan

CITRA POLITEKNIK BALIK PULAU

PETI SURAT 73, 11700 GELUGOR PULAU PINANG

TEL: 04-6381926 FAKS: 04-6410219 http://www.pbu.edu.my

JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER DISEMBER

Vishnu Kumar a/l NagendranPPPT DH41

Normawati Md Zain

S27

Safinah Che ManS17

Tan Rhu ChoonPPPT DH41

Aina Fairisha NazriN17

Lim Boon PingPPPT DH44

Dhamirie Aizat bin Azizan &

Nur Fazlina binti Zakaria

30 November 2012

Azrayhafizi bin Matzin & Norhanisha binti Yusof27 Oktober 2012

Saiful Anas bin Ibrahim & Norsalina binti Azmi 8 Disember 2012

Zulhamree bin Hasan &

Sharmeeza bt Abu Othman

17 November 2012