lairy @ fadila bar satu tinjauan kerjasama...apec (asia pacific economic cooperation) telah...

24

Upload: ngomien

Post on 09-Mar-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia
Page 2: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

Pusht Khidmat MaidumatAkadcmilc MAL4YMA BARAWAK

APEC: SATU TINJAUAN KERJASAMA EKONOMI DAN CABARANNYA DALAM MENGHADAPI ABAD KE 21.

P. KNIDMAT MAKLUMAT AKADlMIK

iý 1000248037

LAIRY@ FADILA BAR

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 3: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

APEC: SATU TINJAUAN KERJASAMA EKONONII DAN CABARANNYA DALAM MENGHADAPI ABAD KE 21.

LAIRY @ FADILA BAR

Latihan ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat- syarat pengijazahan Sarjanamuda Sains Sosial Dengan Kepujian Kajian

Antarabangsa (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

1997

Page 4: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

Pusat K6idiaat MaldmtAlcNmilc UIVIVRRSPI'i MALAYäLº BARAwAK

KANDUNGAN

PENGHARGAAN ...................................................................... iv

ABSTRAK .................................................................................... v

ABSTRACT ................................................................................ vi

ENARAI JADUAL .................................................................... vii

GLOSARI ..................................................................................... viii

BAB 1

PENGENALAN ................................................................ 1

1.1 Pendahuluan ............................................................ 1

1.2 Kenyataan masalah ............................................... 4

1.3 Objektif kajian ..................................................... 6

1.4 Kepentingan kajian ................................................. 6

1.5 Metodologi kajian ................................................... 7

1.6 Batasan kajian ..................................................... 8

BAB 2

KERANGKA TEORITIS ................................................. 10

2.1 Kajian Lepas ........................................................... 10

2.2 Teori 'Regionalism' .................................................. 15

2.3 Konsep-Konsep ........................................................ 17

Page 5: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

BAB 3

KERJASAMA SERANTAU DI ASIA PASIFIK:

IKE ARAH KELAIDRAN APEC ...................................... 18

3.1 Sejarah Kelahiran APEC .......................................... 20

3.2 Objektif APEC .......................................................... 26

3.3 Struktur APEC .......................................................... 27

3.4 Negara-negara anggota APEC .................................. 29

3.5 Perjumpaan-perjumpaan APEC .............................. 29

3.6 Seattle, November 1993 ............................................. 31

3.7 Bogor, November 1994 .............................................. 32

3.8 Osaka, November 1995 .............................................. 33

3.9 Manila, November 1996 ............................................ 34

BAB 4

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PROGRAM

APEC: SATU TINJAUAN ............................................... 37

4.1 Projek-Projek Kerjasama APEC ............................... 37

4.2 Penilaian projek kerjasama APEC .......................... 47

BAB 5

APEC: CABARANNYA DALAM MENGHADAPI

ABAD KE 21 ...................................................................... 52

5.1 Latarbelakang Cabaran APEC ................................ 52

Page 6: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

5.3 Perbezaan taraf ekonomi dan liberalisasi

perdagangan ............................................................ 52

5.4 Persefahaman dan kepercayaan ............................. 55

5.6 Komitmen Amerika terhadap APEC ..................... 56

5.7 "Asian way versus American way" .......................... 58

5.8 Permasalahan lain ................................................... 60

BAB 6

KESIlVIPULAN ................................................................ 61

BIBLIOGRAFI .......................................................................... 70

LAMPI1tAN ................................................................................. 75

Page 7: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

PENGHARGAAN

Sepenuh kesyukuran kehadrat Allah yang memberikan kekuatan untuk m, enyiapkan

latihan ihniah ini. `? Via' dan Yang": Doa restu den kasih sayang kalian adalah kekuatan

yang tak berpenghujung dan, semua ahli keluarga yang menjadikan saya harapan,

memberikan harapan dan sokongan. Kebahagiaan yang paling besar nilainya adalah kalian.

Sebesar penghargaan kepada Encik Andrew Aeria selaku penyelia yang

memberikan panduan, kritdcan dan kerjasama dalam menjayakan usaha ini. Juga kepada

Dr. Aderemi I. A, Encik Jatswant Singh (UM), Encik Nizamudd'm Othman (UKM), Cik

Aini Haji Yusof (Wisma Putera) Encik Halim Saad (IDHL) dan Puan Mastara Ahmad

Mustafa (MITI). Kepada semua yang telah memberikan ruang secara terbuka dan ihniah

untuk berkongsi pandangan, idea, kritikan, panduan, dan sokongan maklumat yang sangat

besar ertinya bagi menyiapkan kajian ini jutaan terima kasih atas jasa baik dan budi itu.

Sebesar penghargaan kepada rakan baik yang ada di sisi saat suka dan duka-

Juliana Othman (Kakak). Tidak lupa Norziah, Hasnah, Sook Han, Naemah, Noraini,

Jariah, Mak Itie, Aton & Gee: Terima kasih banyak kerana memahami dan sabar.

Sebesar penghargaanjuga kepada rakan-rakan yang membantu penyelidikan di KL;

Irma Milow, Normisyar Abd. Ghani dan keluarga yang baik budi dan mesra, Ding Siew

Yong dan Mohd. Ali - terima kasih atas segala sokongan, kerjasama tak terbilang dan

keikhlasan mengongsi kepayahan. Akhir sekali kepada rakan-rakan program Kajian

Antarabangsa yang memberi ruang untuk perkongsian pandangan dan pertukaran

maklu. mat. Juga kepada semua rakan perintis yang gigilt dan memahami.

TERIMA KASIH SEMUA.

IV

Page 8: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

ABSTRAK

Kajian nu bertujuan untuk meh'hat perkembangan APEC sebagai sebuah badan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik dan cabarannya dalam menghadapi abad ke 21. Penyelidikan ini berasaskan sejarah perkembangan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik dan juga perkembangan penubuhau APEC. Objektif kajian ini adalah untuk mehihat kelahiran dan perkembangan APEC, struktur pentadbiran dan proses projek-projek kerjasama APEC. Selain daripada itu, kajian inijuga ingin melhat peranan APEC di rantau Asia Pasifik dalam menghadapi abad ke 21. Rantau Asia Pasifik adalah sebuah kawasan yang semakin penting dalam konteks ekonomi yang menjanjikan pelbagai peluang. Pada masa yang sama tidak dapat dinafikan banyak cabaran dan permasalahan daripada pelbagai sudut yang perlu didepani oleh APEC. Pelbagai faktor perlu diambil kira bagi melhat kesinambungan APEC menghadapi pelbagai keadaan yang dinyatakan. Dalam hal ini, kajian mendapati bahawa APEC akan tetap relevan meneruskan peranannya menghadapi abad yang akan datang.

Page 9: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

ABSTRACT

This study explores APEC's development as a regional cooperation organisation in the Asia Pacific region. It also looks into the challenges APEC faces as we move towards the 21st century by focusing on the history of economic development in the Asia Pacific region. The objective of this is study is to look into APEC's structure and its economic and technical programmes. The Asia Pacific region is a significantly dynamic economy and promises new opportunities. Nevertheless, there are many factors which challenge APEC's continued development as a regional grouping. This study concludes that APEC will remain an important organisation in the Asia Pacific region as we move towards the next century.

vi

Page 10: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Negara-negara Anggota APEC Dan Latar Belaksmg Ekonomi

Jadual 2: APEC Economies Tariff Reduction

Jadual 3: Peratusan Pelaburan Tetap Dalam KNK Ekonomi APEC

vii

Page 11: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

GLOSARI

ANZERTA APEC ASEAN ASEM ATC CARICOM CARIFTA EAEC ECOWAS ECSC EEC ESCAP EPG EU EWG FDI GATT HRD LAP IKS IMF KDNK KNK MAPA MFN NAFTA OAA PAFTAD PAQPM PBEC PECC SOM SME TID TWG UR UNESCO WTO

Australia New Zealand Closer Economic Relations Trade Agreement Asia pacific Economic Cooperation Association of South-East Asian Nations Asia Europe Meeting Agricultural Technical Cooperation Caribbean Community Caribbean Free Trade Area East Asian Economic Cooperation Economic Community of West African States European Coal and Steel Community European Economic Commimity Economic Commission for Asia and the Pacific Eminent Persons Group European Union Working Group on Regional Energy Corporation Foreign Direct Investment General Agreement on Tariffs and Trade Human Resource Development Individual Action Plan Industri Kecil dan Sederhana International Monetary Fund Keluaran Dalam Negara Kasar Keluaran Negara Kasar Manila Plan Action Most Favoured Nation North America Free Trade Agreement Osaka Action Agenda Organization for Economic Cooperation and Development Plant and Animal Quarantine and Pest Management Pacific Basin Economic Council Pacific Economic Cooperation Conference Senior Official Meeting Small and Medium Enterprises Trade and Investment Data Tourism Working Group Uruguay Round United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization World Trade Organization

viii

Page 12: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Rantau Asia Pasifik telah menerima perhatian yang besar daripada pelbagai

lapisan masyarakat antarabangsa kerana pertumbuhan ekonomi yang sangat

menggalakkan. Dalam beberapa tahun kebelakangan, pertumbuhan ekonomi di rantau

ini telah meleb1i kadar lain di seluruh dunia. Pada masa yang sama dunia menyaksikan

kelahiran negara-negara dan entiti industri baru di Asia seperti Korea Selatan, Taiwan,

Hong Kong dan juga Singapura. Era 1980an hingga awal 1990an kemudiannya

menunjukkan kelahiran negara-negara yang berpotensi menjadi negara industri baru

daripada kalangan anggota ASEAN seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. Semua

ini telah melonjakkan nama rantau Asia Pasifik sebagai satu kawasan penting dan

strategik dari segi ekonomi dan politik. Dalam tempoh tidak sampai dua dekad sejak

kemunculan negara-negara industri baru, kawasan ini telah menjadi tumpuan dunia

daripada segi ekonomi

Kedinamikan pencapaian ekonomi di rantau Asia Pasifik ini banyak dikatakan

berlaku akibat hubungan perdagangan dalam kadar yang semakin besar di kalangan

negara-negara di rantau ini Hubungan dagangan yang sedia ada ini menunjukkan

kalangan negara dari rantau Asia Pasifik ini telah mempunyai hubungan ekonomi yang

rapat dan sating bergantung antara satu sama lain. Di dalam keadaan ini, APEC

kemudiannya telah dibentuk sebagai satu usaha untuk mengintegrasikan ekonomi di

rantau ini. Kemajuan dan pencapaian pesat ekonomi di rantau Asia Pasifik

1

Page 13: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

2

kevrudiannya menjadi sinonim dengan APEC kerana APEC adalah badan kerjasama

ekonomi tunggal di rantau ini.

APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di

Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia Bob Hawke. Terdapat

beberapa keadaan yang telah mendorong kepada pembentukan APEC. Sebelum

pembentukannya, banyak negara merasakan perlunya sebuah badan pertubuhan

ekonomi bagi menghubungkan ekonomi di kawasan Asia Pasifik. Ini kerana kawasan

ini telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat. Keadaan ini jika tidak diselia

akan membawa kepada keadaan monopoli oleh beberapa pihak yang akhirnya hanya

menguntungkan golongan tertentu sahaja. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi yang pesat

ini haruslah `diuruskan' demi kebaikan semua pihak. APEC telah menyatukan lapan

belas ahlinya yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Papua New Guinea,

Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Thailand, Malaysia, Indonesia,

Jepun, Taiwan, China, Hong Kong, Korea Selatan Singapura dan Filipina. Sebelum

lahirnya APEC sebagai badan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik banyak usaha

telah dilaksanakan untuk menjalinkan hubungan di kalangan negara-negara di rantau

APEC telah ditubuhkan dengan pelbagai matlamat dan objekti£ APEC

ditubuhkan untuk menjadi badan kerjasama ekonomi bagi menghadapi kepesatan

ekonomi serantau dan juga dunia umumnya, menyokong perluasan ekonomi dunia dan

sistem perdagangan terbuka pelbagai hala, mengurangkan sekatan dalam perdagangan

dan pelaburan berhubung barangan dan perkhidmatan dan aliran modal secara bebas di

kalangan ekonomi APEC. Selain daripada itu APEC juga ditubuhkan untuk

memberikan peluang terhadap perkongsian kemakmuran ekonomi, meningkatkan

Page 14: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

3

pendidikan dan latdºan, menghubungkan ekonomi melalui telekomum&asi dan

pengangkutan dengan mauuggunakan sumber-sumber yang ada secara berkesan dan

mampan. Bagi menjayakan pelaksanaan matlamat dan perancangan kerjasama ekonomi

APEC, banyak langkah telah diambil bagi tujuan tersebut. Ini dilaksanakan dalam

kerangka kerjasama ekonomi dan teknikal selain berusaha untuk mefiberalisasikan

ekonomi. Walau bagaimanapun, APEC bukanlah satu bentuk kerjasama serantau yang

lahir daripada persamaan antara negara anggotanya sebagaimana yang berlaku dalam

kerjasama serantau yang lain seperti EU. APEC dibentuk oleh pelbagai latar belakang

negara anggota yang secara umumnya memiliki banyak perbezaan daripada segi

sejarah, budaya, sistem nilai dan kepentingan. Perbezaan yang banyak ini sering

menimbulkan pelbagai kegelisahan di kalangan negara anggota APEC sendiri. Ini juga

menimbulkan kebimbangan sekiranya ada plak yang mengambil kesempatan daripada

pelbagai perbezaan ini untuk kepentingan mereka sendiri. Kebimbangan mengenai

APEC tidak sahaja lahir daripada kalangan anggota APEC tetapi juga dari kalangan

luar sekiranya APEC akan menjadi satu bentuk kerjasama ekonomi yang tertutup dan

menjadi satu blok perdagangan baru. Dalam usaha melaksanakan segala prinsip,

matlamat dan perancangan APEC, pelbagai cabaran terpaksa ditangani bagi

menjadikan kerangka kerjasama APEC menjadi satu kenyataan dan bukan sekadar

pernyataan bertulis dalam pelbagai peringkat perjumpaannya. Inilah lembaran baru dan

hakikat yang dihadapi oleh APEC sebagai sebuah badan kerjasama ekonomi di rantau

Asia Pasifik.

Page 15: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

4

1.2 Kenyataan masalah

Asia dinyatakan sebagai kawasan pertumbuhan ekonomi yang paling pesat

dalam abad ini.. Adrian Churn, Timbalan Presiden Mevrill Lynch Asset Management

(Ltd. ) Hong Kong berpendapat pasaran bon di Asia merupakan sesuatu yang amat

menguntungkan yang disebutkan oleh beliau sebagai ̀peluang keemasan' kepada pare

pelabur (Asian Wall Street Journal ,6 Mei, 1996). Kajian yang telah dijalankan oleh

DRUMcGraw Hill Global Energy pule mendapati Asia akan menjadi pengguna tenaga

yang besar berbanding Eropah Barat. 4.7 peratus daripada permintaan tersebut datang

dari China dari tahun 1991 hingga 2015 (Asian Wall Street Journal, 6 Mei 1996).

Ditambah dengan kadar penduduk yang dianggarkan berjumlah 2.2 bilion Asia akan

menjadi kawasan pengguna yang besar dan penting di mass depan. Di samping itu,

ahli ahli APEC sendiri adalah terdiri daripada negara-negara yang mempunyai kadar

perkembangan ekonomi yang menggalakkan. Ini termasuk due kuasa ekonomi dune

iaitu Amerika Syarikat dan Jepun, ̀ four tigers' Asia; Korea Selatan, Taiwan, Singapura

dan Hong Kong selain negara-negara industri baru Asia Tenggara seperti Malaysia dan

Thailand. Pada mass yang sama, Indonesia juga menunjukkan pencapaian ekonomi

yang merangsangkan. Oleh sebab itu, kawasan Asia Pasifik telah menjadi kawasan

tarikan ekonomi yang cukup bernilai

APEC adalah organisasi serantau pertama yang lahir selepas era pasca perang

dingin. Bersama-sama mi dune kemudiannya menyaksikan kelahiran pertubuhan

kerjasama ekonomi serantau yang lain seperti NAFTA dan EAEC. APEC daripada

sudut geografinya telah menghimpunkan negara-negara yang mencatatkan

pertumbuhan ekonomi yang sangat menggalakkan di dunia pads mass kini. Pads mass

Page 16: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

Puat KYid- -kt MskbuntAkade" UNIV6A8[11 MAI. AYBIA SARAWAK 5

yang sama, rantau Asia Pasifik diandaikan akan menjadi nadi ekonomi dunia di abad

yang akan datang. Berdasarkan kajian dan pendapat kebanyakan ahli pemikir baik

daripada sudut ekonomi mahupun politik, adalah dipercayai bahawa rantau Asia Pasifik

akan memberikan kesan signifikan daripada sudut ekonomi global di masa depan

berasaskan pertumbuhan ekonomi rantau ini. Sebagai sebuah badan kerjasama ekonomi

tunggal di rantau ini, APEC telah mengambil satu peranan yang penting. APEC

bertanggungjawab untuk menjaga dan mempertahan keharmonian perdagangan di

rantau ini sebagaimana yang dinyatakan dalam objektifnya. Persoalan utama yang perlu

dladapi oleh APEC adalah menangani pelbagai cabaran dan permasalahan yang boleh

mengugat kelancaran kerjasama ekonomi tajaan APEC.

Sejak kemunculan rantau Asia Pasifik sebagai sebuah kawasan ekonomi yang

penting, ramai piak mempersoalkan ke mana arah APEC dalam menghadapi

kedinamikan ekonomi di rantau ini serta semua cabaran yang dihadapinya. Terdapat

pendapat yang menyatakan APEC akan kehilangan kewibawaannya kerana dominasi

negara maju terutamanya Amerika. Selain daripada itu, terdapat juga andaian yang

menyatakan APEC akan kehilangan signifikannya kerana masalah yang sedia wujud di

kalangan negara anggota seperti krisis perdagangan antara Amerika dan Jepun selain

krisis Amerika dengan China mengenai hak asasi manusia dan isu cetak rompak.

Semua ini telah membentuk pelbagai kekaburan mengenai rantau Asia Pasifik dan juga

masa depan APEC sendiri. APEC adalah satu badan kerjasama ekonomi yang cuba

membentuk arah, membangun dan membantu mengembangkan potensi ekonomi di

rantau ini melalui pelbagai bidang kerjasama dengan tidak menyingkirkan pelbagai

halangan yang terpaksa ditempuhinya. Inilah persoalan utama yang hendak dikaji dalam

penulisan ini.

Page 17: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

6

1.3 Objektif kajian

Terdapat beberapa objektif penulis melakukan kajian mengenai APEC ini.

Objektif-objektif tersebut adalah;

1. Untuk meneliti struktur APEC sebagai sebuah badan kerjasama ekonomi Ini

termasuklah melihat proses pembentukan, pentadbiran dan pengurusan bidang

kerjasama dalam APEC.

2. Mengkaji bidang-bidang kerjasama dalam APEC sama ada bidang ekonomi

mahupun kerjasama dalam bidang teknikal. Juga, melihat pelaksanaan program-

program tersebut.

3. Mengkaji dan meneliti cabaran serta permasalahan yang dihadapi oleh APEC dalam

menuju abad akan datang. Sebagai sebuah badan kerjasama yang dianggotai oleh

pelbagai latar belakang yang berbeza, ini secara langsung telah memberikan

kesukaran untuk mewujudkan kerjasama ekonomi. Cabaran dan permasalahan ini

akan dinilai berasaskan kepada objektif penubuhan APEC.

4. Melihat prospek masa depan APEC dalam meneruskan kesinambungannya sebagai

sebuah badan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik dan signifikannya terhadap

kawasan serantau dan global secara umum.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian mi difikirkan penting untuk mendapatkan gambaran yang lebil jelas

mengenai kerjasama ekonomi dan teknikal di dalam APEC. Gambaran dan

pengetahuan ini adalah penting tambahan lagi rantau ini diramalkan akan menjadi

Page 18: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

7

kawasan ekonomi yang sangat diaamik dan penting di masa depan. Seperti kata

Naisbitt seorang ahlifuturologi yang menimuskan Asia sebagai " 9cawasan tempat

berlangsungnya revolusi tenang dan kumulatif yang mim" melahirkan konsekunsi

lebi mendalam bagi sejarah dunia" (Utusan Melayu, 3 Februari 1996). Berdasarkan

pengetahuan ini dilarapkan ianya akan memberikan gambaran yang jelas mengenai arah

aliran kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik ini khususnya.

Kajian mi juga difikirkan signifikan untuk memberikan pengetahuan mengend

senario yang membawa kepada wujudnya kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik.

Senario yang wujud mempunyai hubungan dengan keadaan antarabangsa secara umum.

Ini banyak dipengaruhi oleh aliran dagangan dunia yang mengarah ke Asia khususnya

kerana faktor perkembangan ekonomi di rantau ini

Sememangnya banyak kajian yang telah dilakukan berkaitan APEC,

perkembangan ekonomi di Asia Pasifik dan juga senario ekonomi semasa. Di dalam

kajian ini penulis berusaha untuk menambahkan bahan penulisan yang sedia ada selain

menghimpunkan aspek APEC sebagai badan kerjasama ekonomi dan juga prospeknya

di masa depan yang banyak dikaitkan dengan rantau Asia Pasifik sendiri.

1.5 Metodologi kajian

Kajian mi merupakan satu kajian perpustakaan. Oleh sebab itu, maklumat dan

bahan kajian hanya berdasarkan penulisan sama ada berbentuk buku, jurnal, majalah,

surat khabar mahupun terbitan lain. Sumber-sumber dalam kajian ini menggunakan

bahan-bahan seperti berikut;

1. Buku-buku yang menghimpunkan tulisan mengenai bidang kajian.

Page 19: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

8

2. Jurnal jurnal tempatan dan luar negara seperti The Indonesian Quartely Review,

ASEAN Economic Bulletin, Modern Asian Studies, The Developing Economies

dan Southeast Asian Affairs.

3. Majalah tempatan dan luar negeri seperti Massa, Far Eastern Economic Review,

Newsweek.

4. Terbitan harian dan mingguan seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Strait

Time, The Star dan Asian Wall Street Journal.

5. Bahan-bahan daripada media elektronik seperti cd-room dan Internet.

Maklumat dalam kajian ini diperolehi melalui pelbagai sumber seperti Pusat

Khidmat Maklumat UNIIVIAS, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Pusat Sumber

Jabatan Sains Politik UKM, perpustakaan Institut Diplomasi dan Hal Ehwal Luar

Negeri (IDHL), perpustakaan dan kakitangan Kementerian Perdagangan dan

Perindustrian Luar Negeri (MITI), perpustakaan dan kakitangan Wisma Putera dan

perpustakaan di Kuching (Dewan Suarah dan Dewan Bandaraya Kuching Utara) serta

Arkib Negeri Sarawak.

1.6 Batasan kajian

Beberapa perkara difikirkan membataskan kajian mengenai APEC ini. Di

antaranya adalah kerana kurangnya buku-buku yang mengkhususkan penulisan dan

kajian mengenai APEC kerana isu ini masffi muda dan baru sahaja mencecah usia lapan

tahun. Selain daripada itu, kajian ini juga sukar untuk mendapatkan maklumat yang

lebih banyak kerana kekurangan bahan di persekitaran tempat penulis. Oleh itu,

Page 20: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

9

kupasan lau tidak dapat memberikan penganalisaan yang mendalam berdasarkan kajian

kajian yang terdahulu.

Selain daripada itu, kajian ini juga terbatas kerana kekurangan maklumat yang

memberikan analisa mengenai kesan kerjasama ekonomi dan teknikal dalam APEC

terhadap negara anggota, kesan di peringkat dagangan serantau mahupun global Oleh

sebab itu, data-data dan maktumat yang diperolehi tidak dapat dipastikan sama ada

berlaku akibat faktor pelaksanaan kerjasama ekonomi ataupun atas sebab fa-tor lain.

Namun begitu, kupasan untuk skop ini banyak disokong oleh laparan-laporan daripada

sekretariat APEC sendiri. Di samping itu, dalam usaha mencari sokongan untuk

penilaian pelaksanaan program APEC dan cabaran serta pennasalahannya, penulis

gagal menemui bahan-bahan mengenai kritikan-kritikan terhadap APEC. Kebanyakan

maklumat adalah berkisar mengenai perancangan program-program kerjasama APEC,

persidangan dan juga cadangan liberalisasi perdagangan dalam APEC.

Page 21: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

10

BAB 2

KERANGKA TEORITIS

2.1 Kajian lepas

Kajian penulis sehingga kini mas& belum menemui sebuah buku yang membuat

penyelidikan mengenai perkara yang berkaitan dengan topil yang dikaji.

Bagaimanapun, terdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan dengan kajian ini. Ini

sama ada berkaitan dengan usaha pembentukan kerjasama, usaha pembentukan dan

kelahiran APEC mahupun cabaran terhadap masa depan APEC sebagai sebuah badan

kerjasama ekonomi tunggal di rantau ini Artikel tulisan H'iggott (1993) bertajuk

Economic Cooperation and Institution Building in the Asia Pacific Region telah

menyentuh mengenai pembentukan kerjasama secara umum dan khususnya di Asia

Pasifik. Dalam tulisannya behau membincangkan kaedah kerjasama menurut beberapa

aliran pemikiran seperti realist/liberal dan juga structuralist. Bagaimanapun, tumpuan

beliau yang utama adalah untuk mengkaji bentuk kerjasama lebffi daripada apa yang

dinyatakan oleh dua aliran pemikiran di atas.

Realist/liberal memberikan tumpuan terhadap persaingan untuk merebut

kepentingan oleh plak yang terbabit dalam konteks keijasama dan juga faktor `relative

gain'. Namun, bagi H'iggott (1993) perkara yang membawa kepada kerjasama bukan

sekadar faktor tersebut. H'iggott menyatakan bahawa selain daripada kuasa dan

struktur, proses kerjasama juga adalah mustahak. Merujuk kepada kerjasama di Asia

Pasifik, ianya banyak didorong oleh pelaku-pelaku kecil yang lebi sensitif terhadap

isu-isu persekitaran mereka seperti isu konflik perdagangan antara Jepun dan Amerika.

Selain itu, I-Tiggott juga menjelaskan bahawa pembentukan kerjasama di Asia Pasifik

boleh dikaji berdasarkan beberapa faktor iaitu;

Page 22: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

11

" Keperluan negara-negara untuk mengambil babagian dalam perkembangan d'mamOr

ekonomi rantau Asia Pasifik.

" Peranan kumpulan "epistemic communities" yang terdiri daripada para pemikir,

diplomat, saintifik dan pakar-pakar teknikal dalam organisasi antarabangsa dan

ahli ahli korporat yang mengongsikan kemahiran mereka di peringkat

antarabangsa.

" Signifikan APEC yang boleh dikaji berdasarkan `learning in international

cooperation'; dan

" Usaha-usaha APEC untuk membentuk ̀ confidence in the region'.

Artikel tulisan Simandjuntak (1994), Regionalism and Its Implications for the

Asia Pacific telah membincangkan skop berkaitan peranan kerjasama serantau

terhadap ekonomi di Asia Pasifik. Pada asasnya, sebelum lahirnya sebuah badan

kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik jumlah perdagangan ̀inter-regional' kawasan

ini telah mencatatkan kadar yang besar terutamanya melalui hubungan dagangan

badan-badan multinational. Pembentukan kerjasama serantau dalam aspek ekonomi di

rantau ini adalah sebagai satu usaha mengintegrasikan hubungan perdagangan yang

sedia ada ini.

Kewujudan `sub-regional' yang lain di kawasan Asia Pasifik selain daripada

pembentukan APEC seperti cadangan pembentukan AFTA dalam kerangka ASEAN

dan NAFTA telah merapatkan lagi hubungan dagangan antara negara terbabit. Ini

kerana `sub-regional' yang dinyatakan dianggotai oleh sebahagian daripada ahli APEC

sendiri. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi yang menunjukkan peningkatan

Page 23: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

12

dikalangan beberapa anggota APEC memben'kan peluang kepada rantau ini untuk terus

menikmati kemakmouran ekonomi dalam tempoh yang lebih panjang.

Simandjuntak (1994) selanjutnya menekankan bahawa rantau id akan kekal

sebagai kawasan perkembangan ekonomi yang mantap sehingga abad ke 21 berasaskan

banyak petunjuk. Antara yang dinyatakan oleh beliau adalah potensi perkembangan

ekonomi China, kemantapan pertumbuhan ekonomi di kawasan Asia Tenggara, faktor

teknologi dan peranan syarikat-syarikat swasta. Selanjutnya, beliau menjelaskan

bahawa sekalipun ekonomi negara maju ahli APEC seperti Amerika sukar untuk

diandaikan namun, teori perkembangan baru yang memberikan penekanan terhadap

permodalan sumber manusia (human capital) dinyatakan akan memberikan pulangan

yang menguntungkan dan akan terus membantu pertumbuhan pesat ekonomi secara

umnm..

Artikel yang ditulis oleh Rudner (1995) bertajuk APEC: The Challenges of

Asia Pacific Economic Cooperation membincangkan pelbagai aspek APEC seperti

asas yang mendorong kepada pembentukan APEC, pertemuan-pertemuan yang telah

dilakukan oleh APEC dan pencapaiannya, persekitaran Asia Pasifik daripada sudut

perdagangan yang di'bincangkan dalam hubungan dagangan "trans-Pacific" yang

kemudiannya telah melahirkan keadaan pergantungan di kalangan negara-negara

terbabit dan cabaran yang perlu didepani oleh APEC sebagai sebuah badan

perundingan ekonomi.

Rudner telah menggariskan beberapa perkara penting yang dinyatakan sebagai

cabaran kepada APEC selain membincangkan kemunculan APEC sebagai sebuah

badan kerjasama ekonomi tunggal di rantau ini. Rudner telah memberikan beberapa

perkara yang perlu ditangani oleh APEC. Perkara tersebut termasuklah kelahiran

Page 24: LAIRY @ FADILA BAR Satu tinjauan kerjasama...APEC (Asia Pacific Economic Cooperation) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Canberra, Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia

13

beberapa sub-regional yang lain seperti NAFTA dan EAEC. Negara negara yang

terbabit dalam sub-regional seperti ini menghadapi lebi banyak tanggungjawab untuk

dilaksanakan. Dengan itu, perhatian mereka tidak sahaja kepada APEC malahan badan

lain yang kemudiannya menggugat komitmen mereka terhadap APEC selain

melahirkan pertembungan kepentingan sub-regional ini sendiri.

Selain daripada itu, kajian Yu dan Zietlow (1995) dalam tulisan mereka

bertajuk The Determinants of Bilateral Trade Among Asia Pacific Countries

menyatakan bahawa lebih dua pertiga perdagangan negara-negara Asia Pasifik adalah

dengan negara di kalangan rantau yang sama. Ini merupakan peningkatan daripada satu

pertiga dalam tempoh pertengahan 1960-an (Anderson 1991 didalam Yu, J dan

Zietlow S., 1995; 298). Sementara itu, Okita (1990) pula menganggarkan bahawa 80

peratus daripada pelaburan langsung luar (Foreign Direct Investment-M) di Asia

Pasifik juga datang dari kawasan yang sama.

Di dalam kajian yang same juga Frankel (1992) juga membincangkan dagangan

di kalangan negara Asia Pasifik. Frankel mancatatkan bahawa APEC merupakan badan

perundingan ekonomi yang paling mantap di kawasan Asia. Senario kajian Frankel

menjelaskan bahawa hubungan dagangan yang erat telah wujud di kalangan negara

Asia Pasifik sendiri. APEC adalah sebuah badan perundingan ekonomi yang telah

mengambil bentuk yang formal di peringkat kerajaan bagi membentuk satu ikatan di

kalangan negara Asia Pasifik.

Penulisan lain adalah artikel tulisan Yamazawa (1996), APEC New

Development and Its Implications for Nonmember Developing Countries. Tulisan

Yamazawa ini banyak melihat kepada pembentukan kerjasama dalam pelbagai

perbezaan di kalangan anggota APEC. Selain daripada itu, is juga mengimbas kembali