lagu pusingan

4
PENGENALAN LAGU PUSINGAN Lagu pusingan merupakan lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan bergilir-gilir sehingga ke akhir lagu. Minima untuk menyanyikan lagu pusingan memerlukan sekurang-kurangnya dua orang.Lagu pusingan yang akan dibincangkan pada tugasan kali ini berjudul Lenggang kangkung. LAGU PUSINGAN PILIHAN Dalam mengajar lagu pusingan, seseorang itu perlu dikenalkan kepada melodi lagu.Melodi ini diperkenalkan frasa demi frasa atau baris demi baris secara ansur maju secara unison. Selain dari unsur pic, tempo yang betul juga amat

Upload: jeoreimy

Post on 11-Aug-2015

568 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

muzik

TRANSCRIPT

Page 1: Lagu Pusingan

PENGENALAN LAGU PUSINGAN

Lagu pusingan merupakan lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan

bergilir-gilir sehingga ke akhir lagu. Minima untuk menyanyikan lagu pusingan

memerlukan sekurang-kurangnya dua orang.Lagu pusingan yang akan dibincangkan

pada tugasan kali ini berjudul Lenggang kangkung.

LAGU PUSINGAN PILIHAN

Dalam mengajar lagu pusingan, seseorang itu perlu dikenalkan kepada melodi

lagu.Melodi ini diperkenalkan frasa demi frasa atau baris demi baris secara ansur

maju secara unison. Selain dari unsur pic, tempo yang betul juga amat perlu. Untuk

ini guru harus memberikan metronome sambil mengiring dengan instrumen yang

berpic seperti piano ataupun gitar. Yang paling ideal, guru memainkan muzik iringan

dengan kibod beserta accomponimen kerana telah ada rentak iringan mengikut

tempo yang sesuai.

Page 2: Lagu Pusingan

PENGAJARAN LAGU PUSINGAN

Sebelum menyanyikan lagu pusingan ini seseorang itu harus mengetahui pic,

ritma dan tempo lagu tersebut. Apabila yakin akan melodi sebenar lagu, barulah lagu

ini dinyanyikan secara pusingan. Lagu-lagu pusingan juga merupakan satu cara

dalam memperkenalkan konsep harmoni kepada pelajar. Untuk lagu ini dua

kumpulan dibentuk untuk menyanyikan lagu pusingan.

Kumpulan 1 dibimbing untuk menyanyikan lagu bar 1, apabila kumpulan 1

mula menyanyi pada detik yang ke 4 pada bar 1, kumpulan 2 mula menyanyi bar 1.

Seterusnya guru menilai kemampuan kumpulan yang dibentuk dalam

ketekalan pada melodi kumpulan masing-masing tanpa terikut baris melodi kumpulan

yang lain. Sekiranya berjaya guru boleh membentuk kumpulan yang ketiga.

Kumpulan ketiga menyanyikan lagu Lenggang Kangkung apabila kumpulan 1

menyanyikan lagu pada detik yang ke 4 pada bar yang ke 2 atau kumpulan 2

Page 3: Lagu Pusingan

menyanyikan pada detik yang ke 4 pada bar 1.

Kumpulan yang pertama akan sampai ke penghabisan lagu dahulu diikuti

dengan kumpulan kedua dan ketiga. Kesemua kumpulan tidak akan berhenti

serentak kecuali diarahkan untuk berhenti pada tempat yang sesuai. Lagu pusingan

ini boleh digandakan bilangan kumpulan mengikut kesesuaian dan ia biasanya

hanya satu lagu dinyanyikan.

Lagu pusingan ternyata mengandungi konsep-konsep muzik di dalamnya.

Selain pic, ritma,harmoni dan tempo, ia juga mengandungi konsep muzik seperti

tekstur.

Polifonik merupakan salah satu konsep muzik dalam dalam bidang tekstur.

Tekstur merujuk kepada lapisan bunyi yang didengari ketika ia dinyanyi atau

Page 4: Lagu Pusingan

dimainkan serentak. Ketebalan dan kenipisan merupakan sistem atau kayu pengukur

yang digunakan untuk mengenalpasti elemen tekstur. Di dalam lagu pusingan,

elemen polifoni nyata terserlah di mana apabila lagu Lenggang Kangkung

dinyanyikan pada bar yang ke 5 apabila kesemua 3 kumpulan menyanyi dengan

serentak.

Elemen tekstur polifoni,dan harmoni menjadi elemen utama dalam nyanyian

lagu pusingan. Lagu pusingan ini juga amat sesuai diajar kepada seseorang itu

sebagai asas kepada pembelajaran harmoni dan menambah repertoire dalam

pembelajaran dan pengajaran pendidikan muzik di sekolah.