labu sayong

Download Labu Sayong

If you can't read please download the document

Upload: ahmad-umair-haziq-nadzri

Post on 14-Aug-2015

2.079 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus Sejarah

TRANSCRIPT

Produk Tempatan : Kraf tangan Labu Sayong

TAJUK KAJIAN

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 TAJUK KAJIAN

PERKARA SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1.MAKLUMAT ASAS PRODUK 2.LATAR BELAKANG 3.KAEDAH /CARA PENGHASILAN 4.PERKEMBANGAN PRODUK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

HALAMAN

7 8 9

Catatan:

Tandatangan Guru Penasihat:

PENGHARGAANAlhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan Kerja Kursus Sejarah 21/2 ini. Sehubungan dengan itu, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu yang telah memberikan bantuan dan kerjasama kepada saya. Pertama sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada guru Sejarah saya, Puan Misnah binti Bibit yang telah memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada saya sepanjang kerja kursus ini dijalankan. Seterusnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak menyumbang dari segi kewangan dan sokongan moral kepada saya. Bapa saya, Encik Nadzri bin Abdul Rauf telah banyak memberikan maklumat yang berkaitan dengan kajian ini. Ibu saya juga, Puan Rohazuinah binti Mohamad Nor telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan sokongan. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan 3 Al-Farazdaq khususnya Ameer Affan bin Azhan, Muhammad Hazmie bin Ab Rashid dan Muhammad Faiz bin Fodzi yang turut sama mencari maklumat berkaitan dengan kajian ini.

OBJEKTIF KAJIANMelalui Kerja Kursus Sejarah 21/2 ini, terdapat 3 objektif yang dapat saya capai sepanjang kajian berkaitan labu sayong ini dijalankan.

Secara umumnya, saya dapat mengenal pasti dan mengumpul sumber-sumber sejarah yang tepat dan sahih melalui kajian ini. Secara tidak lansung, sumber-sumber ini membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui cara-cara penghasilan, bahan dan alat yang digunakan untuk menghasilkan labu sayong. Melalui kraftangan tempatan iaitu labu sayong ini, negara kita akan dapat dikenali di mata dunia dan produk tempatan juga mampu menembusi pasaran antarabangsa. Secara tidak lansung, para pelancong asing berasa terpanggil untuk melancong ke negara kita di samping dapat mengetahui keunikan seni warisan Malaysia.

Akhir sekali, melalui kajian bekaitan labu sayong ini, saya akan lebih menghargai produk tempatan dan seterusnya dapat memupuk semangat patriotik dengan nilai cinta akan negara seterusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia yang sangat kaya dengan warisan seni Melayu.

KAEDAH KAJIANSaya telah menjalankan kajian dengan menggunakan dua kaedah iaitu temuramah, melawat tempat kajian dan juga penyelidikan perpustakaan.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kerja kursus saya iaitu produk tempatan khususnya labu sayong ini, saya telah mengambil pendekatan dengan menemuramah pengusaha labu sayong Kraf Sazilah itu sendiri iaitu Puan Sazilah bagi mendapatkan pandangan beliau dan maklumat tentang proses pembuatan labu sayong di bengkel tersebut. Melalui kaedah ini, saya dapat menyempurnakan kerja kursus saya dengan jayanya.

Melalui kaedah melawat tempat kajian, saya telah pergi ke Bengkel Kraf Sazilah yang terletak di Nombor 98, Sayong Lembah,Kuala Kangsar, 33040 Kuala Kangsar, Perak pada hari Rabu bertarikh 14.03.2012 iaitu pada cuti persekolahan yang lalu. Saya dapat melihat proses pembuatan labu sayong dengan jelas. Hal ini memudahkan saya untuk menyempurnakan kerja kursus saya dengan lengkap dan menarik.

Selain itu,saya juga menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan dengan merujuk bukubuku, majalah dan akhbar yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus saya di Perpustakaan Awam Kampung Gajah. Saya mencatat isi-isi dan perkara-perkara yang penting bagi memastikan maklumat yang diperolehi tepat dan benar.

HASIL KAJIAN

ELEMEN 1 Mengumpul Fakta Sejarah

1. MAKLUMAT ASAS PRODUK KAJIAN a) Nama Produk :

Produk yang dileluarkan oleh pengusaha ialah labu sayong. Labu sayong yang diusahakan oleh pengusaha ini turut dikormesialkan sebagai lampu tidur, bekas bunga telur dan cenderahati selain untuk tujuan minuman dan perhiasan.

b) Kategori : Saya telah memilih kraf tangan iaitu labu sayong sebagai tugasan kajian produk tempatan pada tahun ini. c) Nama Pengusaha / Syarikat / Status Hak Milik : Produk labu sayong ini diusahakan oleh Puan Sazilah binti Mat Yusof yang bernaung di bawah syarikat Kraf Sazilah Sdn. Bhd.. Beliau telah menubuhkan syarikat ini pada tahun 2000. Status pemilikan syarikat ini ialah secara pemilik tunggal. d) Lokasi : Kraf Sazilah terletak di alamat Nombor 98, Sayong Lembah, Kuala Kangsar, 33040 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan. Bengkel perusahaan labu sayong beliau terletak kira-kira 10 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan 48 kilometer ke utara Bandaraya Ipoh. Dengan menggunakan kemudahan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), pengunjung yang berminat boleh menggunakan pengangkutan awam ataupun kenderaan persendirian untuk sampai ke benkel perusahaan tersebut. Terdapat banyak papan tanda yang boleh dilihat di bahu jalan bagi memudahkan pengunjung untuk sampai ke sana.

2. LATAR BELAKANG a) Sejarah Kewujudan :

Kuala Kangsar sememangnya sinonim dengan labu sayong. Alangkah sayangnya jika seni warisan Melayu ini dilupakan dek ditelan zaman. Kekurangan perusahaan produk tempatan seperti labu sayong di Perak amat memberi kesan kepada anak jati Kuala Kangsar ini iaitu Puan Sazilah. Berbekalkan minat yang mendalam terhadap seni tembikar khususnya labu sayong, beliau mengambil insiatif dengan mempelajari teknik pembuatan labu sayong secara mendalam daripada rakan-rakan beliau yang telah lama berkecimpung dalam penghasilan kraf labu sayong ini. Pada awalnya, beliau hamya mengusahakan labu sayong ini secara kecil-kecilan. Berkat semangat dan usaha yang gigih serta sambutan dan permintaan yang menggalakkan daripada masyarakat, maka pada tahun 2000 tetubuhlah syarikat Kraf Sazilah yang sehingga kini giat menghasilkan produk-produk labu sayong.

b) Punca dan Jumlah Modal : Bermodalkan wang sendiri sebanyak RM 5000 untuk membeli peralatan asas, kini beliau boleh bergembira dan berpuas hati kerana bengkel beliau mempunyai mesin-mesin moden dan canggih yang sesuai dengan arus pemodenan. Hasil daripada uaha gigih beliau, pihak KEMAS dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah bermurah hati memberikan beliau bantuan berupa mesin pembuatan, modal pusingan dan promosi. Melalui promosi ini, syarikat Kraf Sazilah semakin dikenali ramai dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan syarikat kraf tangan yang terkenal di Malaysia. c) Pendaftaran Perniagaan / Lesen Perniagaan : Kraf Sazilah ini berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dibenarkan memulakan perniagaan pada 23.09.2000.

d) Tujuan / Kepentingan Produk : Labu sayong sememangnya sinonim dengan orang Melayu di Perak. Jika ditanya mengenai labu sayong pada remaja zaman sekarang, pasti mereka terkelu lidah untuk menjawabnya bahkan yang lebih

teruk lagi tidak tahu lansung mengenai labu sayong. Oleh itu, sewajarnya produk ini dikomersialkan bagi memastikan labu sayong dikenali generasi pada zaman ini dan yang akan datang. Labu sayong juga amat penting bagi pelancong dari luar dan dalam negara yang ingin mengetahui keunikan seni warisan dan budaya Melayu di Perak. Kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk menjadikan tempat perusahaan labu sayong sebagai pakej pelancongan di Perak. e) Keistimewaan : Labu sayong sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri yang mana kualiti air yang disimpan di dalamnya lebih bersih daripada air paip yang ditapis di samping mempunyai khasiat kepada kesihatan tubuh badan. Selain itu, labu sayong ini juga hanya boleh didapati di negeri Perak sahaja khususnya di daerah Sayong, Kuala Kangsar. Produk labu sayong keluaran Kraf Sazilah ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Antaranya ialah labu sayong ini direka dengan corakcorak menarik dan kotemporari yang sesuai dengan peredaran zaman dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Hasil seni buatannya yang halus memang membuat pengunjung yang datang rambang mata. Tanah liat yang digunakan untuk membuat labu sayong bermutu tinggi dan dibeli secara terus daripada peniaga di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar berbanding sesetengah pengusaha yang hanya menggunakan tanah busut dalam pemprosesan labu sayong mereka. Kraf Sazilah juga boleh menghasilkan labu sayong yang ditempah dalam jumlah yang banyak mengikut waktu yang ditetapkan kerana penggunaan teknologi moden dan canggih serta proses pembakaran menggunakan mesin khas yang terdapat di Kraf Sazilah.

3. KAEDAH / CARA PENGHASILAN : a) Tenaga Kerja: Bengkel Kraf Sazilah ini mempunyai tenaga kerja seramai 5 orang. Selain Puan Sazilah, suami

beliau sendiri iaitu Encik Mohamad Nasir Ismail merupakan tulang belakang terhadap perusahaan labu sayong di Kraf Sazilah ini. Mereka juga dibantu oleh 4 orang pekerja yang terdiri daripada kawankawan rapat mereka. Pada musim cuti sekolah, anak-anak mereka akan membantu meringankan beban ibu bapa mereka. Telatah mereka membuat saya ketawa di samping menghilangkan tekanan semasa menyiapkan kajian kerja kursus ini. Berkat kerjasama dan usaha keras pekerja-pekerja di Kraf Sazilah ini, mereka mampu menghasilkan 100 unit labu sayong dalam masa sehari dan mampu mencecah sehingga 3000 unit labu sayong dalam masa sebulan. Mereka bekerja selama 8 jam sehari iaitu dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Sebelum kerja dimulakan, Puan Sazilah akan memastikan pekerjapekerjanya membaca doa supaya apa yang mereka lakukan diberkati oleh Allah S.W.T..

b) Senarai Bahan: Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan labu sayong ialah :

Tanah liat

Tanah liat yang digunakan oleh Puan Sazilah dalam pemprosesan labu sayong di Kraf Sazilah adalah tanah liat khusus yang dibeli dibeli terus oleh beliau dari peniaga di Kampung Kepala bendang dengan harga RM6 sekampit. Tanah liat ini adalah khas bagi pembuatan labu sayong atas faktor kandungan mineralnya berbeza dengan kandungan mineral tanah liat di tempat lain. Air

Air juga merupakan salah satu elemen yang digunakan dalam proses pembuatan labu sayong,

Sodium Silicate

Selain itu sodium silicate juga turut dugunakan dalam menghasilkan labu sayong,.Sodium silicate digunakan bagi tujuan memudahkan proses memecahkan tanah serta memudahkan tanah dibentuk dan dilenturkan.

c) Senarai Peralatan: Antara peralatan yang digunakan adalah:

Mesin Blunjer

Mesin ini digunakan untuk membancuh tanah bagi membuat labu sayong.

Engraving Knife

Engraving knife adalah alat yang digunakan untuk mengukir corak-corak pada labu sayong mengikut kreativiti pengukir itu sendiri. Alat Stamping

Alat stamping adalah sebatang kayu kecil yang telah diukir motif-motif bunga di atasnya. Alat ini kemudiannya diguna untuk mengukir motif-motif bunga pada labu sayong. Antara motif-motif bunga yang sering diukir di atas permukaan labu sayong ialah bunga pucuk rebung, bunga pecah empat, bunga cengkeh, bunga tanjung, bunga padi, bunga kedudut, siku keluang, bunga lawang dan bunga cakar ayam. Stamp-stamp kayu ini kemudiannya ditekan di atas permukaan labu dengan berhati-hati dan penuh teliti bagi menghasilkan labu sayong yang bermutu tinggi.

d) Proses/ Peringkat Penghasilan Proses menghasilkan labu sayong pada masa kini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan proses menghasilkan labu sayong pada suatu ketika dahulu. Pada suatu ketika dahulu proses menghasilkan

labu sayong adalah secara tradisional yang memerlukan masa yang panjang.Namun begitu pada masa kini labu sayong dapat dihasilkan dengan mudah dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat selari dengan arus pemodenan di mana semakin banyak mesin mesin dan alat-alat khas yang telah dimodenkan oleh teknologi semasa.

Tanah dibancuh dengan air :

Pada peringkat pertama dalam menghasilkan labu sayong,tanah telah dibancuh dengan air di dalam mesin blunjer.

Tanah ditapis :

Seterusnya, tanah ditapis bagi mengasingkan benda-benda asing seperti batu, pasir, hampas-hampas kayu dan sebagainya yang dihasilkan lebih halus. Proses inijuga dikenali sebagai proses slip. Bancuhan dituang ke dalam acuan :

Setelah bancuhan tersebut siap, bancuhan tersebut dituang ke dalam acuan khas yang kenali sebagai acuan plaster.

Labu Sayong di keluarkan dari acuan :

Setelah bancuhan membeku di dalam acuan, maka terbentuklah labu sayong.Labu sayong itu kemudian dikeluarkan setelah membeku di dalam acuan salama 24 hingga 48 jam. Hal ini adalah berkaitan dengan faktor cuaca, Persekitaran yang kering akan mempercepatkan lagi proses pembekuan bancuhan manakala persekitaran yang lembab akan melambatkan labu sayong membeku. Labu yang baru di keluarkan dari acuan masih berkeadaan lembik, maka proses pengeluarannya perlulah dibuat berhatihati dan disusun dengan kemas.

Labu sayong dilakar dan dicorakkan :

Selepas di keluarkan dari acuan, labu sayong tersebut akan dilakar dan dicorakkan dengan menggunakan engraving knife dan alat stamping. Corak-corak tersebut dilakarkan mengikut kreativiti pengukir bagi mendapatkan corak-corak yang menarik dan mampu menarik perhatian pembeli untuk membeli labu sayong tersebut.

Labu sayong dikeringkan :

Labu sayong yang telah dicorakkan dengan sempurna akan diletakkan di atas rak bagi tujuan pengeringan. Labu sayong dibakar:

Setelah labu sayong kering, labu sayong akan dibakar di dalam mesin khas yang dikenali sebagai mesin tanur gas. Suhu yang digunakan untuk membakar labu sayong adalah diantara 800-900 darjah celcius. Masa yang diambil untuk proses pembakaran adalah selama 10 jam. Berlainan pula sekiranya labu sayong dibakar secara tradisional. Mengikut cara tradisional labu sayong akan dibakar menggunakan sekam padi dan mengambil masa yang panjang dalam proses pembakaran. Labu sayong sedia untuk dipamerkan:

Labu sayong yang telah melalui proses pembakaran akan dikeluarkan dari mesin tanur gas dan dibiarkan seketika sebelum di bawa ke bilik pameran untuk tujuan jualan.

4. PERKEMBANGAN PRODUK Rangkaian Pemasaran :

Labu Sayong keluaran Kraf Sazilah dipasarkan melalui beberapa cara antaranya ialah di bengkel

beliau sendiri. Pengunjung dalam dan luar Negara boleh mendapatkan produk beliau secara terus di bengkel. Puan Sazilah juga melantik agen-agen tetap yang beribawa untuk memasarkan produk beliau. Beliau juga menghantar produk-produk beliau terus ke kedai-kedai yang terletak di Pekan Kuala Kangsar. Hidup pada zaman ledakan teknologi memang tidak lengkap bagi seorang usahawan seperti beliau menggunakan medium internet seperti Facebook dan blog untuk mendapatkan tempahan. Pengiktirafan :

Berkat usaha yang gigih, semangat yang tinggi dan sokongan para tenaga kerja, Kraf Sazilah pernah menerima Anugerah Usahawan Jaya Labu Sayong Peringkat Parlimen Kuala Kangsar pada tahun 2007. Melalui anugerah itu, Kraf Sazilah mendapat geran daripada Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi bagi memasarkan produk mereka ke peringkat global. Hal ini merupakan batu loncatan bagi Puan Sazilah mengorak langkah yang lebih proaktif untuk memasarkan produk beliau di persada antarabangsa. Cabaran dan Masalah Yang Dihadapi :

Kraf Sazilah turut menerima cabaran dalam usaha memasarkan produk labu sayong mereka. Antaranya ialah kekurangan tenaga mahir dalam menghasilkan produk labu sayong dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, kurangnya kesedaran dan keyakinan orang ramai dengan produk yang dihasilkan daripada tanah liat terutama dari aspek kebersihan dan kesihatan. Kononnya, mereka mengandaikan air yang tersimpan dalam labu sayong tidak dijamin kebersihannya dan boleh merosakkan kesihatan tubuh badan kerana dihasilkan daripada tanah liat. Hidup pada zaman ledakan teknologi, sememangya tidak lengkap jika tiada peti sejuk di dalam rumah kita. Oleh itu, labu sayong tidak diperlukan untuk mendapatkan air yang sejuk. Di samping itu, kos bahan mentah bagi menghasikan labu sayong semakin meningkat dan ini menyukarkan para pengusaha bagi mengusahakan labu sayong. Perancangan Masa Hadapan :

Selepas mendapat geran daripada Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Puan Sazilah mendapat semangat baru dan berhasrat untuk memperluaskan pasaran produk keluarannya ke peringkat global dan menembusi pasaran antarabangsa seperti Macau dan Sepanyol. Selain itu, beliau juga merancang untuk menambah dan membuka cawangan pusat jualan produk beliau ke seluruh Malaysia. Hal ini membolehkan produk keluaran Kraf Sazilah mampu berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan produk-produk antarabangsa yang lain. Seni warisan Melayu juga akan terus dikenang dan tidak lapuk ditelan zaman.

RUMUSAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berjaya menyempurnakan Kerja Kursus Sejarah 21/2 ini dengan jayanya. Saya telah menjalankan dan menyiapkan kajian ini bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Projek ini mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan. Semasa menyiapkan kajian ini, saya mendapat pelbagai input baru dan nilai murni yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan. Melalui kajian yang saya lakukan, saya berasa sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia kerana dapat hidup dalam negara yang kaya dengan seni warisan bangsa. Kegiatan membuat labu sayong khususnya di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, merupakan warisan kesenian kraftangan tradisional negara yang harus dibanggakan. Oleh itu, kita hendaklah memelihara warisan kesenian untuk generasi akan datang supaya warisan ini tidak lapuk ditelan arus kemodenan, seterusnya menjadi identiti rakyat Malaysia. Selain itu, melalui pemerhatian saya, industri kecil seperti pembuatan labu sayong dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia khususnya orang Melayu. Melalui industri ini, masyarakat setempat berlumba-lumba untuk menghasilkan produk yang bermutu seterusnya, mewujudkan daya saing yang sihat dalam usaha untuk memasarkan hasil produk mereka. Maka terhasillah produk dimensi baru yang disesuaikan dengan peredaran masa. Dalam industri labu sayong misalnya produknya bukan semata-mata labu yang digunakan untuk mengisi air sahaja tetapi kini produk ini dikormesialkan menjadi barang hiasan rumah seperti hiasan dinding dan kaki lampu.

Hal ini membuktikan produk ini boleh dipasarkan ke peringkat antarabangsa setaraf dengan tembikar luar negara.Pastinya industri ini dapat menjana pendapatan rakyat Malaysia seterusnya mengukuhkan ekonomi negara.

Akhirnya, marilah kita berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk mengukuhkan industri pembuatan labu sayong di Malaysia khususnya di Perak.

LAMPIRAN

RUJUKAN1. Buku Ilmiah Kathleen Chee,1999. Pendidikan Seni Visual SPM, Selangor, Pelangi Sdn. Bhd. Kathleen Chee, 2010. Pendidikan Seni Visual SPM, Selangor, Pelangi Sdn. Bhd.

PerbadananKemajuan Kraftangan Malaysia, 2005. Tembikar Tradisional, uala Lumpur, Perbadanan kermajuan kraftangan Malaysia.

2. Melawat tempat Kajian Bengkel Kraf Sazilah, Nombor 98, Sayong Lembah, Kuala Kangsar,33040 Kuala kangsar,Perak Darul Ridzuan.

3. Orang Sumber Puan sazilah binti mohd Yusof, 44 tahun, Nombor 98, Sayong Lembah, Kuala Kangsar,33040 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

4. Internet labu Sayong.http://www.kraftangan.gov.my/craft.category/main/6/?menuid-95 http://www.warisan-labu sayong.com.my/view http://4.bp.blogspot.com http://photos1.blogger.com http://harrylabu.blogspot.com

5. Sumber Lain Pamplet, Labu sayong.com.myLesen Perniagaan,No.0948074

6. Surat Khabar Utusan Malaysia, Halaman 1, 2 dan 3, 23 Februari 2012. Utusan Malaysia, Halaman 1, 2 dan 3, 31 Mac 2012.

SENARAI SEMAK

BIL 1 2 3 4 Buku ilmiah Jurnal Akhbar Majalah

SUMBER

CATATAN

5 6 7 8 9 10 11

Orang sumber Melawat tempat kajian Internet Televisyen Radio VCD/DVD Sumber lain Skor

Catatan:

Tandatangan Guru Penasihat:

TUGASAN 2

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA Pada zaman globalisasi ini, barangan buatan Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia.Usaha gigih pengusaha dan sokangan padu pihak kerajaan bagi mempromosikan barangan buatan Malaysia berjaya memberi nafas baru dalam memajukan industri ini. Di samping mempromosikan barangan tempatan, secara tidak lansung kerajaan berjaya menerapkan semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia.

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dari segi ekonomi. Pasaran yang luas serta keprihatinan dan sokongan padu rakyat Malaysia memudahkan kerajaan mempromosikan jenama tempatan di persada dunia. Lihatlah jenama pengeluar kereta tempatan, PROTON yang berjaya meletakkan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama pengeluar kereta yang terkenal dan dikagumi seperti Honda, Toyota, Hyundai, Naza dan Peugeot. Malahan produk tempatan yang lain seperti makanan tradisional seperti nasi lemak, pakaian tradisional seperti batik, kraf tangan seperti labu sayong berjaya menggamit perhatian pelancong luar mahupun dalam negara untuk membelinya. Secara tidak lansung rakyat Malaysia berbangga dengan kejayaan dan cinta akan Malaysia. Selain itu, slogan Belilah Barangan Buatan Malaysia berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat. Apabila disebut barangan buatan Malaysia, pasti akan timbul keinginan dalam hati rakyat untuk membelinya. Hal ini dapat dilihat apabila PROTON Preve yang diperkenalkan baru-baru ini, berjaya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia. Malah tempahan kereta ini berjaya melepasi 4 angka dalam masa seminggu. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia prihatin dan yakin terhadap produk tempatan. Di samping itu, slogan ini berjaya memupuk rakyat Malaysia untuk membeli produk tadisional tempatan seperti pakaian batikdan kraf tangan labu sayong. Hal ini dapat menanam perasaan ingin tahu rakyat terhadap seni warisan budaya di Malaysia. Oleh itu, rakyat akan dapat mengetahui dan berbangga dengan kekayaan dan keunikan budaya di Malaysia.

Justeru itu, marilah kita berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk mempromosikan barangan buatan Malaysia di samping menyemai semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini. Inilah Malaysia negaraku yang tercinta.

TUGASAN 1

ELEMEN 2

Merekod Fakta Sejarah

ELEMEN 3

Penerapan Unsur

Patriotisme

SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN LABU KM 11,JALAN LABU 71900 LABU NEGERI SEMBILAN

NAMA

: AHMAD UMAIR HAZIQ B NADZRI

NO KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR KELAS

: 970417-08-5507 : 17 APRIL 1997 : 3 AL FARAZDAQ

HASIL DAPATAN TEMU RAMAH

1) Bilakah Puan memulakan perniagaan labu sayong? 2) Apakah tujuan syarikat ini ditubuhkan? 3) Bagaimanakah proses pembuatan labu sayong dijalankan? 4) Apakah halangan yang terpaksa dilalui oleh syarikat ini? 5) Siapakah yang membantu Puan Sazilah ketika melakukan kerja ini? 6) Adakah Puan Sazilah menggunakan internet sebagai medium untuk memasarkan produk puan? 7) Nyatakan peralatan dan bahan yang digunakan untuk membuat labu sayong. 8) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh puan untuk mengatasi masalah yang menimpa

syarikat puan? 9) Apakah keistimewaan labu sayong? 10) Berapakah jumlah pengunjung yang datang mengunjungi bengkel ini dalam sehari? 11) Berapakah jumlah unit labu sayong yang dapat dihasilkan dalam sehari?