kursus psk ting1 complete

34
MAZLYZA BT MUHAMAD 1 KREATIF SM AGAMA NILAI 1

Upload: vira-hashim

Post on 16-Sep-2015

28 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

psk

TRANSCRIPT

MAZLYZA BT MUHAMAD1 KREATIFSM AGAMA NILAI

TEMAWarisan Kepelbagaian Budaya Malaysia

TAJUKKompilasi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Di Malaysia

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SM Agama , Nilai,kerana telah memberikan kebenaran dan sokongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan saya iaitu En. Mohd Khamsuldin Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan.Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Mustaffa Siraj dan Mamat yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan

PENGENALAN

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

TAJUKMUKA SURAT

1. Tema dan tajuk

1

2. Penghargaan

3

3. Pengenalan3.1 Isi kandungan3.2 Objektif

68

4. Pendahuluan4.1 Definisi4.2 Jenis cerita rakyat4.3 Tujuan cerita rakyat disampaikan

111314

5 Kandungan cerita rakyat5.1 Cerita 1 * Hikayat Sang Kancil dan Buaya * Pengajaran dan nilai

5.2 Cerita 2 * Ahli sihir Yang Angkuh * Pengajaran dan nilai

16

20

6.Penutup6.1 Refleksi6.2 Lampiran6.3 Rumusan6.4 Rujukan

22242527

OBJEKTIF

OBJEKTIF

1. Mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum2. Memahami budaya masyarakat zaman dahulu3. Dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut4. Dapat mengekalkan warisan budaya

PENDAHULUAN

DEFINISI

DEFINISICerita rakyat merupakan warisan budaya berharga yang dimiliki oleh pelbagai kaum di Malaysia.Ia memaparkan kehidupan masyarakat setempat pada masa itu.Cerita ini diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut.

JENIS CERITA RAKYAT Cerita asal usul Cerita jenaka Cerita binatang Cerita kepahlawanan Cerita penglipur lara

TUJUAN

TUJUAN CERITA RAKYAT DISAMPAIKAN:

I) HIBURAN Masyarakat dahulu menggunakan masa terluang pada waktu malam untuk mendengar cerit- cerita rakyat. Ini kerana mereka telah penat bekerja pada waktu siang.

II) PENGAJARANMelalui cerita rakyat ini , mereka akan mendapat teladan dan nasihat yang berguna secara tidak langsung.Di samping itu, mereka juga akan didedahkan tentanglatar belakang kehidupan, kebudayaan dan kepercayaan nenek moyang mereka.

CERITA 1 HIKAYAT SANG KANCIL DAN BUAYA

BAHAGIAN A

Sang Kancil Dengan BuayaPada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.Sekian

PENGAJARAN Kita mestilah sentiasa berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum bertindak. Perasaan dendam hanya mengundang kemudaratan kepada diri. Kita tidak boleh mengambil kesempatan pada kelemahan orang lain.NILAI Kejujuran. Rasional Berdikari Keberanian.

CERITA 2AHLI SIHIR YANG ANGKUH

CERITA 2 (CERITA KAUM INDIA)AHLI SIHIR YANG ANGKUHThenaliraman tinggal di sebuah pekan di India. Pada suatu hari, datang seorang ahli sihir termasyhur di pekan itu lalu mencabar penduduk dipekan itu.Wahai penduduk kampung, saya seorang ahli sihir terkemuka di India. Adakah sesiapa antara anda yang berani mencabar saya? Saya boleh melakukan atau menunaikan apa apa sahaja yang anda pohon.

Thenaliraman pun tampil ke hadapan dan berkata, Wahai Tukang Sihir, saya ingin mencabar anda. Bolehkah Tukang Sihir menunaikan permintaan saya? Boleh, mintalah apa apa sahaja, saya akan kabulkan permintaan anda, kata Tukang Sihir.Baiklah Tukang Sihir, saya akan melakukan sesuatu dengan mata saya tertutup, tetapi Tukang Sihir melakukannya dengan mata yang terbuka, kata Thenaliraman.Ha! Ha! Ha! Mudahnya permintaan anda, kata Tukang Sihir.Thenaliraman pun duduk bersila dan menutup matanya. Dengan menggunakan tangan kanannya, dia mengambil segenggam pasir dan melemparkan kea rah matanya. BaiklahTukang Sihir, sekarang tunjukkanlah kehandalan Tukang Sihir dengan melakukan seperti yang saya lakukan tadi dengan mata yang terbuka, kata Thenaliraman.Tukang Sihir itu terdiam. Dia tahu bahawa ia tidak boleh melakukan seperti yang diminta. Tukang Sihir itu sedar akan kesalahannya yang bersikap terlalu angkuh. Dia meminta maaf kepada Thenaliraman dan terus meninggalkan pekan itu.

PENGAJARAN 1. Jangan bersikap sombong dan angkuh dengan kelebihan yang ada pada diri2. Sentiasa menghormati kebolehan orang lain3. Berfikir sebelum bertindakNILAI1. Hormat menghormati2. Keberanian3. Saling bermaafan

REFLEKSI

Borang Refleksi

Projek Buku SkrapPendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Nama: MAZLYZA BINTI MUHAMADTingkatan: 1 KREATIFTajuk: KOMPILASI CERITA RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

1. Apakah faedah dan kesan yang diperolehi daripada cerita rakyat?a) Memberi pengajaran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.b) Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri.

2. Apakah cadangan untuk mengekalkan warisan cerita rakyat?a) Mengadakan pertandingan bercerita.b) Mengadakan pertandingan drama pendek.c) Mewujudkan sudut Cerita Rakyat di sekolah

3. Bagaimanakah anda menunjukkan apresiasi terhadap cerita rakyat pelbagai kaum?a) Membuat koleksi cerita rakyat daripada pelbagai sumber.b) Menjadikan watak dalam cerita rakyat sebagai hiasan bilik atau kertas dinding.

LAMPIRAN

RUMUSAN

RUMUSANBerdasarkan kajian sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini, saya dapati terdapat banyak cerita rakyat yang menarik untuk dibaca dan dijadikan teladan untuk kehidupan saya seharian. Malahan masih terdapat banyak lagi cerita rakyat yang masih belum dapat saya baca.Saya berharap dapat menemui lebih banyak koleksi cerita rakyat dari pelbagai kaum yang boleh saya kongsi dengan rakan rakan yang lain.

RUJUKAN

RUJUKAN

1. Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 12. Bank Soalan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan ; Janthini a/p Santharasegaran; Ilmu Bakti3. Laman sesawang; http://www.members.tripod.com

9