kurikulum standard sekolah rendah (pendidikan khas)

43
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS) ~MASALAH PEMBELAJARAN~

Upload: tevy

Post on 12-Jan-2016

299 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS). ~MASALAH PEMBELAJARAN~. PENDAHULUAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(PENDIDIKAN KHAS)

~MASALAH PEMBELAJARAN~

Page 2: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDAHULUANKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas

Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR PendidikanKhas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “ ….guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan.

Page 3: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

OBJEKTIF Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang,harmonis dan berakhlak mulia. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid:

i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

ii. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

iii. menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya

iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna

v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk

vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam

vii. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian viii. melibatkan diri dalam aktiviti riadah ix. menghargai keindahan alam dan warisan budaya x. menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring

dengan perkembangan semasa

Page 4: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANGOrganisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah:

Page 5: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

KSSR(PEND. KHAS-MASALAH PEMBELAJARAN)Digubal dalam dua bentuk pernyataan iaitu:1. Standard Kandungan

- iaitu merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai hidup.

2. Standard Pembelajaran- iaitu merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh di ukur bagi Standard Kandungan.

Page 6: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

TERDAPAT BEBERAPA PECAHAN MATAPELAJARAN YANG DIFOKUSKAN DI

DALAM KSSR- PKBP

1. ASAS 3M

2. PENDIDIKAN ISLAM

3. PENDIDIKAN JASMANI

4. PENDIDIKAN MORAL

5. PENGURUSAN KEHIDUPAN

6. SENI KREATIF

Page 7: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

ASAS 3M

Page 8: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

MATA PELAJARAN ASAS 3M Terdapat 3 komponen utama iaitu:1. Bahasa Melayu

-terdiri daripada disiplin:i/ mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumberii/ bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusilaiii/ membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan

kebolehan muridiv/ menulis perkataan dan ayat mudah dengan betulv/ melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, permainan, dan

penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan serta berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan

2. Bahasa Inggeris-terdiri daripada disiplin:i/ mendengar, mengulang dan memahami bahasa pertuturan yang mudahii/ bertutur dan memberikan respon secara jelas mengikut situasiiii/ membaca dan memahami mesej yang ringkasiv/ menulis maklumat menggunakan bahasa yang mudahv/ menggunakan kemahiran berbahasa di dalam kehidupan harian

3. Matematik-terdiri daripada disiplin:i/ mengetahui dan memahami konsep nomborii/ menguasai dan mengaplikasikan kemahiran tambah dan tolakiii/ mengenali bentuk-bentuk asas dan ciri-cirinya yag terdapat di alam sekelilingiv/ menguasai kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian

* Diingatkan bahawa perlu ada penggabung jalinan isi kandungan dalam menyampaikan setiap matapelajaran.

Page 9: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PERLAKSANAAN MODUL ASAS 3M1. Modul Pengajaran Asas 3M

Disediakan untuk membantu guru menjalankan engajaran dengan lebih berkesan. Guru juga boleh membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan murid. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

2. Modul Pembelajaran Asas 3M Modul ini disediakan untuk kegunaan murid.

Merupakan lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Page 10: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANGuru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran, bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Inkuiri Analisis tugasan Belajar melalui bermain Pengajaran bertema Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi sensori Pembelajaran kontekstual Pembelajaran interaktif Pembelajaran koperatif Simulasi Pembelajaran masteri Pembelajaran pengalaman (experiential learning)

Page 11: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENTAKSIRANDilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai

dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif atau formatif.

Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran.

Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Page 12: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDIDIKAN ISLAM

Page 13: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAMFokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan

penghayatan Islam berdasarkan kepada al-Quran dan As-Sunnah.

Mata pelajaran Pendidikan Islam ini memberi pendedahan kepada murid tentang ilmu pengetahuan,kemahiran serta nilai yang merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan dan ketatanegaraan.

Mata pelajaran ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama iaitu I. Asuhan Tilawah al-Quran, II. Asas Ulum Syariah III. Asas Akhlak Islamiah.

Page 14: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PERLAKSANAAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Terdiri daripada Modul Pengajaran

Berpandukan kepada standard Kurikulum Asas Pendidikan Islam untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.

Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

Penglibatan aktif murid, dapat mendorong pencapaian prestasi mereka.

Modul Pembelajaran Disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengadungi lembaran kerja untuk menguji

kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Page 15: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANGuru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah

pengajaran dan pembelajaran, bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Kaedah Hafazan Kaedah Amali Pembelajaran masteri Simulasi Pelbagai kaedah terapi Kaedah perbincangan Pendekatan kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Pendekatan permainan Belajar melalui bermain Pembelajaran interaktif Pembelajaran koperatif Pembelajaran pengalaman (experiential learning)

Page 16: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENTAKSIRANDilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai

dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif atau formatif.

Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran.

Pentaksiran yang dijalankan secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

Diingatkan!!!!! Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah di buat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Page 17: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDIDIKAN JASMANI

Page 18: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Komposisi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani ini terdiri

daripada kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan kesenggangan.

Bagi asas permainan dan olahraga hanya akan diajar selepas Tahun 1.

Kemahiran ini dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi,fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi.

Page 19: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

TUJUAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI i. melakukan kemahiran motor asas dengan corak pergerakan yang sesuai

dengan betul ii. melakukan kemahiran khusus dengan teknik yang betul iii. kecekapan menggabungkan pergerakan dalam melakukan aktiviti iv. perlakuan mengembangkan kecekapan dalam pergerakan dan

kemahiran motor v. mengembangkan kecekapan semasa menggabungkan pergerakan atau

lakuan motor vi. menjelaskan prinsip asas biomekanik dalam pergerakan perlakuan

motor vii. memahami bagaimana meningkatkan kemahiran motor dan

pergerakan viii. memahami taktik permainan dan menunjuk cara permainan dijalankan ix. melibatkan diri dalam aktiviti fizikal secara berkala x. memahami kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala xi. memahami bagaimana membina jadual kecergasan sendiri xii. menunjuk cara kemahiran sosial yang sesuai dalam aktiviti fizikal xiii. menunjuk cara kemahiran tanggungjawab kendiri yang sesuai dalam

aktiviti fizikal xiv. mengaplikasikan kecergasan berdasarkan lakuan motor melalui

aktiviti fizikal dalam kemahiran asas dan khusus xv. melakukan aktiviti fizikal dengan riang, bertanggungjawab dan selamat xvi. melakukan aktiviti fizikal dan mengetahui kepentingan menjaga

kecergasan xvii. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa

melakukan aktiviti jasmani

Page 20: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Modul Pengajaran Pendidikan JasmaniModul pengajaran disediakan berpandu kepada

Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.

Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Di dalam modul pengajaran guru juga mengandungi senarai semak untuk menguji tahap kemahiran yang dikuasai oleh murid.

Page 21: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Belajar Melalui Permainan Belajar Sambil Bermain Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Pertandingan

Page 22: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENTAKSIRANPentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila

sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Kaedah pentaksiran yang dicadangkan kepada guru adalah seperti senarai semak rubrik, senarai semak pemerhatian, senarai semak , rating, buku log, penggredan dan ujian kecergasan

Page 23: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDIDIKAN MORAL

Page 24: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORALModul Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan itu berakhlak mulia dan bermoral.

Pendidikan Moral Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menekankan aspek pemupukan dan perkembangan nilai-nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk secara bersepadu.

Di samping itu juga murid dapat menyatakan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan menyatakan sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.

Page 25: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PELAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN MORALFokus mata pelajaran Pendidikan Moral

terbahagi kepada :i. Pemikiran Moral

Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral

ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan

berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul

iii. Perlakuan Moral Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara

bertanggungjawab dan bermoral

Page 26: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

14 NILAI MURNI DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

1. Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan

pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara2. Baik hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

4. Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa,

sumbangan atau pemberian5. Hemah tinggi

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian6. Hormat-menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan7. Kasih Sayang

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas8. Keadilan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah9. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah10. Kejujuran

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan11. Kerajinan

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara12. Kerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama13. Kesederhanaan

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

14. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

Page 27: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PERLAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN MORAL

Modul Pengajaran Pendidikan Moral Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan.

Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Pendidikan Moral Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan

murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman

dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilai-nilai murni.

Page 28: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontesktual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Page 29: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENTAKSIRANPentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu

kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif.

Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran.

Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Page 30: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENGURUSAN KEHIDUPAN

Page 31: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

MATAPELAJARAN PENGURUSAN KEHIDUPAN Fokus matapelajaran ini terdiri daripada 3 komponen iaitu:1. Komponen: Pengurusan Diri

Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diajar kepada murid bermasalah pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri dibina dengan tujuan melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari.

Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat: i. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut

kemampuan diri sendiri ii. menyediakan diri menghadapi situasi sebenar iii. mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk

dirinya serta persekitaran iv. mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam

kehidupan sebenar

Page 32: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

2. Komponen: Pengurusan Tingkah Laku Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam

mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada.

Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan dirisupaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat.

Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenalpasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.

Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat: i. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada

dan yang baru ii. mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang

lain iii. meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan

dan masyarakat iv. menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan

masyarakat v. bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran

Page 33: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

3. Komponen: Kemahiran Manipulatif Komponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada

perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid.

Komponen ini juga amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M (membaca, menulis dan mengira).

Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.

Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat: i. melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor

halus dan pengamatan ii. menggunakan peralatan dengan teknik yang betul iii. menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif

dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan iv. meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam

menghasilkan sesuatu bahan

Page 34: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PERLAKSANAAN MODUL PENGURUSAN KEHIDUPANModul Pengajaran Pengurusan Kehidupan

Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan

Kehidupan disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Page 35: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANGuru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:InkuiriAnalisis TugasanBelajar Melalui BermainPengajaran BertemaPendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin)KonstruktivismeMulti SensoriPembelajaran KontekstualPembelajaran InteraktifPembelajaran KoperatifSimulasiPembelajaran MasteriPembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Page 36: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENTAKSIRANPentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu

kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran.

Pentaksiran secara pemerhatian hendaklahdisertakan dengan senarai semak.

Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Page 37: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDIDIKAN SENI KREATIF

Page 38: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

MATAPELAJARAN PENDIDIKAN SENI KREATIF1. Komponen : Pendidikan Seni Visual

Komponen Pendidikan Seni Visual memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan adalah perkembangan motor halus, motor kasar, kemahiran menggambar, mencorak dan membentuk. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk melukis dan menggambar, membuat rekaan dan corak, mereka dan membuat binaan, kraf berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Seni Visual membolehkan murid : i. menunjukkan kemahiran kognitif, psikomotor dan sosial ii. mengembangkan bakat dan kreativiti iii. menghayati keindahan alam dan warisan budaya iv. menghasilkan karya seni yang kreatif v. menimba ilmu sebagai persediaan ke arah kerjaya

Page 39: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

2. Komponen : Pendidikan Muzik

Komponen Pendidikan Muzik memberi fokus kepada usaha mencungkil dan mengembangkan bakat juga potensi murid supaya dapat mengamalkan kemahiran yang dipelajari seterusnya melahirkan murid-murid yang berkeyakinan, berkemahiran, berketerampilan serta bersikap positif dalam kehidupan. Aspek yang diberi penekanan ialah kemahiran nyanyian, bermain alat-alat muzik, pergerakan dan lakonan. Proses ini memberi keutamaan kepada aktiviti bagi memenuhi kehendak tajuk persepsi muzik, pengalaman nyanyian, pengalaman perkusi, apresiasi dan estetika seniserta seni lakon berdasarkan kebolehan dan kreativiti murid.

Komponen Pendidikan Muzik membolehkan murid : i. mengembangkan bakat dan minat dalam bidang nyanyian, tarian dan

lakonan ii. mengamalkan semangat kerjasama dan berdisiplin dalam kumpulan iii. mahir menggunakan alatan muzik iv. melakukan gerakan mengikut rentak lagu v. mengenal lagu berdasarkan melodinya vi. mengawal koordinasi anggota badan vii. melakon dan menghayati pelbagai watak viii. membaca dialog dengan baik

Page 40: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PERLAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN SENI KREATIF

Modul Pengajaran Pendidikan Seni KreatifModul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard

Kurikulum Pendidikan Seni Kreatif untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

Modul Pembelajaran Pendidikan Seni KreatifModul Pembelajaran Pendidikan Seni Kreatif juga

disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Page 41: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

Page 42: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

PENTAKSIRANPentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu

kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif.

Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran.

Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak.

Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan Pengajaran Individu (RPI).

Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Page 43: KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN KHAS)

SEKIAN TERIMA KASIH