kumai

5
A. LARIAN KUMAI 1.0 PENGENALAN Kimpalan Arka Tungsten Gas (TIG) merupakan salah satu proses penyambungan menggunakan haba dari arka kimpalan yang dijana oleh kuasa elektrik dengan pe tertentu bagi mendapatkan kekuatan sambungan yang baik. Kimpalan TIG juga banyak digunak dalam kerja-kerja yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi serta dapat mengimpal kesemua jenis logam. Dalam bengkel kimpalan TIG, pelajar dikehendaki untuk menghasil beberapa jenis sambungan daripada dua jenis bahan iaitu logam dan aluminium serta mengh sebuah projek berkumpulan dimana ia memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kemahiran teknik yang telah dipelajari dalam kimpalan TIG. Bahan Kerja : a) Keluli lembut (ild !teel) Alatan dan perkakasan: a) esin Kimpalan TIG b) "lektod #) $od %enambah d) Gas %elindung e) %embaris keluli &) 'erus Da ai g) %enggarit h) esin pen#anai i) %layar 2.0 JENI ALA!AN !ANGAN "AN KEGUNAAN

Upload: eizanie-muhamad

Post on 05-Nov-2015

50 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kumai

TRANSCRIPT

A.LARIAN KUMAI1.0 PengenalanKimpalan Arka Tungsten Gas (TIG) merupakan salah satu proses penyambungan logam menggunakan haba dari arka kimpalan yang dijana oleh kuasa elektrik dengan penggunaan gas tertentu bagi mendapatkan kekuatan sambungan yang baik. Kimpalan TIG juga banyak digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kualiti penyambungan yang tinggi serta dapat mengimpal hampir kesemua jenis logam. Dalam bengkel kimpalan TIG, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan beberapa jenis sambungan daripada dua jenis bahan iaitu logam dan aluminium serta menghasilkan sebuah projek berkumpulan dimana ia memerlukan pelajar mengaplikasikan segala kemahiran dan teknik yang telah dipelajari dalam kimpalan TIG.

Bahan Kerja :a) Keluli lembut (Mild Steel)Alatan dan perkakasan:

a) Mesin Kimpalan TIG

b) Elektod

c) Rod Penambah

d) Gas Pelindung

e) Pembaris keluli

f) Berus Dawai

g) Penggarith) Mesin pencanai

i) Playar 2.0 JENIS ALATAN TANGAN DAN KEGUNAANAlatan tangan dan MesinKegunaan

1) Mesin Kimpalan TIG

Mesin kimpalan TIG boleh membekalkan samada arus terus atau arus ulang alik ke elektrod kimpalan. Pemilihan jenis mesin kimpalan TIG bergantung kepada ciri-ciri kimpalan yang dikehendaki.

2) Elektod

Elektrod diperbuat daripada tungsten tulen atau aloi tungsten disebabkan takat leburnya yang tinggi. Pemilihan dimeter elektrod adalah berdasarkan faktor pemilihan arus yang digunakan, jenis logam dan juga ketebal logam yang hendak dikimpal.

3) Rod Penambah

Rod penambah digunakan bagi menguatkan sambungan kimpalan dengan mengenapkan leburan rod penambah kedalam kawah leburan.

4) Silinder Gas

Gas lengai yang biasa digunakan sebagai gas pelindung ialah gas argon, helium atau campuran gas argon dan helium.

5) Penggarit

Digunakan untuk membuat garisan atau penandaan pada benda kerja.

6) Berus Dawai

Membersihkan bahan kerja daripada kekotoran. Untuk kerja-kerja kemasan.

7) Pembaris keluli

Pembaris keluli diletakkan di atas benda kerja yang hendak diukur. Selarikan bahagian hujung pembaris dengan bahagian hujung bahan tersebut. Kemudian, tandakan menggunakan pensel atau penggarit pada sengatan ukuran yang dikehendaki

3.0PROSEDUR KERJA1. Bahan kerja dibersihkan daripada sebarang kekotoran dan minyak.2. Bahagian yang hendak dikimpal ditanda dengan penggarit.3. Pembaris keluli digunakan bagi membuat tiga garisan pada permukaan bahan kerja.

4. Bahan kerja diletakkan diatas meja kerja. Arus dan tekanan gas dilaraskan mengikut kesesuaian jenis logam dan tebal benda kerja. Kemudian, elektrod tungsten dipasang pada nozel kimpalan. 5. Mesin kimpalan di hidupkan dan proses kimpalan TIG dimulakan sehingga selesai dengan menggunakan rod penambah.

6. Suis dan tutup tekanan gas ditutup apabila kerja mengimpal selesai dan bahan kerja disejukkan.

7. Bahan kerja dibersihkan dengan menggunakan berus dawai bagi mendapatkan hasil yang lebih kemas.

Gambarajah Projek

Refleksi

Kimpalan TIG memerlukan kemahiran yang tinggi bagi mendapat hasil yang baik dan kemas. Teknik teknik yang digunakan adalah sama dengan kimpalan jenis arka dan gas. Di samping itu, pelarasan mesin kimpalan perlu dititik beratkan mengikut kesesuaian bahan kerja supaya dapat hasil yang memuaskan. Kelebihan menggunakan kimpalan TIG adalah ia tidak mempunyai percikan dan sanga selepas proses kimpalan. Ia juga dapat mengimpal pelbagai jenis bahan kerja yang nipis dengan kemas.