kualiti pendidik prasekolah

23
1 PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH GRACE BAUN CHIEN SIEW MING 1.0 PENDAHULUAN Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu poduk atau perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah mudah diperolehi, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan mudah diangkut. Hairuddin Mohd Ali (1999) menyatakan kualiti dalam perkhidmatan mempunyai ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan, jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan. Berdasarkan kepada konsep kualiti sama ada dari aspek produk atau perkhidmatan, dapatlah dirumuskan bahawa kualiti dalam pendidikan dapat disimpulkan sebagai satu sistem pengembangan ilmu yang diberi penekanan kualiti dalam melahirkan produk atau pelajar yang berkembang secara menyeluruh hasil daripada perkhidmatan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung yang disediakan oleh guru bagi memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam pendidikan bukan sahaja memberikan peluang kanak-kanak belajar malah memberi kanak-kanak peluang untuk meneroka alam persekitaran mereka bagi mendapatkan pengalaman berharga tanpa memikirkan risiko atau kebarangkalian berlakunya kecederaan atau kemalangan. Justeru, guru memainkan peranan utama dengan memastikan kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan sebuah premis belajar yang kondusif selaras dengan pernyataan Juran (1995) bahawa kualiti dalam pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan kepada bagaimana persekitaran dirancang tetapi penubuhan

Upload: grace-baun

Post on 09-Dec-2015

85 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

prasekolah

TRANSCRIPT

Page 1: kualiti pendidik prasekolah

1

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

1.0 PENDAHULUAN

Kualiti adalah keseluruhan ciri-ciri dan sifat-sifat sesuatu poduk atau

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak yang tersurat atau

tersirat. Antara contoh ciri-ciri kualiti bagi produk ialah mudah

diperolehi, tahan lama, bersih, selamat, boleh diuji, boleh dikesan dan

mudah diangkut.

Hairuddin Mohd Ali (1999) menyatakan kualiti dalam

perkhidmatan mempunyai ciri-ciri kualiti bagi sesuatu perkhidmatan

adalah seperti keselesaan, kesopanan, kecekapan, keberkesanan,

jujur, kebolehpercayaan, cepat, responsif dan keselamatan.

Berdasarkan kepada konsep kualiti sama ada dari aspek produk

atau perkhidmatan, dapatlah dirumuskan bahawa kualiti dalam

pendidikan dapat disimpulkan sebagai satu sistem pengembangan

ilmu yang diberi penekanan kualiti dalam melahirkan produk atau

pelajar yang berkembang secara menyeluruh hasil daripada

perkhidmatan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung yang disediakan oleh guru bagi memenuhi kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Namun dalam konteks pendidikan prasekolah pula, kualiti dalam

pendidikan bukan sahaja memberikan peluang kanak-kanak belajar

malah memberi kanak-kanak peluang untuk meneroka alam

persekitaran mereka bagi mendapatkan pengalaman berharga tanpa

memikirkan risiko atau kebarangkalian berlakunya kecederaan atau

kemalangan.

Justeru, guru memainkan peranan utama dengan memastikan

kanak-kanak berpeluang meneroka dengan menyediakan sebuah

premis belajar yang kondusif selaras dengan pernyataan Juran (1995)

bahawa kualiti dalam pendidkan prasekolah bukan memberi tumpuan

Page 2: kualiti pendidik prasekolah

2

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

kepada bagaimana persekitaran dirancang tetapi penubuhan

prasekolah adalah sebuah tempat yang bersedia mencabar kanak-

kanak supaya merka berpeluang memenuhi niat dan matlamat

kehidupan mereka.

Page 3: kualiti pendidik prasekolah

3

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Page 4: kualiti pendidik prasekolah

4

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Page 5: kualiti pendidik prasekolah

5

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

3.0 Perbandingan Antara Dua Buah Prasekolah dari Aspek

Kecekapan Pengurusan – SK Perpaduan &SK Pakatan Jaya

Izzah Khalil (2011) menjelaskan kecekapan akan berlaku apabila

pengurusan organisasi menggunakan semua input (minima) bagi

menghasilkan output yang diingini (maksima) dengan betul.

Sementara itu, pengurusan boleh didefinisikan sebagai satu

proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi,

memimpin dan mengawal sumber‐sumber secara cekap dan berkesan

ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

Izzah Khalil (2011) turut menyatakan bahawa pengurusan

sangat penting kerana setiap perancangan dapat dilaksanakan secara

efektif dan tersusun dengan cara mengerakkan struktur organisasi dan

sumber ke arah mencapai matlamat. Pengurusan amat penting

khususnya di dalam prasekolah kerana mampu meningkatkan kualiti

prasekolah dan dapat membantu perkembangan murid-murid yang

lebih efektif dan berkesan.

Kecekapan pengurusan terbahagi kepada empat iaitu pengurusan

organisasi, pengurusan kewangan, pengurusan personel dan

pengurusan kemudahan.

Kecekapan pengurusan

Pengurusan organisasi

Pengurusan kewangan

Pengurusan personal

Pengurusan kemudahan

Rajah 3.0: Rajah di atas menunjukkan empat jenis kecekapan pengurusan.

Page 6: kualiti pendidik prasekolah

6

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Berdasarkan kepada skop tugasan pada kali ini, guru pelatih

dikehendaki untuk membuat perbandingan terhadap dua buah

prasekolah dari aspek pengurusan organisasi, pengurusan kewangan,

pengurusan personel, pengurusan kemudahan dan kecekapan

hubungan. Oleh itu, saya telah memilih untuk membuat perbandingan

antara dua buah prasekolah (SK), iaitu prasekolah SK Perpaduan dan

prasekolah SK Pakatan Jaya. Kedua-dua prasekolah ini termasuk

dalam daerah Kinta Utara.

3.1 Pengurusan Organisasi

Pengurusan organisasi membawa maksud manusia bekerja bersama

dan menyelaraskan tindakan mereka bagi mencapai matlamat mereka.

Selain itu, organisasi ditakrifkan sebagai himpunan individu, dua atau

lebih, yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang

diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.

Salah satu ciri organisasi ialah mempunyai hierarki atau tingkat autoriti.

Berdasarkan kepada dua buah prasekolah yang dipilih, dapat

dilihat bahawa prasekolah SK Perpaduan dan prasekolah SK Pakatan

Jaya mempunyai urutan carta organisasi yang hampir sama, di mana

autoriti tertinggi merupakan guru besar, iaitu Tuan Haji Kharuddin bin

Omar bagi SK Perpaduan dan Puan Faridah binti Yusop bagi SK

Pakatan Jaya. Penaung tertinggi bagi kedua-dua prasekolah akan

dibantu oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Kedua-dua prasekolah di SK Perpaduan dan SK Pakatan Jaya

mempunyai seorang penyelaras prasekolah. Penyelaras prasekolah

bagi prasekolah SK Perpaduan ialah Puan Raja Sharifah binti Raja

Mamat manakala penyelaras prasekolah untuk prasekolah SK Pakatan

Jaya ialah Puan Maryati binti Mustapha. Persamaan lain yang boleh

dilihat menerusi kedua-dua prasekolah ini ialah masing-masing

Page 7: kualiti pendidik prasekolah

7

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

mempunyai dua buah kelas yang diketuai oleh dua orang guru

prasekolah dan dibantu oleh dua orang pembantu pengurusan murid.

Guru prasekolah SK Perpaduan ialah Puan Raja Sharifah dan Puan

Noor Adzlyin. Manakala, guru prasekolah SK Pakatan Jaya ialah Puan

Maryati dan Puan Norhamizah. Pembantu pengurusan murid untuk

prasekolah SK Perpaduan terdiri daripada Puan Siti Munirah dan Puan

Junaidah. Untuk prasekolah SK Pakatan Jaya pula, pembantu

pengurusan murid terdiri daripada Puan Sapura dan Puan Norainita.

Merujuk kepada carta organisasi kedua-dua prasekolah, guru

pendidikan Agama Islam juga akan termasuk dalam tingkat autoriti. Ini

adalah kerana guru pendidikan Agama Islam meluangkan masa empat

hari dalam seminggu untuk mengajar agama Islam dan lebih

mengetahui perjalanan pendidikan Prasekolah. Guru agama Islam

untuk prasekolah SK Perpaduan ialah Ustazah Ramudah dan guru

agama Islam untuk prasekolah SK Pakatan Jaya ialah Ustazah

Norziah.

Prasekolah SK Perpaduan dan Prasekolah SK Pakatan Jaya

masing-masing terdiri daripada murid yang berumur lima dan enam

tahun. Prasekolah SK Perpaduan dan prasekolah SK Pakatan Jaya

tidak mengambil murid-murid yang berumur empat tahun. Penyediaan

peraturan untuk kedua-dua buah prasekolah turut dibuat untuk

memastikan murid mematuhi peraturan dan belajar untuk

mendisiplinkan diri. Contoh peraturan yang didapati pada kedua-dua

prasekolah bersalaman dengan guru dan pembantu, meminta

kebenaran sekiranya hendak ke tandas dan tidak bergaduh di dalam

kelas.

Berdasarkan kepada carta organisasi yang telah ditetapkan,

dapatlah dirumuskan bahawa struktur organisasi atau pembahagian

kerja adalah penting agar setiap pihak yang terlibat akan menjalankan

pengurusan berdasarkan garis panduan dan peraturan yang telah

Page 8: kualiti pendidik prasekolah

8

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

ditetapkan. Pendapat ini adalah selaras dengan pendapat Izzah Khalil

(2011).

3.2 Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan merupakan satu daripada pengurusan yang

dipertanggungjawabkan kepada guru-guru prasekolah untuk diurus

dengan cekap dan berakauntabiliti. Kewangan ditakrifkan sebagai satu

bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang

diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina

pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu

digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga idea

manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk

mencapai matlamat mereka. Izzah Khalil (2011) menjelaskan

perbelanjaan yang dirancang oleh guru prasekolah haruslah berbentuk

realistik dan setiap perbelanjaan haruslah dipantau supaya menepati

seperti yang dirancang. Contoh perbelanjaan yang diperuntukkan

kepada prasekolah ialah pembelian bahan PdP, aktiviti sukan, aktiviti

lawatan, aktiviti konvokesyen prasekolah dan bahan makanan.

Berdasarkan kepada sistem pengurusan kewangan prasekolah,

terdapat buku rekod perbelanjaan seperti perbelanjaan untuk bahan

basah dan perbelanjaan alat. Setiap perbelanjaan tersebut akan

disokong dengan bil dan buku rekod kewangan tersebut akan diaudit 3

bulan sekali oleh pemeriksa kira-kira. Penutupan akaun bulanan akan

dibuat pada hari terakhir setiap bulan.

Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat

pendidikan kanak-kanak berdasarkan formula MESH.

a. M (material)

- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.

Page 9: kualiti pendidik prasekolah

9

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

b. E (equipment)

- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.

c. S (space)

- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

d. H (human)

- Untuk ‘tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

Bagi prasekolah Kementerian Pelajaran, peruntukan kewangan

diperolehi melalui Pemberian Bantuan Per Kapita (PCG).

Perbelanjaan Bantuan Per Kapita Prasekolah digunakan untuk

membeli peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran

dan pembelajaran, Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan

luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer, pembelian buku

rujukan, ensiklopedia, perisian, video tape dan program serta lawatan

yang berunsurkan pendidikan.

Bagi prasekolah SK Perpaduan, sebanyak RM 5000.00 telah

diperuntukkan untuk peralatan bantuan mengajar dan perbelanjaan

untuk aktiviti prasekolah. Manakala untuk prasekolah SK Pakatan

Jaya pula, sebanyak RM 5000.00 diperuntukkan untuk peralatan

mengajar dan aktiviti prasekolah. Bilangan unit yang diperlukan untuk

setiap set peralatan bantuan mengajar adalah berlainan mengikut

sekolah. Peruntukan Kewangan Prasekolah bagi pembelian alatan

dan peruntukan kewangan untuk program dan lawatan bagi prasekolah

SK Perpaduan boleh dilihat menerusi jadual di bawah. Prasekolah SK

Perpaduan memperuntukkan sebanyak RM 1250.00 untuk aktiviti

lawatan, hari sukan dan konvokesyen. Manakala baki selebihnya iaitu

RM 3750.00 digunakan untuk pembelian alatan prasekolah seperti

Page 10: kualiti pendidik prasekolah

10

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

bahan bantu mengajar. Begitu juga dengan prasekolah SK Pakatan

Jaya, sebanyak RM 1250.00 diperuntukkan untuk lawatan dan majlis

konvokesyen.

Bilangan kelas : 2 kelas

Bilangan murid : 25 x 2 = 50 orang murid

Peruntukan bantuan alatan Prasekolah : RM100.00 seorang

Peruntukan bantuan alatan Prasekolah setahun = RM 100.00x 50

orang murid = RM 5000.00

ANGGARAN AGIHAN PERUNTUKAN SETAHUN

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN1. Bahan Bantu Pengajaran dan

PembelajaranRM 1890 x 2 kelas = RM 3780.00

2. Buku Rekod Guru, PPM, dan Dokumen Pentaksiran Murid

RM 400 x 2 kelas = RM 800.00

3. Projek Prasekolah RM 210 x 2 kelas = RM 420.00

JUMLAH BESAR RM 100.00 X 50 orang murid = RM 5000.00

Jadual 3.2 (a): Jadual menunjukkan peruntukan kewangan pembelian

alatan sekolah setahun (2015) untuk prasekolah SK Perpaduan.

Bilangan kelas : 2 kelas

Bilangan murid : 25 x 2 = 50 orang

Peruntukan : 50 orang murid x RM 25.00 seorang = RM 1250.00

ANGGARAN PERBELANJAAN WANG KOKURIKULUM

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH CATATAN1. Projek Lawatan Sambil

BelajarRM 10.00 X 50 murid

RM 500.00 50 murid

2. Hari Sukan Prasekolah & Peralatan Sukan

RM 10.00 X 50 murid

RM 500.00 50 murid

3. Konvokesyen RM 5.00 x 50 murid RM 250.00 50 murid

JUMLAH BESAR RM 1250.00

Page 11: kualiti pendidik prasekolah

11

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Jadual 3.2 (b): Jadual menunjukkan peruntukan kewangan aktiviti

prasekolah (2015) untuk prasekolah SK Perpaduan.

Untuk bantuan makanan pula, prasekolah SK Perpaduan

memperuntukkan sebanyak RM 2.00 setiap bulan bermula dari bulan

Januari sehingga November untuk seorang murid. Oleh kerana SK

Perpaduan mempunyai dua buah prasekolah, maka, peruntukan

bantuan makanan prasekolah sepanjang tahun 2015 untuk prasekolah

SK Perpaduan ialah RM 20,000. Ini bermakna, RM 10,000 diagihkan

kepada prasekolah Cahaya Nilam dan RM 10,000 diagihkan kepada

prasekolah Cahaya Baiduri. Untuk prasekolah SK Pakatan Jaya pula,

seorang murid akan mendapat RM 2.00 bagi bantuan makanan setiap

bulan bermula dari Januari sehingga November. Memandangkan

prasekolah SK Pakatan Jaya mempunyai dua buah prasekolah,

prasekolah tersebut juga mendapat sebanyak RM 20,000 bagi bantuan

makanan. Bantuan makanan prasekolah boleh dilihat pada jadual di

bawah.

Page 12: kualiti pendidik prasekolah

12

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Bilangan kelas : 2 buah kelas

Bilangan murid : 25 x 2 = 50 orang murid

Peruntukan bantuan makanan Prasekolah :

RM2.00 x Jumlah murid x bilangan hari persekolahan.

RM2.00 X 50 orang murid x 200 = RM 20,000.00

BULAN PERBELANJAANJANUARI RM2.00 x 50 orang murid x 19 hari persekolahan = RM1900.00FEBRUARI RM2.00 x 50 orang murid x 17 hari persekolahan = RM1700.00MAC RM2.00 x 50 orang murid x 17 hari persekolahan = RM1700.00APRIL RM2.00 x 50 orang murid x 22 hari persekolahan = RM2200.00MEI RM2.00 x 50 orang murid x 20 hari persekolahan = RM2000.00JUN RM2.00 x 50 orang murid x 12 hari persekolahan = RM1200.00JULAI RM2.00 x 50 orang murid x 22 hari persekolahan = RM2200.00OGOS RM2.00 x 50 orang murid x 20 hari persekolahan = RM2000.00SEPTEMBER RM2.00 x 50 orang murid x 16 hari persekolahan = RM1600.00OKTOBER RM2.00 x 50 orang murid x 21 hari persekolahan = RM2100.00NOVEMBER RM2.00 x 50 orang murid x 14 hari persekolahan = RM1400.00JUMLAH BESAR

RM2.00 x 50 orang murid x 200 hari persekolahan = RM20,000.00

Jadual 3.2 (c): Jadual menunjukkan peruntukan bantuan makanan

setahun (2015) untuk prasekolah SK Perpaduan.

Page 13: kualiti pendidik prasekolah

13

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

3.3 Pengurusan Personel

Pengurusan personel terdiri daripada sumber manusia seperti guru

dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Sebuah prasekolah

haruslah mempunyai pekerja yang berpotensi tinggi, berkelayakan

seperti mempunyai ijazah atau diploma agar pengurusan prasekolah

yang efisien boleh diwujudkan. Selain itu, guru dan pembantu

prasekolah haruslah memiliki perwatakan yang bertanggungjawab,

mesra, penyayang, berbahasa lembut, periang, sihat dan kemas agar

murid-murid selesa untuk belajar di dalam kelas. Pendapat ini adalah

selaras dengan pendapat Ee Ah Meng (2003) mengenai perwatakan

seorang guru prasekolah.

Persamaan yang boleh dilihat pada guru prasekolah SK

Perpaduan dan guru prasekolah SK Pakatan Jaya ialah masing-

masing memiliki Ijazah Sarjana Muda Perguruan, DG 41.

Pengkhususan guru prasekolah di SK Perpaduan dan SK Pakatan

Jaya ialah Prasekolah. Manakala perbezaan yang boleh dilihat ialah

guru prasekolah SK Perpaduan merupakan seorang jurulatih utama

prasekolah. Manakala guru prasekolah SK Pakatan bukan seorang

jurulatih utama. Pembantu pengurusan murid bagi kedua-dua sekolah

masing-masing memiliki sijil STPM dan jawatan mereka ialah N17.

Banyak kursus, bengkel mahupun program yang dihadiri oleh

guru prasekolah SK Perpaduan. Antaranya ialah Kursus Orientasi

KSPK, Mentor-mentee BI, Bengkel Pemantapan JU dan Bengkel

Kesedaran Alam Sekitar. Bagi guru prasekolah SK Pakatan Jaya,

contoh kursus, bengkel atau program yang dihadiri ialah English Basic

Phonic Course, dan Kursus Peningkatan Profesionalisme Amalan PdP.

Bagi pembantu pengurusan murid pula, kursus yang dihadiri

termasuklah Latihan Transformasi Negara dan Tatacara Pengurusan

Stor Prasekolah. Didapati kursus yang dihadiri oleh PPM SK

Page 14: kualiti pendidik prasekolah

14

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Perpaduan dan SK Pakatan Jaya adalah sama dan kursus ini

berlangsung pada tahun 2015.

Dari segi pengalaman mengajar pula, guru prasekolah SK

Perpaduan mempunyai pengalaman selama lapan tahun mengajar di

prasekolah manakala guru prasekolah SK Pakatan Jaya mempunyai

pengalaman selama lima tahun mengajar di prasekolah. Pembantu

Pengurusan Murid di SK Perpaduan dan SK Pakatan Jaya masing-

masing mempunyai pengalaman bekerja di kelas prasekolah selama

lapan tahun.

3.4 Pengurusan Kemudahan

Dr Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2003) menyatakan adalah

menjadi tanggungjawab guru prasekolah menyediakan ruang

pembelajaran, penyediaan kemudahan, perabot dan peralatan,

merancang spesifikasi dan susun atur serta memastikan setiap ruang

adalah selamat, selesa serta memenuhi prinsip perkembangan murid-

murid prasekolah.

Di prasekolah SK Perpaduan, guru telah menyediakan ruang

pembelajaran dengan berdasarkan kepada enam tunjang yang

terkandung dalam KSPK. Jika dilihat pada keadaan fizikal kelas, guru

telah menyediakan ruang dan meletakkan bahan pembelajaran yang

bersesuaian. Contohnya, di sudut Tunjang Komunikasi, guru

meletakkan boneka dan buku cerita. Guru prasekolah SK Perpaduan

turut menghias sekitar kelas dengan gambar dan kad perkataan, kad

nombor yang boleh meningkatkan kemahiran kognitif murid-murid.

Dari segi peralatan perabot, bilangan kerusi meja adalah

mengcukupi dan bersaiz kecil. Susunan kerusi meja juga adalah

berada dalam pandangan guru prasekolah di mana guru boleh

Page 15: kualiti pendidik prasekolah

15

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

memerhati segala tingkah laku murid. Susunan perabot dan peralatan

adalah kemas. Guru prasekolah tidak meletakkan peralatan tajam

seperti gunting di atas meja ataupun tempat-tempat yang mudah

dicapai oleh murid, namun guru prasekolah SK Perpaduan telah

meletakkannya di atas almari yang tinggi.

Ruang dapur di prasekolah SK Perpaduan tidak memiliki ruang

yang luas. Oleh itu, murid-murid tidak boleh sekaligus masuk ke dalam

ruang dapur bagi mengelakkan kesesakan.

Untuk bahagian luar bilik darjah pula, alat permainan seperti

buaian, jongkang jongket, papan gelungsur dan sebagainya masih

berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.

Prasekolah SK Perpaduan juga menyediakan alat pemadam api.

Di prasekolah SK Pakatan Jaya pula, guru prasekolah juga

menyediakan enam sudut pembelajaran yang berasaskan kepada

tunjang yang terkandung dalam KSPK. Setiap sudut contohnya sudut

kerohanian, sikap dan nilai ada disertakan dengan carta bergambar

cara bersolat yang betul. Saiz kerusi dan meja untuk murid-murid

prasekolah adalah mengcukupi dan bersaiz kecil. Selain itu,

kedudukan kerusi meja adalah berada di dalam pandangan guru dan

setiap pergerakan murid-murid sewaktu di dalam kelas dapat

diperhatikan. Segala kemudahan seperti perabot disusun di hujung

sudut. Bahan bantu mengajar juga adalah bersesuaian dan

mengcukupi. Guru prasekolah SK Pakatan Jaya memaksimakan

penggunaan carta bergambar mengikut tema yang bersesuaian.

Ruang dapur prasekolah SK Pakatan Jaya lebih luas dan ini

memudahkan pergerakan pembantu pengurusan murid. Untuk

bahagian luar bilik darjah pula, alat permainan seperti buaian,

jongkang jongket, papan gelungsur dan sebagainya masih berada

Page 16: kualiti pendidik prasekolah

16

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Prasekolah SK

Pakatan Jaya juga menyediakan alat pemadam api.

Kedua-dua prasekolah tidak mempunyai tempat bermain air dan

pasir. Ini merupakan satu-satunya persamaan yang boleh dilihat

antara dua prasekolah. Sementara itu, perbezaan yang boleh dilihat

pada kedua-dua prasekolah ini ialah dari segi ruang makan.

Prasekolah SK Perpaduan tidak mempunyai ruang makan manakala

prasekolah SK Pakatan Jaya mempunyai ruang makan yang tersendiri.

Ruang makan SK Pakatan Jaya terletak di kawasan luar kelas.

Disebabkan SK Perpaduan tidak mempunyai ruang makan, maka

murid akan makan di meja sendiri setiap kali waktu rehat. Selain itu,

kawasan di dalam prasekolah SK Perpaduan adalah lebih kecil

berbanding prasekolah SK Pakatan Jaya.

Page 17: kualiti pendidik prasekolah

17

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Page 18: kualiti pendidik prasekolah

18

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

Page 19: kualiti pendidik prasekolah

19

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

5.0 Perbandingan Antara Dua Buah Prasekolah dari Aspek Kecekapan

Hubungan – SK Perpaduan &SK Pakatan Jaya

Hubungan antara manusia dan hubungan kemanusiaan kedua-duanya

merupakan terjemahan dari istilah bahasa inggris human relations.

Pengertian hubungan kemanusiaan dapat diklasifikasi kepada dua

perkara. Pertama hubungan kemanusiaan dalam persekitaran

sekelilingnya dan yang keduanya ialah hubungan kemanusiaan dalam

persekitaran organisasi sendiri.

Di dalam persekitaran, hubungan kemanusiaan dalam

persekitaran sekelilingnya adalah hubungan antara seseorang dengan

orang lain yang terjadi dalam segala situasi dan dalam semua bidang

kegiatan atau kehidupan untuk mendapatkan kepuasan hati. Manakala

dalam hubungan kemanusiaan dengan organisasinya adalah

hubungan antara seseorang dengan orang lain dalam sesuatu

organisasi, yang bertujuan memberikan kepuasan kepada diri.

Sehingga para pegawai mempunyai semangat kerja yang tinggi,

kerjasama yang tinggi serta disiplin yang tinggi.

Dari sudut prasekolah, kecekapan hubungan boleh dilihat

menerusi hubungan antara guru dengan PPM, guru dengan murid,

guru dengan ibu bapa dan guru dengan pihak sekolah.

Tujuan dilaksanakannya hubungan kemanusiaan adalah untuk

mendapatkan :

1. Menjalin dan mengekalkan hubungan produktif.

2. Menjalin hubungan dengan pelbagai pihak.- jabatan-jabatan kerajaan,

badan-badan NGO, pertubuhan-pertubuhan belia dan komuniti

dipersekitaran.

3. Menjalin hubungan dengan keluarga kanak-kanak, pekerja, wakil

niaga.

4. Membina pasukan (team work) motivasi, kumpulan dinamik.

Page 20: kualiti pendidik prasekolah

20

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

5. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan teknik-teknik menyelesaikan

masalah.

Sepanjang tahun 2015, banyak aktiviti yang telah dilaksanakan

oleh guru prasekolah SK Perpaduan. Aktiviti yang dilaksanakan

tersebut telah melibatkan penglibatan ramai pihak, khususnya guru

dengan murid, guru dan ibu bapa, guru dengan PPM dan guru .

Contoh program yang telah dilaksanakan oleh guru prasekolah dengan

murid-murid prasekolah ialah sambutan hari jadi Januari – Mei, 1 Hari

1 Huruf, Pertandingan Mewarna Hari Kemerdekaan, Pertandingan

Bercerita, Projek Mari Menabung, Program Seronoknya Membaca dan

Pertandingan Hafazan Doa dan Surah Lazim, rumah terbuka

prasekolah.

Manakala hubungan antara guru prasekolah SK Perpaduan dan

PPM boleh dilihat menerusi mesyuarat-mesyuarat kecil, mesyuarat

AJK, lawatan bersama ke prasekolah SK Convent, Cameron Highland.

Selain itu, guru prasekolah turut bekerja bekerjasama dengan

guru prasekolah yang lain dari daerah Kinta Utara untuk menjayakan

program Karnival Bijak Prasekolah 2015.

Kecekapan hubungan antara guru prasekolah dan pihak luar

termasuklah pemeriksaan kesihatan gigi. Setiap murid prasekolah

dikehendaki untuk memeriksa gigi dengan doktor yang bertugas di

samping didedahkan dengan cara menggosok gigi yang betul. Selain

itu, pihak prasekolah turut dilawat oleh syarikat minuman terkenal iaitu

Milo. Oleh itu, setiap murid prasekolah di SK Perpaduan berpeluang

untuk minum minuman milo. Bukan itu sahaja, pihak prasekolah SK

Perpaduan turut mengadakan kerjasama dengan Jabatan Bomba

berkenaan cara-cara menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.

Secara ringkasnya, banyak program yang melibatkan pihak luar, iaitu

Page 21: kualiti pendidik prasekolah

21

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

program bersama Kementerian Kesihatan, syarikat minuman dan

Jabatan Bomba yang dilaksanakan oleh pihak prasekolah SK

Perpaduan sepanjang tahun 2015.

Guru prasekolah turut menjalinkan hubungan kemanusiaan

dengan ibu bapa menerusi Hari Pendaftaran Prasekolah, Hari Sukan,

program lawatan, perjumpaan waris dan Hari Konvokesyen.

Manakala untuk prasekolah SK Pakatan jaya pula, kecekapan

hubungan boleh dilihat menerusi hubungan antara guru dan murid,

guru dan PPM, guru dan guru, guru dan pihak luar, guru dan ibu bapa.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh guru prasekolah

bersama-sama dengan murid-murid ialah pertandingan mewarna hari

kemerdekaan, sambutan hari jadi, jamuan raya prasekolah

Sementara itu, hubungan kecekapan antara guru dan PPM

boleh dilihat menerusi mesyuarat-mesyuarat AJK Prasekolah.

Manakala hubungan antara guru prasekolah dengan guru lain boleh

dilihat melalui kerjasama dalam menjayakan Karnival Bijak Prasekolah

2015, Pertandingan Action Song, Pertandingan Kompang dan Nasyid.

Kecekapan hubungan antara guru bersama ibu bapa

temasuklah pelaksanaan Hari Pendaftaran Prasekolah, Hari

Konvokesyen, Hari Sukan dan lawatan prasekolah.

Page 22: kualiti pendidik prasekolah

22

PRA 3143- KUALITI PENDIDIK PRASEKOLAH

GRACE BAUN CHIEN SIEW MING

6.0 Rumusan

Dalam proses pendidikan, guru tidak hanya menjalankan fungsi alih

ilmu pengetahuan (transfer of knowledge) tetapi juga berfungsi untuk

menanamkan nilai (value) serta membangunkan karakter (Character

Building) kanak-kanak secara berterusan.

Menurut Ragbir Kour (2007) guru sebagai model harus

membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan

mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu

diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru

seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan

sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai

pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-

murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan

kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di

sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar.

Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role

model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru

berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif

melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.

Oleh itu, bagi menerapkan pembentukan diri yang seimbang

dan berkualiti khususnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

sosial untuk murid-murid, maka adalah menjadi tanggungjawab guru

untuk sentiasa peka terhadap tanggungjawab tugasnya serta membina

kecekapan pengurusan yang efektif di dalam organisasi, personel,

kewangan dan kemudahan. Selain itu, guru haruslah menjalinkan

perhubungan yang baik dan sihat dengan pelbagai pihak bagi

memastikan kebajikan murid-murid prasekolah terjaga dan dengan

adanya kecekapan hubungan dengan pelbagai pihak, maka kemahiran

kognitif dan sosial murid-murid boleh diperkembangkan dengan lebih

lagi.