kualiti kepimpinan dalam kalangan penyelaras...

41
KUALITI KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PENYELARAS HOMESTAY: PERSPEKTIF PENGUSAHA HOMESTAY NIK ZULKARNAIN BIN NIK SOH @ NIK OTHMAN Laporan projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Upload: others

Post on 19-Mar-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KUALITI KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PENYELARAS HOMESTAY:

PERSPEKTIF PENGUSAHA HOMESTAY

NIK ZULKARNAIN BIN NIK SOH @ NIK OTHMAN

Laporan projek sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana

Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

vi

ABSTRAK

Homestay atau lebih dikenali dengan nama inap desa adalah merupakan satu produk

pelancongan yang semakin mendapat tempat di Malaysia. Program homestay begitu

dikenali dan ia merujuk kepada penginapan pelancong tinggal bersama keluarga angkat,

menjamu selera dan terlibat dalam aktiviti tradisional dan aktiviti bersama komuniti

tempatan walaubagaimanapun, program homestay ini secara toerinya mempu berperanan

sebagai pemangkin pembangunan ekonomi komuniti setempat, namun di Malaysia tidak

banyak homestay yang berdaya saing atau lestari sifatnya. Kualiti kepimpinan

merupakan salah satu faktor yang kritikal dalam kejayaan sesebuah homestay.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat kualiti kepimpinan

dalam kalangan penyelaras homestay iaitu dari segi perspektif pengusaha homestay.

Untuk tujuan tersebut pendekatan kuantitatif telah digunakan dalam kajian ini dengan

memilih empat buah homestay di tiga daerah yang berbeza di Johor. Homestay yang

terlibat ialah homestay Tanjung Piai, homestay Parit Bugis, homestay Felda Semanchu

dan homestay Parit Tengah yang mana berada di daerah Pontian, Muar dan Batu Pahat

dan Kulai dengan sampel kajian seramai 98 orang. Data untuk kajian ini telah dianalisis

secara deskriptif menggunakan Statistical Package for The Social Science (SPSS V21 for

Windows). Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kualiti kepimpimpinan yang

wujud dalam kalangan penyelaras homestay dari aspek perancangan, menyelesaikan

masalah, keusahawanan, pengetahuan, kemahiran dan kupayaan dalam membina

rangkaian luar. Selain itu kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti ciri kualiti

kepimpinan yang paling dominan dalam kepimpinan penyelaras homestay dan untuk

mengenalpasti perbezaan elemen kualiti kepimpinan yang paling dominan antara empat

buah homestay yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa memiliki kemahiran

adalah amat penting dalam kalangan penyelaras homestay untuk mengendalikan

program homestay. Selain daripada itu, dapatan kajian menujukkan terdapat perbezaan

yang signifikan antara kualiti kepimpinan dalam kalangan penyelaras homestay.

vii

ABSTRACT

Homestay or better known as the homestay is a tourism product that has gained a

place in Malaysia. Homestay program is known and it refers to travelers staying with

a host family, meals and engages in traditional activities and activities with local

communities, however, this theories homestay program thus acts as a catalyst for the

economic development of local communities, but not many in Malaysia homestay

competitive or sustainable in nature. The quality of leadership is one critical factor in

the success of a homestay. Therefore, this study was to determine the quality of

leadership among the homestay coordinator in terms of perspective homestay

operators. For this purpose the quantitative approach was used in this study to select

four homestay in three different districts in Johor. Homestay involved were homestay

Tanjung Piai, Parit Bugis homestay, homestay homestay Felda Semanchu and Parit

Tengah which are in Pontian, Muar and Batu Pahat and Kulai with a sample of 98

people. Data for this study were analyzed using the Statistical Package for the Social

Science (SPSS V21 for Windows). This study was conducted to determine the

quality inherent in administering the homestay coordinator of planning, problem

solving, entrepreneurship, knowledge, skills and disability in developing external

networks. In addition, this study also conducted to identify its dominant leadership

qualities in a homestay coordinator leadership and to identify the different elements

of leadership qualities among the four most dominant homestay involved. The results

show that skills are very important in controlling the homestay coordinator homestay

program. In addition, the study showed significant differences between the quality of

leadership among the homestay coordinator.

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS

JUDUL

BORANG PENGAKUAN ii

BORANG KELULUSAN PENYELIA iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTACT vii

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB 1 PENGENALAN KAJIAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis Kajian 11

ix

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Kerangka Konseptual 13

1.10 Definisi Istilah 14

1.10.1 Kualiti 14

1.10.2 Kepimpinan 15

1.10.3 Penyelaras Homestay 15

1.11 Rumusan 15

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Definisi Homestay 18

2.3 Sejarah Perkembangan Homestay 19

2.4 Definisi Pelancongan 21

2.5 Definisi Komitmen 23

2.6 Definisi Kepimpinan 25

2.7 Kepimpinan Dari Aspek Perancangan 26

2.8 Keusahawanan 27

2.8.1 Ciri-ciri Keusahawanan 28

2.8.2 Sifat-sifat Pribadi Usahawan 29

2.8.2.1 Komitmen dan Nekad 30

2.8.2.2 Berinisiatif / Sentiasa Mencari Peluang 30

2.8.2.2 Beroreantasikan Matlamat dan Wawasan 31

2.8.2.4 Berfikiran Kreatif 31

2.8.2.5 Keinginan Kepada Maklum Balas Segera 32

2.9 Konsep Komunikasi 32

2.10 Kepimpinan Transformasional 33

2.11 Pengetahuan 36

2.12 Kemahiran 37

2.12.1 Kemahiran Komunikasi 38

2.12.2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 38

x

2.12.3 Kemahiran Kerja Berpasukan 40

2.12.4 Kemahiran Keusahawanan 40

2.13

Pemimpin Yang Berkeupayaan Dalam Membina Rangkaian

Luar 41

2.14 Toeri-toeri Lain Yang Berkaitan Kepimpinan 42

2.14.1 Teori Sifat (Trait Theory) 42

2.14.2 Teori Pendekatan Trait 43

2.14.2 Teori Jalan Kecil-Tujuan (Path Goal Theory) 44

2.15 Rumusan 45

BAB 4 ANALISIS DATA 62

4.1 Pengenalan 62

4.2 Analisis Data 63

4.3.1 Analisa Diskriptif 63

4.3 Analisis Faktor Demografi 64

4.3.1 Jantina 64

BAB 3 METODOLOGI 46

3.1 Pengenalan 46

3.2 Reka Bentuk Kajian 47

3.3 Kerangka Operasi 48

3.4 Lokasi Kajian 51

3.5 Populasi dan Sampel 52

3.6 Instrumen Kajian 53

3.7 Prosedur Kajian 55

3.8 Kajian Rintis 56

3.9 Analisis Kajian Rintis 57

3.10 Kaedah Analisis Data 58

3.11 Rumusan 61

xi

4.3.2 Umur 65

4.3.3 Pendapatan 67

4.3.4 Penglibatan 69

4.3.5 Taraf Pendidikan 70

4.3.6 Jawatan 71

4.3.7 Peranan 73

4.4

Analisis item pengukuran elemen kualiti kepimpinan 75

4.4.1 Perancangan 75

4.4.2 Keusahawanan 77

4.4.3 Menyelesaikan Masalah 79

4.4.4 Pengetahuan 81

4.4.5 Kemahiran 83

4.4.6 Keupayaan Dalam Membina Rangkaian Luar 85

4.5

Analisis Elemen Kualiti Kepimpinan Yang Paling Dominan 87

4.6 Analisis Perbezaan Elemen Kualiti Kepimpinan 89

4.7 Rumusan 92

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 93

5.1

Pengenalan 93

5.2

Kesimpulan 94

5.3 Perbincangan

94

5.3.1 Elemen Kualiti Kepimpinan Dalam Kalangan

Penyelaras Homestay. 95

5.3.1.1 Perancangan

95

5.3.1.2 Keusahawanan

97

5.3.1.3 Menyelesaikan Masalah 98

5.3.1.4 Pengetahuan 100

5.3.1.5 Kemahiran 102

5.3.1.6 Keupayaan Dalam Membina Rangkaian Luar

104

xii

5.3.2 Elemen Kualiti Kepimpinan Yang Paling Dominan

Wujud Dalam Kalangan Penyelaras Homestay 105

5.3.3 Perbezaan Elemen Kualiti Kepimpinan Yang Paling

Dominan Antara Empat Buah Homestay Yang Terlibat

107

5.3 Cadangan

108

5.3.1 Cadangan Kerangka Kualiti Kepimpinan Penyelaras

Homestay 109

5.4 Rumusan

111

xiii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

1.1

Statistik Bilangan Homestay Sehingga 31 Julai

2014 5

1.2

Statistik Kedatangan Pelancong Mengikut

Negeri sehingga Julai 2014 6

2.1

Elemen kemahiran keusahawanan mengikut

tahap aplikasi. 41

3.1 Kerangka Operasi dalam Perlaksanaan Kajian 50

3.2 Peta kawasan tempat kajian 51

3.3 Bilangan Ahli Jawatankuasa Homestay 53

3.4

Skala Likert Lima Mata yang digunakan dalam

Pembangunan Instrumen 54

3.5 Prosedur Kajian 55

3.6 Keputusan kebolehpercayaan soalan kajian 57

3.7

Pekali Bacaan Alpha untuk menentukan Kajian

Rintis 58

3.8

Ringkasan Analisis Data yang akan

dilaksanakan 59

3.9 Nilai Tafsiran Skor Min 60

4.1 Pengkelasan Tahap Markah Skor Min 63

4.2 Kekerapan dan peratusan bagi jantina 64

4.3 Kekerapan dan peratusan bagi Umur 65

4.4 Kekerapan dan peratusan bagi Pendapatan 67

4.5 Kekerapan dan peratusan bagi Penglibatan 69

4.6 Kekerapan dan peratusan bagi Taraf Pendidikan 70

xiv

4.7 Kekerapan dan peratusan bagi Jawatan 71

4.8 Kekerapan dan peratusan bagi Peranan 73

4.9 Item kajian bagi elemen perancangan 75

4.10 Item kajian bagi elemen keusahawanan 77

4.11 Item kajian bagi elemen menyelesaikan masalah 79

4.12 Item kajian bagi elemen pengetahuan 81

4.13 Item kajian bagi elemen kemahiran 83

4.14

Item kajian bagi elemen keupayaan membina

rangkaian luar. 85

4.15

Pengkelasan elemen kualiti kepimpinan

mengikut skor min 87

4.16

Perbezaan antara empat buah homestay yang

terlibat berkenaan dengan elemen kualiti

kepimpinan dari aspek kemahiran. 89

4.17 Post Hock LSD 91

xv

SENARAI RAJAH

NO.

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Kajian. 13

3.1 Peta kawasan tempat kajian 51

4.1 Carta Pai bagi jantina 64

4.2 Carta Pai bagi umur 66

4.3 Carta Pai bagi Pendapatan 67

4.4 Carta Pai bagi Penglibatan 69

4.5 Carta Pai bagi Pendidikan 70

4.6 Carta Pai bagi Jawatan 72

4.7 Carta Pai bagi Peranan 73

4.8 Carta Bar Bagi Elemen Perancangan 76

4.9 Carta Bar Bagi Elemen Keusahawanan 78

4.10 Carta Bar Bagi Elemen Menyelesaikan Masalah 80

4.11 Carta Bar Bagi Elemen Pengetahuan 82

4.12 Carta Bar Bagi Elemen Kemahiran 84

4.13

Carta Bar bagi elemen keupayaan membina rangkaian

luar 86

4.14 Carta Bar Item Kajian 87

5.1 Cadangan Kerangka Pemantapan Kualiti Kepimpinan 110

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelancongan Malaysia

UNWTO - United Nation World Tourism Organisation

PBB - Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu

PNK - Pendapatan Negara Kasar

KKLW - Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

LKIM - Lembaga Perikanan Malaysia

MPTN - Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan

MOCAT - Ministry of Culture, Arts and Tourism

NGO - Non Government Organisation

NKEA - National Key Economic Area

RMK9 - Rancangan Malaysia kesembilan

RMK10 - Rancangan Malaysia kesepuluh

UNDP - United Nations Development Programme

SPSS - Statistical Package for The Social Sciences

xvi

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, industri pelancongan merupakan sektor yang kedua menyumbang kepada

pendapatan negara selepas sektor pembuatan (Kementerian Pelancongan Malaysia,

2010). Sektor pelancongan ini terus berkembang pesat dengan penglibatan aktif oleh

semua pihak termasuk kementerian pelancongan dan lain-lain agensi yang berkaitan

sejak enam dekad yang lalu (Tourisme Malaysia, 2011).

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia

Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) yang diambil dari artikel Mikroekonomi menyatakan

bahawa kedatangan pelancong asing ke negara Malaysia sejak tahun 1990 sehingga

tahun 2013 telah meningkat dari 7.4 juta pelancong kepada 38.6 juta pelancong. Hasil

daripada kedatangan pelancong ini telah menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil

pelancongan iaitu sebanyak RM 58.3 billion. Pada tahun 2015, melalui RMK 10 negara

Malaysia mensasarkan kedudukan sepuluh teratas dalam industri pelancongan. Sasaran

ini diharapkan dapat menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM 115 Billion

2

serta ia juga dapat menyumbang kepada peluang pekerjaan yang banyak iaitu sebanyak

dua juta jawatan kosong yang ditawarkan dalam bidang pelancongan. Di dalam Bidang

Ekonomi Utama Negara (NKEA) sektor pelancongan boleh mendatangkan keuntungan

terhadap Malaysia dan ia juga akan membawa negara Malaysia untuk mencapai sasaran

pada tahun 2020 dengan menerima 36 juta ketibaan pelancong dengan penerimaan

sebanyak Rm168 Billion. Ini bermaksud bahawa industri pelancongan akan berkembang

sebanyak tiga kali ganda dan pelancongan akan menyumbang penerimaan berjumlah

RM3 bilion setiap minggu kepada negara pada tahun 2020. Hasrat yang strategik ini

bakal dicapai menerusi 12 inisiatif yang dicadangkan di bawah Bidang Ekonomi Utama

Negara (NKEA) Pelancongan.

Di Malaysia, sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang berkeupayaan

untuk meningkatkan ekonomi negara pada paras yang maksimum. Pada tahun 2009,

kira-kira 23.65 juta pelancong dicatatkan dan menyumbang sebanyak RM53.4 Billion

ke dalam pendapatan negara dan ia adalah termasuk sumbangan daripada program

homestay yang disertai oleh pelancong dalam dan luar negara (Yusof,2012).

Perkembangan diatas mempunyai kaitan dengan perkembangan program homestay di

Malaysia, dimana program homestay pada masa kini merupakan aktiviti yang giat

dijalanakan kerana ia juga merupakan salah satu produk pelancongan di Malaysia.

1.2 Latarbelakang Masalah

Pelancongan luar bandar merupakan salah satu konsep yang baru dalam industri

pelancongan dalam negara ini. Penekanan terhadap pelancongan seperti ini adalah

bermula apabila kerajaan menyedari bahawa luar bandar mempunyai banyak potensi

untuk dijadikan sebagai tempat pelancongan dan komuniti diluar bandar boleh

dibangunkan dengan mewujudkan program pelancongan seperti Homestay (Aminudin &

A. Jamal, 2006). Menurut Abd Rasid (2014) menyatakan bahawa homestay adalah salah

3

satu bentuk pelancongan yang mampu membangunkan komuniti luar bandar dan mampu

untuk menyediakan pelbagai pekerjaan kepada komuniti setempat.

Di Malaysia, program homestay diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1995

menerusi pelancaran program homestay Kampung Desa Murni Pahang. Kementerian

Pelancongan secara rasminya telah menjadikan homestay sebagai salah satu produk

pelancongan Malaysia dan ianya giat dipromosikan ke seluruh dunia. Walaupun sejarah

homestay ini lebih awal bermula di Malaysia iaitu pada tahun 1988 menerusi progarm

pertukuaran belia Jepun dengan Malaysia di Kampung Desa Murni Temerloh Pahang,

namun ianya mula berkembang pada tahun 1995. Oleh yang demikian, produk homestay

tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan semata-mata, namun lebih

memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman termasuk juga budaya dan kegiatan

ekonomi (Kementerian Pelancongan,2010).

Homestay merupakan salah satu program yang dilancarkan dalam membangunkan

aktiviti pelancongan dalam negara kita. Kerajaan memainkan peranan yang penting

dalam memastikan program homestay ini turut akan menyumbangkan kepada

perkembangan ekonomi komuniti setempat. Kerajaan juga mengambil langkah yang

pro-aktif dalam membangunkan program homestay ini. Kawasan luar bandar juga

mempunyai keunikan yang tersendiri dimana ia mempunyai sumber alam semulajadi

yang amat bernilai untuk dijadikan sebagai tempat tarikan yang memberi nilai tambah

kepada pembangunan pelancongan dalam negara Malaysia.

Program homestay sekaligus dapat menarik lebih ramai pelancong asing untuk

memperkenalkan produk pelancongan dalam negara kita. Dengan pembangunan

program homestay ini ia akan melibatkan komuniti setempat dan secara tidak langsung

akan membangunkan ekonomi rakyat tempatan. Program homestay ini juga akan

membantu pihak kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara dengan menarik pelabur

asing untuk melabur dalam negara kita melalui sektor pelancongan. Hasilnya, secara

tidak langsung pelancongan desa telah dapat menjana ekonomi masyarakat setempat dan

sekaligus membantu kerajaan dalam usaha membasmi kadar kemiskinan dan

pengangguran. Justeru dalam konteks ini, homestay boleh memainkan peranan bagi

membantu pihak kerajaan mencapai aspirasi dan hasrat yang berkenaan. Namun begitu

4

dalam melancarkan program yang disampaikan, ia perlulah diketuai oleh seseorang yang

boleh mengendalikan program yang telah diaturkan.

Kerajaan telah menyedari akan potensi pembangunan pelancongan ini, mereka

telah memberi fokus yang sangat mendalam kepada dasar-dasar pembangunan luar

bandar termasuklah dalam Rancangan Malaysia Kesembila (RMK-9) sehingga ke

Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dengan memberi bajet terhadap

perkembangan dalam sektor pelacongan ini. Menurut Chin (2009), penambahan

sebanyak RM 10 juta telah di berikan bertujuan untuk pembangunan fizikal menerusi

Pakej Kedua Rangsangan Ekonomi.Jadual 1.1 menunjukkan statistik bilangan homestay

sehingga 31 Julai 2014.

5

Jadual 1.1: Statistik Bilangan Homestay Sehingga 31 Julai 2014

(Laporan Kementerian Pelancongan Malaysia, 2014)

BIL. NEGERI JUM.

HOMESTAY

JUM.

KAMPUNG

JUM.

PENGUSAHA

JUM.

BILIK

1 Perlis 3 3 56 64

2 Kedah 15 20 334 431

3 Pulau Pinang 9 26 209 232

4 Perak 10 39 292 396

5 Selangor 15 34 443 709

6 Melaka 7 7 115 173

7 Negeri Sembilan 12 32 275 409

8 Johor 18 38 384 504

9 Kelantan 8 9 152 182

10 Terengganu 8 8 153 155

11 Pahang 16 21 323 450

12 Sarawak 31 35 462 611

13 Sabah 17 33 242 454

14 Labuan 3 3 79 97

Jumlah

Keseluruhan 172 308 3,519 4,867

Berdasarkan jadual 1.1 menunjukkan bahawa statistik homestay sehingga Julai 2014,

terdapat 172 buah homestay di Malaysia yang telah berdaftar dengan Kementerian

Pelancongan. Kesemua negeri dalam Malaysia mempunyai homestay masing-masing

walaupun dalam jumlah yang kecil. Namun begitu, Sarawak mempunyai jumlah

homestay paling tinggi iaitu 31 buah, manakala Labuan dan Perlis mempunyai jumlah

yang kecil iaitu sebanyak 3 buah walaupun keluasan negeri hanyalah kecil. Secara

keseluruhan, terdapat 308 buah kampung yang meliputi semua negeri terlibat dalam

program ini dan seramai 3519 orang telah berdaftar sebagai pengusaha homestay.

6

Jadual 1.2: Statistik Kedatangan Pelancong Mengikut Negeri sehingga Julai 2014

(Laporan Kementerian Pelancongan Malaysia, 2014)

NEGERI DOMESTIK ASING

Pahang 76,092 1,275

Sarawak 10,079 4,542

Selangor 25,520 4,890

Sabah 9,541 2,073

Johor 13,921 22,304

Melaka 9,377 6,624

Kedah 8,090 524

N. Sembilan 2,590 682

Pulau Pinang 4,947 362

Labuan 1,663 129

Perak 3,361 252

Perlis 6,528 38

Kelantan 2,742 98

Terengganu 1,411 189

JUMLAH 175,862 43,982

Berdasarkan jadual 1.2 diatas, menunjukkan bahawa negeri Pahang merupakan

yang paling tinggi menerima kedatangan pelancong dimana menujukkan seramai 76,092

orang untuk pelancong domestik dan 1,275 orang untuk pelancong asing. Manakal yang

paling rendah pula adalah negeri Terengganu dengan menujukkan jumlah seramai 1,411

untuk pelancong domestik dan 189 orang untuk pelancong asing. Dalam kajian ini,

pengkaji menumpukkan kajian terhadap negeri Johor dimana mempunyai kedatangan

pelancong asing yang paling ramai iaitu sebanyak 22,304 orang.

Berdasarkan perkembangan yang ditunjukkan, kejayaan atau kelestarian

pembangunan homestay ini adalah bergantung kepada keupayaan penyelaras atau ketua

dalam menarik ramai pelancong di samping mempunyai produk homestay yang banyak

dan ia adalah berkaitan dengan aspek kepimpinan penyelaras homestay dalam menarik

pelancong untuk datang ke program homestay mereka terutama menarik pelacong asing

untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi.

7

1.3 Penyataan Masalah.

Isu yang telah dibangkitkan pengkaji bahawa program homestay ini tidak mampu untuk

bertahan dalam tempoh masa yang lama dan kebanyakkannya ada yang perlu bergantung

kepada bantuan pihak luar secara berpanjangan. Ini dibuktikan oleh penyelidikan yang

dilakukan oleh Kalsom Kayat (2006) yang menyatakan bahawa sesetengah kes

menunjukkan homestay ini tidak mampu bertahan lama dan tidak mampu beroperasi

disebabkan oleh keupayaan kepimpinan penyelaras homestay yang tidak dinamik.

Kualiti kepimpinan yang ada dalam setiap pemimpin masih lagi rendah dan ia perlu

ditingkatkan dengan pelbagai cara termasuk menghadiri kursus kepimpinan dan ia juga

akan menyebabkan sesebuah organisasi akan jatuh sekiranya mempunyai pemimpin

yang tidak berkualiti. Dalam peringkat komuniti, keupayaan memimpin merupakan

salah satu aspek sokongan dalam membangunkan projek pelancongan kerana secara

lazimnya pemimpin merupakan individu yang disegani serta dihormati (Aref et al,

2009). Kajian yang dijalankan oleh Lavarack dan Thangphet (2007) jelas menunjukkan

bahawa peranan pemimpin di peringkat komuniti bukan sahaja untuk tujuan

pembangunan pelancongan secara spesifik tetapi juga dalam mengurangkan

kemungkinan wujudnya konflik di antara komuniti dengan pihak luar (Chaskin, 2001).

Pemimpin merupakan penggerak yang utama dalam sesebuah masyarakat dalam

memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan dalam masa tempoh yang

telah ditetapkan.

Mengikut Raja Roslan (2003), pemimpin perlu ada kualiti dalam kemahiran

komunikasi dan ia juga adalah salah satu pendekatan yang amat penting bagi seorang

pemimpin dalam melaksanakan tugas mereka dalam memimpin. Mengikutnya lagi,

kebanyakkan pemimpin tidak mempunyai kemahiran komunikasi dengan baik dan

iainya adalah memberi kesan kepada kualiti kepimpinan khususnya untuk berhubung

dengan pihak luar. Bagi tujuan pelaksanaan program homestay, seseorang penyelaras

perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan ahli-ahli supaya ia dapat

memupuk semangat kerjasama dalam kalangan komuniti. Pemimpin yang bijak adalah

8

yang boleh menyelesaikan masalah dan meningkatkan motivasi dalam menangani

masalah dalaman yang wujud di peringkat komuniti.

Hasil kajian Kalsom Kayat (2006) menyatakan program homestay di Malaysia

memerlukan penglibatan aktif penyelaras homestay supaya semua program yang

dijalankan boleh berjalan lancar dan lebih teratur. Mengikut beliau lagi, kebanyakkan

penyelaras homestay tidak mempunyai kualiti dalam aspek perancangan dan gagal

dalam mengendalikan program sekaligus memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi

dan kedatangan pelancong dalam homestay tersebut.

Sifat kepimpinan perlu diterapkan dalam kalangan pemimpin kerana ia

merupakan nadi yang utama dalam menjadikan sesebuah organisasi boleh terus bergerak

maju kehadapan (Amran dan Zainab, 2009). Menurut mereka lagi, pemimpin pada masa

sekarang kurang diterapkan kemahiran keusahawanan kerana kebanyakkan pemimpin

hanya pandai mengarahkan orang bawahan untuk mencari punca pendapatan bagi

menanggung sesebuah organisasi. Selain daripada itu, beliau juga turut menyatakan

bahawa pemimpin mempunyai masalah dalam komunikasi, pengetahuan dalam bidang

pengurusan homestay, kemahiran dalam menguruskan pelancong dan sikap

keusahawanan yang kurang dalam mempromosikan pelancongan dipersada

antarabangsa.

Manyara dan Jones (2007) seterusnya menyatakan terdapat beberapa kualiti

kepimpinan yang perlu dititikberatkan dalam memastikan kejayaan projek pelancongan

komuniti seperti semangat kemasyarakatan, berwawasan, diplomasi dan kualiti dalam

penyelesaian masalah. Mereka berdua menekankan bahawa kebanyakkan pemimpin

termasuk mereka yang terlibat dalam program komuniti seperti homestay gagal dalam

menyelesaikan sesuatu isu atau masalah yang wujud dalam sesebuah komuniti. Di

samping itu mereka juga turut menyatakan bahawa pemimpin di peringkat komuniti

kurang kemahiran dalam membina rangkaian luar terutama dalam mempromosikan

produk homestay terutamanya di peringkat antarabangsa. Masalah ini memberi kesan

kepada daya saing sesebuah homestay. Salah satu faktor kritikal kejayaan program

homstay ini adalah merupakan komitmen kepimpinan dan penglibatan komuniti

setempat (Amran & Zainab, 2009; Yahaya & Abdul Rasid, 2010). Sokongan yang

9

berterusan dari masyarakat setempat adalah menerusi pemimpin yang berpengaruh dan

dihormati oleh masyarakat sekeliling (Amran & Zainab, 2009). Daripada permasalahan

ini, penyelidik merasakan bahawa kajian ini merupakan sesuatu yang mustahak bagi

memastikan pembangunan program homestay di Malaysia lestari sifatnya dan sekaligus

merealitikan aspirasi negara untuk membangunkan ekonomi komuniti luar bandar.

Tambahan pula, kajian berkaitan kualiti kepimpinan dalam kalangan penyelaras

homestay masih kurang dijalankan. Oleh itu, kajian ini menumpukan kepada kualiti

kepimpinan yang dimiliki oleh penyelaras homestay iaitu dari segi perancangan,

keusahawanan, menyelesaikan masalah, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam

membina rangkaian luar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian. Hal ini kerana

objektiflah yang menentukan hala tuju semasa kajian. Kajian tanpa objektif adalah

kajian yang tidak terarah kerana kerana tidak mempunyai matlamat serta tujuan sesuatu

kajian itu dijalankan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memastikan beberapa objektif

yang perlu dilengkapkan dalam memastikan kajian ini tidak keluar dari skop kajian yang

sebenar. Antara objektifnya adalah:

a) Mengenalpasti kualiti kepimpinan di peringkat komuniti dalam melaksanakan

program homestay dari aspek:

i. Kualiti kepimpinan dari aspek perancangan.

ii. Keusahawanan.

iii. Menyelesaikan masalah.

iv. Pengetahuan

v. Kemahiran

10

vi. Keupayaan dalam membina rangkaian luar.

b) Mengenalpasti ciri kualiti kepimpinan yang paling dominan dalam kepimpinan

penyelaras homestay.

c) Mengenalpasti perbezaan elemen kualiti kepimpinan yang paling dominan antara

empat buah homestay yang terlibat.

Berdasarkan objektif yang telah dikenalpasti, pengkaji mengkaji dan mencapai semua

objektif yang diperolehi untuk memantapkan lagi kajian ini mengenai kepimpinanan

dalam program homestay.

1.5 Persoalan kajian.

Berdasarkan objektif kajian diatas, beberapa persoalan kajian telah dibangunkan.

Antaranya ialah:

a) Apakah kualiti kepimpinan penyelaras di peringkat komuniti dalam

melaksanakan program homestay dari aspek:

i. Kualiti kepimpinan dari aspek perancangan?

ii. Keusahawanan?

iii. Menyelesaikan masalah?

iv. Pengetahuan?

v. Kemahiran?

vi. Keupayaan dalam membina rangkaian luar?

b) Apakah kualiti kepimpinan yang paling dominan yang perlu wujud dalam

kalangan penyelaras homestay?

11

c) Apakah perbezaan elemen kualiti kepimpinan yang paling dominan antara empat

buah homestay yang terlibat.

1.6 Hipotesis Kajian

Ho: Tidak terdapat perbezaan elemen kualiti kepimpinan yang paling dominan antara

keempat-empat buah homestay yang terlibat.

Ha: Terdapat perbezaan elemen kualiti kepimpinan yang paling dominan antara

keempat-empat buah homestay yang terlibat.

1.7 Kepentingan Kajian.

Kajian ini dilakukan adalah untuk membina kefahaman kepimpinan yang perlu ada pada

setiap ketua terutamanya boleh dijadikan rujukan bagi ketua untuk meningkatkan

kepimpinan mereka pada masa akan datang terutama terhadap penyelaras dalam

program homestay. Kajian ini juga mempunyai kepentingan yang tersendiri dimana ia

dapat membantu seseorang pemimpin untuk meningkatkan kemahiran kualiti

kepimpinan serta memantapkan kemahiran yang ada. Selain daripada itu juga, ahli-ahli

jawatankuasa homestay boleh menggunakan kajian ini sebagai pemudah cara untuk

memahami sikap dan potensi untuk menjadi pemimpin yang lebih sempurna dari segi

pemikiran, kelebihan kepimpinan, cara mengendalikan sesebuah organisasi dan

sebagainya.

Selain daripada itu, hasil kajian ini juga boleh digunakan sebagai rujukan untuk

Kementerian Pelancongan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Institut

Kemajuan Desa dan agensi-agnesi yang terlibat. Kementerian tersebut boleh

menggunakan kajian ini untuk meningkatkan kemajuan kepada penyelaras atau

12

pemimpin yang mengusahakan program homestay ini supaya program ini mempunyai

pemimpin yang hebat dan boleh menguruskan industri ini kearah yang lebih baik lagi.

Disamping itu, mereka juga boleh meningkatkan pengetahuan asas berkenaan dalam

melantik pemimpin bagi menguruskan program homestay serta boleh mengelakkan

kerugian dalam pembangunan homestay.

Cadangan kerangka kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan untuk pihak

yang ingin menjadi pemimpin yang berkualiti dan pihak yang ingin menambahkan ilmu

dalam bidang kepimpinan secara amnya. Walaupun kajian ini hanya tertumpu pada

elemen kepimpinan, tetapi pihak lain boleh mengaplikasikan kerangka ini pada elemen

yang berkaitan dengan kepimpinan walaupun skop kajian yang dibuat adalah berlainan

dan mengikut ubahsuai yang bersesuaian.

1.8 Skop Kajian

Skop kajian ini adalah untuk menumpukan elemen kualiti kepimpinan yang perlu ada

pada seorang penyelaras bagi menjayakan program homestay dan melestarikan program

homestay bagi menarik minat pelancong-pelancong asing untuk datang ke Malaysia.

Kajian ini memfokuskan empat buah homestay iaitu homestay Parit Bugis, Homestay

Felda Semachu, Homestay Parit Tengah dan Homestay Tanjung Piai di Pontian. Peserta-

peserta kajian adalah meliputi ahli jawatankuasa homestay itu sendiri yang menilai

penyelaras program homestay mereka

13

1.9 Kerangka Konseptual.

Kerangka konsep yang terdapat dalam rajah 1.0 ini adalah salah satu rangka yang akan

digunakan oleh pengkaji untuk menerangkan secara menyeluruh berkenaan dengan tajuk

kajian yang akan bakal dijalankan. Melalui kerangka konsep ini juga, pembaca akan

lebih mudah memahami tentang elemen kepimpinan yang ada pada seorang ketua dan

ianya amat jelas untuk dilihat. Pengkaji mengadaptasikan model ini daripada penulis

yang bernama Ford dan Weissbein (1997) dimana mereka menulis berkenaan dengan

Transfer of Trainning yang telah diadaptasikan menjadi satu kerangka konseptual dalam

menjalankan kajian ini.

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian.

Adaptasi dari (Ford dan Weissbein, 1997)

Penyelaras Homestay

Perancangan

Keusahawanan

Menyelesaikan masalah

Kelestarian

kemajuan program

homestay Pengetahuan

Keupayaan membina

rangkaian luar

Kualiiti kepimpinan Homestay

Kemahiran

14

Berdasarkan rajah diatas, ia merupakan salah satu kerangka kajian untuk memudahkan

pengkaji melihat serta memahami proses-proses sebelum, semasa dan selepas kajian

dilakukan. Berdasarkan kepada rajah 1.0 perkara utama yang dilihat oleh pengkaji ialah

kualiti kepimpinan utama yang perlu ada pada seorang ketua atau penyelaras dalam

membangunkan sesebuah homestay. Antara pembolehubah yang terlibat ialah dari segi

perancangan, keusahawanan, menyelesaikan masalah, pengetahuan, kemahiran dan

rangkaian luar. Pembolehubah ini akan menjadi petunjuk kepada persoalan yang dikaji

oleh pengkaji. Hasil daripada kajian ini akan menghasilkan elemen kepimpinan yang

perlu ada dalam diri setiap penyelaras homestay dalam kelestarian pembangunan

homestay di Malaysia.

1.10 Definisi Istilah

Bahagian ini menerangkan beberapa definisi istilah yang terdapat dalam kajian ini iaitu

dari segi kualiti, kepimpinan dan penyelaras homestay,

1.10.1 Kualiti

Mengikut kamus dewan dan bahasa edisi yang keempat, kualiti bermaksud darjah

kecemerlangan yang tinngi dan bermutu. Dalam kajian ini, kualiti bermaksud sifat-sifat

penyelaras yang berupaya mempengaruhi pentadbiran dan menjadi peransang kepada

komuniti setempat dan beranggapan penyelaras mempunyai kelebihan, keunggulan,

berwibawa, berkarisma dalam pentadbirannya.

15

1.10.2 Kepimpinan

Menurut Richard L. Daft (2001), menyatakan bahawa kepimpinan merupakan salah satu

perkara yang mudah diamalkan tetapi merupakan salah satu perkara yang paling sukar

difahami. Selain daripada itu, kepimpinan ini juga adalah sesuatu yang sangat sukar

kerana ciri kepimpinan adalah sangat kompleks.

Dalam kajian ini, kepimpinan merujuk kepada cara dan usaha sesorang penyelaras

membawa program homestay kearah yang lebih baik dan berusaha untuk mengendalikan

program homestay dengan kelebihan yang ada dalam diri penyelaras.

1.10.3 Penyelaras Homestay.

Menurut Desimone et al (2002), penyelaras bermaksud ketua, orang atasan dan

pembimbing kepada sesuatu oragnisasi terutamanya organisasi yang mengamalkan

hereaki dalam sistem pentadbiran.

Dalam kajian ini, maksud penyelaras adalah ketua kepada program homestay

dimana beliau merupakan ketua dalam perlaksanaan program homestay.

1.11 Rumusan

Secara keseluruhannya, isu tentang kepimpinan ini telah lama menjadi salah satu topik

hangat yang dibincangkan dimana-mana intitusi kerana untuk menjadi seorang ketua

yang berjaya, mereka haruslah mempunyai elemen-elemen kualiti kepimpinan yang

tinggi. Elemen-elemen ini akan membawa mereka untuk lebih maju dalam pentadbiran

mereka dan seterusnya menjadikan mereka sebagai salah seorang yang disegani oleh

16

pekerja. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan untuk melahirkan ketua yang berjaya,

penerokaan dan penyelidikan dalam bidang kepimpinan haruslah digiatkan lagi supaya

ia boleh membantu masyarakat luar untuk lebih memahami tugas, elemen-elemen yang

ada pada seorang ketua dan sebagainya.

17

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab 2 ini, pengkaji akan menyatakan kajian yang dikaji dengan lebih jelas dan

terperinci. Setiap kandungan yang terdapat didalam bab 1 dan bab 3 akan dihuraikan

dalam bab 2. Kajian yang akan dilaksanakan ini merupakan adaptasi daripada sorotan

kajian lepas yang mengkaji isu yang sama. Tetapi pengkaji telah mengubah skop kajian,

obejktif kajian, persoalan kajian dan instrumen kajian untuk disesuaikan dengan sampel

baru yang telah dipilih berdasarkan lokasi kajian yang berbeza.

Sepintas lalu, kepimpinan adalah salah satu keperluan dalam membina kekuatan

sesebuah organisasi terutama dalam menuju dan mencapai matmalat yang ingin dicapai

bersama ahli (Alimuddin, 2006). Selain itu, kepimpinan ini juga terdapat banyak maksud

dan pengertian yang perlu ditakrifkan menjadi satu maksud iaitu boleh dilihat dari segi

matlamat, pengaruh kerja berpasukan, proses dan penentuan objektif dalam sesebuah

organisasi. Dalam konteks ini, kepimpinan adalah amat penting dalam pengurusan

sesebuah program homestay dimana ia adalah membuktikan sesebuah homestay tersebut

maju ataupun tidak.

Dalam bab ini, topik-topik yang disentuh termasuklah definisi program

homestay, sejatah perkembangan homestay, definisi pelancongan, definisi komitmen,

18

definisi kepimpinan, kepimpinan dari aspek perancangan, keusahawanan, konsep

komunikasi, gaya kepimpinan transformasional, dan toeri-toeri yang berkaitan dengan

kepimpinan. Semua topik yang dibincangkan ini adalah berkaitan dengan kualiti

kepimpinan penyelaras homestay mengikut sampel yang telah dikaji. Selain itu juga ia

adalah untuk membuktikan bahawa kepimpinan ini adalah sangat penting dalam

memastikan program homestay yang dijalankan mendapat sambutan dan pulangan yang

lumayan serta ia akan menyumbang kepada perkembangan ekonomi penduduk setempat.

2.2 Definisi Homestay.

Homestay adalah merupakan salah satu bentuk untuk mencipta pengalaman dimana

pelancong akan tinggal bersama keluarga tuan rumah iaitu pengusaha homestay.

Pengusaha homestay ini adalah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.

Melalui program ini juga, pelancong berpeluang untuk berinteraksi, memahami, dan

mengalami gaya hidup seharian bersama rakyat kampung serte menyelami kebudayaan

dan adat resam kampung tersebut. Konsep utama yang ditekankan dalam program

homestay ini ialah salah satu program pelancongan secara “lifestyle” yang berunsurkan

pengalaman.

Program homestay ini adalah salah satu stratregi pelancongan luar bandar dimana

ia melibatkan pelacongan penginapan, menjamu selera dan menghiburkan. Cara

penyampaian adalah secara tradisional dan pelbagai aktiviti bersama penduduk kampung

terlibat. Melalui program yang dilaksanakan ini dapat memberi pelancong untuk

berinteraksi bersama-sama penduduk dan keluarga yang menjadi tuan rumah (Norliza

Aminudin & Salmiah A.Jamal, 2006).

Selain daripada itu, program homestay ini juga dapat didefinisikan sebagai salah

satu pengalaman dimana pelancong akan tinggal bersama keluarga yang dipilih,

berinteraksi serta menimba sebanyak mungkin pengalaman hidup dalam keluarga

tersebut. Pelancong juga diajar untuk mempelajari budaya masyarakat luar bandar di

19

Malaysia. Produk homestay ini sebenarnya tidak digolongkan sebagai kemudahan

penginapan tetapi ia lebih fokus kepada gaya hidup dan pengalaman termasuk budaya

dan kegiatan ekonomi (Kementerian Pelancongan Malaysia, 2010).

Program homestay ialah suatu bentuk produk pelancongan yang lebih

menekankan kepada pelancongan berasaskan komuniti dan tarikan eko-pelancongan

(Hathaichanok Phonwiset, 2008). Menurut Wipada Unlumlert (2007), program homestay

didefinisikan sebagai “as one type of lodging that the tourists share with home owner

with intention to learn culture and lifestyles from the home owner who is willing to

transmit and sharing culture. The homeowner is the onewho prepared lodging and foods

for the tourists with reasonable pay”.

Di Malaysia, program homestay begitu dikenali dan ia merujuk kepada

penginapan pelancong tinggal bersama pengusaha, menjamu selera dan terlibat dalam

aktiviti tradisional dan aktiviti bersama komuniti tempatan. Program homestay bukan

sahaja melibatkan pengusaha dan penduduk dalam program tersebut tetapi berkait

dengan budaya, cara hidup masyarakat setempat dan mempromosikan kawasan tarikan

yang berdekatan homestay tersebut. Justeru, pelancong yang berkunjung dapat

menyaksikan kepelbagaian adat dan budaya hidup masyarakat yang pastinya mempunyai

keunikan dan keistimewaan mereka yang tersendiri. Konsep homestay yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia adalah tidak sama dengan

konsep homestay di luar negara. Di Malaysia, program homestay dikenali sebagai

penginapan tinggal bersama keluarga angkat dan menjalani aktiviti bersama keluarga

angkat sambil terlibat dalam aktiviti tradisional dan aktiviti bersama penduduk

kampung.

2.3 Sejarah Perkembangan Homestay

Program homestay merupakan salah satu bentuk pembangunan berasaskan komuniti

yang semakin popular dalam negara kita. Program ini adalah berpotensi dalam menjadi

20

pemangkin kepada pembangunan dari segi sosioekonomi komuniti setempat

terutamanya kepada komuniti luar bandar. Pada dasarnya, program ini mengambarkan

konsep percutian melibatkan peserta atau pelancong tinggal dalam rumah pengusaha

homestay, dimana mereka berinteraksi dengan pengusaha untuk menimba pengalaman

terutamanya dari aspek kebudayaan dan cara hidup (Amran Hamzah, 2010).

Selain daripada itu, terdapat pelbagai istilah yang kita dapat gunakan dalam

mengetahui konsep homestay yang sebenar dan ia juga dikenali di peringkat global.

Sebagai contohnya di Indonesia adalah ialah budget accommodation, konsep farmstay

pula digunakan di Jerman dan New Zealand (Oppermann, 1997), manakala di Kanada

pula menggunakan konsep vocation farm.

Hal ini adalah berbeza di Malaysia kerana ia agak berlainan konsep homestay

iaitu homestay di negara-negara yang dinyatakan di atas kerana menurut Kementerian

Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia (MOCAT, 1995), program homestay ini adalah

salah satu produk pelancongan komuniti yang agak berkembang dalam negara Malaysia

dimana konsepnya adalah pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi

dan menimba pengalaman kehidupan bersama keluarga host family di samping

mempelajari budaya masyarakat di kawasan luar bandar. Selain daripada itu, menerusi

program ini juga, pelancong bukan sahaja berpeluang untuk tinggal dan menikmati

kelebihan yang ada dalam kampung tersebut, malah mereka menimba pengalaman baru

tentang kehidupan dan kebudayaan komuniti setempat. Komuniti setempat pula

berpeluang mendapat faedah sosioekonomi termasuklah pendapatan sampingan kepada

suri rumah, menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, pengekalan budaya,peluang

pembelajaran dan sebagainya. Ia adalah sangat menguntungkan kedua-dua pihak kerana

dalam program ini berlakunya transformasi pencetusan minda yang hebat antara

pelancong dan pengusaha homestay.

Di Malaysia, sejarah hosmestay sebenarnya telah lama bermula dimana pada

tahun 1970-an iaitu di Kampung Cherating Lama, Pahang apabila seorang penduduk

kampung yang dikenali sebagai `Mak Long’ menyediakan penginapan dan makanan

kepada kumpulan `drifter’ atau `hippies’ di rumah mereka dalam keadaan `ala kadar’

sahaja (Amran Hamzah, 2008). Bermula dari situ, semua aktiviti yang dilakukan telah

21

berkembang dan pada ketika itu pada tahun 1988 satu program pertukaran belia Jepun

diadakan di Malaysia iaitu di Kampung Desa Murni, Temerloh Pahang menggunakan

konsep keluarga angkat. Menyedari potensi program homestay dalam membangunkan

komuniti luar bandar, kerajaan menerusi MOCAT pada tahun 1995 secara rasminya

menjadikan program homestay sebagai salah satu produk pelancongan menerusi

pelancaran Homestay Kampung Desa Murni Temerloh Pahang. Pihak kerajaan telah

membuat pelbagai komitmen dan pelbagai sokongan telah diberikan sehingga homestay

berkembang sehingga kini kini terdapat 139 buah homestay yang berdaftar dengan

Kementerian Pelancongan (Kementerian Pelancongan, 2009).

2.4 Definisi pelancongan

Pelancongan mempunyai pelbagai definisi dimana ia membawa banyak maksud namun

mempunyai tujuan dan objektif yang sama iaitu berada di sesuatu tempat yang

melibatkan pergerakan atau perjalanan ke sesuatu tempat tersebut. Ia tujuan melihat

alam semula jadi, berekreasi, berehat, bercuti, urusan pekerjaan atau tujuan yang lain .

Pelancong pula boleh dikategorikan dua jenis iaitu terdiri daripada pelancong tempatan

atau domestik dan pelancong asing. Manakala, pelancong tempatan atau domestik boleh

dibahagikan kepada dua iaitu pengunjung harian atau pelancong domestik yang menetap

di sesuatu kawasan pelancongan melebihi 24 jam (Jabil Mapjabil, 2011).

Namun begitu, terdapat pelbagai makna yang sama dengan isu pelancongan

dimana ia memperkenalkan setiap makna yang diberi berdasarkan sesuati situasi

(Goodwin, 2005). Kebiasaanya, UNWTO dijadikan sebagai rujukan dimana penyelidik

atau orang awam akan membuat rujukan terhadap perbincangan berkenaan dengan

pelancongan. UNWTO mengeluarkan definisi pelancongan adalah sebagai aktiviti

pengembaraan seseorang individu ke sesuatu tempat keluar daripada persekitaran

asalnya dan mereka akan menetap ditempat tersebut lebih 24 jam dan tidak melebihi

22

setahun bagi tujuan untuk beristirehat, pekerjaan, perniagaan dan sebagainya (Goeldner

dan Ritche, 2009).

Begitu juga dengan Mathieson dan Wall (1982) memberikan definisi

pelancongan sebagai satu konsep iaitu pengerakan seseorang individu ke suatu tempat

keluar daripada tempat tinggal mereka atau tempat mereka bekerja, melibatkan aktiviti-

aktiviti semasa berada di destinasi yang dilawati serta kemudahan-kemudahan yang

disediakan bagi memenuhi keperluan semasa lawatan tersebut. Sesuatu yang menarik

dalam konsep pelancongan yang dikemukakan oleh Mathieson dan Wall ini ialah

mereka meletakkan impak kepada komuniti setempat sama ada dari aspek sosial,

ekonomi, ekologi dan budaya sebagai sebahagian daripada elemen dalam konsep

pelancongan tersebut.

Disamping itu, pelancongan juga boleh ditakrifkan berdasarkan perspektif

industri iaitu merangkumi semua penyediaan dalam pelbagai bentuk seperti perniagaan

dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelancongan (Krippendorf ,1987).

Definisi lain juga didapati dalam penulisan Bhatia (1982), dimana beliau menyatakan

bahawa pelancongan ini juga boleh melihat daripada perspektif ekonomi untuk melihat

aktiviti pelancong yang bermula daripada pergerakan pelancongan dari negara asal iaitu

semasa berada di destinasi yang dilawati sehingga mereka kembali semula ke negara

mereka. Ia adalah satu pergerakkan yang melibatkan keluar masuk wang asing dalam

negara dan ia boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara yang dilawati.

Secara amnya, definisi pelancongan ini adalah sama dan ia adalah lebih relevan

dengan pandangan-pandangan penulis sebelum ini. Menurut Hall (1991) menyatakan

banyak definisi yang berbeza boleh didapati, namun dalam perbezaan tersebut ada juga

persamaan yang telah dijumpai terutama dalam skop pergerakan, impak dan matlamat.

Antaranya ialah:

i. Dari segi pergerakan, ia adalah sama iaitu seseorang atau individu

bergerak keluar dari destinasi asal yang telah diduduki.

ii. Dari skop impak pula, ia melibatkan impak yang pelbagai dan bukan

sahaja di destinasi yang dilawati tetapi ia melibatkan destinasi transit

pelancongan dan juga kepada negara asal pelancongan.

23

iii. Dari segi matlamat juga adalah sama dimana matlamat pergerakan

seseorang individu adalah untuk beristirehat, mengembara, berekreasi

ataupun tujuan melakukan perniagaan.

2.5 Definisi Komitmen

Sebagai pemimpin yang berkomitmen tinggi, mereka memerlukan komitmen yang tinggi

dalam menjalankan tugas dengan adil dan saksama. Ia juga salah satu pendorong utama

dalam memajukan diri dalam bidang kepimpinan. Selain daripada itu, untuk mejadi

seorang pemimpin yang disegani, mereka memerlukan komitmen yang tinggi dan ia

mereka boleh menghadapi pelbagai masalah dengan keadaan yang tenang dan bersifat

positif.

Konsep komitmen di tempat kerja masih menjadi salah satu konsep yang paling

mencabar dan menjadi tumpuan dalam bidang pengurusan, perilaku organisasi dan

pengurusan sumber manusia (Cooper-Hakim & Viswesvaran, 2005). Ia juga adalah

menunjukkan bahawa komitmen ini sukar untuk direalisasikan secara menyeluruh

walaupun berada dalam organisasi yang besar. Selain daripada itu, komitmen ini juga

merujuk kepada orientasi pekerja terhadap organisasi (Kuchinke, Kang & Oh, 2008).

Konsep komitmen telah diperkenalkan oleh Howard Becker’s pada tahun 1960 yang

mengaitkan komitmen dengan teori ‘side-bet’ di mana pekerja komited apabila mereka

mempunyai pelaburan tersembunyi atau agak tersembunyi, yang menyebabkan mereka

akan terus dalam sesebuah organisasi dan beliau telah mengklasifikasikan komitmen

kepada tiga jenis iaitu berterusan, kepaduan dan komitmen kawalan (Kanter, 1968).

Porter et al. (1974) pula telah mendefinisikan komitmen organisasi sebagai

keterikatan terhadap organisasi melalui tiga komponen utama iaitu kepercayaan dan

penerimaan terhadap matlamat organisasi, kesanggupan untuk berbakti dan berkhidmat

untuk organisasi serta keinginan untuk menjadi sebahagian daripada organisasi.

Berdasarkan kepada konsep komitmen yang telah diutarakan oleh pengkaji awal, pada

24

tahun 1991, Meyer dan Allen telah mengelaskan komitmen organisasi kepada tiga

dimensi utama iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif

(Meyer & Allen, 1991).

Komitmen afektif merujuk kepada keinginan untuk terus kekal dalam sesebuah

organisasi kerana kemahuan mereka sendiri. Pekerja yang mempunyai kesedaran

terhadap kos yang terpaksa ditanggung sekiranya meninggalkan organisasi merujuk

kepada komitmen berterusan. Komitmen normatif pula merujuk kepada perasaan

bertanggungjawab untuk terus kekal dalam organisasi kerana ia merupakan satu

tindakan yang bermoral. Komitmen organisasi dapat ditakrifkan sebagai kekuatan

seseorang pekerja dalam penglibatan dan identifikasi terhadap organisasi tempat

berkhidmat. Ciri-ciri komitmen terbahagi kepada tiga iaitu kepercayaan dan penerimaan

terhadap matlamat dan nilai organisasi, kesanggupan untuk meningkatkan usaha yang

cukup terhadap organisasi dan keinginan untuk kekal dalam organisasi (Finn & Goulet,

2004).

Individu yang mempunyai komitmen yang tinggi sanggup mengorbankan tenaga

(Brewer, 1996) dan cenderung untuk kekal dengan organisasi dalam usaha untuk

membantu merealisasikan objektif yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, individu yang

mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi tetapi tidak berpuas hati dengan

bayaran yang diperolehi atau terhadap pemimpinnya, mereka tidak akan berpuas hati

dengan keputusan untuk meneruskan penyertaan dalan aktiviti organisasi (Porter et al.,

1974). Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada komitmen yang rendah iaitu

kekurangan faedah, kurang keyakinan diri, kesukaran mengamalkan budaya, kurangnya

hubungan yang baik dan tiada pengiktirafan kepada kakitangan (Junaida, Mahadir & Siti

Hajar, 2011).

Rujukan:

Ab. Aziz Y. (2003). Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor

Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Ahmad .H & Jusoh .H (2008). Langkawi Sebagai Pulau Bebas Cukai : Impak

Sosioekonomi Komuniti Setempat. Yahaya Ibrahim, Sulong Mohamad &

Habibah Ahmad (eds). Pelancongan Malaysia : Isu Pembangunan, Budaya,

Komuniti dan Persetempatan. Sintok : Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Amran H. (2008). Perancangan Koridor Pelancongan Berasaskan Budaya dan Alam

Semulajadi. Projek Lapangan di Kelantan Darul Naim.Universiti Teknologi

Malaysia:Tesis Sarjana.

Amran H. (2010). The Evolution Of The Homestay Programme In Malaysia :

Performance, Sustainability And Challenges. Country Paper presented of the

ASEAN Homestay Conferences.Organise by the Ministry of Tourism Malaysia,

The Marriott Hotel, Putrajaya 28-30 September 2004.

Aminudin N, A Jamal S. (2006) Homestay Selangor: Keunikan dan pengalaman

pengusaha. Pusat Penerbit Universiti, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Amran H. dan Zainab K. (2009). Handbook for community based tourism: how to

develop and sustain CBT: Asia Pacific Economic Cooperation Tourism

Working Group (APEC TWG)

Anastasi A. & Urbina S. 1997. Psychological Testing. 7th ed. New Jersey: Prentice-Hall.

Inc.

Aref .F, Redzuan .M & Sarjit S Gill, (2010) . Community Capacity Building: A

Review of its Implication in Tourism Development, Journal of American

Science; 6(1)172

Aref et.al. (2009). Dimensions of Community Capacity Building: A Review of its

Implications in Tourism Development. Journal of American Science 5 (8):74-

82.

Burch, J.G. (1986), Entrepreneurship, John Wiley & Sons, New York, NY.

Brewer, M. B. (1996). Who is this "we"? Levels of collectiveidentity and self-

representations. Journal of Personality and Social Psychology, 71, 83-93.

Chaskin, R. J. (2001). Building community capacity: A definitional framework and case

studies from a comprehensive community initiative. Urban Affairs Review, 36,

291-323.

Cooper-Hakim, A., & Viswesvaran, C. (2005). The construct of work commitment:

Testing an integrative framework. Psychological Bulletin,131(2), 241-259.

Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Pendidikan. Kuala

Lumpur: McGraw Hill.

Ford, J.K. and Weissbein, D.A. (1997), ``Transfer of training: an updated review and

analysis’’,Performance Improvement Quarterly, Vol. 10 No. 2, pp. 22-41.

Finn, D., & Goulet, L. (2004). Gender and job attitudes: A re-examination and

extension. Women in Management Review, 19, 345–355.

Goodwin. (2005). Research in Psychology: Methods and Design. 4th Edition. New

York: John Wiley & Sons, Inc. 414.

Hall, C. M. (1991). Introduction to Tourism in Australia: Impacts, Planning and

Development, Addison, Wesley and Longman, Melbourne, Australia.

Hathaichanok Phonwiset (2008) Tourist satisfaction with homestay tourism: Baan Pang

Dang, Chiang Mai Province. Naresuan University, Thailand. Harian Metro, 6

Mei 2010.

Hoy,Wayne J and Miskel, Cecil G. (2008). Educational Administration; theory, research

and practice. (8th edition). New York: McGraw-Hill

Ibrahim .J.A & Ahmad .M.Z,, (2009), Program Homestay Pemangkin Pertumbuhan

Ekonomi Luar Bandar, Kajian Kes: Negeri-Negeri Utara Semenanjung

Malaysia

Ibrahim .Y & Abdul Razzaq .A.R (2010), Homestay Program and Rural Community

Development in Malaysia

Ismail, N.A. (2004). Firm Performance and AIS Alignment in Malaysian SMEs.

Proceedings of the European Conference on Accounting Information Systems

(ECAIS), 30-31 March, Prague, Czech Republic

Jabil Mapjabil, S. A. (2011). Pembangunan program homestay di Wilayah Utara

Semenanjung Malaysia: Profil, produk dan prospek. Malaysia Journal of

Society and Space 7 , 45-54.

Kanter, R.M. (1968). "Commitment and social organization: A study of commitment

mechanisms in utopian communities" American Sociological Review, (33:4),

August 1968, pp. 499-517.

Kayat .K (2006), Community Based Tourism in Developing Countries. Proceeding of

International Seminar on Community Based Tourism, Michigan : Michigan

State University

Kayat .K, Abdul Razzaq (2014). The nature of cultural contribution of a community-

based homestay programme. Tourismos: An International Multidisciplinary

Journal of Tourism, 5(2), 145-159.

Kementerian Pelancongan Malaysia (2010),. Role of ministry of rural and regional

development in developing rural tourism. International Seminar on community

based tourisme: Learning from Homestay Program in Malaysia.

Kementerian Pelancongan Malaysia (2010). Statistik Homestay Sehingga Mei 2010.

Retrieved 16 Mac 2015 16, from

http://www.motour.gov.my/en/download/cat_view/48-homestay.html

Krippendorf, J. (1987). The Holiday Makers. Understanding the Impact of Leisure and

Travel. Oxford: Butterworth Heinemann

Kuchinke, K.P., Kang, H.-S., & Oh, S.-Y. (2008). The influence of work values on job

and career satisfaction, and organizational commitment among Korean

professional level employees. Asia Pacific Education Review, 9, 552-564.

Laverack, G., (2001).An identification and Interpretation of The Organizational Aspect

of Community Empowerment, Community Development Journal, vol. 3 pp.

4052

Linacre, J. M. (2005). WINSTEPS: Multiple-choice, rating scale, and partial credit

Rasch analysis [computer software]. Chicago: MESA.

Mathieson, A. dan G. Wall. (1982).. Tourism: Economic, Physical and Social Impacts.

London: Longman.

M.B. Muda et al (2003), Pengajian Perniagaan 2, Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Mohamed A.H, et al. (2005). Pengajian Perniagaan ”. Petaling Jaya: Pearson

Malaysia.Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (1986). Kurikulum

Mohd Majid, K. (2000). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa

dan Pustaka. Kuala Lumpur

Meyer, J. P., & Allen, N. J. (1991). A three-component conceptualization of

organizational commitment. Human Resource Management Review, 1, 61-89.

Oppermann, M. (1997) Convention participation decision-making process. Annals of

Tourism Research, 24(1), 178–191.

Porter et.al (1974). Organizational commitment and managerial turnover: A

longitudinal study. Organizational Behavior and Human Performance, 15, 87.

Rasid Muhamad. (2007). Kepimpinan transformasional: Konsep dan aplikasinya dalam

memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Universiti Teknologi MARA

Pahang.

Roslan R. (2003) Komunikasi Kepemimpinan dalam Organisasi: Analisis Konsep dan

Amalan dalam Tiga Organisasi Terpilih. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Sekolah Menengah Vokasional Kursus Automotif. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Stanley & Sedlack (1992). Social Research: Theory and Methods. Canada: Allyn and Bacon.

Tasir .A.B, (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5 for Windows. Venton

Publishing (M) sdn.Bhd Tourism Malaysia (2011). Tourim Today.

Quarterly Issue. Kuala Lumpur. Tourism Malaysia and Ministry of Tourism

Malaysia.

Tosun, C. 2000. Limit to Community Participation in the Tourism Development Process

in Developing Countries. Tourism Management. 21: 613-633

Timothy, D., (2000).Participatory Planning : A View of Tourism in Indonesia. Annals of

Tourism Research. 26(2): 371-379.

Wipada Unlumlert (2007) Criteria creation for management evaluation of Thai

homestay: A case study of Ubonratchathani Province, Thailand. Mahidol

University, Bangkok.

Wagner, W. (2009). Leadership for a better world: Understanding the social change

model of leadership development (2nd Ed). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Yahaya I ,Abdul Razzaq (2010). Homestay program and rural community development

in malaysia. Journal of Ritsumeikan Social Sciences and Humanities, 2: 7-24.

Yep Putih (1989). ”Keusahawanan”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yukl. G, (2002). Leading organizational learning: Reflections on theory and research.

Yusof (2012) Kerja Sepasukan Dan Kepuasan Kerja Guru Di Sekolah rendah Di Daerah

Johor Bahru. Master’s thesis, Universiti Teknologi Malaysia.