kuala lumpur

46
PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1133 PENYELIDIKAN DI ARKIB NEGARA NAMA NO.ID PELAJAR ANIS SYAZWANI BT MOHD ROSELAN BHD12-07-1240 NUR ALYANI BT CHE YEOP BHD12-07-1251 NURUL ATIKAH BT ZORAIDI BHD12-07-1206 NURUL SYAHIRAH BT NOR HISHAM BHD12-07-1209 FHND 3B

Upload: alyani-cheyeop

Post on 20-Jun-2015

335 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuala lumpur

PENGAJIAN MALAYSIAMPW 1133

PENYELIDIKAN DI ARKIB NEGARA

NAMA NO.ID PELAJAR

ANIS SYAZWANI BT MOHD ROSELAN BHD12-07-1240

NUR ALYANI BT CHE YEOP BHD12-07-1251

NURUL ATIKAH BT ZORAIDI BHD12-07-1206

NURUL SYAHIRAH BT NOR HISHAM BHD12-07-1209

FHND 3B

Page 2: Kuala lumpur

BIL. TAJUK SLIDE1 PENGHARGAAN 42 PENDAHULUAN 53 LATAR BELAKANG KUALA LUMPUR - Sejarawan Barat - Sejarawan Tempatan - Pandangan Jaakun Dan Orang Lama - Pembukaan Kuala Lumpur78-910-1213-15164 PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KUALA LUMPUR - Bagaimana Kuala Lumpur Dimajukan - Faktor Geografi 1718-1920-23

ISI KANDUNGAN

Page 3: Kuala lumpur

BIL. TAJUK SLIDES5 PENGISYTIHARAN DAN PENUKARAN NAMA KUALA LUMPUR KEPADA WILAYAH PERSEKUTUAN - Perjanjian Kuala Lumpur 1974 - Pengisytiharan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur2425-2627-29

6 KUALA LUMPUR ERA KOMTEPORARI - Pelancongan - Peruncitan - Seni Bina - Taman - Pengangkutan303132-3334-353637-387 VIDEO KUALA LUMPUR 39

8 PENUTUP 409 LAMPIRAN 41-4510 RUJUKAN 46

Page 4: Kuala lumpur

PENGHARGAANAssalamualaikum Bersyukur kami kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Sejarah Kuala Lumpur. Tugasan yang ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja berkumpulan. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting iaitu Dr. Azwani Bt Ismail yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan tugasan ini selaku pensyarah MPW 1133 kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan ini.Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberi maklumat tidak akan kami lupakan.  Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan kami dijalankan dan dibentangkan.

Page 5: Kuala lumpur

PENDAHULUAN Menurut catatan sejarah dan latihan ilmiah yang dijalankan secara berperingkat, banyak pendapat dan kesahihan terjalin dan bukti yang dikumpulkan mengenai asal usul nama Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun kami selaku penyelidik telah memilih tajuk dan menyusun sejarah yang diterima dengan lebih terperinci walaupun setiap apa yang diterima dan dipilih ada kaitannya dengan cerita sejarah yang lain untuk menghasilkan nilai murni atau kesimpulan pendapat.

Page 6: Kuala lumpur

SEJARAH KUALA LUMPUR

Page 7: Kuala lumpur

LATAR BELAKANG

KUALA LUMPUR

Page 8: Kuala lumpur

SEJARAWAN BARAT • Menurut catatan “Note On The

Name Of Kuala Lumpur” yang ditulis oleh E.Macfadyen pada kurun ke 18. Nama Kuala Lumpur adalah dianggapkan sebagai kata gelaran kepada Kuala dan Lumpur.

• Kuala secara amnya adalah tempat dimana satu sungai atau anak sungai yang bertemu atau mengalir ke sebuah laut atau sungai.

• Catatan ini juga ada menyatakan yang sesetengah penduduk awal Kuala Lumpur mengatakan bahawa satu anak sungai yang dikenali sebagai Sg.Lumpur kerana sungai itu berlumpur.SUNGAI GOMBAK PADA TAHUN

1900

Page 9: Kuala lumpur

• E.Macfadyen bertanya kepada beberapa penduduk Melayu tentang perkara ini dan mendapati bahawa ada penduduk lama yang menggunakan nama Kuala Lumpur sebagai Pengkalan Lumpur.

• Penduduk Cina dari Pengkalan Durian atau Pengkalan Kempas sebagai “Kalen Lumpur” yang merupakan anggapan yang tepat jika ingin kekal.

PERKAMPUNGAN KUALA LUMPUR PADA TAHUN 1884

Page 10: Kuala lumpur

SEJARAWAN TEMPATAN

• Mengikut catatan sejarah Seratus Enam Belas Tahun,Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang. Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah "kuala berlumpur." Pendudukannya bermula apabila seorang ahli yang berketurunan Bugis, Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah.

• 87 pencari gali Cina dari Lukut telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara.

• Rombongan Raja Abdullah sampai ke bahagian ulu Sungai Kelang dengan Sungai Gombak

Page 11: Kuala lumpur

• Walaupun 69 dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit wabak malaria, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan.

• Ini menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah.

• Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang panglima kepada kerajaan negeri Selangor.

Page 12: Kuala lumpur

• Raja Abdullah menamakan tempat itu sebagai “Lumpur”, kerana tempatnya susah dilalui kerana airnya cetek dan tanahnya lembik, yang disebut “ Lumpur”.

• Diantara penemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang disebut “Kuala” . Tempat itu dinamakan “Kuala Lumpur” oleh pekerja-pekerja lombong dan Raja Abdullah selepas beberapa hari lalu disitu.

SUNGAI GOMBAK PADA TAHUN 1960

Page 13: Kuala lumpur

PANDANGAN Jaakun dan ORANG LAMA

• DICERITAKAN OLEH EN HAJI AZIZ BIN ISMAIL YANG (PENGKAJI SEJARAH TEMPATAN; ARKIB NEGARA) DAN ENCIK HAJI RAMLI BIN HAJI MUSA (BEKAS AHLI KRONOLOGI;CANDI LEMBAH BUJANG).

• BERKAITAN DENGAN SUMPAHAN KE ATAS KUALA LUMPUR YANG MEMPERTEMUKAN SUNGAI GOMBAK DAN SUNGAI KELANG.

• DAHULU SUNGAI KELANG TIDAK BERTEMU DENGAN SUNGAI GOMBAK AKAN TETAPI SUMPAHAN KE ATAS BUAYA YANG TELAH MEMAKAN SEORANG ANAK PENDUDUK ASLI YANG BERKETURUNAN JAAKUN (SEJAK ZAMAN BATU AWAL – PALEOLITIK) , DI HUTAN DI TEPI SUNGAI SEWAKTU MANDI.

• ANAK ORANG ASLI INI MEMPUNYAI KUASA SIHIR YANG KUAT.

MASYARAKAT ORANG ASLI JAAKUN

Page 14: Kuala lumpur

• Ibu bapa anak itu tahu akan kejadian itu , mereka mengamuk dan menyumpah buaya yang sepanjang 20 kaki dan lebar 10 kaki itu menjadi air.

• Akibat air yang terlalu kuat dan deras , tanah ditepi sungai terhakis lalu menyebabkan Sungai Kelang bertemu dengan Sungai Gombak dan kedua-dua sungai itu menjadi cetek.

Page 15: Kuala lumpur

CARTA PAI

Page 16: Kuala lumpur

PEMBUKAAN KUALA LUMPUR• Kuala Lumpur dengan tidak rasminya dibuka pada tahun 1859 oleh Raja

Abdullah B. Raja Jaafar yang telah membuka perusahaan lombongnya di Ampang.

• Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh Raja Abdullah dengan persetujuan abangnya,Raja Ahmad dan Sultan Abdul Samad iaitu Sultan Selangor yang keempat pada tahun 1865.

• Tokoh yang terlibat juga ialah Sultan Puasa dan Ah Sze serta penolongan Hiu Siew.

Page 17: Kuala lumpur

PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN KUALA LUMPUR

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD TERKINI

Page 18: Kuala lumpur

BAGAIMANAKAH KUALA LUMPUR DIMAJUKAN?• Raja Abdullah, Ah Sze dan Hiu Siew juga

bertanggungjawab memainkan peranan mereka dalam memajukan Kuala Lumpur dengan membuat penempatan baru di Kuala Sungai.

• Hiu Siew sebagai ketua orang-orang Cina di Melaka, di Larut dan Kuala Lumpur dengan gelaran “Kapitan Cina yang pertama di Kuala Lumpur”, atas sokongan orang Cina yang tinggal disitu.

• Yap Ah Loy telah menjadi penolong kepada Kapitan Liu Ngim Kang selepas kematian Kapitan Hiu Siew.

• Belum sampai 6 bulan perusahaan lombong bijih timah telah mendatangkan hasil yang dari setahun.

YAP AH LOY

Page 19: Kuala lumpur

• Pada Ogos1868, Kapitan Yap Ah Loy dikurniakan cap mohor daripada Perak. • Selain itu, sepucuk surat tauliah memberi Yap Ah Loy gelaran Seri Indera

Perkasa Wijaya Bakti ( SIPWB) yang disokong penolong Residen Negeri

Selangor iaitu Frank Swettenham selepas melihat kemajuan Kuala Lumpur.

Page 20: Kuala lumpur

FAKTOR GEOGRAFI (KEDUDUKAN)

• Kedudukan Kuala Lumpur yang dulunya termasuk dalam Negeri Selangor berada tidak jauh dari Melaka (pusat pengumpulan bijih timah untuk diperdagangkan oleh Negeri-Negeri Selat.

• Melaka adalah pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat yang kuat sehingga membuatkan Melaka satu tempat persinggahan kapal-kapal dagang yang datangnya dari Negara seperti India , China dan Burma.

• Penjualam bijh timah kepada Negeri-Negeri Selat telah mengaut keuntungan yang lebih kerana permintaanya oleh Negara Perancis dan Inggeris yang berdagang dangan Negara China yang kaya dengan penanaman the sehingga hari ini.

Page 21: Kuala lumpur

• Pada tahun 1871 sebanyak 80,000 pikul dijual oleh Kapitan Yap Ah Loy kepada NNS kerana terletak ditengah-tengah zon perdagangan dunia dan asia.

Page 22: Kuala lumpur

• Perang merebut Kuala Lumpur berkait dengan Perang Kelang kerana Kuala Lumpur termasuk dalam Negeri Selangor sehinnga tahun 1947.

• Pada tahun 1866, Kelang dipajakan oleh Raja Abdullah kepada 2 orang saudagar Negeri-Negeri Selat iaitu W.H.Read dan Tam Kim Cheng.

• Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman tidak berpuas hati, enggan membayar cukai dan mencabar Raja Abdullah dan menyebabkan mulanya Perang Kelang pada tahun 1867.

• Tengku Kudin mendapat sokongan daripada Yap Ah Loy (orang Hai San) Kapitan Cina dari Kuala Lumpura yang memberi bantuan dari askar upahan.

Page 23: Kuala lumpur

• NNS dan juga British yang juga memberi bantuan dari askar simpanan Pahang.

• Pada tahun 1872, Raja Mahadi telah berjaya menawan Kuala Lumpur dengan bantuan Raja Mahmud dan ayahnya Raja Berkat (Sayid Masyor) berasal dari Pontianak.

• Chong Chong (pemimpin Gee Hin) yang telah membunuh tokoh Kuala Lumpur iaitu Ah Sze di Sungai Ujong.

• Pada tahun 1873, Tengku Kudin berjayan menawan semula Kuala Lumpur dengan bantuan Bendahara Wan Ahmad, Kapitan Yap Ah Loy dan askar-askar NNS dan Pahang.

• Perang Kelang telah berakhir pada tahun 1873.

Page 24: Kuala lumpur

PENGISYTIHARAN DAN PERNUKARAN NAMA KUALA LUMPUR KEPADA WILAYAH

PERSEKUTUAN

Page 25: Kuala lumpur

PERJANJIAN KUALA LUMPUR 1974• Pada 1 Februari 1974, satu

daerah pemerintahan baru, Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dengan disaksikan Raja-Raja , Gabenor , Yang Di-Pertuan Negeri Sabah , Menteri-Menteri dan Ketua Perwakilan asing di Istana Negara.

• Wilayah Kuala Lumpur bertambah dari 36 batu persegi menjadi 94 batu persegi dengan jumlah penduduknya 875,000 orang (dahulu;1974) dan mendapat lima kerusi Dewan Rakyat.

• Negeri Selangor harus diberi penghormatan sebagai negeri yang telah berbjasa kepada Kuala Lumpur dan Malaysia amnya dalam Perjanjian ini.

Page 26: Kuala lumpur

• Pada tahun yang sama,Selangor yang telah “berkorban untuk kepentingan Malaysia” dengan membina ibu negeri bari di Shah Alam dan membentuk 3 daerah baru: Shah Alam , Selayang , dan Petaling , Kajang , termasuk dalam daerah Petaling.

Page 27: Kuala lumpur

PENGISYTIHARAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Detik sejarah yang mengubah status politik Kuala Lumpur apabila Yang Dipertuan Agong dan Sultan Selangor menandatangani Perjanjian Kuala Lumpur di Istana Negara.

Page 28: Kuala lumpur
Page 29: Kuala lumpur
Page 30: Kuala lumpur

KUALA LUMPUR ERA

KOMTEPORARI

Page 31: Kuala lumpur

PELANCONGAN• Antara destinasi pelancongan utama di Kuala

Lumpur termasuk Dataran Merdeka, Parlimen Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia Putra, Tugu Negara.

• Tempat-tempat ibadah seperti Masjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan. Ditambah pula dengan Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains Negara, Jalan Petaling, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara.

• Tidak lupa juga acara-acara seperti pusat kebudayaan Melayu, perayaan kebudayaan Cina di Tokong Thean Hou dan perarakan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman.

• Segitiga Emas, iaitu pusat komersil ibu kota, merangkumi Menara Kembar Petronas dan dihidupkan oleh kelab malam, kedai arak dan pusat hiburan, seperti Beach Club, Espanda, Hakka Republic Wine Bar & Restaurant, Hard Rock Cafe, Luna Bar, Nuovo, Rum Jungle, Thai Club, Zouk, dan bermacam-macam lagi yang terletak sepanjang Jalan P. Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

Page 32: Kuala lumpur

PERUNCITAN• Suria KLCC ialah salah sebuah destinasi beli-belah utama di Malaysia kerana terletak di bawah Menara

Berkembar Petronas. Selain Suria KLCC, Bukit Bintang juga menikmati tumpuan kedai beli-belah yang tertinggi di Kuala Lumpur. Bukit Bintang yang terlingkung dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, meliputi 3 batang jalan raya, iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi and Jalan Sultan Ismail. Bukit Bintang menempatkan pelbagai kedai kopi, kedai makan alfresco (luaran) dan kompleks beli-belah seperti Berjaya Times Square, Plaza Bukit Bintang, Lot 10, Plaza Low Yat, Pavilion KL, Starhill Gallery dan Plaza Sungei Wang.

• Di Kuala Lumpur juga terletaknya gedung beli-belah tunggal terbesar di Malaysia, iaitu Sogo Kuala Lumpur(juga dikenali sebagai KL SOGO) yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

• Di kawasan Bangsar juga wujud beberapa kompleks beli-belah, termasuk Bangsar Village, Mid Valley Megamall dan The Gardens. Kawasan Damansara di barat laut Kuala Lumpur, biarpun sebenarnya bukan dalam lingkungan ibu kota, diduduki satu-satunya cawangan Ikea di negara ini, dan sekelompok kecil pusat beli-belah seperti The Curve, Ikano Power Centre, NiuXehSui di Ara Damansara dan 1 Utama.

Page 33: Kuala lumpur

• Pasar Seni yang terletak berhampiran Kompleks Dayabumi, menawarkan beraneka cenderahati seni dan kraftangan.

• Selain pusat beli-belah, Kuala Lumpur turut menetapkan beberapa kawasan dalam ibu kota untuk memasarkan barangan keluaran tempatan seperti tekstil, fabrik dan kraftangan, contohnya: Jalan Petaling yang bercirikan binaan pra-kemerdekaan yang dipengaruhi tradisi Cina Peranakan dan Eropah; tidak lupa juga Pasar Seni, bekas pasar basah utama ibu kota yang kini memasarkan beraneka hasil seni dan kraftangan, baik antik dan seni lukis mahupun pakaian dan cenderamata.

• Sejak tahun 2000, Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan acara jualan mega tiga kali setahun iaitu sekitar bulan Mac, Mei dan Disember, yang mana semua pusat beli-belah di negara digalakkan membantu menaikkan nama Kuala Lumpur sebagai destinasi beli-belah utama

Page 34: Kuala lumpur

SENI BINA

• Sebelum Perang Dunia Kedua, di sekitar pusat bandar lama terdapat banyak rumah kedai, kebanyakannya bertingkat dua iaitu kedai di tingkat bawah dan rumah di tingkat atas. Rumah-rumah kedai ini diilhamkan oleh tradisi Cina Peranakan dan Eropah.Walaupun sebilangan daripadanya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan terbaru, namun banyak lagi rumah kedai lama yang masih berdiri di sekitar kawasan Medan Pasar, Jalan Petaling, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Doraisamy, Bukit Bintang dan Tengkat Tong Shin.

Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu Islam, seni bina moden dan pascamoden. Sebagai sebuah bandar yang agak muda berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta dan Manila, kebanyakan binaan kolonial di Kuala Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-binaan ini memperlihatkan gaya seni bina Moor, Tudor, Neo-Gothik atau Yunani-Sepanyol.Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar memanfaatkan sumber tempatan dan sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap sepanjang tahun.

MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Page 35: Kuala lumpur

• Pencapaian kemerdekaan disusuli pembangunan ekonomi pesat dari 1970-an hingga 1990-an, di samping Islam sebagai agama rasmi di negara, telah menyaksikan pembinaan bangunan yang lebih berasa tempatan dan keislaman di sekitar ibu kota, khususnya seni bina yang diilhamkan oleh perkakas kebudayaan Melayu seperti songkok dan keris, di samping disepadukan motif geometri Islam yang melambangkan pembatasan terhadap peniruan alam melalui lukisan sejajar dengan nilai Islam.Contoh-contoh bangunan berseni bina Islam sedemikian ialah Menara Telekom, Menara Maybank dan Kompleks DayabumI.Sebilangan bangunan pula dibina agar berupa tempat ibadah yang lengkap dengan kubah dan menara masjid, seperti Muzium Kesenian Islam dan Planetarium Negara, biarpun sebenarnya berfungsi sebagai tempat penghayatan sains dan ilmu alam. Menara Berkembar Petronas yang tingginya 452-meter (1,483 ka) direka bina untuk menyerupai motif-motif yang terdapat dalam kesenian Islam.

• Pada akhir 1990-an dan awal 2000-an, semakin menjadi-jadi seni bina akhir moden dan pascamoden. Berikutan pembangunan ekonomi, binaan-binaan lama seperti Rumah Bok terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan baru. Binaan-binaan berangka serba kaca tumbuh bagai cendawan di merata ibu kota, khususnya Menara Berkembar Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

ISTANA BUDAYA SEKARANG

Page 36: Kuala lumpur

TAMAN• Taman Tasik Perdana, sebidang taman berkeluasan 92-hektar(230-ekar)

berhampiran bangunan Parlimen Malaysia, sebuah bekas tempat tinggal kepada seorang pegawai penjajah British, kini merangkumi sebuah Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Kebun Orkid, Kebun Bunga Raya dan Taman Burung Kuala Lumpur, iaitu taman burung terbesar di Asia Tenggara.Taman-taman lain dalam ibu kota termasuklah Taman ASEAN, Taman KLCC, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Metropolitan di Kepong, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia ,Taman Tasik Permaisuri, Taman Botani, Taman Ekuestrian dan Taman Lembah Barat Bukit Kiara(Rimba Kiara)berdekatan Taman Tun Dr. Ismail, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Tasik Permaisuri, Tasik Bukit Jalil, Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Datuk Keramat, Arboretum Bukit Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.

• Terdapat tiga hutan simpanan dalam lingkungan ibu kota, iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas di pusat bandaraya, iaitu hutan simpan yang paling lama diwartakan dalam negara pada keluasan 10.52 ha/26.0 ekar, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih (7.41 ha/18.3 ekar) dan Hutan Simpan Bukit Sungai Besi (42.11 ha/104.1 ekar). Bukit Nanas di tengah-tengah pusat bandaraya ini merupakan salah sebuah hutan dara yang tertua dalam lingkungan bandar raya di dunia.Hutan-hutan ini merupakan tempat tinggal untuk sebilangan spesies fauna termasuk monyet, tupai dan burung.

TAMAN TASIK PERDANA KUALA LUMPUR

Page 37: Kuala lumpur

PENGANGKUTAN

• Tidak seperti kebanyakan bandar raya utama di Asia, berkenderaan sendiri merupakan kaedah pengangkutan utama di Kuala Lumpur.Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menikmati rangkaian jalan rayamenyeluruh yang menghubungkannya ke destinasi lain di Semenanjung Malaysia.Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch 'n Go.

• Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) yang merupakan lapangan terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.

• Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi dan kereta api. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur terdiri daripada Laluan Ampang, Laluan Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian KTM Antarabandar yang berkhidmat dari Singapura di selatan, sampai Hat Yai, Thailand, di utara.

KL MONORAIL

Page 38: Kuala lumpur

• Platform stesen LRT KLCC, sebuah stesen Aliran Kelana Jaya (Putra LRT) di Kuala Lumpur.• RapidKL merupakan pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.Semenjak

mengambil alih tugas Intrakota Komposit Sdn Bhd, RapidKL telah menyusun semula seluruh rangkaian bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan Lembah Klang demi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.

• Di Kuala Lumpur, kebanyakan teksi berwarna merah dan putih. Syarikat-syarikat teksi yang besar seperti Syarikat Teksi Oren Innovasi Timur diberi kelulusan dari kerajaan berwarna selain yang ditetapkan. Kuala Lumpur merupakan salah satu kota ASEAN di mana kebanyakan teksi mengunakan bahan bakar kenderaan gas asli (NGV).

• Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di Malaysia.

Page 39: Kuala lumpur
Page 40: Kuala lumpur

PENUTUPDaripada kaji selidik,lawatan dan rujukan mengenai Bandar Bersejarah Kuala Lumpur, kita dapat menghayati dengan lebih mendalam penemuan baru sumber sejarah ibu negara yang terkini. Ini membolehkan kita membuat satu perbandingan terperinci mengenai sumber sejarah yang diperolehi daripada buku teks dan buku rujukan dengan sumber sejarah yang dipamerkan di Arkib Negara. Ada sesetengah sumber merupakan sumber pertama yang belum diproses lagi. Oleh itu kita dapat mempertahankan kesahihan fakta mengenai sesuatu peristiwa secara kronologi.Dari segi lokasi, Kuala Lumpur terletak pada tempat yang begitu strategik yang dikenali sebagai Bandar Bercahaya. Justeru itu, ramai pelancong senang melawati yang datangnya dari dalam atau luar negara. Pelawat-pelawat yang melawat Malaysia tidak sempurna lawatannya,sekiranya tidak mengunjungi kotaraya iaitu Bandar Kuala Lumpur. Popularnya Kuala Lumpur ini dapat diperlihatkan daripada bilangan pelancong dari suku pertama tahun 2013,berjumlah 6,449,398 orang.Sebagai satu mercu tanda pelancongan yang menarik di Malaysia, Kuala Lumpur penting dari segi ekonomi dan sejarah amnya. Justeru itu, kepentingan Kuala Lumpur adalah banyak kerana banyak bidang dan pekerjaan profesional memperkukuhkan lagi ekonomi serta sejarahnya secara tidak langsung.Rancangan masa depan Kuala Lumpur dari segi penambahan penduduk,pembesaran dan pertumbuhan fizikal bangunan,pengasingan bangunan bersejarah dan sebagainya adalah tertakluk kepada dasar kerajaan demi “Wawasan 2020”untuk melahirkan insan yang tahu akan sejarah dan menghormatinya.

Page 41: Kuala lumpur

LAMPIRAN

Page 42: Kuala lumpur

SENARAI NAMA PENYELIDIK

Page 43: Kuala lumpur
Page 44: Kuala lumpur
Page 45: Kuala lumpur