kristianisasi dan dakyah halus yang menyerap ummat: · pdf filepenjajahan portugis di melaka....

33
__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat m.s. 1 Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: Suatu Fakta 1 Nota ringkas oleh: A. Karim Omar 2 1 Mukadimmah 1.1 Latar Belakang a. Mungkin bangsa Melayu di Tanah Air kita boleh berbangga dengan suatu fakta, yang diperakui oleh pihak gereja sendiri, bahawa bangsa kita adalah satu- satunya bangsa di dunia ini yang paling sukar untuk mereka murtadkan menjadi penganut Kristian. Namun ini mungkin hanya benar sehingga kajian yang dibuat oleh mereka pada tahun 1928. 3 Mungkin sekarang fakta ini sudah agak sukar lagi untuk dipertahankan setelah sekian abad menjadi suatu bangsa yang berpegang teguh dengan aqidah Islam Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah dan beramal dengan mazhab Asy-Syafi’i.

Upload: hoangkhanh

Post on 13-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 1

Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat:

Suatu Fakta1

Nota ringkas oleh:

A. Karim Omar2

1 Mukadimmah

1.1 Latar Belakang

a. Mungkin bangsa Melayu di Tanah Air kita boleh berbangga dengan suatu fakta,

yang diperakui oleh pihak gereja sendiri, bahawa bangsa kita adalah satu-

satunya bangsa di dunia ini yang paling sukar untuk mereka murtadkan

menjadi penganut Kristian. Namun ini mungkin hanya benar sehingga kajian

yang dibuat oleh mereka pada tahun 1928.3 Mungkin sekarang fakta ini sudah

agak sukar lagi untuk dipertahankan setelah sekian abad menjadi suatu bangsa

yang berpegang teguh dengan aqidah Islam Ahli Sunnah wal Jamaah Asyairah

dan beramal dengan mazhab Asy-Syafi’i.

Page 2: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 2

b. Akhir-akhir ini pelbagai laporan kerap menyebut berlaku kes-kes pemurtadan

orang-orang Melayu Islam terutamanya kerana menganut agama Kristian. Kes-

kes ini telah banyak juga diperakui kesahihannya. Sehinggakan suatu kajian

telah dibuat oleh seorang paderi dari Sabah untuk mengenalpasti identiti sosio-

keagamaan dan kehidupan orang-orang Kristian Melayu Malaysia4. Cuma yang

tidak disepakati ialah berapakah bilangannya yang telah murtad sehingga kini.

1.2 Skop

a. Kertas ini tidak menyenaraikan kesemua kaedah dan strategi gerakan

pemurtadan Kristianisasi di Malaysia. Kita akan cuba memfokuskan hanya

kepada strategi dan tipu helah dakyah halus terkini evangelis Kristian yang

mereka perakui amat berkesan terhadap umat Islam.

b. Kita juga bukan ingin membincang isu-isu perbandingan agama (comparative

religion) dan bukan juga untuk perbincangan keperluan dan kaedah untuk kita

berdakwah kepada penganut Kristian.

1.3 Had dan Kekurangan

a. Kertas ringkas ini sudah tentu tidak mampu memberi gambaran yang

menyeluruh dan terperinci tentang gerakan Kristianisasi dan dakyah halus yang

dibincang. Ianya sekadar perkongsian ringkas dari pembacaan terhad penulis.

b. Kertas ini juga banyak kekurangannya dan tidak dapat disediakan dalam bentuk

kajian yang sepenuh akademik dan hanya ditulis dalam bentuk isi-isi

perbincangan sahaja. Mustahil juga penulisan ringkas ini dapat membawa

pelbagai rujukan lain dan menyebut kesemua wadah dan pertubuhan yang

bergerak terangan mahupun secara tersembunyi di Malaysia ini.

Page 3: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 3

2 Gerakan Pemurtadan

2.1 Sejarah Ringkas Gerakan Dakyah dan Pemurtadan

a. Gerakan dakyah pemurtadan Kristian (Christian Missionary) terhadap umat

Islam boleh dikatakan bermula dengan seorang yang bernama Raymond Lull

(1232-1316M).5 Beliau yang juga dianggap sebagai seorang teologis dan penyair,

memulakan usaha pendakyahannya di Andalusia dan Afrika Utara semasa

Kerajaan Islam Sepanyol masih tertegak. Lull membuka sekolah “missionary”

pada tahun 1276 dalam usahanya untuk berdakyah di negara-negara Islam dan

pernah dipenjara dan dihalau namun tetap gigih dengan usaha

pemurtadannya.

b. Kegigihan Lull lebih 700 tahun lalu telah merintis jalan untuk gerakan dakyah

pemurtadan yang begitu tersusun kini. Malah asas panduan perancangannya

masih digunapakai kini. Tiga asas perancangannya ialah;6 seorang pendakyah

mesti memahami bahasa Arab dan seumpamanya dengan penuh

komprehensif; mereka juga mesti belajar dari bahan-bahan rujukan Islam bagi

berhujah dengan orang-orang Islam dan mereka juga mesti bersedia untuk

berkorban untuk “pengsaksian terhadap Jesus”. Malah bermula dari saranan

beliaulah pusat-pusat pengajian Kristian mula mengajar bahasa dan ilmu-ilmu

Islam.

c. Namun, gerakan Kristianisasi yang tersusun di bawah pemerintahan negara

boleh dikira dari permulaan siri penjajahan empayar-empayar Kristian Eropah

selepas itu. Ianya bermula dengan Perjanjian Tordesillas yang dibuat pada 7 Jun

1494 di antara raja Portugis dan Sepanyol di bawah dokongan ketua agama

Kristian ketika itu Pope Alexander VI yang membahagikan “dunia baru” antara

Sepanyol dan Portugis pada garis kepulauan Cape Verde.

Page 4: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 4

d. Maka dari sini bermulalah siri penaklukan dua kuasa besar Kristian Eropah,

ketika itu juga disebut sebagai mencari kekayaan, kemegahan dan

menyebarkan ajaran Bible (Gold, Glory and Gospel)7, yang sebenarnya

merupakan dendam perang salib yang

mereka telah tewas di tangan tentera

Islam. Sejarah siri kekejaman

pelayaran dan penaklukan penjajah-

penjajah Eropah ini dicatat dalam

banyak buku sejarah tulisan sarjana

barat sendiri.

e. Pada kurun 18 dan kurun 19, pusat-

pusat kaderisasi pendakyah Kristian

Protestant (Protestant missionary

societies) mula tumbuh di United

Kingdom dan Amerika Syarikat bagi

menyaingi gerakan dakyah Kristian

Katolik yang sudah lama diasaskan.

f. Pada akhir kurun 19 dan di awal kurun

20, timbul beberapa lagi tokoh

pendakyah yang banyak menyusun

serta membina dasar-dasar

pendakyahan dan menjadi panduan kepada pelbagai gerakan dakyah selepas

runtuhnya kerajaan khalifah Islam.

g. Bermula zaman penguasaan Empayar British (akhir kurun 18 – awal kurun 20)

dan hingga sekarang, gerakan yang tersusun dan terlatih mula tersebar.

Pelbagai pusat pengajian khusus untuk penyebaran dakyah Kristian tumbuh

dan menyediakan bahan-bahan yang lengkap. Pengalaman, khusus dari

mereka yang bergiat langsung berdakyah di bumi-bumi Islam, memberi

Salinan naskah Perjanjian Tordesillas yang dimeterai di antara Raja

Sepanyol dan Raja Portugis oleh Pope Alexander VI pada tahun 1494

Page 5: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 5

pengajaran untuk mereka mengemas-kini strategi dan taktik dakyah.8 Nama-

nama seperti Samuel Zwemer9, James Barton, dan lain-lain lagi banyak

meletakkan asas untuk disusuli oleh pendakyah kurun 20. Malah ada di

kalangan mereka, seperti Snouck Hurgronje seorang rakyat Belanda,

menyelinap masuk dalam masyarakat Islam sepenuhnya dengan berpura

menganut Islam melakukan kajian semasa tinggal di Makkah dan Indonesia.

h. Dalam zaman kontemporari ini, semenjak akhir kurun lepas, elemen-elemen

pengurusan dan perancangan strategik (management and strategic planning)

dan motivasi dari mereka yang berpengalaman dari dunia perniagaan dan

perundingan yang dianggap sebagai pakar pengurusan dan pakar motivasi

(“management gurus” dan “motivators”) mula membantu menyusun semula

gerakan dakyah Kristian dalam era globalisasi kini.10

2.2 Perkembangan Dakyah Gereja di Tanah Melayu

a. Sejarah pendakyahan pihak gereja di Tanah Melayu bermula semenjak

penjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang-

orang Melayu “kurang berhasil,”11 tetapi ianya dilihat amat berjaya dan

memberi impak moral dengan menjadikan penaklukan ke atas kota Melaka ini

sebagai membalas dendam perang salib mereka - “ … the last of the Crusades,

Page 6: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 6

an effort to attack Islam in flank and rear”12 (... perang Salib terakhir, suatu

usaha menyerang Islam dari sisi dan belakang). Dendam perang salib Portugis

turut dicatat dengan pengkisahan menangkap para pejuang Melayu yang

menentang Portugis dan merantaikan mereka sambil dipaksa mereka

memecahkan kubur Sultan-sultan Melaka dan masjid-masjid untuk diambil

batu-bata ini dijadikan kubu pertahanan “A Famosa” (yang kita kini banggakan

sebagai bangunan bersejarah Malaysia?). Mereka turut dipaksa untuk membina

gereja. Ini dilaporkan oleh Raja Manuel (Portugis) kepada Pope Leo X bahawa

pada 6 Jun 1513 bahawa “Palang Salib” telah menang ke atas “Bulan Sabit” di

kota Melaka13 yakni sebagai tanda tentera Kristian telah mengalahkan tentera

Islam.

b. Walaupun penaklukan Melaka ini dijadikan pusat gerakan dakyah dan

digunakan sebagai pangkalan oleh Francis Xavier, (centre for evangelization

and used as a base)14, namun, pendakyahan Portugis akhirnya hanya tertumpu

di Melaka sahaja, iaitu satu-satunya wilayah takluk mereka ketika itu di rantau

ini dan kurang berhasil di kalangan orang-orang Melayu Islam ketika itu.

Kaedah menambahbiak bilangan yang digunakan oleh Portugis (di mana-mana

wilayah yang dijajah mereka, termasuk di Afrika dan di India) adalah lebih

kepada cara mengahwini orang-orang tempatan15 (tetapi keganasan dan

penghambaan terhadap umat Islam tetap tercatat dengan banyaknya).

Berbeza dengan paksaan secara kekerasan seperti yang telah mereka lakukan

dengan mengkristiankan hampir keseluruhan penduduk Filipina berbangsa

Melayu apabila Sepanyol dan Amerika Syarikat (kemudiannya) mengguna

segala kekuatan ketenteraan mereka.

c. Kemudian, apabila Belanda menjajah, mereka membawa fahaman Protestant.

Permusuhan menebal mereka dengan Portugis yang berfahaman Katolik ketika

Page 7: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 7

itu sedikit sebanyak kurang memberi penumpuan kepada pendakyahan orang-

orang tempatan (Melayu)16 dan hanya lebih berminat dalam urusan

perdagangan.

d. Namun, apabila British datang ke Tanah Melayu, mereka datang dengan lebih

tersusun untuk menyebarkan dakyah Kristian mereka. Dengan mempelajari

dari sejarah kekejaman dan penghambaan yang dilakukan oleh Portugis di

Afrika dan negara-negara sebelah timur dan juga kezaliman dan pembunuhan

yang telah dilakukan oleh Sepanyol di benua Amerika, yang banyak

menghasilkan penentangan dari orang-orang tempatan, British mengguna

strategi dan taktik yang lebih berhemah dan cilik dengan “banyak

berdiplomasi” dalam penjajahan mereka di seluruh pelusuk dunia.17

e. Kedatangan British ke Tanah Melayu turut bertepatan dengan perkembangan

dramatik pada gerakan Kristian Protestant (The establishment of British rule in

Malaya coincided with the dramatic expansion of Western Protestant Christianity

...).18 Dan Tanah Melayu juga digunakan sebagai pangkalan untuk

menyebarluas dakyah mereka di negara China (Malaya as out-post and staging

for missionary work in China [Ultra Ganges Mission])19

f. Walaupun penumpuan dakyah di Tanah Melayu ketika itu adalah terhadap

bangsa Cina dan India, pembukaan gereja (chapel) Melayu yang pertama di

Singapura oleh Stamford Raffles pada 27 Jun 182320 serta menyediakan tapak

tanah perkuburan khas untuk orang Melayu Kristian membuktikan niat jahat

Raffles. Beliau turut berusaha membuka sekolah perempuan Melayu sebelum

beliau digugurkan dari menjadi Gabenor pada tahun 1824.21 Raffles turut

meluluskan 500 ekar tanah rancangan yang mengumpul dan mengasingkan 50

keluarga Melayu untuk diberi kemudahan ekonomi dengan syarat

menyerahkan anak-anak mereka masuk ke sekolah mubaligh. Pengasingan ini

Page 8: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 8

adalah bagi memudahkan usaha memurtadkan anak-anak Melayu ini. Syarat-

syarat ketat yang dikenakan kepada pelajar-pelajar Melayu yang masuk ke

sekolah ini, antara lain ialah, bahawa pengawasan oleh pentadbiran sekolah

terhadap kanak-kanak mengatasi otoriti ibu-bapa, para pelajar tidak

dibenarkan keluar dari sekolah dan tidak dibenar langsung bercampur atau

berkawan dengan kanak-kanak di luar dari komuniti terkawal ini dan mereka

dikehendaki menghormati hari-hari kebesaran Kristian.22

g. Bermula dari empat (4) Penempatan Selat (Straits Settlement), British berjaya

menjalar masuk ke seluruh Tanah Melayu. Di segenap kawasan yang mereka

berjaya menyelinap masuk, melalui mainan diplomasi mereka, mereka berhasil

meletakkan dua asas utama; gereja dan sekolah missionari mereka23. Maka dari

dua institusi begini berkembanglah dakyah halus mereka dalam mendekati hati

orang-orang tempatan.

2.3 Status

a. Angka sebenar umat Islam di Malaysia yang telah murtad sukar diperolehi

dengan tepat. Begitu juga dengan statistik kes-kes pemurtadan yang berlaku

saban hari kini.

b. Menurut bancian tahun 2000,24 jumlah penganut agama Kristian pada tahun

1991 ialah seramai 1.4123 juta orang manakala pada tahun 2000 ialah seramai

Page 9: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 9

2.0235 juta orang. Ini menandakan pertambahan seramai 611 ribu orang iaitu

peningkatan sebanyak 43.28 peratus (1991 – 2000) atau sebanyak purata 4.81%

setiap tahun.

c. Walaupun umat Islam di Malaysia adalah merupakan kelompok majoriti dan

melebihi 60 peratus, namun bilangan itu adalah termasuk juga dari mereka yang

digolongkan sebagai pengikut ajaran sesat dan juga termasuk mereka yang

disebut sebagai “murtad” oleh Sahibus Samahah Tan Sri Harussani, Mufti Perak,

yang pernah menyebut (2006) golongan mereka yang telah murtad seramai

250,000. Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Ustaz Haji Yusof Rawa

dilaporkan pada tahun 1987 pernah menyatakan bahawa terdapat 66,000 orang

Melayu telah meninggalkan agama Islam.25 Kemudian termasuk juga golongan

sesat ajaran Syiah, yang mengaku mempunyai seramai 200,000 – 300,00026

orang pengikut. Bilangan ini ditambah lagi dengan mereka yang mengikut

pelbagai ajaran sesat yang masih aktif termasuk Qadiani, Al-

Arqam/Rufaqah/Global Ikhwan, Ayah Pin, Mahmud ”Marzuq” Sik/Hulu Langat,

Kahar Rasul Melayu dan banyak lagi.

d. Terbaru, kita perlu juga masukkan mereka yang berfahaman dan beriktikad

Liberal dan Plural. Mereka ini telah juga difatwakan sesat. Agak sukar untuk

memberi anggaran angka sebenar mereka yang liberal dan menyamakan semua

agama ini namun jika dilihat secara rambang dengan pelbagai suara sumbang

dan komen dalam alam maya internet ianya agak mengerunkan.

e. Termasuk juga dalam bilangan yang memajoritikan umat Islam di Tanah Melayu

ini ialah mereka yang tergolong dalam kumpulan penagih dadah dan pengidap

HIV/AIDS yang rata-ratanya orang-orang Melayu beragama Islam. Laporan

Agensi Anti Dadah Kebangsaan tahun 2012 menyebut seramai 42,526 penagih

baru yang dikesan sepanjang tempoh 2008-2012 (5 tahun) dan 80 peratus dari

Page 10: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 10

penagih ini adalah berbangsa Melayu.27 Jumlah terkumpul kes HIV semenjak

ianya mula dikesan pada tahun 1986 hingga tahun 2011 ialah sebanyak 91,362.28

f. Jika kesemua angka ini diambil kira, umat Islam yang dikatakan majoriti di tanah

tumpah darah kita ini sukar untuk tegaskan bilangan yang sebenarnya umat

yang benar-benar efektif dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat

serta kekal mengikut dan mengamalkan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

g. Dibebankan lagi dalam suasana politik Tanah Air yang amat dipolarisasikan oleh

fahaman politik kepartaian. Secara rambangnya kita boleh pecahkan pula

orang-orang Melayu Islam kepada tiga kumpulan yang semakin mengecil

peratusannya. Maka dari segi suara umat Islam bagi menentukan masa depan

yang terjamin untuk umat Islam di Tanah Air kita ini dalam menentang serangan

pemurtadan dan Kristinisasi, umat Islam yang ada ini berpecah dan tidak

berkualiti.29 Apakah dengan suasana sebegini mampu untuk kita pertahankan

masa depan depan umat Islam demi menjamin kemurnian aqidah generasi

seterusnya? Anak cucu kita!

2.4 Unjuran Peratusan Penganut Pelbagai Agama

a. Berdasar peningkatan peratusan penganut agama Kristian yang sebegini (rujuk

2.3 (b), di atas), jika dilakukan unjuran kasar garis lurus (straight line

extrapolation), jumlah penganut Kristian pada tahun 2010 sepatutnya berjumlah

2,279,861. Namun menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia jumlah

penganut Kristian pada tahun 2010 ialah seramai 2,617,157 orang. Ini bermakna,

Page 11: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 11

kadar pertambahan penganut Kristian pada tahun 2000-2010 adalah lebih tinggi

dari kadar pada tahun 1991-2000. Ini bermakna ia melebihi kadar unjuran garis

lurus.30

b. Pakar kajian statistik Kristian, David Barret, yang menerbitkan World Christian

Encyclopedia31 mengatakan kadar pertambahan penganut Kristian di Malaysia

ialah sebanyak 1.2% setahun pada tahun 2000 dan seterusnya. Manakala,

menurut Operation World,32 angka pertambahan penganut Kristian di Malaysia

adalah sebanyak 1.9% peratus setahun. Ianya lebih tinggi dari unjuran Barret.

c. Dengan pelbagai model unjuran yang boleh digunakan, penganut agama

Kristian boleh menjadi kelompok majoriti dan melebihi peratusan penganut

Islam kurang dari 100 tahun akan datang jika langkah-langkah sewajarnya tidak

dilakukan dengan serius dan segera.

d. Contoh yang paling mudah untuk kita lihat kejayaan gerakan mubaligh Kristian

ini ialah model Korea Selatan. Dalam kurang 40 tahun dari hasil kerja

bersungguh mubaligh untuk dakyah di Korea Selatan pada tahun-tahun 1970an

1980an, negara itu kini menjadi sebuah negara yang peratus bilangan penganut

Kristian tertinggi di Asia Timur. Malah bilangan penganut Kristian kini menjadi

kelompok terbesar di negara itu. 40 peratus dari penduduk yang seramai lebih

48 juta itu kini menganut agama Kristian.33

Page 12: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 12

Sebagai contoh dipetik di sini:34

At the time of the Korean War, the nation’s Pentecostal believers could be

counted only in the hundreds, but by the early 1980s, their ranks had

swelled to almost half a million.

Korea Selatan juga kini menjadi negara kedua menghantar paling ramai

pendakyah mereka ke luar negara dengan memberi tunpuan khusus kepada

negara-negara Islam.35

e. Contoh Nigeria. Sebelum kemerdekaan negara Nigeria, tahun 1953, penganut

Islam berjumlah 45.3 peratus dari penduduknya berbanding dengan hanya 21.4

peratus yang beragama Kristian.36 Statistik pada tahun 2010 menunjukkan

penganut Kristian berjumlah 49.3 peratus dan telah melebihi orang Islam yang

hanya berjumlah 48.8 peratus.37 Pelbagai laporan menyebut jurang perbezaan

antara peratusan penganut Kristian dan peratusan penganut agama Islam

semakin besar.

f. Jika kita rujuk pelbagai bahan kajian penyebaran Kristian, para mubaligh

mereka berjaya menambahkan kadar bilangan penganutnya yang lebih besar

dari kejayaan dakwah Islam terutama di negara-negara sasaran mereka:38

Page 13: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 13

Evangelicalism is growing twice the pace of Islam and three times as fast as

the overall world population according to Mandryk. He indicated that a

significant growth of evangelicalism is seen in the global South such as

Brazil, China, Bangladesh and Nigeria which have “exploding” Christian

populations.

3 Dakyah Halus Agenda Tersirat dan Tersurat Evangelis Antarabangsa

3.1 Dakyah halus agenda Kristianisasi ke atas umat Islam seluruh dunia bukan suatu

yang disorok. Pelbagai kaedah telah

dilakukan oleh evangelis gerakan

Kristian dengan ada yang jelas

dizahirkan secara terbuka dan banyak

lagi yang dilakukan secara halus dan

tersembunyi.

3.2 Tidak mungkin dapat diulas dengan

panjang lebar kesemua strategi

mereka dalam tulisan ringkas ini cukup

sekadar memberi beberapa

pendedahan untuk kita sama-sama

faham dan ambil tindakan sewajarnya.

3.3 Salah satu strategi yang diuar-uarkan

mereka ialah apa yang disebut sebagai

“Jendela 10/40” (10/40 window) yang

merujuk kepada negara-negara yang

terletak di antara garis lintang 10 darjah

Kulit depan majalah Time keluaran 30 Jun 2003

Page 14: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 14

hingga 40 darjah ke utara garisan khatulistiwa.39 Hampir kesemua negera-negara

ini adalah majoriti penduduknya beragama Islam atau mempunyai bilangan

penduduk beragama Islam yang besar (India, China).

3.4 Dengan sedikit carian yang mudah melalui internet kita akan dapati pelbagai

rujukan dan pendedahan berhubung niat dan matlamat agenda Kristianisasi serta

strategi-strategi gerakan evangelis ini dapat kita perolehi. Sebagai contoh, Joshua

Project, berpusat di Colorado Amerika Syarikat (dulu dikenali sebagai AD2000 and

Beyond Movement), mengumpul data yang menyeluruh pelbagai kumpulan etnik

seluruh dunia sebagai usaha menyediakan data lengkap kepada usaha-usaha

evangelis mereka.

3.5 Walaupun gerakan Kristianisasi ini diketahui umum, namun terdapat terlalu

banyak strategi gerak-kerja evangelis ini yang tersirat di mana ianya nampak

neutral dan murni luarannya dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangi oleh orang-

orang Islam kerana jarum halus mereka ini amat manis sekali. Dengan gerak-kerja

tersirat sebeginilah mereka memperolehi simpati dan dokongan orang-orang

Islam sendiri.40

3.6 Di antara gerak kerja mereka ialah berselindung di belakang misi kemanusiaan

seperti mana yang mereka telah lakukan di Afghanistan dan Iraq. Mereka juga

lakukan sedemikian di kawasan-kawasan yang dilanda mala petaka seperti

bencana tsunami di Acheh.41 Mereka juga melakukan pelbagai usaha “kebajikan”

untuk membantu masyarakat tetapi mempunyai motif bagi mendekati mereka

yang hendak didakyahkan. Ini dilakukan dengan menyediakan rumah kebajikan

Page 15: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 15

atau rumah perlindungan (shelter home) untuk warga tua, pesakit HIV/AIDS,

mereka yang gelandangan, remaja bermasalah dan yang seumpamanya.42

3.7 Untuk tujuan perbincangan tajuk yang diberi kita akan lihat satu isu yang menjadi

polemik di kalangan umat Islam di Tanah Air kita yang sebenarnya adalah strategi

terkini yang paling berkesan terhadap umat Islam yang diperakui sendiri oleh

evangelis Kristian.43 Kita akan bicara isu penggunaan nama suci Allah untuk

terjemahan God sebagai suatu contoh terbaik strategi kontekstualisasi gerakan

Kristian sedunia.

4 Helah dan Polemik Kalimah Allah

4.1 Umat Islam di negara kita berdepan dengan satu polemik susulan tuntutan puak-

puak evangelis Kristian yang hendak menggunakan nama suci Allah untuk

terjemahan istilah God dalam bahasa Inggeris.

4.2 Di negara kita yang berdaulat ini, kita mempunyai entiti yang sah dan rasmi untuk

dokumentatsi pengkamusan dan istilah iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka yang

ditubuh di bawah Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Menurut DBP,

terjemahan istilah “God” dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu ialah

“Tuhan”.44 Mana-mana pihak atau sesiapa juga sepatutnya menggunakan rujukan

rasmi dari DBP untuk pengesahan peristilahan dan terjemahan ke dalam bahasa

Melayu.

Satu cara mudah untuk memahami isu terjemahan istilah “God” ini kita gunakan

analogi sebegini. Saya bernama Karim dan saya seorang lelaki. Di dalam bahasa

Inggeris lelaki disebut sebagai “man”. Maka, jika saya mahu terjemahkan istilah

“man” kepada bahasa Melayu, maka ianya ialah “lelaki”. Bukan diterjemahkan

Page 16: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 16

kepada nama saya “Karim” – kerana itu nama saya (nama khas). Begitulah juga

analoginya untuk terjemahan istilah “God” sebetulnya “Tuhan” bukan nama khas

“Allah”. Kenapa perkara semudah ini mahu dikelirukan?

4.3 Di kalangan penganut Kristian sendiri mereka tidak sepakati dalam isu

penggunaan nama khas “Allah” untuk tujuan digunakan sebagai menggantikan

nama asal Tuhan mereka iaitu Elohim, YHWH atau Yahweh. Ramai di kalangan para

paderi terkemuka yang menolak penggunaan nama suci Allah untuk merujuk

kepada Tuhan dalam agama Kristian itu. Sebagai contoh, Presiden Southern

Baptist Theological Seminary,45 Dr. R. Albert Mohler, Jr. mengatakan bahawa

“seorang Kristian tidak boleh dibaptiskan dengan nama Allah” (a Christian cannot

baptize in the name of Allah).46

4.4 Gabriel Habib, Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Timur Tengah (General

Secretary of the Middle East Council of Churches), satu majlis gabungan gereja-

gereja Orthodoks Yunani (Greek Orthodox) termasuk juga beberapa gereja Katolik

dan Protestan, mengutuskan surat bertarikh 3hb Julai 1987 kepada ramai ketua

evangelis di Amerika Utara membantah strategi sebegini kerana ianya akan

“menghilangkan warisan spiritual … dan … pengalaman spiritual” (The loss of

such a precious spiritual heritage in our efforts to communicate the message of

Christ diminishes the real potential of accumulated spiritual experience”)47.

4.5 Pihak gereja sendiri memperakui bahawa penggunaan nama suci Allah bukanlah

suatu yang lazim digunakan bagi mengantikan istilah “God” mereka tetapi puak

Page 17: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 17

evangelis tetap mahu gunanya kerana ianya adalah suatu strategi tipu daya

pemurtadan Kristianiti. Dipetik di sini:48

“… terjemahan Bible ke bahasa Arab dan lain-lain bahasa majoriti Muslim …

lazimnya tidak mengguna istilah Allah untuk terjemahan perkataan Hebrew

YHWH (istilah untuk Tuhan yang disebut dalam Perjanjian Lama)” (It should be

noted that the biblical translations of the Bible into Arabic and other languages

used by the majority Muslim communities in the Middle East, Africa and Asia have

generally not used Allah to translate the Hebrew tetragrammaton YHWH).

4.6 Walaupun pihak Kristian sudah tidak sepakati dalam usaha penggunaan nama suci

Allah, namum seorang paderi Kristian yang terdesak mencari helah untuk

menjustifikasi keperluan mereka mengguna nama suci Allah memberi sebab

berikut:49

“Bagaimana seseorang hendak menyanyi lagu rasmi negeri-negeri Selangor,

Kedah, Pahang, Johor, Kelantan dan Trengganu sekarang, kerana terdapat rujukan

kepada “Allah” di dalam lagu-lagu ini kerana ianya merujuk kepada Tuhan orang

Islam sahaja?”

Paderi Eu Hong Seng ini mengguna hujah yang luar dari konteksnya. Pengharaman

penggunaan kalimah Allah bukannya larangan menyebut kalimah Allah tetapi

larangan menggunakannya bagi menterjemahkan istilah “God” kepada “Allah”

kerana terjemahan yang sebetulnya ialah “Tuhan”. Kita tidak melarangnya

menyanyikan lagu rasmi negeri kerana Allah yang dimaksud dalam lagu tersebut

merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Orang Kristian tidak langsung dilarang menyebut nama kawan-kawan mereka

yang bernama “Abdullah”. Dan tidak juga kita paksakan mereka untuk memanggil

kawan mereka itu dengan nama “Abdul God”.

Page 18: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 18

4.7 Malangnya ada sebahagian umat Islam, terutamanya di Tanah Air kita, mengambil

sikap menyokong tuntutan puak evangelis ini. Mungkin mereka dhaif tentang

tujuan dan niat jahat puak evangelis menuntut penggunaan nama suci Allah itu.

Dek kerana kedangkalan mereka, sesetengah orang Islam yang menyokong

penggunaan nama suci Allah untuk tujuan terjemahan “God” sebenar tidak faham

isu yang dibincangkan dan cuba menjadi “jaguh” yang “cerdik” berhujah. Mereka

turut berhujah cara orang Kristian bahawa jika orang bukan Islam tidak dibenarkan

maka bagaimana mereka hendak menyanyi lagu negeri yang mana terdapat nama

suci Allah di dalam lirik kebanyakan lagu negeri. Orang-orang seperti ini tidak

faham isu yang dibincang

tetapi mahu juga nampak

memberi pandangan

“cerdik”nya. Isu yang kita

bicara ialah terjemahan

istilah God sepatutnya

mengguna istilah Tuhan

seperti mana yang

sebetulnya. Bukan nama

khas Allah. Tiada larangan

untuk orang bukan Islam

menyebut nama Allah.

4.8 Persoalannya ialah kenapa pihak gereja berdegil untuk mengguna nama suci Allah

untuk terjemahan istilah God dalam bahasa Inggeris sedang terjemahan yang

tepat ialah Tuhan. Tuntutan untuk mengguna kalimah Allah hanya dituntut mereka

untuk bahan cetakan dalam bahasa Melayu dan tidak untuk lain-lain bahasa yang

mereka cetak dan edarkan. Apakah helah di sebaliknya? Kenapa pihak gereja

HANYA mahu menggunakan nama suci Allah untuk terjemahan bahasa Melayu

sahaja dan tidak dalam bahasa-bahasa lain yang mereka gunakan di Malaysia?

4.9 Sebagai umat Islam di Malaysia, kita tidak mahu fenomena kebanjiran gereja-

gereja Kristian tertulis “Rumah Allah” sepertimana yang berlaku di negara jiran. Ini

kerena Allah yang kita maksudkan ialah Allah yang Maha Esa yang tidak beranak

Page 19: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 19

dan tidak diperanakkan. Bukannya konsep ketuhanan triniti yang paradoks dan

sukar dijelaskan oleh sesetengah orang Kristian sendiri.

4.10 Niat jahat dan tipu helah puak evagelis Kristian terbongkar apabila ianya diperakui

sendiri oleh para evangelis Kristian. Perakuan ini terserlah dalam tulisan mereka

sendiri apabila beberapa buah majlis agama Islam di Malaysia mengharamkan

penyiaran lagu nyanyian Agnes Monica berjudul ‘Allah peduli’.50 Dalam

menyatakan bantahan mereka terhadap larangan tersebut, gerakan evangelis

Kristian dengan jelas menyebut bahawa strategi penggunaan kalimah Allah adalah

suatu yang strategik demi untuk

menarik “orang-orang Islam untuk

mengenali Tuhan mereka” (the point is

to have people understand who Christ is)

dan mereka turut menyatakan larangan

tersebut membantut usaha mereka agar

orang Islam terbuka untuk baca Bible

(The negative impact of not using it is

that it would make it harder for a Muslim

to pick up a Bible).51

4.11 Dalam satu perhimpunan di Chicago,

Amerika Syarikat pada hujung tahun

2010, yang dihadiri oleh para evangelis

yang melakukan dakyah mereka di

negara-negara Islam, mereka berkumpul

memberi laporan keberhasilan gerak

kerja mereka. Mereka juga merumuskan

bahawa hasil dari usaha tidak mengguna istilah-istilah yang asing kepada umat

Islam dan mengguna istilah-istilah yang lebih hampir untuk orang-orang Islam

seperti Allah, solat dan seumpamanya, maka ianya “… membuahkan hasil yang

DRAMATIK di kalangan orang-orang Islam …” kerana dikatakan “Supaya bila

Page 20: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 20

orang Islam baca mereka tidak rasa asing dan tidak terus menolak Bible” … “maka

ramai orang Islam akan terbuka dan berminat untuk mengenali Jesus”. Malah

artikel bertajuk “The Son and the Crescent” tersebut mengatakan bahawa

mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam (use religious

vocabulary familiar to Muslims) adalah supaya memudahkan kerja-kerja dakyah

mereka52

Walaupun sebahagian paderi dalam perhimpunan itu sendiri menentang usaha

untuk mengguna istilah-istilah yang sebegini, namun kerana niat jahat mereka

untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam maka penggunaan istilah itu

diteruskan.

Perhimpunan tersebut turut dimaklumkan usaha mengelirukan umat Islam dengan

istilah-istilah ini telah berjaya dengan “ribuan orang-orang Islam di negara ini

sahaja (tanpa menyebut nama negara) telah mula percaya terhadap kepada Jesus

(many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus).53

Ini bermakna ribuan umat Islam telah berjaya dimurtadkan dengan cara tipu helah

ini.

4.12 Dalam strategi ini, evangelis Kristian akan membuat tuntutan penggunaan nama

yang lain untuk menterjemahkan God itu bersesuaian dengan masyarakat yang

hendak mereka dakyahkan. Untuk orang-orang Melayu-Islam di Malaysia mereka

menuntut penggunaan nama suci Allah. Untuk masyarakat Bangladesh yang

beragama Hindu mereka menuntut penggunaan nama Tuhan Hindu iaitu “Iswar”.

Para evangelis di Bangladesh ini mengatakan bahawa penggunaan istilah ini

sebagai “pengantara kepada kepercayaan Kristian”54

Malah, paderi Phil Parshall, yang banyak menghabiskan masanya untuk berdakyah

di benua kecil India terutamanya di Bangladesh, memperakui dengan lebih 21

kumpulan pendakyah yang menumpukan masa mereka lebih 50 tahun sebelum ini

hanya Berjaya memurtadkan sekitar 100 orang sahaja. Tetapi dengan strategi

Page 21: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 21

terkini mereka ini (penggunaan istilah-istilah dan cara ibadat orang-orang Islam),

puluhan ribu telah murtad menerima agama Kristian sejak kebelakangan ini.55

Maka tuntutan mereka untuk mengguna nama suci Allah sebagai satu kalimah

terjemahan kepada “God” jelaslah hanya suatu helah strategi penipuan mereka.

Inilah sebahagian dari kaedah terkini mereka yang amat berjaya dalam menarik

serta memurtadkan orang-orang Islam, seperti dibicarakan seterusnya.

5 Strategi Kontekstualisasi dan Gerakan Dalaman

5.1 Kontekstualisasi

a. Menurut J Dudley Woodberry, Profesor Emeritus di Fuller Theological Seminary

School of World Missions56, Amerika Syarikat, orang-orang Islam yang cuba

didakyahkan oleh evangelis Kristian merasakan bentuk penyembahan Kristian,

termasuk istilah-istilah yang digunakan, aneh dan ofensif.57 Halangan-halangan

seperti ini menyukarkan evangelis Kristian untuk mendekati mangsa mereka.

b. Oleh yang demikian kebanyakan evangelis Kristian bersedia untuk

menggugurkan apa sahaja cara penyembahan yang aneh dan ofensif kepada

orang-orang Islam serta membenarkan orang-orang Islam yang murtad itu

mengekalkan beberapa bentuk dan istilah dari agama Islam untuk digunakan

sebagai muslihat dan membenarkan mereka berterusan dengan penggunaan

istilah serta beberapa bentuk ibadat Islam walaupun mereka telah

dimurtadkan.58

Page 22: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 22

c. Maka kontekstualisasi (contextualization) adalah suatu strategi pendakyahan

Kristian dengan cara mengambil guna istilah-istilah dan cara beribadat yang

biasa digunakan oleh masyarakat Islam setempat. Ini bertujuan untuk

memudahkan “mangsa” pemurtadan memahami “dakyah” evangelis dan

membuat “mangsa” pemurtadan tidak merasa “dakyah” itu suatu yang asing.59

d. Pendakyahan kepada orang-orang Islam

pada satu masa dahulu telah diperakui

sebagai suatu usaha yang sia-sia kerana

kesukaran untuk memperdaya serta

memurtadkan mereka. Namun kini,

dengan strategi kontekstualisasi licik dan

komprehensif yang penuh tipu helah

ianya telah memberi ruang serta nafas

baru untuk usaha-usaha pendakyahan

terhadap umat Islam. Harley Talman,

senior mentor di U.S. Center for World

Mission ministry of the Frontier Mission

Fellowship, berpusat di Pasadena

California, Amerika Syarikat, menyatakan

“Pada setiap ketika kita tidak

sepenuhnya kontekstualkan terjemahan

Bible, kita memasukkan racun yang

membuat terjemahan Bible itu kurang menarik dan melemahkan kekuatannya

untuk menembusi masyarakat Islam.” (At every point we fail to fully

contextualize translation of the Bible, we inject it with poison that renders it less

appealing and weakens its power to penetrate Islamic society.) 60

e. Pelbagai istilah dan cara amalan orang Islam telah disenaraikan oleh evangelis

Kristian untuk digunakan dan dibiarkan orang-orang Islam yang baru mendekati

Kristian dengan cara ini. Helah-helah ini termasuk juga menggunakan rukun

Page 23: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 23

Iman dan rukun Islam supaya umat Islam yang kurang ilmu mudah tertipu oleh

muslihat musuh ini.61

f. Dalam terbitan January-February 2013, majalah Christianity Today, di bawah

tajuk “Menyembah Jesus Dalam Masjid” (Worshipping Jesus in the Mosque)

diterangkan dengan jelas strategi puak evangelis ini. Mereka menggalakkan “…

gereja yang menggunakan istilah-istilah dan bentuk dari masyarakat Islam itu

sendiri …” (We need a Muslim-focused church-planting strategy, a church that

uses the terms and forms from their

Muslim community, not something

from other religious communities).62

g. Petikan dari artikel yang sama di atas

menceritakan kisah sepasang suami

isteri yang berasal Islam didakyah

dengan tipu helah bolehnya

menggunakan nama suci Allah, maka

kedua-dua mereka murtad masuk

Kristian. Dan pasangan ini berterus

menggunakan istilah dan perkataan

yang biasa dalam Islam seperti

Alhamdulilllah dan Insha Allah. Apabila

dalam selang suatu tempoh, mereka

berjumpa semula dengan paderi yang

murtadkkan mereka. Paderi tersebut bertanya khabar. Mereka menjawab

“Alhamdulillah”. Maka mereka dimarahi oleh paderi tersebut sambil berkata “

… tidak boleh Alhamdulillah. Tuhan awak sudah bertukar. Awak tidak boleh

syukur kepada Tuhan Islam. Awak kena syukur kepada Tuhan Kristian”. Paderi

itu melarang guna Allah kerana “Allah jahat, Allah adalah Syaitan …”63. Maka

dari sini kita nampaklah di mana kejujuran tuntutan mereka mengguna kalimah

Allah – hinggakan sanggup pula menghina.

Page 24: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 24

h. Kaedah misi ini antaranya ialah tidak secara terangan menyuruh mangsa terus

menukar agama, tetapi mendekati dengan tipu helah sambil sekadar memujuk

untuk menerima “pesaksian terhadap Jesus sebagai penyelamat” untuk

peringkat awal. Sesetengah pendakyah Kristian berpendapat bahawa

penggunaan tipu helah ini hanyalah sebagai langkah sementara untuk menarik

minat umat Islam supaya tidak mudah membantah hasil penipuan gerakan

Kristian. Mereka yang telah meninggalkan Islam ini akhirnya akan secara

beransur diminta (atau ada yang dipaksa) untuk meninggalkan amalan-amalan

agama Islam yang mereka kekalkan setelah mereka murtad.64

i. Malah kejujuran tuntutan puak evangelis ini jelas hanya bertujuan menipu

mangsa yang ingin dimurtadkan. Mereka akan mengguna pelbagai nama untuk

menggantikan nama God mereka kepada nama Tuhan masyarakat setempat

mengikut kesesuaiannya. Strategi beginilah yang disebut sebagai

kontekstualisasi yang kita bicarakan. Dan penggunaan kalimah Allah adalah satu

satu dari usaha bersungguh mereka memecah kebuntuan memurtadkan umat

Islam, terutamanya di Malaysia. Dan usaha tuntutan mereka ini bukan sahaja

berjaya menipu sesetengah orang kita tetapi ianya juga berjaya memecah-

belahkan kita bertelagah sesama sendiri.65

j. Selain tuntutan penggunaan kalimah Allah, strategi kontekstualisasi sebenarnya

telah pun banyak digunakan di Tanah Air kita untuk menipu orang-orang Melayu

yang berasal Islam. Dalam laporan kertas putih, Kertas Perintah 14 Tahun 1988,

Malaysia, “Ke Arah Memelihara Keselematan Negara,” yang dikemukakan

dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara, melaporkan bahawa kumpulan Melayu

yang dikristiankan mengadakan kelas Bible di sebuah rumah kediaman di Taman

Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, di bawah penganjuran paderi Philip Cheong

n Muslim Community”, Grand Rapids, Michigan, Baker Book House, 1985

65 Penulis ingin membawa perhatian pembaca kepada satu penilitian tentang ucapan YB Shah Alam, Khalid Samad (PAS), ketika berucap di Parit Amal, Johor, pada 7 Ogos 1987, sewaktu menjawat Setiausaha Pemuda PAS dengan menyatakan bahawa “ … seluruh Malaysia akan dikristiankan selewat-lewatnya pada tahun 2000 …” berbanding dengan sikap beliau kini yang sungguh beria-ia menyokong puak-puak evangelis Kristian sambil menyanggah sebarang usaha mencegah aktiviti pemurtadan. Petikan ucapan tersebut dirakam dalam kertas putih Parlimen - Kertas Perintah 14 Tahun 1988, Malaysia, “Ke Arah Memelihara Keselematan Negara,” para 45, m.s. 10.

Page 25: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 25

menyaran mereka untuk “duduk di lantai sewaktu beribadat seperti yang

dilakukan oleh orang-orang Melayu; menggunakan rehal untuk mengalas ‘Bible’

sewaktu membaca; dan menggunakan pakaian Melayu seperti songkok, baju

Melayu dan kain pelekat ketika beribadat.” Malah mereka turut bercadang

untuk “membina sebuah gereja mengikut ciri-ciri senibina masjid.”

5.2 Gerakan Dalaman

a. Satu lagi strategi tipu muslihat yang digunakan oleh gerakan Kristianisasi kini

adalah apa yang disebut sebagai gerakan dalaman (insider movement). Gerakan

ini dimaksudkan bahawa apabila seseorang Islam itu murtad, dia tidak perlu

memberitahu sesiapa termasuk ibu bapa mereka sendiri dan terus berkekalan

tinggal dalam masyarakat Islam. Mereka juga tidak perlu menzahirkannya

dengan menghadiri upacara di gereja. Sebab itu mereka ini turut digelar sebagai

penganut Kristian tanpa gereja (Churchless Christianity).67

b. Jika seorang anak muda itu terpedaya dan murtad meninggalkan Islam, dia

dikehendaki menyembunyikannya dari pengetahuan ibu bapa mereka. Kalau ibu

mereka menyuruh memakai tudung, mereka akan akur dan patuh. Apabila

bapanya mengajaknya solat di masjid dia akan patuh dan turut bersama solat

berjemaah. Kedua ibu-bapanya langsung tidak akan mengesyakinya. Kisah ini

mengingatkan kita kepada suatu kisah seorang mahasiswa IPT di Lembah Klang

yang mati kemalangan dan apabila diangkat jenazahnya ternampak rantai salib

yang terselindung di bawah tudung yang dipakainya. Ibu-bapa si-mati tidak

pernah mengetahui atau mengesyaki bahawa anaknya telah pun

dimurtadkan.68

66 Kertas Perintah 14 Tahun

Page 26: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 26

c. Malah jika seluruh anggota keluarga tersebut telah murtad dan menganut

Kristian dan tinggal di kawasan penempatan orang Islam, mereka dikehendaki

mengekalkan identiti luaran mereka sebagai seorang yang masih Islam. Mereka

ini akan digalakkan untuk menyambut hari Raya sepertimana jiran-jiran dan

keluarga mereka melakukannya. Ini termasuk disarankan agar menghiasi rumah

mereka dengan langsir baru, membeli pakaian baru untuk anak-anak mereka,

menyediakan juadah untuk Hari Raya. Malah disarankan juga untuk menyertai

sembelihan korban untuk Aidil Adha.

d. Suasana di rumah mereka turut tidak diserlahkan agama baru yang dianuti

mereka malah tidak langsung meletakkan tanda salib mahupun apa-apa bahan

bacaan Kristian di rumah mereka kerana dibimbangi ditemui oleh saudara mara

dan sahabat handai yang datang berkunjung. Mereka juga tidak mempamerkan

sebarang buku, majalah atau apa-apa bahan bacaan Kristian samada di rak buku

atau di ruang tamu ruang tamu rumah. Perkara ini turut disahkan dalam kajian

paderi John Cheong mengenalpasti identiti dan kehidupan sosial orang-orang

Melayu di Malaysia yang telah murtad mengikuti ajaran Kristian. Disertasi

peringkat kajian Ph.D dari sebuah universiti Kristian di Amerika Syarikat Trinity

International University, Deerfield, Illinois, yang telah disiapkan pada

September 2012.

e. Bagi orang-orang Islam yang murtad menganuti agama Kristian, mereka digelar

sebagai “penganut yang berlatar belakang Islam” (Muslim Background

Believers – MBB). Mereka ini dikategorikan kepada enam (6) kumpulan yang

merangkumi spektrum C1 hingga C6. Mereka yang dikategorikan sebagai C1

adalah orang-orang Islam yang telah murtad serta menganuti agama Kristian

sepenuhnya termasuk meninggal langsung pertuturan bahasa ibunda mereka.69

Page 27: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 27

Untuk orang Islam yang murtad dan menganuti agama Kristian tetapi tidak

langsung mengzahirkan kehidupan dan peribadatan mereka sebagai seorang

Kristian, mereka ini dikategorikan sebagai C6. Mereka ini meneruskan

kehidupan sama seperti orang Islam lain. Malah mereka dari kumpulan ini

dibiarkan terus mengucap dua kalimah syahadah.70

Manakala bagi mereka yang murtad dan menyorok pemurtadan mereka seperti

kumpulan C6 tadi tetapi menampakkan cara hidup yang agak liberal, mereka ini

dikategorikan sebagai C5. Malah kumpulan ini dianggap sebagai “orang Islam

yang pelik” (a strange kind of Muslim).71 Kedua-kedua mereka dari kategori C5

dan C6 ini dirangkum sebagai “gerakan dalaman”.

f. Dengan kaedah sebegini masyarakat Islam umumnya tidak lagi mudah untuk

mengenal pasti saudara mara mereka atau jiran tertangga yang sudah

Page 28: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 28

terpedaya dengan penipuan evangelis Kristian. Ibu bapa tidak lagi sedar jika

anak mereka telah murtad. Maka masyarakat akan tidak lagi digemparkan

dengan berita pemurtadan.

g. Malah jika berlaku mereka yang telah murtad sebegini meninggal dunia, pihak

gereja tidak akan lagi tuntut mayat rakan mereka ini tetapi membiarkan

keluarga si mati menguruskan jenazah mengikut upacara Islam. Pihak gereja

akan melakukan upacara untuk si mati secara berasingan di gereja mereka

tanpa pengetahuan keluarga si mati. Ini bagi mereka adalah bertujuan agar

masyakarat Islam tidak digemparkan dengan isu pemurtadan. Maka, lama-

kelamaan sensitiviti terhadap isu pemurtadan akan hilang secara beransur-

ansur di kalangan masyarakat Islam.72

6 Kristian Melayu

6.1 Suatu perkara yang kita sering dengar dari puak evangelis ialah mereka bukan

bertujuan untuk memurtadkan orang-orang Melayu. Namun itu ternyata sebagai

penipuan yang amat ketara.

6.2 Sepertimana yang telah dirujuk beberapa kali di atas satu kajian setebal 430 muka

surat untuk peringkat Ph.D. telah dilakukan oleh seorang paderi dari Sabah bagi

mengenalpasti identiti dan kehidupan sosial orang-orang Melayu yang telah

murtad memeluk agama Kristian. Kajian dilakukan dengan menemubual beberapa

puluh orang-orang Melayu Kristian di rumah masing-masing.

6.3 Hasil kajian ini menunjukkan bahawa mereka ini apabila telah menganut Kristian,

mereka tidak menunjukkan bahawa mereka telah meninggalkan Islam. Malah

dalam kajian tersebut mencerita bagaimana mereka menggelakkan pemurtadan

mereka dari kaum keluarga dan sahabat handai dengan cara:

a. Tidak ada tanda salib di rumah mereka.

b. Tidak melakukan sebarang acara keagamaan Kristian di depan orang lain

walaupun sudah menganut agama Kristian.

Page 29: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 29

c. Masih sesekali menzahirkan ibadat Islam seperti solat di masjid dan

berpuasa di bulan Ramadan, jika perlu.

d. Mereka juga tidak meletakkan apa-apa buku atau bahan bacaan Kristian di

rak buku atau meja di ruang tamu rumah mereka.

7 Ancaman

7.1 Mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam bermakna memurtadkan

mereka. Orang Melayu telah didefinisikan oleh Perlembagaan Persekutuan

sebagai orang yang beragama Islam. Oleh itu gerakan permurtadan ini

mengancam kedaulatan perlembagaan negara kita. Apabila seseorang Melayu itu

tidak lagi beragama Islam maka ia tidak lagi berstatus Melayu.

7.2 Malah gerakan mengkristiankan umat Islam di negara ini adalah bertentangan

dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

7.3 Bahayanya gerakan ini adalah kerana ianya dilakukan dengan penuh tipu helah

serta berselindung dengan pelbagai wajah. Hasilnya ramai umat Islam tidak sedar

dan tertipu malah menjadikan kita bersengketa sesama sendiri.

8 Tindakan Kita Mendepani Ancaman Agenda Pemurtadan

Di antara yang boleh dilakukan:

a. Pertama, umat Islam mesti ingat tentang pesanan Allah SWT dalam surah Al-

Baqarah ayat 120 bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha

untuk selama-lamanya terhadap umat Islam yang kekal beriman. Mereka akan

melakukan pelbagai tipu helah yang terancang sehingga kita sendiri tidak sedar

perancangan halus mereka itu.

b. Kedua, umat Islam mesti diberi pendedahan dan penerangan tentang segala tipu

helah dan perancangan jahat gerakan evangelis yang ingin memurtadkan kita

semua. Pihak berwajib termasuk media harus memainkan peranan mereka

Page 30: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 30

dalam memberi kesedaran dan kefahaman ini kepada masyarakat umum. Malah

masyarakat di pelbagai peringkat juga harus mengambil peranan aktif dalam

menjalankan tanggugjawab ini di peringkat masing-masing.

c. Ketiga, penguatkuasaan yang lebih bersungguh-sungguh dan tegas mesti

diambil oleh pihak Kerajaan berdasarkan peruntukan yang sedia ada di bawah

Pelembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri masing-masing.

d. Keempat dan yang paling penting ialah umat Islam sendiri harus bersatu

menentang taktik-taktik halus gerakan evangelis Kristian ini dan bukannya

bercengkerama sesama sendiri dan menjadi alat mereka.

Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 110 yang

meletakkan kita sebagai umat terbaik, di mana ianya datang bersama satu

tanggungjawab untuk melakukan dakwah serta menyekat agenda pemurtadan

umat.

Inilah kaedah fekah yang disepakati iaitu menyekat gejala riddah (pemurtadan)

dari segala puncanya. Inilah disebut sebagai sadduz zara‘i.

Semoga kita semua, keluarga kira, masyarakat kita dan Negara kita terselamat dari

ancaman pemurtadan gerakan terancang Kristianisasi ini. Amin Ya Rabb.

Wallahu ‘alam

A. Karim Omar Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia 21 Nov 2013

Blog : akarimomar.wordpress.com Facebook : www.facebook.com/akarimomar Youtube : www.youtube.com/akarimomar

Page 31: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 31

Sebahagian dari rujukan:

1. Sheikh Abdullah Basmeih, Al-Qur'an Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

2. Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz, Peter Sickle, Building Moderate Muslim Networks, Rand Corporation, 2007.

3. Cheryl Benard, Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies, Rand Corporation, 2004.

4. Yoginder Sikand, The Evangelical Challenge: A New Face of Western Imperialism, 15 March 2005, http://www.christianaggression.org/item_display.php?id=1110917956&type=articles - akses 20-Ogos-2012.

5. Iain Buchanan, The Armies Of God: A Study In Militant Christianity, Citizens International, 2010.

6. Christian Missionaries in the Muslim World - Manufacturing Kufr, (originally from 20th issue of Nida 'ul Islam Magazine, September-October 1997), http://www.contenderministries.org/islam/missionaries.php - akses 20-Ogos-2012.

7. J. Scott Bridger, Raymond Lull: Medieval Theologian, Philosopher, And Missionary To Muslims, St Francis Magazine Nr. 1 Vol. V (February 2009), http://www.stfrancismagazine.info/ja/images/pdf/Raymond-Lull-(JScott-Bridger).pdf – akses 20 Ogos-2012.

8. Samuel Marinus Zwemer, Raymond Lull: first missionary to the Moslems, Funk & Wagnalls Company, 1902, e-book: http://www.answering-islam.org/Books/Zwemer/Lull/index.htm - akses 20 Ogos 2012.

9. James Levi Barton, The Christian Approach to Islam, Pilgrim Press, Boston, 1918

10. James Levi Barton, The Unfinished Task of the Christian Church; Introductory Studies in the Problem of the World's Evangelization, Student Volunteer Movement for Foreign Missions, New York, 1908.

11. Jim Rockford, Is Planting Churches in the Muslim World 'Mission Impossible'? - Evangelical Missions Quarterly, Apr 01, 1997, Volume 33:2, pp. 156-161.

12. J.D. Payne, Discovering Church Planting: An Introduction To The Whats, Whys, And Hows Of Global Church Planting, Paternoster Publishing, 2009.

13. Yoginder Sikand, Christian Zionism: Terror in Jesus’ Name, 04 December 2005, Countercurrents.org, http://www.countercurrents.org/us-sikand041205.htm - akses 20 Ogos 2012.

14. Religion: Missionaries Under Cover, Time Magazine, 30 Jun 2003, http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,1005107,00.html

Page 32: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 32

15. Joseph Harry Haines, A History of Protestant Missions in Malaya During the 19th Century (1815-1881) – disertasi ThD., Princeton Theological Seminary, 1962, tidak diterbitkan.

16. Hj. Nik Azran Muhamed dan Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa, Gerakan Orientalisme & Kristianisasi – Ancaman kepada Ummah, Hijjaz Records Publishing, Petaling Jaya, 2009.

17. Louis B. Wright, Gold, Glory, and the Gospel - the Adventurous Lives and Times of the Renaissance Explorers, New York, Atheneum, 1970.

18. Collin Hansen, The Son and the Crescent, Christianity Today, February 2011 issue, http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html - akses 25 Ogos 2012.

19. John Roxborogh, Early nineteenth-century foundations of Christianity in Malaya: Churches and missions in Penang, Melaka and Singapore from 1786-1842, 1990, http://www.roxborogh.com - akses 22 Ogos 2012.

20. Status of World Evangelisation, Where are We? A Reflection on the Current Status of Reaching the Unreached, a powerpoint presentation slide from http://conversation.lausanne.org. Boleh diakses dan dimuatturun dari: conversation.lausanne.org/.../Status_of_world_evangelisation.ppt – diakses 1 September 2012.

21. Ghazali Basri, Gerakan Kristian, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1999.

22. John Russell Denyes, The Malaysia Mission of the Methodist Episcopal Church, Open Door Emergency Commission – Missionary Society of the Methodist Episcopal Church, New York, 1905.

23. Rokiah Abdullah dan Mohd. Khuzairi Ismail, Malaysia negara Kristian? Utusan Malaysia, 7 Mei 2011, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0507&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm – diakses 10 September 2012

24. Hepi Andi Bastoni, Eman Mulyatman dan Artawijaya, Serambi Makkah Dihempas Tsunami Diterjang Kristenisasi, Qalammas, Jakarta Timur, 2006.

25. Rizki Ridyasmara, Gerilya Salib di Serambi Mekkah – dari zaman Portugis hingga paska Tsunami, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta Timur, 2006.

26. Luis Bush, The 10/40 Window - Getting to the Core of the Core, AD2000 and Beyond, 1990, http://www.ad2000.org/1040broc.htm

27. Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf

28. Joshua Massey, God’s Amazing Diversity in Drawing Muslims to Christ, International Journal of Frontier Missions, Vol. 17:1 Spring 2000

Page 33: Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat: · PDF filepenjajahan Portugis di Melaka. Walaupun pendakyahan di kalangan orang- orang ... c. Kemudian, apabila Belanda menjajah,

__________________________________________ Kristianisasi dan Dakyah Halus Yang Menyerap Ummat

m.s. 33

29. Harley Talman, “Islam, Once a Hopeless Frontier, Now? Comprehensive Contextualization”, International Journal of Frontier Missions, 21:1 Spring 2004

30. Churchless Christianity (Movements to Jesus I Insider Movements) An Evaluation from the Theological Perspective of The Lutheran Church-Missouri Synod December 2012

31. David J. Hesselgrave, Contextualization that is Authentic and Relevant, International Journal Of Frontier Missions, Vol 12:3 Jul.-Sep. 1995

32. David J. Hesselgrave, Great Commission Contextualization, International Journal Of Frontier Missions, Vol 12:3 Jul.-Sep. 1995

33. Warren F. Larson, “Critical Contextualization and Muslim Conversion”, International Journal of Frontier Missions (IJFM), vol 13:4 Oct-Dec. 1996

34. J. Dudley Woodberry, “Contextualization Among Muslims Reusing Common Pillars”, International Journal of Frontier Missions, Vol 13:4 Oct.-Dec. 1996

35. John J. Travis, “Must all Muslims leave ‘Islam’ to follow Jesus?” Evangelical Missions Quarterly, 34:4, October 1998.

36. John and Anna Travis, Contextualization Among Muslims: A Focus on “Insider Movements”, http://davemark.webs.com/Insider%20Movements.pdf – diakses 15 Jun 2013

37. John Cheong, The Socio-Religious Identity and Life of the Malay Christians of Malaysia, PhD dissertation, Trinity International University, Deerfield, Illinois, September 2012

38. Kertas Perintah 14 Tahun 1988, Malaysia, “Ke Arah Memelihara Keselematan Negara,” dikemukakan dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara Menurut Perintah

39. Michelle A. Vu, “Is Calling a Christian God ‘Allah’ Wrong?”, Christian Post, 23 August 2007, http://www.christianpost.com/news/is-calling-the-christian-god-allah-wrong-29015 - diakses 2 Februari 2013

40. Kenneth J. Thomas, “Allah in Translations of the Bible”, International Journal of Frontier Missions (IJFM), vol 23:4 Winter 2006, p. 171, http://www.ijfm.org/PDFs_IJFM/23_4_PDFs/Thomas.pdf - diakses 6 Nov 2013

41. Susan Wunderink, “What’s in a Name?”, Christianity Today, August 2009.

42. Phil Parshall, How Much Muslim Context Is Too Much for the Gospel?, Christianity Today, Januari-Februari 2013

43. Richard Brent Waldrep, Contextualization And Church Planting, March 12, 2007, The Southern Baptist Theological Seminary, http://www.academia.edu/897898/What_is_Contextualization - diakses 21 Nov 2013

44. Gene Daniels, “Worshiping Jesus in the Mosque”, Christianity Today, January-February 2013, http://www.christianitytoday.com/ct/2013/january-february/insider-movement-islam-wheres-jesus.html?start=2 – diakses 1 Nov 2013.

45. Timothy C. Tennant, “The Hidden History of Insider Movements” Christianity Today, Januari-Februari 2013.