kpkt pelan antirasuah organisasi...pelan anti rasuah organisasi (oacp) 2020-2024 jabatan kerajaan...

37
PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI ORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN (OACP) KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2020 - 2024 KPKT 1 JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

Upload: others

Post on 14-Mar-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASIORGANISATIONAL ANTI-CORRUPTION PLAN (OACP)

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

2020 - 2024

KPKT

1

JABATAN KERAJAAN TEMPATAN

Page 2: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Secara keseluruhannya, OACP JKT menggariskan tiga (3) strategi utama untuk dilaksanakan. Strategi tersebut ialah ( i) memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, ( i i ) mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam, dan (iii) memupuk tadbir urus baik dalam JKT. Strategi ini perlu disusuli dengan pelaksanaan siri-siri tindakan dan inisiatif yang telah dirangka bagi menghapuskan ruang dan peluang bagi isu rasuah, masalah integriti mahupun tadbir urus sendiri.

Justeru, saya berharap agar seluruh warga JKT dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan Pelan OACP ini. Usaha penerapan budaya integriti ini harus dipikul dan dihayati bersama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus dan bebas rasuah. Budaya kerja berintegriti akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan awam seterusnya menjadikan perkidmatan awam lebih maju ke hadapan.

Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membangunkan Pelan OACP JKT ini. Semoga pelan ini dapat menjadi panduan bagi memartabatkan integriti seterusnya menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.

Sekian. 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, Pelan Antirasuah Organisasi Jabatan Kerjaan Tempatan bagi tahun 2020-2024 dapat dibangunkan dengan jayanya hasil usahasama dan komitmen semua Bahagian di Jabatan ini.

OACP ini adalah satu dokumen antirasuah di peringkat Jabatan yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelan ini dirangka secara khusus bagi mengatasi permasalahan memfokuskan kepada rasuah, tadbir urus dan integriti di Jabatan ini. Ia menggariskan beberapa strategi, objektif strategik dan inisiatif yang perlu dijelmakan dalam bentuk tindakan bagi mencapai aspirasi Kerajaan untuk memastikan Malaysia dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuah. JKT mendukung sepenuhnya halatuju murni ini dan komited dalam usaha membasmi rasuah di peringkat akar umbi serta memastikan tahap tadbir urus yang baik seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam secara umumnya.

PERUTUSANYBHG. DATO’ HAJI NOOR-IHSAN BIN HAJI CHE MAT

KETUA PENGARAHJABATAN KERAJAAN TEMPATAN

(DATO’ HAJI NOOR-IHSAN BIN HAJI CHE MAT)

Page 3: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif bagi membanteras rasuah sejajar dengan aspirasi Kerajaan semasa bagi memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya dan bukan kerana rasuahnya. Pelan ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan berdasarkan Objektif Strategik 2.1 iaitu Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik.

Satu bengkel khas telah diadakan bagi membangunkan pelan ini untuk mendapatkan input yang komprehensif dari semua Bahagian. Jabatan ini komited dalam usaha untuk membasmi rasuah sehingga ke akar umbi terutamanya dari aspek yang berpotensi bagi mewujudkan ruang dan peluang rasuah di Jabatan. Pelan ini juga menggariskan program dan inisiatif yang dirangka khusus bagi mengatasi kelemahan integriti dan governans di Jabatan.

Justeru, Jabatan ini komited dan akan memberikan komitmen sewajarnya bagi memartabatkan budaya kerja berintegriti dan tadbir urus yang baik bagi memastikan perkhidmatan sektor awam yang telus dan bebas rasuah.

PERNYATAAN KOMITMEN PENGURUSAN TERTINGGI

Page 4: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

SINGKATAN

JKT Jabatan Kerajaan Tempatan

CPI Indeks Persepsi Rasuah

CPD Pembangunan Profesionalisme Berterusan

CRM Pengurusan Risiko Rasuah

GIACC Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional

GTP Program Transformasi Kerajaan

IPIN Indeks Persepsi Integriti Nasional

JKKMAR Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah

KDNK Keluaran Dalam Negara Kasar

KPKT Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

LKAN Laporan Ketua Audit Negara

MEA Kementerian Hal Ehwal Ekonomi

MED Kementerian Pembangunan Usahawan

MKRA Bidang Keberhasilan Utama Kementerian

NACP Pelan Antirasuah Nasional

NGO Pertubuhan Bukan Kerajaan

NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara

OACP Pelan Antirasuah Organisasi

PBT Pihak Berkuasa Tempatan

PIN Pelan Integriti Nasional

PIO Pelan Integriti Organisasi

PKB Pembasmian Kemiskinan Bandar

SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

SPAN Sistem Pengurusan Audit Nilai

SOP Prosedur Operasi Standard

SWCORP Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Page 5: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

ISI KANDUNGAN

BAB 1

PENGENALAN 8

Latar belakang 9

Dasar Integriti dan Tadbir Urus 10

Hala Tuju Strategik JKT dan Bidang Tugas 11

Isu dan Cabaran 12

Penilaian Risiko 14

BAB 2

SENARIO ANTIRASUAH MASA HADAPAN 15

Senario Antirasuah 2030 16-18

Strategi Keutamaan 20

BAB 3

MEMPERKASAKAN USAHA PENCEGAHAN RASUAH 21

Kerangka Pelan Antirasuah Organisasi KPKT 2020 – 2024 22

Analisis Data 23-24

Bidang Keutamaan 1 - 3 25-31

BAB 4

TADBIR URUS 32

Prinsip Pengurusan Antirasuah 33

Mekanisme Pelaksanaan 34

Mekanisme Penyelarasan dan Pemantauan 34

Kesimpulan 35

Page 6: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

JKT telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) berdasarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2019 dan arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018 Siri 2, No. 1 Tahun 2019 berkaitan Pemantapan Governans, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi. OACP merupakan dokumen antirasuah Jabatan yang mengandungi pelan tindakan dan inisiatif menyeluruh untuk membanteras rasuah, meningkatkan budaya kerja berintegriti dan tadbir urus yang baik di Jabatan.

6

Page 7: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BAB 1 : PENGENALAN

Bab ini mengandungi latar belakang organisasi dan program serta usaha yang telah dilaksanakan oleh JKT bagi membudayakan integriti dan membanteras rasuah. Pelbagai inisiatif khusus melibatkan dasar integriti dan tadbir urus Jabatan telah dilaksanakan sebagai bukti komitmen pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan. Sehubungan itu, OACP merupakan kelangsungan dari komitmen berterusan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JKT ke arah pembudayaan integriti dan tadbir urus yang baik.

8

Page 8: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

LATAR BELAKANG KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

24 Mei 1964Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan ditubuhkan

18 Julai 1978Fungsi perumahan dan kerajaan tempatan digabungkan semula melalui penubuhan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2018Penyusunan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1971-1978Dipecahkan kepada dua fungsi:1) Perumahan – Kementerian Perumahan dan Kemajuan

Perkampungan 2) Kerajaan Tempatan – Kementerian Kerajaan Tempatan

dan Wilayah Persekutuan

2013Penyusunan semula dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan turut memainkan per anan unt uk melaksana program dan aktiviti bagi meningkatkan kualiti hidup warga bandar

8

Page 9: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

HALA TUJU STRATEGIK JKT

Ke arah menjadikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) organisasi bertaraf dunia dalam penyampaian perkhidmatan perbandaran demi rakyat.

MISIKami komited untuk mencapai visi jabatan dengan1. Menyediakan dasar dan memberi khidmat nasihat yang berkaitan Kerajaan

Tempatan selaras dengan fungsi dan peranan PBT2. Memperkukuh peranan dan fungsi PBT melalui tadbir urus yang berkesan3. Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian PBT

MOTO

VISI

BIDANG TUGAS JKT

02

03

Merangka, mengkaji semula, menyeragam, m e n y e l a r a s , m e n g k o l a b o r a s i d a n mengurusetiakan perihal dasar/ akta/ garis panduan/ pekeliling berkaitan PBT

Merancang , menyelaras , memantau, mengawal selia dan menilai keberhasilan bantuan kewangan

Memberi khidmat nas ihat , rundingan teknikal / bukan teknikal dan pembangunan kompetensi

01

10

Page 10: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS NASIONAL

Dalam menuju ke arah status negara maju dan berpendapat an t ing g i , ag en d a pembanterasan rasuah telah menjadi keutamaan negara. Untuk itu, beberapa inisiatif utama di peringkat nasional telah dibangunkan bermula dengan Pelan Integrit i Nasional (PIN) 2004, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2010, Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) 2013, dan yang terkini Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

PELAN INTEGRITI NASIONAL 2004 (PIN)

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN 2.0 (GTP 2.0)

PELAN ANTIRASUAH NASIONAL (NACP) 2019-2023

PELAKSANAAN DASAR INTEGRITI DAN TADBIR URUS JKT

JKT sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membanteras rasuah. Bagi tujuan ini, JKT telah mengambil inisiatif selari dengan dasar dan tadbir urus nasional seperti mengamalkan Polisi Tiada Hadiah, membangunkan Pengurusan R is iko Rasuah (CRM) 2019 - 2023 dan yang terkini ialah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2020 -2024.

POLISI TIADA HADIAH

PENGURUSAN RISIKO RASUAH (2019 - 2023)

PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) JKT 2020-2024

10

Page 11: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

ISU DAN CABARAN MENANGANI RASUAHIsu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang, tanpa mengira status atau kedudukan individu yang memberi atau menerima rasuah. Tekanan ekonomi dan sosial membuka ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah dan pelanggaran etika dalam pengurusan awam. Secara amnya, isu rasuah boleh dibahagi kepada tiga (3) bidang:

❑ Kelemahan tadbir urus organisasi

❑ Proses kerja yang t i d a k c e k a p d a n teratur

❑ P e n g u r u s a n m a k l u m a t y a n g tidak teratur dan terdedah kepada k e b o c o r a n maklumat

❑ K e l e m a h a n d a l a m membuat keputusan berasaskan maklumat yang tepat dan betul

❑ K e l e w a t a n a t a u k e l e m a h a n d a l a m melaksanakan tugas dan t indakan yang d i t e t a p k a n m e n y e b a b k a n p e n y a m p a i a n perkhidmatan tidak cekap

❑ Penyalahgunaan kuasa dalam menjalankan tugas

❑ Kebocoran maklumat terperingkat

❑ W u j u d r u a n g d a n peluang untuk rasuah d a n p e l a n g g a r a n i n t e g r i t i s e m a s a pelaksanaan tugas

❑ Campur tangan pihak yang berkepentingan d a l a m p r o s e s membuat keputusan

01 02 03

Tadb

ir ur

us

Kom

pete

nsi

Inte

griti

KESAN-KESAN RASUAH KEPADA PENJAWAT AWAM DAN NEGARAM e n g a n c a m keselamatan negara melalui pembocoran m a k l u m a t terperingkat

01

02

03

04

05M e m b a h a y a k a n n y a w a a k i b a t penggunaan bahan binaan yang kurang berkualiti

Ketidakadilan sosial y a n g b o l e h membawa kepada p e n i n d a s a n d a n menaf ikan hak ke a t a s g o l o n g a n tertentu

Mengakibatkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Mempengaruhi Kadar P e l a b u r a n P e r t u m b u h a n K e l u a r a n D a l a m Negara Kasar (KDNK)

11

Page 12: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

MENGAPA PERLU TANGANI RASUAH

Tahun

Kedudukan Skor

2014 51 522015 54 502016 55 492017 62 472018 61 47

Indeks CPI Malaysia

Statistik tangkapan SPRM dari tahun 2014- November 2019

** Sumber : Transparency International Malaysia

Malaysia hanya memperbaiki kedudukan indeks CPI di tangga ke-61 dengan mata skor sebanyak 47 pada tahun 2018 berbanding mata pada tahun 2014 sebanyak 52 mata dengan kedudukan yang lebih baik

Peningkatan bilangan tangkapan pada tahun 2019 bagi penjawat awam adalah tinggi berbanding orang awam

Kumpulan pelaksana merupakan kumpulan yang paling tinggi tangkapan oleh SPRM sejak tahun 2014

** Sumber : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 12

Page 13: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

PENILAIAN RISIKOJKT telah melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah/Corruption Risk Analysis (CRA) bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di JKT yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi. Antara mekanisme yang digunakan bagi pelaksanaan penilaian risiko adalah:

01

02

04

05

Menganalisis data risiko rasuah semasa Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) 23 - 25 Julai 2019

Data-data dalaman organisasi seperti aduan, kes-kes tatatertib, laporan audit dalam, kajian kepuasan pelanggan dan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)

Data-data daripada agensi luar seperti Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)

Pemurnian risiko-risiko governans, integriti dan antirasuah semasa Bengkel Pemurnian OACP 4 – 6 Februari 2020

Berdasarkan penilaian risiko yang telah dijalankan, tiga (3) bidang utama yang terdedah kepada risiko governans, integriti dan antirasuah di JKT yang telah dikenalpasti:

01

02

03

Pentadbiran sektor awam

Perolehan awam

Tadbir urus

BIDANG-BIDANG BERISIKO

13

Mengenalpasti risiko-risiko governans, integriti dan antirasuah pada bulan November dan Disember 2019

03

Page 14: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BAB 2 : SENARIO MASA HADAPANMerupakan gambaran kepada senario rasuah yang mungkin berlaku di masa hadapan. Segala bentuk kemungkinan rasuah telah dikenalpasti dan perancangan serta penyelesaian yang praktikal telah disediakan. Sebanyak empat (4) senario utama masa hadapan telah dirangka dalam OACP JKT.

15

Page 15: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Masa hadapan yang mempamerkan k e j a y a a n y a n g d i k e c a p i m e l a l u i kewujudan Pelan Antirasuah, tetapi tidak berupaya untuk bertahan atau mapan

SENARIO KESINAMBUNGAN (CONTINUATION)

Masa hadapan yang merujuk kepada visi yang digariskan dalam Pelan antirasuah t idak dapat dicapai ekoran kekangan dalaman dan persekitaran

SENARIO KEKANGAN (LIMITS AND DISCIPLINED)

M a s a h a d a p a n d i m a n a h a s i l kewujudan Pelan Antirasuah telah menyebabkan anjakan menuju fasa sebuah negara yang beretika dengan mendokong integriti yang tinggi dan berteraskan nilai

SENARIO PERKEMBANGAN (GROWTH)

SENARIO ANTIRASUAH 2030

Rasuah menjadi ke laz iman da lam masyarakat sekaligus memperlihatkan sistem sosial runtuh sama sekali tanpa sebarang jalan penyelesaian

SENARIO MERUDUM (DECLINE AND COLLAPSE)

Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 telah meletakkan empat (4) senario utama bagi meramalkan keadaan yang mungkin berlaku di masa hadapan dalam kaitan risiko rasuah dengan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh sesebuah agensi. Ia meliputi senario kesinambungan, kekangan, perkembangan serta senario merudum.

1 2

3 4

15

Page 16: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus

S1

Senario Kesinambungan

Pengurusan kerja yang lebih efisien serta pengurusan aduan yang lebih cekap dan telus. P e n t a d b i r a n J a b a t a n bertambah baik. Kebanyakan proses kerja menggunakan s i s t e m a t a s t a l i a n d a n p e n g g u n a a n t e k n o l o g i maklumat mempercepat proses k e r j a d i J a b a t a n . W a l a u b a g a i m a n a p u n , m a s a l a h p e k e r j a t i d a k d a p a t mengadaptasi sepenuhnya penggunaan teknologi dalam pentadbiran Kerajaan (kurang p a k a r ) s e r t a a n c a m a n p e n g g o d a m a n b o l e h menjejaskan prestasi Jabatan.

Sistem perolehan secara atas talian mempercepat proses kerja perolehan dan karenah birokrasi dapat dikurangkan. N a m u n , m a s i h t e r d a p a t pihak berkepentingan yang c a m p u r t a n g a n d a l a m p e m b u a t a n k e p u t u s a n b e r k a i t a n t e n d e r d a n k e b o c o r a n m a k l u m a t perolehan serta salah guna kuasa oleh pegawai yang tidak berintegriti.

Tadbir urus Jabatan semakin baik dan pembudayaan integriti juga meningkat. Rasuah juga berjaya dikurangkan. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir pegawai yang tidak berintegriti dari aspek bekerja.

Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus

S2 Senario Kekangan

Pentadbiran Jabatan yang telus dan cekap sukar dicapai kerana kurang kerjasama dan k o m i t m e n d a r i p i h a k berkepentingan yang lain atau organisasi/entiti luar.

Perolehan awam yang telus dan bebas rasuah sukar d i r e a l i s a s i k a n k e r a n a m a n i p u l a s i p i h a k b e r k e p e n t i n g a n d a l a m kelompongan dasar Kerajaan serta segelintir pegawai yang tidak berintegiti.

T a d b i r u r u s J a b a t a n t i d a k b e r t a m b a h b a i k d a n t a h a p pembudayaan integriti juga masih s a m a d i s e b a b k a n k u r a n g kerjasama semua pihak dalam melaksanakan inisiatif seperti terkandung dalam OACP Jabatan.

16

Page 17: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus

S3 Senario Perkembangan

Penggunaan teknologi digital m e n i n g k a t k a n k e c e k a p a n pentadbiran Jabatan. Pekerja mengadaptasi sepenuhnya penggunaan teknologi digital menerusi latihan berterusan bagi meningkatkan kepakaran dalam menguruskan teknologi maklumat. Pekerja yang pakar dan sistem yang bagus dan stabil mengurangkan ancaman penggodaman. Keyak ina n rakyat terhadap pentadbiran sektor awam meningkat.

P e r o l e h a n a t a s t a l i a n mempercepat proses perolehan. Masalah kebocoran maklumat, campur tangan pihak ketiga dan s a l a h g u n a k u a s a d a p a t d i k u r a n g k a n . P e n g u r u s a n perolehan awam juga menjadi l e b i h c e k a p d a n t e l u s s e t e r u s n y a m e n i n g k a t k a n keyakinan rakyat terhadap perolehan awam.

Tadbir urus Jabatan semakin b a i k d a n p e m b u d a y a a n integriti dalam warga Jabatan secara keseluruhannya juga meningkat. Kes-kes rasuah berkurangan dan pengurusan tadbir urus korporat Jabatan semakin kukuh.

Senario Pentadbiran Sektor Awam Perolehan Awam Tadbir Urus

S4 Senario Merudum

Campur tangan pihak ketiga yang mempunyai pengaruh b e s a r d a l a m p e n t a d b i r a n Jabatan dan tiada komitmen dari warga JKT memberi kesan negatif kepada pelaksanaan O A C P i n i . R a s u a h d a n salahguna kuasa tidak dapat dibendung meskipun pelan ini telah dirangka kerana ia tidak d i laksanakan sewajarnya. P er se p s i r a k y a t t e r h a d a p pentadbiran awam merosot.

Campur tangan pihak luar serta pegawai yang tidak berintegriti menyebabkan perolehan awam tidak telus dan tidak cekap. R a s u a h d a n k e b o c o r a n maklumat perolehan semakin berleluasa.Keyakinan rakyat terhadap perolehan awam menurun.

Tadbir urus Jabatan mengalami kemerosotan akibat sikap tidak berintegriti, campur tangan p i h a k b e r k e p e n t i n g a n , perubahan teknologi, keadaan perundangan & prosedur yang lapuk serta tidak berupaya menangani isu-isu semasa yang berbangkit. Rasuah tidak dapat dibendung.

17

Page 18: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Penggunaan teknologi dan inovasi merupakan sebahagian dar ipada enabler yang di jangkakan dapat memast ikan keberkesanan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pengurusan perubahan yang berkesan serta kemaskini perundangan yang bersesuaian dengan keadaan semasa turut menyumbang kepada kesinambungan kejayaan penyampaian perkhidmatan awam. Kesediaan untuk menghadapi perubahan serta menerima teknologi dan inovasi terkini adalah perkara y a n g p e r l u d i a m b i l k i r a d a l a m m e n g h a d a p i s e n a r i o kesinambungan bagi memastikan kemampanan agensi.

Sebahagian warga ker ja dan pemegang taruh yang berkepentingan tidak meletakkan aspek integriti sebagai keutamaan dalam penyampaian perkhidmatan. Selain itu, kelompangan dasar dan polisi dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan pelaku tidak dikenakan tindakan punitif yang sewajarnya. Faktor-faktor ini menyumbang kepada senario kekangan.

Senario perkembangan, di mana anjakan menuju fasa ke arah sebuah negara yang beretika dengan mendukung integriti yang tinggi dan berteraskan nilai seharusnya menjadi hala tuju mana-mana agensi dalam mendepani arus perubahan di masa depan. Bagi mencapai visi tersebut, JKT sedar dan maklum bahawa semua faktor yang meliputi penggunaan teknologi digital, pengurusan perubahan yang berkesan serta kemaskini perundangan dan polisi yang bersesuaian dengan keadaan semasa serta pengurusan sumber yang cekap bakal menjadi pemacu kepada penyampaian perkhidmatan agensi yang boleh membawa kepada senario perkembangan yang disasarkan.

Kerangka kerja Pelan Antirasuah Organisasi JKT mengenal pasti bahawa campur tangan pihak ketiga dalam pentadbiran awam bakal memberi kesan kepada integriti tadbir urus organisasi yang berupaya menggugat keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran dan dasar kerajaan. Kestabilan ekonomi dan politik turut dikenalpasti sebagai faktor penting yang menjamin keutuhan pentadbiran negara di samping kewibawaan perundangan serta tindakan penguatkuasaan. Sikap tidak acuh serta kelemahan dalam mengikuti arus perubahan terutamanya dari segi teknologi, perundangan dan prosedur yang lapuk tidak berupaya menangani isu-isu semasa yang berbangkit. Mana-mana kegagalan dalam aspek yang dinyatakan di atas dilihat sebagai penyumbang kepada senario merudum jentera pemerintahan kerajaan.

18

Page 19: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

01

Sebagai pengisian kepada strategi ini, naziran dan auditan dalaman, pusingan kerja, di samping program pembangunan modal insan serta integriti dan latihan yang berkaitan telah dikenal pasti.

Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam.

02

U n t u k m e m p e r k u k u h k a n k e c e k a p a n penyampaian perkhidmatan, inisiatif seperti p r o g r a m p e m b a n g u n a n k e m a h i r a n pengurusan dan pembangunan modal insan, peningkatan pemantauan penjawat awam, k e c e k a p a n p e n g u r u s a n a d u a n s e r t a penyediaan lat ihan merupakan antara pengisian strategi yang telah dirangka.

Memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

STRATEGI UTAMA JKT

Bagi menghadapi senario yang dinyatakan, JKT telah membentuk tiga (3) strategi seperti berikut;

Bagi memupuk tadbir urus baik, pengamalan ketelusan di Jabatan merupakan fokus utama menerusi akt iv i t i pemantauan melalui pengauditan dan naziran dalaman di samping melaksanakan pusingan kerja serta program kesedaran integriti yang berterusan.

Memupuk tadbir urus baik dalam organisasi.

03

19

Page 20: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

B A B 3 : M E M P E R K A S A K A N U S A H A PENCEGAHAN RASUAHPelan ini telah menetapkan tiga (3) bidang keutamaan yang menjadi teras utama dalam usaha memerangi rasuah. Bidang keutamaan tersebut adalah Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Awam, dan Tadbir Urus. Strategi yang telah dikenalpasti melalui tiga (3) bidang utama ini adalah Memperkukuh Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam, Mempertingkatkan Keberkesanan dan Ketelusan Perolehan Awam dan Memupuk Tadbir Urus Baik Dalam JKT.

21

Page 21: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

KERANGKA PELAN OACP JKT 2020-2024

21

VISI MEMBENTUK WARGA JKT YANG MEMBUDAYAKAN INTEGRITI DAN BEBAS RASUAH

MISI MEMANTAPKAN TADBIR URUS DAN MENINGKATKAN TAHAP KESEDARAN

INTEGRITI WARGA MENERUSI PELAKSANAAN OACP DAN PEMATUHAN TERHADAP ARAHAN DAN PERATURAN YANG BERKUATKUASA

BIDANG KEUTAMAAN1. MEMPERKUKUH KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM2. MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM3. MEMUPUK TADBIR URUS BAIK DALAM ORGANISASI

03 BIDANG KEUTAMAAN

03 STRATEGI

06 OBJEKTIF STRATEGIK

12 RISIKO

20 INISIATIF

05 TAHUN TEMPOH PELAKSANAAN

Page 22: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BILANGAN KES TATATERTIB DI JKT Jadual 1 : Kes Tatatertib JKT Bagi 2017- 2019

Tiada kes tatatertib dicatatkan dari tahun 2017 hingga 2019.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada tidak berlakunya kes tatatertib pada tahun tersebut adalah melalui taklimat dan kursus kesedaran yang dilaksanakan secara berterusan oleh Unit Integriti JKT.

Dalam usaha mengenalpasti risiko-risiko berkaitan governans, integriti dan antirasuah di JKT yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi, Jawatankuasa OACP JKT telah menganalisis beberapa data yang berkaitan bagi membantu menyenaraikan risiko-risiko.

ANALISIS DATA

** Sumber : Unit Integriti JKT

BILANGAN KES SURCAJ DI JKTCarta 2 : Kes Surcaj JKT Bagi Tahun 2017- 2019

Kes surcaj di JKT mencatatkan satu (1) kes pada tahun 2018.

K e s s u r c a j y a n g d i t e r i m a a d a l a h berkaitan kehilangan sebuah komputer riba oleh seorang pegawai JKT.

** Sumber : Unit Integriti JKT

22

Tahun Bilangan Kes2017 02018 02019 0

Page 23: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

KADAR KETERHUTANGAN SERIUS DI JKTCarta 3 : Kadar Keterhutangan Serius (Potongan Gaji Melebihi 60%) Bagi tahun 2017 – Oktober 2019

Kadar keterhutangan serius di JKT mengalami penurunan yang ketara dari tahun 2017 ke 2018. Golongan yang ramai terlibat dalam keterhutangan ser ius adalah kumpulan pelaksana.

Antara faktor yang menyumbang kepada keterhutangan serius ini adalah gaya hidup yang melebihi emolumen dan pengurusan kewangan peribadi yang kurang cekap.

T a k l i m a t d a n k a u n s e l i n g p e n g u r u s a n kewangan peribadi yang dianjurkan oleh JKT membantu mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang b e r h e m a h d i k a l a n g a n w a r g a J K T d a n penurunan kadar keterhutangan serius.

** Sumber : Unit Integriti JKT

23

Page 24: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIDANG KEUTAMAAN 1 HINGGA 3PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI JKT 2020-2024

24

Page 25: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIDANG KEUTAMAAN: PENTADBIRAN SEKTOR AWAM

STRATEGI 1 MEMPERKUKUHKAN KECEKAPAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM

OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik

OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 Menggalakkan Merit Dan Integriti Dalam Proses Pengambilan, Pemilihan Dan Pelantikan Ke Mana-mana Bahagian di Jabatan

OBJEKTIF STRATEGIK 1.3 Menambahbaik Keberkesanan Pendidikan Dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Dalam Kalangan Pegawai Awam

25

Page 26: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIL RISIKO / POTENSI RISIKO(KELEMAHAN: GOVERNANS, INTEGRITI & ANTI RASUAH)

INISIATIF / TINDAKAN(Tangani / Atasi RISIKO)

PENERAJU / PELAKSANA

TEMPOH MASAPELAKSANAAN

1.1.1 R i s i k o r a s u a h d a r i p a d a p e m e g a n g t a r u h y a n g m e m p u n y a i k e p e n t i n g a n k e p a d a p e g a w a i u n t u k m e m b u a t p i n d a a n perundangan yang memihak kepada pihak tertentu sahaja

1.1.1.1

Melaksanakan program kesedaran integriti dan pembangunan modal insan menerusi latihan pemantapan integriti seperti ceramah dan kursus

Unit Integriti 2020-2024

1.1.2 R i s i k o r a s u a h d a r i p a d a pengadu untuk mempengaruhi penye lesa ian aduan agar memihak kepada pengadu

1.1.2.1 Melaksanakan program kesedaran integriti dan pembangunan modal insan menerusi latihan pemantapan integriti seperti ceramah dan kursus

Unit Integriti 2020-2024

1.1.3 Kelewatan dalam pengurusan aduan

1.1.3.1 Melaksanakan naziran oleh Auditor Dalaman secara silang bahagian

Unit Integriti/Semua Bahagian

2020-2024

OBJEKTIF STRATEGIK 1.1 MEREKAYASA PERKHIDMATAN AWAM KE ARAH TADBIR URUS BAIK

26

OBJEKTIF STRATEGIK 1.2 MENGGALAKKAN MERIT DAN INTEGRITI DALAM PROSES PENGAMBILAN, PEMILIHAN DAN PELANTIKAN KE MANA-MANA BAHAGIAN

BIL RISIKO / POTENSI RISIKO(KELEMAHAN: GOVERNANS, INTEGRITI & ANTI RASUAH)

INISIATIF / TINDAKAN(Tangani / Atasi RISIKO)

PENERAJU / PELAKSANA

TEMPOH MASAPELAKSANAAN

1.2.1 P e g a w a i P e n e m p a t a n terdedah kepada sogokan / rasuah untuk menempatkan pegawai-pegawai di jawatan sensitif

1.2.1.1

Melaksanakan program kesedaran integriti dan pembangunan modal insan menerusi latihan pemantapan integriti seperti ceramah dan kursus

Bahagian Khidmat Pengurusan / Unit

Integriti

2020-2024

OBJEKTIF STRATEGIK 1.3 MENAMBAHBAIK KEBERKESANAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN DALAM KALANGAN PEGAWAI AWAM

BIL RISIKO / POTENSI RISIKO(KELEMAHAN: GOVERNANS, INTEGRITI & ANTI RASUAH)

INISIATIF / TINDAKAN(Tangani / Atasi RISIKO)

PENERAJU / PELAKSANA

TEMPOH MASAPELAKSANAAN

1.3.1 Ket idakcekapan pegawai menyebabkan tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan sebaiknya

1.3.1.1

Melaksanakan kajian keperluan latihan secara berterusan bagi memastikan p e g a w a i m e n d a p a t l a t i h a n y a n g komprehensif berkaitan proses kerja dan tugas pegawai

Bahagian Khidmat Pengurusan/ Semua Bahagian

2020 – 2024

Page 27: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIDANG KEUTAMAAN: PEROLEHAN AWAM

STRATEGI 2 MEMPERTINGKATKAN KEBERKESANAN DAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM

OBJEKTIF STRATEGIK 2.1 Meningkatkan Ketelusan Perolehan Awam, Pengurangan Risiko Rasuah, Penyelewengan Pasaran Dan Anti Persaingan

27

Page 28: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIL RISIKO / POTENSI RISIKO(KELEMAHAN: GOVERNANS, INTEGRITI & ANTI RASUAH)

INISIATIF / TINDAKAN(Tangani / Atasi RISIKO)

PENERAJU / PELAKSANA

TEMPOH MASAPELAKSANAAN

2.1.1 Risiko rasuah daripada pihak pembekal untuk mendapatkan maklumat berkaitan perolehan jabatan

2.1.1.1 Melaksanakan pusingan kerja Bahagian Khidmat Pengurusan

2020 – 2024

2.1.1.2 Menjadikan kursus kewangan, perolehan, integriti serta etika kerja sebagai kursus wajib ke atas semua pegawai baru

Bahagian Khidmat Pengurusan/ Unit Integriti

2020 – 2024

OBJEKTIF STRATEGIK 2.1 MENINGKATKAN KETELUSAN PEROLEHAN AWAM, PENGURANGAN RISIKO RASUAH, PENYELEWENGAN PASARAN DAN ANTI PERSAINGAN

28

2.1.2 Risiko rasuah kepada pegawai untuk mengesahkan/meluluskan p e n e r i m a a n bekalan/perkhidmatan yang tidak mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan

2.1.2.1 Melaksanakan pemeriksaan penerimaan barangan secara rawak

Bahagian Khidmat Pengurusan

2020 – 2024

2.1.2.2 Menjadikan kursus kewangan,perolehan, integriti serta etika kerja sebagai kursus wajib ke atas semua pegawai baru

Bahagian Khidmat Pengurusan/ Unit Integriti

2020 – 2024

2.1.3 Penyediaan spesifikasi perolehan yang menjurus kepada pembekal/ syarikat tertentu

2.1.3.1 Melaksanakan pusingan kerja Bahagian Khidmat Pengurusan

2020 – 2024

2.1.3.2 Pemilihan ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal/Kewangan dari bahagian yang berbeza

Bahagian Khidmat Pengurusan

2020 – 2024

2.1.3.3 Menjadikan kursus kewangan dan perolehan, integriti serta etika kerja sebagai kursus wajib ke atas semua pegawai baru

Bahagian Khidmat Pengurusan/ Unit Integriti

2020 – 2024

2.1.4 Ris iko rasuah da lam proses kelulusan peruntukan kewangan dan projek pembangunan/ PBT s e h i n g g a p e l a k s a n a a n pembayaran

2.1.4.1 Mesyuarat Pemantauan Projek secara berkala

Bahagian Kampung Baru/ Bahagian Pembangunan

2020 – 2024

2.1.4.2 Lawatan adhoc oleh pegawai bersama Penolong Jurutera

Bahagian Kampung Baru/ Bahagian Pembangunan

2020 – 2024

2.1.4.3 Pengauditan dan naziran oleh Auditor Dalaman secara berkala

Semua Bahagian 2020 – 2024

Page 29: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIDANG KEUTAMAAN: TADBIR URUS

STRATEGI 3 MEMUPUK TADBIR URUS BAIK DALAM JKT

OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 Memastikan Pengamalan Ketelusan Dalam JKT

OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 Memastikan Daya Tahan Terhadap Ancaman Rasuah Di JKT

29

Page 30: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BIL RISIKO / POTENSI RISIKO(KELEMAHAN: GOVERNANS, INTEGRITI & ANTI RASUAH)

INISIATIF / TINDAKAN(Tangani / Atasi RISIKO)

PENERAJU / PELAKSANA

TEMPOH MASAPELAKSANAAN

3.1.1 Risiko rasuah daripada pegawai yang menuntut elaun lebih masa kepada pegawai penyelia yang memperakukan tuntutan yang tidak tepat atau berlebihan

3.1.1.1 Melaksanakan pusingan kerja di peringkat Bahagian bagi jawatan sensitif

Bahagian Khidmat Pengurusan

2020-2024

3.1.1.2 Naz i ran o leh Audi tor Dalaman bagi m e n g e n a l p a s t i k e l e m a h a n d a n pelanggaran tatacara kewangan serta perolehan melalui kaedah semakan silang antara Bahagian

Semua Bahagian 2020-2024

OBJEKTIF STRATEGIK 3.1 MEMASTIKAN PENGAMALAN KETELUSAN DALAM JKT

30

3.1.2 Tidak melaporkan hasil dapatan sebenar di tapak semasa audit atau penilaian

3.1.2.1 Naziran oleh Auditor Dalaman daripada Bahagian yang berbeza

Semua Bahagian 2020 – 2024

BIL RISIKO / POTENSI RISIKO(KELEMAHAN: GOVERNANS, INTEGRITI & ANTI RASUAH)

INISIATIF / TINDAKAN(Tangani / Atasi RISIKO)

PENERAJU / PELAKSANA

TEMPOH MASAPELAKSANAAN

3.2.1 Kebocoran maklumat / data / dokumen terperingkat

3.2.1.1 M e n i n g k a t k a n p e m a h a m a n d a n penghayatan kepada pegawai bag i memperkukuhkan kepatuhan kepada DKICT dan menjaga kerahsiaan bagi semua maklumat atau dokumen RAHSIA dan SULIT

Semua Bahagian 2020 - 2024

3.2.1.2 M e n g a d a k a n K u r s u s T a t a c a r a Keselamatan Dokumen Kerajaan oleh CGSO dan naziran secara berkala

Semua Bahagian 2020 – 2024

OBJEKTIF STRATEGIK 3.2 MEMASTIKAN DAYA TAHAN TERHADAP ANCAMAN RASUAH DI JKT

Page 31: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

BAB 4 : TADBIR URUSPenerangan berkenaan aspek pemantauan dan penilaian pelaksanaan OACP. Ia penting bagi tujuan memantau kemajuan pelaksanaan yang dilakukan oleh setiap bahagian dan unit yang bernaung di bawah JKT agar selari dengan kerangka yang disediakan di peringkat jabatan. Ia juga merupakan langkah untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaan inisiatif agar dapat diselaraskan dengan lebih berkesan.

31

Page 32: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

PRINSIP PENGURUSAN ANTIRASUAH JKTPrinsip pengurusan antirasuah JKT adalah dasar yang dipegang oleh JKT dalam menentukan hala tuju pengurusan pelaksanaan OACP. JKT telah menggariskan empat (4) prinsip seperti berikut:

Penilaian risiko rasuah dijadikan asas kepada usaha antirasuah JKT. Sehubungan itu, JKT akan:

01

02

melaksanakan penilaian risiko rasuah secara berkala dan apabila terdapat keperluan perubahan

memberi keutamaan kepada risiko rasuah sama ada dalaman mahupun luaran

JKT akan mewujudkan langkah pelaksanaan inisiatif yang munasabah dan bersesuaian bagi menangani sebarang risiko rasuah yang berbangkit daripada kelemahan struktur tadbir urus, proses dan prosedur serta penguatkuasaan undang-undang.

Pemantauan dan penilaian secara sistematik dilaksanakan dengan memastikan:

Hasil penilaian boleh dijadikan asas untuk memantapkan usaha-usaha kawalan risiko antirasuah sedia ada di JKT.

01

02

mengemukakan pelaporan pelaksanaan inisiatif kepada Pengurusan Tertinggi

penilaian secara berkala bagi menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan program

03 mengenalpasti penyelesaian terbaik bagi setiap permasalahan yang timbul

01

02

03

Melaksanakan program dan inisiatif yang digariskan dalam OACP bagi memastikan tadbir urus yang baik dan membudayakan integritimematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan antirasuah yang berkuatkuasa

menguruskan risiko rasuah organisasi secara berkesan

Pengurusan Tertinggi JKT bertanggungjawab dalam memastikan JKT:

Pengurusan Tertinggi

33

Page 33: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

MEKANISME PELAKSANAAN

Jawatankuasa Antirasuah (JAR) peringkat Jabatan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ahli:1) Timbalan Ketua Pengarah 2) Pengarah Bahagian

Unit Integriti sebagai Urus

Setia

Mesyuarat Pengurusan peringkat Bahagian/Unit

Penyelaras OACP

Bahagian/Unit sebagai Urus

Setia

▪ Membentangkan status pencapaian dan pelaksanaan inisiatif OACP

▪ Mengenalpasti masalah berbangkit dan penyelesaian

▪ Memastikan inisiatif-inisiatif dalam OACP dilaksanakan berdasarkan sasaran dan tempoh masa yang ditetapkan

▪ M e n g e m u k a k a n p e l a p o r a n pelaksanaan inisiatif secara suku tahun kepada Unit Integriti selaku Urus Setia Induk OACP

MEKANISME PENYELARASAN & PEMANTAUAN

34

JABATAN

jabatan

Jabatan.

Page 34: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, OACP JKT menggariskan tiga (3) strategi utama untuk dilaksanakan. Strategi tersebut ialah (i) memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, (ii) mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan awam, dan (iii) memupuk tadbir urus baik dalam JKT. Strategi ini disusuli dengan beberapa program atau inisiatif yang dirangka bagi menghapuskan ruang dan peluang kepada berlakunya rasuah.

Pelan ini merupakan dokumen antirasuah pertama di Jabatan dan merupakan kesinambungan dari Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 – 2023 bagi menangani permasalahan rasuah, integriti dan tadbir urus khususnya di Jabatan ini. Pelan ini juga menjelaskan mekanisme penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan inisiatif-inisiatif OACP JKT dilaksanakan seperti yang ditetapkan dan pelan ini akan sentiasa dikaji dan dikemaskini mengikut perubahan semasa.

Semoga pelan ini dapat dijadikan panduan bagi merealisasikan aspirasi negara bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bebas rasuah dan memastikan perkhidmatan awam yang telus dan dihormati.

34

Page 35: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

PENGURUSAN TERTINGGIYBhg. Dato’ Haji Noor-Ihsan Bin Haji Che Man

Encik Mohammad Ridzwan Bin Abidin

Puan Samilah Binti Masuri

UNIT INTEGRITICik Nurul Fatini Binti Mohd Darus

Puan Huda Binti Muhamad Lutpi

Puan Likhomsaton Binti Rusmin

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANEncik Hasan Hafizi Bin Hanapi

Puan Juliana Binti Baderi

Encik Muhammad Hazim Azmi bin Mohd Sari

BAHAGIAN PEMBANGUNANEncik Omran bin Omar

Encik Mohamad Azwan Bin Yusop

Encik Mohd Izhar bin Samsuil Fuad

BAHAGIAN DASAR DAN PENGURUSAN STRATEGIKDr. Ani Binti Ahmad

Encik Mohd Yasin bin Alwi

Puan Murni Binti Mohd Adnan

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMATDr. Zulkeflee bin Kusin

Encik Muhamad Shukri Bin Ramli

Encik Mohamad Zubir Bin Sidi

BAHAGIAN PERUNDING KESIHATAN PERSEKITARANEncik Ooi Poh Keong

Encik Shafizi Bin Abdul Wahab

Puan Rahayu binti Abu Bakar

BAHAGIAN PERUNDING KAWALAN PEMAJUANAr. Mohamad Nazli Bin Ramli

Ar. Ooi Tee Lee

Encik Mohamed Firdaus bin Othman

BAHAGIAN PERUNDING KEJURUTERAAN KESIHATAN UMUMEncik Mohd Nazeri Bin Salleh

Encik Rozaidi Bin Misli

Puan Wan Adzlinda binti Wan Ariffin

BAHAGIAN PERUNDING KEJURUTERAAN AWAMEncik Noor Azman bin Mastor

Puan Shapiramis Binti Hasanuddin

Encik Muhammad Fazrul bin Aselan

BAHAGIAN KAMPUNG BARUPuan Wee Li Ling

Encik Lim Hui Tian

Encik Lim Wei Kean

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan OACP JKT 2020 - 2024

JAWATANKUASA KERJA OACP

URUS SETIA OACPPuan Huda Binti Muhamad Lutpi

Puan Likhomsaton Binti Rusmin

Puan Nurfazrul Fazura Binti Zakaria

TENAGA PAKAR SURUHANJAYA ANTIRASUAH MALAYSIA (SPRM)

PPJ Sarimah Binti Sulaiman

PsK Maszlinda Natasha Binti Zainiar

TENAGA PAKAR MALAYSIA ANTI-CORRUPTION ACADEMY (MACA)

Puan Ku Syazwani Binti Ku Azmi

Tuan Muhammad Nazirudin Bin Jamaludin

Tuan Mohd Helmi Faiz Bin Ali

Page 36: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

KPKTJabatan Kerajaan Tempatan

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)No. 51, Persiaran Perdana Presint 4,62100 Putrajaya

TEL : 603-8891 3000FAX : 603-8891 3090

Website : www.jkt.kpkt.gov.my

Page 37: KPKT PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI...Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2020-2024 Jabatan Kerajaan Tempatan merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif

Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT)No. 51, Persiaran Perdana Presint 4,62100 Putrajaya

TEL : 603-8000 8000FAX : 603-8891 3182

Website : www.kpkt.gov.my