kpdnhep pertandinganfok.infopengguna.com/sp/uploads/files/pertandingan... · mana – mana...

4
PERTANDINGAN PERTANDINGAN KPDNHEP HADIAH UTAMA: RM 3000 RM 3000 SYARAT UMUM UNTUK MAKLUMAT LANJUT : BELINDA 0388826181 / JIBRIL 0388825859 http://fok.infopengguna.com/sp/index.php 1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNHEP. 2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang. 3. Semua logo yang diterima oleh Urusetia Pertandingan Logo Friends of KPDNHEP akan menjadi hak milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). 4. Syarat dan borang penyertaan boleh dimuat turun di portal Friends of KPDNHEP. TARIKH TUTUP PENYERTAAN: 31 MAC 2019

Upload: others

Post on 02-Feb-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN PERTANDINGAN KPDNHEP

HADIAH UTAMA:

RM 3000RM 3000

SYARAT UMUM

UNTUK MAKLUMAT LANJUT : BELINDA 0388826181 / JIBRIL 0388825859http://fok.infopengguna.com/sp/index.php

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNHEP.2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang. 3. Semua logo yang diterima oleh Urusetia Pertandingan Logo Friends of KPDNHEP akan menjadi hak milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).4. Syarat dan borang penyertaan boleh dimuat turun di portal Friends of KPDNHEP.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN:31 MAC 2019

SYARAT PENYERTAAN:

1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar sebagai ahli Friends of KPDNHEP (Sekiranya belum mendaftar, sila daftar melalui aplikasi Friends of KPDNHEP di Google Play Store ataupun App Store).

2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walaubagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.

3. Semua ciptaan mestilah ASLI dan tidak ditiru/diciplak daripada mana-mana logo tempatan mahupun luar negara.

4. Semua logo yang diterima oleh Urusetia Pertandingan Logo Friends of KPDNHEP akan menjadi hak milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan tidak akan dikembalikan. KPDNHEP berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.

5. Pemenang utama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RIBU RINGGIT SAHAJA).

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO:

1. Reka bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan tidak menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli.

2. Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan juga disediakan dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau PNG resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian (software) terkini yang bersesuaian.

3. Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.

4. Reka cipta logo mestilah sekurang-kurangnya tiga (3) warna, berciri gabungan moden dan futuristik menggambarkan identiti dan aspirasi Kementerian. Logo mestilah mempunyai tulisan “FRIENDS OF KPDNHEP”.

5. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

6. Elemen yang harus diserapkan di dalam logo haruslah selari dengan inisiatif Friends of KPDNHEP ditubuhkan iaitu untuk menjadi Mata dan Telinga kepada Kerajaan untuk membantu dalam memantau harga barangan dan perkhidmatan.

7. Karya logo berserta borang penyertaan hendaklah dikemukakan ke emel: [email protected] pada atau sebelum 31 MAC 2019 jam 4.30 petang

BORANG PENYERTAAN

1. NAMA :

2. NO. KAD PENGENALAN :

3. NO. TELEFON :

4. E-MEL :

5. ALAMAT :

PERAKUAN PESERTA Dengan ini saya mengakui bahawa penyertaan ini adalah asli dan tidak pernah menyertai mana – mana pertandingan seumpamanya sebelum ini. Saya faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan serta merta jika saya melanggar mana – mana terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh penganjur. Saya juga bersetuju bahawa jika terpilih, rekaan saya ini akan menjadi hak milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sepenuhnya dan saya tidak ada hak keatasnya selepas ini.

Tandatangan : Tarikh :