kpb (bg kt p2u)

Post on 09-Apr-2018

253 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    1/146

    Izza Aripin

    1

    L

    AIRA mencerlung ke arah

    Zaran.

    Kita tak ada pilihan!

    Engkau nak dia mati?

    Zaran membalas renungan tajam Laira. Engkau

    pasti dia akan selamat?

    Berdoa kepada Tuhan moga kita semua selamat.

    Zaran memandang Ayrin yang masih belum sedar.

    Ayrin! Dia menepuk pipi Ayrin.

    Bangun! Kita semua dalam bahaya. Engkau dengar

    tak? Jet ni akan terhempas di lautan! Zaran berusaha

    menyedarkan Ayrin.

    Aku terpaksa tolak engkau ke laut. Ayrin! Engkau

    dengar tak? sambungnya lagi.

    Zaran! Jet dah hilang kawalan! Laira menjerit

    panik.

    Dhiyapura Two semakin menjunam.

    prolog

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    2/146

    Kasih Pun Bersatu

    2

    Engkau terjun dulu! Zaran menjerit ke arah

    Laira.

    Beberapa saat selepas Laira terjun, Zaran turut

    terjun bersama Ayrin yang masih belum sedarkan diri.

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    3/146

    Izza Aripin

    3

    Dhiyapura

    Beberapa bulan selepas pemberontakan Tengku Khalid

    dipatahkan....

    RUBIAH mengintai ke luar

    tingkap sewaktu pramugari

    pesawat peribadi yang dinaikinya

    mengumumkan bahawa mereka sudah memasuki ruang

    udara kerajaan Dhiyapura.

    Kita sekarang sudah memasuki ruang udarakerajaan Dhiyapura. Jika anda melihat ke luar sekarang, anda

    dapat melihat Istana Agung dari utara.

    Rubiah tersenyum mendengar kalimah itu. Seakan-

    akan dalam lem The Princess Diaries pula cara pramugari

    itu berkata-kata.

    Look out the window, princess. Welcome toGenovia. Agaknya begitulah skrip yang dilaazkan oleh

    pengawal peribadi Princess Mia yang masih diingati oleh

    Rubiah. Tetapi di dalam kisah ini, bukan dia puterinya. Tetapi

    bab

    1

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    4/146

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    5/146

    Izza Aripin

    5

    KEADAAN di Istana Agung begitu meriah dengan persiapan

    meraikan kemenangan keluarga al-Muttaqi yang berjaya

    mengembalikan takhta dan menuntut keadilan. Seluruh

    keluarga al-Muttaqi dari serata dunia telah berjaya

    dihimpunkan. Bak sirih pulang ke gagang, mereka kembali

    ke tanah air tercinta setelah menjeruk rasa selama beberapa

    generasi akibat pengkhianatan keluarga al-Mansur.

    Saki-baki keluarga al-Mansur yang tidak sempat

    melarikan diri ke luar negara telah diberi pengampunanbersyarat. Mereka dikehendaki bersumpah taat setia terhadap

    Dinasti al-Muttaqi dan pemerintah kerajaan. Sekiranya ada

    usaha belot berjaya dikesan, mereka akan dibuang negeri.

    Sultan Iskandar mahu memastikan rancangannya

    mengubah corak pemerintahan kerajaan beraja Dhiyapura

    kepada pemerintahan demokrasi tidak menghadapi

    tentangan. Sudah tiba masanya rakyat diberi peluang

    mentadbir negara tercinta.

    Sebaik sahaja keadaan negara stabil selepas

    percubaan pemberontak merampas takhta, proses-proses

    penubuhan sebuah negara demokrasi giat dijalankan. Sultan

    Iskandar berharap supaya sebaik sahaja penggantinya menaiki

    takhta, corak kerajaan sudah berwajah baharu. Perkara initidak mustahil dilakukan sekiranya mendapat sokongan

    penuh keluarga diraja dan rakyat jelata.

    KETIBAAN Rubiah dan rakan-rakan sekolahnya dahulu

    membuatkan Ayrin terharu. Dia benar-benar rindukan merekadan juga Millenium Perdana, sekolah lamanya di negara

    Malaysia. Bermula tahun hadapan, Ayrin akan menyambung

    pelajarannya di sekolah di ibu negara kerajaan Dhiyapura.

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    6/146

    Kasih Pun Bersatu

    6

    Pasti keadaannya berbeza sekali lagi. Tetapi kali ini dia sudah

    tahu kenapa perpindahan itu harus dilakukan. Selama dia

    menuntut di Millenium Perdana, sudah banyak kenangan

    pahit manis tercatat. Segala-segalanya tidak mudah dilupakan

    kerana setiap hari, setiap saat, dia menghargai detik dirinya

    berada di situ.

    Tidak seperti Ayrin yang terpaksa menyambung

    pelajarannya di sekolah baharu, Zarul yang telah dilantik

    sebagai putera mahkota, akan menyambung legasipemerintah sebelumnya menyambung pengajian di

    Cambridge. Zarul tidak akan dibebani oleh urusan kerajaan

    sehinggalah dia menamatkan pengajiannya terlebih dahulu.

    Buat seketika dia bebas melakukan apa sahaja sebelum

    dirinya terikat dengan tanggungjawab negara. Dan dia telah

    memilih untuk menetap di Malaysia sehinggalah masanya

    tiba bagi dia memikul tanggungjawabnya.

    Memang keputusan yang dibuat oleh Zarul itu

    bertentangan dengan rancangan asalnya dan rancangan asal

    pemerintah Dhiyapura yang mahukan dia di situ; mempelajari

    selok-belok pemerintahan.

    Tetapi entah mengapa, Zarul tiba-tiba mengubah

    kirannya. Dia rasa dia perlu memberikan dirinya masa bagimemikirkan segala-galanya. Dia mahu bersedia dan betul-

    betul memahami akan tanggungjawab yang bakal dipikulnya

    tidak lama lagi. Zarul mahu mengenali dirinya dan dia hanya

    boleh lakukannya jauh dari Dhiyapura... dan jauh daripada

    Ayrin.

    Zarul tidak mahu memikirkan hubungannya

    dengan Ayrin buat masa ini. Biar masa yang menentukan

    sejauh mana dan setakat mana perhubungan mereka.

    Sekiranya takdir memisahkan haluan mereka, dia akan

    terima. Sekiranya takdir menyatukan haluan mereka, dia juga

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    7/146

    Izza Aripin

    7

    akan terima. Buat masa ini, Ayrin bukan keutamaannya. Dia

    ada perkara besar yang harus dikirkan iaitu diri dan masa

    depannya yang telah ditentukan. Adakah dia bersedia

    menerimanya?

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    8/146

    Kasih Pun Bersatu

    8

    Istana Agung,

    Kota Dhiyapura

    MAJLIS yang dirancang

    berlangsung dengan penuh

    gemilang. Tetamu-tetamu

    diraikan dengan penuh kehormatan. Perjumpaan dalam

    kalangan kerabat al-Muttaqi buat pertama kalinya berjaya

    mengumpul kesemua ahli keluarga yang sudah lama terpisah.

    Bak sembilang pulang ke lubuk.Sultan Iskandar benar-benar rasa bahagia kerana

    dapat bertemu dengan sanak saudara yang selama ini

    meminggirkan diri mereka daripada hal kerajaan. Peluang

    yang julung kali berlaku ini dimanaatkan sepenuhnya oleh

    Sultan Iskandar dengan pembinaan jaringan komunikasi

    antara mereka. Dia dengan berbesar hati menjemput kesemua

    ahli keluarganya pulang dan menetap di Dhiyapura supayamereka bersama-sama dapat membangunkan kerajaan pulau

    itu.

    bab 2

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    9/146

    Izza Aripin

    9

    Dahulu ayahandanya, Almarhum Sultan

    Firmanshah al-Muttaqi telah bernikah dengan sepupunya,

    Tengku Badariah al-Mansur demi mendamaikan kedua-dua

    buah keluarga yang saling bertingkah merebut takhta. Ramai

    keluarga al-Muttaqi tidak setuju dengan pernikahan itu. Maka

    sebagai rasa tidak puas hati, mereka membawa diri ke luar

    negara dan merajuk tidak mahu ambil tahu perihal

    pentadbiran negara. Malangnya tindakan mereka itu telah

    memudahkan Tengku Khalid, kekanda Permaisuri Badariahberkuasa.

    Saat Sultan Iskandar mewarisi tampuk

    pemerintahan, keadaan menjadi semakin gawat. Nasibnya

    hampir sama seperti ayahandanya. Dia dipaksa bernikah

    dengan anak saudara bonda tirinya iaitu Tengku Syazreen,

    padahal ketika itu dia sudah pun bernikah dengan Anne di

    luar negara. Akibat tnah, dia telah mengkhianati Anne.Pembantu peribadinya yang setia, Tengku Farid telah turut

    sama ditnah lantas mengambil keputusan membawa diri.

    Tinggallah Sultan Iskandar sendirian memperjuangkan

    kedamaian. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan

    kebijaksanaannya, Tengku Khalid dan pemberontak berjaya

    ditumpaskan. Kini dia berazam mahu membetulkan kesilapan

    yang telah berlaku di pihak Almarhum ayahandanya.

    Paling menggembirakannya ialah kesudian keluarga

    Tengku Farid dan keluarga putera mahkota, menetap di

    Dhiyapura. Dengan sokongan mereka, Sultan Iskandar akan

    lebih berkeyakinan menjalankan tugas utamanya selepas ini

    iaitu menjadikan kerajaan Dhiyapura negara demokrasi.

    Terima kasih, Farid... kerana sudi memberikansokongan. Tengku Iskandar menepuk bahu Tengku Farid

    sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga.

    Dan terima kasih pada engkau juga kerana sudi

  • 8/8/2019 KPB (bg kt P2U)

    10/146

    Kasih Pun Bersatu

    10

    menawarkan peluang kedua kepada aku. Apa kata kita

    mulakan langkah yang baharu dengan semangat yang

    baharu.

    Tengku Iskandar mengangguk setuju mendengar

    kata-kata semangat yang diberikan oleh sepupunya itu.

    Kali ni... aku mahu buat yang terbaik buat semua.

    Segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu, aku mahu

    perbaiki. Terutama perhubungan aku dengan Anne. Walaupun

    dia setuju terima aku kembali dan sudi memberikan peluangkali kedua, aku tak rasa perkara ni amat mudah baginya. Juga

    tak mudah bagi aku walaupun selama ini aku memang

    nantikan saat-saat ni.

    Pandangan Tengku Iskandar jatuh ke wajah

    isterinya yang asyik melayan rakan-rakan Pirate di satu

    sudut.Tengku Farid tersenyum mengerti. Memang benar.

    Ada banyak perkara yang Sultan Iskandar dan Anne perlu

    lakukan bagi merapatkan jurang yang terbina sekian lama di

    antara mereka.

    Both of you have lots of things to catch up. Tapi

    tak mengapa. Sebab engkau ada banyak masa bersama bagi

    memperbaiki semula hubungan kamu yang terhenti dulu.

    Tengku Farid memberikan kata-kata perangsang kepada

    sepupunya supaya dia yakin menghadapi sat