kota kuala kedah

11

Click here to load reader

Upload: kertas-putih

Post on 23-Dec-2015

67 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: kota kuala kedah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kajian ini adalah mengenai sejarah Ekskavasi dan konservasi di Kota Kuala Kedah.

Kota Kuala Kedah atau juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang adalah terletak di

tebing utara muara sungai Kedah dan ianya terletak dikedudukan rujukan latitude

100 17’30’ Timur dan Longitude 6 6’ 0”. Kota tersebut adalah berhampiran muara

sungai Kedah dan bertentangan dengan bandar sungai kedah. Bentuk kota adalah

empat segi bujur yang memanjang dari arah Selatan ke Utara dan melebar dari

Barat ke Timur. Terdapat sebuah Alor Melaka yang dibina untuk mengawal air

daripada memasuki kota.

1.2 Pemasalahan kajian

Hasil pembacaan yang telah dilakukan dari semua sudut pembacaan mengenai

Kota Kuala Kedah telah dikenalpasti mana-mana penulis tidak menyentuh beberapa

aspek dalam penulisan mereka. Mereka hanya menyentuh mengenai peristiwa Kota

Kuala Kedah, kepentingan kota, dan latar belakang kota tersebut. Daripada

pembacaan yang dijalankan, pemasalahan kajian yang menarik yang perlu disentuh

adalah daripada aspek sejarah, ekskavasi dan konservasi kota yang dihadapi dalam

mengekalkan struktur asli kota agar tidak terjejas daripada perkara-perkara yang

boleh menggugat keaslian kota.

Sejarah kota adalah bermaksud pengkajian mengenai maklumat Kota Kuala

Kedah. Adakah maklumat mengenai sejarah Kota Kuala Kedah meliputi kesemua

aspek. Penulisan ini adalah melengkapkan sejarah Kota Kuala Kedah. Ekskavasi

Page 2: kota kuala kedah

2

pula adalah cari gali yang dilakukan oleh ahli arkeologi di tapak Kota Kuala Kedah.

Artifak yang dijumpa di tapak kota tidak pernah ditengahkan oleh penulis lain di

dalam penulisan tesis mereka. Mengapa maklumat mengenai artifak tidak ditulis.

Penulisan tesis ini akan menulis mengenai maklumat artifak tersebut. Manakala

konservasi pula merupakan pemuliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun

bagi mengatasi kerosakan. Pembaikpulihan telah dilakukan di kota tersebut bagi

menjaminkan keaslian kota tersebut. Laporan konservasi tidak diselitkan oleh

mana-mana pengkaji sebelum ini dan ianya tidak diketahui umum.

1.3 Objektif kajian

Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menerangkan sejarah Kota Kuala

Kedah. Sejarah Kota Kuala Kedah ini perlu ditulis agar sejarah kota tersebut tidak

harus lenyap ditenggelam oleh arus pemodenan. Hal ini penting bagi mengekalkan

keaslian monumen Kota Kuala Kedah. Seterusnya, aspek ekskavasi merupakan

penemuan artifak yang pernah dijumpai di tapak kota tersebut. Maklumat

mengenai artifak yang pernah dijumpai di tapak kota tersebut perlulah

diketengahkan agar perhubungan Kedah dengan negara luar sudah lama terjalin.

Konservasi adalah aspek yang penting bagi memperbaiki bahagian struktur-struktur

kota yang telah rosak akibat daripada faktor peralihan masa yang lama. konservasi

ini adalah bagi mengekalkan keaslian kota untuk kajian generasi yang akan datang.

Konservasi adalah bertujuan untuk menghalang faktor-faktor kerosakan yang boleh

menjejaskan keaslian kota tersebut seperti pembagunan dan serangan haiwan

perosak.

1.4 Sorotan literatur

Abdul Halim Nasir (1990) menyentuh mengenai Kota Kuala Kedah di dalam

bahagian bab lapan daripada keseluruhan karyanya. Di dalam penulisannya beliau

banyak menyentuh mengenai kota-kota yang pernah wujud di Tanah Melayu dan

salah satu kota yang beliau sentuh adalah Kota kuala Kedah. Karya beliau dijadikan

sebagai sorotan buku kerana tajuk tesis yang akan ditulis adalah berkaitan dengan

Kota Kuala Kedah. Kota Kuala Kedah yang beliau sentuh merangkumi tiga aspek

utama iaitu bentuk kota, kedudukan kota dan sejarah kota itu sendiri. Beliau

Page 3: kota kuala kedah

3

mengulas dengan lengkap tiga aspek tersebut sehingga karya beliau dijadikan

sebagai sumber rujukan oleh penyelidik masa kini. Di dalam penulisannya, beliau

telah terlepas pandang beberapa sudut lain dan salah satunya iaitu dari aspek

sejarah kota agar tidak dimusnahkan kota-kota yang bersejarah yang terdapat

pada masa kini. Halangan atau cubaan untuk menghapuskan kota-kota yang

bersejarah akan menjejaskan atau menghapuskan sumber primer untuk

penyelidikan pada masa akan datang. Aspek ekskavasi juga beliau tidak menyentuh

didalam penulisannya. Sumber-sumber yang penting masih terdapat di kota

tersebut. Kota-kota yang bersejarah harus dikekalkan untuk tatapan generasi yang

akan datang. Selain itu, aspek konservasi kota harus diketengahkan untuk

mengekalkan monument asal agar tidak terjejas dimamah usia atau sebarang

ancaman yang boleh menjejaskan bentuk asalnya. Konservasi juga perlu dilakukan

agar bentuk asal kota dapat dipelihara.1

Raiha Mohd Saub 1981 menyentuh mengenai Kota Kuala Kedah. Penulisan

beliau banyak menyentuh mengenai kepahlawanan Melayu yang berjuang

mempertahankan kota Kuala Kedah semasa diserang oleh Siam dan kerajaan Ligor.

Beliau menceritakan ramai pahlawan Melayu yang telah terkorban semasa

menpertahankan kota tersebut. Selain itu, beliau juga menceritakan mengenai

keadaan kota selepas diserang atau peninggalan kota selepas diserang. Peralatan

perang yang digunakan semasa berperang di Kota Kuala Kedah seperti meriam dan

pintu gerbang kota juga disebut di dalam penulisan beliau. Beliau juga menulis

mengenai pewartaan Kota Kuala Kedah kepada jabatan muzium Kuala Kedah. Di

dalam penulisannya, beliau tidak menyentuh menyenai sejarah Kota Kuala Kedah.

Di samping itu, Konservasi adalah amat penting dalam mengekalkan struktur asli

kota tersebut. Selain itu, aspek ekskavasi kota dalam mengekalkan keaslian

monumen kota tersebut perlu diberi perhatian yang serius bagi mengekalkan

keaslian kota tersebut. Justeru, aspek sejarah, ekskavasi dan konservasi akan

dijadikan permasalahan kajian dalam penulisan tesis ini.2

1Abdul Halim Nasir, Kota-Kota Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.

2Raiha Mohd Saub, Kota-Kota Bersejarah di Semenanjung Malaysia, Jabatan Musium Jalan

Damansara, 1981.

Page 4: kota kuala kedah

4

Dato Haji Wan Shamsudin bin Mohd Yusuf 2001 menfokuskan Kota Kuala

Kedah sebagai tajuk utama. Justeru, buku ini digunakan sebagai sorotan bagi

menyiapkan tesis ini. Penulisan beliau banyak menyentuh mengenai zaman

kesultanan semasa pembinaan Kota Kuala Kedah dibangunkan. Beliau juga

menjelaskan mengenai pembinaan kubu di Kuala Kedah yang sekarang ini dikenali

sebagai Kota Kuala Kedah. Beliau menceritakan secara mendalam mengenai Kota

Kuala Kedah. Pertahanan kota juga beliau menulis didalam buku beliau. Pertahanan

yang beliau ceritakan adalah berkaitan dengan ancaman dan serangan yang

berlaku terhadap kedah. Serangan yang dilancarkan adalah bermula daripada Kuala

Kedah. Justeru, pembinaan Kota Kuala Kedah dilakukan bagi menakis serangan

yang dilakukan oleh pihak musuh. Didalam penulisannya, beliau tidak menyentuh

mengenai sejarah kota bagi memudahkan orang awam memahami sejarah Kota

Kuala Kedah. Penemuan artifak melalui ekskavasi juga tidak diketengahkan oleh

beliau. Selain itu, beliau juga tida menyentuh mengenai konservasi perlu ditempuhi

bagi mengekalkan keaslian Kota Kuala Kedah itu. Ketiga-tiga aspek ini perlu

disentuh agar kota yang bersejarah ini dapat dikekalkan untuk tetapan atau

penyelidikan pada masa akan datang.3

Napidza bt Haji Abdullah 1986 yang menulis tesis mengenai Kota Kuala

Kedah secara mendalam dan menyeluruh. Di dalam tesisnya, beliau menyentuh

mengenai pembinaan Kota Kuala Kedah secara teratur. Kedudukan kota kuala

Kedah atau pemetaan kota tersebut telah dilampirkan didalam tesis beliau.

Pemetaan dengan skala jarak ukur yang tepat telah membuatkan tesis beliau

kelihatan menarik. Selain itu. Beliau juga menyentuh mengenai cirri-ciri kota

tersebut. Setiap sudut di kota tersebut telah dihurai dengan terperinci oleh beliau.

Kota Kuala Kedah yang dihurai oleh beliau ada menyebut mengenai zaman

kesultahan pada masa itu. Beliau menceritakan campur tangan sultan keatas Kota

Kuala Kedah itu tersendiri. Kota Kuala Kedah yang terdapat didalam tesis beliau

adalah sebagai kota pertahanan yang kukuh yang terdapat di Kedah pada masa

tersebut. Walaupun tesis beliau lengkap menghuraikan Kota Kuala Kedah tetapi

3Dato Haji Wan Shamsudin bin Mohd Yusuf, Sejarah dan Perkembangan Kota Kuala Kedah menurut

Kronolog Zaman Pemerintahan Sultan-sultan Kedah Darul Aman, Jabatan Muzium Negara,

2001.

Page 5: kota kuala kedah

5

tesis beliau tidak menyebut mengenai sejarah Kota Kuala Kedah tersebut. Selain

itu, beliau tidak menyentuh mengenai ekskavasi yang perlu ditempuh bagi

mengekalkan

Kota Kuala Kedah sebagaimana pada masa dahulu. Aspek konservasi juga adalah

penting bagi mengekalkan struktur asli kota tersebut.4

Wan Shamsudin Mohd Yusuf 1990 menerangkan Kota Kuala Kedah sebagai

kota pertahanan negeri Kedah. Peperangan yang beliau tulis melibatkan Kedah

dengan kerajaan luar seperti Siam dan Ligur. Kota Kuala Kedah digunakan sebagai

pusat pertahanan bagi ancaman dari luar. Kepahlawanan Kedah juga

diketengahkan oleh beliau di dalam penulisan beliau. Beliau memuji pahlawan dan

hulubalang Kedah yang sanggup mempertahankan negeri mereka. Mereka sanggup

mati demi mempertahan kedaulatan negeri Kedah. Beliau juga melampirkan

gambaran pelukis mengenai wajah pahlawan negeri Kedah. Walaupun penulisan

beliau menjurus kepada Kota Kuala Kedah tetapi beliau tidak menyentuh mengenai

aspek sejarah Kota Kuala Kedah. Selain itu, penemuan artifak melalui ekskavasi di

Kota Kuala Kedah itu tidak dilampirkan beliau. Konservasi amatlah penting bagi

mengekalkan keaslian Kota Kuala Kedah itu tersendiri selepas atau sebelum era

peperangan dan kegemilangan Kedah. Beliau hanya menumpu kepada zaman

peperangan sahaja. Hal ini amatlah penting bagi penyelidik akan datang untuk

membuat kajian.5

Ismail bin Saleh 26.12.1970 mengumpul kesemua artikel yang berkaitan

dengan Kota Kuala Kedah dan membuat kesimpulan keatas kesemua artikel

tersebut. Di dalam artikel yang beliau keluarkan, beliau menulis kembali mengenai

pembinaan Kota Kuala Kedah dan peperangan yang berlaku di kota tersebut.

Beberapa peperangan telah berlaku di Kota Kuala Kedah seperti pertempuran

dengan Siam dan kerajaan ligur. Beliau juga menulis mengenai kronologi

peperangan tersebut. Selain itu, beliau menulis peranan Kota Kuala Kedah sebagai

perlabuhan barang dagangan pada masa dahulu selain daripada kubu atau benteng

perang. Proses dibina Kota Kuala Kedah juga turut diceritakan di dalam artikel yang

4Napidza bt Haji Abdullah, Kota Kuala Kedah, Balai Nobat, Masjid Zahir & Balai Besar, 1986. 5 Wan Shamsudin Mohd Yusuf, Kearah Pembagunan, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, 1990.

Page 6: kota kuala kedah

6

mereka keluarkan. Kelemahan yang terdapat dalam artikel tersebut adalah mereka

tidak menyentuh mengenai sejarah Kota Kuala Kedah dan aspek konservasi Kota

Kuala Kedah tersebut selepas era peperangan. Aspek konservasi amatlah penting

bagi mengekalkan monumen bersejarah yang terdapat pada masa dahulu. Kota

yang asal akan memudahkan pengkaji yang akan datang untuk membuat kajian.

Selain itu, aspek ekskavasi juga perlu disentuh agar peninggalan artifak yang

sejarah dapat disimpan untuk generasi yang akan datang.6

Jabatan Warisan Negara cawangan utara 2000 menulis mengenai Kota

Kuala Kedah. Beliau menceritakan secara umum sejarah Kota Kuala Kedah.

Penubuhan Kota Kuala Kedah sampailah era peperangan dengan Siam dan Lingur

telah ditulis oleh penulis dengan panjang lebarnya. Selain itu, penulis juga

menyelitkan penglibatan Sultan-sultan terhadap Kota Kuala Kedah. Beliau menulis

bahawa, Kota Kuala Kedah dibina semasa perebutan takta kerajaan negeri kedah

pada tahun 1724-1726. Kronologi runtuhnya Kota Kuala Kedah dan dibina semula

pada 1771 telah ditulis secara terperinci di dalam artikel tersebut. Artikel ini juga

menceritakan ciri-ciri kota dengan lengkapnya iaitu kedudukan meriam dan pintu

gerbang Kota Kuala Kedah. Mengenai aspek sejarah Kota Kuala Kedah tidak

disentuh dalam artikel ini. Selain itu, ekskavasi dan konservasi di Kota Kuala Kedah

juga tidak disentuh oleh penulis.7

Dato James F.Augustine 1996 menulis dengan panjang lebar mengenai

sejarah Kedah. Beliau menyentuh segala aspek mengenai sejarah mengenai Kedah.

Di dalam penulisannya, beliau turut menyentuh mengenai Kota Kuala Kedah. Beliau

menceritakan sejarah pembinaan kota tersebut. Pembinaan kota tersebut adalah

bertujuan sebagai kubu pertahan negeri Kedah bagi menangkis serangan musuh

dari arah laut. Beliau juga menulis mengenai peperangan Kedah dengan Siam.

Siam yang cuba menyerang Kedah menemui kegagalan kerana kekuatan kubu

pertahanan Kedah begitu kukuh iaitu Kota Kuala Kedah. Aspek-aspek sejarah kota

tidak disentuh di dalam penulisannya. Konservasi kota adalah seperti pemeliharaan

dan pemuliharaan tidak disentuh beliau. Aspek ini penting bagi mengekalkan

6 Ismail bin Saleh (Persatuan Sejarah Malaysia), 26.12.1970, Kota Kuala Kedah. 7 Jabatan Warisan Negara. 2000. Kota Kuala Kedah.

Page 7: kota kuala kedah

7

struktur asal kota tersebut untuk generasi yang akan datang. Penemuan artifak di

Kota Kuala Kedah juga tidak disentuh oleh beliau. 8

Asyaari Muhamad 2009 dalam penulisannya mengatakan bahawa peranan

arkeologi dalam kerja konservasi di Malaysia. Di dalam penulisannya beliau

menerangkan bahawa konservasi adalah proses pemuliharaan dan pembaikan

sesuatu monument sejarah. Sehubungan itu, pentingnya penyelidikan arkeologi

dalam memastikan kejayaan kerja konsevasi itu ditunjukkan. Selain pemuliharaan

harus dimulai dengan penyelidikan arkeologi yang sesuai, juga dicadangkan hasil

penemuan arkeologi perlu dipelihara. Untuk mengekalkan keaslian sesuatu

bangunan warisan atau tapak bersejarah, ciri-ciri yang asal perlu dibina semula.

Kesemua kerja itu dikehendaki dilaksanakan arkeologis yang berkelayakan dan juga

yang berpengalaman. Kelemahan penulisan beliau adalah didalam penulisannya

tidak menyatakan tempat-tempat bersejarah yang pernah di konservasikan. Beliau

hanya menceritakan makna konservasi dan kepentingan konservasi sahaja.9

Zulkifli Jaafar 2004 telah menulis di dalam penulisannya mengenai

ekskavasi. Ekskavasi merupakan satu disiplin dalam arkeologi yang meupakan satu

cara bagi sesebuah artifak yang tenggelam didasar laut atau di dalam tanah. Beliau

telah menulis bahawa ekskavasi merupakan proses galicari bagi mendapatkan

sesuatu fakta dari artifak di dalam tanah atau laut bagi melengkapkan fakta

sejarah. Proses galicari akan dilakukan oleh arkeologis agar artifak yang dijumpai

tidak dicuri atau diambil oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.10 Kelemahan

penulisan beliau adalah beliau tidak menyentuh mengenai ekskavasi yang dilakukan

di Kota Kuala Kedah.

Siti Norhaliza Harun 2004 didalam penulisannya menyentuh mengenai

ekskavasi dan konservasi di tapak bersejarah di Pulau Pinang. Semasa penyelidikan

beliau dijalankan telah menjumpai pelbagai artifak sejarah di dalam tanah semasa

8 Dato james F.Augustine, Kedah Zaman Silam, Muzium Negeri Kedah Darul Aman, 1996. 9 Asyaari Muhamad, 2009, Arkeologi Dalam Kerja konsevasi, Sari 27(2009) 185-197

10 Zulkifli Jaafar, 2004, Aspek-aspek Ekskavasi di Malaysia, Sari 106(2004) 201-215

Page 8: kota kuala kedah

8

proses ekskavasi dijalankan di tapat bersejarah di Pulau Pinang. Artifak yang

dijumpai adalah seperti tembikar dari China dan syiling dari barat. Manakala bagi

konservasi pula, beliau membuat penyelidikan di tugu Peringatan Sir James

Richardson Logan yang dikelilingi pokok yang berusia hampir 200 tahun di

Mahkamah Tinggi, Pulau Pinang. Konservasi telah dilakukan di tapak tersebut bagi

melindungi tugu tersebut bagi mengekalkan keaslian monument tersebut.

Kelemahan penulisan beliau adalah beliau tidak menceritakan sejarah tapak

bersejarah di Pulau Pinang dan beliau tidak menyentuh langsung mengenai Kota

Kuala Kedah khususnya dalam aspek ekskavasi dan konservasi.11

1.5 Kepentingan kajian

Ramai pengkaji terdahulu yang telah membuat kajian mengenai Kota Kuala Kedah

ini tetapi mereka hanya banyak mengkaji mengenai pembinaan kota dan

kepentingan-kepentingannya. Sama ada dari segi pertahanan, perdagangan, dan

pentadbiran. Namun terdapat kekeliruan dari segi fakta mengenai Kota Kuala

Kedah ini yang akan diperjelaskan di dalam tesis ini di dalam bab yang seterusnya

dimana tesis ini akan terdapat penambahan fakta yang tidak terdapat di dalam

kajian-kajian terdahulu. Sebagai kota yang bersejarah peninggalan masa dulu,

semestinya ia mempunyai nilai penting untuk ilmu pengetahuan dan perkembangan

sejarah sesebuah negara. Justeru ia menjadi tarikan ramai untuk dibuat kajian.

Disimpulkan bahawa tesis ini adalah untuk tatapan umum ataupun kepada orang

ramai sebagai satu cabang ilmu yang berguna pada masa akan datang dan menjadi

rujukan kepada pengkaji pada masa yang akan datang.

1.6 Skop batasan kajian

Di dalam kajian tesis ini mengadungi tiga batasan kajian. Batasan kajian diperlukan

adalah untuk menyelaraskan kajian tesis ini agar tidak terpesong dari aspek

sejarawan. Pertama, skop bidang tesis ini menggunakan sejarah sosial yang

bermaksud teori yang menekankan bahawa fenomena sosial dan budaya adalah

11

Siti Norhaliza Harun, Amalan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia, Tesis Ph.D,

Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, 2004.

Page 9: kota kuala kedah

9

ditentukan oleh sejarah. Sejarah sosial yang digunakan di dalam tesis ini kerana

pembinaan dan mempertahankan Kota Kuala Kedah adalah berkait rapat dengan

masyarakat sekeliling. Dengan itu, amat wajarlah sejarah sosial diselitkan didalam

penulisan tesis ini.

Selain itu, bagi skop tahun kajian tesis mengenai Kota Kuala Kedah ini

bermula pada tahun 1760 dan berakhir pada tahun 2003. Tarikh 1760 dipilih adalah

kerana bermula pada tarikh tersebut pembinaan Kota Kuala Kedah sudah

dijalankan secara perlahan-lahan. Manakala bagi tahun akhir ini dipilih kerana pada

tahun tersebut kerja pembaikpulihan dijalankan dan pada tahun tersebut juga

berakhir bagi kerja-kerja pembaikpulihan. Justeru, tahun akhir bagi analisis tesis ini

amatlah sesuai.

Batasan kajian yang terakhir ialah mengenai tempat. Tempat yang dipilih

bagi membuat analisis ini adalah di Kuala Kedah. Di kawasan tersebut terdapat

sebuah kota yang bersejarah yang dikenali sebagai Kota Kuala Kedah. Kota ini

digunakan sebagai kota pertahanan oleh kerajaan Kedah pada satu ketika dahulu.

Tempat ini dipilih kerana keunikannya kota bersejarah yang menarik untuk

dirungkai.

1.7 Metodologi kajian

Semasa menjalankan analisis kajian ini beberapa kaedah metodologi kajian telah

digunakan bagi mengumpul maklumat-maklumat supaya kajian yang dijalankan

menjadi kompleks. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah perpustakaan.

Bahan-bahan mengenai tajuk kajian telah dikumpulkan daripada perpustakaan,

arkid dan muzium negeri. Selain itu, kaedah perbincangkan juga digunakan dimana

sebuah perbincangan dengan En.Bazley Bee iaitu pensyarah UMS telah dilakukan

agar pemilihan tajuk kajian yang ingin dijalankan menepati penulisan latihan ilmiah

sejarah. Di samping itu, kaedah pemerhatian juga digunakan di dalam analisis

kajian ini. Langkah ini dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara bergambar.

Sumber-sumber bahan yang diperolehi adalah bersifat primer dan sekunder.

Bahan-bahan primer telah di perolehi daripada Jabatan Warisan Negara dan

Page 10: kota kuala kedah

10

Muzium. Manakala bagi sumber sekunder pula diperolehi di perpustakaan negeri.

Keseluruhan maklumat mengenai kajian ini diperolehi daripada negeri Kedah.

1.8 Pembahagian bab

Di dalam penulisan tesis ini akan dipecahkan kepada lima bahagian atau bab. Bab

yang pertama adalah mengenai pengenalan Kota Kuala Kedah. Latar belakang

lokasi kajian juga diselitkan di dalam bahagian pengenalan. Keseluruhan lokasi

kajian adalah berpusatkan di Kuala Kedah, Kedah. Segala objektif, kepentingan,

permasalahan, sorotan, metodologi, skop dan lokasi telah dilampirkan di dalam bab

satu. Pengenalan bagi kota telah diberikan di dalam bab satu. Maklumat awal bagi

Kota Kuala Kedah telah diberikan di dalam pengenalan bab satu.

Di dalam bab dua pula, analisis mengenai sejarah Kota Kuala Kedah akan

dihuraikan di dalam bab dua. Sejarah pembinaan Kota Kuala Kedah akan dihuraikan

dengan lengkap di dalam bab dua serta peristiwa yang pernah berlaku di Kota

Kuala Kedah juga akan dihuraikan. Aspek ini dihurai agar Kota Kuala Kedah dapat

dikekalkan fakta sejarah kota tersebut. Pelan Kota Kuala Kedah juga akan

dilampirkan didalam bab dua. Peristiwa yang berlaku di dalam Kota juga akan

dihuraikan bagi melengkapkan sejarah Kota Kuala Kedah. Pembinaan Kota Kuala

Kedah akan diceritakan di dalam bab dua. Sejarah Kota Kuala Kedah adalah amat

penting bagi memastikan fakta sejarah mengenai kota tersebut bagi pengkajian

dari aspek lain seperti ekskavasi dan konservasi.

Bab yang seterusnya iailah bab tiga iaitu aspek ekskavasi. Ekskavasi adalah

bermaksud kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat

tentang artifak zaman purbakala. Semasa ekskavasi dijalankan di Kota Kuala

Kedah, ahli erkologi telah menemui beberapa tembikar negara luar misalnya dari

negara China. Hal ini menunjukan negeri Kedah pernah menjalinkan hubungan

dengan negara luar seperti China dari aspek politik atau perdagangan.

Bagi bab keempat pula mengenai konservasi. Konservasi adalah bermaksud

pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan.

Aspek koservasi adalah penting bagi mengekalkan struktur asal Kota Kuala Kedah.

Page 11: kota kuala kedah

11

Hal ini kerana, semasa tinjauwan dilakukan di Kota Kuala Kedah banyak struktur

atau bahagian kota yang telah rosak akibat peralihan masa yang begitu lama.

Justeru aspek koservasi amat penting bagi mengekalkan Kota Kuala Kedah seperti

bentuk asal kepada generasi yang akan datang.

Bagi bab yang terakhir kesimpulan iaitu bab lima. Di dalam kesimpulan ini

akan disimpulkan bahawa aspek pemeliharaan dan pemuliharaan, halangan dan

cabaran, ekskavasi dan konservasi perlu wujud bagi setiap kota bersejarah yang

ada agar kota yang bersejarah ini perlu dikekalkan sampai ke generasi akan datang

agar mudah penyelidikan agak datang untuk membuat kajian.

1.9 Kesimpulan

Sejarah Kota Kuala Kedah dipilih sebagai tajuk pilihan. Pelbagai sumber telah

digunakan bagi merungkai sejarah kota tersebut. Aspek yang ingin dikaji adalah

sejarah kota, ekskavasi dan konservasi. Kesemua aspek ini perlu diterungkai. Aspek

yang dikaji adalah bagi melengkapkan fakta-fakta sejarah yang tidak ditulis di

dalam latihan ilmiah.