kontrak takaful keluarga berkelompok etiqa...family takaful berhad/kami berkenaan dengan pertikaian...

16
GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018 Halaman 1 drp 16 KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA Konsep Takaful Takaful ialah skim bantuan bersama berdasarkan hubungan persaudaraan dan perpaduan di mana Pemegang Kontrak Induk seperti Anda bersetuju untuk saling memberi bantuan kewangan ketika berlakunya keperluan tertentu. Seluruh Kontrak di antara Anda dan Kami Kontrak Induk Takaful ini, semua permohonan bertulis, Jadual Takaful, mana-mana Kontrak Tambahan yang berkaitan, dan Endorsemen yang mungkin Kami keluarkan selepas Tarikh Dikeluarkan untuk Kontrak Induk ini, membentuk seluruh kontrak di antara Anda dan kami. Sebarang perubahan dalam peruntukan Kontrak Induk ini mesti terkandung di dalam Endorsemen dan ditandatangani oleh salah seorang pegawai Kami yang diberi kuasa. Oleh kerana kontrak ini adalah kontrak yang sah di antara Anda dan Kami, sila baca Kontrak Induk Takaful anda dengan teliti. Jadual Takaful Jadual Takaful dikeluarkan sebagai lampiran berasingan, tetapi membentuk sebahagian daripada Kontrak ini. Ia mengandungi maklumat mengenai: i) Siapakah Pemegang Kontrak Induk; ii) Siapakah Orang Yang Dilindungi dan skop perlindungan; iii) Tempoh Perlindungan dan pilihan untuk pembaharuan; dan/atau iv) Amaun Sumbangan Sila semak maklumat tersebut bagi memastikan bahawa Jadual Takaful telah menyatakan jenis dan jumlah Manfaat yang diminta. Sila kembalikan Kontrak takaful ini kepada Kami dengan segera untuk pembetulan jika ada mana-mana maklumat tidak benar. Penerimaan Umur Anda perlu menyediakan bukti umur (cthnya surat beranak atau kad pengenalan) orang yang layak kepada Kami sebelum Kami boleh membuat sebarang pembayaran Manfaat kepada Anda. Tempat Membayar Sumbangan Anda boleh membayar Sumbangan secara langsung kepada Ibu Pejabat Kami atau mana-mana cawangan Kami, atau mana-mana kaedah pembayaran yang diterima oleh Kami. Kegagalan Membayar Sumbangan Anda diberi Tempoh Tangguh selama enam puluh (60) hari daripada tarikh pada sumbangan perlu dibayar. Jika Kami tidak menerima Sumbangan Anda dalam Tempoh Tangguh, Kontrak Anda akan dibatalkan secara automatik dan Kami akan layak menerima Sumbangan secara prorata bagi tempoh antara tarikh permulaan Kontrak Induk ini sehingga tarikh pembatalannya. Cara Membuat Tuntutan Untuk membuat tuntutan dalam Kontrak ini, sila rujuk Notis Tuntutan dan Pemfailan Bukti Kerugian yang diperuntukkan di dalam Kontrak Induk ini. Jika Anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Etiqa Oneline Kami di 1300 13 8888. Tempoh Percuma Anda boleh membatalkan perlindungan Takaful dengan mengembalikan Kontrak Induk yang relevan kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tempoh penerimaan Kontrak Induk ini. Kami akan membayar balik sumbangan yang telah dibayar untuk perlindungan Takaful yang berkaitan dengan Kontrak Induk selepas menolak perbelanjaan perubatan yang telah kami dahulukan berhubung sebarang pemeriksaan kesihatan terhadap Orang Yang Dilindungi. KENYATAAN MAKLUMAT KONTRAK TAKAFUL

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 1 drp 16

KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA

Konsep Takaful

Takaful ialah skim bantuan bersama berdasarkan hubungan persaudaraan dan perpaduan di mana Pemegang Kontrak Induk seperti Anda bersetuju untuk saling memberi bantuan kewangan ketika berlakunya keperluan tertentu.

Seluruh Kontrak di antara Anda dan Kami

Kontrak Induk Takaful ini, semua permohonan bertulis, Jadual Takaful, mana-mana Kontrak Tambahan yang berkaitan, dan Endorsemen yang mungkin Kami keluarkan selepas Tarikh Dikeluarkan untuk Kontrak Induk ini, membentuk seluruh kontrak di antara Anda dan kami.

Sebarang perubahan dalam peruntukan Kontrak Induk ini mesti terkandung di dalam Endorsemen dan ditandatangani oleh salah seorang pegawai Kami yang diberi kuasa.

Oleh kerana kontrak ini adalah kontrak yang sah di antara Anda dan Kami, sila baca Kontrak Induk Takaful anda dengan teliti.

Jadual Takaful

Jadual Takaful dikeluarkan sebagai lampiran berasingan, tetapi membentuk sebahagian daripada Kontrak ini. Ia mengandungi maklumat mengenai:

i) Siapakah Pemegang Kontrak Induk; ii) Siapakah Orang Yang Dilindungi dan skop perlindungan; iii) Tempoh Perlindungan dan pilihan untuk pembaharuan; dan/atau iv) Amaun Sumbangan

Sila semak maklumat tersebut bagi memastikan bahawa Jadual Takaful telah menyatakan jenis dan jumlah Manfaat yang diminta. Sila kembalikan Kontrak takaful ini kepada Kami dengan segera untuk pembetulan jika ada mana-mana maklumat tidak benar.

Penerimaan Umur

Anda perlu menyediakan bukti umur (cthnya surat beranak atau kad pengenalan) orang yang layak kepada Kami sebelum Kami boleh membuat sebarang pembayaran Manfaat kepada Anda.

Tempat Membayar Sumbangan

Anda boleh membayar Sumbangan secara langsung kepada Ibu Pejabat Kami atau mana-mana cawangan Kami, atau mana-mana kaedah pembayaran yang diterima oleh Kami.

Kegagalan Membayar Sumbangan

Anda diberi Tempoh Tangguh selama enam puluh (60) hari daripada tarikh pada sumbangan perlu dibayar. Jika Kami tidak menerima Sumbangan Anda dalam Tempoh Tangguh, Kontrak Anda akan dibatalkan secara automatik dan Kami akan layak menerima Sumbangan secara prorata bagi tempoh antara tarikh permulaan Kontrak Induk ini sehingga tarikh pembatalannya.

Cara Membuat Tuntutan

Untuk membuat tuntutan dalam Kontrak ini, sila rujuk Notis Tuntutan dan Pemfailan Bukti Kerugian yang diperuntukkan di dalam Kontrak Induk ini. Jika Anda memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Etiqa Oneline Kami di 1300 13 8888.

Tempoh Percuma

Anda boleh membatalkan perlindungan Takaful dengan mengembalikan Kontrak Induk yang relevan kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tempoh penerimaan Kontrak Induk ini.

Kami akan membayar balik sumbangan yang telah dibayar untuk perlindungan Takaful yang berkaitan dengan Kontrak Induk selepas menolak perbelanjaan perubatan yang telah kami dahulukan berhubung sebarang pemeriksaan kesihatan terhadap Orang Yang Dilindungi.

KENYATAAN MAKLUMAT KONTRAK TAKAFUL

Page 2: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 2 drp 16

Hak untuk Membatalkan atau Menamatkan

Anda mempunyai hak untuk membatalkan Kontrak Induk ini dengan memberikan notis bertulis kepada Kami, tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari sebelum pembatalan.

Perubahan Alamat

Sila maklumkan kepada Kami dengan segera sebarang perubahan alamat bagi memastikan bahawa tiada gangguan dalam komunikasi daripada Kami kepada Anda.

Hubungi Kami

Untuk perkhidmatan atau maklumat dalam Kontrak Induk ini, sila hubungi:

i) Etiqa Oneline di 1300 13 8888; atau ii) Mana-mana pejabat cawangan Kami.

Standard Perkhidmatan

Kami menjamin bahawa Kami akan berusaha untuk menyediakan Anda dengan perkhidmatan standard tertinggi. Walau bagaimanapun, jika Kami tidak memenuhi jangkaan Anda, atau jika Anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Kami, Anda boleh: i) Menulis kepada Unit Pengurusan Aduan Kami di Level 4, Tower C, Dataran

Maybank, No 1, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur; atau

ii) Hubungi Kami di 1300 13 8888 (Luar Negara: +603-2780 4500); atau iii) Fakskan maklum balas anda kepada Kami di 03-2785 3093; atau iv) Menghantar e-mel kepada Kami di [email protected]

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK)

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan boleh dihubungi oleh Penuntut atau Peserta sekiranya Penuntut atau Peserta tidak berpuas hati dengan keputusan Etiqa Family Takaful Berhad untuk pertikaian, atau kegagalan Etiqa Family Takaful Berhad untuk memberi maklum balas kepada aduan dalam enam puluh (60) hari. Butiran hubungan OPK adalah seperti berikut:

E-mel : [email protected]

atau Faks : 603-2272 1577 atau Alamat surat menyurat : Ketua Pegawai Eksekutif,

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK)

(Dahulunya dikenali sebagai Biro Pengantaraan Kewangan) Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia, No.4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000, Kuala Lumpur.

Secara alternatifnya, Penuntut atau Peserta boleh memfailkan pertikaian sendiri ke pejabat OPK.

OPK perlu dihubungi dalam enam (6) bulan dari tarikh keputusan akhir daripada Etiqa Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta.

Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah maklumat daripada Etiqa Family Takaful Berhad/Kami atau lawati laman web OPK di www.ofs.org.my.

Penglibatan OPK tertakluk kepada terma rujukan menurut Seksyen 138 pada Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Dengan menghubungi OPK tidak menjejaskan hak Penuntut atau Peserta untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Etiqa Family Takaful Berhad/Kami, sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan keputusan OPK.

Page 3: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 3 drp 16

Bank Negara

Malaysia (BNM) Mana-mana Peserta atau Penuntut tidak berpuas hati dengan tatakerja Pengendali Takaful boleh menulis kepada BNM, memberikan butiran aduan, nama Pengendali Takaful berserta nombor Sijil atau nombor Tuntutan.

Salinan surat-menyurat rasmi (jika ada) di antara Peserta atau Penuntut dan Pengendali Takaful juga boleh dihantar untuk membantu mengesan fail kes yang disimpan oleh Pengendali Takaful. Butiran hubungan adalah seperti berikut: Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat Wilayah Level 13C Bank Negara Malaysi P.O. Box 10922 50929 Kuala Lumpur Nombor Telefon : 03-2698 8044 Nombor Faksimili : 03-2693 4051

Ibu Pejabat Kami Jika anda ingin menulis kepada Kami, alamat Ibu Pejabat adalah seperti berikut :

Etiqa Family Takaful Berhad (266243-D) Level 19, Tower C, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur. Nombor Telefon: 03-2297 3888 Nombor Faksimili:03-2297 3800 E-mel : [email protected]

Page 4: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 4 drp 16

Anda (Pemegang Kontrak Induk)

Pemilik Kontrak Induk ini, seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Kami (Pengendali Takaful)

Etiqa Family Takaful Berhad (Nombor Syarikat 266243-D)

Kontrak Induk / Kontrak Asas

Seluruh kontrak terdiri daripada semua permohonan, Kontrak Induk, Jadual Takaful dan mana-mana Endorsemen yang dikeluarkan selepas Tarikh Dikeluarkan.

Endorsemen

Sebarang perubahan bertulis pada Kontrak Induk yang dikeluarkan dan diberi kuasa sewajarnya oleh Kami.

Sumbangan

Jumlah wang yang Anda bayar kepada Kami untuk menyertai Kontrak Induk Takaful Keluarga Berkelompok ini dan Kontrak Tambahannya, jika ada.

Ju’alah Perkataan Arab yang bermaksud kontrak upah. Ia adalah kontrak pertukaran untuk tugas

yang diketahui atau tidak diketahui yang sukar untuk ditentukan dan pembayaran perlu

dibuat sebaik sahaja tugas tersebut disempurnakan.Berkenaan dengan kontrak Takaful,

ini merujuk kepada asas pengagihan perkongsian lebihan daripada Dana Risiko Peserta

yang dipersetujui antara Pengendali Takaful dan Orang yang Dilindungi.

Wakalah

Wakalah adalah perkataan Arab yang bermaksud penamaan oleh satu pihak yang lain untuk bertindak bagi pihaknya. Dalam konteks Sijil ini, ini bermakna Anda telah melantik Kami untuk menguruskan Sijil dan Dana Takaful bagi pihak anda. Anda juga telah memberi kuasa Kami untuk mewakilkan hak, tanggungjawab dan kewajipan kami kepada mana-mana pihak ketiga seperti yang kami anggap wajar. Sekiranya ada perwakilan sedemikian, Kami akan terus bertanggungjawab terhadap semua hak, tanggungjawab dan kewajipan tersebut terhadap Anda.

Fi Wakalah

Bahagian Sumbangan yang digunakan untuk membayar komisen dan fi Kami untuk mengendalikan dan menguruskan Dana Risiko bagi pihak Anda.

Amal Jariah

Perkataan Arab yang bermaksud derma atau sumbangan berterusan yang memberi

Manfaat kepada masyarakat.

Tabarru’

Satu perkataan Arab yang bermaksud derma, hadiah atau sumbangan. Dalam Kontrak Induk Takaful ini, ia bermaksud Sumbangan untuk tujuan Takaful. Bahagian ini akan dimasukkan dalam Dana Risiko.

Dana Risiko / Dana Takaful

Dana di mana sebahagian daripada Sumbangan Anda diletakkan. Sumbangan yang diperuntukkan kepada dana ini dan pelaburannya yang digunakan untuk membayar Manfaat Takaful.

Qard Hasan

Qard Hasan, dalam konteks Kontrak Induk, bermakna pinjaman bebas faedah yang diberikan oleh Pengendali Takaful ke Dana Risiko apabila ia tidak mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab Takafulnya. Pinjaman ini akan dibayar oleh lebihan akan datang daripada Dana Risiko.

Skim Manfaat Kumpulan (Skim)

Manfaat yang layak diterima oleh Orang Yang Dilindungi daripada Kontrak Induk, dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, sebaik sahaja diterima untuk menyertai skim ini.

DEFINISI

Page 5: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 5 drp 16

Orang yang Layak

Semua individu yang telah Anda senaraikan sebagai layak untuk didaftarkan bagi disertakan dalam skim ini.

Orang Yang Dilindungi

Semua Orang yang Layak yang telah diterima untuk disertakan dalam skim ini.

Umur

Umur pada Hari Lahir Berikutnya

Tarikh Permulaan

Tarikh Sumbangan pertama perlu dibayar.

Tarikh Pembaharuan

Satu (1) tahun penuh daripada Tarikh Permulaan, dan pada setiap tahun seterusnya selagi Kontrak ini diperbaharui dan Sumbangan Pembaharuan dibayar.

Tarikh Dikeluarkan

Tarikh Kontrak Induk ini dan mana-mana Endorsemen dikeluarkan.

Tarikh Layak

Tarikh Orang yang Layak menjadi layak untuk menyertai Skim.

Tarikh Penyertaan

Tarikh bagi Ahli yang Layak telah diterima untuk menyertai Skim Manfaat Berkelompok.

Berkuat kuasa

Kontrak Induk ini “Berkuat kuasa” jika ia tidak ditamatkan atau tamat tempoh.

Tempoh Tangguh

Tempoh tambahan yang Kami berikan kepada Anda untuk membayar Sumbangan yang belum dibayar. Tempoh Tangguh bagi Kontrak ini adalah enam puluh hari (60) hari dari tarikh Sumbangan perlu dibayar.

Luput

Kontrak Induk tidak lagi Berkuat kuasa.

Manfaat Takaful / Manfaat

Sebarang pembayaran yang Kami akan bayar apabila Kejadian Dilindungi berlaku.

Jumlah yang Dilindungi

Jumlah perlindungan Takaful Keluarga yang disediakan oleh Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada untuk setiap Orang Yang Dilindungi.

Kejadian Dilindungi

Kejadian, sebaik sahaja ia berlaku di mana Manfaat boleh dibayar di bawah Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini, jika ada. Kejadian Dilindungi seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Masih Bekerja

Seorang pekerja yang mempunyai pekerjaan penuh masa dengan pendapatan tetap, masih bekerja atau berada di tempat kerja pada Tarikh Penyertaan atau tarikh Pembaharuan, mana-mana yang terkemudian, untuk perlindungan ini aktif. Ketidakhadiran akibat cuti berbayar, cuti belajar atau latihan selain daripada cuti sakit juga akan memenuhi keperluan ini.

Had Perlindungan Percuma

Jumlah maksimum yang Dilindungi dan umur bagi setiap Orang yang Layak yang Kami akan terima tanpa menyediakan sebarang bukti kesihatan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Sebab Semula jadi

Merujuk kepada penyakit atau ketidakfungsian dalaman tubuh badan.

Kemalangan

Satu kejadian mengejut, tidak dijangka dan tidak dirancang yang menyebabkan kecederaan pada tubuh badan yang teruk, di bahagian luaran dan boleh dilihat yang berlaku pada tarikh, masa dan tempat yang boleh dikenal pasti.

Page 6: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 6 drp 16

Kecederaan

Kecederaan tubuh badan yang terjejas secara langsung dan tidak berkaitan dengan sebab-sebab lain akibat Kemalangan di mana, kecuali kejadian lemas atau kecederaan dalaman yang didedahkan oleh autopsi, terdapat bukti berlakunya kontusi atau luka boleh dilihat pada bahagian luaran tubuh badan.

Diagnosis

Satu diagnosis muktamad yang dibuat oleh pakar perubatan, berdasarkan pada bukti khusus, seperti dinyatakan dalam Definisi Penyakit Kritikal atau, jika ketiadaan bukti khusus tersebut, berdasarkan pada ujian radiologi, klinikal, bukti sejarah atau bukti makmal diterima oleh Kami.

Jika ada sebarang keraguan berkenaan kewajaran atau ketepatan diagnosis, Kami akan meminta Orang Yang Dilindungi dan/atau mana-mana bukti yang digunakan untuk mendapat diagnosis tersebut diperiksa semula oleh pakar perubatan yang telah dilantik oleh Kami dan pendapat pakar perubatan tersebut berkenaan diagnosis akan terikat kepada Anda dan Kami.

Keadaan Sedia Ada

Keadaan Sedia Ada bermaksud semua keadaan di mana Orang Yang Dilindungi tahu dan sedar. Orang Yang Dilindungi dianggap telah mempunyai pengetahuan sewajarnya berkenaan syarat sedia ada jika mana-mana yang berikut berlaku sebelum Tarikh Penyertaan Orang Yang Dilindungi:

i) Orang Yang Dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan; atau ii) Nasihat, diagnosis, penjagaan atau rawatan perubatan telah disyorkan; atau iii) Simptom jelas dan nyata wujud atau pernah wujud; atau

iv) Keadaan tersebut kelihatan ketara kepada orang biasa.

Doktor atau Pakar Perubatan atau Pakar Bedah

Seorang pengamal perubatan:

i) berlesen atau berdaftar untuk mengamalkan perubatan barat; dan

ii) yang, semasa menjalankan rawatan tersebut, mengamalkannya mengikut skop lesen dan latihannya dalam kawasan geografi pengamalan; dan

iii) yang bukan merupakan Orang Yang Dilindungi atau pasangannya sendiri.

Hospital

Sebuah institusi yang ditubuhkan dan didaftarkan mengikut undang-undang sebagai sebuah hospital untuk penjagaan dan rawatan orang sakit dan cedera sebagai pesakit berbayar, dan di mana:-

i) mempunyai fasiliti untuk diagnosis dan pembedahan besar,

ii) menyediakan perkhidmatan penjagaan dua puluh empat (24) jam sehari oleh jururawat berdaftar dan terlatih,

iii) di bawah penyeliaan Pakar Perubatan, dan

iv) bukan merupakan sebuah klinik; pusat untuk pemabuk dan penagih dadah; pusat penjagaan, rumah rehat atau rumah pemulihan atau rumah penjagaan orang-orang tua atau yang serupa

Penduduk Malaysia

Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap Malaysia atau pemegang Permit kerja yang sah atau Pas Pekerja atau Pas Tanggungan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dalam Malaysia.

Data Peribadi

Mempunyai erti yang sama seperti yang terkandung di bawah Seksyen 4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Data Peribadi merujuk kepada data peribadi yang diserahkan oleh Orang yang Dilindungi, Anda atau pihak ketiga diberi kuasa yang berkaitan dengan Sijil ini.

Data Peribadi tidak termasuk maklumat mengenai individu yang berada dalam domain awam.

Page 7: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 7 drp 16

Ringkasan ini menerangkan secara ringkas beberapa terma-terma dan syarat-syarat penting yang terkandung dalam Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada. Untuk maklumat terperinci, sila rujuk kepada seksyen yang berkenaan.

Jenis Kontrak Induk

Ini merupakan Kontrak Induk Takaful Keluarga Berkelompok yang diperbaharui secara tahunan, di mana Kami bersetuju untuk melindungi semua Orang yang Layak, tertakluk kepada peruntukan dalam Kontrak Induk ini.

Kami bersetuju untuk membayar Manfaat Takaful ini selaras dengan peruntukannya.

Hak Kami untuk Mempertikaikan Kontrak Induk

Kesahihan perlindungan Takaful tidak akan dipertikaikan selepas Kontrak Induk berkuat kuasa sepanjang hayat Orang Yang Dilindungi selama dua (2) tahun daripada tarikh pengeluaran atau Tarikh Permulaan Sijil, mana-mana yang kemudian. Walau bagaimanapun, Sijil akan terbatal sekiranya i) tiada pembayaran sumbangan dibuat atau ii) Kami boleh menunjukkan bahawa pernyataan dibuat berkenaan Perkara Material (seperti dinyatakan di bawah) atau Anda ada atau menyembunyikan Fakta Material (seperti dinyatakan di bawah) dan ia telah dipalsukan atau tidak dimasukkan oleh Anda atau Orang Yang Dilindungi.

Bagi mengelakkan keraguan, “Perkara material” atau “fakta material” bermaksud perkara atau fakta di mana, jika ia diketahui oleh Kami, akan menyebabkan Kami menolak untuk mengeluarkan Sijil kepada Peserta dan/atau Orang Yang Dilindungi atau akan menyebabkan Kami mengenakan terma-terma yang tidak berpihak kepada Peserta dan/atau Orang Yang Dilindungi berbanding yang dikenakan dalam Sijil.

Jika berlakunya salah gambaran di mana Sijil telah terjejas untuk tempoh dua (2) tahun atau kurang, Sijil tersebut akan diuruskan sewajarnya di mana ia mungkin akan menyebabkan Sijil dibatalkan dan semua tuntutan ditolak; atau variasi terma-terma akan berbeza-beza; atau anda boleh dikenakan perubahan bayaran sumbangan lebih tinggi; atau mana-mana remedi yang dirasakan wajar berdasarkan salah gambaran Fakta Material itu.

Manfaat

Sebaik sahaja kematian Orang Yang Dilindungi akibat daripada Kejadian Dilindungi dinyatakan dalam Jadual Takaful, kami akan membayar kepada Anda Jumlah yang Dilindungi untuk Orang Yang Dilindungi.

Batasan Manfaat

Pembayaran Manfaat boleh terjejas oleh klausa-klausa tersebut seperti dalam Hak Kami untuk Mempertikaikan Kontrak Induk dan klausa-klausa lain yang dinyatakan dalam peruntukan Batasan Manfaat.

Pembayaran Sumbangan

Sumbangan boleh dibayar untuk tempoh satu (1) tahun lebih awal. Sumbangan yang perlu di bayar pada Tarikh Permulaan seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful. Selepas itu, setiap Sumbangan perlu dibayar pada setiap pembaharuan Kontrak Induk ini, jika pembaharuan berlaku.

Jika Kami tidak menerima Sumbangan anda dalam Tempoh Tangguh, Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, akan terbatal dan tiada Manfaat akan dibayar.

Kontrak Tambahan

Kontrak Induk ini boleh mengandungi Kontrak Tambahan yang menyediakan Manfaat tambahan. Manfaat tambahan ini datang bersama Sumbangan tambahan, jika anda memilih untuk memasukkannya.

Maklumat

Penting

Maklumat, jawapan dan pendedahan yang diberikan oleh Anda atau Orang Yang Dilindungi di dalam borang permohonan atau mana-mana soal selidik yang diserahkan kepada Kami, berkenaan mana-mana perkara berkaitan permohonan Anda di antara masa penyerahan permohonan Anda dan masa dikeluarkan, pengembalian semula atau endorsemen Kontrak Induk ini; dan

Laporan perubatan dan sebarang laporan yang diserahkan kepada kami bagi pihak Anda.

RINGKASAN HAK DAN MANFAAT

Page 8: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 8 drp 16

Jumlah Kecil yang

Perlu Dibayar

Jika ada jumlah yang perlu dibayar yang kurang daripada Ringgit Malaysia Sepuluh (RM 10) semasa pembayaran lebihan atau pembayaran balik kepada Anda atau Orang yang Dilindungi, jumlah tersebut akan dikreditkan ke nombor akaun bank seperti yang diberikan kepada Kami. Sekiranya Kami tidak berjaya dalam percubaan untuk mengkreditkan jumlah yang perlu dibayar tersebut kepada Anda atau Orang yang Dilindungi, jumlah tersebut akan dikreditkan secara automatik ke dalam dana kebajikan yang akan digunakan sebagai Amal Jariah bagi pihak Anda / Orang yang Dilindungi. Dana tersebut akan diberikan kepada penerima-penerima yang layak yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah untuk tujuan kebajikan.

Pemilikan Kontrak Induk

Melainkan disediakan oleh Endorsemen secara jelas dalam Kontrak Induk, Kami berhak untuk menganggap anda sebagai pemilik mutlak Kontrak Induk ini. Kami tidak akan terikat untuk mengenalpasti mana-mana tuntutan saksama atau tuntutan lain kepada atau kepentingan dalam Kontrak Induk, dan penerimaan Kontrak Induk atau Manfaat oleh Anda (atau oleh wakil Anda yang sah) sahaja akan dilepaskan sepenuhnya daripada semua tanggungjawab dan liabiliti Kami. Anda akan bertanggungjawab ke atas Prinsipal atau Ejen Orang Yang Dilindungi yang termasuk dalam Kontrak Induk ini.

Apakah Hak Pemilik

Anda mengawal Kontrak Induk ini sepanjang tempoh Kontrak Induk ini berkuat kuasa. Anda boleh menjalankan semua hak disediakan dalam Kontrak Induk ini tanpa memerlukan kebenaran daripada orang lain. Hak anda termasuk hak untuk:

i) Menerima sebarang jumlah boleh dibayar dalam Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini, jika ada,

ii) Membatalkan atau menamatkan Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, dengan memberikan notis bertulis dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari lebih awal,

iii) Menentukan kategori Orang Yang Dilindungi dan kelayakan Manfaat mereka di bawah Skim Manfaat Berkelompok,

iv) Memperbaharui Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, dalam Tempoh Tangguh.

Permohonan Penyertaan

Perlindungan adalah wajib ke atas semua Orang yang Layak.

Mana-mana Orang yang Layak yang tidak dilindungi boleh memohon untuk diberi perlindungan dalam tiga puluh satu (31) hari untuk menjadi layak dilindungi.

Jika permohonan penyertaan ialah selepas tiga puluh satu (31) hari untuk dianggap layak sertai, penerimaan sebagai Orang Yang Dilindungi tertakluk kepada bukti kesihatan yang ditanggung sendiri oleh Anda. Bukti-bukti tersebut mestilah memuaskan dan diterima oleh Kami.

Orang Baharu yang Layak

Semua Orang Baharu yang Layak akan diberi perlindungan secara automatik dalam Skim Manfaat Berkelompok apabila Kami dimaklumkan dalam tiga puluh satu hari (31) hari dari tarikh beliau menyertai organisasi.

Jika pemberitahuan diserahkan kepada Kami selepas tiga puluh satu (31) hari dari tarikh Kelayakan, maka Kami berhak untuk mendapatkan bukti kesihatan yang perlu ditanggung oleh Anda.

Perlindungan akan bermula sebaik sahaja Kami meluluskan permintaan penyertaan anda.

Keadaan Masih Bekerja

Orang Yang Layak yang merupakan pekerja Pemegang Kontrak Induk yang mempunyai pekerjaan sepenuh masa dengan pendapatan tetap, masih bekerja atau berada di tempat kerja pada Tarikh Penyertaan atau tarikh Pembaharuan, mana-mana yang terkemudian. Jika seorang pekerja Tidak Bekerja pada tarikh Permulaan atau tarikh Pembaharuan, beliau hanya akan dilindungi pada hari pertama (1) dalam bulan itu serta-merta selepas beliau kembali bekerja.

PEMILIKAN KONTRAK

KELAYAKAN

Page 9: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 9 drp 16

Keperluan Kelayakan

Ini adalah keperluan khusus dalam Kontrak ini di mana perlu ada bilangan minimum sepuluh (10) Orang Yang Dilindungi (tidak termasuk tanggungan) untuk Kontrak ini dikira sebagai sah, melainkan Anda dan Kami bersetuju sebaliknya.

Bukti Perubatan

Bukti keperluan kesihatan akan dikecualikan untuk mana-mana Orang Yang Dilindungi yang tidak melebihi enam puluh (60) tahun umurnya pada tarikh kelayakan, dan jumlah keseluruhan perlindungan Takafulnya dalam Kontrak Induk ini tidak melebihi Had Perlindungan Percuma seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful. Jika berlaku di mana pemeriksaan kesihatan Orang Yang Dilindungi tidak memuaskan, Kami akan, pada budi bicara kami, mengenakan sumbangan yang lebih tinggi yang dirasakan sesuai. Kami berhak untuk mengenakan bayaran sumbangan tambahan kepada Orang Yang Dilindungi yang melalukan aktiviti berbahaya, seperti kami nyatakan. Semua pemeriksaan dan/atau ujian kesihatan mana-mana Orang Yang Dilindungi yang Kami perlukan akan dijalankan oleh doktor yang telah kami luluskan dan kami akan menanggung semua perbelanjaan dan kos yang dikenakan.

Rekod Semua Orang Yang Dilindungi

Anda perlu menyimpan dan memberikan Kami rekod semua Orang Yang Dilindungi dengan butiran penting berikut:

i) Nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan dan jantina semua Orang Yang Dilindungi

ii) Semua penambahan serta mana-mana penamatan perlindungan iii) Kenaikan pangkat dalam tugas pekerjaan iv) Permintaan penambahan berikutnya

Rekod tersebut dan mana-mana maklumat lain yang mungkin dianggap mempunyai kesan ke atas pentadbiran perlindungan Takaful untuk Orang Yang Dilindungi dalam penentuan kadar sumbangan akan diberikan kepada Kami pada penghujung setiap bulan selama Kontrak Induk ini berkuat kuasa. Kami berhak untuk memeriksa rekod tersebut dari semasa ke semasa.

Perubahan Perniagaan, Pekerjaan atau Keadaan Fizikal

Anda mesti memaklumkan Kami dengan serta merta jika terdapat perubahan pada:

i) Alamat atau perniagaan atau perdagangan Anda; atau ii) Tugas pekerjaan Orang Yang Dilindungi.

Anda juga mesti memberikan notis sebelum mana-mana pembaharuan Kontrak Induk ini, sebarang kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal atau kelemahan yang menjejaskan Orang Yang Dilindungi.

Kami berhak untuk menyemak semula kadar Sumbangan jika perubahan tersebut memerlukan semakan semula.

Peningkatan Kelayakan ke Kategori atau Manfaat berbeza

Apabila Orang Yang Dilindungi layak untuk menerima gred Manfaat yang lebih tinggi (cthnya, disebabkan oleh kenaikan pangkat dalam sebuah organisasi), naik taraf Manfaat ini akan berkuatkuasa daripada tarikh kenaikan pangkat, sekiranya peningkatan Jumlah yang Dilindungi ini tidak memerlukan bukti kesihatan.

Orang Yang Dilindungi mesti menyediakan bukti kesihatan jika Jumlah yang Dilindungi melebihi Had Perlindungan percuma atau peratusan peningkatan ditentukan awal dibenarkan oleh Kami.

Jika berlaku di mana pekerja Tidak Bekerja pada tarikh ini, Manfaat dinaiktaraf ini hanya akan bermula ketika beliau mula kembali bekerja.

REKOD ORANG YANG DILINDUNGI

Page 10: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 10 drp 16

TEMPOH SUMBANGAN

Sumbangan

Sumbangan pertama dan seterusnya mesti dibayar penuh dalam tempoh Tangguh yang dinyatakan dalam Kontrak Induk ini.

Perlindungan Takaful akan diteruskan dalam Tempoh Tangguh. Walau bagaimanapun, sekiranya ada tuntutan dibuat dalam Tempoh Tangguh, tetapi sebelum Sumbangan dibayar, kami akan menolak Sumbangan yang belum dibayar, serta baki Sumbangan untuk baki Tempoh Perlindungan, daripada tuntutan yang dibuat.

Jika Sumbangan tidak dibayar dalam Tempoh Tangguh, Kontrak Induk ini akan dibatalkan secara automatik dan Kami akan layak menerima Sumbangan secara prorata bagi tempoh antara tarikh permulaan Kontrak ini sehingga tarikh pembatalannya.

Penolakan Fi Wakalah

Kami akan menolak sejumlah kecil sebagai Fi Wakalah daripada Sumbangan yang telah Anda bayar. Jumlah Fi Wakalah adalah seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Pengagihan Dana Risiko

Baki Sumbangan selepas penolakan Fi Wakalah akan diagihkan ke Dana Risiko untuk tujuan Takaful.

Lebihan daripada Dana Risiko

Jika terdapat lebihan daripada Dana Risiko pada penghujung tempoh Takaful diaudit secara kewangan selaras dengan Kontrak Induk, dan semua keadaan Dana Risiko membolehkan lebihan tersebut diagihkan, jumlah yang akan diagihkan kepada Anda adalah berdasarkan nisbah pengagihan lebihan seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Walau bagaimanapun, pengagihan lebihan bersih tertakluk kepada syarat bahawa tuntutan yang Anda buat di bawah Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, tidak melebihi jumlah Sumbangan dibuat sepanjang tempoh sama ketika audit kewangan Takaful dibuat.

Dana Tidak Mencukupi untuk Memenuhi Tanggungjawab Takaful

Jika baki dalam Dana Risiko tidak mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab Takaful, Kami akan menguruskan satu pinjaman tanpa faedah (Qard Hasan) yang akan dibayar dengan menggunakan lebihan akan datang dari Dana Risiko.

Pembaharuan Sumbangan

Pada setiap Tarikh Pembaharuan, Kami akan memaklumkan Anda tentang Sumbangan Pembaharuan yang berkenaan untuk setiap tempoh pembaharuan. Jika Sumbangan untuk pembaharuan tidak dibayar sebaik sahaja tamatnya Tempoh Tangguh, Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, akan diluputkan dan tidak lagi sah. Sebarang tuntutan dibuat selepas Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan, jika ada, telah tamat tempoh dianggap tidak sah.

Pengembalian Semula

Jika Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan, jika ada, luput akibat tiada pembayaran Sumbangan, ia boleh dikembalikan semula dengan kebenaran Kami. Kami boleh mengembalikan Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan, jika ada, mengikut budi bicara Kami dengan mengenakan bayaran untuk Sumbangan yang belum dijelaskan seperti Kami rasa wajar dalam tempoh daripada tarikh bayaran hingga tarikh pembayaran.

Tempoh Perlindungan

Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan ini, jika ada, sah selama satu (1) tahun, berkuat kuasa pada tarikh Permulaan seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Pembaharuan Perlindungan

Pilihan untuk memperbaharui Kontrak Induk Takaful dan Kontrak Tambahan, jika

PERLINDUNGAN

Page 11: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 11 drp 16

ada, akan tertakluk kepada persetujuan Kami.

Sebaik sahaja Tempoh Perlindungan (seperti dinyatakan dalam Jadual Takaful) tamat tempoh, Anda boleh memperbaharui Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan, jika ada, dengan membayar Sumbangan Pembaharuan dalam Tempoh Tangguh. Kami tidak akan bertanggungjawab jika ada tuntutan berlaku dalam Tempoh Tangguh, melainkan tuntutan tersebut berlaku selepas Sumbangan Pembaharuan telah dibayar.

Jika Kami bercadang untuk tidak memperbaharui Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini, Kami akan memberikan anda notis bertulis tiga puluh (30) hari sebelum tarikh tamat tempoh Kontrak semasa. Notis bertulis ini akan dihantar ke alamat terakhir Anda dalam rekod Kami melalui surat berdaftar.

Melebihi Had Umur ketika Pembaharuan Perlindungan

Pembaharuan Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan tidak akan dikenakan kepada Orang Yang Dilindungi yang telah melebihi umur layak pada tarikh pembaharuan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual Takaful.

Salah nyata Umur atau Jantina

Jika Orang Yang Dilindungi telah disalah nyatakan dan perlindungan tidak dapat dibuat tertakluk kepada terma peraturan kami berkenaan umur sebenar, perlindungan untuk Orang Yang Dilindungi akan terbatal dan semua sumbangan yang telah dibayar untuk Orang Yang Dilindungi tersebut akan dibayar balik. Walau bagaimanapun, jika perlindungan masih boleh diteruskan, maka sebarang perbezaan dalam jumlah sumbangan dibayar untuk Orang Yang Dilindungi tersebut perlu dibayar bermula daripada tarikh Orang Yang Dilindungi tersebut perlu dibayar kepada kami atau dibayar balik, mana-mana yang berkenaan.

Pengecualian

Kami tidak akan membayar Manfaat Kematian jika kematian berlaku akibat Orang Yang Dilindungi membunuh diri ketika masih siuman:

i) Dalam satu (1) tahun daripada tarikh Kuat kuasa perlindungan atau tarikh Pengembalian semula perlindungan, kami akan membayar balik jumlah keseluruhan Sumbangan yang telah dibayar atau

ii) Selepas satu (1) tahun daripada tarikh Kuat kuasa perlindungan atau tarikh Pengembalian semula perlindungan, kami akan membayar 60% daripada Jumlah yang Dilindungi.

Kami akan membayar penuh Jumlah Dilindungi untuk Manfaat Kematian jika Kematian berlaku akibat Orang Yang Dilindungi membunuh diri ketika tidak waras.

Hak untuk mencabar Sijil Takaful

Kami tidak boleh mencabar Sijil Takaful di atas salah tafsir lebih daripada dua (2) tahun

Tarikh Permulaan untuk Sijil Takaful, melainkan Kami dapat membuktikan bahawa Peserta

atau Orang Yang Dilindungi menyembunyikan atau memalsukan Maklumat Material, di

mana jika diketahui oleh Kami, boleh menyebabkan kami menolak untuk mengeluarkan

Sijil Takaful, atau boleh menyebabkan kami mengenakan terma dan syarat yang tidak

berpihak kepada Orang Yang Dilindungi berbanding yang dikenakan dalam Kontrak Induk.

MANFAAT TAKAFUL

Manfaat Kematian

Jika Orang Yang Dilindungi meninggal dunia akibat daripada Kejadian Dilindungi dinyatakan dalam Jadual Takaful, semasa Kontrak Induk ini masih Berkuat kuasa, Jumlah Manfaat boleh dibayar kepada Anda ialah Jumlah Dilindungi untuk Orang Yang Dilindungi.

Sebaik sahaja pembayaran Manfaat Kematian dibuat, Kami akan dilepaskan daripada sebarang liabiliti selanjutnya di bawah Kontrak Induk ini kepada Orang Yang Dilindungi.

BATASAN MANFAAT

Page 12: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 12 drp 16

Notis Tuntutan

Anda perlu memberikan kami notis tuntutan bertulis untuk mana-mana Kejadian Dilindungi dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh Kejadian Dilindungi berlaku.

Jika berlakunya Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), seperti dinyatakan dalam Kontrak Tambahan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal, Anda perlu menyerahkan notis tuntutan bertulis kepada Kami dalam tempoh enam (6) bulan dari Tarikh HUMK.

Kegagalan untuk memberikan notis dalam tempoh masa tersebut tidak akan membatalkan mana-mana tuntutan jika terbukti ia tidak mungkin dapat dilakukan untuk memberi notis tersebut dan notis tersebut telah diberikan secepat mungkin sebaik sahaja dapat berbuat demikian.

Pemfailan Bukti Kerugian

Kami akan menghantar borang tuntutan berkaitan kepada Anda sebaik sahaja menerima notis tuntutan bertulis.

Sila lampirkan semua maklumat yang relevan seperti bil hospital terperinci, resit, laporan perubatan atau sijil kematian untuk menyokong tuntutan Anda.

Bukti tuntutan perlu diserahkan dengan kos ditanggung oleh Anda, dan perlu diserahkan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh Kejadian Dilindungi berlaku.

Jika berlakunya Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK), bukti tuntutan hendaklah diserahkan kepada Kami dalam tempoh satu (1) tahun dari Tarikh HUMK.

Hak Kami untuk Meminta Pemeriksaan Kesihatan

Kami berhak untuk meminta Orang Yang Dilindungi menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Doktor yang telah Kami lantik, pada dan bila Kami perlukan. Bagi kes tuntutan kematian, Kami juga berhak untuk menyiasat punca kematian.

Kami akan menanggung kos pemeriksaan kesihatan atau penyiasatan tersebut.

Pembayaran Tuntutan

Sebarang pembayaran di bawah Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini, jika ada, akan dibayar kepada Anda dan Anda akan bertanggungjawab ke atas sebarang tugas pembahagian atau pengurusan harta untuk Manfaat tersebut setelah pembayaran dibuat oleh Kami.

Sebaik sahaja pembayaran penuh Manfaat dibuat, Kami akan dilepaskan daripada sebarang liabiliti selanjutnya di bawah Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini, jika ada, kepada Orang Yang Dilindungi.

Jika Kami mengenalpasti salah tafsiran dalam tempoh dua (2) tahun dari Tarikh Permulaan, Sijil Takaful Orang Yang Dilindungi boleh ditamatkan atau dibatalkan, tuntutan Manfaat Takaful ditolak, atau terma dan syarat yang berkaitan dengan Orang Yang Dilindungi dalam Kontrak Induk diubah.

TUNTUTAN

Page 13: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 13 drp 16

Tuntutan Palsu

Kami tidak akan membayar Manfaat untuk penipuan tuntutan atau tuntutan dibuat secara palsu, sama ada oleh Orang Yang Dilindungi atau oleh orang lain bagi pihaknya.

Jika penipuan tuntutan atau tuntutan dipalsukan ini berlaku, perlindungan Takaful kepada Orang Yang Dilindungi akan dibatalkan serta-merta dan dianggap tidak sah dan Sumbangan yang telah dibayar oleh Orang Yang Dilindungi akan menjadi milik Kami.

Cara menyelesaikan pertikaian melalui timbang tara

Jika Anda mempertikaikan keputusan yang Kami buat berkaitan Sijil Induk, dan Anda tidak ingin menyelesaikan pertikaian tersebut, atau Anda tidak ingin menerima keputusan atau pemberian dari Biro Kewangan , anda boleh merujuk kepada timbang tara. Permintaan untuk rujukan mesti dibuat dalam tempoh dua belas (12) bulan dari pertikaian itu.

Anda dan Kami sama-sama bersetuju untuk melantik seorang Penimbangtara. Jika Anda dan Kami tidak dapat bersetuju dengan pemilihan seorang Penimbangtara dalam tempoh satu (1) bulan daripada notis timbangtara, maka Anda dan Kami akan melantik seorang Penimbangtara masing-masing, dan kedua-dua (2) Penimbangtara tersebut akan melantik seorang pengadil. Pengadil tersebut akan duduk bersama-sama Penimbangtara dan mempengerusikan pertemuan mereka. Semua pelantikan bertulis mesti dibuat secara bertulis oleh pihak yang membuat pelantikan ini.

Timbang tara tunggal (jika berlaku di mana Anda dan Kami bersetuju kepada Timbang tara tunggal), atau Timbang tara dan pengadil (jika berlaku di mana Anda dan Kami tidak bersetuju dengan Timbang tara tunggal), akan menyemak semula pertikaian itu dan membuat keputusan. Keputusan timbang tara akan meliputi penyelesaian pertikaian dan kos timbang tara itu. Keputusan timbangtara tidak boleh dipertikaikan dan ia terikat kepada Anda dan Kami.

Pindaan Terma dan Syarat Kontrak ini

Tiada ejen diberi kuasa untuk mengubah atau membetulkan Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini, untuk mengecualikan mana-mana syarat atau peruntukan, untuk memanjangkan tempoh pembayaran sumbangan atau untuk mengikat Kami dengan membuat sebarang janji atau pernyataan. Tiada perubahan dalam Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini akan sah melainkan dapat dibuktikan melalui Endorsemen yang ditandatangani oleh pegawai Kami.

Kami berhak untuk membuat sebarang perubahan terhadap terma dan syarat Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan dengan menyerahkan notis bertulis tiga puluh (30) hari melalui surat berdaftar, yang akan dihantar ke alamat terakhir Anda dalam rekod Kami.

Tanggungjawab untuk berhati-hati dan tidak memberi Pernyataan salah

Jika Orang Yang Dilindungi diperlukan oleh Kami, sebelum Kontrak Induk diubah, untuk menjawab mana-mana soalan atau membuat pengakuan, atau jika Orang Yang Dilindungi perlu mengesahkan atau membetulkan mana-mana jawapan atau pengakuan yang diberikan sebelum ini yang berkaitan dengan Kontrak Induk, ia menjadi tanggungjawab Orang Yang Dilindungi untuk berhati-hati untuk tidak memberikan pernyataan yang salah semasa menjawab soalan atau membuat pendedahan.

Hak untuk mengubah terma ketika berlaku pindaan undang-undang

Kami berhak untuk mengubah terma Kontrak Induk sekiranya berlaku perubahan dalam penggubalan undang-undang atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan, yang memberikan tanggungjawab pada mana-mana pihak yang terjejas dengan mana-mana terma Kontrak Induk tersebut. Perubahan akan ditentukan oleh Kami yang dirasakan bersesuaian dan adil. Kami akan memaklumkan Peserta atau Orang Yang Dilindungi yang terjejas secara bertulis, apabila terma-terma di dalam Kontrak Induk perlu diubah.

PERUNTUKAN AM

Page 14: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 14 drp 16

Data, hak dan tanggungjawab perlindungan data

Kami berhak untuk memproses Data Peribadi menurut Seksyen 4 Akta Perlindungan

Data Peribadi 2010. Kami juga berhak untuk mendedahkan Data Peribadi yang telah

diberikan oleh Peserta atau Orang Yang Dilindungi sebagaimana yang dituntut

berdasarkan konteks, kepada:

1) Etiqa Life Insurance Berhad, Etiqa Family Takaful Berhad, Etiqa Life International (L) Ltd atau Etiqa Offshore Insurance (L) Ltd;

2) Entiti-entiti lain dalam Kumpulan Maybank;

3) Ejen-ejen dan penyedia perkhidmatan Kami yang diberi kuasa yang dengannya Kami telah mengikat perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti Kami;

4) Syarikat insurans atau pengendali Takaful lain dan wakil pengedar (contohnya, bank, bank-bank Islam, broker insurans, broker Takaful, syarikat insurans semula dan pengendali Takaful semula);

5) Pertubuhan perdagangan industri seperti Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA);

6) Pedagang dan rakan kongsi strategik Kami;

7) Mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Anda (dari semasa ke semasa); atau

8) Penguatkuasaan peraturan dan agensi-agensi kerajaan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, yang diberi kuasa oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa.

Peserta dan Orang Yang Dilindungi perlu memastikan semua Data Peribadi dikemaskini

kepada Kami pada kadar segera.

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan

secara langsung atau tidak langsung terhadap Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak

lengkap yang diberikan kepada Kami.

Kami dari semasa ke semasa berhak untuk meminta Peserta dan Orang yang Dilindungi

untuk memberikan Data Peribadi lain yang dikehendaki bagi tujuan Kontrak Induk ini.

Sebelum memberikan Kami Data Peribadi Orang Yang Dilindungi, atau mana-mana

individu, Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah memaklumkan individu tersebut

mengenai notis privasi Kami.

Untuk butiran terperinci notis privasi mengenai bagaimana Kami mengumpul, menggunakan, memproses, melindungi dan mendedahkan Data Peribadi, sila kunjungi cawangan Kami, hubungi Etiqa Oneline di talian 1300 13 8888, atau rujuk ke laman web Kami di www.etiqa.com.my.

Syarat yang Menyebabkan Liabiliti

Bergantung kepada pematuhan terma, syarat dan endorsemen Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan, jika ada, akan menjadi syarat yang menyebabkan liabiliti Kami yang akan menjejaskan sebarang pembayaran di bawah Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan ini.

Mata wang Pembayaran

Mana-mana pembayaran yang dibuat oleh Anda kepada Kami, atau oleh Kami kepada Anda, perlu dibuat dalam Ringgit Malaysia.

Notis

Semua notis daripada Anda kepada Kami, atau daripada Kami kepada anda, perlu dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos berdaftar.

Undang-undang dan Bidang Kuasa yang Mentadbir

Kontrak Induk ini dikeluarkan di bawah undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada dan ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

Page 15: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 15 drp 16

Prosiding Perundangan

Tiada tindakan undang-undang atau ekuiti akan diambil untuk memulihkan Kontrak ini sebelum penamatan tempoh enam puluh (60) hari selepas menulis bukti kerugian telah diserahkan selaras dengan keperluan Sijil ini. Jika Orang Yang Dilindungi gagal menyerahkan bukti kerugian yang diperlukan seperti dinyatakan dalam terma, peruntukan dan syarat-syarat Kontrak Induk ini, Orang Yang Dilindungi boleh, dalam tempoh tangguh satu (1) tahun kalendar daripada masa bukti kerugian bertulis telah diserahkan, menyerahkan bukti kerugian yang relevan kepada Kami berserta sebab-sebab yang meyakinkan di atas kegagalan untuk mematuhi terma, peruntukan dan syarat Kontrak Induk ini. Penerimaan bukti kerugian tersebut adalah tertakluk kepada budi bicara Kami

Penyerahan

Manfaat di bawah Kontrak Induk tidak boleh diserahkan semula.

Pembatalan

Kami berhak untuk membatalkan perlindungan Takaful kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari, dihantar melalui surat berdaftar kepada alamat terakhir Anda. Walau bagaimanapun, pembatalan tersebut tidak menjejaskan perlindungan Takaful Orang Yang Dilindungi sebelum tarikh pemberitahuan.

Anda juga boleh membatalkan Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini pada bila-bila masa dengan memberikan Kami notis bertulis tidak kurang daripada tiga puluh(30) hari.

Kontrak Induk dan/atau akan ditamatkan pada tarikh penerimaan notis atau tarikh pembatalan yang dinyatakan di dalam notis bertulis, mana-mana yang kemudian. Sebaik sahaja ditamatkan, Anda masih bertanggungjawab untuk membayar sumbangan penuh kepada Kami untuk Orang Yang Dilindungi yang dilindungi oleh Kontrak ini dan/atau Kontrak Tambahan sebelum tarikh penamatan.

Sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang Tempoh Perlindungan semasa dan Sumbangan telah dibayar dengan penuh, Anda layak untuk menerima bayaran balik Sumbangan prorata sepanjang baki Tempoh Perlindungan, jika ada pembatalan atau penamatan, selepas menolak sebarang perbelanjaan didahulukan oleh Kami berkaitan dengan Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan.

Penamatan

Orang Yang Dilindungi tidak lagi dilindungi di bawah Kontrak Induk dan Kontrak Tambahan apabila:

i) Pembatalan, penamatan atau tamat tempoh Kontrak Induk dan/atau Kontrak Tambahan ini; atau

ii) Tarikh penyelesaian bayaran penuh Jumlah yang Dilindungi untuk Orang Yang Dilindungi di bawah Kontrak dan/atau Kontrak Tambahan ini; atau

iii) Mencapai umur maksimum perlindungan, seperti dinyatakan di dalam Jadual Takaful; atau

iv) Penamatan pekerjaan (sama ada bersara, peletakan jawatan atau sebaliknya) atau keahlian; atau

v) Tidak membayar Sumbangan tepat pada masanya,

mana-mana yang terdahulu

Hak untuk

menamatkan kerana

Pencegahan

Pengubahan Wang

Haram, Pencegahan

Pembiayaan

Keganasan dan

Hasil daripada

Aktiviti Haram

Jika Kami mengetahui atau telah mengesyaki bahawa Kontrak Induk telah dimanfaatkan

untuk kegiatan pengubahan wang haram, membiayai keganasan atau aktiviti haram, Kami

berhak untuk menamatkan Kontrak Induk dengan segera. Kami akan berurusan dengan

semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat atau jumlah boleh dibayar

berkenaan Kontrak Induk melalui apa-apa cara yang Kami anggap sesuai, termasuk tetapi

tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa berkaitan.

Page 16: KONTRAK TAKAFUL KELUARGA BERKELOMPOK ETIQA...Family Takaful Berhad/Kami berkenaan dengan pertikaian Penuntut atau Peserta. Untuk butiran lanjut berkenaan OPK, sila dapatkan risalah

GTL(WAKALAH) Basic_V1.0_2018

Halaman 16 drp 16

Perubahan dalam

Percukaian,

Peraturan dan

Perundangan

Kami berhak mengubah terma-terma Kontrak ini sebagaimana Kami fikirkan sesuai dan

adil, sekiranya terdapat perubahan dalam percukaian, perundangan atau peraturan yang

mempengaruhi Kontrak ini. Kami akan memaklumkan kepada Anda dalam masa tiga (3)

bulan sebelum Kami mengubah terma-terma di dalam Kontrak ini.

Sekiranya apa-apa cukai sedemikian dikenakan, ia akan menjadi kewajipan Anda untuk

membayar cukai tersebut (jika berkenaan).

Sekiranya Anda tidak membayar cukai nilai tambahan sedemikian, cukai barang dan

perkhidmatan atau sebarang cukai lain yang serupa, Etiqa boleh, tetapi tidak diwajibkan

untuk membayar cukai sedemikian bagi pihak Anda, dan Anda akan membayar balik atau

menanggung rugi Etiqa untuk semua cukai tersebut apabila diminta oleh Etiqa.