konsep & pngertian seni visual

33
PENGHARGAAN Assalammualaikum. Alhamdulillah, bersyukur saya atas keizinan-Nya kerana akhirnya kerja kursus pertama saya telah selamat disiapkan dalam tempoh yang diberikan setelah beberapa hari mengalami kesulitan. Berkat dorongan dan pertolongan pensyarah dalam subek ini, iaitu YM Raja Zaid Bin Raja Bakri yang telah banyak membantu saya, akhirnya saya dapat menyiapkan kajian ini dengan baik. Beliau telah banyak menghabiskan masa untuk unit PSV 2, jasa tuan mungkin tidak dapat kami lupakan. Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang memberikan kerjasama untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai tajuk yang diberikan. Diharap kajian yang saya lakukan ini mudah difahami dan diterima dengan sebaiknya. Sekian terima kasih. 1

Upload: aisyah-yahaya

Post on 16-Jan-2016

167 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

seni visual

TRANSCRIPT

Page 1: konsep & pngertian seni visual

PENGHARGAANAssalammualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur saya atas keizinan-Nya kerana akhirnya kerja kursus pertama saya telah selamat disiapkan dalam tempoh yang diberikan setelah beberapa hari mengalami kesulitan.

Berkat dorongan dan pertolongan pensyarah dalam subek ini, iaitu YM Raja Zaid Bin Raja Bakri yang telah banyak membantu saya, akhirnya saya dapat menyiapkan kajian ini dengan baik. Beliau telah banyak menghabiskan masa untuk unit PSV 2, jasa tuan mungkin tidak dapat kami lupakan.

Sekalung penghargaan juga kepada rakan-rakan yang memberikan kerjasama untuk mendapatkan maklumat yang sahih mengenai tajuk yang diberikan. Diharap kajian yang saya lakukan ini mudah difahami dan diterima dengan sebaiknya.

Sekian terima kasih.

1

Page 2: konsep & pngertian seni visual

PENGENALANSeni visual merupakan proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetika dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Peranan pendidikan seni visual dalam perkembangan kanak-kanak adalah untuk mengembangkan naluri ingin tahu secara eksplorasi menerusi deria dan pemikiran kreatif dan kritis yang akan terus dijana. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

2

Page 3: konsep & pngertian seni visual

OBJEKTIF KAJIAN Memahami konsep dan pengertian seni visual. Dapat membuat perbandingan beza antara pandangan tokoh pendidik seni

dan ahli falsafah tentang pendidikan seni visual Membincangkan peranan seni visual dari sudut persekitaran, psikologi dan

sosiologi.

3

Page 4: konsep & pngertian seni visual

KAEDAH KAJIAN Menjalankan kajian dengan menggunakan sumber rujukan dari buku yang

dipinjam dari perpustakaan. Menggunakan E-book di laman sesawang untuk mengukuhkan lagi

pernyataan Segala maklumat yang diperoleh telah dianalisis untuk memastikan jawapan

menepati kehendak soalan.

4

Page 5: konsep & pngertian seni visual

BATASAN KAJIANKajian ini terbatas dengan menggunakan dokumentasi dan pengurusan grafik berdasarkan pengertian konsep seni visual, perbandingan beza pandangan tokoh dan ahli falsafah serta peranan seni visual dari sudut persekitaran, psikologi dan sosiologi. Kajian ini sebenarnya banyak menggunakan buku yang dipinjam di perpustakaan dan dari sumber rujukan blogger yang kemudiannya telah diolah oleh saya sehingga terlaksananya kerja kursus ini.

5

Page 6: konsep & pngertian seni visual

DAPATAN KAJIANHasil yang saya dapat setelah berjaya melaksanakan kerja kursus ini adalah memahami konsep dan definisi seni, dari segi maksud, penghayatan dalam sejarah dan pengenalan-pengenalan dalam bidang seni yang telah ada sejak zaman terdahulu lagi. Apa yang saya dapat rumuskan disini ialah, seni sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan sama ada kita sedar atau tidak. Seni telah mempengaruhi hidup kita dari segala aspek seperti persekitaran, psikologi mahupun sosiologi. Semuanya berkait rapat dengan seni. Seni adalah universal dan boleh diterima umum.

6

Page 7: konsep & pngertian seni visual

1. Konsep dan pengertian Seni Visual.

Konsep Seni VisualSeni Visual boleh difahami dalam konteks:

a. Pernyataan diri(self-expression)

b. Pengalaman 2D dan 3D

c. Bahasa seni dan laras bahasa

d. Kandungan dan makna(content)

a. Pernyataan diri(self- expression)

Konsep pernyataan diri ini bermaksud menyatakan atau menyuarakan pandangan secara bebas. Luahan ini hendaklah mempunyai isi untuk dicalitkan di atas kertas atau kanvas. Apa jua karya seperti catan dan lukisan mempunyai luahan rasa tersendiri. Kanak- kanak sebagai contohnya, suka bermain warna dan menconteng bagi luahan mereka tersendiri. Kebiasaannya, corak yang dihasilkan oleh mereka tidak terkawal kerana mereka meluahkan apa yang ada di minda mereka sahaja.

Para pelukis pula gemar menghasilkan karya mereka seperti catan dan arca mengikut aliran masing- masing. Sebagai contohnya, impressionisme banyak melibatkan penggunaan teknik cahaya dan penguasaan warna yang sesuai. Aliran expressionisme pula banyak menggunakan emosi untuk membangkitkan mood atau idea . Teknik ini menitik beratkan makna atau pengalaman emosi dan bukannya realiti fizikal.

b. Pengalaman 2D dan 3D

Karya seni visual terbahagi kepada dua iaitu 2D dan 3D. Karya 2D adalah jalinan tampak seperti catan, kolaj, anyaman dan lain- lain lagi. Karya 3D pula adalah jalinan sentuh iaitu karya yang mempunyai ruang yang nyata dan berbentuk konkrit. Contohnya, arca dan ukiran kayu.

7

Page 8: konsep & pngertian seni visual

c. Bahasa seni(laras bahasa)

Seni tampak mempunyai laras bahasanya seperti unsur- unsur seni, prinsip rekaan, media dan alatan serta teknik. Unsur- unsur seni iaitu rupa, bentuk, warna, jalinan, dan garisan. Prinsip rekaan pula adalah kepelbagaian, harmoni, keseimbangan, penegasan, ekonomi, kadar bandingan dan kontra. Begitu juga media yang digunakan. Terdapat banyak media atau bahan yang boleh digunakan dalam penghasilan karya seperti cat air, cat minyak, akrilik, arang dan lain- lain lagi. Selalunya alatan yang digunakan adalah berus, pallete dan sebagainya. Ada tiga teknik basahan yang boleh digunakan bagi media cat air iaitu basah atas basah, basah atas kering, kering atas kering.

d. Kandungan dan makna(content)

Penghasilan sesebuah karya mestilah mempunyai makna atau isi. Sejarah membuktikan pada zaman prasejarah terdahulu manusia menggunakan dinding pada gua untuk berkomunikasi dan merakam sesebuah peristiwa dalam bentuk 2D. Secara tidak langsung, seni visual juga merupakan rakaman sejarah atau sesuatu peristiwa secara tampak.

Dalam penghasilan sesebuah karya biasanya hanya pelukis itu sendiri atau seangkatan dengannya dapat memahami isi atau maksud sesebuah karya. Namun terdapat sesebuah karya yang hanya dapat difahami oleh pelukis itu sahaja dan isinya difahami dan dikritik secara berlainan oleh pihak kedua.

8

Page 9: konsep & pngertian seni visual

Pengertian Seni VisualMenurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ketiga(1997), seni membawa maksud halus iaitu kecil, elok, tipis dan halus, enak didengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan.

Manakala seni membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan sebagainya yang dicipta dengan bakat atau kecekapan, dan hasil daripadd sesuatu ciptaan. Selain daripada itu juga seni boleh ditafsirkn sebagai membawa maksud atau pengertian kebolehan mencipta sesuatu lukisan, ukiran, khat & sebagainya yang indah-indah belaka.

Visual pula bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak. Sebagai contohnya, kita menggunakan deria untuk melihat atau nampak akan sesuatu visual merujuk kepada sesuatu yang boleh dinilai dan boleh dilihat dengan mata manusia.

Selain itu, seni visual juga bermaksud pengkaryaan yang berkaitan dengan disiplin seni halus dan perekaan meliputi bidang- bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan juga reka bentuk persekitaran.Secara ringkasnya, seni visual mempunyai dua cabang iaitu seni lukis dan seni reka. Oleh sebab itu, Universiti Teknologi Mara(UiTM) mewujudkan falkulti seni lukis dan seni reka yang merangkumi 9 cabang-cabang dalam bidang berasakan kesenian.Contohnya, seni halus, seni logam dan sebagainya.

9

Page 10: konsep & pngertian seni visual

2.Perbezaan antara pandangan tokoh pendidik seni dan ahli falsafah.

Seni yang hebat ialah seni yang berhubung rapat dengan keperluan kerohanian manusia. Seni selalunya terlibat dalam naluri seseorang dan keindahan sesebuah kejadian.seni juga menggambarkan kebudayaan sesebuah tamadun. Sebagai contohnya, pada zaman prasejarah dahulu apabila manusia- manusia terdahulu menggunakan dinding gua untuk merakam pemandangan. Islam menggalakkan penciptaan atau penghasilan karya- karya sebegini tetapi mestilah karya tersebut tidak bercanggah dengan nilai dan hukum islam. Seni tidak lagi dilihat daripada aspek fizikal semata- mata tetapi dilihat juga daripada aspek rohaniah dalam penghasilan dan penghayatan mereka pada seni.

Al- Faruqi

Al- Faruqi dilahirkan Jaffa, Palestin pada tahun 1921, merupakan seorang cendekiawan dan aktivis Islam yang amat fasih dalam tiga bahasa iaitu bahasa Arab, Perancisd dan Inggeris. Menurut Al- Faruqi, konsep seni Islam menjurus kepada konsep Rauhid dan pengabdian kepada Tuhan. Seni harus bermatlamat perkara- perkara kebaikan dan berakhlak. Beliau mengetengahkan bidang Tauhid sebagai untuk inti pati pengalaman keagamaan, politik, sosial dan ekonomi. Manusia memperoleh pengalaman menerusi kehalusan saraf pancainderanya dan proses penilaian estetika dalam kehidupan. Seni adalah proses penemuan alam untuk menghasilkan inti pati dalam bentuk tampak. Kesenian juga tidak terhada kepada penghasilan atau pembangunan berunsur keagamaan semata- mata.

Herbert read

Berbanding dengan Herbert dilahirkan di Yorkshire, England mengatakan Pendidikan Seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari aspek motivasi, personaliti dan sebagainya.

10

Page 11: konsep & pngertian seni visual

Al - Ghazali

Al- Ghazali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al- Ghazali. Beliau telah dilahirkan dalam tahun 450- 550 Hijrah/1058-1111 Masihi, iaitu di sebuah kampung bernama ‘Ghazalah’ yang merupakan sebuah kampung di pinggir kota kecil bernama ‘Tus’ di dalam wilayah Khurasan (di utara negeri Iran). Kehebatan Al- Ghazali memberikan kesan dalam jiwa kaum Muslimin dari segi pemikiran dan pekertinya. Ilmunya yang meluas dalam bidang khususnya bidang falsafah, usul, fikah, ilmu kalam, tasawuf, kemasyarakatan, pendidikan, politik, dan kesenian serta penulisan buku beliau sehingga digelar ‘Hujjatul- Islam’.

Menjawab persoalan yang telah diutarakan, al- Ghazali telah mengemukakan teori estetika. Teori ini berkisar keindahan sesebuah karya seni. Keindahan setiap sesuatu benda itu terletak kepada kesempurnaannya disedari melalui sifatnya. (Beg, M.A.J., 1977)

Al- Ghazali tidak memandang sesebuah karya dari sudut fizikal sahaja. Manusia yang taksub dengan kehendak kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Seorang guru seni seharusnya peka dengan kedua- dua aspek berkenaan. Segala keindahan akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada penghayatnya.

Ellis Paul Torrance

Berbanding dengan Ellis Paul Torrance atau dikenali sebagai Paul Torrance ialah penyelidik dan ahli akedemik yang tersohor bagi bidang kreativiti. Beliau telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan telah diiktiraf sebagai Bapa Kreativiti. Kerjaya perguruannya bermula pada tahun 1957 sehingga 1984, dari Universiti of Mimnsota hingga ke Universiti Geor Gia,Amerika Syarikat, di mana beliau telah dianugerahkan gelaran profesor dalam bidang psikologi pada tahun 1966. Kemuncak kerjaya beliau apabila beliau telah berjaya mencipta kaedah penanda aras dalam mengukur tapak kreativiti seseorang individu serta beliau mengusulkan bahawa ujian IQ (Intelligent Quotion) bukanlah satu-satunya cara untuk mengukur daya intelektual seseorang melalui instrumen ciptaannya’Tourances Test Creativity Thinking.

Sepanjang hidup beliau, Profesor Dr.Ellis Paul Torrance telah menyumbangkan daripada 2000 penulisan ilmiah dalam bentuk buku monograf,artikal,ujian,manual dan material pengajaran.Bagi menghargai beliau,pada tahun 1984 Universiti of Geo Gia telah menubuhkan Tourances Center of Creativity and Talent Development.

Sumber:http://www.fakulti.de.qcsu.edu/~cbader/Torrance.html.

11

Page 12: konsep & pngertian seni visual

3.Peranan seni visual terhadap:

a. PersekitaranPeranan seni Visual merupakan kesedaran mengenai nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apreasiasinya boleh menguatkan lagi kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.

Seorang guru boleh menggunakan faaktor persekitaran untuk mendidik murid- murid memahami erti seni. Sebagai contohnya, penggunaan alam semula jadi sebagai motif bagi menghasilkan sesuatu karya. Antara contoh penggunaan persekitaran dalam karya ialah, Rumah rakit - Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman.

b. PsikologiPsikologi berasal dari dua gabungan perkataan Yunani(Greek) iaitu psyche(psyiko) yang membawa erti ‘jiwa’ ataupun ‘semangat’ dan perkataan logos(logi) bererti ‘ilmu’. Bidang ilmu psikologi ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah, menilai, menyelidik, dan membuat pemerhatian mengenai tingkah laku manusia dalam masyarakat.

Peranan psikologi boleh dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri sendiri melalui sensitiviti, persepsi, imitasi, kepekaan pengamatan, motif dan motivasi, pemikiran kritis, personaliti dan bakat, seni sejagat, kreativiti dan terapi seni.

12

Page 13: konsep & pngertian seni visual

a. Sensitiviti

Sensitiviti ialah kepekaan dalam membuat pertimbangan dan persepsi serta berkait rapat dengan pemikiran seseorang. Untuk menjadi seorang pendidik, sensitiviti amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ini untuk memudahkan kanak- kanak atau murid-murid menyatakan ekspresi diri melalui kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut aspek. Anggota badan mereka akan berfokus kepada otak supaya dapat menilai pengalaman visual semasa di dalam kelas. Setiap individu dapat merasai sensasi visual dan signifikan semantik iaitu perasan yang dapat mengubah warna dan bentuk menjadi objek simulasi. Dengan cara itu, mereka dapat memanipulasikan pengalaman sensasi untuk membentuk data.

b. Persepsi

Tanpa paduan persepsi, maka wujud pengajaran yang bercelaru. Guru seni berperanan mengajar disiplin berpandukan persepsi yang sudah diebntuk. Oskar Kokoschka mengatakan ‘mata sebagai tangan, ia menangkap beberapa perkara penting dan membiarkan yang tidak penting’. Pernyataan ini bercanggahan dengan Berenson yang menyatakan semua yang dilihat adalah penting.

c. Imitasi

Bagi Plato, imitasi merupakan sesuatu yang penting. Proses imitasi tidak boleh dipandang ringan kerana proses belajar menghasilkan seni bermula dari imitasi terhadap alam sekeliling.

Kanak- kanak membina keyakinan diri apabila dia berupaya meniru sesuatu seperti bunyi haiwan. Mereka akan berasa bangga dan seterusnya bertambah yakin untuk melakukan sesuatu yang mencabar. Menurut Lowenfeld, perubahan dan peningkatan imitasi ke atas simbol-simbol visual mempengaruhi kanak-kanak. Mereka akan menjadi lebih kreatif dan berusaha menyempurnakan simbol-simbol visual tersebut.

Imitasi terhadap alam sekeliling memberi pengaruh besar kepada kanak- kanak sehingga mereka mampu untuk meniru gaya percakapan dan tingkah laku orang yang ada di persekitaran mereka. Secara tidak langsung, tingkah laku seperti ini akan akan mempengaruhi hasil seni mereka.

13

Page 14: konsep & pngertian seni visual

d. Kepekaan pengamatan

Pendidikan seni dapat mendorong pelajar untuk membentuk tabiat pengamatan yang istimewa. Pengamatan adalah salah satu cara mendapatkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengenali dan mengetahui sesuatu kerana pengamatan melibatkan sensori, struktur imej visual, kerana berfikir adalah kesamaan mental membuat manipulasi pada bentuk visual. Walaupun kelihatan mistik, namun pengamatan melibatkan perubahan kepada unsur (subtance).

Kedua, cara menyelesaikan masalah atau persoalan yang timbul dalam fikiran individu terbabit. Cara ini diguna pakai kepada pengamatan dalam penghasilan karya seni, penjelasan pada karya seni yang sudah siap dan tanggungjawab menjawab persoalan.Pengamatan perlu bagi menjana pemikiran dan tanggapan yang betul.

Seterusnya ialah, kita dapat menggambarkan proses, membuat hubung kait dan membayangkan prinsip- prinsip teori. Pendidikan seni mempertingkatkan sejenis pembelajaran metafora yang mempunyai potensi bagi transformasi makna dalam bentuk.

Terakhir, produk kognitif juga akan terhasil melalui pengamatan. Berdasarkan sudut pandangan pendidikan, ini merupakan tolak ansur pedagogi. Teknologi seni memberi ruang kepada murid- murid berhadapan dengan prinsip pembelajaran yang mempunyai prinsip bertaraf tinggi seperti abstraksi daripada maklumat deria, pembinaan simbol dan konsep, pengamatan yang terpilih, pengherotan dengan kesan (distortion by effect) dan memberi alasan dengan menggunakan analogi. Prinsip- prinsip ini boleh dilihat pda kerja- kerja seni pelajar. Faktor- faktor ini memperkukuhkan dakwaan pendidikan seni adalah suatu disiplin akademik yang mempunyai mode nyata dalam penerokaan (distinctive modes of inquiry). Oleh itu, murid perlu dibekalkan ilmu disiplin seni supaya membuat pertimbangan dengan betul.

e. Motif dan motivasi

Guru seni boleh dianggap sebagai fasilator dan pembimbing murid- murid ketika proses seni. Dalam sistem pengajaran, motivasi adalah kunci utama guru seni. Kritikan dan pendapat guru seni amat penting bagi memotivasikan murid-murid supaya menjadi lebih kreatif. Ini akan menimbulkan suasana yang ceria dan sekali gus dapat mengeratkan hubungan antara murid- murid dengan guru- guru mereka. Seni juga mementingkan disiplin yang tinggi dalam penghasilan sesebuah karya. Disiplin yang tinggi dapat memperlihatkan hasil pengajaran dan pembelajaran yang perlu diterapkan kepada murid-murid.

14

Page 15: konsep & pngertian seni visual

Salah satu dari motif dalam seni adalah motif institusi. Ini merangkumi tugas guru sebagai pendisiplin, pengurus bilik darjah serta badan pentadbiran sekolahSeorang guru perlu mengajar bagaimana untuk meningkatkan data estetika murid- murid dalam aktiviti yang dijalankan. Penghasilan produk seni dapat memperlihatkan hasil kreativiti mereka.

f. Pemikiran kritis

Pemikiran kritis bermaksud suatu proses pemikiran tinggi dari segi analisis situasi, kenal pasti masalah, kumpul maklumat dan memberi kritikan. Dalam erti kata lain, pemikiran kritis ini juga tergolong dalam bahagian kritikan seni. Ia boleh dikaitkan dengan kritikan seni sebagai komposisi utama dalam seni. Sebagai contohnya, seorang murid menggunakan kemahiran pemikiran bagi membuat maklumat yang berkesan. Jika tidak mempunyai ilmu pengetahuan, pemikiran kritis tidak dapat dilaksanakan.

Pemikiran kritis perlu dalam menghasilkan karya yang terbaik. Kritikan adalah penting kerana , karya yang banyak dikritik akan membuka peluang pengkarya untuk maju dan sekali gus hasil karyanya akan menjadi rebutan ramai. Ia boleh menjadi medium pendidikan untuk mengkritik sesuatu karya seni agar mudah untuk diperbaiki.

l. Seni aestetika kanak- kanak

Pengamatan kanak- kanak pada lukisan akan mewujudkan idea baru kepada mereka. Brown (1980) berpendapat, pengalaman kanak- kanak memerhati ketika berkarya seperti melakar, melukis dan bermain warna akan meningkatkan keupayaan mereka dalam pengamatan dan mereka dapat membezakan benda- benda atau imej- imej 2D yang terdapat pada persekitaran.

Malangnya, pengamatan mereka tidak berterusan dan seterusnya meninggalkan aktiviti- aktiviti ini apabila usia matang akan menyebabkan seni itu akan menjadi pudar. Selalunya lukisan kanak- kanak menjurus kepada kebebasan dalam kehidupan khayalan dan pemahamannya sendiri. Dengan cara ini, mereka dapat mengenali diri mereka dan kaitannya dengan alam sekeliling.

j. Personaliti dan bakat

Bakat terbentuk dalam sahsiah kendiri sejak kanak- kanak lagi. Semasa kita kecil, kita mudah terpengaruh dengan bentuk – bentuk sekeliling. Personaliti yang ada sekiranya diasah akan meningkatkan lagi mutu penghasilan dan memperkembangkan idea mereka untuk berkarya. Menerusi latihan yang berterusan, kemahiran akan berkembang dan seterusnya, karya yang dihasilkan lebih menarik.

k. Seni sejagat

15

Page 16: konsep & pngertian seni visual

Selalunya, para pengkarya akan merujuk keindahan alam sekeliling untuk dijadikan sebagai motif atau sumber rujukan. Seni itu adalah indah dan alam semula jadi akan menjadi piawai untuk menghasilkan karya yang menarik.

Seorang pengkarya seni bertanggungjawab mendedahkan kebenaran, idea, falsafah, dan ideologi berdasarkan karya yang dihasilkan.Bermula pada era zaman lukisan gua zaman batu, Greek purba, Renaissance hingga ke dunia kontemperari masa kini, karya yang dihasilkan mestilah mempunyai kebenaran dan memaparkannya kepada khalayak ramai.

Sebab itu, seni bersifat universal dan diterima umum. Tema, emosi, pemilihan rupa bentuk dan warna yang sesuai akan memberikan makna yang berbeza. Seni abstrak juga tidak terkecuali untuk memaparkan kehidupan sebenar dalam konteks yang berbeza. Ciri- ciri estetika boleh menjangkau ke arah pemikiran dan perasaan seseorang melalui pemahaman.

l. Kreativiti

Menurut ahli psikologi, kreativiti boleh diaplikasikan kepada apa sahajakerja yang prosuktif dan pandangan yang boleh dikongsikan oleh semua golongan. Manakala, bagi seorang pendidik, kreativiti ialah suatu teknik yang boleh menimbulkan perasaan pada sesuatu dan kualiti-kualiti kerja. Namun begitu, tahap kreativiti seseorang individu adalah berbeza. Menurut Iberahim Hassan, 2000, dalam proses berkreasi, seseorang perlu berfikir, membuat andaian, dan seterusnya membuat pemilihan yang tepat dan berani. Manakala menurut Jerome Bruner(1960), kreativiti boleh dilatih menerusi kegiatan seni secara formal setiap kali murid- murid berhadapan dengan pengalaman seni.

m. Terapi seni

Terapi seni adalah untuk membantu membentuk individu yang baik dan sempurna. Masalah akan selesai apabila sesebuah karya itu dapat diselesaikan. Kualiti estetika pada kerja seni kurang dititik beratkan di sini kerana pada dasarnya aktiviti seni adalah sebagai mengisi masa lapang untuk menyelesaikan masalah.

Pendidikan seni pula bertujuan untuk merangsang murid- murid dari menghasilkan sesuatu yang kurang baik kepada yang lebih berfaedah dan bernilai.

c. Sosiologi

16

Page 17: konsep & pngertian seni visual

Seni umpama jabatan yang menjadi penghubung antara individu dengan masyarakat. Masyarakat perlu mengetahui apa yang sudah berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku dalam seni.

a. Nasionalisme

Nasionalisme adalah falsafah, pemikiran, manifestasi, idea, individu atau sesebuah kumpulan dalam menyebarkan dan membangkitkan nilai, semangat dan perasaan melalui seni visual. Pembelajaran seni visual dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan cinta akan negara. Tugu negara merupakan arca dan seni 3D.

b. Propaganda

Seni Visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya, ayahku dan angkasawan karya Ibrahim Hussin.

c. Kumpulan keluarga

Pada zaman dahulu seisi keluarga menghasilkan barangan kraf untuk kegunaan harian seperti tikar mengkuang, tudung saji dan lain- lain lagi. Namun akibat kemajuan teknologi, aktiviti itu tidak dijalankan lagi. Kini, jenis seni yang digunakan di rumah terdiri daripada imej- imej paparan televisyen, majalah dan pengiklanan. Manakala barang seni yang digunakan seperti perabot, permaidani, ukiran kayu berbingkai dan sebagainya.

Fokus keluarga kini telah beralih daripada pengeluaran ekonomi kepada penggunaan kemudahan-kemudahan yang dihasilkan oleh mesin, estetika dan pameran simbolik. Kesan reka bentuk barangan kegunaan harian diketepikan dalam semua peringkat pendidikan kecuali dalam seni kraf. Seni kraf terus mendapat tempat dalam kurikulum pendidikan seni kerana kraf memberi peluang kepada murid- murid bagi mempelajari hubungan antara bentuk, fungsi dan media. Namun, kita masih belum memperluas prinsip- prinsip pembelajaran kraf kepada kajian objek hasil industri yang menyokong ekonomi kita.

d. Komuniti

17

Page 18: konsep & pngertian seni visual

Tempat tinggal memainkan peranan yang penting dalam dunia kanak- kanak. Ini adalah untuk memastikan sistem pembesaran mereka akan membentuk cara dan sikap mereka yang mempunyai nilai kemasyarakatan. Kanak- kanak akan menghasilkan karya yang menampakkan imej dan menjadi ekspresi individu. Melalui seni, kanak- kanak dapat meneroka kehidupan ini dengan tahap kreativiti tersendiri.

Kanak –kanak yang normal sering belajar dari pengalaman. Kanak- kanak yang tinggal di tempat yang tenang akan menghasilkan karya yang tenang, penuh kasih sayang. Begitu juga sebaliknya, kanak- kanak yang tinggal di kawasan peperangan akan menghasilkan karya mengenai kesengsaraan yang mereka lalui, kesedihan dan lain- lain lagi.

e. Kumpulan umur

Menurut Feldman, aktiviti seni tidak seharusnya dihadkan mengikut peringkat umur. Oleh kerana sistem pembelajaran adalah sepanjang hayat, maka pendidikan seni juga boleh dijadikan pendidikan berterusan. Di Malaysia, masih banyak ibu bapa yang bersikap prejudis dan tidak memahami kepentingan seni dalam kehidupan. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menganggap pendidikan seni itu tidak mendatangkan faedah.

Tujuan pendidikan seni adalah untuk memperkembangkan mutu peribadi pelajar dari segi estetika, kreativiti, dan persepsi mereka. Sebenarnya, matlamat pendidikan seni di sekolah adalah untuk melahirkan pelajar- pelajar yang berkeperibadian, seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial. Kemahiran yang diperoleh akan membantu pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam urusan hidup mereka serta menghayati seni warisan budaya dan identiti bangsa.

Seseorang dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang seni seterusnya dapat menjadikan bidang ini sebagai salah satu punca pendapatan mereka. Mereka mestilah mempunyai nilai murni seperti berdisiplin, bersabar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi. Sebagai contohnya, pengkarya perlu bersabar ketika menghasilkan karya kerana kadang- kadang masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesebuah karya yang menggunakan teknik impasto mengambil masa dua atau 3 jam untuk satu lapisan.

Selain itu, sistem pembelajaran sepanjang hayat seharusnya diketengahkan di dalam pendidikan seni. Sebagai contohnya, warga emas dapat mengisi masa

18

Page 19: konsep & pngertian seni visual

lapang mereka dengan aktiviti- aktiviti seni. Masa mereka yang terluang dapat diisi dengan menghias taman, membuat lanskap dan lain- lain lagi.

Tambahan pula, seni boleh dianggap sebagai terapi jiwa bagi mereka yang menghadapi masalah emosi dan penyakit. Masalah ini dapat diluahkan dengan penggunaan warna yang sesuai untuk dipalitkan di atas kanvas. Sebagai contohnya, karya Syed Ahmad Jamal iaitu Sirih Pinang(1986) dan Sulaiman Hj. Esa, Ke Arah Tauhid(1983).

f. Fenomena kelas

Kelas disini bererti status sosial seperti status ekonomi, tujuan pekerjaan, dan kepatuhan ibu bapa kepada ajaran agama. Status seorang murid mempengaruhi kecenderungan mereka yang ingin menghasilkan karya seni. Dalam erti kata lain, penghasilan karya seni banyak dipengaruhi latar belakang sosial mereka. Ini mendorong pendidikan memilih satu daripada dua laluan, sama ada ikut kata ibu bapa atau kehendak hati.

Laluan pertama adalah jalan yang mana guru menjadi penurut sahaja secara automatik. Laluan yang kedua pula mempunyai asa yang kukuh mengenai dunia seni dan diketengahkan secara giat dalam pendidikan guru. Pendidikan seni terpaksa memberi ruang kepada peluahan perassan dan idea anti pembangunan.

g. Kaum dan etnik

Sistem pengajaran pendidikan seni banyak mempunyai kaitan dengan kaum dan etnik dalam sesebuah negara. Sebagai contohnya, ukiran kayu di Malaysia banyak bermotifkan flora berbanding di Indonesia, ukiran kayu yang dihasilkan banyak bermotifkan flora dan fauna.

l. Ritual/upacara

Seni Visual dalam melaksanakan ritual atau upacara sesuatu budaya dan adat resam dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

m. Spiritual

Spiritual bermaksud ketenangan, kepuasan dan keselesaan yang dialami oleh seseorang pelukis . Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

n. Agama

19

Page 20: konsep & pngertian seni visual

Penerapan nilai- nilai murni merupakan bukti pertalian yang eujud. Keadaan yang berbeza berlaku di Amerika Syarikat apabila doktrin pendidikannya memisahkan agama daripada pendidikan. Di Malaysia, pengajaran kraf lebih ditumpukan kepada masyarakat yang paling dominan yang terdapat dalam negara. Kebanyakan ahli agama mendapati multikulturisme tidak dapat diterima kerana pendekatan kepada kepercayaan agama adalh bersifat deskriptif daripada sudut etnologi dibandingkan preskriptif daripada sudut moral.

o. Jantina dan baka

Jantina dan baka penting dan dipandang tinggi secara biologi dan bukannya secara sosial. Terdapat tiga sebab mengapa pendidikan seni dikaitkan dengan kaum wanita. Pertama, mengajar seni sering dikaitkan dengan suasana rumah. Kedua, seni itu sendiri dikaitkan sebagai aktiviti wanita kerana tidak memerlukan kerja-kerja kasar. Ketiga, hierarki nilai dalam teori kurikulum amat kecil dan dipelbagaikan kepada pendidikan seni.

Selain itu, pengajaran sekolah dianggap sebagai profesion wanita walaupun sejak dahulu lagi bidang perguruan dimonopoli oleh lelaki. Kaitan wanita dengan seni memusnahkan status seni sebagai universal. Ini merupakan punca masalah masyarakat dan intelektual mereka.

p. Perubahan sosial

Guru- guru adalah agen perubahan selagi kita memcampuri proses semula jadi pertumbuhan dan perkembangan manusia bagi membentuk mereka(murid-murid). Semua itu ditentukan oleh objektif kurikulum, kesempurnaan profesionalisme, dan budaya peribadi kita. Pengajaran formal seni menghasilkan tentangan, lalu membawa kepada perubahan di luar bilik darjah dan studio.

Pengajaran seni membawa kepada perubahan sosial secara disengajakan dan dapat diramalkan. Keasyikan kita dengan kreativiti yang berkaitan dengan kebebasan manusia, menyaran institusi dan persekitaran.

Transformasi sosial melibatkan perkembangan biologi , trasformasi teknologi dan pembentukan budaya. Contohnya, penggunaan mesin cetak berkomputer yang mneghasilkan batik . Trasformasi pembentukan budaya pula melalui pakaian yang dipakai. Selain itu, budaya pemberian sampul wang beraneka warna dan corak pada setiap kali perayaan.

q. Multikultural

20

Page 21: konsep & pngertian seni visual

Multikultural mengikut kamun Oxford membawa maksud kumpulan budaya. Mengikut kamus Dewan dwibahasa pula, bermaksud pelbagai budaya. Secara kesimpulannya, multikultural bermaksud peradaban ataupun budaya tertentu yang diamalkan dalam sesuatu tempat.

Sejarah seni memperkenalkan topik kontroversi ‘multikultirisme’. Budaya ini agak meluas mencakupi etnik, agama, dan semangat kebangsaan sesuatu budaya. Kurikulum seni juga perlu mengalami perubahan yang disebut pari passu. Pari passu merupakan gabungan kerja- kerja seni yang mempunyai nilai estika yang digubah bagi memaparkan etnik sesuatu bangsa.

r. Guru sebagai pembudaya

Guru merupakan pekerja budaya yang bertanggungjawab memindahkan idea masyarakat kepada generasi- generasi secara berterusan. Murid- murid patut mengetahui kepuasan dalam hasil seni seseorang itu memerlukan penerimaan, pemahaman, dan kemungkinan karya itu dinikmati orang lain.

Seni biasanya ciptaan individu. Guru berperanan sebagai pengkritik dan mentor serta bertindak sebagai wakil kepada masyarakat pemerhati dan pembeli. Guru perlu menjalankan tugas sehingga para murid dapat menjiwwai makna, dan memahami kepentingan pengamatan peribadi, membuat dan menilai seni.

K. pengeluaran

Pengeluaran merupakan hasil seni Seni Visual berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran , aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan penhasilan karya yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik , ukiran kayu dan songket.

21

Page 22: konsep & pngertian seni visual

22

Page 23: konsep & pngertian seni visual

KONSEP DAN PENGERTIAN SENI VISUAL

23

Pengertian seni visual

• 1)Seni didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai art yang diambil daripada istilah latin iaitu bermaksud penyusunan ataupun untuk menyusun.

• 2)Dalam konteks ini seni merujuk kepada sebarang bentuk objek yang disusun mengikut aturan tertentu. Seni juga merupakan intipati kepada ekspresi kreativiti seseorang

Page 24: konsep & pngertian seni visual

24

KONSEP SENI VISUAL

• 1)seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti penyataan diri (self expression) pengalaman dan sensasi visual 2D serta 3D, komunikasi visual bahasa, seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda-benda subjek, objek berfungsi, kegunaan, nilai esetetik, ciri-ciri kreatif, pelukis dan karya seni, asas seni reka sebagai aspek lain.

Page 25: konsep & pngertian seni visual

PERANAN SENI VISUAL DARI PERSEKITARAN, PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

PERSEKITARAN

PSIKOLOGI

25

Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam Seni Visual. Pembelajaran Seni Visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan.

Istilah psikologi berasal daripada dua gabungan perkataan yunani (Greek) iaitu psyche (psiko) yang bermaksud ’jiwa’ ataupun ‘semangat’dan perkataan logos (lagi) yang bermakna ‘ilmu”.

Page 26: konsep & pngertian seni visual

SOSIOLOGI

26

Sosiologi adalah kajian tentang manusia dan masyarakat dan interaksi antara manusia dalam konteks masyarakat. Dalam erti kata lain, ia merupakan kajian respons individu ataupun sekumpulan manusia terhadap sesuatu perubahan atau tindakan. Respons itu adalah mudah difahami sebagai sub-budaya iaitu suatu tinfak balas setempat yang dipakai oleh sekumpulan manusia yang memiliki pemikiran yang agak sama. Tindakan dan perubahan merujuk kepada satu hasil idea ataupun keluaran barang nyata ke dalam sesuatu masyarakat.

Page 27: konsep & pngertian seni visual

PANDANGAN TOKOH SENI ISLAM

Ibnu Khaldun merupakan tokoh pemikir Islam yang unggul, terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Karya beliau dikenali sebagai ‘Muqaddimah’ atau ‘Prolegomena’ menjadi ibu kesusasteraan falsafah sejarah dan sosiologi. (Estidotmy Utusan Malaysia, 2002)

Tokoh ini telah dilahirkan di Tunis, Tunisia pada tarikh 1 Ramadhan tahun 732 Hijrah bersamaan 27 Mei 1332. Nama penuhnya ialah Abdul Rahman Abu Zin Waliuddin ibn Muhammad ibnu Khaldun al- Maliki al- Hadrami. Khaldun membawa maksud intelek, ulama, pemimpin dan pemikir.

Menurut Ilbu Khaldun, seni itu suatu kebenaran, keindahan, dan kebaikan.Di dalamnya terkandung estetika, etika, logika.( Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti, 2003)

27

SENI

Estetika Etika Logika

Mengandungi unsur- unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya, indah apabila karya itu dihasilkan.

Merujuk kepada suatu kebenaran hakiki.

Merujuk kepada elemen- elemen akhlak atau moral yang membina hakiki.

Page 28: konsep & pngertian seni visual

LAMPIRAN.

Peranan Seni Dalam Kehidupan ManusiaOleh Agus Purwantoro Selasa, 06 September 2005 12:53:52 Klik: 9893 Cetak: 66 SENI, adalah manifestasi keindahan manusia yang diungkapkan melalui penciptaan suatu karya seni. Seni lahir bersama dengan kelahiran manusia. Keduanya erat berhubungan dan tidak bisa dipisahkan. Dimana ada manusia disitu ada kesenian. Bagaimanakah peranan seni sebagai kebutuhan seni dalam kehidupan manusia.

Apabila kita menyimak ke masa silam dalam kehidupan manusia, kebutuhan akan seni mempunyai peranan yang amat penting untuk mencari kekuatan di luar dirinya yang bersifat magis, sakral dan religius, pun demikian pada masa kini peranan seni telah merasuk ke dalam berbagai segi kehidupan manusia.

Meskipun seni sudah setua kehidupan manusia, namun masih sangat sukar untuk dapat memberikan pengertian hanya dalam beberapa kalimat. Sungguhpun demikian peranan seni dalam kehidupan manusia dari zaman ke zaman mengalami perubahan. Inilah letak dari subyektivitas seni, budi manusia tetap berdaya mencari perkembangan baru. Kebudayaan manusia berganti dan selera perorangan serta zaman selalu berubah.

Sepanjang kehidupan manusia dari zaman es sampai kini ternyata gejala seni itu sudah ada, sehingga lahirlah pendapat yang mengatakan, art is a old as mankind ( seni berumur setua manusia).

Sudah barang tentu musti ada sebabnya, sehingga seni itu dapat diterima dan bertahan sedemikian oleh dan dalam kehidupan bangsa-bangsa sepanjang zaman. Disinilah seni mempunyai kegunaan dan peranan yang dirasa dan disadari oleh bangsa-bangsa yang mengenalnya.

Pernah terdapat bangsa-bangsa yang belum dapat mengenal (menulis sejarahnya), namun sudah sanggup menghasilkan karya-karya seni yang bernilai tinggi. Ada bangsa yang waktu ilmu pengetahuannya masih berada di tingkat primitif, sudah mempunyai seni yang bertaraf tinggi.

Kehidupan manusia tidak terlepas dari kesenian. Kesenian itu timbul karena manusia selalu ingin yang indah, dengan jalan menciptakan benda-benda yang indah. Karena keindahan selalu menimbulkan kebahagiaan dan sebagai kodratnya, manusia ingin bahagia.

Sejak zaman pra sejarah manusia sudah mengenal kesenian mendahului lain-lain bentuk kebudayaan. Kesenian sebagai lapisan hidup yang khusus menampakkan diri lebih dahulu. Hal ini kelihatan pada lukisan, topeng dan patung-patung primitif, dongeng-dongen yang tak tertulis dalam lingkungan suku bangsa yang hidupnya masih sederhana dan sebagainya.

28

Page 29: konsep & pngertian seni visual

Dengan demikian terhiaslah serta terbahagialah hidup manusia dengan seni lukis, seni pahat, seni suara, seni sastra dan lain-lainnya.

Dalam faktanya, kesenian merupakan bagian dari kehidupan manusia yang tak terpisahkan. Dimana ada kesenian di situ ada manusia

Kesenian Sebagai Pembentuk Peradaban Manusia

Kesenian dalam kehidupan manusia ikut mendidik manusia dan masyarakat menjadi beradab, agar kehidupan manusia menjadi lebih harmonis. Seni menjadikan manusia berbudi luhur.

Sejarah telah mencatat akan prestasi-prestasi kesenian dalam peranannya membentuk sikap budi manusia.

Karya-karya seni pada zaman primitif merupakan alat-alat yamg mampu menimbulkan suasana magis dan misterius dalam pemujaan serta kehidupan pada waktu itu. Juga karya-karya kesenian klasik yang puitik heroik maupun karya-karya modern, kesemuanya memberi pengaruh yang besar dalam peradaban manusia.

Kesenian Sebagai Kebutuhan hidup

Dalam istilah lainnya dapat diartikan sebagai seni terpakai atau applied art , seni yang digunakan atau, dipakai atau yang lebih tepat sebagai seni terapan. Seni ini diterapkan pada sesuatu maksud atau benda, menurut kegunaannya tanpa melepaskan segi keindahannya.

Jadi disamping memiliki keindahan ujud, juga memiliki nilai kegunaan ujud. Misalnya jambangan-jambangan atau guci dari tiongkok kuno, ujud serta permukaannya dibentuk dan dihias demikian indah, tanpa menghilangkan fungsi jambangan itu. Manusia ingin melepaskan dan mencurahkan keinginan keindahan ke seluruh hidupnya.

Kesenian untuk Kebahagiaan Seni

Kesan untuk memberi inspirasi seni dan kebahagiaan seni, terutama kepada seniman. Ia mengerjakan seni karena disitu ada kebahagiaan yang merupakan kebutuhan, walaupun hasilnya nanti untuk dinikmati oleh para penonton.

Secara keseluruhan kesenian hanyalah ditujukan untuk kebahagiaan manusia, baik kebahagiaan manusia secara materi maupun spirituil. Kesenian diciptakan oleh manusia untuk melengkapi kebahagiaan manusia seluruhnya.

Ternyata seni mempunyai peranan dalam kehidupan manusia untuk memenuhi kebutuhan-kebutuhan hasrat mengungkapkan atau menyatakan perasaan pribadi mengenai aspek-aspek pokok kehidupan sehari-hari tentang kelahiran, cinta, perkawinan, iri hati, kematian dan lain-lainnya.

29

Page 30: konsep & pngertian seni visual

Disamping memenuhi kebutuhan dalam hubungan kegiatan sosial kita mengenai situasi politik, ekonomi, kepercayaan, menyatakan keinginan atau tujuan bersama, menyusun komunikasi antar individu, mempengaruhi situasi masyarakat dan lain-lainnya. Juga memenuhi kebutuhan fisik seperti gedung, alat pengangkutan, alat penyimpanan, bahan pembungkus.Jadi peranan seni dalam kehidupan manusia merupakan suatu cara atau usaha hasil budi manusia untuk mencapai tujuan, kebahagiaan atau kesejahteraan. Inilah kenyataan tentang suatu gejala aktivitas manusia yang dinamakan SENI.

 http://smk4-padang.sch.id/mod.php?

30

Page 31: konsep & pngertian seni visual

Isma'il Raji al-Faruqi (January 1, 1921 – May 27, 1986) was a Palestinian-American philosopher, widely recognised by his peers as an authority on Islam and comparative religion. He spent several years at Al-Azhar University in Cairo, then taught at several universities in North America, including McGill University in Montreal. He was Professor of Religion at Temple University, where he founded and chaired the Islamic Studies program. Dr. al-Faruqi was also the founder of the International Institute of Islamic Thought. He wrote over 100 articles for various scholarly journals and magazines in addition to 25 books, of the most notable being Christian Ethics: A Historical and Systematic Analysis of Its Dominant Ideas. He also established the Islamic Studies Group of the American Academy of Religion and chaired it for ten years. He served as the vice-president of the Inter-Religious Peace Colloqium, The Muslim-Jewish-Christian Conference and as the president of the American Islamic College in Chicago.

Al-Faruqi and his wife, Lois Lamya al-Faruqi, were stabbed to death in their home in Wyncote, Pennsylvania on May 27, 1986.

http://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_al-Faruqi

31

Page 32: konsep & pngertian seni visual

Ellis Paul Torrance (October 8, 1915 - July 12, 2003) was an American psychologist from Milledgeville, Georgia.

After completing his undergraduate degree at Mercer University, he went on to complete a Master's degree at the University of Minnesota, and then a doctorate from the University of Michigan. His teaching career spanned from 1957 to 1984, first at the University of Minnesota and then later the University of Georgia, where he became professor of Educational Psychology in 1966.

In 1984, the University of Georgia established the Torrance Center for Creativity and Talent Development.

Torrance is best known for his research in creativity. His major accomplishments include 1,871 publications:88 books; 256 parts of books or cooperative volumes; 408 journal articles; 538 reports, manuals, tests, etc.; 162 articles in popular journals or magazines; 355 conference papers; and 64 forewords or prefaces. He also created the Future Problem Solving Program International, the Incubation Curriculum Model, and the Torrance Tests of Creative Thinking.

http://en.wikipedia.org/wiki/Ellis_Paul_Torrance

32

Page 33: konsep & pngertian seni visual

REFLEKSIAlhamdulillah, akhirnya saya berjaya menyelesaikan tugasan ini.

Apa yang saya dapat rumuskan disini ialah saya dapat mengetahui lebih lanjut

tentang konsep dan pengertian seni visual, perbandingan beza antara pandangan

tokoh pendidik seni dan ahli falsafah tentang Pendidikan Seni Visual, peranan seni

visual terhadap persekitaran, psikologi dan sosiologi dan membentuk nota dan

pengurusan grafik seperti yang dikehendaki oleh soalan.

Hasil daripada kajian yang saya telah laksanakan, saya dapat memahami menambah ilmu pengetahuan saya mengenai pendidikan seni visual dan dunia seni tampak negara.

33

Page 34: konsep & pngertian seni visual

BIBLIOGRAFISUMBER DARIPADA BUKU RUJUKAN

En.Hasni bin Mat Hassan,2006, Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University

Malaysia(OUM)

Atan Long,(1982).Psikologi Pendidikan.Dewan Bahasa dan Pustakadan Kementerian

Pelajaran Malaysia,

Badrul Isa,(2006,Feb).Pendidikan Seni visual di muzium dan galeri seni.Dewan

Budaya.(m/s 28-31)

Mazlan Mohamad.(1996). Pendidikan Seni 1.Subang Jaya, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kumpulan Budiman.

Md.Nasir Ibrahim&Ibrahim Hassan (2003)Pendidikan seni untuk Maktab dan

Universiti

Md.Nasir Ibrahim,Prof.Madya Iberahim Hassan. Judul buku:Pendidikan Seni Untuk

Maktab dan Universiti (PTS,Al-Ghazali(Beg,M.A.J,1997) ,Al-

Faruqi(1991)Pengislaman Ilmu.k.l),Dewan Bahasa dan Pustaka, (m/s 91-123).

Croce B.(1978), Iberahim Hassan(2000)pendidikan seni(Matlamat dan

kepentinganya, kumpulan esei pilihan,pendidikan seni dan muzik.Tanjung

Malim:Fakulti Sains.,Ibnu khaldun(Estidotmy Utusan Malaysia,2002),Halimah

Hassan(1984),Bab 91 Nassir(Ghazali Darusalam,1998)

Mohd.Johari Abdul Hamid.Falsafah dan Kritikan Seni.

34

Page 35: konsep & pngertian seni visual

SUMBER INTERNET

http://en.wikipedia.org/wiki/Ismail_al-Faruqi

http://en.wikipedia.org/wiki/Ellis_Paul_Torrance

http://www.faculty.de.qcsu.edu/~cbader/Torrance .html

http://www.oum.edu.my.

http://seni-visual-stpm.blogspot.com

http://www.ship.edu/~cgboeree/rogers.html

35