konsep ekonomi berasaskan pengetahuan

Upload: mohd-hasifi-hartono

Post on 16-Jul-2015

198 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUANMOHAMAD SYAMSUL IZWAN BIN MD FAUZI JABATAN SAINS SOSIAL

Menurut Organisation for Economic Cooperation Development (OECD), ekonomi berasaskan pengetahuan ialah: Ekonomi yang secara langsung menggunakan pengetahuan dalam proses pengeluaran dan pengagihan.

Dalam konteks Malaysia, Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP3) (2000-2010) mendefinisikan: Ekonomi berasaskan pengetahuan bersandarkan kepada milikan, penggunaan, dan penyebaran pengetahuan dan perkara-perkara ini dianggap sebagai asas pertumbuhan ekonomi.

Ciri-ciri K-EKONOMIMenurut Noll (2000)

MODAL INTELEK:

Menjadikan idea dan pemikiran sebagai modal utama menggantikan tanah.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: Gabungan penyiaran, telekomunikasi dan multimedia mempunyai kesan pengganda ke atas ekonomi dan meningkatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan sekaligus memantapkan produktiviti.

GLOBALISASI: Persaingan menjadi sengit oleh itu firma perlu memperkasakan inovasi untuk bersaing.

EKONOMI MAKLUMAT: Mendorong perkembangan penyelidikan dan pembangunan dan mendorong individu menghasilkan, memindahkan dan menggunakan pengetahuan dengan mudah dan pantas.

Perbezaan P-Ekonomi dan K-Ekonomi

K-ekonomi beri tumpuan kepada pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi. K-ekonomi merangkumi perubahan kualitatitf dan kuantitatif yang mengubah cara ekonomi beroperasi. Seseorang perlu menggunakan intelektual, maklumat, budaya pembelajaran dan organisasi yang dapat bergerak pantas.

Firma dalam k-ekonomi lebih membuat pelaburan dalam modal manusia, penyelidikan dan pembangunan, serta perubahan teknik perniagaan melalui elektronik seperti e-dagang.

Maka k-ekonomi memerlukan modal manusia yang berpengetahuan dan sanggupmenimba pengetahuan secara berterusan bagi menigkatkan pengetahuan dan kemahiran baru.

Perubahan Modal Manusia

Pengeluaran tradisional menekankan kuantiti manusia sebagai faktor pengeluaran penting. Tetapi kini pengetahuan dan teknologi dianggap faktor pengeluaran penting.

Oleh itu, kesediaan pengetahuan dan kemajuan teknologi dalam negara bergantung pada kesediaan sumber manusia yang berkualiti atau memiliki modal yang tinggi.

Sesebuah negara perlu merancang pelaburan modal manusia bagi melahirkan modal manusia yang sesuai dengan tahap pembangunan negara. Maka infrastuktur pendidikan dan latihan perlu lebih responsif kepada perubahan pembangunan dan mampu mengeluarkan manusia yang sesuai dengan keperluan negara.

Sekian,terima kasih