konsep dan parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah...

20
Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016) Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan MOHD SALEHIN BIN SOPIAN 1 MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA 2 ABSTRAK Konsep ḍarūrah di dalam fiqh merupakan konsep yang sangat penting. Ia menjadi panduan dan hujah dalam banyak isu melibatkan situasi yang memerlukan perubahan hukum dengan tujuan mengangkat kesukaran dan memberikan kemudahan dalam kehidupan. Konsep ḍarūrah menjadi jalan keluar bagi seorang Muslim meneruskan kehidupan walaupun terpaksa menggunakan dan melakukan perkara yang diharamkan di dalam Islam. Konsep yang sangat penting ini menjadi antara pemangkin bagi pemeliharaan objektif dan maṣlahah sharʿiyyah yang teringgi iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, maruah/nasab dan harta. Para ulama dikalangan fuqahā dan uṣūliyyūn telah membincangkan dan membahaskan konsep ini dan telah menghasilkan kerangka konsep yang meliputi definisi ,parameter(ḍawābiṭ) dan syarat-syarat serta batasan bagi penggunaan dan pengaplikasian konsep ini agar ia selari dengan ruh sharīah. Namun, mereka mempunyai perbezaan dalam menentukan serta memperincikan konsep dan parameter ḍarūrah yang memberi kesan kepada perbezaan dalam penentuan hukum fiqh. Relevansi perbincangan konsep ini secara mendalam dapat ditanggap khususnya dalam situasi semasa melihat kepada perkembangan persekitaran dan kepesatan sains dan teknologi yang menumbuhkan banyak isu-isu penting yang memberi ruang kepada pengaplikasian konsep ini. Justeru kertas ini bertujuan menganalisis konsep ḍarūrah di dalam fiqh Islam, parameter atau syarat –syarat pengaplikasiannya dari spektrum fiqh yang ditandai dengan keluasan perbahasan ulama klasik serta kontemporari. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan. Manakala metod pengumpulan data menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data- data dan maklumat yang dikumpul kemudiannya dianalisis dengan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pendefinisian konsep ini oleh fuqaha klasik mahupun kontemporari. Ini membawa kepada perbezaan parameter yang diletakkan dalam menilai situasi itu sama ada ia boleh dianggap sebagai situasi ḍarurah ataupun tidak. Namun, titik pertemuan yang jelas dalam kerangka konsep ini ialah sesuatu itu dianggap sebagai situasi ḍarūrah apabila ia mengancam maslahah atau objektif yang ḍarūriy. Kata Kunci: al-arūrah, Parameter Syariah. Concept of necessity (ḍarūrah) in fiqh is a very important concept. It serves as a guide and arguments on many issues involving situations that require changes to the law with the aim of lifting the difficulties and provide convenience in life. Concept of necessity (ḍarūrah) became an outlet for a Muslim to live even have to use and do things that are forbidden in Islam. The concept is very important that this be the catalyst for the preservation of objectives and the highest maslahah Shar'iyyah which are the preservation of religion, life, intellect, dignity / 1 Pelajar Sarjana Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), [email protected] 2 Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), [email protected] u.my

Upload: hanhan

Post on 10-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN 1

MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA2

ABSTRAK

Konsep ḍarūrah di dalam fiqh merupakan konsep yang sangat penting. Ia menjadi panduan dan

hujah dalam banyak isu melibatkan situasi yang memerlukan perubahan hukum dengan tujuan

mengangkat kesukaran dan memberikan kemudahan dalam kehidupan. Konsep ḍarūrah

menjadi jalan keluar bagi seorang Muslim meneruskan kehidupan walaupun terpaksa

menggunakan dan melakukan perkara yang diharamkan di dalam Islam. Konsep yang sangat

penting ini menjadi antara pemangkin bagi pemeliharaan objektif dan maṣlahah sharʿiyyah

yang teringgi iaitu penjagaan agama, nyawa, akal, maruah/nasab dan harta. Para ulama

dikalangan fuqahā dan uṣūliyyūn telah membincangkan dan membahaskan konsep ini dan telah

menghasilkan kerangka konsep yang meliputi definisi ,parameter(ḍawābiṭ) dan syarat-syarat

serta batasan bagi penggunaan dan pengaplikasian konsep ini agar ia selari dengan ruh sharīah.

Namun, mereka mempunyai perbezaan dalam menentukan serta memperincikan konsep dan

parameter ḍarūrah yang memberi kesan kepada perbezaan dalam penentuan hukum fiqh.

Relevansi perbincangan konsep ini secara mendalam dapat ditanggap khususnya dalam situasi

semasa melihat kepada perkembangan persekitaran dan kepesatan sains dan teknologi yang

menumbuhkan banyak isu-isu penting yang memberi ruang kepada pengaplikasian konsep ini.

Justeru kertas ini bertujuan menganalisis konsep ḍarūrah di dalam fiqh Islam, parameter atau

syarat –syarat pengaplikasiannya dari spektrum fiqh yang ditandai dengan keluasan perbahasan

ulama klasik serta kontemporari. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dengan

pendekatan kajian berbentuk analisis kandungan. Manakala metod pengumpulan data

menggunakan pendekatan analisis dokumen. Data- data dan maklumat yang dikumpul

kemudiannya dianalisis dengan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian

menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pendefinisian konsep ini oleh

fuqaha klasik mahupun kontemporari. Ini membawa kepada perbezaan parameter yang

diletakkan dalam menilai situasi itu sama ada ia boleh dianggap sebagai situasi ḍarurah ataupun

tidak. Namun, titik pertemuan yang jelas dalam kerangka konsep ini ialah sesuatu itu dianggap

sebagai situasi ḍarūrah apabila ia mengancam maslahah atau objektif yang ḍarūriy.

Kata Kunci: al-Ḍarūrah, Parameter Syariah.

Concept of necessity (ḍarūrah) in fiqh is a very important concept. It serves as a guide and

arguments on many issues involving situations that require changes to the law with the aim of

lifting the difficulties and provide convenience in life. Concept of necessity (ḍarūrah) became

an outlet for a Muslim to live even have to use and do things that are forbidden in Islam. The

concept is very important that this be the catalyst for the preservation of objectives and the

highest maslahah Shar'iyyah which are the preservation of religion, life, intellect, dignity /

1 Pelajar Sarjana Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

[email protected] 2 Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

[email protected] u.my

Page 2: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

lineage and property. Among jurists and scholars (uṣūliyyūn )have been discussing and

debating this concept and has produced a conceptual framework that includes definitions,

parameters (ḍawābiṭ) and the rules and restrictions for the use and application of this concept

that it is in line with the spirit of Shariah. However, they differ in defining and detailing the

concept and its parameter that affects the differences in the laws (fiqh). The relevance of in

depth discussion about this concept can be perceived, especially in the current situation

looking at the environment and the rapid development of science and technology which gives

rise to a lot of important issues that give space to the application of this concept. Thus this

paper aims to analyze this concept in Islamic law (fiqh) and its application of the parameters

or conditions from the spectrum of fiqh which is characterized by a wide debate among the

classical and contemporary scholars. This study used a qualitative research study in the form

of content analysis approach. While the method of data collection used document analysis

approach. Data and information collected is then analyzed with descriptive and comparative

approach. The results showed that there were significant differences in the definition of this

concept by classical or contemporary jurists. This leads to differences in the parameters laid

down in assessing the situation, whether it be a situation of necessity (ḍarūrah) or not.

However, the clear meeting point within the framework of this concept is something is

considered to be the situation of necessity (ḍarūrah) when it’s threatened maslahah or the

highest objectives of syariah.

Pendahuluan

Ajaran atau syariat Islam sentiasa menjadikan unsur kemudahan )اليسروالتسهيل( dan menolak

kesukaran )رفع احلرج( sebagai asas dalam menentukan peraturan dan undang-undang bagi

memastikan perjalanan kehidupan manusia diurustadbir dengan baik dan sempurna. Prinsip

kemudahan dan menolak kesukaran menjadi teras penting dalam pensyariatan hukum dan

undang-undang Islam dan menjadi antara sifat yang utama bagi agama Islam. Prinsip ini

merupakan limpahan dan cerminan daripada sifat Allah s.w.t yang bersifat dengan pengasih

dan penyayang kepada manusia. Limpahan kasih sayang Allah s.w.t ini dapat dilihat dalam

pensyariatan Islam yang dibawa oleh Nabi s.a.w. yang sesuai dengan fitrah dan keadaan

manusia sebagai penerima arahan dan perintah Allah هللا خطاب) ). Manusia sebagai makhluk yang

penuh dengan kelemahan dan terhad keupayaannya sentiasa disantuni oleh syariat Islam

dengan penuh dengan kemudahan dan sentiasa mengelak kesukaran yang melampaui

kemunasabahan supaya manusia dapat menjalani dan menikmati kehidupan dengan

berpandukan dengan syariat Islam.

Imam al-Shāṭibī menyatakan bahawa dalil dan ayat Al-Quran yang menyatakan dan

menegaskan prinsip mengangkat kesukaran ini telah mencapai tahap yang pasti atau qaṭʿiyy (al-

Page 3: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

Shāṭibī 2005:2/93). Justeru, dapat disimpulkan di sini bahawa prinsip kemudahan dan

kesukaran sentiasa menjadi tunjang dan teras dalam pensyariatan hukum daan syariat Islam.

Al-Shāṭibī (2005: 2/104) sekali lagi menegaskan perkara ini ketika memerihalkan

tentang faktor yang menyebabkan Syariat Islam merupakan syariat yang sunyi daripada

kesukaran dan bebanan yang tidak munasabah. Terdapat dua sebab mengapa syariat Islam

dicirikan dengan kemudahan dan menolak kesukaran. Pertama, kekhuatiran berlakunya fasād

(kerosakan) ke atas mukallaf dalam aspek minda, harta dan keadaan. Kedua, kekhuatiran

berlakunya kecuaian dalam pelaksanaan syariat dalam suasana kehadiran sejumlah peraturan

dan syariat yang banyak yang perlu dilunaskan oleh seseorang Muslim yang mukallaf.

Para ulama telah membina di atas prinsip rafʿul ḥaraj dan menetapkan kemudahan di

dalam setiap peraturan dan syariat yang ditetapkan ke atas hambanya ini beberapa kaedah dan

prinsip. Para ulama juga telah membincangkan cabang-cabang permasalahan furūʿ di atas

prinsip ini. Antara lain, prinsip ini telah melahirkan konsep yang sangat penting iaitu konsep

ḍarūrah.(al-Suyūtī 1403 : 85)

Di samping prinsip rafʿul haraj dan kemudahan, konsep ḍarūrah juga dibina diatas

konsep penjagaan ḍarūriyyāt yang lima. Pemeliharaan lima ḍarūriyyāt iaitu penjagaan agama,

nyawa, akal, keturunan dan harta telah disepakati sebagai asas kepada objektif atau maqāṣid al-

sharīah. Di dalam proses pemeliharaan ini, jika ia terancam dan membawa kepada

kebarangkalian yang tinggi ia akan musnah, maka langkah pencegahan perlu di ambil

walaupun terpaksa melakukan sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Ketika inilah konsep

ḍarūrah hadir memberikan keluasan dan peluang kepada insan untuk mencari jalan keluar

dengan mengambil, menggunakan dan melakukan sesuatu yang diharamkan oleh syarak setelah

tidak mempunyai alternatif yang lain yang dibenarkan oleh syarak bagi memastikan ḍaruriyyat

yang lima tersebut terpelihara (Yasmin 2010: 80).

Justeru, konsep ini sangat signifikan dan penting dalam fiqh Islam kerana ia

memberikan alternatif bagi seorang Muslim mencapai maksud hidupnya dalam kerangka

maqasid al-shariah di samping menampilkan sifat dan ciri syariat Islam sebagai cara hidup

yang bersifat mudah, dekat dan mesra dengan tabiat persekitaran manusiawi yang terbuka

kepada kedinamikan dan perubahan. Lantas, para sarjana Islam, tidak mengesampingkan

konsep ini, bahkan ia dibincangkan dan dibahaskan supaya menjadi lebih tersusun dan

mempunyai kerangka kerjanya. Ini bagi mengelakkan ia dijadikan alasan yang mudah untuk

Page 4: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

meninggalkan syariat Islam atau menjadi hujah untuk melakukan sesuatu yang telah

diharamkan di dalam syariat Islam tanpa ada justifikasi yang sah. Oleh yang demikian, para

ulama telah memperincikan konsep ini dan meletakkan syarat-syarat dan parameter yang boleh

mengawal penggunannya serta menghalang ia daripada disalahgunakan.

Konsep dan definisi ḍarurāh

Ḍarūrah dari segi bahasa

Pengertian dari sudut bahasa terhadap terma atau konsep-konsep penting dalam syariat atau

fiqh adalah sangat penting. Ini kerana terdapat hubungan yang selari diantara pengertian

bahasa dengan pengertian teknikal atau istilah terhadap sesuatu konsep. Oleh yang demikian

para fuqaha akan mula menakrifkan sesuatu konsep atau terma dengan pengertian bahasa lalu

menghubungkannya dengan makna istilah atau teknikal.

Ḍarūrah dari segi bahasa berasal daripada ḍarar yang membawa maksud kecederaan

atau kemudaratan yang tidak boleh dielakkan (Ibn Manẓūr 1996: 46). Masyarakat Arab

memanggil orang yang kehilangan deria penglihatan sebagai ḍarīr disebabkan oleh kecederaan

dan kemudaratan yang jelas. Ḍarar juga ditakrifkan dari segi bahasa sebagai lawan kepada

manfaat. Oleh yang demikian, ubat yang pahit tidak dianggap ḍarar kerana ia mempunyai

manfaat. Ḍarūrah juga membawa erti keadaan yang sangat sukar (shiddat al-hāl). Manakala al-

iḍṭirār membawa maksud situasi atau keadaan yang sangat mendesak dan perlu kepada sesuatu

perkara atau didesak melakukan sesuatu perkara. Situasi ini membawa sesorang manusia bebas

untuk melakukan sesuatu yang diharamkan. Manakala perkataan atau kalimah muḍṭar

membawa maksud seseorang manusia yang cuba untuk menyingkirkan atau menghilangkan

kemudaratan dari dirinya atau seseorang yang berada dalam keadaan merasai kemudaratan. Ibn

al-ʿArabī (1967: 1/55) menyatakan muḍṭar ialah seseorang yang berasa khuatir berlakunya

kemudaratan atau kemusnahan (talaf) ke atas dirinya atau sebahagian anggota tubuhnya.

Sebahagian ahli bahasa terpengaruh dengan konsep Al-Quran berkaitan dengan ḍarūrah yang

membawa kepada penakrifan mereka secara terhad tentang konsep ini. Ibn Manẓūr (1996: 46)

sebagai contoh memberikan takrifan kepada muḍṭar sebagai seseorang yang terdesak untuk

memakan bangkai atau makanan yang diharamkan apabila ketiadaan makanan halal. Beliau

menjelaskan bahawa memakan makanan yang diharamkan adalah terhad dalam usaha untuk

Page 5: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

meneruskan kehidupan (mā yashudd al-ramāq) dan apabila tenaga telah terhasil maka

keharusan untuk memakan makanan yang haram itu terhenti.

Mansour al-Mutairi (1997: 8) menyimpulkan bahawa makna dan maksud ḍarūrah dari sudut

bahasa ialah:

i.Keperluan yang sangat mendesak terhadap sesuatu ( shiddat al-hājah)

ii.Situasi atau keadaan yang menolak atau mendesak seseorang melakukan sesuatu

(al-iljā’)

iii.Kemudaratan yang tinggi iaitu kecedaraan atau kerosakan.

Kesimpulannya, kalimah ḍarūrah dari segi bahasa Arab membawa maksud situasi

mencemaskan, mendesak dan memudaratkan yang dihadapi oleh seseorang. Keadaan ini

menyebabkan seseorang manusia terpaksa melakukan sesuatu bagi mengeluarkan dirinya

daripada terus berada di dalam situasi yang sangat memudaratkan dan mengancam ini. Para

fuqaha telah mengiktiraf situasi ini dan memperakuinya sebagai hujah yang sharʿī untuk

mengecualikan diri seseorang dari memberikan komitmen kepada hukum yang asal. Takrifan

dari sudut bahasa ini telah digunakan sebagai asas oleh para fuqaha untuk mengembangkan lagi

teori dan konsep ḍarūrah ini dan kesannya dalam fiqh Islam.

Definisi ḍarūrah oleh para fuqaha

Para sarjana hukum Islam telah memberikan definisi yang pelbagai tentang ḍarūrah dari sudut

istilah. Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah seperti berikut:

i. Al-Jaṣṣāṣ (1405:1/159), mendefinisikan ḍarūrah sebagai:

خوف الضرر على نفسه أو بعض أعضائه برتك األكل

Maksudnya: Kekhuatiran ditimpa kemudaratan ke atas diri atau sebahagian anggota badan

dengan sebab tidak makan

ii. Al-Hamawi ( 1405 :1/277) dan Al-Suyūṭī (1403:85) mengatakan ḍarūrah ialah

بلوغ املكلف حدا إن مل يتناول املمنوع هلك أو قارب

Page 6: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

Maksudnya: Seseorang mukallaf sampai pada had di mana jika dia tidak memakan sesuatu

yang haram akan mengakibatkan kebinasaan atau menghampirinya

iii. al-Dardīr (tt: 2/138). pula memberikan definisi ḍarūrah sebagai

اخلوف على النفس من اهلالك علما أو ظنا

Maksudnya: Kekhuatiran berlakunya kerosakan atau kemusnahan ke atas diri secara pasti atau

andaian.

Kebanyakan sarjana kontemporari memberikan kritikan terhadap takrifan konsep

ḍarūrah yang telah diberikan oleh para fuqaha klasik kerana definisi yang diberikan agak

sempit dan tidak menyeluruh (Mansor al-Mutairi 1997: 11). Ini dilihat pada takrif ḍarūrah yang

diberikan yang hanya terhad pada situasi yang mendesak di mana pemeliharaan nyawa perlu

dibuat dengan memakan makanan yang diharamkan. Namun begitu, jika dilihat kepada

perbincangan yang dibuat oleh para fuqaha klasik terhadap masalah-masalah fiqh, penggunaan

dan pengaplikasian konsep ḍarūrah telah diperluaskan melangkaui isu yang disebutkan di

dalam definisi yang mereka berikan antaranya ḍarūrah digunakan sebagai asas untuk

melakukan sesuatu yang diharamkan oleh syarak bagi tujuan memelihara agama, harta dan akal

bukan hanya terhad pada pemeliharaan nyawa atau kecederaan anggota badan.

Sebagai contoh, al-Zarkashī (1985:2/317) dalam menjelaskan tentang kaedah fiqh

yang terkenal iaitu الضرورة تبيح احملزورات telah memberikan contoh berkaitan dengan pengaplikasian

kaedah ini dari aspek pemeliharaan harta iaitu seseorang dibolehkan untuk mengambil harta

seseorang tanpa keizinannya di atas keengganannya untuk membayar balik hutang. Al-Zarkashī

telah meletakkan situasi ini dalam konsep ḍarūrah sedangkan ia tidak berbicara tentang

pemeliharaan nyawa atau tubuh badan serta ketiadaan makanan seperti yang dilihat pada

definisi ḍarūrah yang diberikan.

Al- Suyūtī (1403:86) dan Ibn Nujaym (1983: 90) dalam karya mereka juga membawa

contoh-contoh dari permasalahan fiqh yang tidak mencerminkan takrif ḍarūrah yang telah

mereka berikan. Mereka menyebutkan contoh di bawah kaedah ḍarūrah ialah memelihara harta

dan paksaan dalam menuturkan kalimah kufur sebagai contoh ḍarūrah diberikan keizinan

untuk melakukan sesuatu yang diharamkan.

Page 7: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

Di dalam al-Mabsūṭ, al-Sarakhsī (1320:16/42) menyatakan bahawa penyaksian oleh

seorang wanita diterima di dalam mahkamah dalam isu-isu yang kaum lelaki tidak boleh

melihatnya adalah berdasarkan kepada hujah ḍarūrah. Sekali lagi para fuqaha menggunakan

hujah ḍarūrah dalam isu-isu yang tidak berkait dengan pemeliharaan terhadap ancaman nyawa

seperti yang ditakrifkan dalam definsi ḍarūrah. Al-Buhūtī (tt:1/354) pula menyebutkan di dalam

bab pengkebumian bahawa dilarang untuk dikebumikan dua jenazah di dalam satu liang lahad

kecuali terdapat ḍarūrah seperti terdapat banyak jenazah yang perlu dikebumikan.

Contoh-contoh yang ditampilkan ini menggambarkan bahawa konsep ḍarūrah ini

diperluaskan penggunaannya oleh para fuqaha dalam kes-kes yang tidak hanya terhad pada

penjagaan atau pemeliharaan nyawa bahkan juga kepada isu-isu atau kes-kes yang berkait

dengan penjagaan ḍarūriyyāt yang lima serta isu yang berkait dengan hājah.

Seseorang mungkin membuat spekulasi tentang sebab dan alasan mengapa para fuqaha

menampilkan definisi ḍarūrah yang tidak seiring dengan contoh-contoh atau kes-kes di dalam

perkara cabang fiqh yang mereka bincangkan. Dalam hal ini Mansour al-Mutairi (1997: 13)

menyatakan bahawa antara sebab berlakunya perbezaan di antara definisi yang diberikan

dengan pengaplikasiannya berdasarkan kepada contoh yang diberikan ialah para fuqaha ketika

melalui ayat-ayat Al-Quran yang berkait dengan ḍarūrah, mereka cuba untuk memberikan

penafsiran dan penerangan bukan untuk memberikan penakrifan. Namun langkah ini membawa

mereka untuk dilihat memberikan penakrifan terhadap terma ḍarūrah yang terdapat di dalam

ayat-ayat yang berkenaan. Ini dibantu dengan fokus yang diberikan oleh kebanyakan ayat-ayat

berkenaan tentang ḍarūrah yang hanya terhad kepada keadaan kelaparan yang mendesak dan

berhajat kepada makanan.

Walau bagaiamanpun, di sebalik perbezaan yang berlaku dalam penakrifan fuqaha

klasik terhadap ḍarūrah dan keluasan penggunaannya dalam permasalahan fiqh, tumpuan

mereka apabila berbicara tentang konsep ḍarūrah ialah kebenaran yang diberikan oleh syarak

untuk meninggalkan hukum asal tertentu dalam situasi tertentu (ḍarūrah) kepada hukum lain

yang lebih meraikan suasana dan situasi ketika itu.

Dr Wahbah al-Zuhaylī mengesan kelompangan atau lacuna yang terdapat di dalam

definisi yang telah diberikan oleh para fuqaha klasik lantas beliau mencadangkan satu definisi

ḍarūrah yang lebih komprehensif dan inklusif (terangkum). Beliau menyatakan ḍarūrah ialah:

Page 8: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

هي أن تطرأ على اإلنسان حالة من اخلطر أو املشقة الشديدة حبيث خياف حدوث الضرر أو أذى ابلنفس أو

ابلعضو أو ابلعرض أو ابلعقل أو ابملال وتوابعها ، ويتعني أو يباح عندئذ ارتكاب احلرام ، أو ترك الواجب أو أتخريه

عن وقته دفعا للضرر عنه غالب ظنه ضمن قيود الشرع.

"….suatu keadaan bahaya atau kesulitan yang berlebihan yang secara tiba-tiba menimpa

manusia. Dengan keadaan tersebut ia merasa takut terjadi bahaya atau kerugian yang dapat

mengancam jiwa, anggota tubuh, kehormatan, akal, harta benda atau sejenisnya, dalam keadaan

tersebut diperbolehkan melakukan perbuatan yang haram, atau meninggalkan perbuatan yang

wajib, atau mengakhirkan kewajiban dari waktunya dengan tujuan untuk menolak kemudaratan

berdasarkan dugannya yang paling kuat dan sesuai dengan batasan-batasan syarak”.(al-Zuhaylī

1997: 68)

Sheikh Mustafa al-Zarqa (1968:2/997) menyatakan ḍarūrah ialah situasi atau keadaan

di mana jika ia tidak dipenuhi akan membawa kepada bahaya atau kemudaratan yang sebenar

seperti paksaan untuk menuturkan kalimah kufur dan kelaparan akibat ketiadaan makanan.

Jamil Mubarak (1988:28) pula mencadangkan definisi ḍarūrah seperti berikut:

“It is a fear of death or of severe injury to one of the five fundamentals of oneself or of others if

one did not repel what would certainly or very probably cause death or injury”

Maksudnya: ketakutan dan kekhuatiran berlakunya kematian atau kecedaraan yang serius

terhadap satu daripada lima ḍarūriyyāt yang perlu dipelihara oleh seseorang ataupun orang lain

dimana jika dia tidak mengatasinya akan membawa kepada sesuatu yang pasti atau

kebarangkalian kematian atau kecedaraan.

Mansour (1997:15) menjelaskan bahawa daripada takrifan dan definisi yang diberikan

oleh para fuqaha dan sarjana, terdapat elemen-elemen asas yang perlu dimasukkan di dalam

definisi bagi menggambarkan takrifan ḍarūrah yang menyeluruh. Elemen-elemen tersebut

ialah:

i. Situasi yang mesti wujud ialah situasi yang mendesak atau memaksa seseorang

melakukan sesuatu yang diharamkan

Page 9: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

ii. Ketakutan yang murni terhadap berlakunya kematian atau kecederaan yang serius

jika masih kekal dalam situasi tersebut

iii. Kemudaratan atau kecedaraan yang berlaku akan mengancam salah satu daripada

lima ḍarūriyyāt (al-ḍarūriyyāt al-khams)

iv. Melakukan perkara yang diharamkan merupakan satu-satunya cara untuk keluar

daripada situasi tersebut.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada sejumlah definisi yang dinyatakan,

memperlihatkan bahawa para fuqaha semasa telah memperluaskan takrif dan definisi

ḍarūrah dalam dua aspek:

i. Kekhuatiran terhadap kematian tidak satu-satunya situasi yang boleh dianggap

ḍarūrah. Keadaan ḍarūrah juga berlaku dalam situasi kekhutiran berlakunya

ancaman kemudaratan atau kecedaraan kepada satu daripada al-ḍarūriyyāt al-khams

ii. Situasi ḍarūrah juga bukan hanya disebabkan oleh kelaparan tetapi ia juga boleh

disebabkan oleh paksaan (ikrāh), aggression (ṣiyāl) dan lain-lain lagi.

Ḍawābiṭ (Parameter) al-Ḍarūrah

Konsep ḍarūrah merupakan konsep yang berbentuk teori yang subjektif dan terbuka kepada

penafsiran yang pelbagai kerana ia didasarkan kepada nas-nas syarie yang bersifat ẓannī serta

kaedah fiqhiyyah yang yang bersifat umum. Antara kesan penggunaan konsep ini ialah

perubahan hukum asal yang bersifat larangan (haram) kepada hukum alternatif yang bersifat

keharusan. Justeru anjakan perubahan hukum yang sangat signifikan ini merupakan suatu

perkara yang serius dan perlu diberikan penekanan dan pengawalan yang ketat agar ia tidak

berakhir dengan kecuaian dalam berhukum dengan hukum syarak. Justeru para fuqaha

khususnya fuqaha semasa membincangkan dan meletakkan kawalan terhadap pengaplikasian

konsep ḍarūrah ini agar ia bertepatan dengan ruh syariah dan tidak bertentangan dengan kaedah

umum dan tujuaan Syariah. Kawalan dalam pengaplikasian konsep ini diletakkan dalam bentuk

ḍawābiṭ atau parameter atau juga disebut syarat-syarat sesuatu keadaan atau situasi itu samada

ia boleh dikategorikan sebagai ḍarūrah atau tidak.

Page 10: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

Definisi ḍawābiṭ

Ḍawābiṭ (ضوابط) merupakan kalimah bahasa Arab yang jamak daripada kata mufrad ḍābiṭ ( (

iaitu dari segi bahasa bermaksud (ضبط ) Ia berasal daripada perkataan dasar ḍabaṭa . ضابط

menjaga atau memelihara ( حفظ ). Ia juga membawa maksud al-Itqān atau al-Ihkām atau teliti

dan tepat.

Manakala ḍabiṭ dari segi istilah terdapat beberapa maksud dan makna berdasarkan

kepada penafsiran yang diberikan oleh para ulama. Antara makna istilah bagi ḍabiṭ ialah:

i. حكم كلي ينطبق على جزئيات . Maksudnya: Peraturan atau hukum yang bersifat kullī atau

umum yang diimplementasikan kepada perkara-perkara juzī. (Al-Tahānawī tt :

2/887). Berdasarkan kepada pentakrifan ini ḍawabiṭ adalah sama maksudnya dengan

al-qāʿidah ( القاعدة) seperti yang dinyatakan oleh al-Fayumī (1926: 700) . Sesetengah

ulama membezakan di antara qāʿidah dan ḍābit di mana kaedah mengumpulkan

hukum – hukum yang furū` daripada pelbagai bab fiqh manakala ḍābiṭ

mengumpulkan hukum-hukum yang furū` daripada satu bab fiqh sahaja.

ii. تعريف الشيء . Maksudnya takrif kepada sesuatu contohnya ketika mentakrifkan maksud

ʿaṣabah :

: Maksudnya .( Ibn Subkī 1991: 2/304 ) ضابط العصبة : كل ذكر ليس بينه وبين الميت انثى

Pengertian ʿaṣabah ialah setiap waris lelaki yang tidak wujud diantaranya dengan si

mati waris perermpuan

iii. المعيار الذي يكون عالمة على تحقق المعنى من الماني في شيء. Maksudnya ukuran atau standard

yang menjadi petanda terhasilnya makna sesuatu (Muhammad Uthmān Shubayr

2007: 21). Berdasarkan kepada takrif ini, ukuran atau standard juga boleh disebut

ḍābiṭ atau ia juga boleh disebut parameter kerana parameter berkait dengan

pengukuran dan standard.

iv. الشروط واالسباب المتعلقة بامرمن االمور . Berdasarkan kepada takrif ini, ḍābiṭ juga boleh

disifatkan sebagai syarat atau sebab bagi sesuatu perkara.( Muhammad Uthman

Shubayr 2007 : 22)

Page 11: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

Manakala parameter ialah perkataan yang berasal dari Bahasa Inggeris yang membawa

maksud secara umum ialah ciri-ciri, had, batasan syarat-syarat atau garis panduan yang

membantu mendefinisikan dan memberi ruang lingkup kepada sesuatu konsep atau perkara.

Wikipedia telah mendefinisikan parameter seperti berikut:

“A parameter (from the Ancient Greek παρά, "para", meaning "beside, subsidiary" and

μέτρον, "metron", meaning "measure"), in its common meaning, is a characteristic,

feature, or measurable factor that can help in defining a particular system. A parameter

is an important element to consider in evaluation or comprehension of an event,

project, or situation.” (http://en.wikipedia.org/wiki/Parameter)

Berdasarkan kepada takrifan yang diberikan di atas, perbincangan berkaitan dengan

ḍawābiṭ merupakan perbahasan yang berkait dengan hukum atau peraturan umum yang

mendasari sesuatu perkara. Ia juga berkait dengan memberikan definisi yang memaknakan

sesuatu perkara serta diberikan ukuran, standard, parameter untuk menjadikan ia sah atau valid.

Justeru, sekiranya ia tidak menepati ukuran atau parameter yang ditetapkan ia tidak boleh

dimasukkan dan dikategorikan di dalam konsep atau makna tersebut.

Sebelum diterangkan dengan lebih mendalam perlu diketahui bahawa, berdasarkan

kepada pemerhatian yang dilakukan, para fuqaha klasik tidak menyenaraikan atau meletakkan

parameter atau ḍawabiṭ ḍarūrah secara tersusun untuk diaplikasikan, namun mereka

memperlihatkan kawalan terhadap pengaplikasian ḍarūrah secara tersirat apabila mereka

membahaskan dan membincangkan sesuatu isu fiqh yang menggunakan konsep ḍarūrah secara

terasing. Sebaliknya usaha untuk menyenaraikan secara tersusun dan komprehensif parameter

atau ḍawābiṭ ini dilakukan oleh para fuqaha kontemporari melalui tinjauan yang mendalam

terhadap masalah-masalah fiqh yang bersifat furūʿ dan kaedah –kaedah fiqh untuk dijadikan

asas dan garis panduan dalam menyusun parameter yang bersifat menyeluruh. Dalam hal ini

Yasmin Hanani (2010: 110) menyatakan:

Even though the preconditions of ḍarūrah were listed comprehensively by modern Muslim

writers, one has to acknowledge that these efforts had already been made by previous scholars

in the early classical fiqh works in which they have treated the cases individually. It might be

Page 12: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

speculated that modern scholars deduced the guidelines from these various fiqh cases and from

works on legal maxims as their basic guidelines in their attempt to develop the study of

ḍarūrah.

Parameter 1

Sesuatu situasi itu boleh dianggap sebagai ḍarūrah apabila ia wujud secara yakin atau sangkaan

yang berat (ghalabah al-ẓann) ia berlaku. Kewujudan situasi tersebut diyakini atau dengan

sangkaan yang berat terhasil apabila kekhuatiran berlakunya kerosakan atau kemusnahan atau

kehilangan nyawa atau harta jika berterusan dalam situasi tersebut. Sangkaan yang dibuat itu

mestilah berdasarkan kepada hasil pengalaman atau eksperimen yang berlaku.

Situasi ḍarūrah juga dinilai kewujudannya oleh seseorang itu apabila wujudnya secara

pasti bahaya yang hakiki yang akan menimpa salah satu daripada lima ḍarūriyyāt yang sentiasa

dipelihara oleh Islam iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta. Maka pada ketika itu,

diharuskan untuk melakukan sesuatu yang diharamkan atau mengambil hukum pengecualian

daripada hukum asal bagi tujuan mengelakkan kerosakan atau bahaya yang akan menimpa

salah satu daripada lima ḍarūriyyāt tersebut. Kebenaran dan keizinan syarak pada waktu

wujudnya situasi ḍarūrah ini bukan sahaja setakat melakukan perkara yang haram bahkan juga

membawa kepada tahap menghasilkan mudarat kepada orang lain (al-Zuhaylī 1997: 69). Dalam

hal ini, kaedah fiqh menyebutkan:

اذا تعارض مفسداتن روعي اعظمهما ضررا ابرتكاب اخفهما

“Apabila bertembung dua mafsadah maka diraikan mafsadah yang lebih besar dengan

melakukan mafsadah yang lebih kecil”

Maka apabila kekhuatiran dan ketakutan seperti ini tidak wujud secara hakiki maka tidak

dibolehkan seseorang itu untuk melakukan perkara yang diharamkan oleh syarak atau

meninggalkan perkara yang diwajibkan.

Fuqaha mensyaratkan adanya kepastian atau keyakinan atau sangkaan yang berat

terhadap kewujudan situasi ḍarūrah itu dan tidak hanya berdasarkan kepada sangkaan atau

andaian semata-mata berdasarkan kepada keadaan atau tabiat syariat Islam yang memberikan

taklif hukum di atas keyakinan dan sangkaan yang berat (ghalabah al-ẓann) bukan berdasarkan

kepada andaian-andaian dan ketidakpastian yang samar-samar.( Ibn al-Qayyim 1973: 3/279).

Page 13: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

Sebagai contoh, penggunaan ubat yang mengandungi unsure –unsur haram bagi mencegah dan

merawaqt penyakit yang boleh membawa maut. Keyakinan terhadap risiko penyeakit tersebut

telah dibuktikan dengan kajian pakar perubatan dan ubat tersebut mampu mencegah dan

merawat penyakit tersebut. Maka dalam situasi ini seseorang Muslim dibolehkan untuk

menggunakan ubat tersebut di atas hujah ḍarūrah. Justeru, ḍawābiṭ yang pertama ialah

kewujudan situasi ḍarūrah secara yakin atau sangkaan yang berat bukan di atas andaian atau

ketidakpastian.

Parameter 2

Situasi ḍarūrah yang wujud mengakibatkan seseorang itu tidak mempunyai jalan lain untuk

keluar daripadanya kecuali dengan melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Islam. Keadaan

atau situasi yang dianggap termasuk di dalam situasi ḍarūrah ialah apabila tidak wujud perkara

yang diharuskan untuk dilakukan atau digunakan untuk menolak kemudaratan kecuali dengan

hanya melakukan sesuatu yang diharamkan. Justeru apabila seseorang berada dalam situasi

yang mendesak dan masih lagi berupaya untuk menolak kemudaratan melalui penggunaan dan

perlakuan yang diharuskan, maka ia tidak boleh dianggap berada dalam situasi ḍarūrah dan

tidak berlaku pengecualian terhadap hukum yang asal (al-Jīzānī 1427: 15). Perkara ini selari

dengan definisi ḍarūrah yang diberikan oleh para fuqaha iaitu situasi yang mendesak dan

mengundang kemudaratan yang mana jika tidak mempunyai jalan keluar daripada situasi ini

melalui kesemua pekara yang harus kecuali melalui jalan yang diharamkan oleh syarak.

Sebagai contoh yang mudah, mereka yang berada di dalam situasi kelapar yang boleh meragut

nyawa, tidak mempunyai pilihan makanan selain yang diharamkan oleh Syariat , maka pada

ketika ini pilihan yang haram tersebut adalah diharuskan.

Parameter ini juga dapat dilihat dalam beberapa kaedah fiqhiyyah yang berkaitan

antaranya:

امليسور ال يسقط ابملعسور

“Perkara yang mudah tidak gugur disebabkan oleh perkara yang sukar.”

Antara makna kaedah ini ialah kesukaran yang terhasil tidak menggugurkan kewajiban untuk

melakukan perkara yang mampu untuk dilakukan pada kadarnya.

Page 14: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

Kaedah yang lain ialah اذا ضاق االمر اتسع واذا اتسع ضاق . Maksudnya : Jika sesuatu urusan

menjadi sempit, ia mendapat keluasan dan jika urusan menjadi luas ia disempitkan.

Dalam kaedah ini, ruang diberikan oleh syarak jika berlaku kesempitan. Kesukaran dan

kemudaratan yang timbul memberi ruang untuk mengambil perkara-perkara yang diharamkan

jika tidak mempunyai jalan lain untuk menghilangkannya.

Parameter 3

Sesuatu keadaan atau situasi itu juga dikategorikan sebagai ḍarūrah apabila wujud perkara yang

harus dan haram pada masa yang sama namun berlaku paksaan dan diancam untuk terhadap

nyawa atau kecederaan anggota badan jika tidak mengambil atau melakukan perkara yang

diharamkan. Sebagai contoh seseorang itu dipaksa memakan bangkai dengan diancam dengan

kemudaratan atas nyawa dan kecedaraan anggota badan jika tidak memakannya dan dalam

masa yang sama terdapat makanan yang halal dihadapannya (al-Zuhaylī 1997: 69)

Parameter 4

Seseorang yang berada di dalam situasi ḍarūrah tidak boleh melakukan perkara –perkara yang

bercanggah dan berlawanan dengan prinsip-prinsip asas syariah untuk keluar daripada situasi

tersebut. Antara prinsip-prinsip asas syariah yang tidak boleh dikompromi ketika berhadapan

dengan situasi ini ialah pemeliharaan hak-hak orang lain, penegakan prinsip keadilan,

penunaian amanah, penolakan mudarat dan pemeliharaan prinsip dan perkara-perkara usul

aqidah Islam. Sebagai contoh tidak diharusan untuk berzina, membunuh orang lain, merampas

harta orang lain dengan tujuan untuk mengelak situasi ḍarūrah. Termasuk di dalam pengertian

parameter ini juga ialah tidak boleh menjadikan jalan keluar daripada situasi ḍarūrah ini dengan

melakukan kemudaratan yang lain. Kemudaratan yang timbul daripada situasi ḍarūrah ini tidak

boleh dihilangkan dengan kemudaratan yang sama kesannya atau yang lebih besar sebaliknya

kemudaratan itu dihilangkan dengan sesuatu yang lebih ringan dengannya.

Berdasarkan parameter ini, dapat difahami bahawa situasi ḍarūrah merupakan situasi di

mana dihilangkan kemudaratan dengan mudarat yang lain. Pada asasnya ia merupakan isu yang

berkait dengan pertembungan di antara mafsadah-mafsadah ( تعارض املفاسد ). Ini membawa

kepada asas yang lain di mana syariah dibina di atas menolak mafsadah ( kerosakan) atau دفع

Page 15: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

semaksimum mungkin namun ia mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu dalam املفاسد

proses untuk menolak kerosakan atau menghilangkan mudarat ia tidak boleh berakhir dengan

menimbulkan mudarat atau kerosakan lain yang lebih besar atau setara. Justeru, menghilangkan

mudarat atau mafsadah dengan mafsadah yang setara tidak membawa kepada apa-apa makna

kerana kemudaratan yang setara masih kekal dan berbaki. Proses ini tidak mencapai tujuan

yang dikehendaki iaitu keluar daripada situasi ḍarūrah tanpa membawa kepada situasi ḍarūrah

yang sama atau lebih besar. Ia seolah-olah menghasilkan sesuatu natijah yang sama atau حتصيل

.احلاصل

Manakala proses menolak kerosakan dan menghilangkan mudarat dengan melakukan

sesuatu yang mengundang mudarat atau kerosakan yang lebih besar merupakan perlakuan yang

dianggap menarik dan mengundang keroskan (جلب املفاسد) sedangkan matlamat yang hendak

dicapai daripada pengaplikasian konsep ḍarūrah ini ialah menghilangkan mudarat atau

kerosakan bukan mengekalkan atau menambah mudarat dan kerosakan (al-Suyutī 1403: 86)

Dalam hal ini, Ibn Rajab (tt: 246) menyatakan:

يها لواقلهما ضررا الن الزايدة ال ضرورة ا جتمع للمضطر حمرمان كل منهما ال يباح بدون الضرورة وجب تقدمي اخفهما مفسدةااذا

فال يباح

“Jika berhimpun pada seseorang yang berada di dalam situasi ḍarūrah dua perkara yang haram

di mana kedua-duanya adalah diharamkan kecuali dalam situasi ḍarūrah, wajib seseorang itu

mendahulukan perkara haram yang lebih ringan kerosakan dan lebih kecil kemudaratan kerana

pertambahan bagi perkara yang tiada ḍarūrah adalah tidak dibenarkan.”

Al- Suyūtī (1403:93) ketika membincangkan tentang kaedah الضرورات تبيح احملظورات telah

memberikan penambahan syarat iaitu عدم نقصاهنا عنها yang bemaksud mudarat yang yang

terdapat pada perkara ḍarūrah itu lebih besar daripada mudarat yang terdapat pada perkara

haram yang diharuskan pada situasi tersebut. Perkara ini dijelaskan sendiri oleh al – Suyūtī

(1403: 93) ketika menghuraikan tentang syarat ini:

Page 16: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

ن حرمته اعظم يف نظر الشرع من مهجة وقولنا بشرط عدم نقصاهنا عنها ليخرج ما لو كان امليت نبيا فانه ال حيل اكله للمضطر لأ

مهجة املكرهاملضطر وما لو اكره على القتل او الزان فال يباح واحد منهما ابالكراه ملا فيهما من املفسدة اليت تقابل حفظ

“Dan perkataan kami iaitu dengan syarat mudarat yang terdapat pada situasi darurah tidak

kurang daripada mudarat yang terdapat pada perkara yang diharamkan membawa maksud

sebagai contoh seseorang yang berada di dalam situasi darurah tidak harus baginya memakan

jasad seorang Nabi kerana keharaman merosakkan jasad seorang Nabi adalah lebih besar dan

mudarat daripada situasi darurah yang dihadapi oleh seseorang yang berada dalam kebuluran.

Begitu juga seseorang yang dipaksa dan diancam bunuh untuk melakukan zina dan

pembunuhan, maka tidak diharuskan kedua-dua perbuatan ini atas alasan paksaan (darurah)

kerana kedua-duanya mempunyai mafsadah yang sama seperti mana yang terdapat pada

seseorang yang dipaksa.”

Parameter 5

Situasi ḍarūrah perlu diukur dengan kadarnya iaitu tidak boleh melebihi kadar yang sepatutnya

apabila mengambil dan mengaplikasikan konsep ini. Kadar pengambilan dan pelakuan perkara

yang diharamkan untuk menghilangkan perkara yang memudaratkan akibat situasi ḍarūrah itu

mestilah pada kadar yang lazim atau pada ukuran yang boleh menghilangkan mudarat atau

keluar dari situasi ḍarūrah tersebut tanpa berlebih-lebihan. Parameter ini didasarkan pada

firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 173.

Para mufassirūn ketika menjelaskan makna ayat tersebut menyatakan bahawa:

احلاحة والعادي هو اكلها مع وجود غريها الباغي هو اكل امليتة فوق (Ibn al-ʿArabī 1967: 1/55)

“al-Baghi ialah seseorang yang memakan bangkai melebihi keperluan yang sepatutnya dan al-

adi ialah seseorang yang memakan bangkai dan dalam masa yang sama wujud perkara lain

yang diharuskan.”

Parameter ini juga mengisyaratkan bahawa pengaplikasian situasi ḍarūrah ini hanya

terhad dan terikat pada masa ḍarūrah ini wujud sahaja iaitu pada ketika wujudnya mudarat yang

lahir daripada situasi ḍarūrah tersebut. Hukum ḍarūrah merupakan hukum alternatif yang wujud

pada ketika ḍarūrah bagi menggantikan hukum yang asal. Justeru apabila hilangnya situasi

Page 17: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

ḍarūrah atau hilangnya mudarat yang melingkungi situasi tersebut maka ia kembali kepada

hukum asal dan tidak harus lagi beramal dengan hukum ḍarūrah atau hukum alternatif.

Hal ini berdasarkan kepada kaedah yang menyatakan ما جاز لعذر بطل بزواله ( apa yang

diharuskan kearan keuzuran akan terbatal apabila hilangnya uzur tersebut ). Sebagai contoh

aplikasi terhadap perkara ini seperti mana yang dinyatakan dalam kes tayammum. Seseorang

yang bertayamum kerana ketiadaan air akan terbatal tayammum tersebut apabila dia bertemu

dengan air yang boleh digunakan untuk berwuduk. Seseorang yang bertayamum kerana sakit

atau keuzuran daripada menggunakan air, akan terbatal tayammumnya apabila telah sembuh

daripada sakit tersebut. Begitu juga seseorang yang bertayamum kerana kesejukan yang

melampau, akan hilang keuzuran ini apabila cuaca sejuk tersebut telah hilang.

Parameter 6

Situasi ḍarūrah yang menyentuh kemaslahatan umum mestilah dipastikan ia wujud oleh badan

autoriti di peringkat Negara iaitu wali atau hakim. Individu yang tidak mempunyai kekuasaan

yang diperturunkan oleh Negara seperti hakim atau mufti maka ia tidak boleh menilai dan

memberikan kata muktamad terhadap situasi tersebut. Al-Zuhaylī (1997:70) menyatakan

ان يتحقق ويل االمر يف حال الضرورة العامة من وجود ظلم فاحش او ضرر واضح او حرج شديد او منفعة عامة حبيث تتعرض

الدولة للخطر

“Seseorang wali al-Amr (pemerintah) mesti memastikan wujud situasi darurah yang umum

seperti wujud kezaliman yang buruk atau kemudaratan yang jelas atau kesukaran yang

bersangatan atau manfaat umum di mana Negara terdedah kepada bahaya dan kerosakan.”

Parameter ini memberikan kekangan dan limitasi kepada badan yang mempunyai

kelayakan dan autoriti di dalam memuktamadkan sesuatu keadaan itu termasuk dalam situasi

ḍarūrah ataupun tidak. Ini bagi mengelakkan kecuaian atau berlebihan dalam memberikan

hukum dalam perkara ḍarūrah dan seterusnya menempatkan sesuatu perkara hukum itu pada

tempat yang selayaknya.

Dalam hal berkait dengan maslahah umum atau negara, pihak yang paling berkelayakan

untuk menentukan sesuatu situasi itu termasuk dalam perkara ḍarūrah ataupun tidak ialah

pemerintah ataupun walī al-amri. Ini termasuk pakar-pakar di dalam sesuatu bidang yang

Page 18: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

berkait dalam situasi tersebut serta ulama atau fuqaha yang membantu dalam menilai situasi

tersebut. Dalam parameter ini, pihak berkuasa fatwa dibantu pakar- pakar bidang berkaitan

merupakan badan yang selayaknya menjalankan tugas tersebut.

Parameter 7

Dalam situasi ḍarūrah yang melibatkan perubatan atau kesihatan, pakar yang menilai sama ada

situasi tersebut termasuk atau pun tidak dalam situasi ḍarūrah, disyaratkan pakar tersebut

bersifat dengan sifat adil, boleh dipercayai dari sudut ilmu dan agamanya. Ini bagi

mengelakkan penilaian terhadap sesuatu situasi itu dipengaruhi dengan sesuatu kepentingan

dunia. Dalam hal ini al-Zuhaylī ( 1997 : 69) menyatakan:

ضرورة الدواء طبيب عدل ثقة يف دينه و علمهان يصف احملرم يف حال

“Mestilah sesorang doktor yang menilai suatu yang haram (untuk digunakan dalam situasi

darurah) adalah doktor yang dipercayai dan adil dari sudut agama dan ilmunya “

Kesimpulan

Konsep ḍarūrah di dalam fiqh mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ia

merupakan manifestasi terhadap prinsip keluasan dan rahmat Islam kepada umatnya. Tanpa

konsep ini, amat sukar untuk manusia melalui kehidupan dengan berteraskan kepada kepatuhan

kepada ajaran Islam. Melalui perbincangan dan penelitian terhadap pandangan dan perbahasan

para ulama terhadap konsep ḍarūrah, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Antaranya konsep ini

mempunyai pentakrifan yang pelbagai dan rencam yang diutarakan oleh para ulama. Namun,

kita dapat mengesan titik pertemuan di antara takrif ini yang memfokuskan kepada sesuatu

situasi yang amat mendesak yang memerlukan kepada tindakan dan pengambilan sesuatu yang

diharamkan bagi mengelak mudarat yang lebih besar. Terdapat jurang di antara pentakrifan

yang diberikan oleh ulama klasik dan ulama semasa, namun apabila diperincikan kepada

contoh yang diberikan oleh para ulama klasik terhadap konsep ḍarūrah, jurang tersebut dapat

dipertemukan.

Para ulama klasik tidak menyusun parameter atau ḍawābiṭ ḍarūrah secara eksplisit

tetapi ḍawābiṭ ini disusun secara teratur oleh ulama kontemporari berdasarkan kepada

pemerhatian yang dibuat terhadap prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah fiqh yang telah tersedia

serta pengaplikasian konsep ini oleh para ulama klasik di dalam karya dan ijtihad fiqh mereka.

Page 19: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

e-ISSN : 2289 8042 VOL 3 BIL 1 (JUN 2016)

Justeru, ḍawābiṭ yang ditampilkan selari dan selaras dengan ijtihad para ulama terdahulu

walaupun ia ditangani secara tersusun oleh para ulama semasa atau kontemporari.

Rujukan

ʿAbd al-Raḥmān bin Abī Bakr al-Ṣuyūṭī.1403H. al-Ashbāh wa al-Naẓāir.Beirut: Dār al-Kutub

al-ʿIlmiyyah.

Aḥmad bin ʿAli al- Rāziy al-Jaṣṣāṣ Abū Bakr.1405H. Aḥkām al-Qurān, V Jilid. Beirut: Dār al-

Iḥyā al-Turāts al-ʿArabī

al-Buhūtī, Manṣūr b. Yūnis b. Idrīs. tt. Sharah Muntahā al-Irādāt. Saudi Arabia: al-Madinah

al-Munawarah.

al-Dardir, Abu al-Barakāt Aḥmad b. Muḥammad. 1974. al-Sharḥ al- Ṣaghīr. Egypt: Cairo

al-Fayūmī, Ahmad. 1926. Al-Miṣbāḥ al-Munīr. Qahīrah: al-Maṭbaʿah al-amīriyah.

al-Ḥamāwi, Aḥmad b. Muḥammad al-Hanafī. 1405. Ghamz `Uyūn al-baṣāir sharh Kitāb al-

Ashbāh wan Nazāir, Ist edn. Lebanon: Beirut.

Ibn al-ʿArabī, Muḥammad Ibn ʿAbd Allah. 1967. Aḥkām al-Qur’ān. Cairo: ʿĪsā al-

Bābi al-ḥalabī

Ibn Manzūr, Muḥammad Ibn Mukarram. 1996. Lisān al-ʿArab. Beirut: Dār al-Ihyā’

al-Turāth al-ʿArabī, Muassasat al-Turāth al-Arabī.

Ibn Nujaym, Zayn al-Din b. Ibrāhim al-Hanafī: al-Ashbāh wa a1-Nazā'ir. 1983. ed. by

Muhammad b. Muti' al-Hāfiz, Sirya: Damascus.

Ibn al-Qayyim. 1973. ʿIlām al- Muwaqqʿiīn. Beirūt: Dār al-Jayl.

Jamīl Muḥammad Mubārak. 1408H. Naẓariyyat al-ḍarūrah al-shar`iyyah ḥudūduhā wa

ḍawābiṭuhā. Kaherah: Dār al-wafā.

Mansour Z. Al-Mutairi. 1997. Necessity in Islamic Law. Tesis Phd University Of Edinburgh

Muhammad bin al-Husayn al-Jīzanī. 1427H. Ḥaqīqah al-ḍarūrah al-sharʿiyyah. Majllah al-

buhūth al-fiqhiyyah al-muʿāṣarah. al-Madīnah al-munawwarah.

Muhammad ʿUthmān Shubayr. 2007. Al-Qawā`id al-Kulliyyah wa al-ḍawābiṭ al-fiqhiyyah fi

al-sharīʿah al-islamiyyah. Amman : Dār al-nafais.

Page 20: Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al Ḍarūrah …journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4b/4_020-Sollehin.pdfKonsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

Konsep dan Parameter (Ḍawābiṭ) al-Ḍarūrah Dalam Fiqh: Satu Tinjauan

MOHD SALEHIN BIN SOPIAN & MOHAMMAD ZAINI BIN YAHAYA

Safian, Y. H. M. 2010. Necessity (al-Ḍarūrah) in Islamic Law: A Study with Special

Reference to the Harm Reduction Programme in Malaysia. Tesis PhD University of

Exeter.

al-Sarakhsī, Abū Bakr Muhammad b. Ahmad b. Abi Sahl. 1320. al- mabsūṭ. Ist edn. Egypt.

al-Shāṭibī, Abū Isḥāq Ibrāhīm bin Mūsā. 2005. Al-Muwāfaqāt fī uṣūl al-sharīʿah. Beirut: Dār

al-Kutub al-ʿilmiyyah.

al-Subkī, ʿAbdul Wahāb. 1991. Al-Ashbāh wa al-naẓāir. Beirut: Dār al-Kutub al-ʿilmiyyah.

al-Tahānawī, Muḥammad. Tt. Kashāf Iṣṭilaḥāt al-funūn. Beirūt: Dār ṣādir

al-Zarkashī, Badr al-Din Muḥammad bin Bahādur bin ʿAbdullah al-Shāfī. 1985. Al-Manthūr fī

al-Qawāʿid al-Fiqhiyyah. Kuwait: Wizārat al-Awqāf al-Kuwaitiyyah.

al-Zarqā', Mustafa b. Ahmad. 1968. al-Madkhal al-Fiqhī al-`Āmm ,10th edn. Damascus.

al-Zuhaylī, Wahbah. 1997. al-Naẓariyyah al-ḍarūrah al-Sharʿiyyah Muqāranah Maʿa al-

Qānūn al- Waḍʿī. Beirut: Muassasat al-Risālah

.