konflik pemisah di selatan thailand

38
Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu dan Transformasi Oleh Che Mohd Aziz bin Yaacob Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Abstrak Kemunculannya kembali konflik di Selatan Thailand pada Januari 2004 dilihat semakin rumit dengan pelbagai isu yang saling berkait. Keadaan ini menjadi cabaran besar buat kerajaan Thailand untuk mencari jalan penyelesaian. Isu konflik yang pada awalnya melibatkan tuntutan kemerdekaan (akibat penjajahan kerajaan Siam ke atas negeri Patani) oleh Orang Melayu Islam Patani (OMIP) seterusnya berkembang menimbulkan isu-isu lain. Antara isu-isunya ialah ketidakadilan kerajaan Thailand ke atas sejarah, identiti, budaya, ekonomi, dan hak asasi manusia OMIP yang majoritinya tinggal di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala. Ketidakadilan wujud apabila kerajaan Thailand menafikan tuntutan kemerdekaan tersebut dengan melaksanakan dasar- dasar yang berbentuk asimilasi dan diskriminasi ke atas OMIP. Sebagai tindakbalas, OMIP melalui pertubuhan-pertubuhan gerakan pemisah meneruskan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri. Dalam pendekatan transformasi konflik, kemunculan isu-isu ini bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan kerana transformasi yang berlaku dalam konflik ini berbentuk negatif. Hal ini kerana isu tuntutan kemerdekaan merupakan sesuatu tidak sukar diselesaikan kerana ia melibatkan wilayah dan ia boleh dicapai melalui kompromi. Namun, apabila bertukar kepada isu-isu yang berbentuk nilai-nilai hidup seperti sejarah, identiti, dan budaya akan menyebabkan kesukaran untuk menyelesaikannya kerana tidak mungkin mencapai kompromi. Oleh itu, penulisan ini secara umumnya akan membincangkan tentang transformasi isu yang berlaku terhadap konflik di Selatan Thailand. Penumpuan menjurus kepada faktor-faktor dan transisi perubahan isu-isu ini dan impaknya terhadap masyarakat lokal hari ini. Bagi memperkemaskan perbincangan, ditimbulkan persoalan bagaimanakah isu-isu ini menjadikan konflik semakin rumit dan berpanjangan? Jawapan kepada persoalan ini akan dianalisa berdasarkan pendekatan transformasi konflik yang menjurus kepada lima elemen transformasi yang saling berkait, antaranya, transformasi kontek, struktur, isu, aktor dan personal. Isi-isi penting: Konflik Selatan Thailand, dasar-dasar, transformasi isu dan gerakan pemisah. 1

Upload: ellyca-paul

Post on 01-Dec-2015

180 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

konflik pemisah di thailand

TRANSCRIPT

Page 1: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu dan Transformasi

Oleh Che Mohd Aziz bin YaacobUnit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian

Pusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia

Abstrak

Kemunculannya kembali konflik di Selatan Thailand pada Januari 2004 dilihat semakin rumit dengan pelbagai isu yang saling berkait. Keadaan ini menjadi cabaran besar buat kerajaan Thailand untuk mencari jalan penyelesaian. Isu konflik yang pada awalnya melibatkan tuntutan kemerdekaan (akibat penjajahan kerajaan Siam ke atas negeri Patani) oleh Orang Melayu Islam Patani (OMIP) seterusnya berkembang menimbulkan isu-isu lain. Antara isu-isunya ialah ketidakadilan kerajaan Thailand ke atas sejarah, identiti, budaya, ekonomi, dan hak asasi manusia OMIP yang majoritinya tinggal di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala. Ketidakadilan wujud apabila kerajaan Thailand menafikan tuntutan kemerdekaan tersebut dengan melaksanakan dasar-dasar yang berbentuk asimilasi dan diskriminasi ke atas OMIP. Sebagai tindakbalas, OMIP melalui pertubuhan-pertubuhan gerakan pemisah meneruskan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri. Dalam pendekatan transformasi konflik, kemunculan isu-isu ini bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan kerana transformasi yang berlaku dalam konflik ini berbentuk negatif. Hal ini kerana isu tuntutan kemerdekaan merupakan sesuatu tidak sukar diselesaikan kerana ia melibatkan wilayah dan ia boleh dicapai melalui kompromi. Namun, apabila bertukar kepada isu-isu yang berbentuk nilai-nilai hidup seperti sejarah, identiti, dan budaya akan menyebabkan kesukaran untuk menyelesaikannya kerana tidak mungkin mencapai kompromi. Oleh itu, penulisan ini secara umumnya akan membincangkan tentang transformasi isu yang berlaku terhadap konflik di Selatan Thailand. Penumpuan menjurus kepada faktor-faktor dan transisi perubahan isu-isu ini dan impaknya terhadap masyarakat lokal hari ini. Bagi memperkemaskan perbincangan, ditimbulkan persoalan bagaimanakah isu-isu ini menjadikan konflik semakin rumit dan berpanjangan? Jawapan kepada persoalan ini akan dianalisa berdasarkan pendekatan transformasi konflik yang menjurus kepada lima elemen transformasi yang saling berkait, antaranya, transformasi kontek, struktur, isu, aktor dan personal.

Isi-isi penting: Konflik Selatan Thailand, dasar-dasar, transformasi isu dan gerakan pemisah.

1

Page 2: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Isi Kandungan

Muka Surat

Abstrak

1. Pengenalan 3

2. Latar Belakang

2.1. Sejarah Konflik 4

2.2. Komposisi Penduduk 7

2.3. Insiden dan Peristiwa 9

3. Kerangka Teoritikal dan Pembolehubah

3.1. Definisi Transformasi Konflik 13

3.2. Lima Elemen dalam Transformasi konflik 13

4. Dasar dan Pendekatan Kerajaan Thailand

4.1. Rathaniyom: Dasar Sosio-budaya Nasionalisme Siam dan

Buddha

17

4.2. Intergrasi nasional dan sekolah Pondok 17

4.3. Peraturan 66/23; Akta Penghapusan Pengaruh Komunis dan

Gerakan Pemisah

19

4.4. Pendekatan Kekerasan Thaksin Shinawatra tahun 2004 – 2006 20

4.5. Pengurusan Krisis Jeneral Surayud Chulanond 21

5. Isu-isu konflik dan Kebangkitan Gerakan Pemisah; Kemerdekaan

/ Politik, Sejarah, Identiti dan Budaya

22

6. Konflik di Selatan Thailand: Satu penganalisaan terhadap isu-isu

konflik dan dasar-dasar kerajaan Thailand

25

7. Kesimpulan 30

Senarai Rujukan 32

2

Page 3: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

1. Pengenalan

Pergolakan di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala di Selatan Thailand masih dibelenggu

dengan aktiviti keganasan. Kejadian seperti pengeboman, tembak curi, pembakaran sekolah,

penculikan, sabotaj dan lain-lain lagi, antaranya boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari.

Menurut Nik Abdul Ghani, pensyarah di Prince of Songkhla Universiti, kampus Pattani

menyatakan keadaan ini sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan penduduk di tiga

wilayah, beliau sendiri tidak berasa hairan tentang hal ini tetapi akan berasa hairan sekiranya

tiada kematian dalam satu-satu hari1. Aktiviti keganasaan ini dapat digambarkan melalui statistik

kematian dan kecederaan antara Januari 2004 hingga Januari 2010 yang dikeluarkan oleh Dr.

Srisompob Jitpiromsri menunjukkan 4,100 kematian dan 6,509 cedera daripaa 9,446 insident.

Daripada jumlah kematian tersebut, seramai 2,417 orang muslim dan 1,559 orang Thai-Buddha2.

Walaupun begitu, usaha untuk mengurangkan angka keganasan masih menjadi

keutamaan kerajaan Thailand. Bermula dengan pengisytiharan darurat ketenteraan oleh Thaksin

Shinawatra pada 5 Januari 2004, tiga wilayah ini telah menerima kehadiran ribuan pasukan

keselamatan bagi mengawal keadaan konflik, menjaga keselamatan orang awam dan menangkap

individu-individu yang disyaki terlibat menimbulkan huru-hara. Thaksin melalui institusi

Southern Provinces Administration Commitee (SPAC) yang ditubuhkan pernah meluluskan

seramai 40,000 anggota tentera untuk dihantar ke tiga wilayah pada tahun 20053. Manakala pada

Mac, 2010 Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva turut meluluskan kemasukan tentera ke tiga

wilayah seramai 4,000 anggota4. Kehadiran pasukan keselamatan dalam jumlah yang ramai ini

walau bagaimanapun tidak berjaya mengatasi pergolakan yang timbul, malahan konflik dilihat

semakin meruncing. Justeru, timbul persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh pasukan

keselamatan ini yang mana adakah mereka benar-benar menjaga keamanan dan keselamatan di

tiga wilayah. Penulisan ini tidak membincangkan tentang kelemahan pasukan keselamatan dalam

1 Temubual dengan Nik Abdul Ghani Nik Hashim, Pensyarah Prince of Songhkla University, Kampus Pattani pada 8 September 2006. Bertempat di penginapan pensyarah, Patani. Thailand. Respoden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan.2 Jitpiromsri, S. (2010) Sixth year of the Southern Five: Dynamics of Insurgency and Formation of the New Imagined Violence. [Online].[Akses: 2 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/7303 Yaacob, C, M, A. (2009) Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. MA Tesis. Universiti Sains Malaysia. H. 193.4 An interview on the ongoing southern conflict with Abhisit & Thavorn.(2009).[Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/371

3

Page 4: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

menjaga keamanan di tiga wilayah tetapi lebih kepada isu-isu dan punca-punca konflik yang

masih belum diselesaikan. Konflik tetap akan berlaku selagi isu-isu tidak diselesaikan walaupun

pasukan keselamatan dihantar dalam jumlah yang banyak. Justeru, konflik di Selatan Thailand

yang dilihat semakin meruncing pada hari ini mempunyai kaitan dengan isu-isu konflik yang

belum mendapat perhatian sepenuhnya oleh kerajaan Thailand. Kebanyakan pendekatan yang

digunakan oleh kerajaan Thailand adalah lebih kepada menyekat dan menekan konflik supaya

tidak timbul dipermukaan. Walau bagaimanapun konflik tetap juga timbul kerana hak-hak OMIP

yang menjadi isu kepada konflik masih belum diselesaikan. Penulisan akan membincangkan

tentang peranan isu-isu yang menyebabkan konflik ini berterusan. Sebagai permulaan, penulisan

akan membincangkan sepintas lalu tentang latar belakang konflik yang meliputi sejarah,

komposisi penduduk serta diselitkan beberapa peristiwa utama yang berlaku sekitar tahun 2004

hingga 2010. Selain itu, turut dibincangkan tentang kerangka teori dan pembolehubah dalam

bidang konflik dan perdamaian yang dirasakan sesuai untuk menganalisis elemen-elemen yang

terdapat dalam konflik ini. Elemen-elemen yang penitng dalam penulisan ini adalah menyentuh

tentang dasar-dasar kerajaan Thailand yang menimbulkan isu-isu baru dalam konflik.

Penganalisaan akan dibuat berpandukan transformasi isu akibat daripada dasar-dasar kerajaan

Thailand yang bersifat menyekat dan menekan OMIP.

2. Latar Belakang

2.1. Sejarah Konflik

Konflik bermula pada tahun 1786 apabila kerajaan Siam berjaya menakluki kerajaan

Kesultanan Melayu Patani melalui siri peperangan. Penaklukan telah mengubah struktur

pemerintahan dan geografi negeri Patani apabila kerajaan Siam melaksanakan dasar ‘Pecah dan

Perintah’. Negeri Patani telah dipecahkan kepada 7 wilayah5 dan setiap satunya dilantik raja-raja

‘boneka’ yang bertujuan untuk melemahkan kekuasaan orang Melayu6. Disamping itu ia

bertujuan untuk membentuk proses decentralization atau pemusatan kuasa akibat tekanan

daripada kuasa Eropah yang berlumba-lumba mencari kawasan dijajah di Asia Tenggara.

Kebimbangan ini semakin ketara apabila Perancis berjaya menakluki wilayah di Timur Sungai

5 Antara wilayah yang dipecahkan terdiri daripada Patani, Nong Chik, Reman, Jalur, Legeh, Jering dan Jambu.6 Syukri, I. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. H. 81.

4

Page 5: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Mekong di bahagian selatan7. Begitu juga dengan kerajaan British yang aktif untuk menguasai

wilayah Timur Laut Burma, Selatan China dan negeri-negeri di Tanah Melayu Utara sehingga ke

Segenting Kra8. Chulalongkorn selaku raja Siam ketika itu membentuk dasar Thesaphiban bagi

merealisasikan pemusatan kuasa ke atas negeri Patani. Tahun 1897 kerajaan Siam melalui

Menteri Dalam Negeri telah mengeluarkan Akta Pentadbiran Daerah yang dikenali sebagai

Phraratchabanyat Laksana Pakkhrong Thongti. Dua tahun kemudiaan akta ini diperkemaskan

lagi dengan memperkenalkan Peraturan Mengenai Pentadbiran Wilayah yang dikenali sebagai

Kho Bangkhap Pokkhrong Huamung9. Kedua-dua akta ini secara umumnya bertujuan

memecahkan negeri Patani kepada wilayah-wilayah dan memperalihkan kuasa pemerintahan

raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai kerajaan Siam. Peralihan ini telah membawa kepada

penentangan raja-raja Melayu terhadap kerajaan Siam apabila mereka mulai sedar akan kuasa

mereka semakin berkurang ke atas negeri Patani. Kemuncak persengketaan pada tahun 1902

apabila Tengku Abdul Kadir selaku raja di wilayah Patani telah ditangkap dan dilucutkan

jawatan sebagai raja Melayu di Patani. Begitu juga dengan raja-raja Melayu di wilayah-wilayah

lain yang turut menerima nasib yang sama. Maka, bermula dari sini tamatlah sistem

pemerintahan raja-raja Melayu di Patani.

Peristiwa penangkapan dan perlucutan jawatan raja-raja Melayu ini tidak hilang begitu

sahaja malahan ia diperjuangkan oleh OMIP. Jika sebelum ini ia diperjuangkan oleh golongan

aristokrat tetapi kali ini perjuangan melibatkan golongan agama dan pemimpin-pemimpin

tempatan. Penentangan mereka dilihat menggunakan pelbagai strategi termasuk mendapatkan

pengaruh dan kepercayaan daripada kerajaan British di Tanah Melayu untuk menekan kerajaan

Siam. Namun usaha mereka ternyata meleset apabila British mengadakan Perjanjian Bangkok

atau ‘Anglo Siamese-Treaty’ dengan kerajaan Siam pada tahun 190910. Perjanjian pengesahan

sempadan ini memberi kebebasan kepada kerajaan Siam untuk melakukan apa sahaja ke atas

7 Pitsuwan, S. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. H. 29.8 Nik Mahmud, N.A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 – 1954. (Versi Jawi). Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. H. 28.9 Ibid,. H. 29.10 Perjanjian ini adalah untuk menentukan tanah jajahan masing-masing khususnya negeri-negeri yang dikuasai oleh kerajaan Siam sebelum ini. Hasil daripada perjanjian ini, negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu telah diserah kepada kerajaan British manakala negeri Patani diserahkan kepada kerajaan Siam.

5

Page 6: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

negeri Patani tanpa campurtangan British. Bermula dari ini, kerajaan Siam mula menyentuh soal-

soal budaya, identiti dan pendidikan dalam kehidupan OMIP11.

Dasar yang menyentuh soal identiti dan budaya OMIP yang paling terkemuka adalah

dasar Rathaniyom yang diperkenalkan oleh Phibul Songkhram pada tahun 1938. Dasar ini

membawa maksud hanya ciri-ciri kebudayaan Siam sahaja dibenarkan berkembang di Thailand12.

Sekali lagi OMIP terpaksa berhadapan dengan dasar yang menindaskan kelompok mereka di

mana dipaksa meninggalkan identiti Melayu-Islam dan mengamalkan identiti Thai-Buddha.

Sebagai tindak balas terhadap dasar tersebut, Haji Sulong bin Abdul Kadir seorang ulama

terkenal di Patani telah menubuhkan al-Hai’ah al-Tanfiziah li al-Ahkam al-Shar’iyyah atau

Lembaga Perlaksana Hukum Syariah pada tahun 1939. Pertubuhan ini bertujuan untuk

mengumpul para ulama di Patani dan bekerjasama mengadakan aktviti untuk mempertahankan

kesucian agama Islam. Antara usaha yang dilaksana ialah mengemukan 7 tuntutan13 untuk

mengembalikan keamanan di negeri Patani.

Perjuangan Haji Sulong dan rakan-rakannya untuk membebaskan OMIP daripada

asimilasi Thai-Buddha ini turut mendapat bantuan daripada orang-orang Patani yang tinggal di

Tanah Melayu. Tengku Mahmud Mohyideen merupakan anakanda kepada Tengku Abdul Kadir

Kamaruddin, raja Patani terakhir mengetuai penduduk Patani di Tanah Melayu mempengaruhi

kerajaan British untuk menyatukan negeri Patani dengan Tanah Melayu. Di pihak British,

11 Dari sudut agama, kerajaan Thailand telah menukar undang-undang syariah yang diamalkan sebelum ini kepada sistem sekular. Manakala pengamalan Adat Istiadat Melayu tidak dibenarkan dalam kehidupan seharian. Akibatnya, kes-kes yang berkaitan dengan syariah seperti nikah-cerai dan pewarisan harta pusaka akan dibicarakan di mahkamah sivil dan diadili oleh hakim yang berbangsa Thai-Buddha. Keadaan ini telah menyekat semua fungsi agama Islam dalam kehidupan OMIP. Golongan raja Melayu yang menjadi penaung kepada agama Islam telah dihapuskan, manakala masjid dan institusi keagamaan juga telah ditarik kuasa. Begitu juga dengan sekolah-sekolah pondok di mana kurikulum telah diubahsuai dengan memasukkan bahasa Thai sebagai bahasa pengantar dan memasukkan tenaga pengajar yang berbangsa Thai.12 Fathy, A. (1994) Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darussalam. H. 80.13 Menurut Nik Anuar Nik Mahmood, antara tuntutan yang dikemukakan oleh Haji Sulong ialah pertama, Perlantikan seorang individu sebagai wakil kerajaan Siam yang berkuasa penuh untuk mentadbir ke empat-empat wilayah tersebut, Patani, Yala, Narathiwat dan Satun, dan mempunyai kuasa memecat, menggantung atau mengganti pegawai-pegawai kerajaan. Individu ini hendaklah dilahirkan di salah satu daripada ke empat-empat buah wilayah tersebut dan perlantikannya hendaklah dengan persetujuan para penduduk di wilayah-wilayah tersebut. Kedua, lapan puluh peratus daripada pegawai kerajaan yang akan berkhidmat di wilayah-wilayah tersebut mestilah beragama Islam. Ketiga, bahasa Melayu dan bahasa Siam hendaklah dijadikan sebagai bahasa rasmi. Keempat, bahasa Melayu hendaklah dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah. Kelima, undang-undang Islam hendaklah diiktiraf dan dikuatkuasakan di Mahkamah Syariah. Keenam, kesemua hasil dan pendapatan yang diperolehi daripada ke empat-empat buah wilayah itu hendaklah digunakan di wilayah berkenaan. Ketujuh, pembentukan sebuha badan yang mempunyai kuasa penuh untuk mengurus kesemua hal-ehwal orang Islam yang berada di bawah tanggungjawab Ketua Negeri.

6

Page 7: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

permintaan OMIP ini tidak mendapat sambutan kerana British dilihat lebih mementingkan

hubungan dengan kerajaan Siam. Ekoran daripada itu, British bertindak membantu Siam dengan

menghapuskan pergerakan-pergerakan di Tanah Melayu termasuk Gabungan Melayu Patani

Raya (GEMPAR)14 yang bertujuan untuk membantu OMIP. Manakala Tengku Mahmud

Mohyideen diarah tidak terlibat dengan segala kegiatan untuk pemisahan Patani15. Bantuan pihak

British ini telah melemahkan perjuangan OMIP dan memberi ruang kepada kerajaan Siam untuk

bertindak menekan pemimpin-pemimpin Melayu. Ramai pemimpin Melayu yang dikatakan

hilang dan dibunuh secara sulit termasuk Haji Sulong dan Tengku Mahmud Mohyideen. Ekoran

daripada itu, pergolakan di Patani dapat dikawal oleh kerajaan Siam dan reda dengan aktiviti-

aktiviti pemberontakan.

Namun, menjelang akhir 1960 dan awal 1970 pergolakan di Patani muncul kembali.

Pergolakan ini diketuai oleh kumpulan-kumpulan gerakan pemisah yang mendapat aspirasi akan

kemerdekaan Malaya pada 1957 dan menyambung wasiat perjuangan pemimpin-pemimpin

terdahulu16. Kebanyakan pemimpin gerakan pemisah ini terdiri daripada individu-individu yang

mendapat pendidikan tinggi dari dalam dan luar negara. Mereka menjadikan senjata dan

keganasan sebagai wadah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan ke atas negeri Patani.

Perjuangan mereka masih lagi aktif sehingga ke hari ini dan dipercayai bahawa kejadian

pembunuhan dan pembakaran tempat-tempat awam adalah perbuatan gerakan pemisah dan juga

pihak berkuasa yang dilihat masing-masing memainkan strategi dalam konflik kali ini.

2.2. Komposisi Penduduk

Berdasar data yang dikeluarkan oleh Patani Malays Human Rights Organization

(PMHRO), populasi penduduk di wilayah Patani, Narathiwat, Yala dan Satun bagi tahun 2005

seramai 2.23 juta orang. Bagi wilayah Patani, penduduknya seramai 685,000 manakala Melayu

muslim seramai 552,000 orang (81%). Wilayah Narathiwat, penduduknya seramai 754,000

manakala penduduk Melayu muslim seramai 603,000 orang (82%). Manakala wilayah Yala,

14 GEMPAR ditubuhkan pada Mac 1948 di Kota Bharu, Kelantan oleh orang-orang Patani yang tinggal di Tanah Melayu. Penubuhannya bertujuan untuk menyatukan wilayah Patani, Yala, Narathiwat dan Satun menjadi Negara Melayu Islam. Kedua membentuk pemerintahan sesuai dengan kehendak dan pendirian kebangsaan Melayu, adat resam Melayu dan agama Islam. Ketiga, meningkatkan taraf kehidupan orang Melayu Patani supaya mendapat hak, keadilan, kebebasan dan pendidikan. 15 Ibid,. H. 103.16 A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam, Hizbi. H. 318.

7

Page 8: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

penduduknya seramai 493,000 dan Melayu muslim seramai 339,000 orang (68%). Manakala

wilayah Satun penduduknya seramai 303,000 orang, manakala penduduk Melayu muslim

seramai 205,000 orang (68%)17. Dari sudut geografi, keluasan empat wilayah ini ialah 13,732

kilometer persegi dan berkedudukan garis lintang 5’35’ hingga 6’55’ utara18. Dari segi bahasa,

OMIP boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan pertuturan. Kumpulan pertama mereka yang

bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani dan menggunakan tulisan jawi atau arab. Kumpulan

kedua, mereka yang bertutur dalam bahasa Thai serta menulis dan membaca dalam bahasa Thai.

Mereka ini kebanyakannya generai muda yang terhasil daripada proses asimilasi kerajaan

Thailand. Manakala kumpulan ketiga mereka yang bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani

tetapi tidak menggunakan tulisan jawi untuk menulis dan membaca. Dari segi pendidikan,

mereka diwajibkan mengikut sistem pendidikan nasional yang berteraskan budaya Thai dan

agama Buddha19. Anak-anak OMIP di peringkat pra-sekolah dibenarkan mendapat pendidikan

berteraskan budaya Melayu dan agama Islam. Namun setelah menjejaki ke peringkat sekolah

rendah hingga ke universiti, mereka mesti mengikuti skim pembelajaran yang ditentukan oleh

kerajaan Thailand. Bagi mengimbangi pembelajaran budaya Thai dan Melayu, terdapat sekolah-

sekolah swasta milik persendirian yang ditubuhkan oleh OMIP seperti sekolah agama rakyat dan

‘pondok’. Kurikulum yang diajar lebih menjurus kepada ilmu agama Islam dan sedikit tentang

budaya dan bahasa Melayu. Walaupun begitu, mereka diwajibkan mengajar bahasa dan budaya

Thai sebagai prasyarat untuk mendapat kelulusan menubuhkan institusi pendidikan. Dari segi

budaya, mereka mengamalkan budaya Melayu yang berteraskan agama Islam. Kebanyakan seni

budaya seperti pakaian, permainan tradisional, hiburan, kraftangan dan lain-lain adalah sama

seperti mana yang diamalkan oleh orang Melayu di Malaysia.

Dari sudut ekonomi, wilayah Patani, Yala dan Narathiwat berada tahap sederhana.

Berdasar laporan United Nations Development Program Thailand (UNDP) pada tahun 2007,

pendapatan purata isu rumah sebulan bagi wilayah Patani ialah RM 1,169.40, manakala 20.7%

penduduknya berpendapatan di bawah RM81.80. Bagi wilayah Yala pendapatan purata bulanan

isi rumah ialah RM 1,188.00 dan 37% penduduknya berpendapatan di bawah RM84.50 sebulan.

17 Rujukan melalui laman web Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO). [Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman web: http://www.pmhro.net/?S=Geograph18 Mahmood, S.S. (1990) De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines, Quezon City 1101. H.118.19 Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO),. Op.cit.

8

Page 9: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Manakala wilayah Narathiwat, pendapatan purata ialah RM 921.40 dan 46% berada di bawah

pendapatan RM80.8 sebulan20. Pendapatan yang diperolehi ini melalui sektor-sektor pekerjaan

tertentu. Antaranya, 50% masih lagi bergantung dalam sektor pertanian, bagi mereka yang tidak

bekerja dalam sektor pertanian, kebanyakannya menumpukan kepada sektor lain seperti 15.4%

sektor komersial, 15.1% sektor perkhidmatan dan 9.1% sektor industri kraftangan21. Manakala

sektor perindustrian ianya tidak majoriti kerana tiada pembangunan dalam sektor tersebut di tiga

wilayah. Dalam sektor pertanian, pecahan pekerjaan penduduk adalah merangkumi dalam

penanaman padi, getah, kelapa sawit, buah-buahan, sayur-sayuran dan nelayan. Manakala dalam

sektor komersial, kebanyakan penduduk menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan

memasarkan hasil tanaman, makanan ringan pakaian ke Malaysia dan juga kawasan setempat.

2.3. Insiden dan Peristiwa

Insiden yang berlaku di tiga wilayah ini seperti mana yang dinyatakan sebelum ini terdiri

daripada pelbagai bentuk serangan, kejadian dan peristiwa. Insiden ini boleh dikatakan

membawa kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Menurut Deep South Wacth,

jumlah insiden yang berlaku di tiga wilayah antara tahun 2004 hingga 2010 adalah seperti

berikut.

20 Thailand Human Development Report 2007: Sufficiency Economy and Human Development. (2007) [Online].[Akses: 6 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.undp.or.th/download/NHDR2007bookENG.pdf21 Makishima, M. (2008)., op.cit.

9

Page 10: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

(Sumber: Srisompob, J. (2010) Deep South Wacth, http://www.deepsouthwatch.org)

Melihat kepada diagram tersebut, tahun 2004 hingga 2005 menunjukkan berlaku peningkatan

insiden. Keadaan ini menunjukkan konflik semakin memuncak dan mengakibatkan ramai

kematian. Menurut Asst. Prof. Dr. Worawit Baru, Director of Institute of Southeast Asian

Maritime States Studies, Prince of Songhkla University, Pattani menyatakan bahawa antara tahun

tersebut merupakan masa dirancang oleh gerakan pemisah untuk bertindak. Menurut beliau lagi

tahun 2004 merupakan era kebangkitan gerakan pemisah yang selama ini berlatih dan menyusun

strategi untuk melawan kerajaan Thailand22. Tambahan pula, pendekatan kerajaan Thailand

khususnya Thaksin Shinawatra yang menggunakan pendekatan kekerasan sehingga

menimbulkan keadaan yang rumit untuk diselesaikan.

Di sini akan dibincangkan insiden-insiden utama antara tahun 2004 hingga 2010 yang

melibatkan jumlah kematian yang ramai dan mendapat perhatian pihak luar. Tahun 2004

merupakan detik permulaan konflik terbaru apabila pada 4 Januari 2004 berlaku penyerangan ke

atas Kem Tentera di Kg. Pileng, Daerah Pecah Airong dalam wilayah Narathiwat oleh

sekumpulan militan yang tidak dikenali. Dalam serangan tersebut, empat anggota tentera telah

22 Temubual dijalankan sebelum beliau dipilih menjadi Senator bagi negara Thailand. Temubual dijalankan pada 9 Ogos 2006 bertempat di Prince of Songhkla University sempena penulis melaksanakan kerja lapangan untuk menyiap tesis sarjana yang bertajuk Konflik Pemisah di Selatan Thailand; Isu, Aktor dan Penyelesaian.

10

Page 11: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

terbunuh dan 366 laras senjata jenis M16, 24 laras Gun, 7 laras RPG (M79) dan 2 laras M60

telah di rompak. Dalam masa yang sama 18 buah sekolah dalam 10 daerah di Narathiwat turut

dibakar23. Sebelum memasuki Kem tersebut, kumpulan ini bertindak menabur paku-paku di

setiap jalan keluar masuk serta menebang pokok-pokok supaya dapat menyekat daripada pihak

berkuasa. Menurut kepercayaan kerajaan Thailand melalui ucapan General Thammarat Israkul

Na Ayuthaya, ini merupakan tindakan kumpulan gerakan pemisah yang melancarkan operasi

mengikut strategi 1000 hari merampas Narathiwat24. Kerajaan percaya tindakan seperti ini

memerlukan perancangan dan latihan yang cukup terancang dan rapi. Terdapat juga tuduhan

yang mengatakan bahawa kumpulan ini mendapat latihan dan arahan daripada luar.

Selang tiga bulan kemudiaannya, Selatan Thailand digemparkan dengan insiden yang

kedua iaitu pertembungan bersenjata antara kumpulan pemuda Melayu Islam yang dikenali

sebagai ‘Kumpulan Serban Merah’ dengan pihak berkuasa pada 28 April 200425. Serangan

melibatkan wilayah Patani, Yala dan Songkhla secara serentak dan modus operandinya adalah

berjihad dan mati syahid dengan menyerang pos-pos kawalan tentera dan polis. Serangan

dilakukan dengan bersenjatakan parang, pisau dan beberapa laras senapang26. Insiden ini berakhir

di Masjid Kerisik apabila pihak berkuasa menembak 32 individu yang berlindung di dalamnya.

Jumlah keseluruhan yang terkorban seramai 112 orang yang mana 107 orang di kalangan orang

Melayu dan 5 orang di pihak berkuasa. Insiden ini menjadi tumpuan ramai termasuk pihak-pihak

luar yang mengecam tindakan kerajaan Thailand yang dianggap melanggar hak asasi manusia

dan tidak berperikemanusiaan27. Kematian boleh dianggap sebagai perkara biasa di tiga wilayah

kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari berlaku insiden yang kecil-kecil seperti tembak curi dan

pengeboman.

23 Penyerang bakar 18 sekolah, empat askar terbunuh (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my 24 Danial, M. (2004) Konflik Selatan Thailand dan Transformasi Sosial. Pembentangan Kertas Kerja Sempena Minggu Perdamaian Universiti Sains Malaysia Ke-3. Pada 14 Disember 2004. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang. H. 3.25 Ayub, T.S. (2004) Insiden Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thailand. Dlm. Persidangan Parlimen Malaysia Kesebelas, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga. [Online].[Akses: 17 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR23112004.pdf26 Bakar, Z. (2004) Rasa tidak tenang Tok Ayah terjawab selepas subuh- masjid bersejarah catat kisah sedih.[Online].[Akses: 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my27 Selatan Thai berdarah – 107 militan, 5 askar terbunuh dalam pertempuran di tiga wilayah (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my

11

Page 12: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Pada 25 Oktober 2004, sekali lagi Selatan Thailand digegarkan dengan tragedi Tak Bai

yang melibatkan kematian dalam jumlah yang ramai. Insiden berlaku ketika orang-orang Melayu

di tiga wilayah mengadakan demonstrasi beramai-ramai di hadapan Balai Polis Tak Bai bagi

membebaskan 6 sukarelawan keselamatan yang ditangkap atas tuduhan memberi senjata kepada

gerakan pemisah28. Demonstrasi ini berakhir dengan tragedi apabila pasukan keselamatan

menggunakan pendekatan kekerasan dalam menyuraikan perhimpunan tersebut. Pasukan

keselamatan melepaskan tembakan peluru hidup mengorbankan 6 orang di tempat kejadian

manakala 79 lagi terkorban dalam perjalanan ke kem tahanan. Pihak berkuasa bertindak dengan

mengikat kedua belah tangan kesemua tahanan dan memuatkan mereka didalam trak tentera

dengan kedudukan secara berlapis-lapis dan bertindih-tindih. Akibat kesesakan tersebut, ramai di

kalangan tahanan terkorban akibat sesak nafas semasa dalam perjalanan ke kem tahanan Telaga

Bakong, Patani yang lebih kurang 160 kilometer daripada daerah Tak Bai29.

Tragedi seterusnya iaitu pada 8 Jun 2009 apabila wilayah Narathiwat digemparkan

dengan serangan ke atas masjid di kampung Air Tempayang, daerah Pecah Airong. Penyerangan

ini melibatkan sekumpulan pengganas yang memakai seragam hitam serta bertopeng dan

bersenjata Raifel M16 dan Pump Gun melepaskan tembakan ke arah jemaah yang sedang

menunaikan solat Isyak. Kejadian pada jam 8.30 malam ini telah mengorbankan 11 orang

manakala yang cedera parah seramai 12 orang dan 2 orang lagi terselamat tidak terkena apa-apa

tembakan30.

Insiden-insiden seperti yang dibincangkan ini boleh saja berlaku pada bila-bila masa

kerana keadaan konflik masih belum dapat dikawal sepenuhnya. Walaupun kerajaan Thailand

menghantar pasukan keselamatan dalam jumlah yang ramai namun insiden-insiden masih lagi

berlaku saban hari yang melibatkan kematian dan kecederaan. Tiga wilayah ini masih belum

reda dengan kejadian-kejadian seperti tembak curi dan pengeboman, pembakaran sekolah,

pemenggalan kepala, penculikan, sabotaj, ugutan, demonstrasi, rogol dan lain-lain lagi.

28 Kaewtipayanate, B. (2008) Peace Journalism and the Tak Bai Incident: the case of the Bangkok Post and the Nation’s coverage on the Southern Conflict in Thailand. M. A Tesis, Orebro University. H. 12.29 Zulkiflee, B. (2004) Penduduk dakwa 100 maut – Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi berdarah di selatan Thai [Online]. [Akses 27 Oktober 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm30 Rahim, A.F. (2009) Ditembak dalam masjid [Online].[Akses: 15 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?dt=0610&pg=mh_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&y=2009

12

Page 13: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

)

3. Kerangka Teoritikal dan Pembolehubah

3.1. Definisi Transformasi Konflik

John Paul Lederach dalam bukunya menyatakan “Konflik transformation merupakan

tindakan melihat-memahami-memasang impian untuk bertindak balas terhadap pasang surut

konflik sosial melalui pemberian peluang dalam kehidupan untuk menghasilkan proses

perubahan yang membina iaitu mengurangkan keganasan dan meningkatkan keadilan dalam

perhubungan dan struktur sosial, dan bertindak balas terhadap permasalahan dalam

perhubungan manusia”31.

Manakala Hugh Miall pula berpendapat Transformasi merupakan proses tindakbalas

dengan konflik dan membuat perubahan membina ke atas hubungan, kepentingan, perbualan dan

yang paling mustahak adalah undang-undang atau sistem dalam masyarakat yang selama ini

menyokong tindakan keganasan32. Beliau menghasilkan definisi ini berdasarkan kepada

hujahannya untuk membezakan pendekatan penyelesaian konflik, pengurusan konflik dengan

transformasi konflik. Berdasarkan penulisannya, beberapa pandangan dan pendapat ahli bidang

konflik dan perdamaian yang diambil seperti David Bloomfield dan Ben Reilly yang menulis

tentang perubahan-perubahan semulajadi yang berlaku dalam konflik dan pengurusan konflik.

Begitu juga dengan pendapat Edward Azar dan John W. Burton yang menulis tentang

penyelesaian konflik antarabangsa.

3.2. Lima Elemen dalam Transformasi konflik

Raimo Vayrynen menetapkan 5 elemen transformasi yang boleh digunakan untuk

menstruktur semula sesuatu perhubungan yang berkonflik. Elemen-elemen ini terdiri daripada

konteks, struktur, aktor, isu dan personal.

Transformasi konteks merujuk kepada perubahan dalam konteks konflik sama ada di

peringkat dalaman konflik mahupun luar konflik. Bagi dalaman konflik, Transformasi konteks

31 Lederach, J. P. (2003) The Little Book of Conflict Transformation. United States of Amerika, Good Book, Intercourse. H. 14.32 Miall, H. (2001) Conflict Transformation: A Multy-Demensional Task. [Online].[Akses: 28 November 2009]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.inglewhite.net/pfp/pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf. H. 4.

13

Page 14: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

merujuk kepada perubahan persepsi dan motivasi aktor-aktor dalam sesuatu situasi konflik.

Aktor-aktor konflik yang mengubahsuai persepsi dan motivasi terhadap konflik akan

menyebabkan persekitaran konflik akan berubah dan membuka peluang penyusunan kembali

terhadap corak perhubungan di antara kedua belah pihak33. Sebagai contoh, konflik dalaman

sesebuah negara yang melibatkan kelompok minoriti dengan kerajaan akan menyebabkan

mereka diabaikan dari segi politik, budaya, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Situasi ini

secara tidak langsung akan mengubah persepsi pemimpin kelompok tersebut dan mengurangkan

motivasi untuk berkonflik dan lebih menumpukan kepada untuk bekerjasama dengan kerajaan

bagi membangunkan kelompok mereka. Justeru, transformasi dalam kontek aktor akan dapat

dibentuk khususnya dalam menyusun kembali corak hubungan ke arah yang positif antara

kelompok minoriti dengan kerajaan.

Manakala di peringkat luar konflik, ia merujuk kepada konteks antarabangsa yang mana

konflik yang berlaku di peringkat tempatan boleh ditransformkan ke peringkat antarabangsa dan

ini secara tidak langsung akan mengubah dan mempengaruhi persepsi dan motivasi setiap aktor-

aktor konflik disamping membuka ruang-ruang untuk proses penyelesaian konflik34. Sebagai

contoh, konflik dalaman sesebuah negara apabila dibawa ke peringkat antarabangsa akan

mendapat perhatian negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan luar yang boleh membantu

menyelesaikan konflik yang dihadapi. Negara-negara luar khususnya negara jiran yang terkena

tempias konflik dan juga pertubuhan antarabangsa akan memberi tekanan kepada kerajaan

sesebuah negara yang mengalami konflik berbentuk asimetrik. Sekiranya kerajaan negara

tersebut melakukan penindasan atau kezaliman yang membawa kepada pengcabulan hak asasi

manusia terhadap golongan minoriti pastinya akan mengundang ancaman atau tekanan

khususnya dari segi hubungan diplomatik dan pergantungan ekonomi negara tersebut dengan

negara-negara luar yang lain.

Transformasi struktur pula merujuk kepada perubahan yang berlaku dalam elemen-

elemen seperti aktor-aktor, kedudukan, kepentingan, isu-isu, perhubungan, nilai-nilai dan

keperluan dalam konflik. Ia juga melibatkan struktur sosial seperti ekonomi, politik, pendidikan,

persempadanan geografi, mahkamah, jaringan komunikasi, kaedah membuat keputusan dan lain-

33 Vayrynen, R. (1991) New Direction in Conflict Theory: Conflict Resolution and Conflict Transformation. London, SAGE Publication Ltd. H. 5.34 Ibid,. H. 78.

14

Page 15: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

lain lagi. Walau bagaimanapun, Hugh Miall menegaskan bahawa konflik yang berbentuk

asimetrik sukar ditransform kerana ia melibatkan ketidakseimbangan kuasa di peringkat akar

konflik. Namun, ia boleh dilakukan secara beransur-ansur mengikut perubahan persekitaran yang

mungkin boleh dibantu oleh aktor-aktor dalam dan luar wilayah konflik. Hugh Miall

mengemukan cadangan ini berdasarkan kajian kes di Benua Afrika. Beliau mengemukakan

contoh pergerakan Steve Biko’s ‘Black Consciousness’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran

penduduk tempatan di bandar-bandar tentang penindasan kulit putih ke atas kulit hitam. Begitu

juga dengan pergerakan anti Apartheid yang mana berjaya menekan pelabur-pelabur dari luar

keluar dari Afrika Selatan sebelum tamatnya regim Aparthied. Walaupun begitu, banyak

demonstrasi dilakukan untuk menekan pihak kerajaan kulit putih tetapi tidak berjaya kerana

kekuasaan dan kepentingan ekonomi dimiliki oleh orang kulit putih35.

Transformasi aktor-aktor konflik yang mana salah satu kaedah yang membolehkan

proses-proses penyelesaian konflik dilaksanakan. Banyak konflik akan senang diselesaikan

apabila pemimpin kedua-dua pihak berkonflik bertukar. Pemimpin-pemimpin yang baru pastinya

akan membawa pendekatan baru terutamanya dalam mengatur kembali saluran komunikasi,

mengubahsuai matlamat dan mengubah perspektif terhadap perjuangan radikal. Selain daripada

pemimpin untuk diubah, terdapat perkara lain yang boleh diubah seperti peraturan-peraturan

pertubuhan, matlamat baru, nilai dan kepercayaan. Secara umumnya, perubahan terhadap

persekitaran dan kepentingan yang terdapat dalam peraturan setiap parti juga mewakili kepada

transformasi konflik walaupun ia berlaku secara beransur-ansur dan tidak menjadi tumpuan

utama. Selalunya matlamat atau kepentingan pihak-pihak berkonflik sukar diubah tetapi ianya

boleh berubah bergantung kepada perubahan persekitaran dalam masa yang panjang.

Transformasi isu boleh berlaku bergantung kepada takrifan dibuat oleh aktor-aktor

terhadap isu-isu yang dimainkan dalam konflik. Transformasi ini berlaku apabila mereka

mengubah kedudukan dan keputusan sehingga isu-isu sebelum ini telah tenggelam serta

meningkatkan isu-isu baru. Proses untuk mengubah kedudukan dan keputusan aktor-aktor

konflik adalah merujuk kepada isu-isu yang susah diselesaikan terutamanya yang melibatkan

nilai-nilai hidup. Jika melibatkan isu agama, identiti, budaya dan sejarah maka ia boleh diubah

kepada isu-isu yang boleh dirunding seperti tanah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi.

Perundingan yang dijalankan akan boleh melahirkan kompromi di antara kedua belah pihak 35 Miall, H. (2001)., op.cit,. H.77.

15

Page 16: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

khususnya perkara-perkara yang boleh dibahagikan sama rata. Selain itu, boleh juga melihat

kepada isu-isu yang dikongsikan bersama yang mana kedua belah pihak akan dapat bersatu

bersama-sama membangunkan isu-isu tersebut. Sebagai contoh, konflik Acheh selepas tsunami

dapat ditransformkan isu konflik apabila mewujudkan isu bersama iaitu kerajaan Indonesia dan

juga Gerakan Aceh Merdeka (GAM) bersama-sama membangunkan semula Acheh.

Transformasi personal atau kumpulan merujuk kepada perubahan terhadap perasaan, hati

dan emosi pihak-pihak yang berkonflik. Hati atau niat yang baik akan dapat membentuk suasana

yang baik. Justeru, aktor-aktor konflik khususnya di kalangan pemimpin akan dapat diubah

hatinya untuk ikhlas dan menerima perdamaian mengikut saluran yang positif. Apabila

berlakunya perubahan hati maka ia akan memberi kesan positif kepada organisasi dan cara

bertindak. Hasrat dan keinginan pihak yang berkonflik juga akan turut berubah. Transformasi ini

boleh dibuat melalui pendedahan tentang nilai-nilai positif yang berteraskan ajaran agama yang

sebenar bagi menyucikan hati setiap aktor konflik. Justeru, konflik yang wujud adalah berasal

dari hati dan pemikiran setiap manusia. Sifat yang berkeinginan dan berkehendak terbitnya dari

hati dan seterusnya dinilai oleh kemampuan akal untuk mendapatkannya. Keadaan ini boleh

berlaku kepada semua orang termasuk diperingkat individu, kumpulan mahupun negara. Oleh

itu, jika hati dapat diasuh dan diubah pastinya konflik yang dihadapi dapat diselesaikan dengan

mudah. Hati yang ikhlas dan pemikiran yang positif di kalangan aktor konflik akan dapat

membantu kepada proses-proses perdamaian36.

4. Dasar dan Pendekatan Kerajaan Thailand

36 Age, L. (2005) Tsunami and Conflict Transformation in Aceh in The SEACSN Bulletin. Research and Education for Peace Unit, USM. Penang. H. 8-10.

16

Page 17: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

4.1. Rathaniyom: Dasar Sosio-budaya Nasionalisme Siam dan Buddha

Dasar Rathaniyom dilaksanakan pada tahun 1938 oleh Phibul Songkhram37. Melalui

dasar ini hanya ciri-ciri kebudayaan Thai dan agama Buddha sahaja yang dibenarkan

berkembang di Thailand. Semua rakyat Thai tidak kira kelompok yang mempunyai identiti dan

budaya yang berbeza diwajibkan mematuhi dasar ini. Dasar ini bertujuan untuk menyatukan

rakyat dalam memajukan kemajuan negara. Dari segi perlaksanaan, pada tahun 1940, Phibul

menubuhkan Dewan Kebudayaan Thai atau Sepa Watana Tam bagi memperluaskankan fahaman

‘Nasionalism Kesiaman’ kepada rakyat di seluruh negara. Melalui institusi ini, Phibul

mengumumkan tujuh dikri yang berbentuk arahan perundangan bagi memaksa rakyat mengikut

akta-akta yang terdapat dalam dasar ini. Di Selatan Thailand, dikri yang diumumkan bertindak

menghapuskan bahasa, bangsa dan budaya Melayu dan ditukar kepada budaya Thai, hukum

perkahwinan dan faraid diketepikan dan diadili oleh mahkamah sivil, pakaian Melayu

diharamkan, nama individu dan tempat ditukar ke nama Siam38. Dari segi pemakaian, mereka

diwajibkan memakai pakaian potongan Barat seperti berseluar dan bertopi bagi lelaki dan

bergaun serta ‘skirt’ bagi wanita. Manakala amalan harian, mereka diwajibkan makan dengan

sudu dan menggunakan meja39. Phibul percaya bahawa kejayaan akan dapat dicapai melalui

rancangan sosio-budaya yang berasaskan konsep nasionalisme, kebudayaan Siam dan agama

Buddha. Rakyat pasti akan bekerjasama untuk memajukan negara setelah mempunyai satu

pegangan satu bangsa dan satu negara dan saling bertoleransi untuk membangunkan sosio-

budaya, ekonomi dan politik.

4.2. Intergrasi nasional dan sekolah Pondok

Dasar intergrasi nasional dimulakan oleh Sarit Thanarat pada 1957 setelah berjaya

menggulingkan pemerintahan Phibul Songkhram. Beliau berpendapat program intergrasi yang

dilakukan sebelum ini perlu dipertingkatkan lagi agar keamanan di selatan dapat dicapai

sepenuhnya. Keamanan yang dimaksudkan merujuk kepada usaha menangkap ketua gerakan

37 Phibul Songkhram merupakan seorang yang bersifat ultra-nasional dan mementingkan nasionalisme kesiaman dalam pemerintahannya. Beliau berpendapat bahawa semua warga negara Siam perlu menjadi satu bangsa untuk bersama-sama bekerja memajukan negara. Bagi mencapai hasrat ini, pada Jun 1939 beliau secara rasminya menukar nama Siam kepada Thailand yang bermaksud tanah yang aman dan subur.38 Belitan sejarah (2000) [Online].[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://www.geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html39 Al-Fatani, A.F. (1994),. Op.cit. H. 81.

17

Page 18: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

pemberontak dan mengintergrasikan budaya Thai dalam sekolah agama dan pondok. Lantaran

itu, beliau telah mengadakan pertemuan dengan 70 pemimpin Melayu Patani daripada pelbagai

pertubuhan untuk membincangkan pembaharuan yang ingin dibawa di wilayah selatan. Hasil

daripada pertemuan ini, beliau berjaya mendapat kerjasama daripada beberapa rakyat tempatan

untuk mematahkan pertubuhan-pertubuhan gerakan pemisah40. Selain itu, bagi melemahkan

pertubuhan gerakan pemisah, beliau menubuh pasukan risikan secara sulit untuk mendapatkan

maklumat-maklumat disamping menimbulkan hasutan-hasutan yang boleh membawa perbalahan

di kalangan ahli kumpulan gerakan pemisah. Strategi beliau berkesan apabila berjaya mengaitkan

penangkapan Haji Muhamad Amin dan Haji Wan Salleh Abas selaku bekas wakil parlimen Yala

atas tuduhan menderhaka kepada kerajaan dan bersubahat dengan komunis. Bagi

memperkemaskan lagi intergrasi nasional ini, Sarit Thanarat telah mengarahkan sesiapa yang

tidak menyokong dasar-dasar kerajaan walau dalam keadaan mana sekali pun akan dipisahkan

daripada majoriti masyarakat Thai41.

Dasar-dasar ini bertujuan untuk mengatasi pergolakan di Selatan Thailand melalui

pembentukan masyarakat Thai yang mengamalkan satu budaya, satu bahasa, satu agama dan satu

negara. Antara saluran yang digunakan adalah melalui sekolah agama dan pondok. Beliau

melihat sekolah pondok merupakan nadi kepada pertumbuhan gerakan pemisah dan penghalang

kepada dasar intergrasi yang ingin dibawa ke tiga wilayah ini. Oleh itu, beliau memperbaharui

sistem pendidikan di sekolah-sekolah pondok milik orang Melayu. Antaranya sekolah pondok

diwajibkan menggunakan kurikulum selaras dengan sekolah-sekolah kerajaan. Mana-mana

sekolah pondok yang tidak mengikut arahan tersebut tidak akan mendapat bantuan daripada

kerajaan dan diancam penutupan. Guru-guru sekolah pondok juga turut dibawa melawat sekolah-

sekolah agama di Bangkok untuk mendedahkan dengan sistem pengajaran yang selaras dengan

40 Sekitar awal 60-an, telah wujud beberapa gerakan pemisah yang memperjuangakan kemerdekaan Patani. Antara, Barisan Revolusi Nasional Patani (BRN), Barisan Nasional Perjuangan Patani )BNPP) dan Pattani United Liberation Organisation (PULO). Tindakan yang dilakukan ialah melaksanakan kempen berdasarkan isu pendidikan agama Islam, isu bahasa dan keagungan Kesultanan Melayu Patani untuk mendapat sokongan daripada rakyat Melayu. Strategi yang digunakan dengan mengedar risalah-risalah dalam bahasa Melayu, Jawi, Thai dan Inggeris di seluruh wilayah selatan mahupun di sempadan luar.41 Rahimmula, C.(2001) Peace Resolution : A Case Study of Separatism and Terrorist Movement in Southern Border Provinces of Thailand. [Online].[Akses: 2 Ogos 2005]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm

18

Page 19: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

sistem pendidikan kerajaan. Tujuan utama arahan dibuat adalah mengawal kegiatan sekolah-

sekolah pondok yang dilihat mengancam kestabilan negara42.

4.3. Peraturan 66/23; Akta Penghapusan Pengaruh Komunis dan Gerakan Pemisah

Jeneral Prem Tinasulanond selaku Perdana Menteri Thailand pada tahun 1963. Beliau

telah memperkenalkan “Peraturan 66/23” yang bertujuan untuk menamatkan revolusi komunis di

Thailand sekaligus menghapuskan pengaruh gerakan pemisah. Beliau menjadikan Komunisme

sebagai mekanisme untuk meningkat kerjasama antara orang Melayu dengan pasukan

keselamatan dalam membentuk perdamaian dan menamatkan operasi gerakan pemisah. Beliau

antara lainnya meminta agar perbezaan ideologi dilupakan seketika dan menumpukan kepada

penghapusan pengaruh komunis di Thailand. Disamping itu, beliau menawarkan pengampunan

kepada gerakan pemisah selain membaiki ketidakadilan yang wujud dalam pentadbiran kerajaan.

Dibawah “Peraturan 66/23”, kerajaan Thailand menubuhkan ‘43rd Civil-Police-Military

Joint Head’ (CPM 43) sebagai saluran kerjasama antara OMIP dengan pasukan keselamatan.

Institusi ini berfungsi untuk memberi peluang kepada orang awam, gerakan pemisah dan

kerajaan untuk berkerjasama membenteras pengaruh Komunis. Beserta dengan CPM 43 ini,

kerajaan Thailand menubuhkan Administrative Center for the Administration of Southern Border

Provinces (ACASBP) bertujuan untuk menyelesaikan jurang perbezaan dan stereotaip antara

OMIP dengan pentadbir-pentadbir awam dan membentuk kerjasama untuk menghapuskan

pengaruh gerakan pemisah. Perbezaan antara penjawat awam dengan OMIP telah lama wujud

akibat daripada dasar Rathaniyom yang memisahkan antara orang Thai dengan orang Melayu.

Keadaan ini menyebabkan timbul stereotaip antara dua kelompok ini dan menjadi punca utama

kepada penindasan ke atas penduduk tempatan. Oleh itu, ACASBP bertindak menjadi saluran

untuk OMIP meluahkan permasalahan ekonomi, pendidikan dan sebagai tempat untuk

melaporkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai awam yang bertugas di

tiga wilayah. Dasar ini telah mendapat kerjasama yang baik di kalangan OMIP dan berjaya

mengekang pengaruh gerakan pemisah seterusnya membawa keamanan di tiga wilayah. Bagi

pihak gerakan pemisah, keadaan ini memberi tekanan kepada mereka apabila penduduk tempatan

42 Harish, S.P.(2006) Ethnic or Religious Cleavage? Investigating the Nature of the Conflict in Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia. [Online]. Vol.28,Iss.1 : pg.48,22pgs. [Akses: 14 November 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://proquest.umi.com/pqdweb?did=1075504961&sid=1&Fmt=3&clientId=27905&RQT=309&VName=PQD

19

Page 20: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

mula menyokong kerajaan. Bekalan seperti makanan, pakaian, duit dan maklumat yang diterima

daripada orang awam khususnya orang-orang kampung mula berkurangan. Malahan orang-orang

awam telah menjadi agen pemberi maklumat mereka kepada kerajaan. Oleh itu, dilihat sekitar

tahun 1980an, ramai anggota gerakan pemisah yang terdiri daripada BRN dan PULO menyerah

diri. Justeru itu, dasar ini merupakan pencarian titik persamaan antara OMIP dengan kerajaan

Thailand dan boleh dikatakan sebagai serampang dua mata. Disamping bekerjasama menentang

Komunis CPM43, ia juga akan dapat menimbulkan kepercayaan penduduk tempatan dengan

pihak berkuasa.

4.4. Pendekatan Kekerasan Thaksin Shinawatra tahun 2004 – 2006

Thaksin Shinawatra yang memegang tampuk pemerintahan negara Thailand pada 2001

membawa perubahan yang besar dan drastik dalam menangani isu-isu dalaman negara. Di awal

pemerintahan, beliau melaksanakan dasar memerangi penagihan dan pengedaran dadah di

seluruh negara. Di Selatan Thailand, dasar ini sedikit sebanyak memberi tempias kepada

kumpulan kongsi gelap43 yang selama ini menjalankan kegiatan pengedaran dadah,

penyeludupan dan lain-lain lagi. Kewujudan kembali konflik pada 2004 dilihat oleh sebagai

masalah dalaman negara dan perlu diuruskan berdasarkan undang-undang sivil. Oleh itu,

Thaksin menggunakan akta-akta kekerasan seperti mengisytiharkan darurat kententeraan dengan

menghantar lebih 12000 tentera dan polis bagi mengawal keselamatan orang awam dan

mengesan pihak-pihak yang terlibat dalam menimbulkan huru-hara. Akta darurat yang

disambung tiga bulan sekali ini dipinda bagi memudahkan pihak berkuasa menjalankan tugas.

Salah satu pindaan yang paling ketara apabila persidangan parlimen Bangkok bersetuju sebulat

suara memberi kuasa mengurus konflik di Selatan Thailand adalah terletak di bawah Perdana

Menteri tanpa gangguan mana-mana pihak. Dengan kuasa yang dimiliki, Thaksin menubuhkan

Committee on Southern Thailand Provinces Peace-Building Policy (CSPPP) yang bertindak

untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang terbaru ini. Dibawah badan ini, ditubuhkan pula

43 Keterlibatan kongsi gelap dalam konflik di tiga wilayah diperakui oleh Chalida Tajaroensuk, aktivii dari Forum Asia. Beliau ketika ditemubual pada 6 Januari 2007 yang menyatakan keadaan konflik semakin keliru dengan kehadiran pelbagai aktor yang berperanan menimbulkan konflik. Salah satunya adalah kongsi gelap atau mafia yang mana cuba menghuru-harakan keadaan supaya aktiviti yang dijalankan dapat mengelak daripada pihak berkuasa. Apabila berlakunya kejadian atau insiden, pihak berkuasa selalunya akan menuduh kejadian tersebut dilakukan oleh gerakan pemisah walaupun ia berlaku disebabkan urusan peribadi. Kelemahan pasukan berkuasa untuk mengenalpasti sesuatu kejadian menyebabkan kumpulan kongsi gelap megambil peluang untuk meneruskan aktiviti mereka.

20

Page 21: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Southern Provinces Administrative Committee (SPAC). Segala kajian dan kelulusan bagi

program perdamaian di wilayah selatan Thailand adalah melalui badan-badan ini. Salah satu

fungsinya ialah meminda Akta Darurat dan kelulusan penghantaran tentera dan polis. Badan ini

pernah membuat pindaan dengan menambah jumlah bilangan tentera dan polis dari 12000

kepada 40000 orang. Kedua-dua badan yang berpusat di Bangkok in, turut dibantu oleh Southern

Border Provinces Peacebuilding Command (SBPPC) bagi melaksanakan pindaan-pindaan yang

dibentuk. Antara pindaan lain yang dibuat ialah memberi kuasa kepada pihak keselamatan untuk

menahan atau menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai militan. Mereka yang ditahan

tidak memerlukan waran tangkap dari mahkamah dan jangka masa selama 30 hari tanpa bicara.

Disamping itu juga, pihak berkuasa boleh merampas harta benda suspek tanpa waran. Pihak

berkuasa juga boleh melaksanakan penapisan berita tentang sesuatu kejadian yang berlaku serta

boleh mengharam penerbitan tertentu. Semua orang diwajibkan mendaftar talian telefon bimbit

serta pihak berkuasa dibenarkan mencuri dengar perbualan telefon sesiapa sahaja. Pendekatan

ketenteraan yang dibawa oleh Thaksin ini telah menimbulkan pelbagai insiden yang membawa

kepada peningkatan intensiti konflik. Antara tindakan kerajaan yang ketara dan melampau ialah

ketika Tragedi Tak Bai apabila melibat kematian orang awam yang tragis. Mereka diikat tangan,

dipukul dan disusun secara berlapis-lapis dalam truk tentera sehingga menyebabkan sesak nafas

dan kematian.

4.5. Pengurusan Krisis Jeneral Surayud Chulanond

Pendekatan Thaksin walau bagaimanapun tidak bertahan lama kerana pemerintahannya

telah digulingkan melalui rampasan kuasa yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonrayatglink

pada 19 September 2006. Sejurus selepas itu, Jeneral Surayud Chulanond telah dilantik sebagai

Perdana Menteri sementara untuk menguruskan kekecohan politik negara dan juga konflik di tiga

wilayah selatan Thailand. Surayud di awal perlantikannya menegaskan bahawa tugas utama

kerajaan beliau ialah mengembalikan perpaduan masyarakat Thailand dan menyelesaikan

konflik di Selatan Thailand44. Pendekatan beliau di selatan untuk mententeramkan kembali

keadaan di mana yang dihuru-harakan semasa pemerintahan Thaksin dan menggunakan dasar

44 Junta Tentera Thailand dan Nasib Bangsa Melayu Patani!. Artikel daripada laman Web Pattani United Liberation Organization (PULO). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=46

21

Page 22: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

berbaik-baik dengan OMIP45. Dasar yang ingin berbaik-baik ini diterjemahkan melalui

permohonan maaf secara terbuka kepada OMIP ekoran pendekatan Thaksin sebelum ini banyak

memberi tekanan kepada masyarakat di tiga wilayah. Sebagai tanda keikhlasan beliau, melalui

Pejabat Peguam Negara, kerajaan telah menggugurkan dakwaan ke atas 92 penduduk Islam yang

terbabit dalam demontrasi antikerajaan di Tak Bai. Beliau kemudiaannya menghidupkan kembali

SBPAC atau So O Bo To yang satu ketika dahulu berjaya mengurangkan keganasan pada 1970an

tetapi badan ini dibubarkan oleh Thaksin pada 2002 kerana dianggap tidak memberi sebarang

faedah46. Selain itu, Surayud turut meminta sokongan dan bekerjasama dengan Malaysia selaku

jiran terdekat untuk menyelesaikan pergolakan yang berlaku..Usulan ini diterima oleh Malaysia

dengan menubuhkan Task Force 2010 (Malaysia) dan Task Force 960 (Thailand). Penubuhan

kedua institusi ini bertujuan untuk mengurus dan menyelaraskan program-program yang diberi

oleh kerajaan Malaysia untuk membawa keamanan di tiga wilayah. Walau bagaimanapun respon

daripada OMIP majoritinya menunjukkan masih berbelah bagi menerima hasrat kerajaan

Thailand untuk membentuk perdamaian di tiga wilayah. Mereka kebanyakannya mengambil

pendekatan tunggu dan lihat kerana kebiasaannya ucapan pemimpin atau dasar kerajaan Thailand

adalah berbeza dengan apa yang dilaksanakan47.

5. Isu-isu konflik dan Kebangkitan Gerakan Pemisah; Kemerdekaan / Politik, Sejarah,

Identiti dan Budaya

Perkembangan politik di tiga wilayah Selatan Thailand dibelenggu oleh tindakan seperti

penindasan, diskriminasi, pembunuhan dan rasuah. Anand Panyarachun bekas Perdana Menteri

Thailand dan juga pengarah National Reconciliation Commission (NRC) ketika ditemubual

menyatakan,“Masalah utama di Selatan Thailand adalah politik, manakala sosial, ekonomi,

identiti adalah suatu yang kecil sahaja. Jadi, politik perlu ditukar dengan politik untuk

menyelesaikan masalah”48. Isu politik dalam konflik ini adalah menjurus kepada politik

pemisahan. OMIP melalui kumpulan gerakan pemisah berjuang menggunakan senjata untuk 45 Perubahan dasar Surayud di selatan Thai tepat (2006). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my 46 Hasan, A.Z. (2006) Bersama mencari keamanan. [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my47Temubual dengan Tuan Suri Bin Tuan Wae, Pengarah Pentadbiran Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung, pada 9 Ogos 2006. Bertempat di pejabat Pentadbir Kerajaan Tempatan, Bandaran Tanjung. Pattani, Thailand48 Temubual dengan Anand Panyarachun, Ketua National Reconciliation Commission (NRC), pada 7 September 2006. Bertempat di Lobi hotel C.S Patani. Patani, Thailand.

22

Page 23: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

memerdekakan wilayah mereka daripada kerajaan Thailand dan membentuk pemerintahan

sendiri yang berdaulat. Isu ini timbul sejak awal lagi di mana selepas penjajahan kerajaan Siam

ke atas negeri Patani pada tahun 1786. Keadaan ini berterusan dari generasi ke satu generasi di

kalangan OMIP untuk menuntut kemerdekaan daripada kerajaan Thailand. Banyak buku yang

memaparkan penulisan tentang pergolakan politik Patani dan kesusahan yang dihadapi oleh

OMIP setelah kuasa politik mereka dirampas oleh kerajaan Thai49. Antaranya memaparkan

perjuangan politik oleh OMIP melibatkan pelbagai adegan keganasan dengan jumlah kematian

dan kemusnahan meningkat saban hari. Kes-kes orang hilang dan mati di kalangan pemimpin

politik menjadi lumrah dalam konflik ini dan sering kali menimbulkan ketegangan yang

memuncak melibatkan jumlah kematian yang ramai dalam satu-satu kejadian50. Perjuangan

menuntut kemerdekaan ini adalah bermula dengan semangat nasionalisme yang tinggi di

kalangan OMIP. Kemerdekaan yang dimaksudkan bukan sahaja berkenaan dengan merebut

kuasa politik ke atas tiga wilayah tetapi merangkumi kebebasan pengamalan identiti, budaya,

sosial, ekonomi dan pendidikan sebagai kumpulan minoriti. Surin Pitsuwan dalam bukunya

menyatakan dari segi budaya, Melayu muslim di Selatan Thailand adalah hak kepunyaan dunia

Melayu, cuma dari segi politik, mereka sebahagian daripada bangsa Thai yang berteraskan

kepada agama Buddha51.Tuntutan ini timbul akibat daripada keputusan kerajaan Thailand yang

menafikan hak OMIP terhadap wilayah mereka. Penafian ini dibuat berasaskan kepada

perlembagaan negara Thailand yang tidak membenarkan mana-mana wilayah di dalam

kedualatan negara Thailand dibelah bahagikan. Jadi, penafian ini dijelmakan melalui dasar-dasar

dan pendekatan-pendekatan yang bersifat menyekat tuntutan tersebut. Dasar-dasar ini secara

tidak langsung membentuk satu halangan dan jurang antara rakyat dengan kerajaan. Akhirnya,

jurang antara kedua kelompok ini telah membawa kepada konflik yang berpanjangan setelah

49 Penulis-penulis yang melakarkan kesengsaraan perjuangan politik Patani ialah Nik Anuar Bin Nik Mahmud dalam bukunya yang berjudul Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954, Ibrahim Syukri dalam bukunya yang berjudul Sejarah Kerajaan Patani, Abddurahman Bin Daud dalam bukunya yang berjudul Patani dalam Kenangan Umat, Sejarah dan Politik untuk Warga Masyarakat Patani Darulsalam (Teks Jawi), Mohd Zamberi A. Malek dalam bukunya yang berjudul Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, Ahmad Fathy Al-Fatani dalam bukunya yang berjudul Pengantar Sejarah Patani, A. Bangnara dalam bukunya yang berjudul Patani: Dahulu dan Sekarang (Teks Jawi) dan Wan Abdul Kadir Che Man dalam bukunya yang berjudul ‘Muslim Separatism: The Moros of Southern Philippine and The Malays of Southern Thailand’.50 Temubual dengan Isamaili Alikkuntor, pelajar Hat Yai University, pada 22 Mac 2007. Bertempat di Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Malaysia. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan. 51 Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University. H. 28.

23

Page 24: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

pendekatan ketenteraan digunakan sebagai alat untuk menekan mencapai perdamaian yang

negatif.

Sejarah, identiti dan budaya OMIP mengalami proses asimilasi apabila kerajaan Thailand

memperkenalkan dasar kebudayaan Thai-Buddha yang mewajibkan semua rakyatnya

mengamalkannya. Dasar yang memaksa mengamal identiti dan budaya Thai-Buddha ini

mendatangkan masalah besar kepada OMIP apabila ia secara jelas bertelagah dengan ajaran

Islam dan budaya Melayu. Mereka tidak boleh berkompromi dalam hal ini kerana agama Islam

telah menggariskan amalan-amalan untuk umatnya yang wajib dipatuhi. Tindakan kerajaan

Thailand ini dilihat tidak menghormati nilai-nilai hidup kelompok mereka dan menyebabkan

OMIP bangkit mempertahankan hak-hak mereka sebagai orang Melayu muslim. Dari sudut

sejarah, asimilasi ini bermula semasa pemerintahan Phibul Songkhram apabila beliau

memperkenalkan Rathaniyom dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin selepasnya. Dalam dasar

ini, bahasa dan budaya Melayu cuba dihapuskan, hukum perkahwinan dan faraid diketepikan,

pakaian Melayu diharamkan manakala pakaian barat diwajibkan, nama individu dan tempat

ditukar ke nama Siam52. Contohnya, Senggora kepada Songkhla, Ligor kepada Nakhorn Sri

Thamarat, Becah Herong kepada Cho Ai Rong, Teluk Hala kepada TaLoHaLO, Bendang Setar

kepada Ban Nang Sata, Binjai Lima kepada Yarang, Jambu kepada Yaring, Teluban kepada

Saiburi dan banyak lagi. Justeru itu, dasar ini memberi kesan yang ketara sehingga ke hari ini

apabila ramai anak-anak muda Melayu tidak lagi gemar bertutur dalam bahasa Melayu dan

berasa bangga menggunakan bahasa Thai53. Walaupun begitu, pegangan OMIP terhadap budaya,

agama dan bangsa masih lagi utuh. Contohnya dari sudut agama, walaupun semasa pemerintahan

Phibul memberi tekanan yang cukup hebat kepada agama Islam seperti menukar undang-undang

syariat kepada udang-undang sivil54 tetapi hingga ke hari ini didapati masih lagi kedengaran

azan-azan dicorong-corong masjid dan surau. Begitu juga dengan anak-anak perempuan Melayu

yang masih memakai tudung dan menutup aurat.

52 Belitan sejarah (2000) [Online],[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://www.geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html 53 Temubual dengan Salhi Awae, pegawai penyelidik Research Center for Peace Building, Mahidol University, pada 5 Disember 2006. Bertempat di Vistana Hotel, Pulau Pinang. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan.54 Nik Mahmud, N. A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 [Online].[Akses 23 Januari 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web:http://fanzalika.tripod.com/malay/patani/kepala_%20 sejarah.html.

24

Page 25: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

6. Konflik di Selatan Thailand: Satu penganalisaan terhadap isu-isu konflik dan dasar-

dasar kerajaan Thailand

Konflik di Selatan Thailand mengalami pergolakan yang begitu lama. Dalam usia yang

melebihi dua dekad, pastinya konflik ini mengalami pelbagai proses transformasi yang

disebabkan oleh persekitaran konflik dan tekanan atau pengaruh dari dalam dan luar. Elemen-

elemen transformasi yang melibatkan kontek, struktur, aktor dan isu dilihat wujud dalam konflik

ini dan saling berkait antara satu sama lain. Justeru, penganalisaan ini akan menghuraikan

elemen-elemen transformasi ini yang berlaku dalam konflik di Selatan Thailand.

Dari segi transformasi kontek, konflik ini telah lama berlaku khususnya yang berkaitan

dengan kontek dalaman konflik. Kontek dalaman ini merujuk kepada OMIP sendiri yang

mengalami perubahan persepsi dan motivasi terhadap matlamat perjuangan dan isu konflik. Pada

awalnya, OMIP berjuang atas dasar memerdekakan negeri Patani tetapi telah berubah kepada

perjuangan untuk mempertahankan identiti dan budaya. Mereka merasakan identiti dan budaya

merupakan nilai hidup yang amat penting untuk dipertahankan berbanding wilayah yang

diduduki. Oleh itu, dasar Rathaniyom yang bertindak mengasimilasikan identiti dan budaya

mereka ke dalam budaya Thai-Buddha telah menukar persepsi dan motivasi OMIP untuk lebih

menumpukan perjuangan mereka kepada membebaskan pengamalan identiti dan budaya serta

mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Thailand berbanding perjuangan kemerdekaan

wilayah. Sebagai contoh, kejadian seperti pembakaran sekolah dan tembak guru di Selatan

Thailand merupakan salah satu tindak balas OMIP melalui Runda Kumpulan Kecil (RKK) untuk

menunjukkan bahawa sekolah dan guru merupakan agen kepada asimilasi budaya Thai-Buddha

ke atas anak-anak orang Melayu di Selatan Thailand. Mereka bertindak sedemikian adalah

kerana terpaksa dalam mempertahankan identiti dan budaya Melayu yang dilihat semakin pupus

akibat asimilasi kerajaan Thailand55. Selain itu, konflik ini juga mengalami transformasi dari segi

kontek luaran yang melibatkan peralihan dari peringkat tempatan kepada antarabangsa.

Transformasi ini boleh dikatakan sebagai transformasi yang konstruktif kerana ia sedikit

sebanyak dapat mengurangkan intensiti konflik. Bermula daripada tragedi Masjid Kerisik dan

Tak Bai, ramai pihak-pihak luar khususnya OIC dan negara-negara ahli anggota ASEAN mulai

55 Temubual dengan Abu Daud Alikontor, ahli Runda Kumpulan Kecil (RKK), pada 10 Julai 2006. bertempat di Patani, Thailand. Responden bukan nama sebenar kerana atas dasar keselamatan.

25

Page 26: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

memberi perhatian kepada konflik ini. Kematian umat Islam dalam jumlah yang ramai dan

bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Thailand menjadi faktor kepada

keperihatinan dan simpati pertubuhan ini untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang

timbul. OIC selaku pertubuhan antarabangsa melalui setiausahanya Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu

bersama deligasi yang lain pernah melawat tiga wilayah dan mengadakan perbincangan dengan

kerajaan Thailand bagi meraih komitmen untuk bersama-sama mencari solusi konflik. Pertemuan

antara OIC dengan kerajaan Thailand diadakan pada 1 Julai 2007 dan berjaya mendapat

persetujuan daripada Panich Vikitsreth, Menteri Luar Thailand untuk bekerjasama dengan OIC

untuk memperkuatkan kerja-kerja perdamaian dan pembangunan OMIP di tiga wilayah. Melihat

kepada situasi ini, dapat dijelaskan bahawa konflik ini mengalami transformasi kontek ke

peringkat antarabangsa dan sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kerajaan Thailand yang

selama ini melakukan penindasan terhadap OMIP apabila segala gerak geri mereka diperhatikan

oleh pihak luar. Selain itu, tekanan yang diterima oleh pihak luar membuatkan kerajaan Thailand

lebih serius dalam menyelesaikan permasalah di Selatan Thailand dengan kadar segera.

Secara keseluruhannya, transformasi kontek ini turut melibatkan proses transformasi

struktur khususnya elemen aktor konflik dan pendekatan hubungan. Transformasi struktur yang

berlaku dalam konflik di Selatan Thailand memang banyak, namun perbincangan ini hanya

menumpukan kepada dua elemen ini sahaja. Dari segi aktor, konflik ini mengalami penambahan

bilangan aktor utama mahupun sampingan. Konflik dilihat semakin rumit untuk diselesaikan

apabila kehadiran aktor-aktor baru seperti kongsi-kongsi gelap atau penjenayah yang mengambil

peluang daripada konflik ini untuk menjayakan aktiviti mereka. Seperti yang dihuraikan sebelum

ini yang mana kongsi gelap sengaja melakukan pembunuhan untuk memastikan intensiti konflik

meningkat. Tujuan tindakan ini dibuat supaya tumpuan pasukan keselamatan kepada gerakan

pemisah dan mengurangkan kepada aktiviti pencegahan jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Hal ini kerana pasukan keselamatan tidak dapat membezakan antara kejadian jenayah dan

serangan gerakan pemisah, malahan semua kejadian ini dirangkum sebagai perbuatan gerakan

pemisah. Selain itu, peranan pihak luar seperti yang dibincangkan di atas turut mengubah

struktur konflik dan juga mempengaruhi keputusan dan pendekatan pihak-pihak yang berkonflik.

Hal ini dapat dilihat dalam struktur hubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP yang mana

Surayud Chulanond mengubah pendekatan secara lembut. Pendekatan ini adalah sedikit

26

Page 27: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

sebanyak terpengaruh dengan tekanan pihak luar untuk kerajaan Thailand bertindak lebih adil

dan menghormati hak asasi manusia. Surayud mengakui kesilapan pendekatan Thaksin dan

secara terbuka memohon maaf kepada OMIP dan berjanji menggunakan pendekatan lembut

untuk menyelesaikan masalah di Selatan Thailand. Pendekatan ini kemudiannya disambung oleh

Abhisit Vijjajeva yang mahu konflik ini diselesaikan dengan baik. Abhisit juga turut

mengundang mana-mana pemimpin negara luar untuk memberi pandangan dan bantuan dalam

menyelesaikan konflik ini dan turut mengadakan program pembangunan ekonomi di tiga

wilayah. Antara program yang dijalankan turut melibatkan kerajaan Malaysia khususnya dalam

memberi kemahiran dan pendidikan kepada OMIP di tiga wilayah melalui penubuhan Task-

Force 2010 (Malaysia) dan Task-Force 960 (Thailand). Justeru, hubungan antara kerajaan

Thailand dengan OMIP mengalami transformasi yang konstruktif dan ini dapat dibuktikan

apabila selepas tragedi Tak Bai, tiada lagi berlaku peristiwa-peristiwa besar yang menarik

perhatian semua pihak.

Tragedi Tak Bai juga boleh dikatakan sebagai satu proses tekanan dalaman untuk

menghasilkan transformasi struktur perhubungan antara kerajaan Thailand dengan OMIP.

Walaupun konflik ini berbentuk asimetrik namun setiap keputusan kerajaan Thailand tidak boleh

dibuat sewenang-wenangnya untuk memihak kepada mereka. Oleh itu, Demonstrasi yang

berlaku sebelum tragedi Tak Bai dan demonstrasi-demonstrasi lain merupakan tekanan OMIP

kepada kerajaan Thailand untuk mengubah pendekatan yang selama ini menekan, menakut-

nakutkan, menindas dan menzalimi penduduk Melayu di tiga wilayah.

Transformasi struktur dalam konflik ini turut melibatkan perubahan isu-isu konflik.

Transformasi isu secara konstruktif seperti yang dibincangkan sebelum ini adalah mengubah isu-

isu yang susah diselesaikan kepada isu-isu yang senang dirunding dan mencapai kompromi.

Selain itu juga pemimpin negara boleh membentuk isu-isu yang boleh menyatukan aktor-aktor

konflik dan menyelesaikan isu tersebut secara bersama. Secara umumnya, transformasi isu yang

melibatkan pengubahan kepada isu-isu yang senang diselesaikan masih belum berlaku di Selatan

Thailand. Malahan, perubahan isu ini berlaku sebaliknya iaitu isu yang senang diselesaikan telah

berubah kepada isu yang susah diselesaikan. Sebagai contoh, kemerdekaan selaku isu utama

dalam konflik ini adalah melibatkan wilayah yang mungkin senang mencapai diselesaikan

kerana senang diagihkan. Namun, setelah Rathaniyom dilaksanakan maka timbul isu-isu seperti

27

Page 28: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

identiti dan budaya yang sememangnya sukar diselesaikan kerana ia melibatkan nilai-nilai hidup

OMIP yang tidak mungkin mencapai kompromi. Oleh itu, transformasi isu di Selatan Thailand

mengalami proses yang destruktif dan mungkin menjadi salah satu faktor yang menyebabkan

konflik ini semakin rumit dan berpanjangan. Namun begitu, terdapat juga usaha kerajaan

Thailand melalui Prem Tinasulanonde yang menjadikan pendekatan transformasi isu sebagai

langkah perdamaian di Selatan Thailand. Pendekatan yang digunakan ialah dengan membentuk

isu bersama yang melibatkan OMIP dengan pasukan keselamatan dalam memerangi pengaruh

komunis di tiga wilayah. Isu komunis ini merupakan isu bersama yang perlu diperangi oleh

OMIP dan juga pasukan keselamatan. Penyatuan ini dibentuk melalui penubuhan CPM-43 dan

ACASBP yang dikenali sebagai SBPAC pada hari ini. Sekitar tahun 80an, pendekatan ini

mendapat maklumbalas yang positif di kalangan OMIP dan mereka mulai bekerjasama dengan

kerajaan Thailand amnya dan mula mengurangkan komitmen untuk menyokong gerakan

pemisah. Pengaruh gerakan pemisah semakin berkurang menyebabkan mereka kurang aktif

sekitar tahun 80an hingga 90an, sehinggalah muncul kembali pada tahun 2004.

Perubahan terhadap isu adalah disebabkan oleh perubahan dalam aktor-aktor konflik.

Setiap keputusan yang dibuat oleh aktor-aktor konflik akan mempengaruhi situasi konflik. Oleh

itu, aktor konflik di Selatan Thailand selepas tahun 2004 mengalami transformasi yang cukup

ketara, sama ada dari segi pemimpin mahupun strategi yang digunakan. Tumpuan perbincangan

adalah kepada PULO dan BRN yang dilihat aktif pada masa ini. PULO hari ini turut mengalami

proses transformasi apabila mengalami perpecahan dalam pertubuhan. Perpecahan ini berlaku

pada tahun 1995 akibat perbezaan ideologi, matlamat dan pendekatan yang membawa kepada

kumpulan serpihan yang dikenali sebagai NewPULO. Walau bagaimanapun masih belum jelas

peranan yang dimainkan oleh kedua kumpulan ini kerana mereka tidak menghebahkan organisasi

dan aktiviti yang dijalankan. Kemungkinan ini merupakan salah satu transformasi dalam strategi

mereka kerana penggunaan pendekatan sebelum ini tidak mendatangkan kesan dalam mencapai

matlamat mereka. Begitu juga dengan BRN yang mana wujudnya RKK yang berperanan

menyerang pasukan keselamatan dan tempat-tempat awam. Setiap serangan yang dilakukan

dilihat menggunakan perancangan yang cukup rapi sehingga menyukarkan pasukan keselamatan

mengesan mereka. Strategi yang digunakan juga mengalami transformasi apabila mereka tidak

lagi tinggal di hutan atau bukit dan bersembunyi dalam masyarakat awam. Selain itu, setiap

28

Page 29: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

serangan yang dilakukan tidak disusuli dengan kenyataan pengakuan oleh pihak mereka. Dari

segi sasaran pula, selain daripada pasukan keselamatan mereka juga menyerang orang awam

yang terdiri daripada pegawai kerajaan, sami-sami Buddha, Ustaz atau Imam, orang

perseorangan dan lain-lain lagi. Perubahan ini kemungkinan disebabkan berlaku transformasi

dalam kepimpinan setiap pertubuhan. Pemimpin pertubuhan telah bertukar tangan, maka

pendekatan dan peraturan pertubuhan akan turut bertukar mengikut persepsi dan perspektif

pemimpin yang baru. Bagi mengenalpasti perubahan pemimpin ini agak sukar kerana kedua-dua

pertubuhan ini menggunakan pendekatan bersembunyi dan belum mengisytiharkan pergerakan

mereka secara rasmi.

Tambahan pula, kerajaan Thailand yang belum mengiktiraf pertubuhan ini sebagai

pertubuhan gerakan pemisah. Transformasi aktor juga berlaku dalam kerajaan Thailand yang

mana sekitar tahun 70an, kerajaan Thailand di bawah Prem Tinasulanond mengiktiraf

pertubuhan gerakan pemisah ini dan pernah berlaku perundingan antara BRN dengan Tentera

Bahagian Keempat di Selatan Thailand. Namun, pertukaran pemimpin kerajaan Thailand telah

menyebabkan berlaku perubahan pendekatan khususnya semasa pemerintahan Thaksin

Shinawatra yang tidak mengiktiraf pertubuhan gerakan pemisah dan menganggap pergolakan

yang berlaku adalah masalah jenayah domestik dan merupakan masalah dalaman Thailand.

Pendekatan ini masih diteruskan oleh Abhisit Vijjajeva sehingga ke hari ini, dan ini merupakan

salah satu faktor yang menyebabkan konflik sukar diselesaikan kerana perundingan secara rasmi

tidak dapat dijalankan.

Justeru, elemen-elemen transformasi yang dibincangkan di atas merupakan perubahan

yang saling berkait rapat antara satu sama lain. Transformasi konflik di Selatan Thailand

mengalami kedua-dua sifatnya iaitu konstruktif dan destruktif. Secara umumnya, konflik ini

masih belum mencapai penyelesaian yang terbaik kerana transformasi konflik yang berlaku tidak

disokong oleh usaha-usaha pembinaan perdamaian. Walaupun begitu, dalam konflik yang

bersifat asimetrik yang berlaku di Selatan Thailand ini, usaha pembinaan perdamaian ini turut

bergantung kepada keputusan pihak kerajaan Thailand. Selagi mereka menyatakan ini konflik di

Selatan Thailand sebagai masalah dalaman negara Thailand, selagi itulah usaha pembinaan

perdamaian sukar dilaksanakan di wilayah konflik. Dengan ini, perlu ada mekanisme tertentu

29

Page 30: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

untuk mempengaruhi keputusan kerajaan Thailand untuk menjadikan konflik ini terbuka dan

memberi ruang kepada pihak luar untuk campurtangan.

7. Kesimpulan

Konflik di Selatan Thailand bukan perkara baru untuk diperkatakan, malahan usianya

yang begitu lama menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku. Konflik yang bersifat dinamik

telah membawa tiga wilayah ke kancah yang lebih rumit sehingga mengorbankan ribuan nyawa

dan kemusnahan harta benda. Usia yang begitu lama menunjukkan konflik ini belum berjaya

diselesaikan sepenuhnya walaupun sekitar tahun 80an konflik ini dilihat reda. Namun, menjelang

tahun 2004 ia muncul kembali apabila berlaku perubahan pendekatan pemimpin kerajaan

Thailand dalam mengurus konflik ini. Isu utama dalam konflik ini adalah kemerdekaan ke atas

wilayah Patani yang dituntut oleh OMIP dan berkembang kepada isu-isu identiti dan budaya.

Perkembangan isu ini selain sifat konflik yang dinamik tetapi juga disebabkan kelemahan

kerajaan Thailand yang berfikiran sempit terhadap pengamalan identiti dan budaya kelompok

lain. Pemimpin yang berbangsa Thai melihat identiti dan budaya Melayu melalui kacamata

budaya sendiri sehingga bertindak secara salah dengan menafikan hak orang lain. Kemungkinan

pemimpin Thai menganggap identiti Thai merupakan yang terbaik dan sesuai untuk semua

kelompok dalam negara Thailand. Buktinya, mereka mempunyai semangat nasionalisme identiti

yang tinggi apabila bertindak membentuk ideologi ‘Dunia Thai’ yang merangkumi kelompok

mereka sahaja. Justeru, timbul elemen ethnocentrisme terhadap kelompok mereka dan sanggup

menghapuskan identiti dan budaya Melayu.

Fahaman inilah yang membawa kepada permasalahan di Selatan Thailand apabila bahasa

Melayu, tulisan jawi, agama Islam dan bangsa Melayu yang dimiliki oleh OMIP di Selatan

Thailand telah disekat dan dipaksa mengamalkan budaya Thai-Buddha. Hari ini, permasalahan

identiti dan budaya ini dilihat sudah menjadi penyebab utama kepada tuntutan kemerdekaan ke

atas negeri Patani. Justeru, pada pandangan saya, bagi mencari penyelesaian konflik di Selatan

Thailand adalah menumpukan kepada usaha-usaha pembinaan perdamaian yang bertujuan untuk

mempengaruhi kerajaan Thailand bagi mengiktirafkan identiti dan budaya Melayu-Islam di

Selatan Thailand. Hal ini kerana kedua isu ini merupakan nilai-nilai hidup yang sukar untuk

dibahagi-bahagikan. Tambahan pula, konflik yang berlaku adalah pertembungan antara dua

30

Page 31: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

kelompok berbeza yang mungkin berlaku pertelagahan pemahaman terhadap budaya antara satu

sama lain. Justeru, usaha yang perlu dijalankan ialah meningkat keupayaan OMIP selaku

kelompok minoriti untuk sama level dengan kerajaan Thailand bagi memudahkan perundingan.

Peningkatan keupayaan ini termasuk sokongan pihak luar seperti pemimpin negara, pertubuhan

antarabangsa ,NGOs dan institusi-institusi kerajaan seperti universiti, pusat-pusat penyelidikan,

jaringan kerjasama dan lain-lain lagi. Setiap pihak perlu memainkan peranan mengikut level dan

keupayaan masing-masing sama ada dari peringkat bawahan ( masyarakat lokal) sehinggalah

atasan (pemimpin negara dan PBB, ASEAN dan OIC). Tekanan dan pengaruh merupakan

elemen penting untuk melobi kerajaan Thailand bagi membuka konflik ini ke kontek

antarabangsa bagi membolehkan pihak luar campurtangan. Dengan ini, usaha yang penting perlu

dilakukan oleh semua pihak sama ada dari dalam mahupun luar adalah meningkatkan keupayaan

OMIP dan ruang campurtangan pihak luar, kerana konflik ini berbentuk asimetrik yang mana

kekuasaan dan keistimewaannya adalah memihak kepada kerajaan Thailand.

Senarai Rujukan

1. Buku

31

Page 32: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Age, L. (2005) Tsunami and Conflict Transformation in Aceh in The SEACSN Bulletin. Research and Education for Peace Unit, USM. Penang.

A. Malek, M,Z. (1993) Umat Islam Patani: sejarah dan Politik. Shah Alam, Hizbi.

Fathy, A. (1994) Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar, Pustaka Darussalam.

Lederach, J. P. (2003) The Little Book of Conflict Transformation. United States of Amerika, Good Book, Intercourse.

Mahmood, S.S. (1990) De-Radicalization of Minority Dissent: A Case Study of the Malay-Muslim Movement in Southern Thailand, 1980 – 1994. Philippines, Quezon City 1101.

Syukri, I. (2002) Sejarah Kerajaan Melayu Patani. Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Nik Mahmud, N.A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785 – 1954. (Versi Jawi). Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Vayrynen, R. (1991) New Direction in Conflict Theory: Conflict Resolution and Conflict Transformation. London, SAGE Publication Ltd.

2. Tesis

Pitsuwan, S. Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University.

Kaewtipayanate, B. (2008) Peace Journalism and the Tak Bai Incident: the case of the Bangkok Post and the Nation’s coverage on the Southern Conflict in Thailand. M. A Tesis, Orebro University.

Yaacob, C, M, A. (2009) Konflik Pemisah di Selatan Thailand: Isu, Aktor dan Penyelesaian. MA Tesis. Universiti Sains Malaysia

3. Kertas Persidangan dan Seminar

Danial, M. (2004) Konflik Selatan Thailand dan Transformasi Sosial. Pembentangan Kertas Kerja Sempena Minggu Perdamaian Universiti Sains Malaysia Ke-3. Pada 14 Disember 2004. Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang.

4. Laman Web dengan Nama Penulis

32

Page 33: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

Ayub, T.S. (2004) Insiden Pembunuhan Umat Islam di Selatan Thailand. Dlm. Persidangan Parlimen Malaysia Kesebelas, Penggal Pertama, Mesyuarat Ketiga. [Online].[Akses: 17 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR23112004.pdf

Bakar, Z. (2004) Rasa tidak tenang Tok Ayah terjawab selepas subuh- masjid bersejarah catat kisah sedih.[Online].[Akses: 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my

Harish, S.P.(2006) Ethnic or Religious Cleavage? Investigating the Nature of the Conflict in Southern Thailand. Contemporary Southeast Asia. [Online]. Vol.28,Iss.1 : pg.48,22pgs. [Akses: 14 November 2006]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://proquest.umi.com/pqdweb?did=1075504961&sid=1&Fmt=3&clientId=27905&RQT=309&VName=PQD

Hasan, A.Z. (2006) Bersama mencari keamanan. [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my

Jitpiromsri, S. (2010) Sixth year of the Southern Five: Dynamics of Insurgency and Formation of the New Imagined Violence. [Online].[Akses: 2 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/730

Miall, H. (2001) Conflict Transformation: A Multy-Demensional Task. [Online].[Akses: 28 November 2009]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.inglewhite.net/pfp/pdfpapers/p2-miall_handbook.pdf

Nik Mahmud, N. A. (2000) Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954 [Online].[Akses 23 Januari 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://fanzalika.tripod.com/malay/patani/kepala_%20 sejarah.html.

Pitsuwan, S. (1982) Islam and Malay Nationalism: A Case Study of the Malay-Muslim of Southern Thailand. Ph.D Tesis, Harvard University.

Rahim, A.F. (2009) Ditembak dalam masjid [Online].[Akses: 15 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my

Rahimmula, C.(2001) Peace Resolution : A Case Study of Separatism and Terrorist Movement in Southern Border Provinces of Thailand. [Online].[Akses: 2 Ogos 2005]. Boleh diperolehi melalui Laman Web: http://www.geocities.com/bluesing2001/media/peaceresolution.htm

Zulkiflee, B. (2004) Penduduk dakwa 100 maut – Thailand akui 84 terbunuh dalam tragedi berdarah di selatan Thai [Online]. [Akses 27 Oktober 2004]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2004&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

33

Page 34: Konflik Pemisah Di Selatan Thailand

5. Laman Web tanpa Nama Penulis

An interview on the ongoing southern conflict with Abhisit & Thavorn.(2009).[Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.deepsouthwatch.org/node/371

Belitan sejarah (2000) [Online],[Akses 13 Mac 2004]. Boleh diperolehi melalui Laman Layar: http://www.geocities.com/pulo_99_2000/sejarah.html

Junta Tentera Thailand dan Nasib Bangsa Melayu Patani!. Artikel daripada laman Web Pattani United Liberation Organization (PULO). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.puloinfo.net/?Show=ReadArticles&ID=46

Patani Malay Human Rights Organization (PMHRO). [Online].[Akses: 3 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman web: http://www.pmhro.net/?S=Geograph

Penyerang bakar 18 sekolah, empat askar terbunuh (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my

Perubahan dasar Surayud di selatan Thai tepat (2006). [Online].[Akses: 5 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: www.utusan.com.my

Selatan Thai berdarah – 107 militan, 5 askar terbunuh dalam pertempuran di tiga wilayah (2004) [Online].[Akses 4 November 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.utusan.com.my

Thailand Human Development Report 2007: Sufficiency Economy and Human Development. (2007) [Online].[Akses: 6 Mei 2010]. Boleh diperolehi melalui laman Web: http://www.undp.or.th/download/NHDR2007bookENG.pdf

34