komuniti minoriti mendepani arus pembangunan · pdf filemendiami beberapa kawasan seperti;...

25
41 Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan Dr Siti Nor Awang Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya Pengenalan Bab ini akan mengenegahkan isu pembangunan ekonomi dan hubungkaitnya dengan kumpulan minoriti yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia. Kupasan bab ini memberi penekanan kepada peluang dan strategi yang digunapakai oleh komuniti minoriti dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bermula dengan status sebagai pelarian di bumi Malaysia sekitar tahun 1970 an, dan akhirnya mendapat status pendudk tetap dan kini diterima sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia. Komuniati yang dikenali sebagai Orang Kemboja oleh masyarakat tempatan, dan mendiami Daerah Pekan Pahang dipilih sebagai subjek kajian. Persoalan bagaimana mereka akhirnya memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi khususnya sektor perikanan di negara ini menarik perhatian umum untuk dianalisa. Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 berlaku perubahan pola kependudukan dan perkembangan ekonomi yang ketara. Sektor luar bandar telah memainkan peranan penting di peringkat awal perkembangan dan pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara. Sektor pertanian umpamanya telah memberi sumbangan yang besar kepada KDNK, misalnya antara 1970 dan 1980 an didapati lebih 70 peratus penduduk Malaysia terlibat dengan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan. Namun selepas 1990 an sektor pertanian mengalami penguncupan dari segi sumbanganya kepada KDNK sehingga mencapai 14 peratus sahaja (Fatima Mohd Arshad et.al, 1997). Perubahan struktur ekonomi ini memberi gambaran yang cukup jelas tentang struktur ekonomi negara yang berorentasikan pertanian di peringkat awal

Upload: truongdung

Post on 14-Feb-2018

263 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

41

Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan

Dr Siti Nor Awang

Jabatan Antropologi dan Sosiologi

Universiti Malaya

Pengenalan

Bab ini akan mengenegahkan isu pembangunan ekonomi dan hubungkaitnya dengan

kumpulan minoriti yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia. Kupasan bab

ini memberi penekanan kepada peluang dan strategi yang digunapakai oleh komuniti

minoriti dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka. Bermula dengan status sebagai

pelarian di bumi Malaysia sekitar tahun 1970 an, dan akhirnya mendapat status pendudk

tetap dan kini diterima sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia. Komuniati yang

dikenali sebagai Orang Kemboja oleh masyarakat tempatan, dan mendiami Daerah

Pekan Pahang dipilih sebagai subjek kajian. Persoalan bagaimana mereka akhirnya

memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ekonomi khususnya sektor

perikanan di negara ini menarik perhatian umum untuk dianalisa.

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 berlaku perubahan pola

kependudukan dan perkembangan ekonomi yang ketara. Sektor luar bandar telah

memainkan peranan penting di peringkat awal perkembangan dan pembangunan

ekonomi, sosial dan politik negara. Sektor pertanian umpamanya telah memberi

sumbangan yang besar kepada KDNK, misalnya antara 1970 dan 1980 an didapati lebih

70 peratus penduduk Malaysia terlibat dengan kegiatan pertanian, penternakan dan

perikanan. Namun selepas 1990 an sektor pertanian mengalami penguncupan dari segi

sumbanganya kepada KDNK sehingga mencapai 14 peratus sahaja (Fatima Mohd

Arshad et.al, 1997). Perubahan struktur ekonomi ini memberi gambaran yang cukup jelas

tentang struktur ekonomi negara yang berorentasikan pertanian di peringkat awal

Page 2: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

42

kemerdekaan kepada orentasi bercorak perindustrian menjelang 1990 an. Implikasinya

turut mempengaruhi corak kehidupan masyarakat luar bandar dan bandar, di mana

migrasi penduduk luar bandar ke bandar meningkat. Usman dan Tarmiji (2008)

menjelaskan migrasi atau pergerakan penduduk ini berlaku sebagai tindakbalas terhadap

perkembangan urbanisai dan industrilasasi. Kesannya terbukti melalui peningkatan

jumlah penduduk bandar di Malaysia meningkat daripada 28.4 peratus pada 1970 kepada

61.8 peratus pada 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001). Namun dalam masa yang

sama juga Malaysia mengukuhkan perkembangan sektor perindustrian, pembinaan dan

perladangan. Kesan langsung daripada perkembangan ketiga-tiga sektor sektor ini

membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Keadaan ini berterusan

sehingga tiba pada tahap di mana timbul masalah kekurangan tenaga kerja khususnya di

sektor perladangan. Justeru peluang ini di ambil oleh migran buruh asing sekitar 1980 an

dan 1990 an (McCall, 1991; Hugo, 1993).

Namun dalam kerancakkan Malaysia mendepani perkembangan ekonomi yang pesat,

negara turut dikejutkan dengan kedatangan kumpulan pelarian dari Indocina bermula dari

1975 sehingga lewat 1990 an. Mereka ini terdiri daripada warga negara Kemboja yang

terdiri daripada pelbagai kumpulan seperti; Orang Khmer, Cham, Cina, Vietnam dan

kumpulan masyarakat asal suku kaum. Mereka mencari perlindungan daripada

kekejaman komunis yang menguasai negara mereka. Mohamad Zain Musa (2003)

seorang penyelidik berbangsa Cham menjelaskan dalam tulisannya, sebahagian besar

pelarian Cham ini adalah dari Kemboja dan yang lain dari Vietnam. Akibat pergolakan

politik di Indochina, tampuk pemerintahan negara tersebut telah diambil alih oleh

komunis pada tahun 1975. Di bawah pemerintahan Regim Khmer Rouge, penduduk

Kemboja berhadapan dengan kemelut politik dan mengakibatkan rakyat hidup dalam

Page 3: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

43

kesengsaraan. Sepanjang tempoh Regim Khmer Rouge berkuasa selama tiga tahun

sembilan bulan jumlah penduduk yang mati meningkat dengan mendadak. Namun jumlah

sebenar yang terkorban tidak dapat dipastikan dan ianya hanya berasaskan anggaran.

Misalnya Chandler, 1999; Chandler, Kiernan, Boua, 1988; dan Ysa Osman, 2006)

menganggarkan dua juta penduduk mati akibat kerja berat, kebuluran, penyakit, dan

dihukum mati.

Sementara, menurut Ysa Osman (2006) khususnya menganggarkan bilangan masyarakat

Islam Kemboja yang mati sepanjang tempoh Khmer Rouge berkuasa adalah antara

100,000 ke 500,000 orang. Anggaran ini kelihatan mempunyai julat yang besar kerana ia

berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber sebelum pra

pemerintahan Regim Khmer Rouge. Ysa Osman turut menambah bahawa kumpulam

masyarakat Cham Muslim meneriman tekanan yang lebih kuat berbading masyarakat

Khmer dan Vietnam disebabkan mereka menyuarakan penentangan terhadap Regim

Khmer Rouge secara terbuka. Di samping itu mereka juga menerima tekanan berterusan

akibat amalan beragama seperti cara berpakaian, menunaikan sembahyang, membaca

Quran, berpuasa dan lain-lain amalan keagamaan yang sememangnya bertentangan

dengan ideologi komunis.

Isu Pelarian dari Indochina ini telah menjadi satu fenomena politik dunia apabila mereka

cuba mencari perlindungan di negara-negara jiran berhampiran seperti Thailand dan

Malaysia. Jumlah pelarian ini mencecah angka ratusan ribu orang, menurut Supang dan

Reynolds (1998) melaporkan pada tahun 1976 dianggarkan Malaysia telah menerima

50,000 pelarian Indochina, dan jumlah ini telah meningkat kepada 100,000 orang

menjelang pertengahan 1979. Jumlah pelarian ini termasuk mereka yang bukan beragama

Islam. Walaubagaimanapun disebabkan faktor keselamatan dalam negara , kerajaan

Page 4: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

44

Malaysia pada masa tersebut telah mengambil keputusan untuk menempatkan pelarian

yang beragama Islam sahaja di negara ini (Stubbs, 1983).

Pada suku ketiga tahun 1975, dianggarkan terdapat Kira-kira 700,000 umat Islam yang

melarikan diri ke arah selatan Kemboja, iaitu ke Thailand dan Malaysia, namun dari

jumlah ini dianggarkan hanya 2,000 orang ‘Pelarian Islam Kemboja’ telah berjaya

diselamatkan oleh kerajaan Malaysia (PERKIM, 2010). PERKIM dan Persatuan Bulan

Sabit Merah (Red Crescent Malaysia) adalah dua badan yang diminta oleh pihak kerajaan

untuk menyelia hal berkaitan kebajikan, keselamatan dan penempatan di kem-kem

pelarian. Kemasukan pelarian dari Indochina ini berterusan sehingga tahun 1990 an,

masih ada yang memasuki negara ini dengan tiket melancong tetapi terus mencari

pekerjaan dan menetap. Faktor keluarga dan networking menjadi penyumbang kepada

kedatangan atau kemasukan pada tahun 1990 an. Namun selepas tahun 1992 mereka yang

memasuki negara ini tidak lagi dikelaskan sebagai pelarian, sebaliknya mereka

diketogerikan sebagai pendatang tanpa izin.

Bab ini akan memberi tumpuan kepada penglibatan kumpulan Pelarian Islam Kemboja

yang akhirnya mendapat taraf rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya penduduk tetap

turut terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses pembangunan

negara. Kumpulan masyarakat ini telah melalui proses penempatan semula yang panjang.

Bermula dengan penempatan awal di kem-kem pelarian seperti Kem Taman Kemumin

Pengkalan Chepa, diikuti kem Cherating, Pahang, dan seterusnya mencari penempatan

sendiri di seluruh pelusuk Malaysia. Kumpulan masyarakat minoriti ini telah berusaha

mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka dengan menceburi pelbagai kegiatan ekonomi

seperti perladangan, perniagaan dan perikanan. Kini setelah lebih tiga dekad mereka

Page 5: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

45

berada di Malaysia sumbangan masyarakat minoriti ini kepada pembangunan negara

sememangnya tidak dapat dinafikan. Fokus perbincangan tertumpu kepada aktiviti

ternakan ikan sangkar air tawar dan sumbanganya kepada industri perikanan negara.

Masyarakat Kemboja di Malaysia

Di Malaysia, kumpulan ‘Pelarian Islam Kemboja’ ini lebih dikenali dengan panggilan

‘Orang Kemboja’. Sebahagian besar terdiri daripada mereka yang berketurunan Cham

yang beragama Islam, dan sebahagian kecil terdiri daripada Khmer dan Vietnam yang

memeluk Islam dan berkahwin dengan masyarakat Cham. Di Kemboja masyarakat Cham

mendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, Kompong Cham, Battambang.

Sementara di kawasan-kawasan yang seperti; Pursat, Kampot, Takeo, Kratie dan

Kompong Thom juga terdapat masyarakat Cham, namun dari segi bilangan mereka

adalah lebih kecil (Nakula, 1989).

Jika disoroti sejarah kedatangan masyarakat ini ke Malaysia telah melalui dua tahap

utama; sebelum tahun 1975 dan selepasnya. Sebelum tahun 1975, bentuk perhubungan

dan tujuan kedatangan masyarakat Cham dari Kemboja adalah berlandaskan hubungan

perkahwinan dan pengajian agama Islam. Perhubungan yang terbentuk semenjak Abad ke

14 di antara Kerajaan Champa dan Kerajaan Melaka. Namun selepas tahun 1975,

kedatangan masyarakat Cham ke Malaysia adalah disebabkan paksaan ekoran dari

kekejaman yang dilakukan oleh Regime Khmer Rouge. Keadaan ini memaksa mereka

melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa dan mendapatkan perlindungan yang lebih

selamat.

Page 6: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

46

Dalam tempoh lima tahun terawal kedatangan masyarakat ini ke Malaysia, kebanyakan

mereka ditempatkan di kem-kem pelarian di Taman Kemumin, Kelantan. Selepas tempoh

dua tahun di kem pelarian mereka dibawa untuk menyertai masyarakat umum yang lain.

Ini dilakukan menerusi satu program khas yang dinamakan sebagai program ‘keluarga

angkat’ (lihat Nik Zaharah, 1977). Menerusi program ini masyarakat Melayu Kelantan

dipelawa untuk mengambil mana-mana pelarian dari kem Taman Kemumin, dan di beri

perlindungan dan pekerjaan. Apa yang menarik bagi program ini adalah melibatkan

bukan seorang pelarian tetapi seluruh ahli keluarganya. Ini bermaksud jika masyarakat

Melayu Kelantan ingin mengambil mana-mana pelarian, mereka perlu menerima ahli

keluarga pelarian tersebut termasuk anak dan isterinya. Pada tahap ini pelarian diberi

pekerjaan oleh majikan dan mereka mendapat gaji, sementara isteri mereka akan

melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan urusan rumahtangga, di samping

membantu isteri majikan masing-masing. Di sinilah mereka mula mengenali dan

mempelajari budaya masyarakat Melayu Kelantan, di samping menguasai kemahiran

memasak, menjahit, dan melakukan kerja-kerja pertanian. Dalam tempoh ini para

pelarian ini mengumpulkan wang hasil kerja mereka di samping mengumpulkan

pengalaman yang sangat berguna untuk meneruskan kehidupan yang lebih berdikari

selepas mereka meninggalkan keluarga angkat mereka.

Menjelang tahun 1980 an, kumpulan terawal yang tiba ke negara ini telah mula masuk ke

dalam masyarakat umum sepenuhnya. Mereka memulakan perniagaan kecil-kecilan

dengan menjual makanan, pakaian, dan barang keperluan rumahtangga. Teknik

perniagaan mereka adalah dengan membawa atau menjungjung barangan terebut di atas

kepala. Mereka akan memasuki kawasan perkampungan masyarakat Melayu di sekitar

Page 7: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

47

daerah Kota Bharu. Bagi lelaki pula ada di antara mereka yang bekerja sebagai pembantu

kedai, buruh binaan, dan pernigaan kecil.

Seterusnya bagi kumpulan pelarian yang datang lebih kemudian iaitu selepas tahun 1980

an mereka tidak lagi dijadikan keluarga angkat kepada masyarakat Melayu Kelantan.

Sebaliknya mereka ini dihantar untuk bekerja di ladang-ladang bagi mengisi kekurangan

tenaga kerja di sektor perladangan khususnya kelapa sawit sebaik sahaja mereka

dibenarkan keluar dari kem pelarian di Cherating, Pahang. Antara ladang kelapa sawit

yang menjadi tempat mereka mencari rezeki adalah Ladang Keratong, dan Sawira di

Pahang. Hasil pendapatan yang diterima oleh setiap keluarga disimpan dan dijadikan

modal oleh mereka untuk memulakan kehidupan yang lebih berdikari kemudiannya.

Dalam kebanyakan kes mereka menggunakan simpanan tersebut untuk memulakan

perniagaan seperti pakaian, makanan, dan barangan keperluan rumahtangga. Menjelang

tahun 1990 an sebahagian besar daripada masyarakat ini telah ‘resettle’ di kawasan

penempatan yang kebayakkan adalah di atas tapak yang dibeli secara berkumpulan. Oleh

itu tidak hairanlah jika ditemui kawasan penempatan masyarakat ini yang berkelompok di

seluruh negara.

Justeru, setelah lebih dari 36 tahun mereka berada di negara ini, masyarakat Cham boleh

ditemui di Kota Bharu dan Pasir Mas (Kelantan), Kuala Terengganu dan Dungun

(Terengganu), Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan Ulu Tiram (Johor),

Tanjung Minyak dan Bukit Rambai (Melaka), Seremban Negeri Sembilan), Banting,

Kelang, Sungai Buluh dan Kajang (Selangor), Bukit Belacan (Kuala Lumpur), Ipoh,

Kuala Kangsar, Parit Buntar (Perak), Nibong Tebal (Pulau Pinang), Alor Setar dan Kulim

(Kedah) dan Kangar (Perlis). Jumlah mereka dianggarkan lebih kurang 61,000 orang

(Mohamad Zain Musa, 2003).

Page 8: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

48

Akuakultur dan Masyarakat Kemboja

Sektor perikanan memainkan peranan yang penting sebagai salah satu penyumbang

utama sumber makanan dan proten kepada penduduk Malaysia. Sektor ini turut

menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada nelayan dan penternak ikan secara

khusus. Di Malaysia kegiatan perikanan dibahagikan kepada dua sektor utama; tangkapan

ikan marin dan akuakultur atau juga dikenali sebagai perikanan darat. Industri aquakultur

di Malaysia boleh diketegorikan sebagai industri yang agak baru berbanding dengan

negara-negara jiran di sekitar kawasan Indo-Pacific (Leong, Hanafi dan Merican, 1988).

Namun didapati sektor industri ini berkembang pesat dalam tempoh dua dekat ini.

Menurut Leong, Hanafi dan Merican (1988) menjelaskan bahawa kegiatan aquakultur di

Malaysia hanya bermula sekitar tahun 1900 an dan ternakan ikan yang dikenali sebagai

Chinese Carp di kawasan lombong tinggal menjadi pilihan. Seterusnya menjelang 1930

an kaedah ternakan udang dalam sangkar mula dibangunkan di selatan negeri Johor.

Menjelang 1950 an dan 1960 an ternakan kepah mula giat di jalankan, diikuti tahun 1970

an kegiatan ternakan ikan sangkar air masin dan ternakan kupang mula berkembang. Kini

pelbagai jenis ikan telah diternakan di negara ini termasuk udang dan pelbagai jenis

kerang-kerangan. Justeru perkembangan sektor aquakultur dan sumbangannya kepada

negara semakin meningkat dari tahun ke tahun membuktikan kepentingan sektor ini dan

sumbanganya kepada negara (lihat Awang, 1995; Leong, Hanafi dan Merican, 1988).

Dari segi peratusan sumbangan sektor akuakultur ini hanyalah 0.02 peratus daripada

jumlah keseluruhan sektor perikanan, namun jumlah ini dijangka akan terus meningkat

ekoran perkembangan yang begitu pesat (Jabatan Perikanan, 2005). Kepesatan ini

didorong oleh usaha kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada tangkapan

marin yang sememangnya telah dilakukan secara optimum. Bagi memastikan

Page 9: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

49

penggunaan dan pengeluaran ikan pada masa hadapan tidak terjejas sektor akuakultur

menjadi pilihan.

Pada tahun 2009 sub-sektor perikanan telah menghasilkan peningkatan sebanyak 4.44

peratus atau sejumlah 1,710,301 tan metrik ikan berbanding sebanyak 1.737,660 tan

metrik pada tahun 2008. Sementara dari segi nilai menunjukkan peningkatan sebanyak

16.4% dalam tempoh yang sama, iaitu sebanyak RM 8,546 juta, berbanding RM 7,345

juta pada tahun 2008. Peningkatan dalam kuantiti pengeluaran adalah disumbangkan oleh

pertambahan dalam pengeluaran akuakultur sebanyak 37.2%. Bidang perikanan

tangkapan dan akuakultur masing-masing menyumbang sebanyak 1,376,850 tan metrik

dan 333,451 tan metrik kepada pengeluaran ikan makanan negara (Jabatan Perikanan

Malaysia, 2010).

Industri akuakultur air tawar khususnya di negeri Pahang melibatkan sistem berbeza

antaranya; sistem kolam, sistem bekas lombong, sistem sangkar air tawar, sistem tangki

simen, sistem tangki kanvas, dan sistem kandang ikan. Pengeluaran dari ternakan

sangkar air tawar semakin penting di mana ia menyumbang 5.18% dari keseluruhan

pengeluaran ternakan air tawar negara iaitu meningkat sebanyak 6.21% daripada 7,438.40

tan metrik pada tahun 2008 kepada 7,900.44 tan metrik pada tahun 2009. Nilai juga

meningkat 38.46% kepada RM73.59 juta pada tahun 2009 daripada RM53.15 juta pada

tahun 2008. Keluasan sangkar air tawar yang direkodkan pada tahun 2009 adalah

377,123.71 meter persegi meningkat 12.04% berbanding 336,594.23 meter persegi pada

tahun 2008. Tilapia Merah merupakan spesis utama yang diternak dengan pengeluaran

sebanyak 4,408.83 tan metrik bernilai RM26.06 juta dan diikuti dengan Patin sebanyak

2,124.72 tan metrik bernilai RM22.01 juta (Jabatan Perikanan Malaysia, 2010).

Page 10: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

50

Pahang merupakan antara negeri penyumbang utama kepada bukan sahaja sektor

perikanan marin malah juga akuakultur. Sektor akuakultur yang semakin berkembang

pesat boleh didapati di daerah seperti, Temerloh, Pekan dan Rompin. Selaras dengan

usaha kerajaan untuk memajukan sektor perikanan sebagai salah satu sektor penting yang

mampu membawa pulangan yang besar kepada negara, maka pelbagai usaha telah

dilakukan. Antara usaha yang dilakukan adalah dengan memberi bantuan teknik, latihan,

kemudahan pinjaman, dan bantuan pasaran. Dari segi pengeluaran menurut data yang

dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia pada 2009 mendapati Pahang berada pada

tempat ke tiga bagi kategori negeri yang paling banyak menghasilkan ikan patin di

samping Perak dan Selangor. Di Pahang ikan patin atau n ama saintifiknya Pangasius

hypophthalmus boleh didapati di daerah-daerah seperti; Temerloh, Maran, Pekan,

Jerantut, Bera dan Lipis. Selain itu terdapat pelbagai jenis ikan seperti kelah, jelawat,

kerai, tapah, baung temoleh, tilapia, baung, lampam, tenggalan dan udang galah (Jabatan

Perikanan Negeri Pahang, 2010).

Penglibatan kumpulan masyarakat minoriti khususnya masyarakat Kemboja dalam

industri akuakultur ini lebih ketara di kalangan mereka yang membina penempatan kekal

di kampung-kampung sepanjang muara Sungai Pahang. Sebahagian besar daripada

penduduk yang mendiami kawasan tebing sungai ini iaitu kira-kira 80 peratus terlibat

dengan kegiatan ekonomi menternak ikan dalam sangkar. Antara kampung-kampung

yang didiami oleh masyarakat Kemboja yang terlibat secara khusus adalah Pulau Keladi,

Sekor, Sekukuh, Sungai Baung dan Tanjung Medang.

Rujuk Jadual 3.1 untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang jumlah penternak

mengikut kampung yang dihuni. Terdapat 13 buah kampung di daerah Pekan yang

Page 11: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

51

terlibat secara langsung dengan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar air tawar untuk

tempoh 2007 dan 2009. Daripada jumlah keseluruhan lima buah kampung iaitu Pulau

Keladi, Sekor, dan Sungai Baung, merupakan kampung yang dihuni oleh masyarakat

Kemboja keseluruhannya.

Kampung-kampung ini merupakan kampung yang mempunyai bilangan penternak yang

paling ramai. Sementara bagi Kampung Sekukuh, dan Tanjung Medang adalah kampung

yang terdiri daripada penduduk yang berketurunan Melayu dan Kemboja. Kampung

Pulau Keladi yang keseluruhannya dihuni oleh masyarakat Kemboja merupakan

kampung yang mempunyai paling ramai bilangan penternak ikan sangkar air tawar.

Diikuti oleh Kampung Sekor yang mempunyai 31 penternak pada tahun 2007 dan

meningkat kepada 33 orang penternak pada 2009.

Seterusnya diikuti oleh Sekukuh yang mempunyai 26 orang penternak untuk 2007 dan

2009. Dari segi bilangan jumlah penternak antara tahun 2007 dan 2009 tidak

menampakan perbezaan yang ketara. Ini dipengaruhi oleh faktor kepadatan penduduk

yang tinggi disetiap kampung membataskan pertambahan bilangan penternak baru.

Namun dari segi bilangan sangkar kemungkinan bertambah adalah masih mempunyai

kemungkinan untuk berlaku pertambahan jika modal dan tenaga buruh diperolehi.

Page 12: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

52

Jadual 3.1 : Bilangan Penternak Ikan Sangkar Air Tawar di Daerah Pekan

Kampung

2007 2009

Pulau Keladi * 62 62

Sekor* 31 33

Sekukuh* 26 26

Sg Baung* 7 6

Tanjung Medang* 6 6

Ketapang Hilir 5 4

Ketapang Tengah 4 5

Sg Lebai Yahya 4 5

Padang Rumbia 2 2

Gancong 1 1

Kg Tebat 1 1

Pusat Komersial 1 1

Sultan Abu Bakar 1 1

Jumlah

151

153

*Kampung masyarakat Kemboja

Sumber – Jabatan Perikanan Daerah Pekan 2010

Seterusnya dari segi bilangan penternak ikan sangkar air tawar di Daerah Pekan mengikut

kumpulan etnik Jadual 3.2 memberi gambaran yang lebih jelas. Penernak yang dikelaskan

sebagai etnik Kemboja merupakan kumpulan yang paling ramai melibatkan diri dalam

industri ini. Misalnya bagi tahun 2007 sejumlah 151 orang atau 60.9 peratus daripada

jumlah keseluruhan penternak ikan sangkar adalah orang Kemboja. Bilangan ini

bertambah kepada 153 orang penternak pada tahun 2009, namun dari segi peratusan

jumlah ini didapati menurun kepada 51.3 peratus. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor

pertambahan bilangan perternak dari kumpulan etnik Melayu yang meningkat dengan

kadar yang cukup ketara iaitu kira-kira 10 peratus untuk tahun 2007 dan 2009. Sementara

bagi penternak berketurunan China pula bilangannya tidak berubah hanya terdapat empat

penternak sahaja, dan dari segi peratusan adalah menurun untuk kedua-dua tahun

disebabkan faktor yang sama.

Page 13: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

53

Jadual 3.2 : Bilangan Penternak Ikan Sangkar Air Tawar mengikut Kumpulan

Etnik Bagi tahun 2007 dan 2009 (Sehingga Oktober)

Sumber – Jabatan Perikanan Daerah Pekan 2010

Keadaan ini memberi gambaran bahawa masyarakat Kemboja merupakan penternak ikan

sangkar air tawar paling ramai di Daerah Pekan. Justeru sumbangan masyarakat ini

kepada industri perikanan negara khususnya ikan air tawar dalam sangkar tidak dapat

dinafikan, walaupun dari segi bilangan mereka adalah penduduk minoriti, namun

sumbangan mereka kepada pengeluaran ikan air tawar negara mengatasi jumlah mereka.

Pengeluaran ikan yang dihasilkan oleh penternak Kemboja ini berkait rapat dengan

jumlah sangkar yang dimiliki (sila rujuk Jadual 3.3). Jumlah sangkar yang dimiliki

menentukan skala pengeluaran. Menerusi observasi di lapangan umumnya terdapat tiga

kategori penternak yang terdapat di daerah Pekan; penternak berskala besar, sederhana

dan kecil. Penternak yang memiliki jumlah sangkar sekurang-kurangnya 200 buah atau

lebih dikelaskan sebagai penternak berskala besar. Manakala penternak yang memiliki

jumlah sangkar antara 50 hingga 199 dikelaskan sebagai penternak berskala sedernaha,

Kumpulan Etnik

2007

%

2009

%

Kemboja

Melayu

China

151

93

4

60.9

37.5

1.6

153

141

4

51.3

47.3

1.3

Jumlah

248

100

298

100

Page 14: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

54

dan yang terakhir bagi mereka yang mempunyai kurang daripada 50 buah sangkar

dikelaskan sebagai penternak berskala kecil.

Berdasarkan data yang diperolehi daripada Jabatan Perikanan Daerah Pekan untuk tahun

2010 mendapati julah sangkar ikan yang dimiliki oleh masyarakat Kemboja adalah yang

tertinggi bagi tahun 2007 dan 2009, diikuti oleh masyarakat Melayu dan Cina. Dari segi

bilangan berlaku peningkatan jumlah sangkar yang dimiliki oleh masyarakat Kemboja

iaitu 1012 buah sangkar bagi tahun 2007 dan meningkat kepada 1026 pada tahun 2009.

Namun dari segi peratusan jumlah ini menurun pada tahun 2009 disebabkan peningkatan

bilangan penternak dari kumpulan etnik Melayu yang begitu ketara.

Jadual 3.3: Jumlah Sangkar Mengikut Kumpulan Etnik di Daerah Pekan Bagi

Tahun 2007 dan 2009 (Sehingga Oktober)

Sumber – Jabatan Perikanan Daerah Pekan 2010

Secara umumnya Jadual 3.4 memberi gambaran yang lebih terperinci berhubung dengan

status pengeluaran mengikut tahap yang ditentukankan oleh Jabatan Perikanan Daerah

Pekan. Terdapat tiga kategori utama status pengeluaran iaitu; status pengeluaran kategori

tinggi, sederhana dan rendah. Bagi tahun pengeluaran 2007 dan 2009 didapati masyarakat

Kemboja yang dikategorikan sebagai pengeluaran ikan berstatus tinggi mendahului

Kumpulan Etnik

2007

%

2009

%

Kemboja

Melayu

China

1012

568

289

54.1

30.4

15.5

1026

949

302

45.1

41.6

13.3

Jumlah

1869

100

2277

100

Page 15: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

55

masyarakat Melayu dan Cina. Bagi kaegori ini biasanya para penternak ikan mempunyai

pelanggan tetap dan mereka menjadi pembekal kepada restoran, kedai makan, dan pasar.

Sementara bagi penternak bersatus sederhana biasanya mereka akan menjual sendiri di

pasar-pasar seperti; pasar malam, pasar pagi, dan pasar tani sekitar negeri Pahang. Bagi

kategori penternak berstatus pengeluar rendah pula kebiasaannya akan menjual ikan-ikan

mereka kepada penternak berstatus tinggi dan sederhana. Ketiga-tiga kategori penternak

ini membentuk rangkaian perhubungan antara satu sama lain yang baik, di samping

strategi yang betul bagi memastikan permintaan dan penawaran sentiasa stabil. Justeru,

mereka tidak menghadapi masalah untuk menjadi pembekal kerana bekalan ikan sentiasa

ada sepanjang tahun. Di samping harga pasaran ikan juga dapat distabilkan menerusi

rangkaian perhubungan timbal balas yang baik.

Jadual 3.4 : Status Pengeluaran Mengikut Tahap bagi Tahun 2007 dan 2009

(sehingga Oktober)

Tinggi S – Sederhana R – Rendah

Sumber – Jabatan Perikanan Daerah Pekan 2010

Status Pengeluaran

2007 2009

T S R T S R

Kemboja

Melayu

Cina

14

9

1

74

43

3

63

41

-

17

14

3

69

63

1

67

64

-

Jumlah

Page 16: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

56

Sejarah Perkembangan Ternakan Ikan Sangkar di Kalangan

Masyarakat Kemboja.

Masyarakat Kemboja di Daerah Pekan mencipta sejarah tersendiri berhubung dengan

teknik ternakan ikan dalam sangkar. Ianya bermula sekitar tahun 19841 apabila salah

seorang daripada mereka yang dikenali dengan nama Wak Zakaria berjaya menangkap

ikan Patin bersaiz sederhana yang agak banyak dari Sungai Pahang. Jumlah yang

diperolehi melebihi keperluan makanan beliau sekeluarga. Beliau mendapat idea untuk

membina sangkar yang diperbuat daripada kayu dan memasukan anak-anak ikan tersebut

ke dalamnya. Bagi mengelakan daripada sangkar tersebut hanyut beliau menggunakan

tali yang kuat dan diikat pada sebatang pokok berhampiran tebing sungai. Kebaikan

teknik ternakan ikan sangkar ini adalah lebih mudah dan fleksibel. Apabila tiba musim

hujan aras air sungai akan meningkat dan sangkar akan terapung tinggi ke permukaan

sungai. Sementara jika musim kemarau sangkar akan menghampiri dasar sungai. Pada

peringkat awal Wak Zakaria menangkap ikan yang lebih kecil untuk dijadikan makanan

kepada ikan peliharaannya. Usaha ini membuahkan hasil apabila ikan ternakan beliau

membesar dan mencapai tempoh matang setelah mencapai tempoh matang selama 12

bulan untuk dipasarkan, beliau berjaya menjual ikan peliharaannya pada jumlah yang

agak besar iaitu RM7000.00 kepada masyarakat China dan Melayu di kawasan bandar

Pekan.

Hasil jualan ikan yang lumayan ini telah mendorong beliau untuk meneruskan usaha

tersebut dan seterusnya beliau menggunakan bahan-bahan yang lebih tahan lama dan

lebih sesuai untuk membina sangkar. Antaranya paip plastik, jaring plastik dan tong

plastik, kesemua bahan-bahan ini mudah dan diperolehi dari kedai-kedai sekitar bandar

1 Maklumat ini diperolehi menerusi temubual mendalam yang dijalankan semasa penulis menjalankan

kajian lapangan pada 2006 selama Sembilan bulan disalah sebuah kawasan penempatan masyarakat Kemboja di Daerah Pekan .

Page 17: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

57

Pekan. Ekoran kejayaan yang dicapai oleh Wak Zakaria ini telah menjadi pendorong

kepada rakan-rakannya yang lain untuk turut sama menternak ikan sangkar. Kegiatan

ekonomi ini lebih menguntungkan, mampu menghasilkan pendapatan yang lebih tetap, di

tambah lagi bleh dijadikan kegiatan ekonomi sampingan. Kegiatan ekonomi yang pada

mulanya sekadar berbentuk mengisi masa lapang telah merubah lanskap ekonomi bukan

sahaja di kalangan masyarakat Kemboja di Daerah Pekan, malah kemudiannya juga turut

melibatkan masyarakat Melayu dan Cina.

Terdapat beberapa saiz sangkar ikan yang yang sering digunakan oleh masyarakat

Kemboja antaranya; 6 x 6 x 9 kaki dan 9 x 9 x 12 kaki. Jika penternak mempunyai

bilangan sangkar lebih daripada satu, kebiasaannya mereka akan mengikat sangkar-

sangkar ini secara selari seperti dalam gambarajah 1. Bagi sangkar yang bersaiz 6 x 6 x 9

kaki lebih kurang 2000 anak benih ikan boleh dimasukan. Sementara bagi sangkar yang

bersaiz lebih besar iaitu 9 x 9 x 12 kaki antara 3000 – 3500 ekor anak ikan boleh

dimasukan ke dalam sangkar ini. Sila rujuk Rajah 3.1 untuk gambaran yang lebih jelas

tentang rupa bentuk sebenar sangkar ikan yang terapung di Sungai Pahang. Bahagian atas

sangkar ditutup untuk tujuan memudahkan kawalan ikan daripada dirosakan atau dicuri,

dan kedua untuk memudahkan pergerakan penternak semasa proses memberi makan ikan

dan membersihkan sangkar ikan. Tali pengikat antara sangkar dan tali pengikat sangkar

ke tebing perlu dipastikan tali yang berkualiti bagi memastikan sangkar-sangkar ikan

tidak dihanyutkan oleh air sungai khususnya apabila tiba musim banjir.

Page 18: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

58

9 kaki

12 kaki

9 kaki

Tali pengikat

antara sangkar

Tali pengikat ke tebing

Gambarajah 3.1 : Ilustrasi Bentuk dan Saiz Sangkar Ikan

Sumber : Lakaran Penulis

Gambar 1 : Sangkar Ikan

Sumber: Koleksi Penulis

Page 19: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

59

Masyarakat Minoriti dan Pembangunan Komuniti

Agenda pembagunan komuniti boleh dianggap sebagai satu usaha yang dirangka dan

direalisasikan bertujuan membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat. Perubahan

ini bersifat progresif dan melibatkan pelbagai dimensi seperti perubahan kebendaan yang

sering dikaitkan dengan peningkatan pendapatan. Juga perubahan sosial yang merujuk

kepada perubahan cara hidup yang dikaitkan dengan traditional kepada amalan dan cara

hidup moden (Asnarulkhadi, 2005). Di Malaysia usaha ini diperhebatkan selepas 1970

bila mana Rancangan Malaysia Ke dua bermula. Strategi yang lebih responsif digunakan

dalam pembangunan dengan menggalakan penglibatan masyarakat dalam merebut

peluang-peluang pembangunan. Justeru pendekatan pembangunan komuniti di

perkenalkan untuk menggerakan penduduk luar bandar turut terlibat dalam proses

pembangunan (Asnararulkhadi, 2005).

Di negara ini pembangunan komuniti dilaksanakan dengan menggunakan beberapa

pendekatan. Pertama pendekatan atas-bawah atau lebih dikenalai sebagai direct approach

oleh Batten (1957). Pendekatan ini bersifat arahan dari pihak kerajaan yang dilasurkan

untuk dilaksanakan di peringkat komuniti. Ianya diperkukuhkan melalui penglibatan

jentera pelaksana dasar di pelbagai peringkat meliputi peringkat negeri, daerah, mukim

dan kampung. Menerusi jentera pelaksana ini dapat memastikan semua bentuk

perbekalan, dan khidmat nasihat teknikal diberikan kepada kelompok atau komuniti

sasaran.

Pendekatan ke dua dikenali sebagai pembangunan komuniti jenis jaya diri. Pembangunan

jenis ini menekankan kepada inisiatif dan usaha komuniti sendiri dalam menjayakan

kemajuan dan perubahan dalam lingkungan kejiranan atau komuniti (Cary, 1970;

Page 20: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

60

Thomas, 1983). Pendekatan ini mampu menarik anggota komuniti untuk menjayakan

aktiviti pembangunan komuniti menerusi ikatan sosial yang dimiliki.

Pendekatan pembangunan komuniti ke tiga adalah jenis arahan kendiri atau self-directed.

Pendekatan ini tidak terbatas kepada aktiviti yang disokong oleh pihak kerajaan,

sebaliknya dijayakan sendiri oleh masyarakat. Menurut Asnarulkhadi (2005), bentuk

pembangunan jenis ini biasanya berasaskan perkumpulan kejiranan dan kumpulan

tindakan yang memainkan peranan penting dalam menjayakan aktviviti yang dirancang.

Antara bentuk kumpulan kejiranan dan kumpulan tindakan adalah seperti khairat

kematian, Persatuan Ibubapa dan Guru, Perkumpulan Wanita dan lain-lain.

Ketiga-tiga pendekatan ini mampu membantu perlaksanaan pelan pembangunan

komuniti, namun masing-masing mempunyai kekuatan dan kelamahan masing-masing.

Usaha membangunkan komuniti boleh dijayakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan malah

boleh dijayakan oleh komuniti itu sendiri. Namun yang pasti walau apapun pendekatan

yang dipilih ia seharusnya membawa kesejahteraan dan meningkatkan kualiti hidup

komuniti terbabit. Bagi masyarakat Kemboja pendekatan ke dua dilihat lebih menepati

dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Mereka menggunakan pengalaman dan

kekuatan yang ada pada mereka dan akhirnya berjaya melaksanakan aktiviti penternakan

ikan sangkar dengan jayanya.

Kumpulan minoriti ini secara individu atau secara kolektif memainkan peranan penting

dalam pembangunan negara khususnya pembangunan industri akukultur. Di peringkat

awal penglibatan mereka dalam industri ini lebih merupakan sebagai aktiviti ekonomi

bersifat alternatif berbanding aktiviti utama. Penglibatan kumpulan minoriti seperti

Page 21: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

61

masyarakat Kemboja ini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa daya usaha yang

bersungguh-sungguh untuk meneruskan kehidupan mereka di negara asing telah

membuahkan hasil. Bermula dengan usaha yang dilakukan secara tidak langsung di

peringkat awal dan akhirnya bertukar menjadi salah satu sumber ekonomi utama

keluarga. Seterusnya berjaya menjadikan kegiatan ini sebagai salah satu kegiatan

ekonomi penting kepada bukan sahaja kepada masyarakat Kemboja malah kepada

masyarakat Malaysia umumnya. Hasil usaha mereka telah menjadi pencetus kepada

masyarakat Melayu dan Cina di daerah Pekan untuk menceburi bidang yang membawa

pulangan yang baik. Maka tidak hairanlah pada hari ini daerah Pekan merupakan salah

sebuah bandar yang sinonim dengan bandar ikan patin selain dari bandar Temerloh di

Negeri Pahang.

Satu perkara yang dikira menarik untuk diteliti adalah dari segi perkembangan industri

ini, ianya dimulakan dengan daya usaha sendiri tanpa sebarang bentuk bantuan sama ada

latihan, teknik, khidmat nasihat, pasaran, atau kewangan. Sehingga ke hari ini kegiatan

ini masih diteruskan tanpa pergantungan kepada agensi kerajaan seperti Jabatan

Perikanan atau Lembaga Pertubuhan Peladang. Keadaan ini agak sedikit berbeza

berbanding dengan peternak berketurunan Melayu yang sedikit sebanyak mengharapkan

bantuan daripada agensi-agensi kerajaan yang terbabit untuk melibatkan diri dengan

kegiatan ini.

Kesimpulan

Sebagai rumusan dapatlah dikatakan bahawa sumbangan masyarakat minoriti dalam

perkembangan dan pembangunan industri akukultur di daerah Pekan sememangnya tidak

dapat dinafikan. Penglibatan masyarakat Kemboja sebagai peneraju utama industri ini

Page 22: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

62

jelas terbukti menerusi sama ada dari segi bilangan penternak, bilangan sangkar ikan

yang dimiliki atau pun dari segi status pengeluar. Kesemuanya membuktikan bahawa

masyarakat ini menjadi pendahulu dalam industri ini, juga satu fakta yang tidak harus

dikesampingkan adalah mereka sebagai pelopor. Kejayaan ini juga sebenarnya berkait

rapat dengan semangat kerjasama, usahs gigih, dan tolenransi yang tinggi yang dimiliki

oleh mereka. Ciri-ciri khusus yang ada pada mereka boleh di lihat sebagai kunci utama

kejayaan mereka sehingga ke hari ini. Dari segi pengeluaran misalnya mereka berupaya

memastikan bekalan sentiasa ada dan mencukupi sepanjang tahun tanpa mengira musim.

Ini pastinya memerlukan strategi dan penelitian khusus oleh pembekal dan penternak dan

pastinya persefahaman di antara kedua-dua pihak ini sangat penting. Tidak kira sama ada

penternak bersaiz kecil, sederhana atau besar masing-masing mempunyai strategi

pengeluaran dan pemasaran tersendiri. Walaupun mereka ini tidak menerima sebarang

bentuk bantuan, bimbingan atau sokongan yang jelas dari pihak kerajaan, namun mereka

masih mampu membuka mata masyarakat setempat tentang peluang dan ruang yang ada

untuk memartabatkan sektor ini sebagai sumber ekonomi yang menguntungkan.

Kumpulan minoriti ini juga mampu mengekalkan status sebagai penyumbang utama

kepada perkembangan industri akuakultur di daerah Pekan sehingga ke hari ini.

Page 23: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

63

Rujukan

Asnarulkhadi Abu Samah, 2005, Pendayaupayan Komuniti Melalui Penglibatan: Satu

Penilaian Umum Terhadap Pembangunan komuniti di Malaysia,. Kuala Lumpur : Institut

Sosial Malaysia, Malaysian Journal of Social Policy And Society, pp. 75 -91

Batten, T.R., 1957, Communities and their Development, London: Oxford University

Press.

Cary, L.J., (ed.) 1970, Community Development as a Process, Columbia: University of

Missouri Press.

David Chandler, 1999, Brother Number One: A Political Biography of Pol Pot,

Westview Press.

David Chandler, Ben Kiernan, Chanthou Boua, 1988, Pol Pot Plans the Future:

Confidential LeadershipDocuments from Democratic Kampuchea. New Haven, Conn.:

Yale University Southeast Asia Studies,Yale Center for International and Area Studies.

Farina So, 2010, An Oral History of Cham Muslim Women in Cambodia under the Khmer

Rouge Regime, MA Thesis, Ohio University, access pada 10/7/2011.

www.dccam.org/.../An_Oral_History_of_Cham_Muslim_Women.

Fatimah Mohd Arshad (et.al), 1997, Rural Development Model in Malaysia, paper

presented in a meeting with the Hon. President of Peru, Lima, PERU, 13 October 1997,

25p.

Hugo, G., 1993, Indonesian Labour Migration to Malaysia: Trends and Policy

Implications, Southeast Asian Journal of Social Scienece, 21(1) pp:36-70.

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2001, Laporan Tahunan, Percetakan Kerajaan.

Jabatan Perikanan Negeri Pahang, 2009, Laporan Tahunan, Percetakan Keranaan.

Jabatan Perikanan Negeri Pahang, 2010, Laporan Tahunan, Percetakan Keranaan.

Jabatan Perikanan Daerah Pekan, 2010, Laporan Tahunan, Percetakan Kerajaan

Kechik I.A., 1995, Aquaculture in Malaysia, In: T.U. Bagarinao & E.E.C. Flores (eds.)

Towards Sustainable Aquaculture in Southeast Asia and Japan. (pp. 125-135). Iloilo,

Philippines: SEAFDEC Aquaculture Department.

Liong, P.C., H.B. Hanafi, Z.O. Merican and G. Nagaraj, 1988. Aquaculture development

in Malaysia. In; Perspectives in Aquaculture Development in Southeast Asia and Japan:

Contribution of the SEAFDEC Aquaculture Department. Proceedings of the Seminar on

Aquaculture Development in Southeast Asia, Iloilo City, Philippines, 8-12 September

1987 (J.B. Juario and L.B. Benitez, eds.). 73-90

Page 24: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

64

McCall, G., 1991, The Future of Migration in the Pacific and Asia, International

Migration Review, 25 (3)pp: 620-624.

Mohamad Zain Musa, dan Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman, 2003, Masyarakat

Cham Sepanjang Zaman, Kuala Lumpur: Ikatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia.

Nakula, Abdullah Mohamed, 1989, Keturunan Melayu Di Kemboja dan Vietnam:

Hubungannya dengan Semenanjung dengan Tumpuan Khas Kepada Negeri Kelantan.

Dalam Nik Mohamed Nik Mohd Salleh (ed.), Warisan Kelantan VII, Perbadanan

Muzium Negeri Kelantan.

Nik Zaharah Nik Din, 1977, The Cambodian Refugees in Kelantan, BA Thesis, Jabatan

Asia Tenggara, Universiti Malaya.

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia, 2010, Perangkaan Perikanan Tahun 2009, di

access pada 10/8/2011. www.dof.gov.my/59

Suara PERKIM, 2010, Edisi Khas 50 Tahun, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia,

Kuala Lumpur.

Saad Mohd Said, Fatimah Said, dan Sofia Ratna Sari Harahap, 2008, Migrasi

Antarabangsa: Penghijrahan Buruh Indonesia Ke Malaysia

Stubbs, 1983,Malaysia’s Rubber Smallholding Industry: Crisis and the Search for

Stability, Pacific Affairs, Vol.56, no. 1, pp 88-105.

Supang Chantavanish dan E.B., Reynolds (ed.), 1988, Indochinese Refugees: Assylum

and Resetlement, Institutes of Asian Studies, Bangkok.

Thomas, D.N., 1983, The Making of Community Work, London: George Allen & Unwin.

Usman Hj. Yaakob & Tarmiji Masron, 2008, Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di

Malaysia, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia. Ysa Osman, 2006, Cham Rebellion: The Survivors’ Stories from the Villages.

Documentation Center of Cambodia.

Page 25: Komuniti Minoriti Mendepani Arus Pembangunan · PDF filemendiami beberapa kawasan seperti; Kompong Chnang, ... daerah Kota Bharu. ... Pekan dan Rompin (Pahang), Muar, Kota Tinggi dan

65

Index Nama

Asnarulkhadi Abu Samah, 59, 60

Batten, T.R., 59,

Ben Kiernan, 42

Cary, L.J., 59

Chanthou Boua, 42

David Chandler, 42

E.B., Reynolds., 43

Farina So,

Fatima, Mohd Arshad., 41

G. Nagaraj.,

H.B. Hanafi, 48,

Hugo, G., 42

Jabatan Perikanan Malaysia., 49

Jabatan Perikanan Daerah Pekan., 52, 53, 54, 55,

Jabatan Perikanan Negeri Pahang., 50,

Liong, P.C., 48

McCall, G., 42

Mohamad Zain Musa., 42, 47

Nakula, Abdullah Mohamed., 45

Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman., 42

Nik Zaharah Nik Din., 46,

PERKIM, 44

Stubbs., 44

Supang Chantavanish., 44

Tarmiji Masron., 41

Thomas, D.N.,

Usman Hj. Yaakob., 41

Ysa Osman., 42, 43

Z.O. Merican., 48

Index Subjek

Akuakultur, 48, 49, 50

Cham, 42, 45, 47

Kem Pelarian, 44, 45

Kemboja, 51, 52, 53, 54, 56, 6

Khmer Rouge, 42, 45

Pelarian, 45, 47

Pembangunan Komuniti, 59, 60

Perikanan, 47, 49, 50