komputer dalam pendidikan

28
TUTORIAL MINGGU 2 Sistem Operasi Pengurusan Fail Keselamatan Komputer

Upload: gueste51a40

Post on 22-Jun-2015

3.282 views

Category:

Technology


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komputer Dalam Pendidikan

TUTORIAL MINGGU 2Sistem Operasi

Pengurusan FailKeselamatan Komputer

Page 2: Komputer Dalam Pendidikan

Sistem Pengoperasian ialah sistem yang menentukan program apa yang perlu dilaksanakan, dan sumber apa (memori atau I/O) yang perlu digunakan.

APAKAH SISTEM OPERASI?

Page 3: Komputer Dalam Pendidikan

Sistem Pengoperasian (OS) membekalkan perkhidmatan (service) kepada program lain, contohnya kod (driver) yang membenarkan Ahli Program (programmer) menulis program untuk mesin tanpa perlu mengetahui lebih terperinci tentang alat elektronik pada sistem komputer.

Page 4: Komputer Dalam Pendidikan

Sistem operasi juga berfungsi sebagai susunan arahan yang dapat difahami oleh komputer.

Ia mengarahkan komputer melaksanakan, mengawal, menjadualkan, dan menyelaraskan sesuatu operasi komputer.

Page 5: Komputer Dalam Pendidikan

Contoh sistem operasi :

Microsoft Windows, Linux, Mac OS X Namun begitu, Windows adalah pilihan

pertama individu kerana senang digunakan berbanding sistem operasi lain (Windows adalah salah satu sistem operasi daripada Syarikat Microsoft).

Page 6: Komputer Dalam Pendidikan

Terdapat beberapa jenis Windows : Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP Windows Vista (terbaru – 2007)

Page 7: Komputer Dalam Pendidikan
Page 8: Komputer Dalam Pendidikan

Ciri-ciri utama Sistem operasi Windows terutama

Windows XP mementingkan 3 aspek utama iaitu setting, kemaskini dan tahap keselamatan.

Ini termasuk kemas kini untuk pemacu penting serta sokongan teknologi baru yang menyediakan pengalaman yang lebih baik selain membolehkan pengkomputeran lebih produktif.

Page 9: Komputer Dalam Pendidikan

Teknologi baru yang diperkenalkan itu adalah pengadang pop-up IE, menjadikan kegiatan melayari internet lebih menyeronokkan selain membolehkan pengguna mengurangkan iklan serta kandungan yang tidak diingini

Page 10: Komputer Dalam Pendidikan

Permukaan Windows juga adalah berlainan dengan Windows yang sebelumnya.

Microsoft Windows XP - permukaannya lebih cantik yang di sebut sebagai Luna.

Permukaan Windows XP juga boleh diubah-ubah menggunakan aplikasi seperti StyleXP, WindowBlinds dan lain-lain.

Page 11: Komputer Dalam Pendidikan

Pengguna Windows boleh menukarkan latar belakang (theme) Windows mengikut kemahuannya

Pengguna boleh menukarkan permukaan Windows kepada permukaan perisian Mac OS X (Aqua), Linux dan lain-lain yang boleh dimuat turun di internet.

Juga memuatkan perisian yang sedia ada seperti Disk Defragmenter, Internet Explorer (IE), Paint, Wordpad dan sebagainya.

Page 12: Komputer Dalam Pendidikan

Antaramuka asas Microsoft Windows

Sebahagian besar bahagian paparan dikenali sebagai desktop dengan beberapa ikon bagi perisian aplikasi serta beberapa ikon sistem seperti My Computer, Recycle Bin dan sebagainya.

Recycle Bin adalah folder sistem khas bagi menyimpan fail-fail yang hendak dibuang daripada cakera keras.

Page 13: Komputer Dalam Pendidikan

Terdapat satu jalur nipis yang dikenali sebagai bar tugasan.

Bar tugasan yang asas menempatkan menu Start, dan beberapa butang bagi program-program aplikasi yang dibuka.

Ini membolehkan pengguna menukar program yang dibuka dengan pantas dan mudah tanpa mematikan program-program lain.

Ciri tersebut menjadikan Windows sebagai sistem pengendalian berbilang tugasan (multi-tasking).

Page 14: Komputer Dalam Pendidikan

Menu Start menempatkan senarai penuh program yang dipasang di dalam Windows, pautan ke Panel Kawalan, Bantuan dan perintah untuk log keluar akaun Windows serta perintah menutup Windows.

Komputer akan dimatikan secara automatik setelah proses menutup Windows selesai.

Page 15: Komputer Dalam Pendidikan

Kebanyakan program aplikasi memaparkan antaramuka asas berbentuk segiempat yang dikenali sebagai tetingkap.

Tetingkap mempunyai bar tajuk, bar menu, bar peralatan, ruang program serta bar status.

Page 16: Komputer Dalam Pendidikan

Bar tajuk memaparkan ikon program, tajuk program, serta butang-butang Minimize (mengecilkan dan menyembunyikan program di dalam bar tugasan), Maximize (membesarkan tetingkap sehingga memenuhi ruang desktop), Restore (mengembalikan tetingkap yang dibesarkan kepada saiz asal) dan Close (menutup program).

Page 17: Komputer Dalam Pendidikan

Semua arahan di dalam Windows boleh dijalankan dengan mudah dengan menggunakan tetikus serta papan kekunci untuk memasukkan teks serta beberapa perintah.

Page 18: Komputer Dalam Pendidikan

KESELAMATAN KOMPUTER Antara ancaman yang biasa dihadapi

adalah virus Perkara yang paling penting - memiliki

perisian antivirus yang sentiasa dikemaskinikan

Boleh dikatakan hampir setiap hari pelbagai jenis virus komputer yang hebat telah dicipta. Oleh kerana itu, sekadar memiliki perisian antivirus adalah tidak mencukupi.

Page 19: Komputer Dalam Pendidikan

SIMPTOM KOMPUTER DIJANGKITI VIRUS

Page 20: Komputer Dalam Pendidikan

Komputer Menjadi Perlahan.

Ini kerana virus sedang berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.

Ia juga kerana virus sedang melakukan tugas kotornya seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

Page 21: Komputer Dalam Pendidikan

Task Manager Tidak Boleh Dibuka.

Task manager biasanya digunakan untuk melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer.

Virus akan mematikan fungsi task manager supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

Page 22: Komputer Dalam Pendidikan

Folder Option Hilang.

Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail. Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

Page 23: Komputer Dalam Pendidikan

Proses Start Up Menjadi Perlahan. Proses start up adalah proses yang

dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.

Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.

Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

Page 24: Komputer Dalam Pendidikan

Tidak Boleh Mencetak Dokumen

Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak. Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

Page 25: Komputer Dalam Pendidikan

Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.

Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.

Page 26: Komputer Dalam Pendidikan
Page 27: Komputer Dalam Pendidikan

KEPENTINGAN BACK UP Ancaman daripada virus adalah salah satu sebab

mengapa anda perlu membuat salinan backup data dan fail-fail komputer anda (mp3, gambar, dokumen dan lain-lain).

Sesetengah program boleh melekatkan dirinya ke dalam sistem operasi.

Walaupun terdapat program-program untuk membebaskan malware seperti Spybot dan Hijack This, namun ada kalanya dalam beberapa keadaan, anda masih perlu memasang semula keseluruhan sistem operasi.

Page 28: Komputer Dalam Pendidikan

PERBINCANGAN

Bagaimana untuk menghasilkan backup file?