komputer & cara penyelenggaraannya

58
Penyelenggaraan Komputer 1 dari 58 1.1 Pengawal Arus 15 1.2 Bekalan tenaga berterusan 15 1.3 Memindah komputer 1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16 1.4.1 Masalah Habuk 1.4.2 Masalah Suhu 1.4.3 Masalah Cara Penggunaan 1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 18 1.5.1 Central Processing Unit (CPU) 1.5.2 Kasing 1.5.3 Monitor 1.5.4 Pencetak 1.5.5 Keyboard 1.5.6 Mouse 1.5.7 Thumb Drive 1.5.8 Cakera Liut(Disket) Perisian 2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 22 2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 28 2.3 Uninstall Program 30 2.4 Mengemaskini Windows 32 2.5 Perkongsian Folder 35 2.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36 ISI KANDUNGAN PENGENALAN KEPADA KOMPUTER Muka Surat 1.0 Pengenalan 3 2.0 Komponen-Komponen Komputer 5 2.1 Input 2.2 Output 2.3 Unit Pemprosesan Komputer 2.4 Ingatan 2.5 Storan Sekunder 2.6 Bahagian Komputer 2.6.1 Perkakasan 2.6.2 Perisian 3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 8 4.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 9 5.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 10 6.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12 6.1 Auto Arrange 6.2 Control Panel 7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 13 8.0 Bekerja Dengan Recycle Bin 13 8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail 8.2 Membersih Recycle Bin PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’ 1.0 Perkakasan 2.0

Upload: ilham-nur-syahiela

Post on 14-Apr-2015

283 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

1 dari 58

1.1 Pengawal Arus 151.2 Bekalan tenaga berterusan 151.3 Memindah komputer1.4 Teknik Penjagaan Komputer 16

1.4.1 Masalah Habuk1.4.2 Masalah Suhu1.4.3 Masalah Cara Penggunaan

1.5 Cara Membersihkan Perkakasan 181.5.1 Central Processing Unit (CPU)1.5.2 Kasing1.5.3 Monitor1.5.4 Pencetak1.5.5 Keyboard1.5.6 Mouse1.5.7 Thumb Drive1.5.8 Cakera Liut(Disket)

Perisian2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation 222.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup) 282.3 Uninstall Program 302.4 Mengemaskini Windows 322.5 Perkongsian Folder 352.6 Mencari Folder Dalam Jaringan 36

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN KEPADA KOMPUTERMuka Surat

1.0 Pengenalan 32.0 Komponen-Komponen Komputer 5

2.1 Input2.2 Output2.3 Unit Pemprosesan Komputer2.4 Ingatan2.5 Storan Sekunder2.6 Bahagian Komputer

2.6.1 Perkakasan2.6.2 Perisian

3.0 Objek-Objek Asas Pada Windows 84.0 Pilihan-Pilihan Pada Menu 95.0 Memeriksa Ruang Cakera Keras & Memori 106.0 Pengendalian Ikon-Ikon Pada Desktop 12

6.1 Auto Arrange6.2 Control Panel

7.0 Mewujudkan Shortcut Bagi Explorer 138.0 Bekerja Dengan Recycle Bin 13

8.1 Memperolehi Semula Folder dan Fail8.2 Membersih Recycle Bin

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’

1.0 Perkakasan

2.0

Page 2: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

2 dari 58

4.0 Cara Pencegahan 485.0 Perisian Antivirus 48

5.1 Aplikasi Antivirus5.1.1 Cara Membuat Instalasi 495.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus 57

2.7 Instalasi Pencetak 372.8 Buang Cookies,History dan Temporary Internet Files 382.9 Create user Account 392.10 Cara Menutup Komputer 41

MENGESAN KEROSAKAN (‘TROUBLESHOOTING’)

1.0 Mengesan Kerosakan (‘Troubleshooting’)1.1 Peralatan – Monitor 421.2 Peralatan – Hard Disk 421.3 Peralatan – Disket Drive 431.4 Peralatan – Keyboard 431.5 Peralatan – Mouse 441.6 Peralatan – Operating System 44

VIRUS KOMPUTER

1.0 Definasi 452.0 Jenis-Jenis Virus 46

2.1 Virus Sektor Boot2.2 Virus Makro2.3 Virus Fail TSR (Terminate dan Stay Resident)2.4 Virus Companion2.5 Virus Overwriting

3.0 Bagaimana Ia Merebak 473.1 Perisian3.2 Cakera Liut3.3 Internet3.4 Rangkaian

Page 3: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

3 dari 58

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

1.0 PENGENALAN

1.1 Komputer adalah sebuah alat elektronik atau mesin automatik yang

digunakan untuk memproses data.

1.2 Komputer boleh melakukan kerja-kerja untuk membantu manusia

menyelesaikan masalah-masalah dalam memproses data:

1.2.1 Menerima arahan (input) dan memasukkan data daripada pengguna.

1.2.2 Melaksanakan arahan (memproses) input/data yang diterima

berbentuk pengiraan, logik memanipulasi data secara automatic dan

sebagainya.

1.2.3 Menyimpan data/program dalam ingatan sekunder.

1.2.4 Menghasilkan laporan atau sebarang keputusan daripada kerja-kerja

pemprosesan.

1.2.5 Laporan boleh disimpan dan boleh dipanggil semula pada bila-bila

masa.

Page 4: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

4 dari 58

Rajah Komponen Asas Komputer

INPUT KOMPUTER OUTPUT

Papan kekunci (keyboard)Tetikus (mouse)Scanner

MonitorPencetak

INGATAN RAM/ROM

ALATINPUT

UNITKAWALAN

ALATOUTPUT

UNITKAWALAN

STORANSEKUNDER

Petunjuk:

Unit Pemprosesan Pusat

Aliran data masuk

Arah kawalan

Arahan data/masuk

Proses = Input Unit kawalan Ingatan

Arithmetikdan logik

Output

Rajah I

Page 5: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

5 dari 58

2.0 KOMPONEN-KOMPONEN KOMPUTER

2.1 Input

2.1.1 Menerima data arahan daripada pengguna.

Contoh: Papan kekunci (keyboard), Tetikus (mouse),

Pengibas(Scanner)

2.1.2 Untuk memasukkan data ke dalam computer.

2.2 Output

2.2.1 Segala maklumat yang telah diproses dan dikeluarkan dalam bentuk

tayangan atau cetakan (hardcopy).

Contoh: Monitor., Pencetak (Printer)

2.3 Unit Pemprosesan Pusat (CPU)

2.3.1 Mengawal keseluruhan operasi komputer, menerima input data arahan

daripada memproses data arahan yang diterima.

2.3.2 Mengeluarkan hasil pemprosesan dan menyimpan di dalam storan

sekunder atau mengeluarkan kepada alat output.

2.3.3 Semua kawalan dan arahan diproses pada dua (2) bahagian utama:

2.3.3.1 Unit Kawalan

• Membaca dan mentafsir arahan-arahan yang

diterima, kawalan aktif alat-alat input/output, storan

ingatan unit arithmetic dan logik.

• Mengawal pengaliran data di dalam komponen-

komponen komputer yang lain berjalan lancar.

2.3.3.2 Unit Arithmetik dan Logik

• Menerima data daripada ingatan komputer, proses

data berdasarkan arahan yang diterima ( +, -, *, /,

Page 6: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

6 dari 58

logik) dan hasil proses akan disimpan di dalam

storan sekunder dan ingatan.

2.4 Ingatan

2.4.1 Kegunaannya:

2.4.1.1 Menyimpan pemprosesan unit arithmetic dan logic.

2.4.1.2 Menyimpan arahan oleh pengguna.

2.4.1.3 Menyimpan arahan yang sedang diproses.

2.4.2 Terdapat dua (2) jenis:

2.4.2.1 ROM (Read Only Memory) – Ingatan bacaan sahaja.

2.4.2.2 RAM (Random Access Memory) – Ingatan secara rawak.

2.4.3 Saiz ingatan komputer diukur dalam unit Byte. 1 Byte bersamaan

dengan 8 Bit (Binary digit 0 dan 1).

1 Bit 0 dan 1 (On / Off)

1 Byte 8 Bit1 aksara (character)

1 Kilobyte 1024 Byte½ mukasurat teks

1 Megabyte 1024 Kilobyte500 mukasurat

1 Gigabyte 1024 Megabyte

1 Terabyte 1024 Gigabyte

2.5 Storan Sekunder

Contoh: Hard disk, Disket, CD-ROM, USB storage

Page 7: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

7 dari 58

2.6 Komputer terdiri daripada dua (2) bahagian:

2.6.1 Perkakasan

Perkakasan adalah kelengkapan fizikal.

Contoh: Papan kekunci (keyboard), Pencetak, Modem, CD ROM,

Tetikus (mouse), Unit Premporsesan Pusat (CPU) dan lain-lain.

2.6.2 Perisian

2.6.2.1 Kumpulan aturcara/program yang membolehkan kita

berhubung dengan komputer.

2.6.2.2 Ianya terdiri daripada perintah-perintah tersusun yang perlu

dipatuhi oleh komponen komputer untuk menghasilkan

aktiviti tertentu.

2.6.2.3 Terbahagi kepada dua (2) jenis:

2.6.2.3.1 Perisian Sistem (OS)

• MS-DOS

• Windows ’95, Windows ’98, Windows

2000, Windows XP, Windows ME

• UNIX

• Linux

2.6.2.3.2 Perisian Komputer

• Microsoft Office

• Photoshop

• Dreamweaver

• Oracle

Page 8: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

8 dari 58

3.0 OBJEK-OBJEK ASAS PADA WINDOWS

3.1 Skrin awal yang akan didapati semasa memulakan Windows XP adalahdesktop yang mempunyai objek-objek berikut :-

Ikon-ikon(Icons) Desktop

Start Button Task Bar Jam

3.2 Tetingkap (Windows) pula mempunyai bahagian-bahagian berikut :-

Title Bar

Window Title

Tool Bar

Minimise Button

Menu Bar

Maximise Button

Close Button

Page 9: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

9 dari 58

Program IconWindow Border Scroll Bar (Slider)

4.0 PILIHAN –PILIHAN PADA MENU

Anak Panah Penunjuk Kanan Radio Button Tanda Periksa

Page 10: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

10 dari 58

4.1 Tanda Periksa ( 9 )Pilihan ini boleh ditandakan lebih dari satu.

4.2 Radio ButtonPilihan ini merangkumi kumpulan dan hanya satu item dalam kumpulan bolehdibuat pada satu masa.

4.3 Anak Panah Penunjuk Kanan ( ► )Pilihan ini membukakan submenu seterusnya.

5.0 MEMERIKSA RUANG CAKERA KERAS & MEMORI

5.1 Cakera Keras

i. Buka tetingkap bagi ikon MY COMPUTER melalui dwi klik pada ikontersebut.

ii. Klik kanan pada ikon cakera keras.iii. Pilih Properties.

Page 11: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

11 dari 58

iv. Kapasiti storan pada cakera keras akan dipaparkan

5.2 Memori

i. Klik kanan pada ikon MY COMPUTERii. Pilih Propertiesiii. Akan dipamerkan ruang memori pada komputer

Page 12: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

12 dari 58

6.0 PENGENDALIAN IKON-IKON PADA DESKTOP

6.1 Auto Arrange

6.1.1 Fungsi auto arrange adalah untuk menyusun ikon-ikon pada desktopsecara automatik oleh sistem.

Cara- Klik kanan pada desktop- Pilih Arrange Icon- Pilih Auto Arrange

6.2 Control Panel

6.2.1 Untuk tukar Date/Time.

Ada dua perkara perlu dilihat iaitu DISPLAY SETTING dan- Pilih Start- Pilih Settings- Klik Control Panel- Dwi Klik Date/Time

Anda boleh ubah tarikh dan masa jika bersalahan dengan sepatutnya.

Page 13: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

13 dari 58

6.2.2 Untuk tukar background- Dwi klik Display

Ada menu - Themes- Desktop- Screen Saver- Appearance- Settings

Ini boleh diubah sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak yakinjangan ubah. Ini mungkin boleh menyebabkan gangguan pada skrin.

7.0 MEWUJUDKAN SHORTCUT BAGI EXPLORER

Cara 1a) Klik kanan pada Start Button di Taskbarb) Klik ‘OPEN’c) Dwi klik pada programd) Klik kanan dan tarik/heret keluar ikon explorer dan lepaskan tetikuse) Klik ‘ COPY HERE ‘

Atau

Cara 2a) Klik kanan pada di desktop andab) Pilik Propertiesc) Pilih desktopd) Klik pada Customize Desktope) Tandakan pada Internet Explorer

8.0 BEKERJA DENGAN RECYCLE BIN

Recycle Bin adalah tempat sementara di mana folder-folder dan fail-fail yang telah

dibuang disimpan. Selagi pembersihan di Recycle Bin belum dilakukan folder/ fail

masih boleh diperolehi semula.

a. Memperolehi Semula folder dan fail

Buka Tetingkap RECYCLE BIN• Dwi klik di ikon RECYCLE BIN• Pilih item yang dikehendaki semula• Klik kanan di pemilihan yang perlu

Atau

• Klik di file pada Menu Bar• Pilih Restore

Page 14: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

14 dari 58

b. Membersih RECYCLE BIN

Pembersihan perlu dilakukan secara berkala agar ruang storan terkawal bagiBIN. Apabila dihapuskan maka folder/fail tidak akan diperolehi kembali. Andaboleh bersihkan dengan cara

• Klik kanan ikon RECYCLE BIN• Pilih EMPTY RECYCLE BIN

Atau

• Buka RECYCLE BIN• Pilih item yang hendak dibuang• Klik kanan dipilihan yang ditentukan• Pilih DELETE

Page 15: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

15 dari 58

PENYELENGGARAAN DAN ‘HOUSEKEEPING’

Masa membeli sesuatu komputer peribadi (PC) adalah saat paling sibuk dan tidak kurang

menceriakan. Semua perancangan, belanjawan, pemilihan sistem, jenis CPU, Video CD

mana hendak dibeli, sehingga kepada jenis meja dan kerusi yang sesuai dengan warna

sarung komputer sibuk dibincangkan. Kesemuanya dipertimbangkan, tetapi setelah sekian

lama PC menduduki kediamannya di atas meja, banyak perkara mula berubah lebih-lebih

lagi aspek penjagaan. Penjagaan yang baik dapat memanjangkan jangka hayat komputer

anda.

Asas komputer akan melihat aspek yang dapat membantu pengguna memastikan sistem PC

beroperasi dangan baik. Pengguna perlu tahu cara penyelenggaraan komputer yang

terbahagi kepada dua komponen iaitu perkakasan(hardware) dan perisian(software).

1.0 PERKAKASAN

1.1 Pengawal arus

Sistem komputer yang disambung terus ke bekalan elektrik pada dinding

terdedah kepada elektrik atau pengaliran elektrik berlebihan. Seperti alat

elektronik dan elektrik lain, bekalan tambahan yang mendadak akan

menyebabkan kerosakan litar yang teruk. PC tidak terkecuali. Adalah lebih

baik bagi pengguna untuk membuat sedikit pelaburan dengan mendapatkan

pengawal aliran elektrik atau "surge protector". Selain menyambungkan PC,

pengguna juga boleh menyambungkan pelbagai peranti lain seperti pencetak

kepada pengawal arus itu. Begitu juga untuk modem. Pengguna juga

digalakkan menggunakan pengawal kilat bagi sambungan talian telefon ke

modem terutama ketika menggunakan modem sewaktu hujan lebat.

1.2 Bekalan tenaga berterusan

Hari ini pengguna komponen bekalan elektrik berterusan tidak terhad kepada

sistem dalam pejabat sahaja. Lebih ramai pengguna di rumah mula

menggunakan bekalan tenaga berterusan iaitu UPS (Uninterruptable Power

Supply) terutama mereka yang bekerja di rumah. Penggunaan UPS dapat

menyediakan bekalan elektrik berterusan untuk tempoh tertentu walaupun

Page 16: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

16 dari 58

tanpa bekalan elektrik utama. Jenis dan harga bergantung kepada jumlah

masa tenaga yang dibekalkan.

1.3 Memindah komputer

Jangan menghentak, menjatuhkan atau menghumban peralatan ini kerana

kebanyakan komponen adalah sensitif kepada getaran yang kuat. Contohnya,

cakera keras dan pemacu CD-ROM. Hentakan yang kuat juga boleh

menyebabkan sambungan dengan papan litar utama menjadi longgar dan

komponen tertentu tidak boleh beroperasi dengan betul atau memberi mesej

"error" apabila ia disambungkan semula. Apabila memindahkan PC, pastikan

semua kabel dicabut dan tiada yang tertinggal. Pada masa yang sama,

jangan mendekatkan benda bermagnet kepada komponen elektronik kerana

ia juga boleh merosakkan PC.

1.4 Teknik Penjagaan Komputer

Teknik penjagaan komputer merangkumi beberapa topik utama yang perlu

menjadi perhatian. Diantaranya :

1.4.1 Masalah Habuk

Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa

berada disekeliling kita. Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang

terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC

amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah

asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangka hayat

komputer akan kurang. Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk

dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam

komputer kita.

Cara pencegahannya, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan,

dengan plastik komputer. Cara rawatannya pula , ialah gunakan vacum

cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut

habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa

tinggi kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Pastikan kipas di bahagian dalam CPU di bersihkan. Habuk boleh

menyebabkan udara dari kipas tidak bergerak dengan sempurna dan

Page 17: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

17 dari 58

mengurangkan kesejukan. Kipas perlu di bersihkan ialah pada bahagian

bekalan kuasa dan kipas di atas chip CPU.

1.4.2. Masalah Suhu

Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang

dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan

komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam

menentukan jangka hayat sesebuah komputer. Jangan biarkan komputer

anda terkena air dan kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca

kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja

boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda

jauh dari pancaran matahari.

Pastikan komputer anda sentiasa mendapat peredaran udara yang baik.

Pasang kipas dengan kuat sekiranya anda menggunakannya lebih dari 2 jam.

Jika anda menggunakan penghawa dingin adalah lebih baik di aktifkan ketika

anda menggunakan komputer. Kepanasan membolehkan komputer anda

mengalami kerosakan komponen.

1.4.3. Masalah Cara Penggunaan

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen

komputer yang mempunyai jangka hayat yang rendah. Komponen-komponen

ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak

dan perlu diganti bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse pada harga

yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan

selesa untuk di gunakan.

Page 18: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

18 dari 58

1.5 Cara membersihkan perkakasan

1.5.1 Central Processing Unit (CPU)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :ƒ Matikan komputer dan cabut semua kabel dari arus elektrikƒ Buka kasing komputerƒ Sedut habuk menggunakan vakumƒ Semburkan cairan alkohol atas kain bersihƒ Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebutƒ Pastikan CPU benar-benar keringƒ Pasangkan kasing dan kabelƒ Pastikan CPU berfungsi dengan baik

1.5.2 Kasing (Casing)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Semburkan cairan alkohol atas kain bersih

• Bersihkan habuk-habuk kecil menggunakan kain tersebut

• Tutup kembali kasing komputer dan pasang semua kabel

seperti asal

1.5.3 Monitor

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :ƒ Matikan dan cabut semua kabel elektrik yang tersambung

dengan monitor

ƒ Semburkan cairan alkohol atas kain bersihƒ Bersihkan bahagian monitor yang kotor akibat debu dan habukƒ Setelah bersih, pasang kembali semua kabel yang terhubung

dengan monitor seperti asal

Page 19: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

19 dari 58

1.5.4 Pencetak (Printer)

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum, berus

Langkah-langkah :

• Cabut semua kabel yang terhubung dengan printer

• Keluarkan Catridge atau tempat toner yang ada dalam printer

• Sedut habuk menggunakan vakum atau gunakan berus kecil

untuk membuang habuk

• Pastikan printer benar-benar kering

• Masukkan kembali catridge atau toner seperti asal.

1.5.5 Keyboard

Alatan : Kain bersih (lembut), Cairan Pembersih atau Vakum

Langkah-langkah :

• Buka kasing yang mengikat kekunci dengan membuka skru

pada bahagian belakang keyboard

• Cuci kasing menggunakan spray cleaner

• Bersihkan papan litar keyboard dengan menggunakan vakum

untuk membuang habuk-habuk yang lekat pada papan litar

tersebut.

• Kemudian buka satu persatu penutup kekunci keyboard dan

cuci dengan menggunakan kain bersih yang lembap.

• Cara membukanya ialah dengan mencungkil penutup itu

dengan menggunakan pemutar skru ataupun testpen.

• Bersihkan bahagian dalam kaki kekunci keyboard

• Akhir sekali pasangkan kembali kasing keyboard dengan

mengetatkan kembali skru yang dibuka.

Cara penjagaan keyboard

• Elakkan dari merokok semasa menggunakan komputer

• Buat ujian dengan menggunakan software khas iaitu software

Qaplus untuk mengesan kekunci manakah yang kurang baik

dan baiki jika kekunci didapati rosak.

• Hindarkan daripada habuk dan sentiasa gunakan penutup

keyboard.

• Simpan keyboard di tempat yang tertutup dan berhawa dingin.

Page 20: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

20 dari 58

• Semasa membuat pembersihan ,keyboard hendaklah

diterbalikkan supaya segala bendasing yang terdapat di dalam

atau di celah-celah kekunci jatuh

1.5.6 Mouse

Bahagian Dalam

Alatan : Putik Kapas

Langkah-langkah :

• Didalam mouse akan terdapat bebola penggerak

• Buka bahagian bawah mouse untuk mengeluarkan bolanya.

• Bersihkan bahagian-bahagian yang kotor dengan putik kapas

lembap

• Jika selesai masukan kembali bebolanya dan posisikan mouse

seperti asal.

Bahagian luar

Alatan : Kain bersih (lembut) dan Cairan Alkhohol Pembersih

Langkah-langkah :

• Gosok dengan kain bersih lembap secara merata dan perlahan-

lahan

• Biarkan sampai kering

1.5.7 Thumb/Pen Drive

Tiada cara pembersihan. Cuma pengguna perlu tahu yang thumb drive

ini tidak boleh jatuh.

Cara pengggunaannya perlu betul. Ikuti langkah dibawah untuk

mengeluarkannya dari USB Port.

a) Klik sekali di yang terdapat di sudut kiri (taskbar)

b) Bila Mesej “Safely remove USB Mass Storage Device”

dipaparkan klik sekali dan Mesej “ Safe to remove

hardware” dipaparkan.

c) Anda boleh cabut thumb drive tersebut.

Page 21: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

21 dari 58

1.5.8 Cakera Liut (Disket)

Cakera Liut sering dipanggil sebagai "disket" merupakan peranti storan yang

paling banyak digunakan untuk menyimpan data. Data disimpan di dalam

cakera liut dengan menggunakan pemacu cakera liut yang terdapat pada

sistem komputer peribadi. Pemacu Cakera Liut digunakan untuk membaca

dan menulis data pada cakera liut. Cakera Liut amat berguna untuk

memindahkan data di antara komputer dengan ciri mudah alihnya dan juga

untuk tujuan membuat salinan atau pendua (backup) terhadap data.

Penjagaannya:

Sentuhan Jari

Jangan sentuh permukaan cakera. Permukaan cakera yangdisentuh, mudah tercemar. Permukaan cakera yang terdedahakan menyebabkan kerosakan data apabila disentuh dengantangan yang kotor.

Bahan Bermagnet

Jangan letak cakera berhampiran dengan medan magnet. Bahanbermagnet boleh mengganggu dan merosakkan data. Telefonbimbit dan speaker stereo adalah di antara sumber bahanbermagnet.

Cahaya MatahariJangan dedahkan cakera kepada cahaya matahari atau keadaanpanas terik seperti meninggalkan cakera di dalam kereta yangpanas.

Objek Berat

Jangan letakkan objek yang berat di atas cakera. Elakkantenggekan cakera iaitu satu cakera diletakkan di atas cakerayang lain. Cakera sepatutnya disimpan secara menegak di dalamkotak yang dikhaskan.

Label Berlapis

Jangan meletakkan label baru di atas label yang sedia ada(berlapis). Elakkan cakera menjadi tebal disebabkan labelberlapis kerana ia berkemungkinan akan tersekat di dalampemacu cakera.

Memaksa CakeraLiut

Jangan keluarkan cakera daripada pemacu cakera apabila lampupada pemacu sedang menyala. Lampu yang menyalamenyatakan bahawa cakera liut sedang digunakan dan apabilamengeluarkannya secara paksa, ia mungkin boleh menyebabkandata di dalamnya rosak.

Page 22: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

22 dari 58

2.0 PERISIAN

2.1 Disk Cleanup, Error Checking dan Defragmentation

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya

sekali setiap bulan kerana ia berupaya memastikan kelompok "cluster" pada

cakera keras berada di dalam keadaan baik. Anda juga boleh menggunakan

fungsi Disk Cleanup, Error Checking dan Disk Defragmentor apabila anda

melihat penurunan persembahan dalam sistem PC.

2.1.1 Disk Cleanup

Kegunaannya adalah membuang fail-fail yang tidak diperlukan dalam

sistem komputer berdasarkan kehendak pengguna.

a) Dwi klik pada ikon

Klik pada drive C dan klik kanan, skrin dibawah akan dipaparkan

Page 23: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

23 dari 58

b) Pilih Properties , Skrin dibawah akan dipaparkan

c) Klik Disk Cleanup di General

Page 24: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

24 dari 58

d)

Anda dikehendaki tandakan fail-fail yang anda hendak bersihkan dan

klik OK untuk memulakan proses pembersihan.

e)

Satu mesej pengesahan akan dipaparkan. Jika anda hendak

meneruskan proses pembersihan, sila klik Yes. Jika sebaliknya klik

No. Menu di bawah akan dipaparkan iaitu menunjukkan proses

pembersihan sedang dijalankan.

Page 25: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

25 dari 58

2.1.2 Error checking

Kegunaannya adalah menyemak dan memperbetulkan kerosakan

dan kesalahan yang berlaku pada disk(disk error) sama ada cakera

keras, cakera liut dan lain-lain storan.

a) Pilih Tool

Page 26: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

26 dari 58

b) Klik Check Now

c) Tandakan kotak Check disk options dan klik Start

d) Setelah selesai proses tersebut , mesej dibawah akan dipaparkan.

Page 27: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

27 dari 58

2.1.3 Defragmentation

Kegunaannya adalah menyusun semula kedudukan fail dalam disk

supaya ia dapat mempercepatkan capaian data dalam komputer.

a) Pilih Tool

Page 28: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

28 dari 58

b) Klik Defragment Now…

Klik Defragment untuk memulakan proses penyusunan semula

2.2 Penggunaan Perisian Membuat Salinan (Backup)

Kebanyakan masalah dengan fail yang rosak atau hilang dapat

dielakkan jika pengguna selalu melakukan operasi Backup bagi

keseluruhan sistem (sistem operasi perisian, aplikasi dan dokumen)

selepas sesuatu tempoh. Untuk memulakan fungsi Backup:

Page 29: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

29 dari 58

Klik Start → Programs → Accessories → System Tools → Backup

Klik folder atau fail yang mahu disalin serta tentukan destinasi salinan.

Pengguna boleh membuat salinan ke dalam disket 1.44 MB atau CD-Writer

(penulis CD-ROM). Kaedah kedua lebih mahal tetapi lebih mudah, pantas,

boleh dipercayai serta menyimpan saiz storan yang lebih besar berbanding

disket. Satu lagi pilihan yang agak murah adalah pemacu Zip.

Pengguna PC juga digalakkan membuat boot diskette kerana ia adalah

penyelamat apabila masalah PC berlaku. Sistem operasi menyediakan fungsi

bagi membina boot diskette dan Start Up kepada sistem. Pastikan juga

sistem dilengkapi dengan perisian antivirus. Ia adalah perisian yang paling

penting terutama dengan kepelbagaian sumber fail serta peningkatan jumlah

virus. Selain langkah-langkah di atas, beberapa tabiat yang baik ketika

menggunakan PC dapat membantu meningkatkan jangka hayat penggunaan

PC. Antaranya, jangan matikan sistem PC ketika ia sedang beroperasi.

Gunakan fungsi Shut Down dalam Windows 95/98. Mematikan sistem terus

tanpa menggunakan fungsi Shut Down mungkin merosakkan Register atau

fail-fail tertentu yang sedang beroperasi ketika sistem dimatikan. Juga jauhi

makanan dan minuman dari PC serta kanak-kanak yang tidak tahu

menggunakan PC.

Page 30: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

30 dari 58

Jika kanak-kanak di bawah umur hendak menggunakan PC, pastikan

kehadiran orang dewasa sepanjang masa. Anda tidak mahu anak anda

memformat keseluruhan cakera keras anda. Mengikut kaedah yang

dinyatakan di atas tidak menjamin seratus peratus sistem PC tidak akan

mengalami masalah keranaseperti barangan elektronik lain, ia juga

mempunyai jangka hayat tertentu. Tetapi langkah di atas berupaya

membantu sistem PC beroperasi dengan baik serta mengelak kejadian tidak

diingini.

2.3 Uninstall Program

a) Kegunaannya adalah membuang aplikasi yang tidak diperlukan.

b) Klik Start → Settings → Control Panel → Add/Remove Programs

Page 31: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

31 dari 58

c) Pilih aplikasi yang dikehendaki

d) Klik Change/Remove

e) Klik OK dan proses uninstall akan dijalankan sehingga tamat.

Page 32: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

32 dari 58

2.4 Mengemaskini Windows

Pengguna Microsoft Windows boleh menggunakan kelebihan untuk

Mengemaskini Windows secara automatik tetapi komputer anda mesti

bersambung ke internet. Sekiranya anda tidak pasti apakah versi Windows

yang anda sedang gunakan, anda boleh mengetahuinya dengan mengikuti

arahan bagi menyemak di

http://www.microsoft.com/athome/security/protect/checkos.aspx

Langkah-langkah:

a) Klik kanan pada ikon My Computer

Page 33: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

33 dari 58

b) Pilih Properties skrin dibawah akan dipaparkan

Page 34: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

34 dari 58

c) Klik Automatic Updates.

Anda boleh tentukan sendiri bila waktu yang sesuai untuk melakukan proses

kemaskini ini. Setelah membuat pilihan klik Apply dan OK

Sila lawati http://windowsupdate.microsoft.com/ untuk mendapatkan updatesterbaru.

Perhatian: Pastikan anda kembali ke Windows Update selepas mengebut semula

untuk memeriksa apa-apa muat turun tambahan. Anda mungkin perlu melakukan

ini beberapa kali.

Catatan penting bagi pengguna Microsoft Office. Anda juga patut melawat

tapak Office Update untuk memasang sebaran keselamatan yang terbaharu.

Page 35: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

35 dari 58

2.5 Perkongsian Folder

Perkongsian folder dimaksudkan untuk memberikan hak pakai pada komputer

lain, sehingga anda dapat melihat isi dari komputer lain.

Langkah-langkah yang digunakan untuk menentukan sharing local drive ini

adalah sebagai berikut :

a) Dwi klik My Computer

b) Dwi klik pada drive yang hendak di kongsi cth Drive C

c) Pilih folder yang hendak dikongsi dan klik kanan

Dapatkan menu Sharing and Security

d) Tandakan Share this folder on the network

e) Namakan folder yang ingin dikongsi

f) Klik Apply dan OK

g) Apabila icon keluar, bermakna folder telah dikongsi

Page 36: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

36 dari 58

2.6 Mencari folder dalam jaringan (network)

a) Pilih menu My Network Places

b) Folder yang telah di kongsi akan dipaparkan pada window seperti di bawah

Page 37: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

37 dari 58

2.7 Instalasi pencetak(printer)

a) Klik butang Start

b) Klik Printers and Faxes.

c) Pilih Add a Printer

d) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya.

e) Klik pilihan A network printer, or a printer attached to anothercomputer.

f) Klik Next> untuk melanjutkan pada langkah berikutnya, kemudian klikpilihan Browse for a printer.

g) Klik Next> untuk memilih jenis printer yang ada atau telah dilakukankongsikan.

h) Klik Next> untuk menampilkan kotak dialog berikutnya,

i) Pastikan adakah anda ingin menggunakan printer tersebut sebagaidefault.Jika ya, klik pilihan Yes pada bahagian do you want to use thisprinter?

Page 38: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

38 dari 58

a) Kemudian klik butang Next> untuk menuju pada kotak dialog tersebut.

b) Klik butang Finish untuk mengakhiri proses instalasi tersebut.

2.8 Buang Cookies, History dan Temporary Internet Files

Setiap kali kita melayari internet segala cookies, history dan temporary

internet files akan tercipta dan akan disimpan. Sekiranya ia tidak dibuang ia

akan menjejaskan performance komputer masing-masing.

a. Buka aplikasi Internet Explorer

b. Klik Menu Tools

c. Pilih Internet Option dan skrin dibawah akan dipaparkan

d. Klik butang Delete Cookies

e. Klik OK (membenarkan file cookies dibuang)

Page 39: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

39 dari 58

f. Klik butang Delete Files

g. Tandakan Delete All Offline Content

h. Klik OK

i. Klik butang Clear History

j. Klik YES (membenarkan files history di buang)

k. klik OK (untuk keluar aplikasi)

2.9 Create User Account

Sekiranya kita tidak mahu sesiapa menggunakan komputer kita. Pengguna perlu

menciptakan password dikomputer masing-masing.

a) Klik Start → Settings → Control Panel →User Accounts

b)

Dwi klik pada Administrator dan masukkan password yang dikehendaki.

Page 40: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

40 dari 58

c) Sekiranya anda ingin menukar password

Start → Settings → Control Panel →User Accounts

Pilih Administrator dan klik Change my password

Masukkan password baru anda dan tekan butang Change Password.

d) Setelah memasukkan password anda perlu settingkan di screen saver

Page 41: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

41 dari 58

2.10 Cara Menutup Komputer

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup

komputer anda dengan betul .

a. Klik START

b. Klik Turn Off Computer

c. Pilih Turn off untuk menutup komputer anda

Pilih Restart untuk menutup dan membuka semula komputer anda.

Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda disyorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

Page 42: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

42 dari 58

MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.0 MENGESAN KEROSAKAN (TROUBLESHOOTING)

1.1 Peralatan : Monitor

Masalah : Gambar wujud pada tengah skrin

Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada horizontal area

b) Periksakapasitor tantalum/coupling *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Gambar wujud di bawah skrin

Penyelesaian :

a) Periksa komponen pada vertical area

b) Periksa kaki transistor *

c) Tukar monitor lain

Masalah : Contrast (background) cerah sangat. Ada horizontal line

Penyelesaian :

a) Laras pada contrast di panel kawalan

b) Laras screen button pada “high voltage” capasitor *

Masalah : Gambar/tulisan tidak jelas (skrin kabur)

Penyelesaian :

a) Laras brightness di panel kawalan

b) Laras focus button pada “high voltage” capasitor *

c) Tukar monitor

1.2 Peralatan : Hard disk (HDD)

Masalah : Sistem hang / tidak boleh run c:

Penyelesaian :

a) Periksa boot sector/virus

b) Pastikan hard disk utility telah dibuat

c) Periksa cable connection

d) Hard disk rosak/tukar

Page 43: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

43 dari 58

Masalah : Tidak boleh buat fdisk/fails to create

Penyelesaian :

b) Pastikan hard disk ok/detected ok

c) Periksa DOS disket/BIOS

d) Periksa hard disk setup

e) Periksa motherboard *

f) Periksa cable connection

Masalah : Cari/baca data slow

Penyelesaian :

a) Buat chkdsk c:

b) Ada virus/periksa memori

1.3 Peralatan : Disket Drive (FDD)

Masalah : Tidak boleh baca data dalam disket

Penyelesaian :

a) Periksa head/cuci

b) Pastikan disket ok

a. Ada system/ada fail

b. Tiada virus

c. Kapasiti betul

d. Tidak rosak

1.4 Peralatan : Keyboard

Masalah : Satu huruf tak berfungsi/timbul banyak

Penyelesaian :

c) Cabut/bersihkan huruf tersebut

d) Uji kelancaran butang huruf

e) Tukar keyboard

Masalah : Tidak berfungsi langsung/ bila “boot” keyboard error

Penyelesaian :

(ii) Periksa suis pada keyboard (sebelah belakang – AT – XT)

(iii) Periksa key lock

Page 44: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

44 dari 58

(iv) Periksakeyboard connector

(v) Tukar keyboard

1.5 Peralatan : Mouse

Masalah : Arrow bergerak tidak lancar

Penyelesaian :

a) Bersihkan roller dan bebola

b) Periksa mouse configure/control

c) Tukar mouse

Masalah : Tidak berfungsi

Penyelesaian :

a) Periksa mouse connection

b) Tukar mouse

1.6 Peralatan : Operating System

Masalah : Sistem slow

Penyelesaian :

f) Periksa CPU/motherboard – 286, 386, 486, Pentium dsb

g) Tambah kapasiti RAM

h) Periksa virus, buang

i) Close program yang tidak diperlukan

j) Program perlu banyak memory untuk beroperasi

k) Check HDD

Page 45: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

45 dari 58

VIRUS KOMPUTER

1.0 DEFINASI

Secara amnya virus merupakan program (blok kod yang boleh dilarikan) yang

menyelit, menulis dan menggantikan program lain untuk merebak tanpa

pengetahuan pengguna PC.

Kata kunci di sini adalah membiak (the ability to reproduce itself) dan memerlukan

host. Ciri-ciri ini membezakan antara virus dan worm.

Virus menyelitkan dirinya kepada fail (biasanya fail aplikasi seperti program

pemprosesan kata atau program DOS). Lazimnya, virus tidak menjangkiti fail data.

Namun fail data mungkin mengandungi kod boleh laksana seperti makro yang boleh

menyebarkan virus. Fail teks seperti fail batch, postscript dan kod sumber yang

mempunyai arahan kompilasi/terjemahan oleh program lain juga merupakan

pembawa virus. Namun, host jenis ini adalah jarang.

Aktiviti virus dicetuskan oleh 2 faktor:

• Bom masa – dicetus oleh faktor masa atau bilangan kali komputer diboot.

Contohnya: virus Michelangelo yang menjadi aktif setiap Mac 6, harijadi pelukis

terkenal ini.

• Bom logik – tercetus apabila peristiwa tertentu berlaku seperti arahan tertentu

dilaksanakan atau data tertentu diubah, dicipta atau dihapuskan. Contoh

aplikasinya adalah seorang juruprogram yang mengesyaki dirinya akan dibuang

kerja. Beliau mencipta bom logik yang akan menjadi aktif sekiranya status

kerjanya diubah ke ‘terminated’.

Page 46: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

46 dari 58

2.0 JENIS-JENIS VIRUS

2.1 Virus Sektor Boot

Contoh: Form, Stoned

Virus jenis ini menjangkiti sektor boot cakera liut (MBR) atau DOS boot record

dalam cakera keras.

Contoh kes virus Stoned (1987)

Cakera liut yang mengandungi virus terselit dalam data digunakan dalam

projek bersama dengan rakan sekerja. Virus dipindahkan apabila disket

ditinggalkan dalam pemacu dan komputer cuba melakukan bootup dari

disket. Komputer memasukkan sektor pertama disket ke dalam ingatan dan

melaksanakannya. Virus menyalinkan dirinya ke dalam cakera keras

menggantikan MBR. Virus ini adalah ‘memory resident’ (99% virus

mempunyai ciri ini), ia terletak dalam ingatan dan menangkap interrupt 13h

(baca/tulis). Setiap kali komputer membaca/menulis pada pemacu A, cakera

liut akan dijangkiti.

2.2 Virus Makro

Contoh: WM.Concept

Virus jenis ini merupakan ancaman baru kerana ia ditulis dalam bahasa

WordBasic, yang senang dipelajari. Virus tradisional ditulis dalam bahasa

perhimpunan dan memerlukan kepakaran tertentu. Virus jenis ini menjangkiti

fail data dan host jenis ini lebih berkesan kerana fail data lebih kerap dikongsi

bersama. Virus makro tidak terikat pada satu platform sahaja. Oleh itu, satu

virus boleh menjangkiti komputer yang menggunakan Windows 3.x, 95, NT

malah Macintosh.

2.3 Virus Fail TSR (Terminate and Stay Resident)

Virus jenis ini menjangkiti fail adalah ‘memory resident’ dan menjangkiti com

dan exe.

Page 47: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

47 dari 58

2.4 Virus Companion

Virus ini merebak melalui fail yang dilarikan. Misalnya fail asal adalah

myapp.exe. Apabila pengguna menaip myapp dalam prompt c, myapp.com

akan dilarikan dan akan menjalankan rutin rebakannya. Kemudian myapp.exe

akan dilaksanakan oleh myapp.com tanpa pengetahuan pengguna.

2.5 Virus Overwriting

Ia menulis dirinya keatas fail yang dijangkiti menyebabkan program tersebut

tidak dapat dijalankan lagi. Virus jenis ini tidak popular kerana mudah

dikesan.

3.0 BAGAIMANA IA MEREBAK

3.1 Perisian

Perisian baru yang dibeli mungkin mengandungi virus. Kemungkinan ini lebih

besar jika perisian tersebut adalah cetak rompak. Selain itu, demonstrasi

perisian jurujual dalam komputer juga merupakan satu sumber virus

sekiranya perisian tersebut telah dijangkiti virus.

3.2 Cakera Liut

Virus merebak melalui cara ini akibat perkongsian fail dalam projek dan

dalam sistem rangkaian.

3.3 Internet

Virus hanya merebak melalui attachment dalam emel(auto download tanpa

scanning), dan program yang dimuat-turun dari Internet. Namun demikian,

virus hanya akan menjangkiti komputer sekiranya program tersebut

diinstalasikan ke dalam komputer. IRC (Internet Relay Chat) juga merupakan

satu ‘hotspot’ bagi virus.

3.4 Rangkaian

Satu fail mungkin digunakan oleh beberapa kumpulan dalam rangkaian yang

sama oleh itu hanya terdapat 1 salinan fail tersebut. Jika fail tersebut

Page 48: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

48 dari 58

dijangkiti, semua pengguna yang menggunakannya juga akan terdedah

kepada jangkitan virus.

4.0 CARA PENCEGAHAN

Berikut merupakan cara untuk mengelakkan dari jangkitan virus:

• Penggunaan perisian anti-virus

• Periksa disket yang dikongsi sebelum membukanya. Virus tersebar apabila

akses dibuat.

• Ubah status disket dari boleh-padam ke ‘read-only’

• Beli dan muat-turun perisian dari Internet hanya dari sumber yang boleh

dipercayai.

• Berhati-hati dengan perisian yang ditawarkan dalam BBS dan Internet

• Elakkan penggunaan perisian cetak rompak

• Pengimplementasian polisi keselamatan organisasi. Antara kandungan

utamanya:

- hak penggunaan perkakas, perisian dan data

- akses fizikal ke perkakas, perisian dan data

- prosedur backup dan recovery

- penalti jika polisi dilanggar

• Sentiasa backup data

5.0 PERISIAN ANTIVIRUS

Perisian antivirus merupakan langkah pencegahan utama terhadap jangkitan virus.

Cara antivirus berfungsi:

• Scanner – mencari corak ('scan strings', 'search strings', 'signatures').

• TSR scanner – mencari virus apabila program lain sedang berjalan

• VxD scanner – memerika untuk virus secara berterusan

• Heuristic scanners – memeriksa fail boleh laksana (.exe fail)

• Monitor/Behaviour Blocker – memeriksa perlakuan system

• Change Detectors/Checksummers/Integrity Checkers

- menyimpan pangkalan data ciri-ciri semua fail boleh laksana dan

memeriksa untuk perubahan dalam program tersebut

Page 49: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

49 dari 58

• Cryptographic Checksummers – menggunakan algoritma enkripsi

Perisian antivirus perlu sentiasa di kemaskini agar dapat mengesan virus baru. Ini

dibuat melalui muat-turun fail macro.def dan sign.def dari Internet. Kebanyakan

syarikat pengeluar antivirus menawarkan pengemaskinian percuma.

Jika menggunakan Windows 95 ke atas, pakej antivirus yang berkesan mestilah

merupakan 32 bit. Di antara pakej antivius adalah seperti Mc Afee, PC Cilin, Norton,

AVG dan lain-lain lagi.

5.1 Aplikasi Antivirus

5.1.1 Cara Membuat Instalasi (protection)

Masukkan CD yang telah dibekalkan ke dalam CD Drive anda.

Instalasi Perisian Antivirus Corporate Edition.o Klik 2 kali My Computer .o Klik 2 kali Folder Protection.o Klik 2 kali pada Folder Norton Antivirus

Corporate Edition.o Klik 2 kali pada fail Savcelm.exeo Semasa Proses instalasi berlaku rajah di bawah

akan dipaparkan.

Page 50: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

50 dari 58

o Proses seterusnya

o Klik pada butang Next untuk proses seterusnya.

o Tandakan kekotak “I Accept the terms in the license agreement”o Klik Next

Page 51: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

51 dari 58

o

o Tandakan pada kekotak Microsoft Exchange dan Lotus Noteso Klik Next

o Klik Next

Page 52: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

52 dari 58

o Tandakan pada Kekotak Managed

o Klik Next

o Klik pada butang Browse untuk proses seterusnya

Page 53: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

53 dari 58

o Klik pada Find Computer

o Masukkkan IP Address 10.144.2.2o Pilih Addresso Klik butang Find untuk proses seterusnya

Page 54: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

54 dari 58

o Seterusnya nama Server akan di paparkano Klik pada butang OK untuk proses seterusnya

o Klik Next

Page 55: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

55 dari 58

o Klik Next

o Klik Install untuk membuat instalasi anti virus

Page 56: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

56 dari 58

o Tunggu hingga proses ini selesai

Page 57: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

57 dari 58

5.1.2 Cara Mengaktifkan Anti Virus

• Klik butang Start

• Klik All Programs

• Pilih program Symantec Client Security

Atau

• Dwi klik pada simbol Symantec Client Security yang terletak

di sebelah kanan task bar

• Skin seperti di bawah akan terpapar

• Pilih Scan Computer

• Tandakan Drive yang ingin di scan

Page 58: Komputer & Cara Penyelenggaraannya

Penyelenggaraan Komputer

58 dari 58

• Klik Scan

• Biarkan hingga proses tamat.