komentar bajet 8 - selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata ketua pegawai eksekutif...

23
Rakyat berjaya hapus tol MediaSelangor selangortv.my Media_Selangor www.selangorkini.my PERCUMA 1 - 7 November 2017, 12 - 18 Safar 1439 BERITA PENUH MUKA 3 Komentar Bajet � �8 5 17 Belanjawan negeri kukuh 2

Upload: phamkiet

Post on 22-Apr-2019

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Rakyat berjaya hapus tol

MediaSelangorselangortv.my

Media_Selangorwww.selangorkini.my

PERCUMA 1 - 7 November 2017, 12 - 18 Safar 1439

BERITA PENUH MUKA 3

Komentar Bajet ���8

5

17

Belanjawannegerikukuh

2

Page 2: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 2

UtamaSelangorKini 1 - 7 November 2017

Ekonomi kukuh, pentadbiran berintegriti

Belanjawan lebih bertanggungjawabOLEH HAFIZAN TAIB

SEMENYIH - Kerajaan Negeri berupaya membentangkan be-lanjawan negeri yang kukuh kerana mencapai kemajuan ekonomi baik ekoran mem-praktikkan amalan pen-tadbiran penuh ber-integriti.

Sehubungan itu, Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali ber-kata, Kerajaan Negeri

berkemampuan menyediakan pelan pembangunan meneru-si Belanjawan 2018 yang akan dibentangkan, pada 3 November ini.

“Kita sudah ada rekod pe-ngurusan kewangan ce-merlang dan saya berani

bersemuka dengan rak-yat kerana yakin tang-gungjawab diberikan sudah dilaksanakan

dengan jujur serta ber-integriti,” katanya dalam Majlis Penyerahan Hak-milik Tanah dan Menye- marak Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), di sini, pada 27 Oktober ini.

Berbeza dengan Kerajaan Persekutuan, beliau berkata, se-memangnya Selangor mencatat pencapaian baik dalam eko-nomi dan ia akan dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk program digariskan Ke-rajaan Negeri.

“Hasil mahsul negeri akan dikembalikan semula kepada seluruh rakyat, di Selangor,” ka-tanya.

Katanya, walaupun Sela-ngor diserang dengan pelbagai laporan berita negatif tetapi Kerajaan Negeri tidak lemah semangat kerana segala dilaku-kan bagi mengangkat martabat rakyat.

Sasar negeri pintar menjelang ����SHAH ALAM - Selangor mengekalkan sasarannya untuk menjadi negeri pintar terulung menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man.

Beliau berkata, agenda di-inspirasikan Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, itu mampu dilaksanakan menerusi kerjasama dan usaha berterusan semua pihak.

Katanya, pelan tindakan un-tuk melaksanakannya turut dirujuk kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri itu termasuk pandangan daripada rakyat.

“Justeru, penting untuk kita mengumpul idea dan panda-ngan menerusi perbincangan serta siri forum interaktif supaya agenda Smart Selangor mampu direalisasikan dengan baik.

“Kesalinghubungan antara negeri, rakyat, industri serta teknologi berupaya mencipta formula kehidupan yang lebih berkualiti,” katanya ketika Sela-ngor Synergies 1: Economic Out-look for 2018-Opportunities in Selangor, di The Saujana Kuala

Lumpur, pada 27 Oktober lalu.Forum terbabit bertujuan

menggalakkan dialog dan perbincangan selain mewujud-kan jalinan kerjasama dengan pi-hak berkepentingan berhubung pembangunan Smart State.

Dalam ucapannya, Raja Shahreen turut memaklumkan, Selangor kekal cemerlang me-nyumbang 22.7 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, pada 2016.

Katanya, ia sekali gus mengekalkan prestasi Selangor sebagai negeri penyumbang ter-besar ekonomi negara.

“Selangor terus memacu ekonomi ke hadapan dengan menekankan sektor aeroangka-sa, e-dagang, perkhidmatan, hab halal dan bioteknologi,” katanya.

Selangor adalah lokasi ses-uai bagi syarikat yang ingin me- nembusi pasaran serantau ekoran ia menyediakan banyak peluang perniagaan.

Negeri termaju itu turut mene-tapkan visi untuk menjadi Hab Perdagangan Global dan meran-cang membina Pusat Dagangan Dunia Selangor seperti diba-yangkan Mohamed Azmin.

Hospital Pakar IJN Selgate penuhi permintaan kesihatanSHAH ALAM - IJN Holdings Sdn Bhd memeterai kerjasama strategik bersama SELGATE Corporation Sdn Bhd bagi me-lebar kepakaran dalam bidang perawatan jantung dan pen-jagaan kesihatan menerusi pembangunan Hospital Pakar IJN Selgate.

Memorandum persefaha-man ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN Holdings, Datuk Seri Dr Mohd Azhari dan Ketua Pega-wai Eksekutif Kumpulan SEL-GATE, Noor Hisham Mohd Ghouth.

Pemeteraian memorandum turut disaksikan Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Az-min Ali, di Laman PKNS, pada 31 Oktober lalu.

Hadir sama, Pegawai Kewa-ngan Negeri, Dato' Noordin Su-laiman; Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi, Amiruddin Shari dan Dato' Iskandar Abdul Samad.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS), Noraida Mohd Yusof dan Pengerusi IJN Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz Kasim.

Sementara itu, Mohamed

Azmin dalam ucapannya ber-kata, pembangunan hospital berkenaan mampu meningkat-kan lagi akses perkhidmatan kesihatan negeri.

Katanya, keperluan itu juga seiring komitmen Kerajaan Negeri memastikan rakyat Se-langor mendapat akses kesi-hatan terbaik kini.

"Ini adalah usaha strategik dalam meningkatkan sasaran kesihatan yang berkualiti, di Se-langor. Ia seiring dengan dasar Kerajaan Negeri untuk menam-

bah baik keperluan aspek pem-bangunan keadilan sosial.

"Malah, pembangunan ini akan meletakkan Selangor se-bagai pemain penting dalam aspek kesihatan, di negara ini," katanya.

Terdahulu, Hospital Pakar IJN dicetus bagi memenuhi per-

mintaan penjagaan kesihatan, sekali gus diyakini mampu me-ningkatkan jaringan penjagaan kesihatan swasta, di Selangor.

Ia sebuah hospital multi-disiplin dengan pusat cardiac yang dibangunkan secara ber-fasa dengan jumlah 259 katil.

Bakal memulakan operasinya

menjelang suku keempat 2020 dengan kos pembangunan seki-tar RM250 juta, ia direka bentuk sebagai bangunan hijau dan pengurusan sumber efisien.

Hospital berkenaan akan di-bina di bawah kerangka pem-bangunan SELGATE Medical City, Seksyen 13, Shah Alam.

Ini adalah usaha strategik dalam meningkatkan sasaran kesihatan yang berkualiti, di Selangor. Ia seiring dengan dasar Kerajaan Negeri untuk menambah baik keperluan aspek pembangunan keadilan sosialMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Mohamed Azmin meninjau pelan Hospital Pakar IJN Selgate yang dijangka memulakan operasi pada 2020 selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman

Page 3: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Utama3SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Unit khas untuk Orang Kelainan Upaya

Rakyat dapat akses perumahan selesa

OLEH LIZAWATI MADFA

GOMBAK - Perbadanan Kema-juan Negeri Selangor (PKNS) te-rus melakar sejarah apabila berja-ya menyediakan 198 unit rumah mampu milik berkonsepkan Rumah Bandar (Town House) dua tingkat pertama, di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha itu selaras agenda pen-demokrasian pembelian rumah Kerajaan Negeri dalam memas-tikan rakyat berpendapatan ren-dah mempunyai akses kepada perumahan selesa, selamat dan mampu milik.

Katanya, PKNS juga menawar-kan beberapa unit khas buat pe-milik dalam kalangan Orang Ke-lainan Upaya (OKU) dan warga emas.

“Kebiasaannya rumah berkon-sep Rumah Bandar dijual pada harga tinggi tetapi PKNS menawarkan pada kadar mampu milik.

“Tahniah PKNS kerana mengembalikan keuntungan di-peroleh kepada rakyat menerusi produk inovasi dan kreatif serta ti-dak berganjak daripada matlamat asal penubuhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penye- rahan Kunci kepada 10 pembeli Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri, di sini, pada 25 Ok-tober lalu.

Hadir sama, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Ke-hidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad; Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin

Ahmad Ahya dan Pegawai Ke-wangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman.

Rumah berkenaan dijual pada harga RM197,000 bagi unit atas

berkeluasan 995 kaki persegi, manakala unit bawah dijual pada harga RM187,000 dengan kelua-san 1,045 kaki persegi.

Sementara itu, lot tepi tingkat

atas pula dijual pada harga RM195,000 bagi keluasan 993 kaki persegi dan tingkat bawah dengan keluasan 1,042 kaki per-segi (RM185,000).

Mohamed Azmin diiringi Iskandar bersama pembeli ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci kepada 10 pembeli Rumah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri

Fokus tiga sektor utamaGOMBAK - Sektor perumahan rakyat antara tumpuan utama Be-lanjawan Selangor 2018 yang bakal dibentang, pada 3 November ini, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, beberapa skim baru akan diperke-nalkan bagi memberi lebih akses kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki ke-diaman.

Katanya, Kerajaan Negeri ber-tanggungjawab menyediakan rumah selesa dan selamat di ka-wasan strategik dengan harga mampu milik.

“Bukan sekadar rakyat Selangor, tetapi negeri ini turut menjadi pili-han mereka dari luar untuk bermas-tautin dan bekerja.

“Jadi, Kerajaan Negeri tidak akan

lepas tangan dan sentiasa mencari inisiatif terbaik bagi membantu semua memiliki kediaman terbaik bukan sekadar melepas batuk di tangga,” katanya ketika menyem-purnakan Majlis Penyerahan Kunci kepada 10 pembeli Rumah Sela-ngorku Idaman PKNS, di Kota Pu-teri, di sini, pada 25 Oktober lalu.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga fokus untuk menyediakan jaringan pengang-kutan awam terbaik untuk rakyat walaupun ia tanggungjawab Ke-rajaan Persekutuan.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan lan-jut dengan Pihak Berkuasa Tem-patan bagi meningkatkan lagi kemudahan dalam sektor pe-ngangkutan awam.

Selangor ‘gentleman’ GOMBAK - Dakwaan Kerajaan Negeri sengaja bermain politik dan melengahkan usaha Kemen-terian Kesejahteraan Bandar, Pe-rumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membina rumah mampu milik di Selangor tidak benar.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, Kerajaan Negeri sentia-sa bersikap terbuka jika projek

dijalankan membawa manfaat langsung kepada rakyat.

Katanya, pihak berkenaan juga sepatutnya menyemak dahulu rekod sebelum melemparkan tuduhan tidak berasas.

“Sudah banyak projek KPKT kita luluskan dan baru sebentar tadi meluluskan projek Peruma-han Penjawat Awam 1Malaysia, sebelum ini projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.

“Walaupun diserang saban hari tetapi kita tidak berdendam dan masih meluluskan projek mereka kerana Selangor gentle-man,” katanya kepada pemberi-ta.

Terdahulu, Ketua Penera-ngan Umno Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mendakwa, Ke-rajaan Negeri sengaja mensabo-taj usaha KPKT membina 51,000 unit rumah, di Selangor.

lSeramai 891,685 murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu memu-lakan sesi

perseko-lahan tahun ini di seluruh negara

TINJAUANORANG RAMAI

TIDAK BEBAN, MUDAH &CEPAT

Saya menerima kelulusan permohonan Rumah Selangorku hanya selepas sebu-lan mendaftar secara dalam talian ber-banding PR1MA yang sudah bertahun menanti tapi masih tiada jawapan. Saya agak terkejut, namun teruja kerana proses Rumah Selangorku memang cepat dan tidak membebankan.

Mohammad Zain Hasim, 27. Eksekutif Akaun

Saya anggap ini sebagai rezeki kahwin dan anak yang bakal lahir, pada Mac tahun

hadapan.Proses seterusnya juga saya jangka selesai cepat dan sekurang-kurangnya hujung tahun ini dapatlah merasmikan rumah pertama kami

Shafiq Saidon, 27. Juruteknik

Saya bersyukur kerana impian memiliki kediaman sendiri akhirnya direalisasikan Kerajaan Negeri. Sebelum ini, banyak kali saya mohon beli rumah tetapi be-lum ada rezeki. Tidak berputus asa, tiga bulan lalu, saya mohon Rumah Sela-ngorku dan akhirnya ditawarkan, di sini

Mohd Asih Abdul Wahab, 50

Penantian bertahun memiliki rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) seakan tiada pengakhiran buat rakyat yang mendaftar sejak projek berkenaan dilancarkan Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Negeri tidak akan lepas tangan dan sentiasa mencari inisiatif terbaik bagi membantu semua memiliki kediaman terbaik bukan sekadar melepas batuk di tanggaMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

“Begitu juga dengan sektor pen-didikan iaitu kita akan perkenalkan skim baru latihan kemahiran. Kita mahu generasi muda khususnya graduan dilengkapi kemahiran bagi memenuhi keperluan industri dan pasaran di Selangor yang kini membangun sebagai Smart State,” katanya.

Page 4: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 4

UtamaSelangorKini 1 - 7 November 2017

Belanja pembangunan hanya 16%

Bajet Najib tidak bertanggungjawabOLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR - Bajet Perse-kutuan 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak, disifatkan sebagai ti-dak bertanggungjawab kerana memperuntukkan belanja me-ngurus sehingga 84 peratus dan pembangunan 16 peratus.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pe-runtukan pembangunan yang rendah mampu membantutkan pertumbuhan ekonomi negara sama seperti tahun lalu.

Katanya, Kerajaan Persekutu-an seharusnya mencontohi Se-langor yang meletakkan belanja pembangunan lebih 53 peratus dalam belanjawannya.

“Bagaimana Kerajaan Malay-sia ingin merancakkan pertum-buhan ekonomi kalau pemba-

ngunan hanya 16 peratus?“Sekali lagi, saya mengajak

rakyat melihat belanjawan yang akan dibentangkan Selangor yang berjaya menaikkan belan-ja pembangunan kepada lebih 53 peratus dan ini satu contoh pembangunan ekonomi ber-tanggungjawab,” katanya di luar lobi Parlimen, pada 27 Oktober lalu.

Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut ber-kata, bajet dibentangkan kali ini mirip kepada inisiatif dilakukan di Selangor seperti Tabung Wari-san Anak Selangor (TAWAS) dan Selangor Brain Bank.

Beliau turut mempersoalkan peruntukan rendah terhadap dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang diumumkan Najib.

“Bagaimana kita hendak me-

latih generasi muda dalam ke-mahiran memenuhi pasaran industri jika peruntukan diberi hanya RM4.5 juta? Sedangkan, Selangor akan memberi perun-tukan lebih RM50 juta untuk TVET,” katanya.

Antara inisatif diperkenalkan Kerajaan Persekutuan dan mirip pelaksanaan di negeri itu adalah MyBrain, tabung anak baru la-hir dikenali sebagai ADAM50 dan Off River Storage (ORS) demi menjaga sumber air.

Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar berkata, langkah Najib itu membuktikan inisiatif Selangor adalah terbaik.

“Kita dapat saksikan bebera-pa pengumuman mengikuti je-jak langkah Selangor. Akhirnya, perdana menteri sendiri akui apa yang kita lakukan adalah terbaik,” katanya.

Tiru dasar kebajikan SelangorKUALA LUMPUR - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali menyifatkan Bajet 2018 mengguna pakai dasar berkeba-jikan sedia ada yang sudah dilak-sanakan, di Selangor.

Menulis di Twitter, Ahli Parli-men Gombak itu mendedah-kan butiran dasar berkebajikan Selangor yang lebih awal dilak-sanakan sejak PAKATAN menera-jui kepimpinan negeri.

Mohamed Azmin berkata, an-taranya adalah Selangor Brain Bank, Tabung Warisan Anak Se-langor (TAWAS) dan Program TVET Selangor yang disifatkan

lebih tinggi jumlah peruntukan dikeluarkan Kerajaan Selangor berbanding Putrajaya.

“Selangor sudah lama berjaya melaksnakan TAWAS. Malangnya, @NajibRazak baru teringat nak lancar ADAM50. Ayuh mari Sela-ngor pimpin Putrajaya.

“Selangor Brain Bank sudah saya laksanakan tiga tahun tetapi @NajibRazak baru tadi lancar Ma-laysian Brain Bank. Selangor terus menjadi model,” tulis Mohamed Azmin di Twitter.

Untuk rekod, ini bukan per-tama kali dasar berkebajikan di bawah Inisiatif Peduli Rakyat

yang diumumkan Dato’ Menteri Besar Selangor ditiru Kerajaan Persekutuan.

Antara lain, pelaksanaan Skim Smart Sewa yang turut sama di-laksanakan di peringkat Perse-kutuan dalam usaha membantu masyarakat kurang berkemam-puan memiliki rumah kediaman sendiri.

Terdahulu, Perdana Menteri Najib Razak membentangkan cadangan Bajet 2018 dengan cadangan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengu-rus dan pembangunan, di Dewan Rakyat, pada 27 Oktober lalu.

Peruntukan tinggi Jabatan Perdana Menteri membazir SHAH ALAM - Peruntukan tinggi mencecah RM17.4 bilion diberi-kan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah satu pem-baziran, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata, peruntukan terbabit diletakkan di bawah seorang in-dividu tanpa pengawasan atau sistem check and balance untuk memastikan perbelanjaan dilaku-kan secara berhemah dan telus.

“Ia amat mengecewakan kera-na belanja mengurus diletakkan begitu tinggi.

“Dengan kos sara hidup yang begitu membebankan, perdana menteri dan JPM masih terus berbelanja mewah selain tidak

peduli masalah rakyat,” katanya kepada SelangorKini sejurus me-nyempurnakan Program Jom Si-hat PNSB, di sini, pada 28 Okto-ber lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas peruntukan tambahan RM1.5 bilion kepada JPM pada 2018 berbanding tahun semasa bersamaan 6.2 peratus daripada bajet negara.

Ia sebahagian daripada Bajet 2018 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 27 Oktober lalu.

Najib memperuntukkan RM234.25 bilion untuk perbelan-jaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pem-bangunan.

Saya bukan melutut seperti NajibSHAH ALAM - Kunjungan Kera-jaan Negeri ke China adalah un-tuk menarik pelaburan masuk ke Selangor, tegas Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu ber-kata, tindakan itu seharusnya di-contohi Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak ketika mengun-jungi White House.

Katanya, Putrajaya perlu lebih arif langkah Selangoryang ber-jaya meningkatkan Pelaburan Langsung Asing (FDI), pelaburan domestik dan sumbangan Kelua ran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Pencapaian ini semua diakui Jabatan Statistik Negara. Seba-liknya, Najib umum mahu gu-nakan duit rakyat untuk bina infrastruktur, di sana, buat apa, Amerika Syarikat tidak perlukan duit Malaysia.

“Itu beza saya dan dia, saya bukan melutut ke China,” kata-nya ketika diminta mengulas per-bezaan kunjungan dilakukannya ke luar negara berbanding Najib yang juga Menteri Kewangan.

Pada 27 Oktober lalu, Najib menerusi pembentangan Bajet 2018 menyindir kononnya la-watan Kerajaan Negeri bertujuan menjual Selangor kepada pela-bur luar.

Pada September lalu, Mo-hamed Azmin mengetuai de-legasi Selangor ke Guangdong, China menghadiri Majlis Pembu-kaan Forum Pembangunan, Ker-jasama Industri dan Kewangan, negara itu.

Kunjungannya juga bagi memenuhi jemputan berucap oleh 21st Maritime Silk Road un-tuk berkongsi polisi dan dasar Kerajaan Negeri di hadapan pela-bur berpotensi, di sana.

Terdahulu, Mohamed Azmin secara sinis di Twitter berkata, la-watan Kerajaan Selangor ke ne-gara itu juga diadakan bagi ‘men-cari usahawan’ yang dikaitkan dengan skandal kewangan Najib, Jho Low.

“Wahai Najib Razak, saya ke China mencari Jho Low. Ha ha ha,” tulisnya.

Mohamed Azmin dan delegasi negeri ketika lawatan kerja di China, pada September lalu

Page 5: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Utama5SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG KUMPULAN: Mohsin Abdullah

KETUA PENGARANG: Cecelia AlphonsusPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa AfeeraWARTAWAN:

Hafizan Taib: [email protected], Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Ermizi Muhamad : [email protected] Aziz : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Mansuh tol Batu Tiga dan Sungai Rasau

Kejayaan perjuangan rakyatOLEH AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR - Perjuangan rakyat yang selama ini mendesak tol Batu Tiga dan Sungai Rasau diman-suhkan mencapai titik kemenangan apabila Kerajaan Persekutuan akhir- nya tunduk untuk berbuat demiki-an, bermula 1 Januari 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri

Mohamed Azmin Ali berkata, pe-ngumuman pemansuhan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet Persekutuan 2018 adalah kejayaan perjuangan rakyat menolak sistem tol.

“Soal tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Shah Alam, saya ucapkan tahniah kepada rakyat Selangor

yang berani bangkit menuntut hak mereka selepas beberapa tahun berjuang.

“Hari ini (27 Oktober), Kerajaan Persekutuan terpaksa tunduk ke-pada rakyat Selangor dan mem-batalkan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau,” katanya.

Di bawah inisiatif meningkat-kan pendapatan boleh guna, Najib

mengumumkan pemansuhan dua tol utama yang terdapat di Selangor yang menghubungkan laluan Kuala Lumpur-Shah Alam-Klang di Le- buhraya Persekutuan.

Selain Selangor, dua lagi tol yang dimansuhkan bermula 1 Januari 2018 adalah Bukit Kayu Hitam, di Kedah dan Eastern Dispersal Link, Johor.

Kerajaan Negeri hanya minoritiSHAH ALAM - Kerajaan Ne- geri sudah memainkan pera-nan menerusi mesyuarat lem-baga pengarah konsesi Le-buhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) supaya tidak mengenakan kadar tol mem-bebankan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, Kerajaan Negeri konsisten dengan pendirian bahawa konsesi tidak perlu menguta-makan keuntungan besar de-ngan menekan pengguna.

Katanya, konsesi sebaliknya dicadang untuk mengemba-likan kutipan kepada peng-guna seperti penyelenggaraan

jalan.“Suara Kerajaan Negeri

bagaimanapun tidak besar dan gah kerana hanya pemegang saham minoriti, bahkan kepu-tusan akhir akan diputuskan lembaga pengarah.

“Seperti kebanyakan situasi, suara minoriti tidak kuat dan ti-dak dipedulikan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemungkinan cadangan Kerajaan Negeri mengumumkan penghapusan tol di KESAS dan LDP menerusi Belanjawan Selangor 2018.

Mohamed Azmin menegas-kan, perkara itu adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan bukan di bawah tanggungja-

wab Kerajaan Negeri.“Isu lebuh raya dan konsesi

bukan bawah Kerajaan Negeri, jika lagi dua bulan kita ke Put- rajaya mungkin akan ada pengu-muman sebegitu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyem-purnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing Sempena Sambutan ke-17 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, pada 28 Oktober lalu.

Kerajaan Negeri melalui Kum-pulan Perangsang Selangor Ber-had memiliki 20 peratus saham masing-masing di LDP dan Lebuh Raya Sprint, manakala Perbada-nan Kemajuan Negeri Selangor menguasai 30 peratus saham, di KESAS.

Jangan berlagak heroSHAH ALAM - Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak dinasihat untuk berhenti ber-lagak hero dengan pengumuman pengha-pusan tol di Lebuhraya Persekutuan bagi Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, ber-mula 1 Januari 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kecanggihan teknologi masa kini membolehkan rakyat menyemak hayat konsesi yang dijadual tamat, pada 2018.

Katanya, Najib perlu segera menghen-tikan pembohongan dan mengelirukan rakyat dengan isu tol di Lebuhraya Perseku-tuan itu.

“Rakyat boleh semak dengan mudah, konsesi juga sudah mahu tamat tetapi ada yang tiba-tiba mahu jadi juara dalam isu ini.

“Ini bukan soal mahu kredit tetapi se-perti saya nyatakan semalam (27 Oktober), ia adalah hasil perjuangan rakyat mende-sak tol itu dihapuskan.

“Kerajaan Persekutuan juga patut hapuskan tol di seluruh negara meman-

dangkan syarikat konsesi sudah meraih keuntungan berlipat ganda, cukuplah,” katanya kepada pemberita, di sini, pada 28 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan kononnya mahu mengambil kredit ekoran pengumuman penghapus-an tol menerusi Bajet 2018, pada 27 Ok-tober lalu.

Ditanya sama ada pengumuman Um-no-BN itu bertujuan merampas Selangor, Mohamed Azmin meminta gabungan parti itu melupakan hasrat berkenaan.

“Nak ambil Selangor buat apa, negeri yang mereka ada tu jagalah elok-elok. Se-karang bukan sekadar hapus tol di Selangor tetapi juga di Kedah dan Johor selepas lihat sokongan rakyat terhadap Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Inilah peranan pembangkang mem-beri tekanan, berjuang bersama rakyat dan akhirnya kemenangan buat rakyat,” katanya.

Page 6: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 6

UtamaSelangorKini 1 - 7 November 2017

Tarik minat lebih ramai golongan muda

Tambah program latihan pertanianOLEH SABIRAH AZIZ

HULU SELANGOR - Penamba-han program latihan pertanian dilaksanakan Kerajaan Negeri bagi menarik minat lebih ramai anak muda menyertai bidang pertanian.

Exco Infrastruktur, Kemuda-han Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berka-ta, ia bertujuan meningkatkan penyertaan belia tani sebagai generasi kedua berpengeta-huan dan berkemahiran dalam pengurusan projek pertanian komersial juga berteknologi tinggi.

“Ia boleh dilihat menerusi Pro-gram Inkubator Usahawan Belia Tani apabila program ini menye-diakan pakej latihan menyelu-ruh bukan sahaja daripada as-pek tanaman tetapi juga melatih mereka dalam aktiviti ekonomi, pengurusan kewangan, pentad-biran sehingga pemasaran.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada peserta yang terbabit dalam program ini. Semoga ia menjadi contoh ke-

pada anak muda, di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Program Inku-bator Usahawan Belia Tani (IUBT) Negeri Selangor yang turut di-hadiri Pengarah Pertanian Ne- geri, Mohamad Idrus Ab Hamid, di Pusat Latihan Pertanian Kalum-pang, di sini, pada 27 Oktober lalu.

Program IUBT adalah pro-gram dalam RMK11 bertujuan memperkasakan golongan be-lia menceburi bidang pertanian berteknologi tinggi.

Seramai sepuluh peserta dari-pada pelbagai daerah dipilih un-tuk menjalani kursus di kelas dan latihan amali di ladang, dalam tempoh lapan bulan.

Carilah isu lainSHAH ALAM - Kenyataan Tan Sri Noh Omar konon-nya Kerajaan Negeri berdiam diri dalam isu pendudukan bawah talian Tenaga Nasional Berhad (TNB), di Paya Jaras, adalah tidak benar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairud-din Othman berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sudah mengarahkan tiada sebarang perobohan rumah boleh dilakukan se-hingga sesi rundingan dan tawaran selesai.

Katanya, beliau bersama penduduk turut hadir ketika arahan itu dikeluarkan dalam MTES.

“Saya tidak tahu mengapa Umno dan Noh Omar tiba-ti-ba nak main isu ini, sedang-kan Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali sudah mengarahkan MTES mengambil langkah sewajarnya.

“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar yang se-lalu memberi perhatian ke-pada isu dibangkitkan ADN Paya Jaras,” katanya meneru-si kenyataan, baru-baru ini.

Mohd Khairuddin berka-ta, Noh selaku Menteri Ke-sejahteraan Bandar, Peruma-han dan Kerajaan Tempatan

(KPKT) perlu menumpukan isu lebih penting dan tidak menangguk di air keruh.

“Carilah isu lain yang mu-nasabah. Sudah 50 tahun Umno memerintah Sela-ngor, kenapa dulu tak bantu rakyat ini,” katanya.

Pada 24 Oktober lalu, Noh mendakwa Kerajaan Negeri dan ADN Paya Jaras gagal menangani isu pendudu-kan bawah TNB itu sehingga menjejaskan nasib 59 pen-duduk.

Katanya, TNB sekadar menawarkan pampasan RM15,000 sementara Kera-jaan Negeri masih berbolak balik berhubung pemberian tanah gantian untuk kedia-man baru.

Mohd Khairuddin

Page 7: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Ekonomi7SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Inisiatif Peduli Rakyat

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Inisiatif Peduli Rak-yat (IPR) yang diperkenalkan Kera-jaan Negeri berjaya meningkat-kan pendapatan isi rumah, sekali gus mengikis jurang pendapatan dalam kalangan rakyat.

Dekan Selangor Business School, Prof Dr Mohd Faiz Abdul-lah berkata, hal itu terbukti apa-bila pendapatan isi rumah dalam kalangan rakyat di Selangor men-catatkan pertumbuhan positif dan berkembang lebih cepat berban-ding peringkat nasional.

Katanya, kaum Cina mencatat-kan pendapatan isi rumah ter-tinggi iaitu RM9,290 pada 2016 berbanding RM8,033 (2014) dii-kuti kaum Melayu yang mening-kat dari RM5,776 hingga RM6,784 serta kaum India dari RM5,215 hingga RM6,457.

“Manakala pertambahan pendapatan isi rumah di pering-kat nasional untuk kaum Melayu ialah RM4,214 kepada RM4,846, manakala RM5,708 hingga RM6,582 (Cina) dan RM4,627 ke-pada RM5,428 (India).

“Pendapatan isi rumah keluarga untuk mereka yang menetap di bandar meningkat dari RM6,484 ke-pada RM7,443, manakala bagi kelu-arga di luar bandar meningkat dari RM4,003 kepada RM5,119,” katanya yang merujuk kepada statistik dike-luarkan Jabatan Perangkaan Malay-sia.

Beliau berkata demikian ke-tika forum Selangor Synergies 1: Economic Outlook for 2018, di The Saujana Kuala Lumpur, di sini, pada 27 Oktober lalu.

IPR diperkenalkan bagi me-nampung kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dalam suasana ekonomi yang semakin

lembab, hari ini.Pada 10 Oktober lalu, Jabatan

Perangkaan Malaysia melapor-kan purata pendapatan isi rumah di luar bandar Selangor menun-jukkan peningkatan mendadak menerusi kadar pertumbuhan 12.3 peratus dalam tempoh dua tahun, sehingga 2016.

Sementara itu, purata pendapatan isi rumah di bandar pula bertumbuh 6.9 peratus se-tahun.

Untuk keseluruhan, purata pendapatan di Selangor men-catat pertumbuhan 7.5 peratus setahun dari RM6,214 pada 2014 kepada RM7,225 (2016).

KUALA LUMPUR - Penutupan lima pasar raya Giant membukti-kan sekali lagi ekonomi Malaysia tidak seindah digambarkan Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pemuda Pakatan Hara-pan, Nik Nazmi Nik Ahmad berka-ta, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ti-dak memberi makna jika pernia- gaan dan rakyat sendiri terus ter-tekan dengan keadaan ekonomi yang kian meruncing ekoran ke-gagalan pentadbiran kerajaan.

“Pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak teratur dan kejatuhan nilai ringgit sehingga mengakibatkan kenai-kan harga barang jelas memberi kesan kepada peniaga juga pem-beli yang semakin berkurangan kuasa membeli.

“Apa akan jadi kepada pekerja pasar raya Giant dan ribuan pe-kerja perniagaan lain yang ter-babit dengan mereka?” katanya dalam kenyataan.

Nik Nazmi berkata, kesukaran dilalui Giant hanya sebahagian daripada krisis yang melanda sektor runcit negara, malahan banyak kedai kecil dan sederhana serta pembekal menjadi mangsa.

Katanya, ketidaktentuan itu di-dakwa berpunca daripada dasar Kerajaan Barisan Nasional yang

gagal membela rakyat.“Pengumuman bajet Perdana

Menteri langsung tidak menyen-tuh isu genting seperti ini atau memberi solusi kepada masalah rakyat, malah hanya berperanan menjanjikan gula-gula sempena pilihan raya.

“Najib dan BN tidak mampu memulihkan ekonomi negara sendiri tetapi ada hati pula hen-dak membantu mengukuhkan ekonomi terbesar dunia, Amerika Syarikat.

“Pemimpin yang tidak merasai realiti masyarakat seharusnya di-pencenkan kerana mereka hanya berbuat sesuatu untuk kepen-tingan sendiri, sementara rakyat terus menderita,” katanya.

Ekonomi Malaysia indah khabar dari rupaLonjak pendapatan

isi rumahPengumuman bajet Perdana Menteri langsung tidak menyentuh isu genting seperti ini atau memberi solusi kepada masalah rakyat, malah hanya berperanan menjanjikan gula-gula sempena pilihan raya

NIK NAZMI NIK AHMADKetua Pemuda Pakatan Harapan

Page 8: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda 8

NasionalSelangorKini 1 - 7 November 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2018 dibentangkan Perdana Menteri, Da-tuk Seri Najib Razak, jelas bertujuan menarik undi rakyat, kata Naib Pre-siden KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin.

Katanya, pengumuman bajet berkenaan sebagai petanda awal bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan diadakan dalam tem-poh terdekat.

“Kita tidak lihat suatu usaha ber-sungguh daripada Kerajaan Perse-kutuan untuk mengangkat ekonomi masyarakat khususnya golongan muda.

“Perdana Menteri mendakwa ba-jet ini bersifat realistik, namun pada saya ini adalah belanjawan untuk menarik sokongan yang semakin kri-tikal kepada kerajaan kini.

“Kita sudah nampak berlakunya trend itu dan ramai beranggapan ini sebagai bajet pilihan raya, namun tidak lupa ini sebenarnya bajet gen-

dang perang pilihan raya oleh per-dana menteri,” katanya.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu ber-cakap kepada pemberita di Lobi Par-limen selepas pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, pada 27 Oktober lalu.

Pada masa sama, kata Shamsul, dasar Transformasi 2050 (TN50) per-dana menteri yang turut dinyatakan dalam Bajet 2018 dilihat gagal me-macu pertumbuhan ekonomi pada landasan terbaik.

Katanya, pelaksanaan dasar itu masih memerlukan tumpuan secara menyeluruh dalam usaha mening-katkan taraf ekonomi rakyat.

“Saya teliti soal TN50 yang dihurai perdana menteri secara panjang le-bar. Kebimbangan saya seperti yang dinyatakan mengikut pakar ekono-mi, Dr Mohammad Khalid.

“Beliau menjangkakan, pada 2050 negara akan berhadapan dengan rakyat yang miskin. Justeru, inilah kelemahan utama yang menyaksikan kegagalan bajet kali ini,” katanya.

Bukan usaha angkat ekonomi masyarakat

Gendang Perang PRU-��

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dibebaskan selepas menjalani hu-kuman penjara sebulan, di Penjara Ka-jang, pada 27 Oktober lalu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden-nya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali an-tara pemimpin parti itu yang hadir me-nyambut pembebasan Tian Chua.

Pada kesempatan itu, Mohamed Az-min memeluk Tian Chua diiringi laungan ‘Hidup Tian Chua’ daripada penyokong KEADILAN.

Naib Presiden KEADILAN itu berkata, beliau dikejutkan dari tidur oleh pegawai

penjara Kajang pada jam 5 pagi sebelum dibebaskan, jam 7 pagi.

Terdahulu, Tian Chua didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Janu-ari 2014 kerana enggan mematuhi ara-han polis supaya meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, pada jam 2.30 petang, 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan BERSIH 3.0.

Mahkamah menjatuhi hukuman pen-jara sebulan dan denda RM1,000.

Tian Chua menarik balik rayuan tera-khirnya berhubung sabitan itu dan men-jalani hukuman penjara.

Sambut pembebasan Tian Chua

Mohamed Azmin dan Wan Azizah menyambut pembebasan Tian Chua di Penjara Kajang, pada 27 Oktober lalu

Indeks Harga Pengeluar meningkat kepada ���.�%SHAH ALAM - Indeks Harga Pengeluar (IHP) me-ningkat enam peratus dari tahun ke tahun ke-pada 108.1, pada September berbanding 102.0 yang direkodkan, pada bulan sama tahun lalu.

Namun, angka itu susut 0.7 mata kepada 6.7 peratus pertumbuhan yang direkodkan, pada Ogos lalu.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataan ber-kata, sektor yang menunjukkan peningkatan ketara termasuk perlombongan (+30.8%), pem-buatan (+4.7%), pertanian, perhutananan dan perikanan (+1.5%) serta elektrik dan bekalan gas (+1.2%).

“Sementara itu, indeks bagi bekalan air susut 0.4 peratus,” katanya.

Perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengelua- ran tempatan naik 1.1 peratus, pada September lalu.

Kenaikan indeks itu ekoran peningkatan dalam tiga sektor, pada bulan rujukan iaitu perlombongan (+10.0%), pertanian, perhuta-

nan dan perikanan (+3.3%) serta pembuatan (+0.2%).

Sementara itu, indeks bagi bekalan air dan elektrik juga gas masing-masing mencatatkan penurunan (-0.8%) dan (-0.4%).

IHPR pengeluaran tempatan mengikut pe-ringkat pemprosesan naik 1.1 peratus, pada bu-lan September lalu.

Peningkatan itu ekoran kenaikan dalam in-deks bahan mentah untuk diproseskan se-lanjutnya (+4.2%), indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen (+0.5%) dan indeks ba-rang siap (+0.2%).

Berbanding bulan sama tahun lalu, IHPR pengeluaran tempatan mengikut peringkat pemprosesan, pada September lalu naik 6.0 peratus.

Kenaikan itu didorong kenaikan indeks ba-han mentah untuk diproseskan selanjutnya (+11.0%), bahan perantaraan, bekalan dan komponen (+6.6%) dan barang siap (+1.0%).

Page 9: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Raih populariti undi menjelang PRU-14

Gagal faham derita rakyat

Perdana Menteri tidak memahami realiti sebenar kehidupan rakyat kini, bahkan-jurang pendapatan rakyat miskin akan semakin melebar dengan lebih banyak lagi masalah akan timbul

Nasional9SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LUMPUR - Bajet 2018 dibentang-kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menggambarkan keperitan dilalui rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, bajet itu sekadar cubaan bagi meraih populariti undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Lebih mengecewakan, kata Azizah, ti-ada sebarang penumpuan inisiatif baru yang dapat memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

“Perdana Menteri tidak memahami re-aliti sebenar kehidupan rakyat kini. Ju-rang pendapatan rakyat miskin akan se-makin melebar dengan lebih banyak lagi masalah akan timbul.

“Contohnya, pelaksanaan Cukai Ba-rangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menekan kebajikan rakyat dan apa yang diumumkan Najib hanya bersifat pilihan raya,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, pada 27 Oktober lalu.

Wan Azizah berkata, pembentangan Belanjawan 2018 itu juga menyaksikan kegagalan Najib dalam usaha meme-rangi budaya rasuah dan penyelewe-ngan kewangan membabitkan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Pengumuman Najib hanya bersifat

Pengumuman Najib hanya bersifat sementara. Sebagai sebuah Kerajaan, Najib seharusnya turut fokus kepada agenda untuk menghapuskan budaya korupsi, ketirisan dan penyelewengan

WAN AZIZAH WAN ISMAILKetua Pembangkangsementara. Sebagai sebuah Kerajaan, Najib seharusnya turut fokus kepada agenda untuk menghapuskan budaya korupsi, ketirisan dan penyelewengan.

“Ia sewajarnya menjadi tumpuan uta-ma bukan sekadar memberi gula-gula kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, Najib dalam pembentan-gan Bajet 2018 mendakwa, kononnya bajet berkenaan bersifat inklusif yang mengambil kira kepentingan rakyat dan lapisan masyarakat.

Bagaimanapun, Bajet 2018 menyaksi-kan sekitar peruntukan RM280.25 bilion bagi pengurusan perbelanjaan mengu-rus dan pembelanjaan pembangunan.

Page 10: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

10ADN

SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

BANGI - Kira-kira 200 pelajar Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mengikuti Bengkel Pecu-tan Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Bangi, Shafie Ngah berkata, ia diadakan secara percuma untuk meleng-kapkan diri menghadapi peperik-saan penting itu.

Katanya, peluang itu seharus-nya menjadi pembakar semangat untuk mereka melakukan yang terbaik bagi mencapai keputusan cemerlang.

“Diharap, pelajar dapat ambil peluang yang disediakan kerana perkara percuma sukar diper-oleh, pada masa ini.

“Saya sendiri tidak mendapat

peluang begini ketika zaman menimba ilmu kerana semuanya dikenakan bayaran,” katanya.

Bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), program berkenaan membabitkan peserta PTRS dari DUN Bangi, Dusun Tua, Kajang, Teratai dan Semenyih.

Shafie berkata, pelajar juga boleh menjadikan semangat juang jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai ikutan dalam mencapai kejayaan.

“Dia sudah bergelar juara du-nia berkali-kali tetapi terus beru-saha kerana itu yang dimahukan-nya.

“Sama juga, guru hanya dapat beri tips terbaik dan kaedah be-lajar tetapi pelajarlah yang harus berusaha untuk beroleh kece-merlangan,” katanya.

Bengkel Pecutan Akhir SPM 2017 DUN Bangi

Ambil semangat juang Lee Chong Wei

Shafie (duduk tengah) bersama sebahagian peserta Bengkel Pecutan Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

GOMBAK - Ahli Dewan Negeri Gom-bak Setia, Hasbullah Mohd Ridz- wan, menyampaikan sumbangan kepada Madrasah Tahfiz Al-Yamani cawangan Gombak, baru-baru ini.

Sumbangan RM1500 itu sebagai tanda sokongan beliau atas usaha untuk membangunkan fasa dua madrasah terbabit.

“Sebagai pelancaran, pihak saya menghulurkan sumbangan itu, na-mun sumbangan pelbagai pihak sangat dialu-alukan kerana pengu-rusan madrasah menampung pela-jar dan operasinya,” katanya.

Sementara itu, beliau ber-pendapat, pembangunan tahfiz bercambah dengan baik kerana banyak permintaan daripada ibu bapa untuk menghantar anak ke

tahfiz, pada masa kini.“Di samping itu, masyarakat juga

mempunyai kesedaran untuk men-didik anak berdasarkan didikan agama.

“Maka, usaha ini disokong dan dari semasa ke semasa penguru-san juga prasarana akan diperting-katkan supaya sekolah tahfiz dapat sampai kepada piawaian yang sela-mat serta selesa,” tambahnya.

Katanya, Kerajaan Negeri juga konsisten sejak lapan tahun lalu dengan membantu sekolah tahfiz dalam pelbagai aspek.

Dalam majlis itu, beliau melan-carkan Program Kutipan Dana Fasa 2 madrasah itu yang turut dihadiri Ketua Kampung Changkat, Mukim Setapak, Zainal Abidin Abu Bakar.

Madrasah Tahfiz Al-Yamani bangun fasa dua

Hasbullah menurunkan tandatangan sebagai tanda pelancaran Program Kutipan Dana Fasa 2 Madrasah Tahfiz Al-Yamani cawa-ngan Gombak

SEPANG - Ahli Dewan Negeri Sungai Pelek, Lai Nyuk Lan menyertai Program Tanam Po-kok Negeri Selangor sebagai inisiatif menggalakkan per-tumbuhan hijau di negeri itu, pada 28 Oktober lalu.

Program peringkat daerah Sepang diadakan di Dataran Surau An Nur RTB Labu Lanjut.

Aktiviti penanaman pokok dimulakan pada jam 9 pagi

membabitkan 100 pokok se-perti mangga, durian belan-da, belimbing, jambu batu, rambutan dan pulasan.

Turut hadir Ketua Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pembangunan, Hasnol Hi- sham Samsuddin; Penghu-lu Mukim Labu, Rohaisyam Mohd Jombry dan Ketua Kam-pung Labu Lanjut, Damarulan Hassim.

Inisiatif pertumbuhan hijau

Lai Nyuk Lan (kanan) menyertai Program Tanam Pokok Negeri Selangor di Dataran Surau An Nur RTB Labu Lanjut

Aktiviti penanaman pokok dimulakan pada jam 9 pagi membabitkan 100 pokok seperti mangga, durian belanda, belimbing, jambu batu, rambutan dan pulasan

Page 11: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

11SelangorKini 1 - 7 November 2017

Advertorial MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) menganjurkan pro-gram Hobbies Unlimited sebagai inisiatif mengga-

lakan gaya hidup sihat dalam ka-langan masyarakat, seluruh negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif PREC, Fakru Radzi berkata, penganjuran program itu juga dilaksanakan bagi menyokong komitmen Kera-jaan Negeri supaya rakyat terbabit dalam aktiviti kesukanan dan pro-gram riadah, pada 11 dan 12 No-vember ini.

“Ini adalah salah satu inisiatif bagi menyokong Kerajaan Negeri ke arah mencapai sebuah negeri yang produktif dengan pengama-lan gaya hidup bersukan dan me-ngisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat melalui pertan-dingan yang berdaya saing secara sihat.

“Impak positif daripada pengan-juran program Hobbies Unlimited pada 2016 membakar semangat kami tahun ini untuk melebarkan

sayap, dari SACC Mall ke Kompleks PKNS Shah Alam.

"Menariknya, penambahan ak-tiviti lain seperti Sky Dancers, Iron Man Maskot, Synthetic Ice Rinks dan pelbagai lagi acara untuk kanak-kanak khususnya turut dia-dakan," katanya dalam kenyataan, di sini, pada 31 Oktober lalu.

Antara aktiviti yang bakal ber-langsung selama dua hari itu adalah belon udara panas, origa-mi, pony rides, Battle of Fingerboar- der, Shah Alam Cyphercall Break-dannce, Mini 4WD Champion- ship, Kids Go Cart dan permainan lego.

Menariknya, program itu bakal membabitkan penyertaan 60 peserta dari luar negara antaranya Korea, India, Mesir dan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berke-naan Hobbies Unlimited, sila layari ke laman sosial kami Facebook dan Instagram (SACC Mall/Kom-pleks PKNS Shah Alam) atau hubungi 03-5510 4600 (SACC Mall)/03-5513 3845 (Kompleks PKNS Shah Alam).

Aktiviti sukan dan riadah

Hobbies Unlimited galak gaya hidup sihat

Page 12: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Album Album13SelangorKini 1 - 7 November 201712 SelangorKini 1 - 7 November 2017

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa bersama ADN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong turun padang menyertai pertandingan badminton anjuran Kumpulan Perangsang Selangor ADN Tanjung Sepat, Ir Haslin Hassan menyantuni golongan kurang berkemampuan di kawasan beliau

dan turut menyampaikan sumbangan kepada merekaADN Batu Caves, Amirudin Shari menyerahkan sumbangan komputer riba kepada pelajar layak bertempat di pejabat beliau

ADN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong menyertai program memberdaya wanita dan menyerahkan risalah 'Kapsul Masa ADUN Kuala Kubu Bharu' informasi aktiviti kawasan beliau

ADN Permatang,

Datuk Sulaiman

Abd Razak menyertai

gotong-royong

menceriakan persekitaran

setempat bersama

penduduk di kawasan

beliau

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menghadiri majlis penyerahan tong sampah kepada komuniti kawasan Seksyen 18, Shah Alam

ADN Dusun Tua, Razaly Hassan turun padang menyerahkan sumbangan beg sekolah kepada penerima layak di kawasan beliau

ADN Teratai, Tiew Way Keng menyampaikan hadiah kepada hadirin dalam pesta kenduri rakyat diadakan di kawasan beliau

ADN Rawang,Gan Pei Nei turun padang menyantuni penerima sumbangan Selangor Food Stamp di Flat Kos Rendah Palma,Rawang

Page 13: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

14 SelangorKini 1 - 7 November 2017

LALUAN BAS SMART SELANGOR MPSJ

MULAPERSIARAN

BAKTI

PERSIARANIKHLAS

PERSIARANKEWAJIPAN

PERSIARANMURNI

PERSIARANTUJUAN

PERSIARANJENGKA

PERSIARANKEMAJUAN SUBANG

JALAN SS 16/1

JALAN SUBANGUTAMA

JALAN SUBANG UTAMA

TAIPAN USJ 10

HENTIAN TAIPAN USJ 10

STESEN LRT TAIPAN

BRT HALT 7

HENTIAN BAS USJ 6

HENTIAN BAS USJ 5

HENTIAN BAS USJ 3

HENTIAN BAS SS19

POLE BUS SS17

POLE BUS SS17

POLE BUS SS16

POLE BUS SS16

KTM SUBANG JAYA SS16

HENTIAN BAS SS16

POLE BUS SS18

POLE BUS SS18

POLE BUS USJ 2

HENTIAN BAS USJ 2

HENTIAN BAS UTAMA (MPSJ)

PERSIARANTUJUAN

PERSIARAN MURNITAMAT

MULA

LEBUHRAYA DAMANSARA - PUCHONG

LEBUHRAYA DAMANSARA - PUCHONGPERSIARAN PUCHONG JAYA SELATAN

LEBUHRAYA NPE

LEBUHRAYA NPE

PERSIARAN JENGKAPERSIARAN JENGKA

PERSIARAN LAGOON TIMUR PJS 9/1

IOI MALL PUCHONG

BERHADAPAN IOI MALL PUCHONG

SKYPOD RESIDENCES

SUNWAY MEDICAL CENTRE

TESCO PUSAT BANDAR PUCHONGBERHAMPIRAN LRT STESEN 7

TAMAT

BAS RAPID TRANSIT HALT 3

SUNWAY PYRAMID

KOMPLEKS 3C

LRT STESEN 6 (SS 18)

LRT STESEN 6 (SS 18)

BERHAMPIRAN INTI COLLEGE

STESEN MINYAK BHP

BERHADAPAN KOMPLEKS 3C

BERHADAPAN SUNWAY PYRAMID

MPSJ - STESEN 7 BRT - STESEN KTM SUBANG TESCO PUCHONG - IOI MALL - SUNWAY MEDICAL CENTRE - SUNWAY PYRAMID

- KOMPLEKS 3C - LRT SS 16 - KOLEJ INTI - SKYPOD RESIDENCE - TESCO PUCHONG

LRT BK 5 - SMK BANDAR KINRARA - PASAR PAGI TK 3 - SMK BATU 8 - SMK BAN-DAR PUCHONG JAYA - TAMAN PAIK SIONG - KINRARA COURT - LRT BK 5

MULA

LRT STESEN 4 ( KINRARA BK 5)

SRK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA

PASAR PAGI KINRARA

BERHADAPAN PERUMAHAN PPR KINRARA

SMK BATU 8

SMK BANDAR PUCHONG JAYA A

BERHAMPIRAN JLN TK 5/2

BERHADAPAN RESTORAN DAY TO DAY

PERUMAHAN PERUMAHAN PPR KINRARA

BERHADAPAN SMK BATU 8 ( BERHAMPIRAN JLN NURI 1)

KAWASAN PERNIAGAAN (LOT KEDAI)

BERHADAPAN KEM TENTERA BANDAR KINRARA

KEM TENTERA BANDAR KINRARA

BERHAMPIRAN JLN BK 2/7

BERHADAPAN PALM TERRACE APARTMENT

KINRARA COURT

BERHAMPIRAN JLN KINRARA

LEBUHRAYA BUKIT JALIL

LEBUHRAYA KINRARA 4

JALAN BK 2/3

JALAN TK 5/32A

JALAN TIONG

JALAN TK 5/1

JALAN TK 5/32A

JALAN TK 1/13

JALAN KINRARA 4/1

JALAN KINRARA

JALAN PUCHONG LAMA

JALAN PUCHONG LAMAJALAN BANDAR PUCHONG JAYA

JALAN BANDAR PUCHONG JAYA

JALAN KINRARA 3/11 TAMAT

WAKTU OPERASISETIAP HARI6 pagi - 10 malam

KEKERAPAN PERJALANAN15-20 minit

Page 14: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

15SelangorKini 1 - 7 November 2017

IPR MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Tingkat ekonomi rakyat Selangor

Inisiatif Peduli Rakyat jaminan kesejahteraan

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerjaraya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

MASJID TAMAN ALAM JAYA,

DAERAH KUALA

SELANGOR, SELANGOR

DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)044/(T)/2017

Bumiputera T1

SPKK, PKK, STB & UPEN

Gred:

G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

06/11/2017(Isnin)

Hingga

20/11/2017(Isnin)

RM920.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

27/11/2017(Isnin)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak adalah di galakkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447753

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan atau syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PENTADBIRAN PAKATAN memberi penekanan terhadap aspek keba-jikan rakyat tanpa mengambil kira sebarang perbezaan sentimen

politik, agama dan bangsa, sejak 2008.Iltizam itu dilaksanakan penuh konsisten

bagi memastikan rakyat dapat menikmati hasil kekayaan negeri bersesuaian dengan agenda peduli rakyat yang diumumkan, Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat itu, Dato' Menteri Besar memperkenalkan Ini-siatif Peduli Rakyat (IPR) meliputi keperluan seluruh rakyat.

“Bermula pada 2008 dengan tujuh pro-gram, Kerajaan Negeri menambah sehing-ga 38 program yang dapat memberi man-faat kepada rakyat, maka tercetusnya nama baru iaitu Inisiatif Peduli Rakyat.

“Saya rasa bangga dengan pelaksanaan program ini yang membantu rakyat kerana sememangnya rakyat berhak berkongsi ha-sil kekayaan negeri,” katanya.

Penjenamaan IPR

Sebelumnya, proram yang dikenali se-bagai Merakyat Ekonomi Selangor (MES) itu dijenamakan semula bagi mendukung hasrat pembangunan berkebajikan, di Se-langor.

Dimulakan dengan tujuh agenda utama, ia kemudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalui fasa demi fasa.

Visi dan Misi Kerajaan Negeri dalam pro-gram Inisiatif Peduli Rakyat adalah dengan mengutamakan kebajikan rakyat, di sam-ping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan.

Malah, objektif utama dalam pentad-biran baharu adalah untuk memastikan Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan.

Di samping itu, peningkatan kualiti hi-dup rakyat dijamin dapat dipertingkatkan supaya rakyat dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera, di negeri itu.

Keseimbangan Pembangunan IPR

Kejayaan Selangor maju perlu diter-jemahkan dengan erti kata sebenar supaya rakyat menerima limpahan kekayaan Sela-ngor yang melimpah ruah.

Bagaimanapun, keberkesanan pelbagai program di bawah inisiatif IPR juga mampu mewujudkan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan seimbang dan spiri-tual.

Ia turut diakui Mohamed Azmin yang merujuk dasar digariskan Kerajaan Negeri adalah tepat apabila hasil kekayaan ne- geri disalurkan kepada rakyat dalam bentuk program berkebajikan kepada rakyat.

“Ia amat berjaya dan setakat ini Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM2 bilion

yang diserahkan kepada rakyat.“Oleh kerana keberkesanan program ini

yang dapat memberdayakan rakyat, maka ia akan diteruskan dalam Belanjawan 2018 akan datang.

"Saya ingin menegaskan bahawa Inisia- tif Peduli Rakyat adalah teras utama pem-bangunan Negeri Selangor. Pembangunan yang berkualiti adalah teras peduli rakyat.

"Pembangunan yang tidak peduli rakyat adalah pembangunan yang tempang. Jus-teru itu, kita perlu menggembeleng segala tenaga dan sumber untuk bersama Mem-bangun Bangsa dan Memakmur Negeri," katanya.

Basmi Kemiskinan Rakyat

Lebih membanggakan, laporan Penyia- satan Pendapatan Isi Rumah dan Kemuda-han Asas 2016 mendedahkan insiden ke-miskinan Selangor berkurangan kepada kosong peratus pada 2016, berbanding 0.2 peratus pada 2014.

Keberkesanan itu menyaksikan kejayaan program Inisiatif Peduli Rakyat dapat mem-basmi kemiskinan dan masalah kesenja-ngan pendapatan antara bandar juga luar bandar.

Keberkesanan pelaksanaan inisiatif itu juga turut dipuji Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Sha-haruddin Badaruddin yang menyifatkan pelaksanaannya sejajar dengan kemajuan ekonomi pembangunan negeri terkaya itu.

"Ini satu contoh pengorbanan dibuat dengan Kerajaan Negeri tidak menyimpan duit itu tetapi kembalikan terus kepada rakyat dengan program biasiswa, Bas Smart Selangor, Peduli Sihat dan Hijrah," katanya.

Jelas Pengarah Institut Darul Ehsan (IDE) itu, pengorbanan wang ringgit dalam pro-gram seperti IPR seperti ini jelas untuk membantu rakyat semata-mata walaupun tidak memberikan pulangan keuntungan

wang ringgit seperti mana dalam konteks perniagaan atau pelaburan.

Kata penganalisis politik terkenal itu

lagi, pentadbiran Kerajaan Negeri turut diberikan kestabilan politik dan mampu menjalankan urusan pentadbiran dengan licin serta berkesan untuk rakyatnya.

Justeru, keyakinan rakyat terhadap pelaksanaan dasar itu mewujudkan ke-berkesanan positif yang secara langsung dapat memberi manfaat berterusan ke-pada masyarakat Selangor.

Inisiatif itu wajar dipuji dan dicontohi pentadbiran di peringkat persekutuan bagi memastikan kesejahteraan dan peningkatan ekonomi rakyat dapat di-pulihkan.

Saya ingin menegaskan bahawa Inisiatif Peduli Rakyat adalah teras utama pembangunan Negeri Selangor. Pembangunan yang berkualiti adalah teras peduli rakyatMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

Page 15: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ABANG MEDIAN ABANG SAID

“PERANG telah mati !”Semua orang

melongo mende-ngar berita terse-

but. “Tapi badannya masih berge-

rak. Nadinya memang tidak ber-denyut lagi.”

Ngangaan mulut menjadi se-makin luas – terlihat lelangit dan anak tekak.

“Betulkah?”“Bagaimana?”Rasa musykil bergantungan

dalam diri. Biarpun mati tetapi masih bergerak – sesuatu yang kontradiksi. Keanehan menyen- tak dalam dada. Kekeliruan bergeming dalam atma.

Sememangnya begitu. Semua heboh dengan kematian Pe-rang. Dia lelaki bertubuh seder-hana tetapi sering menimbulkan kekacauan dan pertelingkahan. Kehebatannya bukan pada kebo-lehannya bermain senjata tetapi pada susunan kata-kata dan ke-tajaman daya fikirnya. Pengaruh-nya terlalu kuat meresap dalam urat nadi, bersebati dalam darah, mengalir dan akhirnya menja-jah minda. Kecerdikan akal pen-duduk sering diadu domba. Su-ara dan intonasinya mempunyai daya bujukan yang tinggi. Tidak dapat ditebak; kata-kata itu fakta atau auta. Karisma lebih mema-nipulasi minda.

Perang dikatakan dibunuh dengan tukul. Bukan sewaktu pergaduhan. Itu yang dikhabar-kan dari mulut ke mulut. Tapi tu-kul itu tidak berdarah. Tiga kali hentakan menyebabkan Perang terkulai. Perang terus tidak ber-nyawa. Terpisah nafas dari tubuh.

“Jika tukul menjadi senjata pembunuhan, mengapa tukul itu tidak berdarah?”

“Kepalanya juga tidak pecah.”“Tidak ada kesan lebam pada

badannya.”“Jadi, bagaimana dia dikatakan

dibunuh dengan tukul?”

Semakin difikir-fikir, semakin banyak persoalan tidak terjawab. Kemusykilan semakin bergan-da-ganda. Seperti ada operasi matematik – tambah, darab, kua-sa dua, kuadrat matriks – dalam otak.

“Tukul dihentakkan ke tempat lain tetapi itu menyebabkan ke-matian Perang.”

Yah! Jawapan itu tidak me-rungkai selirat kemusykilan yang menjerut. Malah menyebabkan situasi kian berserabut. Semua jadi kecoh untuk mengetahui perkara sebenar.

Ramai tidak mempercayai kematian Perang. Perang ti-dak mudah menyerah. Pantang berundur. Semua itu tiada dalam falsafah Perang. Sewaktu beru-cap di hadapan penyokong-nya, dia mengatakan: “Hidup adalah peperangan. Perjuangan juga peperangan. Orang berpe-rang untuk menuntut hak. Ada

juga memper-tahan martabat diri. Dalam pepe-rangan, kita perlu sedia menembak semua musuh. Kita perlu sedia untuk membunuh.”

Menurut Perang, peperangan hanya ada dua konklusi: Membunuh atau terbunuh. Argh! Benarkah Perang akhirnya yang ter-bunuh?

Damai – indi-vidu yang menjadi musuh Perang me-ngatakan Perang berjuang untuk kepentingan diri. Pengikutnya hanya

alat dan tidak sedar mereka di-perkotak-katikkan oleh Perang.

Pengikut Perang pula me-ngatakan Damai seorang yang bacul. Penakut! Terlalu lembut! Dia dikatakan tidak berani ber-juang menegakkan hak. Damai dilabel sebagai ‘pak turut’, ‘pak angguk’, ‘hipokrit’, ‘kuda tungga-ngan’ dan pelbagai istilah lain yang negatif.

Sungguh. Semuanya ma-sih menjadi tanda tanya yang berkepul di langit fikiran. Persoa-lan itu kian berketul keras dalam minda. Berita kematian Perang masih dianggap khabar angin. Khabar itu hangat di laman maya. Tiada pengesahan rasmi.

Sewaktu Damai balik dari peja-batnya, dia diasak oleh wartawan tentang persoalan kematian Pe-rang. Damai hanya mengetap bibir dengan dahi berkerut. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepala sambil berkata, “ Anda sendiri telah membuat jawapan lebih awal. Jadi apakah relevan-nya soalan itu tadi?”

Berita luar negara lebih ter-kedepan apabila mengatakan Damai telah menolak seorang wartawan asing. Damai dikatakan takut menjawab soalan tersebut. Lantas timbul spekulasi bahawa kematian Perang ada kaitan de-ngan perseteruan mereka. Ada akhbar luar negara begitu lan-tang terus melabel Damai sebagai dalang pembunuhan. Semuanya ditulis serba semberono.

Kematian Perang kian heboh. Pengikut-pengikutnya menanti pengesahan kematiannya dalam debar dan gentar. Mereka masih memasang harapan lebih-lebih lagi tatkala mendengar tubuhnya masih bergerak biarpun sedikit. Benarkah? Betulkah? Lagi-lagi,

hanya persoalan yang tercangok dalam dada.

Tengah malam itu barulah anak Perang iaitu Tempur meng-umumkan ayahnya telah menin-ggal dunia. Tiada kesedihan pada wajahnya. Roman wajahnya han-ya meriaskan keseriusan. Bibirnya leper. Matanya galak. Dengusan sesekali terlepas dari hidungnya. Pengumuman dibuat di medan tempat letak kereta berhadapan pejabat ayahnya.

“Memang ayah saya telah per-gi. Berita itu sahih. Tapi kematian-nya tidak mutlak. Dia tidak akan mati kerana pemikiran dan ga-gasannya masih hidup. Auranya ada di mana-mana. Adicitanya akan terus bersemarak. Siapa

yang dapat menguburkan hasrat dan harapannya? Saya teringat kata-kata seorang pemikir, biar jasad terpenjara tetapi idea dan gagasan yang berpengaruh akan tetap bebas seperti angin.”

Kata-kata itu mendapat sam-butan laungan semangat. Ke-adaan riuh. Ramai datang mem-bawa sepanduk. Kata-kata yang tertulis banyak berbentuk pro-vokatif. Ada yang ditulis dengan sederhana, ada yang ditulis de-ngan keras. Terbakar perasaan dan semangat. Masyarakat kota yang lalu-lalang di medan itu te- rus terikut-ikut dengan perhim-punan tersebut. Mereka bukan-nya menyokong mana-mana pihak tetapi hanya ingin tahu tu-juan perarakan berkenaan.

Keesokan paginya mayat Pe-rang sedia untuk dikebumikan. Tanpa mereka sedari, ada musuh Perang di situ. Dia tidak puas hati. Lelaki berwajah cengkung itu mahu memastikan Perang benar-benar telah mati. Kematian Perang masih diragui. Siapa yang tidak ragu jika dikatakan jari tangan dan rahang Perang masih lagi bergerak-gerak. Bagi musuhnya, bayang-bayang Perang pun akan turut meresahkan.

Mayat Perang dibawa ke perkuburan sekitar jam 10.30 pagi. Ramai menanti jenazah tersebut untuk memberi peng-hormatan terakhir. Kawasan perkuburan sesak. Lelaki berwa-jah cengkung itu terus memerha-ti upacara pengkebumian itu. Dia mahu pastikan, memang Perang yang dikuburkan. Bukan orang lain.

Apabila mayat Perang hendak dimasukkan ke liang lahad, suasana riuh. Dada Perang terangkat sedikit. Ada sesuatu keluar melalui mulut dan hidungnya. Semua orang me- lopong. Nga-ngaan itu menjadi le-bih luas berbanding ketika mereka menerima berita kematian Perang.

Benarkah apa yang mereka saksikan? Betulkah?

Fikiran Perang keluar dari jasad- nya melalui hidung dan mulut. Lelaki berwajah cengkung ter-pempan. Hampir jatuh jantung-nya. Serentak itu, jari dan ra-hang Perang berhenti bergerak. Lelaki berwajah cengkung itu merapati mayat Perang. Dia i-ngin menangkap fikiran Perang yang cuba melarikan diri. Usa-hanya gagal. Fikiran Perang pan-tas berlari apabila menyedari ke-hadiran musuh.

“Tangkap kelibat fikirannya itu.” Bukan seorang dua konco-konconya tetapi mereka ha-dir dalam jumlah yang ramai. Semua hanya menangkap angin. Semua merangkul kecewa.

Angin pun berhenti bertiup. Dahan-dahan pokok tidak ber-kersik. Hanya matahari yang masih bersinar garang. Ke mana perginya fikiran Perang? Fikiran Perang itu melarikan diri ke arah barat. Awan terus berkabut. Ada makna yang tersembunyi di situ.

“Memang ayah saya telah pergi. Berita itu sahih. Tapi kematian-nya tidak mutlak. Dia tidak akan mati kerana pemikiran dan gagasannya masih hidup. Auranya masih ada di mana-mana. Adicitanya akan terus bersemarak. Siapa yang dapat menguburkan hasrat dan harapan-nya? Saya teringat kata-kata seorang pemikir, biar jasad terpenjara tetapi idea dan gagasan yang berpengaruh akan tetap bebas sepertiangin.”

Page 16: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

17SelangorKini 1 - 7 November 2017

Komentar MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

Bercakap tentang bonus, suka atau tidak, penjawat awam Kerajaan Persekutuan terpaksa berpuas hati walaupun bonus diumumkan

bukan sahaja tidak menyamai dengan apa yang diterima rakan mereka di Selangor, bahkan impian bonus satu setengah bu-lan seperti dituntut CUEPACS juga tidak kesampaian.

Walaupun mereka tidak menikmati bo-nus dua bulan gaji, namun kebanyakan penjawat awam tentunya tetap bersyukur kerana setidak-tidaknya langkah Kerajaan Selangor memberi bonus ‘dua bulan gaji’ sebelum itu turut mendorong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaik-kan pemberian ‘bonus’ dari RM500 pada tahun ini kepada RM1,500 dengan dua kali bayaran untuk 2018.

Kebanyakan penjawat awam tentunya sedar, penghargaan Umno-Barisan Nasio- nal (BN) kepada mereka tidak seikhlas mana tetapi hanya hadir dengan pakej tat-kala kedudukan Umno-BN pada masa ini bagaikan telur di hujung tanduk untuk tu-run ke gelanggang pilihan raya yang akan

Bonus di tangan kanan

Air ikandan penyapu tangan kiri

diadakan tidak berapa lama lagi.

Masakan tidak, si-kap Umno memandang rendah terhadap pen-jawat awam boleh dili-hat apabila Datuk Seri Jamal Yunos yang ko-nonnya pendekar Umno baru-baru ini mengugut penjawat awam dengan memandikan air ikan terhadap mereka yang hanya menjalankan tu-gas. Sungguh menjijikkan!

Sikap memandang rendah penjawat awam dalam kalangan pemimpin Umno ini bukan sesuatu yang baru apabila men-teri besar daripada Umno, Dr Khir Toyo ke-tika menguasai Selangor dengan angkuh pernah menghadiahkan penyapu juga ke-pada penjawat awam. Satu penghinaan!

Selain itu, bukan suatu rahsia kerana sejak dahulu lagi Umno-BN memperleceh-kan daya berfikir penjawat awam dengan menentukan parti politik mana yang patut disokong mereka. Jika enggan, bersedia-lah terima surat pertukaran dan silap hari

bulan kenaikan pangkat turut terbantut. Satu pencabulan hak!

Tidak cukup itu, tenaga penjawat awam juga dikerah tanpa kerelaan untuk men-jayakan program berbaur politik sama ada sebagai jentera program atau sebagai pak pacak yang sekadar memenuhi kerusi ko-song. Dijadikan alat!

Di sebalik bersyukur kerana mendapat bonus RM1,500 seperti yang dijanjikan, namun sebagai rakyat yang waras, golo-ngan penjawat awam seluruh negara su-

dah tentunya tidak mahu lagi perkara se-perti ini berterusan.

Kalau tidak kerana bonus dua bulan gaji juga, setidak-tidaknya pilihlah kerajaan yang tahu meletakkan harga diri penjawat awam di tempat yang sepatutnya seperti yang di-tunjukkan Kerajaan Selangor, hari ini.

Masih belum terlambat. Jangan berpu-tus asa, (PAKATAN) Harapan tetap ada!

Nazli Ibrahim adalah wartawan kanan SelangorKini

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.Kontrak/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai lain selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank / kiriman wang / wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerjaraya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan / Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

Pejabat yang

Memanggil Tawaran

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

MASJID KAMPUNG

MELAYU RASA, DAERAH HULU

SELANGOR, SELANGOR

DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)048/(T)/2017

Bumiputera T1

SPKK, PKK, STB & UPEN

Gred:

G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

07/11/2017(Selasa)

Hingga

20/11/2017(Isnin)

RM1,100.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

28/11/2017(Selasa)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di WAJIBKAN. Tarikh: 06/11/2017 (Isnin) Jam: 10.00 pagi. Bertempat di JKR Daerah Hulu Selangor. Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri

Selangor. No. Telefon: 03 55447756

*Jenis Pendaftaran:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% milik tempatanSyarikat 100% milik tempatan ATAU Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara.Syarikat 100% milik tempatan atau syarikat tempatan yang diisenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Page 17: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

18PBT

SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA - Pihak Berkuasa Tempa-tan (PBT) hanya mempunyai kuasa terhad di bawah Undang-Undang Kecil Tempatan membabitkan kesalahan kecil seperti tidak mempunyai lesen perniagaan dan lesen iklan.

Pemangku Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, PBT hanya boleh menyita barangan perniagaan tetapi tidak berkuasa menghentikan perniagaan atau me-nahan pihak terbabit dalam kegiatan pernia- gaan video perjudian.

“Bila mereka tiada lesen, kita hanya boleh sita dan kalau tutup premis perniagaan itu, mereka masih boleh mencabar kuasa kerana tiada dalam peruntukan undang-undang, malahan sebelum ini memang tindakan adalah menutup premis supaya tak buat lagi tetapi mereka pecahkan. Ini bermakna me-reka buat lagi.

“Mesin yang kita sita juga mereka boleh datang ambil semula selepas membayar kompaun RM1,000. Kita tiada kuasa meng-halangnya tetapi disebabkan mereka men-jalankan kegiatan menyalahi undang-undang

biasanya tak datang ambil,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang me-

dia selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ di Bilik Mesyuarat Kenanga MPSJ, di sini, pada 25 Oktober lalu.

Katanya, peraturan termaktub dalam Undang-undang Kecil Pusat Siber itu turut membenarkan pihak yang disita menuntut ganti rugi jika terdapat kerosakan terhadap bara- ngan dirampas PBT.

Zulkurnain berkata, lazimnya hanya pihak yang benar-benar menyediakan perkhid-matan pusat siber secara sah di bawah per-aturan pusat hiburan keluarga sahaja yang akan datang menuntut barangan disita PBT.

“Kalau ada undang-undang lain, maka bo-leh ambil tindakan lebih keras tetapi kita ada Undang-undang Kecil Tempatan sahaja. Un-dang-undang Akta Rumah Judi Terbuka 1953 hanya ada pada polis sahaja,” katanya.

Sebelum itu, ketika mempengerusikan Me-syuarat Penuh MPSJ, Zulkurnain berkata, MPSJ akan menjalankan operasi memerangi pusat perjudian haram di dalam kawasan pentadbi-rannya berdasarkan peruntukan Undang-Un-dang Kecil Tempatan yang ada.

Hanya boleh sita barang perniagaan

Tiada kuasa halang tebus mesin judi

KLANG - Pengurusan sisa pepejal diken-dalikan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM), di Klang, mendapat maklum balas positif berhubung tahap kebersihan bertambah baik, sejak setahun lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, perkembangan setakat ini amat baik dengan Pihak Berkuasa Tempatan itu tidak menerima aduan daripada orang ra-mai berhubung perkara terbabit.

“Berdasarkan perkembangan itu, maka kita boleh meletakkan kepercayaan baha-wa KDEBWM mampu melaksanakan tang-gungjawab dengan berkesan.

“Kita berharap pengambilalihan dilaku-kan KDEBWM akan memberi dan mening- katkan lagi perkhidmatan pembersihan sisa pepejal, di kawasan pentadbiran MPK,” katanya di sini, pada 26 Oktober lalu.

Beliau berkata demikian selepas Maj- lis Menandatangani Perjanjian Perkhid-matan Pembersihan Awam antara MPK dan KDEBWM serta Penyerahan Lori Arm Roll Baru KDEBWM.

Katanya, KDEBWM kini mengendalikan operasi pengurusan itu di 59 kawasan yang diserahkan secara berperingkat dan MPK akan menyerahkan baki kira-kira 20 kawasan lagi, pada Februari 2018.

“Penjanjian pengurusan pembersihan awam antara MPK dan KDEBWM ini, se-lama tujuh tahun. Manakala, kos operasi dilaksanakan KDEBWM juga bertambah menjadi RM29 juta ekoran penambahan

kawasan baru dan skop kerja perlu dilaku-kan berbanding sebelumnya yang diken-dali MPK (RM19 juta),” katanya.

Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada MPK atas keperca-yaan diberikan kepada anak syarikat Kera-jaan Negeri itu bagi mengendalikan pe-ngurusan sisa pepejal, di Klang.

“Kita memulakan pengurusan sisa pe-pejal, di Klang sejak lebih setahun lalu dan hari ini kita memeterai perjanjian untuk pengurusan pembersihan awam selanjut-nya.

“Dengan hubungan dan kerjasama baik daripada MPK, kita yakin pengurusan ope-rasi ini akan berjalan lancar seperti disasar-kan,” katanya.

KDEBWM mengambil alih perkhid-matan pengurusan sisa pepejal di kawasan pentadbiran MPK iaitu projek perintis, pada 1 Julai tahun lalu, dan syarikat itu mula mengambil alih perkhidmatan pe-ngurusan pembersihan awam secara ber-peringkat di MPK, bermula 1 Mac lalu.

Ia mengguna pakai applikasi iClean Se-langor bagi pengurusan aduan perkhid-matan pengurusan sisa pepejal dan pem-bersihan awam, di Klang.

Aplikasi itu boleh dimuat turun me-lalui Android atau App Store untuk memu-dahkan masyarakat menyalurkan aduan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan penggunaan teknologi terkini.

Operasi KDEBWM berkesan

Mohamad Yasid (dua dari kiri) dan Ramli (dua dari kanan) ketika Majlis Menan-datangani Perjanjian Perkhidmatan Pembersihan Awam antara MPK dan KDEB-WM

SEPANG - Majlis Perbanda-ran Sepang menawarkan Kempen Bayaran Kompaun Tempat Letak Kereta, ber-mula 1 November hingga 30 November ini.

Menurut Facebook Pihak Berkuasa Tempatan itu, ta-waran berkenaan adalah bagi kesalahan kompaun letak kereta dan kompaun halangan serta lalu lintas sebanyak RM20.

Bayaran boleh dibuat di Kaunter Bergerak MPSepang secara berkala pada setiap Isnin hingga Khamis di lokasi tertentu bermula jam 10 pagi, mulai 1 November ini.

Antara lokasi terbabit ialah di Medan 88 (Depan BSN dan Maybank), Kosmo-pleks, Glomac (Depan Ke-

dai Pelita), Jalan Teknokrat 5 (DHL) dan Lim Kok Wing.

Tawar pengurangan kompaun bermula � November

Page 18: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

19SelangorKini 1 - 7 November 2017

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG - Sebanyak RM166.9 juta cukai taksiran berjaya dikutip Majlis Perbandaran Klang (MPK) setakat Oktober ini, sekali gus mencatat lebihan empat peratus berban- ding kutipan dalam tempoh sama, tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mo-hamad Yasid Bidin berkata, Pi-hak Berkuasa Tempatan (PBT) itu berjaya mencatat kutipan di-nyatakan sehingga 17 Oktober lalu iaitu mengatasi jumlah dikutip RM160.26 juta, tahun lalu.

“Mengikut pecahan, kita ber-jaya mengutip RM77.17 juta iaitu 97 peratus bagi cukai taksiran 1/2017, RM66.44 juta (84%) iaitu cukai taksiran 2/2017 dan RM23.28 juta (56%) adalah tunggakan cukai taksiran.

“Ia mencatat lebihan RM6.64 juta atau empat peratus berban-ding kutipan dilakukan, pada ta-hun lalu,” katanya dalam Mesyuarat Penuh MPK, di sini, pada 26 Okto-ber lalu.

Beliau berkata, MPK turut me-maklumkan penafian Jabatan Me-teorologi Malaysia (JMM) berkaitan cuaca panas melebihi 40 darjah celcius yang tersebar luas melalui media sosial, baru-baru ini.

Katanya, mengikut maklumat JMM, suhu tertinggi dicatat ialah 36 darjah celcius dan tidak menca-pai tahap suhu gelombang haba iaitu melebihi 37 darjah celcius.

“Sehubungan itu, orang awam dari semasa ke semasa dinasihat-kan mendapat maklumat sahih dari laman sesawang JMM supaya tidak timbul sebarang keraguan,” katanya.

Sehingga Oktober 2017

MPK kutip cukai taksiran RM���.�j

Mengikut pecahan, kita berjaya mengutip RM77.17 juta iaitu 97 peratus bagi cukai taksiran 1/2017, RM66.44 juta (84%) iaitu cukai taksiran 2/2017 dan RM23.28 juta (56%) adalah tunggakan cukai taksiran

MOHAMAD YASID BIDINYang Dipertua MPK

SHAH ALAM - Aplikasi i-ADU di-lancar bagi memudahkan aduan dibuat secara terus kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, ia salah satu ini-siatif menambah baik sistem pe-nyampaian MBSA demi kemuda-han dan kesenangan masyarakat.

Katanya, ia membolehkan proses membuat aduan, sema-kan aduan, penerimaan maklum balas dan penilaian tahap kepua-

san penyelesaian dilaksanakan secara dalam talian.

“Menerusi aplikasi ini, aduan juga boleh dilaporkan 24 jam sehari dan tidak terhad kepada waktu pejabat sahaja.

“Ini memberikan kemuda-han kepada orang ramai dan membantu MBSA menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua,” katanya.

Pada 21 Oktober lalu, pelan-caran i-ADU disempurnakan Timbalan Datuk Bandar, Shukri

Mohamad Hamin, sempena Hari Bertemu Pelanggan, di SACC Mall.

Pada masa sama, orang ra-mai masih boleh menyalurkan a- duan menerusi portal MBSA, talian bebas tol 1-800-88-4477, secara bersemuka, surat, borang dan aduan, di media sosial MBSA.

Aplikasi i-Adu boleh dimuat turut menerusi Android semen-tara pengguna Appstore boleh menikmati aplikasi berkenaan, tahun hadapan.

I-ADU aplikasi aduan �� jamGAMBAR: ADU

Shukri (dua dari kiri) melancarkan i-ADU sempena Hari Bertemu Pelanggan, di SACC Mall, pada 21 Oktober lalu

SUBANG JAYA - Kawasan pen-tadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mencatatkan penurunan se-hingga 42 peratus kes demam denggi pada minggu epid ke-42 tahun 2017 ber-banding epid sama, ta-hun lalu.

Pemangku Yang Di-pertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pada epid ke-42 tahun ini seba-nyak 4,599 kes demam denggi dicatatkan ber-banding epid sama iaitu seba-nyak 7,874 kes.

“Terdapat dua lokaliti hotspot demam denggi pada epid ke-42 iaitu di Seri Serdang dan Seri Kembangan selain usaha terus dipertingkatkan bagi meme-rangi wabak ini.

“Selaras dengan hasrat Kera-jaan Negeri untuk meletakkan tanggungjawab bersama dalam menangani masalah denggi, maka MPSJ melantik 24 Ahli Maj-

lis sebagai Pengerusi Anti Denggi Zon JKP dan 22

lagi Pegawai Kawasan MPSJ sebagai penasi-

hat anti denggi,” katanya.

Beliau ber-kata demikian ketika

mempengerusikan Me-syuarat Penuh MPSJ di

Bilik Mesyuarat Kenanga MPSJ, di sini, pada 25 Oktober lalu.

Katanya, mereka yang dilan-tik memainkan peranan untuk bersama memastikan zon di bawah jagaan masing-masing bebas daripada menjadi lokaliti atau kawasan wabak denggi.

MPSJ catat penurunan denggi ��%

SHAH ALAM - Majlis Perban-daran Ampang Jaya (MPAJ) memperkenalkan sistem Arces V.2.0 bagi memudahkan urusan pendaftaran semakan perjanjian Pihak Berkuasa Tempatan itu.

Yang Dipertuanya, Abdul Ha-mid Hussein berkata, inisiatif itu dilaksanakan sebagai akses pemudah cara bagi proses pe-mantauan perjanjian, di pering-kat jabatan seliaan MPAJ.

“Kelebihan sistem ini ialah tia- da lagi pertindihan data ketika proses membuat perjanjian de-ngan pengguna akan lebih peka terhadap perjalanan semakan perjanjian.

“Kepelbagaian alert system seperti SMS dan e-mel boleh dikesan jika tempoh perjanjian hampir tamat selain memudah-kan proses penamatan atau pem-baharuan perjanjian,” katanya.

Beliau bercakap kepada Se-langorKini pada Majlis Apresiasi Inovasi Peringkat Selangor 2017, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau ber-kata, projek berkenaan turut mendapat pengiktirafan terbaik sebagai salah satu pembangunan teknologi yang mampu memberi manfaat jangka panjang kepada MPAJ.

Abdul Hamid berkata, keber-kesanan projek itu juga seiring memenuhi tuntutan Kerajaan Negeri untuk membudayakan pendekatan Internet Of Things (IOT) dalam pengurusan.

“Ia juga mampu merealisasi-kan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai re-gional smart state terkemuka, di rantau ini,” katanya.

MPAJ perkenal Arces V.�.�

Terdapat dua lokaliti hotspot demam denggi pada epid ke-42 iaitu di Seri Serdang dan Seri Kembangan selain usaha terus dipertingkatkan bagi memeranginya

Page 19: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

20Pendidikan

SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH HAFIZAN TAIB

SEMENYIH - Pencapaian ekono-mi yang baik menjadi pemangkin kepada Kerajaan Negeri untuk terus memberi tumpuan terha-dap penambahbaikan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dalam Belanjawan 2018.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, an-tara fokus utama Kerajaan Negeri adalah terhadap bidang pendi-dikan bagi melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi.

“Kemampuan negeri menca-pai kemajuan dan ekonomi baik, maka manfaat ini perlu disampai-kan kepada rakyat.

“Kerajaan Negeri mempunyai program bagi memberi pendidi-kan kepada anak muda supaya menjadi golongan berilmu dan berkemahiran sesuai dengan ke-hendak industri juga pasaran.

“Ini kerana, kita lihat ramai graduan kurang berkemahiran dan mereka akan dibantu bagi tujuan itu,” katanya, di sini, pada

BANDAR SERI PUTRA - Mu-hammad Haneef Zuleffendi me-nyifatkan kejayaan meraih A-nugerah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah motivasi terbaik untuk dirinya terus gigih mencipta kejayaan, pada masa depan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan), 26, dari Klang diumumkan mene-rima anugerah itu serta insen-tif RM10,000 disampaikan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali dalam Majlis Konvokesyen ke-20 Kolej Univer-siti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), di sini, pada 21 Oktober lalu.

Beliau berkata, kejayaan diraih- nya itu amat menggembirakan selepas berusaha gigih sepan-jang mengikuti pengajian, di kolej berkenaan.

“Sangat gembira di atas

pengiktirafan diberikan KUIS ter-hadap kejayaan dicapai dan hara-pan semoga KUIS serta Kerajaan Negeri terus memajukan sektor pendidikan kerana ia penting un-tuk penbangunan modal insan berkualiti,” katanya.

Muhammad Haneef berkata, rahsia kejayaannya ialah beliau sentiasa berusaha tanpa jemu dan menetapkan matlamat jelas apa ingin dicapainya.

“Sebagai pelajar, saya turut ak-tif dalam aktiviti kemasyarakatan dengan menyertai pertubuhan pelajar dan dari situ saya melihat dapat menyumbang untuk ke-majuan bersama dan ia menjadi motivasi untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Beliau mahu melanjutkan pe-ngajian dalam bidang perbankan seterusnya mencapai cita-cita menjadi pensyarah.

Penerima Anugerah Dato’

Menteri Besar Selangor, Muham-mad Azwan Noor Azman, 23, turut berharap ia tidak sekadar terhenti di situ dan memberi mo-tivasi untuknya dan rakan lain terus berusaha mencipta keja-yaan selepas ini.

“Harapan saya, semoga ia menaikkan semangat untuk diri sendiri dan semua rakan bagi terus menimba ilmu ke peringkat lebih tinggi selain berusaha gigih mencapai kejayaan, pada masa depan.

“Terima kasih kepada ibu bapa, guru, pensyarah serta KUIS sendiri yang banyak memberi dorongan sehingga saya berja-ya,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab sebagai Ba-hasa Kedua dari Petaling Jaya itu.

Muhammad Azwan menerima anugerah serta insentif RM8,000 daripada Mohamed Azmin di maj- lis berkenaan.

SHAH ALAM - Bajet 2018 yang dikatakan ibu segala bajet mem-peruntukkan RM280.25 bilion secara keseluruhan bagi perbe-lanjaan negara tahun depan dan wang sebanyak itu digunakan bagi memacu negara ke arah Transformasi Nasional 2050.

Pengerusi Pertubuhan Pendi-dikan Sejahtera Malaysia (PEN-DIDIK), Amidi Abdul Manan ber-kata, terdapat lapan petunjang yang digariskan dan uniknya kali ini tunjang ke-8 yang mensasar-kan Par-excellance duniawi dan ukhrawi turut menyenaraikan

aspek keselamatan pusat tahfiz dengan peruntukan RM50 juta.

“Namun, ada sesuatu yang musy- kil apabila disebutkan membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar dikendalikan Giat Mara berjumlah RM50 juta.

“Adakah pusat tahfiz ini akan menjadi medan latihan amali pela-tih Pusat Giat Mara? Bilakah Pusat Giat Mara menjadi sebuah syarikat berdaftar yang menjalankan kerja pendawaian elektrik?

“Adakah nanti jika berlaku ke-bakaran, maka pihak Giat Mara

boleh dipertanggungjawabkan? Jika boleh, kenapa sekolah kera-jaan lain tidak menggunakan khidmat Giat Mara bagi kerja pendawaian elektrik?” soalnya.

Amidi berkata, nyawa golo-ngan huffaz sekali lagi menjadi pertaruhan apabila pusat tahfiz menjadi tempat latihan amali bagi kerja pendawaian elektrik.

Katanya, gelaran ibu segala bajet nasional tidak layak diberi-kan kepada Bajet 2018 apabila nyawa golongan huffaz dita-ngani secara tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

Motivasi terbaik lakar kejayaan

Mohamed Azmin (tengah) bersama penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen ke-20 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, baru-baru ini

Jangan pertaruh nyawa pelajar tahfiz

Bilakah Pusat Giat Mara menjadi sebuah syarikat berdaftar yang menjalankan kerja pendawaian elektrik?

Belanjawan 2018

Fokuspendidikanlahir ilmuwan berkualiti

27 Oktober lalu.Beliau berkata, Kerajaan Ne-

geri akan turut memberi penekanan terhadap isu peruma-han supaya lebih ramai rakyat dapat memiliki rumah.

“Kita akan menambah baik program IPR sedia ada kerana ia terbukti banyak membantu dan memberi manfaat kepada rakyat. Fokus kita bukan sahaja kepada pertumbuhan ekonomi dan pem-bangunan industri tetapi perlu diseimbangi dengan  distributors justice iaitu prinsip keadilan so-sial perlu dipertahankan,” katanya

Kerajaan Negeri mempunyai program bagi memberi pendidikan kepada anak muda supaya menjadi golongan berilmu dan berkemahiran sesuai dengan kehendak industri juga pasaran

Page 20: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

21SelangorKini1 - 7 November 2017

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Sejumlah RM241,680 diperuntukkan Yaya-san Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi membiayai enam unit mesin he-modialis sumbangan Wakaf Se-langor Muamalat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Mohd Razali Abdullah berkata, pembiayaan itu meliputi tiga unit di Pusat Dia- lisis Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Shah Alam dan tiga unit mesin di Pusat Dialisis MAIS, Su-ngai Besar.

Katanya, YIDE mengawal se-lia 263 pesakit yang menjalani

rawatan di pusat rawatan mi-liknya, setakat ini.

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Wakaf Sela-ngor Muamalat di atas sumba-ngan ini.

“Kami turut membuka ruang dan peluang kepada agensi kor-porat lain untuk bersama menya- lurkan sumbangan kepada YIDE dalam membantu masyarakat,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima sumbangan enam unit mesin hemodialis yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pengu-rusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Dr Abdul Rah-

man Arshad, di Wisma MAIS, di sini, pada 26 Oktober lalu.

Wakaf Selangor Muamalat adalah perkhidmatan berasaskan konsep wakaf oleh Bank Mua-malat Malaysia Berhad untuk memudahkan pelanggan dan orang awam berwakaf.

Ia adalah usahasama strate-gik antara bank berkenaan de- ngan Perbadanan Wakaf Sela-ngor menerusi rangkaian cawa-ngannya.

Wakaf Selangor Muamalat bertanggungjawab mengutip, mengumpul dan menguruskan dana wakaf bersama Perbadanan Wakaf Selangor.

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu membaik pulih surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 4, Bandar Kinrara, di Puchong, yang uzur.

Menurut laman Facebook LZS, selain baik pulih, antara bantuan yang disyorkan ialah

peralatan surau, pembelian permaidani dan kelengkapan beribadah.

Kedatangan wakil LZS ke lo-kasi terbabit turut disambut baik Pengetua Sekolah, Haniza Mohd Jabar.

Hasil semakan wakil mendapati keadaan surau se-

dikit uzur dengan permaidani surau berusia 15 tahun serta dalam keadaan tidak baik.

“Semoga usaha ini dapat membantu pihak sekolah mem-bimbing pelajar mendalami ilmu agama dan ibadah solat dalam keadaan selesa dan men-cukupi,” kata LZS.

LZS baiki surau SMK Seksyen � Bandar Kinrara

Kawal selia 263 pesakit

YIDE terima mesin hemodialis

Nur Mohd Razali (dua dari kiri) menerima cek berjumlah RM241,680 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad di Wisma MAIS

WAKTU SOLAT SELANGOR1 - 7 November 201712 - 18 Safar 1439H

Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

01 Rabu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:58 8:0902 Khamis 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:58 8:0903 Jumaat 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:58 8:0904 Sabtu 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:58 8:0905 Ahad 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:58 8:0906 Isnin 5:30 5:40 6:56 1:00 4:20 6:58 8:0907 Selasa 5:30 5:40 6:56 1:00 4:21 6:58 8:09

01 Rabu 5:32 5:42 6:58 1:02 4:22 7:00 8:11

02 Khamis 5:32 5:42 6:58 1:02 4:22 7:00 8:11

03 Jumaat 5:32 5:42 6:58 1:02 4:22 7:00 8:11

04 Sabtu 5:32 5:42 6:58 1:02 4:22 7:00 8:11

05 Ahad 5:32 5:42 6:58 1:02 4:22 7:00 8:11

06 Isnin 5:32 5:42 6:58 1:02 4:23 7:00 8:11

07 Selasa 5:32 5:42 6:59 1:02 4:23 7:00 8:11

NO. BUTIR-BUTIRTAWARAN

A

B

Berdaftar dengan CIDB Memegang

Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Gred : G7Kategori : B04

(Kontraktor dikehendaki untuk

membawa sijil CIDB sewaktu

pembelian tender dokumen)

Mempunyai sekurang-kurangnya

5 tahun pengalaman yang serupa di bidang

berkenaan

Bayaran Dokumen Tender

RM1,500.00 kepada

JURUUKUR BAHAN PERTAMA

SDN. BHD.(Bayaran dalam bentuk cek dan

tidak akan dikembalikan)

31 Oktober 2017 sehingga

10 November 2017

Di pejabat:JURUUKUR BAHAN

PERTAMA SDN. BHD. 6-2, Jalan PJS 10/2,

Subang Indah 46000 Petaling Jaya,

SelangorDarul Ehsan.

T: 03-5637 0255F: 03-5637 0522

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg - 12.30tgh2.30ptg - 5.00ptg

Tarikh Tutup Tender:Sebelum atau pada

jam 12.00 tgh,4 Disember 2017

(Isnin)

HARGA

KENYATAAN TENDER

WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD (6430-P)

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul

dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

JABATAN PEROLEHANWORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

UNIT 01-03-01 (M), NO. 1 WORLDWIDE@7JALAN LAZUARDI 7/29 , 40000 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSANNo. Tel: 03-5510 2525 No. Faks: 03-5510 4448

TARIKH DAN TEMPAT PEMBELIAN DOKUMEN TENDER

SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan

No Tender: WHB/PU/OT/PRO/11/17

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN 147

UNIT RUMAH TERES DUA TINGKAT (20’ X 65’)

JENIS A’ (87 UNIT), (20’ X 65’) JENIS B’ (60 UNIT) DAN SATU UNIT

PENCAWANG ELEKTRIK DI ATAS SEBAHAGIAN

PT28594,DI ALAM PERDANA,

MUKIM IJOK, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL

EHSAN UNTUK TETUAN WORLDWIDE PROPERTY

MANAGEMENTSDN BHD

Berdaftar dengan CIDB Memegang

Perakuan Pendaftaran Kontraktor

Gred : G7Kategori :

CE02, CE21

(Kontraktor dikehendaki untuk

membawa sijil CIDB sewaktu

pembelian tender dokumen)

Mempunyai sekurang-kurangnya

5 tahun pengalaman yang serupa di bidang

berkenaan

Bayaran Dokumen Tender

RM600.00 kepada

H&T CONSULTING ENGINEERSSDN BHD

(Bayaran dalam bentuk bank

draft dan tidak akan

dikembalikan

31 Oktober 2017 sehingga

10 November 2017

Di pejabat:H&T Consulting

Engineers Sdn Bhd12-1-2, Jalan Medan Putra 3, Medan Putra

Business Centre,Bandar Manjalara,

52200 Kuala Lumpur.

T: 03-6277-9355F: 03-6272-9366

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg - 12.30tgh2.30ptg - 5.00ptg

Tarikh Tutup Tender:Sebelum atau pada

jam 12.00 tgh,4 Disember 2017

(Isnin)

No Tender: WHB/PU/OT/PRO/12/17

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

SEBUAH JAMBATAN, JALAN MASUK UTAMA

DAN KERJA-KERJA MELEBARKAN SUNGAI UNTUK PEMBANGUNAN

SELUAS 439 EKAR TANAH

DI ALAM PERDANA, MUKIM IJOK DAERAH

KUALA SELANGOR DARUL EHSAN UNTUK TETUAN WORLDWIDE

PROPERTY MANAGEMENT

SDN BHD.

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Page 21: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

Sebahagian kanak-kanak yang hadir dan beramah mesra bersama maskot Didi & Friends pada program Gempak Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 1 - 7 November 2017

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Golongan wanita hari ini dili-hat lebih terbuka, berani dan berkeyakinan untuk melakukan aktiviti luar juga ekstrim, kata Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.

Ekspeditor Negara itu berkata, ia adalah perkembangan membanggakan dan memberi inspirasi untuk lebih ramai wani-ta menceburkan diri dalam aktiviti sino-nim dengan lelaki.

Katanya, wanita juga kini lebih mema-hami kepentingan aktiviti fizikal untuk penjagaan kesihatan optimum.

“Tak susah sekarang untuk kita lihat wanita terbabit dengan aktiviti lasak yang menuntut kekuatan fizikal seperti meman-jat gunung tinggi, di Asia.

“Saya sangat bangga dan yakin lebih ramai wanita akan lebih menonjol bagi mencabar diri dan seterusnya tampil lebih yakin,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Bertempat di Pejabat All Women Expe-dition to Antartica (AWETA), di sini, ia tu-rut disertai, Pengarah Projek AWETA 2018, Dato’ Noorizah Abd Hamid.

Mengulas sambutan terhadap penca-rian Ratu Ais, Sharifah Mazlina berkata, pihaknya menerima sambutan luar biasa wanita, di setiap lokasi.

“Malah, kita turut menerima perminta-an daripada kaum lelaki untuk turut serta dalam ekspedisi ini. Mungkin, kita akan buat ekspedisi membabitkan mereka, pada masa akan datang,” katanya.

SHAH ALAM - Seramai lima pro-tege bakal terpilih bagi mengi-kuti misi membawa balik kapsul masa yang ditanam di Antartika, pada Disember 2004.

Ekspeditor Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, kapsul masa yang ditanamnya itu disa-sarkan untuk digali semula, pada 2020.

Katanya, ia bagaimanapun di-percepat selepas mengambil kira faktor pemanasan global.

“Kapsul itu berisi sepucuk su-rat ditulis saya dan ditujukan ke-

pada seseorang dan hanya akan diketahui, pada penghujung 2018. Protege juga akan mena-nam kapsul masa baru untuk di-gali semula, pada 2050,” katanya pada sidang media.

Bertempat di Pejabat All Wo-men Expedition to Antartica (AWETA), di sini, ia turut disertai, Pengarah Projek AWETA 2018, Dato’ Noorizah Abd Hamid.

Penyertaan AWETA 2018 ter-buka kepada semua wanita rak-yat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat

dan melepasi ujian ditetapkan.Hanya 30 peserta akan

terpilih untuk disenarai pendek kepada lima fina-lis menerusi program rea- liti televisyen, selama 13 ming- gu.

Mereka akan menjalani lati-han intensif di dalam dan luar negara lebih kurang enam bu-lan, malahan lima peserta itu bakal mencipta nama sebagai Ekspeditor Wanita Berkumpu-lan Pertama Malaysia berjaya menjelajah Antartika.

KLANG - Golongan ibu bapa perlu bi-jak dan smart mendidik anak seawal peringkat usia supaya dapat seiring dengan perkembangan mereka.

Pakar Motivasi Pusat Kaunseling dan Motivasi Asas Insan, Muhamad Khairil Fuad Che Ab Razak berkata, hal itu kerana anak banyak belajar bagaimana ibu bapa mengajar me-reka ketika kecil.

“Ilmu keibubapaan ini tidak diajar di sekolah atau mana-mana institusi tetapi ia adalah turun temurun dari-pada generasi terdahulu dan sema-kin berkembang, maka didikan kita pada anak juga perlu selari.

“Sebab itu, pentingnya mendidik anak sejak kecil lagi dan sekarang ini juga banyak aplikasi dalam talian yang boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persa-tuan Tadika Islam Selangor, Zaharah Awang berkata, tips mendidik anak pada generasi sekarang harus ber-mula dari rumah.

“Didikan awal dari rumah sangat penting kerana anak akan terikut dan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Maka, ibu bapa yang sibuk bekerja perlu mencari masa terluang bersama anak supaya mereka tidak rasa terabai dan berjauhan dari ibu bapa,” katanya.

Bagi Pakar Psikologi, Saleha Idris, beliau menyatakan, ibu bapa perlu pintar berada dalam persekitaran anak.

“Kita kena kenal dulu sifat anak, sama ada dia mempunyai kelebi-han daripada segi teori atau fizikal dan boleh tahu apa mereka mahu. Kita juga kena ada interaksi dengan anak dan jangan biar mereka laku-kan aktiviti diminati bersendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Forum ‘Anak Kita Selfie Kita’ bersa-ma Ikon Parent Muda/Selebriti, Yana Samsudin, dalam program Gempak Selangor di Kompleks Sukan Pan-damaran, di sini, baru-baru ini.

Aktiviti luar dan ekstrim

Wanita hari ini lebih berani

Dr Sharifah Mazlina (kanan) ketika sidang media Larian Amal Antartika di Pejabat All Women Expedition to Antartica (AWETA)

Mencari kapsul masa di Antartika

Peserta akhir bakal mencipta nama sebagai Ekspeditor Wanita Berkumpulan Pertama Malaysia menjelajah Antartika

Perlu ‘smart’ didik anak

Page 22: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

23SelangorKini 1 - 7 November 2017

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

SUBANG JAYA - Kira-kira RM200,000 berjaya dikutip menerusi acara larian Sunway The Good Run yang disertai 6,000 peserta, pada 29 Oktober lalu.

Pengarah Urusan Sunway Property Malaysia, Sarena Cheah berkata, hasil kutipan itu akan disumbang sepenuhnya kepada Cancerlink Foundation.

Katanya, larian berkenaan bertujuan meningkatkan ke-sedaran terhadap kanser dan

menggalakkan perubahan gaya hidup bagi memerangi penyakit maut itu.

“Kita sudah mewujudkan Sus-tainable Living Village dan Sun-way Good Run sebagai landasan mendekatkan komuniti kepada sasaran pembangunan lestari.

“Sunway adalah berkait rapat dengan kehidupan si-hat dan kami berharap semua dapat merasainya ketika be-rada, tinggal, bekerja dan ber-

main, di Bandar Sunway,” ka-tanya.

Sunway The Good Run adalah anjuran Sunway Property dan Sunway Medical Centre de-ngan kerjasama Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ).

Buat pertama kalinya, Kumpulan Prasarana mem-benarkan peserta acara la-rian menggunakan laluan Bus Rapid Transit (BRT), di Bandar Sunway.

SELEPAS kepantasan larian solonya tular dan mendapat liputan media antarabangsa, Terens Puhiri, mula digeruni lawan.

Pengurusnya, Stefano Cu-gurra Teco sempat membuat penilaian terhadap Puhiri dan mengakui kepantasan larian-nya.

Puhiri menyumbangkan satu gol ketika Borneo FC me-newaskan Mitra Kukar 4-0 di Stadium Aji Imbut, pada 23 Ok-tober lalu.

Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-71.

Selain me-dia tempatan, gol Puhiri itu turut menjadi

Program Jom Sihat PNSB 2017

MB sertai Kayuhan Fun Ride ��km

Mohamed Azmin bersama sebahagian peserta yang menyertai Kayuhan Fun Ride Permodalan Ne-geri Selangor Berhad sejauh 20 kilometer sekitar Seksyen 13, TTDI Jaya dan Bukit Jelutong

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyertai Kayuhan Fun Ride sempena Program Jom Sihat PNSB 2017, pada 28 Oktober lalu.

Seawal jam 7.30 pagi, beliau sudah tiba di perkarangan Taman Lasak Seksyen 13 untuk bersama kira-kira 500 peserta berbasikal lain.

Tepat jam 8 pagi, Mohamed Azmin menyempurnakan upaca-ra pelepasan sebelum turut serta mengayuh 20 kilometer di sekitar Seksyen 13, TTDI Jaya dan Bukit Jelutong.

Turut serta berkayuh adalah Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Noordin Sulaiman; Ketua Pega-wai Eksekutif Permodalan Ne- geri Selangor Berhad (PNSB; Dato’

Ahmad Omar dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar, Soffan Affendi Aminudin.

Selepas kira-kira sejam, beliau tiba di lokasi terakhir acara berke-naan di Stadium Mini Shah Alam bersama peserta lain.

“Tahniah kepada PNSB kerana aktif menganjurkan program ke-bajikan dan kesukanan di Sela- ngor selain melunaskan tang-gungjawab membangunkan har-tanah negeri ini.

“Ia selaras hasrat Kerajaan Neg-eri yang bukan sahaja mahu eko-nomi berkembang tetapi juga rakyat sihat dan aktif seterusnya menyumbang kepada produktiv-iti Selangor,” katanya.

Selain Fun Ride, program Jom Sihat PNSB 2017 turut merangkumi dua segmen lain iaitu acara zumba dan Karnival Bola Sepak PNSB 2017.

Sunway The Good Run kutip RM���,���

Sebahagian peserta yang gembira selepas menamatkan larian Sunway The Good Run anjuran Sun-way Property dan Sunway Medical Centre dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya

Terens Puhiri mula digeruni

perbincangan media asing seperti Marca, Daily Mail, Glo-boesporte dan Le Equipe.

Masing-masing kagum dan menganggap gol pemain ber-asal dari Papua itu sebagai luar biasa dan mungkin yang ter-pantas, di dunia.

“Dia pernah bermain me-nentang kami ketika pusingan pertama di Stadium Patriot. Kami tahu kualiti dirinya, dia pemain pantas. Sangat pantas.

“Dia juga bekerjasama de-ngan pasukan, mampu buat crossing dan passing,” kata Teco, memetik sport.detik.

MStar Online melaporkan, Teco tidak mahu pasukannya hanya memberi tumpuan ke-pada Puhiri seorang.

Jurulatih dari Brazil itu juga akan berhati-hati dengan Ler-

by Eliandry yang me-nyumbangkan dua gol ketika menentang Mitra Kukar, sekali gus menambah koleksi

golnya menjadi 14.“Lerby juga mampu

menjaringkan gol. Kami harus menghalangnya di barisan belakang dan menyerang dengan baik,” kata Teco.

Page 23: Komentar Bajet 8 - Selangorkini · 11/7/2017 · menjelang 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI), Yang Mulia Raja Shahreen Raja Oth-man. Beliau berkata,

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

MB sertaiKayuhanFun Ride20km

SHAH ALAM - Penggempur PKNS FC, Mohd Safee Mohd Sali masih belum membuat keputu-san berkenaan masa depan-nya bersama pasukan, pada musim hada-pan.

Safee berkata, be-liau akan memikirkannya

dalam masa terdekat untuk memudahkannya dan pa-sukan membuat persiapan,

bagi kempen musim 2018.

“Untuk musim ha-dapan, saya belum buat keputusan teta-

pi akan lakukannya se-cepat mungkin sebagai

persiapan musim hadapan,” katanya.

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Penyerang PKNS FC, Mohd Safee Mohd Sali me-ngakui berpuas hati dan bangga dengan persembahan pasukan-nya musim ini dan menepati sasa-ran untuk kekal dalam Liga Super Malaysia (MSL), musim hadapan.

Katanya, Red Ants terpaksa bergelut sejak awal musim selain terpaksa melakukan pertukaran jurulatih di pertengahan kempen 2017.

“Saya berpuas hati dengan persembahan pasukan sepanjang musim ini kerana kita bergelut se-jak awal hingga akhir.

“Dengan pertukaran jurulatih dan pemain. Untuk berada diper-tengahan liga adalah keputusan yang baik. Selepas mengharu-ngi musim ini, kita berjaya untuk

Safee Sali belum pasti

PKNS FC KEKAL LIGA SUPERkekal bersaing dalam Liga Super, musim hadapan,” katanya.

Musim ini adalah tahun per-tama PKNS FC beraksi dalam MSL selepas mempamerkan kecemer-langan dalam kempen Liga Per-dana, musim 2016.

PKNS FC mempertaruhkan khid- mat jurulatih, E Elavarasan pada awal kempen liga sebelum beliau digantikan dengan jurulatih Aka-demi Merah Kuning, Sven Gartung.

Jodoh Gartung bersama PKNS FC turut tidak panjang di penghu-jung musim dan akhirnya digan-tikan dengan Muhammad Adam Abdullah selaku pemangku juru-latih.

Mengulas berkenaan aksi pada 28 Oktober lalu, Mohd Safee ber-kata, hilang konsentrasi menjadi punca utama mereka tewas walau-pun berjaya mendahului pada ba-

13 NOVEMBER 2017

bak pertama.“Kita tidak berpuas hati dengan

keputusan ini sebab dah menda-hului pada babak pertama. Kon-sentrasi kita kurang dan akhinya tewas, di perlawanan terakhir,” ka-tanya.

Felda United menafikan kebangki-tan PKNS FC di pen-ghujung permainan dengan dua gol pada masa tambahan un-tuk menang 2-4.

Mohd Safee membuat kepuusan menyertai PKNS FC selama semusim selepas ber- aksi bersama Johor Darul Takzim (JDT), sejak musim 2013.

Beliau sebelum ini per-nah beraksi bersama Se-langor, Sarawak dan Kuala Lumpur selain berkelana di Liga Indonesia bersama kelab Pelita Jaya.