koleksi terbaik fileambil kulit pokok petai dan masukkan ke ... jantung pisang tahukah anda, ......

8
www.kacipemas.com KOLEKSI TERBAIK 21 PETUA & AMALAN TRADISIONAL UNTUK KENCING MANIS Sekarang ini, penyakit kencing manis semakin menjadi – jadi. Di Malaysia sahaja, dianggarkan lebih 4.5 juta orang mengidapi kencing manis sama ada mereka sedar atau tidak. Faktor pemakanan dan gaya hidup masyarakat kita yang kurang bersenam dan berpeluh menjadi punca utama peningkatan mendadak ini. Kenapa orang – orang zaman dulu kurang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gout dan sebagainya? Kerana mereka ini aktif bekerja, berkebun, bekerja tanpa ada penyaman udara, sering berpeluh, kurang stress dan yang paling penting menjaga pemakanan mereka. Ulam – ulaman, buah - buahan dan sayuran segar menjadi amalan setiap hari. Mereka mungkin tidak pernah atau jarang sekali mengambil makanan segera seperti mee segera, fast food restaurant dan sebagainya seperti kita. Jom ubah cara hidup kita. Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan sebagainya, cubalah petua – petua orang lama untuk hidup lebih sihat dan berkualiti secara semulajadi. Petua – petua ini diambil dari pengalaman mereka yang mengalami kencing manis sama ada penceritaan secara langsung, internet dan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Mungkin kesannya berbeza dengan setiap individu. Bolehlah cuba dan amalkan petua mana yang paling sesuai dengan diri kita. Panduan ini tidak dijual. Dengan menyebarkan ebook koleksi petua – petua ini, ianya juga menjadi bekalan amal jariah kita untuk membantu mereka yang memerlukan atau kurang berkeupayaan untuk berubat secara moden, secara tidak langsung dan berterusan. Semoga bermanfaat. Petua Ini Dibawa Oleh Kacip Emas Global [Timun Bakar. Bunga Matahari. Bunga Mukmin. Peria. Madu Kelulut] Alternatif Cara Kampung Dipermoden Untuk Membantu Masalah Kencing Manis Sejak 1977. www.kacipemas.com

Upload: dothu

Post on 31-Mar-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

KOLEKSI TERBAIK

21 PETUA & AMALAN TRADISIONAL

UNTUK KENCING MANIS

Sekarang ini, penyakit kencing manis semakin menjadi – jadi. Di Malaysia sahaja, dianggarkan lebih

4.5 juta orang mengidapi kencing manis sama ada mereka sedar atau tidak. Faktor pemakanan dan

gaya hidup masyarakat kita yang kurang bersenam dan berpeluh menjadi punca utama peningkatan mendadak ini.

Kenapa orang – orang zaman dulu kurang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gout dan

sebagainya? Kerana mereka ini aktif bekerja, berkebun, bekerja tanpa ada penyaman udara, sering berpeluh, kurang stress dan yang paling penting menjaga pemakanan mereka. Ulam – ulaman, buah -

buahan dan sayuran segar menjadi amalan setiap hari. Mereka mungkin tidak pernah atau jarang

sekali mengambil makanan segera seperti mee segera, fast food restaurant dan sebagainya seperti

kita.

Jom ubah cara hidup kita. Selain mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan

sebagainya, cubalah petua – petua orang lama untuk hidup lebih sihat dan berkualiti secara

semulajadi.

Petua – petua ini diambil dari pengalaman mereka yang mengalami kencing manis sama ada

penceritaan secara langsung, internet dan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Mungkin kesannya

berbeza dengan setiap individu. Bolehlah cuba dan amalkan petua mana yang paling sesuai dengan diri kita. Panduan ini tidak dijual. Dengan menyebarkan ebook koleksi petua – petua ini, ianya juga

menjadi bekalan amal jariah kita untuk membantu mereka yang memerlukan atau kurang

berkeupayaan untuk berubat secara moden, secara tidak langsung dan berterusan. Semoga

bermanfaat.

Petua Ini Dibawa Oleh Kacip Emas Global

[Timun Bakar. Bunga Matahari. Bunga Mukmin. Peria. Madu Kelulut]

Alternatif Cara Kampung Dipermoden Untuk Membantu Masalah

Kencing Manis Sejak 1977. www.kacipemas.com

Page 2: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

Petua 1: Bunga Matahari

Khasiat pokok bunga matahari terbukti lebih – lebih lagi di negara Arab yang terkenal sebagai

“zuhrat”. Cabut sebatang pokok bunga matahari dan akarnya sekali. Potong batangnya kira-kira

setengah sentimeter daripada bahagian akar dan cuci dengan air bersih. Masak akar itu dengan air

sehingga mendidih. Biarkan ia kering sehingga sukatan airnya tinggal segelas sahaja. Sejukkan air itu

kemudian tapis sebelum meminum. Amalkan selama 9 hari berturut-turut.

Petua 2: Hempedu Bumi

Ambil daun hempedu bumi atau dikenali juga daun

cerita. Kunyah daun itu dan telan atau rebus pokoknya bersama-sama akarnya dan minum air

rebusan itu.

Boleh nampak kesan dalam seminggu.

Petua 3: Petai

Ambil kulit pokok petai dan masukkan ke dalam kelongsong ketupat kosong dan rebus. Minum

air rebusan itu setiap hari. Rebusan itu boleh

digunakan sebanyak 3 kali.

Petua 4: Petai dan Jering

Jadikan jering dan petai sebagai ulam dalam makanan

Page 3: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

Petua 5: Petai Belalang

Ambil buah petai belalang yang telah tua dan

kering di pokoknya, keluarkan isinya dan goreng

tanpa minyak sehingga garing dan tumbukkanlah

sehingga hancur.

Kemudian bubuh ke dalam air panas dan buat

minuman seperti minum kopi.

Daunnya juga boleh diamalkan sebagai ulaman.

Petua 6: Pegaga

Amalkan meminum air daun pegaga yang direbus.

Ambil patinya dan minum sekerap yang mungkin.

Seelok2nya direbus bersama akarnya. Boleh amalkan sebagai ulam juga.

Petua 7: Peria Katak

Makan buah peria mentah sekerap yang

mungkin

Petua 8: Epal Hijau + Peria Katak

Buat air blend campuran buah epal hijau +

buah peria katak untuk turunkan kadar

bacaan gula kencing manis . InshaaAllah

paras gula akan makin menurun.

Bahan-bahan jus turunkan gula kencing

manis:

1 biji peria katak (saiz sederhana)

1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)

4 cawan air kosong

Cara-cara buat jus:

1. Potong dadu buah peria dan epal hijau

untuk memudahkan blend buah.

2. Campur kesemua bahan dan blend

sehingga hancur. 3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang

hampas.

4. Boleh diminum begitu saja atau boleh

sejukkan dalam peti sejuk.

Page 4: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

Petua 9: Jantung Pisang

Tahukah anda, jantung pisang amat membantu

utk mengawal paras gula dalam darah?

Kandungan indeks glemik (GI) rendah sesuai

untuk pengidap kencing manis.

Cara penyediaanya teramat mudah. Hanya rebus dan boleh terus makan. Hanya

jantungnya.

Petua 10: Kemunting Cina

Ambil 20 gram pokok kemunting cina bersama akar serta daun dan bunganya. Rebus bersama 2 liter

air sehingga tinggal anggaran separuh. Minum 2 kali sehari. Amalkannya sehingga sembuh.

Petua 11: Belimbing Tanah

Minum air rebusan pokok belimbing tanah/bukit setiap hari. Dalam masa 2 bulan akan nampak

kesan luarbiasa.

Petua 12: Daun Mengkudu

Minum air rebusan daun mengkudu setiap hari untuk menurunkan bacaan gula anda.

Petua 13: Madu @ Madu Kelulut

Gantikan gula putih kepada madu dalam makanan dan minuman seharian. Rasanya semua sedia

maklum yang madu ni dinyatakan dalam Al-Quran dan penyembuh kepada penyakit dengan izin-

NYA. Pastikan madu original atau boleh guna madu kelulut.

Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum 3 hari berturut-turut.

Page 5: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

Petua 14: Kacang Panjang + Tomato

Ambil kacang panjang 12 urat, dan sebiji tomato ukuran biasa. Bukan yang kecil tu. Kemudian,

dikisar bersama-sama. Amalkan minum jus tersebut 2 kali sehari, pagi dan petang. Insyaa Allah, ia

boleh jadi penawar kencing manis.

Petua 15: Asam Gelugur / Keping

Cuba petua pertama minum air rebusan asam gelugur atau asam keping. Selain menurunkan tekanan

darah, ia baik untuk kencing manis.

Petua 16: Daun Belimbing + Daun Sup

Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari penyakit

kencing manis yg kronik dan kakinya dah hampir dipotong sebab dah memburuk. Dlm masa

seminggu dia amalkan minum air rebusan daun belimbing + daun sup. Alhamdulillah lukanya mula mengering dan akhirnya sembuh sepenuhnya dari kencing manis.

Petua 17: Bendi

Ambil 2 batang bendi, kerat bahagian

atas dan bawah. Kelar-kelar bahagaian tengah kedua-dua bendi dan masukkan

ke dalam gelas berisi air.

Tutup gelas dan biarkan semalaman

pada suhu bilik. Keesokan paginya keluarkan bendi dari gelas dan minum

air tersebut sebelum sarapan pagi.

Amalkan setiap hari. Anda akan lihat

hasil bacaan gula menurun dalam masa 2 minggu.

Petua 18: Bawang Putih

Amalkan mengambil bawang putih (petua tradisional Cina). Tetapi, jika nak mujarab, haruslah mengambil 4-5 biji bawang putih dalam sehari. Boleh juga dibakar sebelum makan untuk kesan yang

lebih baik.

Page 6: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

Petua 19: Kulit Manggis

Ketahui khasiat kulit manggis yang selama ini ramai yang tidak tahu baik untuk kencing manis.

1. Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya.

2. Kemudian, keringkan kulit tadi.

3. Rebuskan kulit buah manggis yang dah kering tadi sampai mendidih.

4. Setelah itu, biarkannya suam dan minumlah secara perlahan-lahan.

Air rebusan ini perlu diminum dua kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika

diamalkan mampu mengurangkan tahap penyakit kencing manis yang dihidapi.

Petua 20: Timun

Tahukah anda timun sangat baik untuk kencing manis? Ramai yang tidak sedar akan rahsia ini.

Selain membantu mencuci toksin, kandungan bahan dalam timun terutama bijinya timun boleh

mengurangkan bacaan gula dalam darah selain mengurangkan tekanan darah tinggi anda.

Amalkanlah setiap hari sama ada sebagai ulaman ataupun jus. Berikut adalah khasiat timun untuk

kita:

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda.

Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari

badan anda kerana timu mengandungi 90% air. Selain itu timun juga boleh menghilangkan panas

badan dari luar dan dalam. Caranya adalah dengan makan timun untuk mengurangkan pedih ulu

hati.

Page 7: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

2) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.

Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan

anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

3) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda

Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun

mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri

dan memberi anda tenaga.

Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun campur bayam dan lobak merah. Jangan

buang kulit timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

4) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk

kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan

timun.Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

5) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal

untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda.

Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang

dicicah dengan yogurt rendah lemak.

Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk

penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

6) Khasiat Timun Memulihkan Mata

Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-

benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun

mempunyai ciri-ciri anti radang.

7) Khasiat Timun Melawan Kanser

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk

mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasukkanser ovari, payudara, prostat dan kanser

rahim.

8) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan

Darah

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin

untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu

penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang

berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua

tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

Page 8: KOLEKSI TERBAIK fileAmbil kulit pokok petai dan masukkan ke ... Jantung Pisang Tahukah anda, ... Petua merawat kencing manis ini diperolehi dari seorang pakcik yang baru sembuh dari

www.kacipemas.com

9) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut

Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria

di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut

anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh

bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak

menyenangkan.

10) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut

Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat.

Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

11) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan

mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan

gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)

Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk(hangover) anda boleh makan beberapa keping

timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah

banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

13) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan

buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

Petua 21: Bunga Mukmin

Amalkan meminum air rebusan bunga

mukmin. Bunga kering ini agak sukar

didapati. Boleh cari di kedai singseh. Air

rebusannya diketahui sangat baik untuk

diabetes. Selain itu ianya dipercayai dapat membuang toksid dalam badan,

menghilangkan bisa-bisa dalam tubuh dan

menjadi penawar kepada pelbagai

penyakit lain. Namun khasiat terbaik

bunga mukmin ini yang paling diketahui adalah untuk darah tinggi, kencing manis,

lelah dan gaut.

Petua Ini Dibawa Oleh Kacip Emas Global

[Timun Bakar. Bunga Matahari. Bunga Mukmin. Peria. Madu Kelulut]

Alternatif Cara Kampung Dipermoden Untuk Membantu Masalah

Kencing Manis Sejak 1977.

www.kacipemas.com