koleksi soalan bab 6_pemilikan perniagaan
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
1/18
SOALAN LATIHAN
1.
a. Apakah bentuk perniagaan yang sesuai diceburi oleh mereka? Jelaskan dua
kelebihan jika mereka memilih menubuhkan bentuk perniagaan itu. (5 markah)
2. Terdapat lima bentuk pemilikan perniagaan. Senaraikan LIMA (5) jenis pemilikan
tersebut. (5 markah)
3. Hafeez dan lima orang rakan sekolejnya sebulat suara untuk menubuhkan sebuah
perniagaan penjualan makanan beku segera. Dua orang daripada rakannya hanya
menjadi penyumbang modal tanpa memainkan peranan dalam pengurusan perniagaan.
Mereka telah mengadakan Kontrak Perjanjian bagi mengelakkan sebarang kekeliruan
dan perselisihan faham.
(i) Nyatakan jenis perniagaan yang ditubuhkan oleh Hafeez dan rakan-rakan.
(1 markah)
(ii) Terangkan TIGA (3) kelebihan dan kekurangan jenis perniagaan tersebut.
(6 markah)
4. Gambar di bawah menunjukkan satu cara perniagaan dimulakan.
(a) Terdapat pelbagai cara memulakan perniagaan. Bagaimanakah perniagaan di atas
Dr. Ramli ialah seorang pakar mata sementara Dr. Chin seorang pakar
telinga. Mereka bercadang hendak menubuhkan sebuah klinik.
Pasar Maju Riang Ria
Pengurus: Mohd Rizal
Bin Merican
Pasar Maju Riang Ria
Pengurus: Naina
Merican
Bin Mohd Rizal
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
2/18
di mulakan? Jelaskan jawapan anda.
(b) Apakah faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan apabila memulakan perniagaan?
Terangkan.
5. Perniagaan Ramli bercadang mengambil alih Perniagaan Ros. Aset Perniagaan Ros
ialah RM67 000 tetapi Perniagaan Ramli terpaksa membayar RM85 000. Berdasarkan
di atas, jawab soalan berikut:
a) Berapakah nilai muhibah?
b) Mengapakah Perniagaan Ramli sudi membayar harga belian melebihi aset
Perniagaan Ros yang diambil alih?
6. Apakah perbezaan antara stok bergerak pantas dengan stok bergerak perlahan?
7. Sediakan Akaun Perdagangan berdasarkan maklumat berikut:
RM
Jualan 35 000
Belian 11 000
Pulangan jualan 150
Pulangan belian 210
Stok awal 4 000
Stok akhir 3 500
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
3/18
8. Nyatakan jenis pelanggan berikut:
a) Pelanggan yang membuat pertimbangan teliti sebelum membeli.
b) Pelanggan yang membeli berasaskan emosi.
9. Sediakan Akaun Untung Rugi berdasarkan maklumat berikut:
10. Apakah Kunci-Kira-kira?
11. Perniagaan Tim mempunyai modal RM 50 000. Untung bersih diperoleh bagi sesuatu
tahun ialah RM 5 000. Kira kadar pulangan modalnya.
SOALAN OBJEKTIF
RM
Untung kasar 20 000
Upah dan gaji 2 400
Insurans 2 000
Susut nilai kenderaan 3 800
Belanja iklan 350
Hasil komisen 310
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
4/18
1. Dalam pengurusan kewangan, apakah aspek yang diutamakan?
A. Menyimpan rekod penghutang
B. Menyimpan rekod perakaunan
C. Menjalankan kursus kerjaya
D. Menyediakan jadual tugas kakitangan
2. Anda ingin membuka sebuah kedai runcit. Antara faktor yang perlu dipertimbangkan
ialah............
A. Cukai yang perlu dibayar
B. Pengalaman
C. Keadaan ekonomi negara
D. Tahap pendidikan
3. Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan untuk memulakan
perniagaan?
I Modal yang mencukupi
II Merancang strategi perniagaan
III Sumber bekalan mudah diperoleh
IV Lokasi yang strategik
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
4. Berikut ialah satu cara untuk memulakan perniagaan.
Apakah cara perniagaan tersebut?
A. Francais
B. Warisan
C. Jober para
D. Mengambil alih
Mendapat kebenaran untuk menggunakan jenama
perniagaan daripada syarikat induk
Perlu membayar royalti kepada syarikat induk
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
5/18
5.
Rajah
menunjukkan cara pengurusan pelanggan dalam pengendalian perniagaan.
Apakah X?
A. Mengenal pasti status pelanggan
B. Memahami gaya hidup pelanggan
C. Mengetahui cara melayan pelangganD. Menganggap pelanggan sebagai raja
6. Puan Lili memulakan sebuah kedai runcit dengan sumbangan modal sendiri. Beliau
dibantu oleh dua orang anaknya untuk menguruskan perniagaannya. Apakah jenis milikan
perniagaan tersebut?
A. Francais
B. Perkongsian
C. Syarikat sendirian berhad
D. Milikan tunggal
7. Antara berikut, yang manakah menunjukkan milikan tunggal?
A. Ejen Pelancongan Fauziah Bersaudara
B. Klinik Dr. Lim Ah Tee
C. Syarikat Transport Ramesh Sdn. Bhd
D. Kedai Elektrik Sin Heng Berhad
8. Antara berikut, yang manakah benar tentang perkongsian?
I. Rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad
II. Bilangan rakan kongsi sekurang-kurangnya 50 orang
III. Modal disumbangkan mengikut kadar yang ditetapkan dalam perjanjianIV. Keuntungan perniagaan dibayar kepada rakan kongsi dalam bentuk dividen
Pengurusan
pelanggan
Mengenal pastijenis
pelanggan
Memahamisifat
pelanggan
x
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
6/18
A.I dan II
B.I dan III
C.II dan IV
D.III dan IV
JAWAPAN :
1. B
2. C
3. C4. A
5. C
6. D
7. B
8. B
1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah liabiliti terhad?
2. Nyatakan dua kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding syarikat awam berhad?
3. Apakah kelebihannya jika sebuah perkongsian ditukarkan kepada Syarikat Sendirian
Berhad?
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
7/18
LATIHAN KAJIAN KES
Encik Mohan dan Encik Raj adalah dua orang rakan kongsi dalam perniagaan Perundingan
Kejuruteraan di bandar Kuantan sejak tahun 2000 lagi. Perniagaan perkongsian mereka
semakin maju dan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di sekitar bandar
Kuantan. Syarikat mereka juga mendapat banyak kontrak daripada kerajaan negeri Pahang.
Justeru itu, mereka memerlukan modal yang banyak untuk memperkembangkan operasi
perniagaan. Oleh yang demikian, mereka bercadang untuk mengubah pemilikan perniagaan
sekarang kepada Syarikat Sendirian Berhad.
SOALAN
Apakah dua dokumen utama yang perlu disediakan untuk menubuhkan Syarikat Sendirian
Berhad?
ULASAN
Soalan ini menguji pengetahuan calon tentang dokumen yang diperlukan dalam mendaftarkan
sesuatu syarikat sendirian berhad. Terdapat beberapa dokumen terlibat dan dua dokumen
terpenting ialah Tatawujud Syarikat dan Tataurus Syarikat.
LATIHAN (KOPERASI)
1. Terangkan maksud rizab dan dividen.
2. Terangkan maksud awam dan berhad bagi sebuah syarikat awam berhad.
3. Berdasarkan syarikat awam berhad, jawab soalan berikut:
i. Siapakah yang menjadi ahli syarikat tersebut? (1 markah)
ii. Siapakah yang menentukan dasar syarikat? (1 markah)
iii. Mengapakah syarikat berhad disifatkan sebagai sebuah badan yang sah?
(4 markah)
4. Apakah kebaikan syarikat awam berhad sebagai sebuah badan perniagaan? Jelaskan
empat kebaikan. (8 markah)
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
8/18
5. Syarikat MT Berhad mempunyai modal sebanyak 800 000 unit syer bernilai RM
sesyer. Bagi tahun perakaunan berakhir pada 31.12.2010, untung bersih syarikat itu
berjumlah RM120,000. Pada tahun itu, syarikat membayar dividen interim 8% dan
dividen akhir 5%. Baki untung bersih yang tidak diagihkan disimpan sebagai rizab.
a. Jumlah dividen interim
b. Jumlah dividen akhir
c. Jumlah rizab
LATIHAN (KOPERASI)
1. Apakah tujuan pembentukan sesuatu koperasi?
2. Bagaimanakah untuk mengatasi kelemahan pengurusan koperasi?
LATIHAN KAJIAN KES
Sekolah Menegah Kebangsaan Ayer Jauh telah menubuhkan koperasi di peringkat sekolah.
Nama koperasi ialah Koperasi Terus Maju Berhad. Terdapat seorang ahli memiliki lebih 20
peratus jumlah modal koperasi. Tahun pertama beroperasi, perniagaan agak maju. Semua
keuntungan dibahagikan kepada ahli-ahli sebagai bayaran rebat. Setiap tahun akan diadakan
mesyuarat agung koperasi.
SOALAN
Adakah terdapat kesilapan dalam penubuhan dan perjalanan koperasi sekolah tersebut?
Berikan alasan anda.
ULASAN
Soalan ini menguji pengetahuan calon tentang ciri-ciri koperasi. Terdapat dua kesalahan
dalam kes di atas iaitu Seorang ahli memiliki lebih 20 peratus jumlah modal koperasi dan
Semua keuntungan dibahagikan kepada ahli-ahli sebagai bayaran rebat .
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
9/18
LATIHAN ANEKA PILIHAN
1. Perkara-perkara di atas adalah mengenai sejenis pemilikan perniagaan.
Pemilikan perniagaan yang dimaksudkan ialah
A. Syarikat awam berhad
B. Perbadanan awam
C. Perkongsian berhad
D. Koperasi
2. Walaupun kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi, tetapi sambutan orang ramai
untuk menjadi ahli sesuatu koperasi adalah kurang. Mengapa?
A. Tanggungan ahli tidak terhad
B. Harga barang dan perkhidmatan mahal
C. Koperasi hanya mementingkan keuntungan
D. Pengurusan koperasi kurang cekap
Walaupun modal Syarikat Maju Teramat Maju Sendirian Berhad
lebih kecil berbanding modal Syarikat Penyelidikan Bio Diesel
Berhad, namun ia mempunyai beberapa kelebihan.
3. Apakah kelebihan Syarikat Maju Teramat Maju Sendirian Berhad berbanding modal
Syarikat Penyelidikan Bio Diesel Berhad?
A. Lembaga Pengarah syarikat sendirian berhad dipilih oleh kerajaan
B. Syarikat sendirian berhad membayar kadar cukai yang lebih rendah berbanding
syarikat awam berhad
C. Penyata kewangan syarikat sendirian berhad tidak perlu disiarkan kepada orang ramai
D. Bilangan pemegang syer syarikat sendirian berhad tidak terhad.
Modal diperoehi dengan menjual saham
kepada ahli
Harga barang dan perkhidmatan berpatutan Ditubuhkan untuk manfaat sekumpulan
individu
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
10/18
4. Urusan pentadbiran sesebuah syarikat sendirian berhad adalah di bawah kawalan dan
pengurusan
A. Para pekerja syarikat
B. Pemegang syer syarikat
C. Pihak pemiutang syarikat
D. Ahli lembaga pengarah yang dilantik
5. Antara yang berikut, manakah yang perlu mendedahkan penyata kewangan kepada
orang ramai?
A. Firma Perakaunan Ali dan rakan-rakan
B. Pasar mini Murni di Kampung Seroja, Pahang
C. Wira Bank Berhad di Ipoh, Perak
D. Syarikat Sunshine Sendirian Berhad di Puchong
Jawapan: 1. D, 2. D, 3. C, 4. D, 5.C
Encik Fred adalah ejen yang bertindak bagi pihak syarikat XYZ Bhd.
Cik Laila adalah pemegang saham syarikat XYZ Bhd.
6. Apakah bentuk ganjaran yang diperolehi oleh kedua-dua mereka?
Encik Fred Cik Laila
A Komisen Dividen
B Gaji Dividen
C Untung Dividen
D Royalti Komisen
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
11/18
9. Siapakah yang bertanggungjawab mengawal dan mengurus pentadbiran sebuah syarikat
sendirian berhad?
A. Pemegang syer
B. Lembaga Pengarah
C. Seorang Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen
D. Pekerja syarikat
10. Keluarga Mat mempunyai sebuah syarikat sendirian berhad. Lembaga Pengarah
bercadang menukarkannya kepada syarikat awam berhad untuk mengumpulkan modal yang
lebih. Cadangan itu ditolak oleh Encik Mat. Mengapakah Encik Mat menolak cadangan
tersebut?
A. Pemegang syer tidak menikmati liabiliti terhad
B. Kewujudan syarikat awam berhad tidak kekal
C. Laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai
D. Cukai syarikat awam dikenakan sebanyak 25%
Jawapan: 6. A, 7. D, 8.D, 9.B, 10.C
11. Situasi I : Modalnya RM28,000 dan modal dikumpulkan menerusi jualan syer.
Situasi II : Pelanggannya terdiri daripada penghuni di kawasan sekeliling dan mampu
mengiklankan untuk menambahkan pelanggan.
Berdasarkan maklumat tersebut, nyatakan jenis pemilikan perniagaan bagi situasi I dan
situasi II.
A. Milikan tunggal Perkongsian
B. Perkongsian Perbadanan
awam
C. Syarikat
sendirian berhad
Syarikat awam
berhad
D. Milikan tunggal Syarikat
sendirian berhad
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
12/18
12. Apakah ciri pemegang debentur?
A. Pemegang debentur menerima dividen
B. Pemegang debentur merupakan pelabur syarikat
C. Pemegang debentur berhak menguruskan syarikat
D. Pemegang debentur dibayar faedah walaupun syarikat rugi
13. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pemilikan perniagaan.
Syer dimiliki olehsekumpulan orang
persendirian
Badan korporat yang sah
LiabilitI terhad
A. Perkongsian
B. Syarikat awam berhad
C. Syarikat sendirian berhad
D. Syarikat koperasi berhad
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
13/18
14. Antara berikut, yang manakah dikendalikan oleh satu badan yang dikenali sebagai
Lembaga Pengarah?
I. Restoran Yus dan Ming
II. Kedai Cermin Mata Ekin
III. Syarikat Malzan Sdn.Bhd.
IV. CIMM Bank Berhad
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jawapan: 11.B, 12.D , 13.C, 14.D
15. Maklumat berikut berkaitan dengan suatu pemilikan perniagaan.
Modal dikumpulkan menerusi jualansyer kepada ahli
Keuntungan disebut lebihan
dan membayar rebat atas belian
Apakah jenis pemilikan perniagaan tersebut?
A. Perkongsian
B. Koperasi runcit
C. Perbadanan awam
D. Syarikat sendirian berhad
16. Pernyataan yang benar berkenaan prinsip koperasi?
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
14/18
I. Setiap anggota menanggung liabiliti tidak terhad
II. Bekerjasama untuk membela kepentingsn bersama
III. Ditubuhkan mengikut peruntukkan Akta Koperasi
IV. Modal diperoleh dengan cara menjual syer kepada orang awam melalui media massa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
17. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh sesebuah syarikat awam berhad yang ingin
menyenaraikan syernya di Bursa Malaysia?
A. Mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk menerbitkan prospectus
B. Mendapat kelulusan daripada MIDFCCS untuk menerbitkan syer
C. Mendapat kelulusan daripada bank saudagar untuk menerbitkan prospectus
D. Mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan untuk menjual syer kepada orangramai
18. Pernyataan manakah benar mengenai pengertian perkataan awam?
I. Syer syarikat itu boleh dijual kepada orang awam
II. Hal ehwal syarikat didedahkan kepada orang awam
III. Syer syarikat itu tidak boleh dipindah milik secara bebas
IV. Penubuhan syarikat perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia
A. I dan II
B. I dan IV
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
15/18
C. II dan III
D. III dan IV
19. Syarikat Samsudin Berhad mempunyai modal sebanyak 5 000 000 syer bernialai RM0.50
sesyer. Pada tahun 2007, syarikat itu membayar dividen interim 5 % dan dividen akhir 8
%. Berapakah jumlah dividen dibayar pada tahun itu?
A. RM 125,000
B. RM200,000
C. RM325,000
D. RM500,000
Jawapan: 15.B, 16.C, 17.A, 18.A, 19.A
20. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah koperasi.
Syarikat Koperasi MK Berhad
mempunyai lebihan RM55,000bagi tahun perakaunan 2010.Syarikat itu menyimpan
RM10,000 sebagai rizab dan
membayar 10% atas modal syeryang berjumlah RM300,000. Baki
dibayar sebagai rebat atas belian.
Jumlah belian pada tahun itu ialah
RM300,000.
Berapakah kadar rebat atasn belian?
A. 2%
B. 5%
C. 7.5%
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
16/18
D. 10%
21. Rajah berikut menunjukkan suatu situasi.
Bertukar kepada
Apakah kesan perubahan tersebut?
I Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
II Pengecualian daripada cukai pendapatan
III Peningkatan kecekapan pengurusan
IV Menggalakkan persaingan yang sihat
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
22. Apakah keuntungan yang diagihkan kepada pemegang syer syarikat berhad?
A. Rebat
B. Lebihan
C. Faedah
D. Dividen
23. Rajah 1 menunjukkan perubahan jenis pemilikan.
JABATAN TELEKOM
SYARIKAT TELEKOM
MALAYSIA BERHAD
Syarikat Toyo
Sdn. Bhd.
Syarikat Toyo
Berhad
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
17/18
Mengapakah perubahan jenis pemilikan tersebut berlaku?
A. Membuat persediaan untuk penswastaan
B. Memudahkan pengumpulan modal yang lebih besar
C. Membolehkan pemegang syer dilindungi liabiliti terhad
D. Memudahkan keanggotaan lembaga Pengarah dibesarkan
24.Salah satu sebab mengapa sesuatu firma melakukan pengambil alihan ialah untuk
A. Mengurangkan belanja pengurusan
B. Meningkatkan jumlah pekerja
C. Mengurangkan persaingan
D. Mengurangkan pembayaran cukai keuntungan
25. Pilih pernyataan yang benar tentang Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat
Awam Berhad.
Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
A. Syer boleh pindah milik
dengan kebenaran
Syer boleh dipindah milik
dengan bebasB. Bilangan pemegang syer
tidak terhad
Bilangan pemegang syer
terhad
C. Syer boleh dijual kepada
orang ramai
Syer dijual kepada
sekumpulan individu tertentu
D. Hal ehwal syarikat
diumumkan
Hal ehwal syarikat
dirahsiakan
-
7/29/2019 Koleksi Soalan Bab 6_pemilikan Perniagaan
18/18
Jawapan: 20.B , 21. C, 22.A, 23.A, 24. , 25.A
LATIHAN (PERBADANAN AWAM)
1. Mengapakah sesebuah perbadanan awam diwujudkan?
A. Menyekat pelaburan asing ke Negara ini.B. Memberi hak kepada kerajaan untuk mengutip lebih banyak cukai.
C. Mengelakkan sektor swasta menguasai sesuatu sektor ekonomi Negara ini.
D. Menyediakan kemudahan penting untuk rakyat pada harga yang lebih rendah.
2. Apakah kelebihan perbadanan awam berbanding dengan syarikat umum berhad?
A. mutu perkhidmatan lebih tinggi
B. harga perkhidmatan lebih murahC. pengurusan yang lebih cekap
D. margin keuntungan lebih tinggi
3. Walaupun kerajaan menggalakkan penubuhan koperasi, tetapi sambutan orang ramai untuk
menjadi ahli sesuatu koperasi adalah lebih kurang. Mengapa?
A. tanggungan ahli tidak terhadB. harga barang dan perkhidmatan mahal
C. koperasi hanya mementingkan keuntungan
D. pengurusan koperasi kurang cekap
Jawapan: 1. D 2. B 3. D
4. Apakah yang dimaksudkan dengan penswastaan? Nyatakan objektif-objektif penswastaan.
5. Pada pendapat anda, adakah penswastaan memberikan kebaikan kepada seluruh rakyat?