kod etika profesionalisme (1)

Click here to load reader

Post on 19-Jun-2015

1.602 views

Category:

Career

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. Pengerusi: Yang dihormati barisan ahli panel serta hadirin dan hadirat yang saya kasihi. Assalamualaikum w.b.t. Bersua kita dalam forum pada kali ini.. Pada pagi ini kita akan berbinangkan satu tajuk khas yang amat penting serta menjadi bualan hangat masyarakat kita pada hari ini. Pernyataan yang sering kita dengar pada hari ini, Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu persekolahan @ cuti sekolah melainkan bayaran yang telah disahkan. Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen @ pengajaran persendirian. Persoalannya ialah Sejauh manakah amalan tuisyen pada hari ini tidak beranggah dengan pernyataan Kod Etika Keguruan Malaysia seperti yang saya nyatakan tadi Terlebih dahulu saaya ingin memperkenelkan ahli-ahli panel kita pada pagi ini. Ahli panel kita yang pertama disebelah kiri saya ialah Encik Yusri bin Mohd Yusuf, Tokoh Guru Tahun 2012. Ahli panel kita yang kedua ialah Encik Mohd Rizal bin Mohd. Rozali. Seterusnya Yang Berhormat Dato Seri Helmi bin Md. Noh, Menteri Pelajaran Malaysia, sebagai ahli panel yang ketiga dan seterusnya yang di hujung sekali ialah Encik Mohd Azrulzami bin Azmi, Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia atau ringkasnya KPPK. Untuk makluman hadirin yang dikasihi, perbincangan kita pada hari ini akan dijalankan dalam tiga pusingan. Sebelum kita membicarakan topic ini lebih lanjut eloklah dulu kita melihat maksud kod etika perguruan tentang isu ini. Untuk menjelaskan hal ini, saya ingin menjemput ahli panel kiata yang pertama iaitu En Yusri Mohd Yusuf.Panel 1Terima kasih pengerusi majlis. Etika merupakan suatu disiplin ilmu yang(Yusri)mengkajitentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yangbetul. Oleh itu etika memperkatakan tentang apa yang betul dan salah, perbuatan yangbaik dan buruk, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, yang patut dan tidakpatut serta yang berkaitan dengan tanggungjawab. Tegasnya, etika adalah sainsperlakuan atau behavioral science yang mengkaji tentang perlakuan manuisa dalammasyarakat, membuat tafsiran mengenai tingkahlaku mereka dan memberi panduancara-cara bertingkahlaku yang betul berdasarkan kepada piawaian etika atau moralmanusia serta masyarakatnya. Kesimpulannya, Etika ini merupakan panduan tingkah laku yangmenjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilahmasyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku gurutelah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapatmembantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabardewasa ini.PengerusiProfession perguruan merupakan profession yang dipandang tinggi oleh

2. masyarakat secara umumnya. Apakah pandangan Encik Rizal mengenai matlamat profession perguruan dan peranannya.Panel 2 Profession perguruan mempunyai matlamat untuk membentuk insan dan(Rizal)ihsan manusia yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya. Guru juga berperanan menyediakan seorang individu itu tentang peranan dan tanggungjawabnya di dalam masyarakat demi mencapai kesempurnaan dan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat seterusnya membantu negara mencapai kemajuan. Dari pendapat keagamaan, seorang guru itu setaraf dan seangkatan dengan pemimpin dan ketua masyarakat kerana guru berperanan mendidik dan membimbing ahli masyarakat lain ke arah jalan yang benar dan tidak terpesong dari landasan kehidupan yang baik. Pekerjaan ini juga dianggap satu ibadah.Guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri sendiri dan memilih tugas. Ciri-ciri ini penting kerana tugas guru berkait rapat dengan mutu pendidikan di mana dalam pengajaran, jika guru lakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, ia akan menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Oleh kerana setiap tindakan dan tingkah laku guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar, ia memerlukan tindakan yang penuh perhatian yang teliti dan berhati-hati. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan atau kod etika perguruan di Malaysia agar para guru tidak lari dari landasan serta tidak melakukan tindakan yang tidak wajar. Etika perguruan adalah satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa.Pengerusi: Zaman persekolahan semasa kita dahulu, para guru lebih banyak memberi tumpuan mengajar murid-murid di dalam bilik darjah.Namun, apabila dunia semakin maju, tugas para guru menjadi semakin mencabar. Soalan saya ialah, Apakah sebenarnya cabaran dalam profesion perguruan sekarang ini? Saya mohon ahli panel yang ketiga iaitu YB Helmi Mohd Noh untuk berbuat demikian.Panel 3: Cabaran profesion perguruan tidak boleh dilihat terasing daripada cabaran lain(Helmi)dalam bidang pelajaran. Sebab itu sempena Hari Guru ini bukan hari untuk membicarakan soal guru sahaja. Ucapan saya sempena Hari Guru adalah ucapan terpenting untuk menjelaskan halatuju pelajaran negara kita. Profesion perguruan pun satu perkara utama, kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pertama, bagaimana hendak perkukuh organisasi kementerian. Dalam tempoh setahun saya lihat walaupun ada kemajuan yang telah dicapai tetapi masih ada ruang, lompang yang mesti diisi terutama dari segi kualiti, tahap keupayaan, proses yang dilakukan secara pantas dan segera, infrastruktur, cara penyampaian memenuhi falsafah pendidikan kita. Apatah lagi apabila kita 3. bandingkan pula dengan pencapaian sistem pendidikan di negara-negara majuumpamanya Korea Selatan negara paling maju dalam bidang pelajaran, begitujuga di kalangan negara-negara membangun.Kita boleh lihat negara-negara yang sudah maju sebagai contoh dan kita akanbuat perbandingan sejauh mana Malaysia telah maju, sejauh mana sistempendidikan kita telah maju. Kita tidak boleh menilai tahap kita dari segipenanda aras nasional sahaja. Ada mengatakan mutu pelajaran belum sampai ketahapnya sehingga menjadi dalih untuk tidak menghantar anak ke sekolahkebangsaan kerana dikatakan mutu tidak setanding dengan sekolah swasta. Biarpun itu tanggapan dan persepsi tetapi kita tidak boleh menolak atau ketepikan.Lebih penting lagi kajian-kajian yang dijalankan mesti lebih saintifik, objektifdalam membuat penilaian. Kita boleh melihat kepada MEB yang hendakdilaksanakan. Maka cabaran sistem pendidikan kita lebih hebat, bukan setakatberi peluang anak-anak kita belajar tapi nak bangunkan masyarakat dan negaraterutama dari segi konteks persaingan Malaysia dengan negara-negara lain didunia. Begitu juga soal modal insan. Kalau kita tidak mampu lahirkan modalinsan yang mampu bersaing dan setanding dengan masyarakat antarabangsa kitaakan terkebelakang. Sebab itu tugasan kita masih banyak dan ruang untukperbaiki hampir semua bidang masih ada. Saya belum berjaya sepenuhnya, iasatu proses yang harus berterusan bukan setahun atau sepuluh tahun. Perlu adapenglibatan masyarakat, kerana masyarakat tahu apa yang mereka mahu dalambidang pelajaran.Pengerusi Umum mengetahui bahawa tugas seorang guru ialah mengajar di dalam bilikdarjah. Namun,masyarakat sebenarnya tidak tahu bahawa tugas sebagai seorangguru lebih daripada itu. Apakah sebenarnya tanggungjawab guru?Panel 4 PengenalanProfesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman(Azrul) mencabar ini bukanlahsemudah yang disangka - kerjanya separuh hari dancutinya panjang. Sebagai arkiteksosial, guru mempunyai tanggungjawab yangamat besar, bukan sekadar memberipendidikan dan menyampaikan ilmu.Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasipendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuahmasyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengankegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.Lebih daripada itu, guru jugaperlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itumereka perlu berjiwabesar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanyamereka yang luhurjiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan baktiuntuk menjadiguru.Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadarsecaraluarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.Selainitu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial,politikdan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan 4. selalunyadisalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input )yang perluditerjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yangjelas mengenaijenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatanmelahirkan insanharmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebihbermakna supaya faktorPengerusi Selesai sudah pusingan yang pertama. Sekarangkita pergi pula kepada pusinganyang yang kedua.Bolehkah tuan menyatakan antara kod etika yang adamenyatakan permasalahan ini?Panel 1 Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :-(Yusri) Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannyadengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergauldengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itudengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalanganpelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak pernahsekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk kesenanganperibadinya.Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya. Kepentinganmurid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,persatuan atau persendirian.Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan gurumembuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupunkehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadiperkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjaditanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentinganpelajarnya terutam