kod etika. panduan menyeluruh mengikut kemahuan kumpulan ... 090701 screen_tcm214... ·...
Post on 11-Sep-2019
12 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Kod Etika. Panduan menyeluruh mengikut kemahuan Kumpulan Linde mengenai integriti di tempat kerja.
02 Kod Etika
Stand: 01.07.2009
Kandungan
Mesej daripada Lembaga Eksekutif . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 04
1. Etika dan kepatuhan di dalam Kumpulan Linde . . . . . . . . . . . . . . . . . 07
2. Talian Integriti Kumpulan Linde . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10
3. Membuat keputusan beretika . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 14
03Kod Etika
4. Berurusan dengan pelanggan, pembekal dan pasaran. . . . . . . . . . . 16
4.1 Persaingan 16
4.2 Perdagangan antarabangsa 19
4.3 Berurusan dengan kerajaan 20
4.4 Produk kita 21
4.5 Pembelian beretika 22
4.6 Pengiklanan 23
5. Berurusan dengan pemilik syer . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 25
5.1 Laporan kewangan dan komunikasi 25
5.2 Dagangan dalaman 26
5.3 Melindungi rahsia syarikat 28
5.4 Melindungi harta benda syarikat 30
6. Berurusan dengan pekerja. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 33
6.1 Konflik kepentingan 33
6.2 Rasuah 34
6.3 Hadiah dan hiburan 35
6.4 Perlindungan data 36
6.5 Keselamatan, Kesihatan, Persekitaran dan Mutu (SHEQ) 37
6.6 Hak asasi manusia 38
6.7 Berurusan antara satu sama lain 39
7. Berurusan dengan komuniti dan masyarakat awam . . . . . . . . . . . . . 41
7.1 Tanggungjawab Korporat 41
7.2 Kegiatan politik 42
04 Kod Etika
Stand: 01.07.2009
Rakan kerja sekalian,
Banyak faktor menyumbang kepada kejayaan kita. Antaranya adalah skop dan mutu produk dan
projek kita dan juga usaha kita untuk ‘Memimpin’.
Faktor-faktor lain yang lebih sukar dinilai tetapi tidak kurang pentingnya, mentakrifkan siapa kita
dan bagaimana kita dilihat sebagai Kumpulan Linde.
Salah satu aset Kumpulan Linde yang paling bernilai adalah reputasi kita yang tidak berkom-
promi dalam hal etika. Ini sememangnya pasti dan akan berterusan sebagai hasil kelakuan kita
sama ada ketika waktu kerja atau sebaliknya.
Kod Etika ini akan membantu memimpin anda di dalam menempuhi alam perniagaan yang kian
rumit sejak kebelakangan ini. Malah kod ini juga mengandungi panduan mengenai apa yang
perlu anda lakukan agar mematuhi undang-undang dan peraturan. Ia juga menyentuh nilai
dan prinsip kita iaitu keselamatan, integriti, berkekalan dan kehormatan. Amalan nilai tersebut
akan membantu kita berpegang kepada lesen untuk beroperasi sebagai majikan, pembekal dan
syarikat milikan awam.
Dengan kerjasama anda sekalian, Kumpulan Linde akan terus mengekalkan reputasi baiknya
dengan mendapatkan penghormatan daripada semua pemegang kepentingan dan komuniti di
mana kita hidup dan bekerja.
Munich, Jan 2008
Professor Dr
Wolfgang Reitzle
Dr Aldo Belloni Georg Denoke J. Kent Masters
Lembaga Eksekutif
05Kod Etika
Professor Dr Wolfgang Reitzle
Dilahirkan pada tahun 1949
Ijazah kedoktoran bidang
Kejuruteraan (Dr.-Ing.)
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Tanggungjawab:
Bahagian Gist, Perhubungan Fungsi Tengah &
Hal Ehwal Pelabur, Pasukan Perkhidmatan
Maklumat, Pasukan Sumber Manusia,
Pasukan Perundangan, Audit Dalaman,
SHEQ, Six Sigma, Strategi Korporat,
Pengurusan Innovasi
Ahli Lembaga Eksekutif semenjak tahun 2002
Dr Aldo Belloni
Dilahirkan pada tahun 1950
Ijazah kedoktoran Kejuruteraan Kimia (Dr.-Ing.)
Tanggungjawab:
Unit Perniagaan Kawasan Eropah, Timur
Tengah, China Besar, Asia Tenggara,
Bahagian Kejuruteraan, Unit Perniagaan
Sedunia, Tonnage (Di Tapak),
Gas Elektronik Kawasan Perniagaan
Ahli Lembaga Eksekutif semenjak tahun 2000
Georg Denoke
Dilahirkan pada tahun 1965
Ijazah Sains Maklumat
Ijazah Pentadbiran Perniagaan
Tanggungjawab:
Fungsi Pusat Kumpulan Perakaunan & Laporan,
Operasi FiCo (Kawalan Kewangan)/
Pelaburan, Pemerolehan, Perbendaharaan
Kumpulan, Penggabungan & Pengambilalihan,
Perkembangan & Pencapaian,
Pengurusan Risiko & Insurans, Cukai
Ahli Lembaga Eksekutif semenjak tahun 2006
J. Kent Masters
Dilahirkan pada tahun 1960
Tanggungjawab:
Unit Perniagaan Kawasan
Amerika dan Afrika, Pasifik Selatan,
Kesihatan Unit Perniagaan Global,
Kawasan Perniagaan Banyak-Banyak
dan Gas Pakej & Produk
Ahli Lembaga Eksekutif sejak 2006
06 Kod Etika
Stand: 01.07.2009
Kod Etika Linde dirancang untuk melambangkan kehendak kumpulan utama pemegang kepentingan. Setiap pekerja Linde hendaklah memahami dan mengikuti piawaian dan undang-undang yang berkenaan dengan tugas masing- masing. Linde akan sentiasa aktif meman tau taraf piawaian yang dinyatakan di dalam kod.
07Kod Etika
1. Etika dan kepatuhan di dalam Kumpulan Linde
Latarbelakang Syarikat
Kumpulan Linde adalah syarikat gas dan kejuruteraan ”yang memimpin“ dengan lebih daripada
50,000 kakitangan dalam 100 negeri di seluruh dunia. Strategi Kumpulan Linde adalah
lebih menjurus kepada pendapatan berdasarkan perkembangan dan menfokuskan kepada
perkembangan di dalam perdagangan antarabangsa melalui produk dan perkhidmatannya yang
memandang ke hadapan.
Erti kod bagi setiap kakitangan?
Setiap pekerja wajib menggunakan kod ini sebagai rujukan utama, memahami dan mematuhi
piawaian dan undang-undang yang boleh diaplikasikan dengan tugas masing-masing. Kod ini
boleh diaplikasikan kepada semua pekerja, pengarah dan pegawai. Linde akan berusaha untuk
mempengaruhi dan menggalakkan rakan kongsi perniagaannya untuk menerima piawaian
yang dinyatakan di dalam kod ini. Piawaian kod ini mesti dilaksanakan dalam semua operasi
perdagangan kita.
Kod ini tidak mengubah mana-mana terma dan syarat-syarat pekerjaan dengan Linde. Malah,
kod ini membantu kita memahami apa yang perlu dilakukan untuk memastikan kelakuan kita
sentiasa bertanggungjawab dan berintegriti. Linde akan sentiasa aktif memantau piawaian yang
dinyatakan di dalam kod. Kegagalan mematuhi piawaian yang dinyatakan di dalam kod ini akan
membawa kepada tindakan disiplin, termasuk pemecatan, dan juga akan membawa kepada
tindakan undang-undang jenayah atau sivil.
Mengapa Linde perlu ada kod?
Piawaian yang ditetapkan di dalam kod ini membolehkan Linde mengendalikan hubungannya
dengan pelanggan, pembekal, kerajaan, perniagaan lain, persekitaran dan orang awam.
Piawaian ini memberikan panduan jelas mengenai bagaimana cara kita dihendaki bertindak
ketika menempuhi sesuatu keadaan yang tertentu dan memastikan reputasi Linde akan
dipertahankan dan diperkukuhkan. Kegagalan mematuhi Kod Etika Linde ini akan menyebabkan
organisasi dan para pekerja terdedah kepada bahaya yang serius – kepada perniagaan, perse-
kitaran, orang awam dan reputasi walaupun kita telah bertungkus-lumus untuk menda pat-
kann ya. Kita mungkin juga terdedah kepada hukuman atau kemungkinan individu dipenjarakan di
atas kes salah laku yang serius. Tindakan bertanggungjawab sangat penting dan memerlukan
perhatian yang amat teliti disebabkan persekitaran korporat yang sering berubah.
08 Kod Etika
Stand: 01.07.2009
Bagaimana Linde mengekalkan kod?
Kod Etika Linde mesti menguruskan risiko secara berkesan bagi semua perniagaan dan kawasan
di dalam Kumpulan Linde. Untuk mengurus risiko dengan berkesan, kod harus dijadikan sebagai
rujukan utama kepada semua pekerja. Untuk menjadikan kod sebagai rujukan utama, kod
mesti dikekalkan di dalam semua perniagaan kita. Untuk berbuat demikian, Linde berhasrat
menjalankan program pengekalan kod. Linde akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kod ini
dan akan memberikan latihan berkenaan isu-isu etika dan perundangan. Program ini dirancang
untuk mengekalkan kesahihan kod dan memastikan ia sentiasa terkini pada bila-bila masa.
Adakah kod ini merangkumi semua piawaian, polisi dan amalan Linde?
Kod ini tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagi setiap satu polisi, piawaian atau amalan
Linde yang mungkin berkenaan. Walaubagaimanapun garis panduan atau piawaian yang lebih
terperinci untuk menjelaskan kod ini atau bagaimana mencari maklumat terperinci itu ada
dijelaskan di dalam kod itu sendiri. Garis panduan, piawaian, polisi atau sumber maklumat yang
dirujuk di dalam kod ini adalah bukan dari sebahagian daripada kod itu sendiri.
Bagaimanakah kod ini diatur?
Kod Etika Linde ini dirancang untuk membayangkan kehendak kumpulan pemegang kepentingan
utama kita. Pemegang kepentingan kita adalah orang yang mempunyai kepentingan berterusan
dalam syarikat kita. Pelanggan, pembekal dan pasaran – pelanggan yang berpuas hati dan mera-
sakan difahami; pembekal yang menghargai kita kerana kita mahukan kualiti, namun adil; dan
pasaran, di mana kita memainkan peranan yang penting. Pemilik syer – yang mahu organisasi
kita