knk

1
Teori Pembelajaran Behaviorisme Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan- kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan kepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari. Kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan (Bensur, Eliot, & Hedge, 1997; Cox, 1992; 1993; 2005; Cherney et al., 2006). Lukisan figura kanak-kanak merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menilai tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak selalu menggunakan lukisan untuk menyampaikan perasaan mereka. Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti (Koppitz, 1984; Yavuzer, 2000). Di Malaysia, kanak-kanak peringkat prasekolah masih kekurangan panduan untuk melukis lukisan figura. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura yang dapat memberi panduan kepada kanak-kanak prasekolah untuk melukis lukisan figura yang berimej kanak- kanak, remaja dan orang dewasa. Tujuan manual melukis ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran melukis kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi mereka. Tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System'. Kajian Koppitz (1968) dan Ozer (2009) yang menggunakan `Koppitz's Scoring System' untuk menilai lukisan kanak-kanak menunjukkan bahawa kematangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak dapat dikenal pasti menerusi lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak- kanak. Bahagian-bahagian tubuh badan yang dinilai berdasarkan lukisan figura kanak-kanak merangkumi kepala, rambut, muka, mata, telinga, hidung, mulut, leher, kaki, Langan, tubuh, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, cantuman bahagian tubuh, pakaian, posisi figura dan garisan lukisan. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System' untuk mengenal pasti tahap pencapaian skor lukisan figura mereka sebelum dan selepas penggunaan manual melukis. Selain itu, pengkaji juga menganalisis lukisan figura kanak-kanak sebelum dan selepas penggunaan manual melukis dengan merujuk kepada Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan artistik kanak-kanak. Menurut Lowenfeld dan Brittain (1975), transisi perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat scribbling ke representation. Kajian mereka mendapati bahawa kanak- kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka terutamanya dari segi intelektual dan emosi. Menurut mereka lagi, lukisan kanak kanak menyampaikan isyarat-isyarat, gerakan-gerakan ¬ dinamik dan juga gerak geri yang mempunyai elemen psikologi untuk menunjukkan kematangan intelektual dan emosi masing-masing. Kebolehan melukis kanak kanak ¬ merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni, malah amat penting dalam perkembanga intelektual dan emosi mereka. Impak Kajian kepada Masyarakat :

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 03-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

knk

TRANSCRIPT

Teori Pembelajaran Behaviorisme

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaankepercayaan, aspirasi dan lain-lain adalah dipelajari.

Kanak-kanak prasekolah yang berumur 4 hingga 6 tahun sudah boleh melukis lukisan figura kerana pada peringkat ini sistem mental dan motor mereka semakin matang dan berupaya meluahkan perasaan mereka menerusi lukisan yang dihasilkan (Bensur, Eliot, & Hedge, 1997; Cox, 1992; 1993; 2005; Cherney et al., 2006). Lukisan figura kanak-kanak merupakan salah satu medium yang boleh digunakan untuk menilai tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak. Ini adalah kerana kanak-kanak selalu menggunakan lukisan untuk menyampaikan perasaan mereka. Menerusi garisan, warna dan simbol lukisan yang dihasilkan, perkembangan intelektual dan kemahiran emosi seseorang kanak-kanak dapat dikenal pasti (Koppitz, 1984; Yavuzer, 2000). Di Malaysia, kanak-kanak peringkat prasekolah masih kekurangan panduan untuk melukis lukisan figura. Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura yang dapat memberi panduan kepada kanak-kanak prasekolah untuk melukis lukisan figura yang berimej kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Tujuan manual melukis ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran melukis kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi mereka. Tahap perkembangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System'. Kajian Koppitz (1968) dan Ozer (2009) yang menggunakan `Koppitz's Scoring System' untuk menilai lukisan kanak-kanak menunjukkan bahawa kematangan intelektual dan kemahiran emosi kanak-kanak dapat dikenal pasti menerusi lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Bahagian-bahagian tubuh badan yang dinilai berdasarkan lukisan figura kanak-kanak merangkumi kepala, rambut, muka, mata, telinga, hidung, mulut, leher, kaki, Langan, tubuh, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, cantuman bahagian tubuh, pakaian, posisi figura dan garisan lukisan. Oleh itu, pengkaji ingin menghasilkan satu manual melukis lukisan figura untuk kanak-kanak peringkat prasekolah. Lukisan figura yang dihasilkan oleh kanak-kanak akan dinilai berdasarkan `Koppitz's Scoring System' untuk mengenal pasti tahap pencapaian skor lukisan figura mereka sebelum dan selepas penggunaan manual melukis. Selain itu, pengkaji juga menganalisis lukisan figura kanak-kanak sebelum dan selepas penggunaan manual melukis dengan merujuk kepada Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld untuk menerangkan peringkat-peringkat perkembangan artistik kanak-kanak. Menurut Lowenfeld dan Brittain (1975), transisi perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat scribbling ke representation. Kajian mereka mendapati bahawa kanak-kanak lelaki dan perempuan melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka terutamanya dari segi intelektual dan emosi. Menurut mereka lagi, lukisan kanakkanak menyampaikan isyarat-isyarat, gerakan-gerakan dinamik dan juga gerak geri yang mempunyai elemen psikologi untuk menunjukkan kematangan intelektual dan emosi masing-masing. Kebolehan melukis kanakkanak merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting di dalam perkembangan seni, malah amat penting dalam perkembanga intelektual dan emosi mereka.

Impak Kajian kepada Masyarakat :