kmt

Upload: dinct1978

Post on 14-Jan-2016

219 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kmt

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH

Kemahiran Berfikir

Melalui soalan dan aktiviti yg memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam pelbagai aktiviti.

Mengkonsepsikan idea, menyelesaikan mslh atau membuat keputusan.

Kemahiran ICT

Menggunakan komputer utk tujuan komunikasi seperti menghantar e-mail, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan memperoleh maklumat yang terdapat dalam internet.

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Peka terhadap teknik pembelajaran yg berkesan.

Membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yg sering berubah dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Kemahiran Kajian Masa Depan

Pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid menyedari sesuatu isu @ permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.

Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum.

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Merangkumi linguistik, logic, matematik, muzik, kinestetik, ruang, interpersonal, intrapersonal dan emosi.

Guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dgn minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Kemahiran Pembelajaran Secara Konstruktivisme

Melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Pembelajaran ini menjadikan murid > fhm, > yakin dan > seronok untuk belajar sepanjang hayat.

Kemahiran Pembelajaran Secara Kontekstual

Kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekrjaan.

Disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir.

Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.